Siapa Nak Kaya, Jual Manggis.
Singgah kedai buah dalam Westfield Carindale tadi petang. Beli buah, mesti. Kira kalau tak ada buah dalam rumah, umpama layang-layang terputus talinya.
Sampai dekat cashier. Tiba-tiba ternampak ada manggis. Eh, manggis. Hai, manggis! Seronok macam terjumpa orang kampung ibaratnya. Terus sambar tiga bijik. Tiga bijik cukuplah. Dibuat melepas gian. Kalau nak makan penuh passion dan ghairah, tunggu musim manggis di Pontian Kecil ye. Di kebun datuk, boleh makan manggis sampai akhirnya manggis memakan kita. Perhatikan ayat ini; Betapa BOLEHNYA makan puas-puas di kampung maksud saya.
Okay kembali ke Brisbane. Tinggalkan Pontian Kecil itu tadi.
Cashier key in harga kesemua buah-buahan dan sayur-sayuran yang kami beli (Oh fakta : husband saya vegetarian kebelakangan ini). Tiba-tiba, dia kata dia tersilap key in harga manggis tiga bijik tersebut. Dia ingatkan, $2.99 per kg. Padahal ;
$2.99 SATU BIJIK!
Kejap. Mari kita convert secara suka-suka. $2.99 = RM9.00. Kamu bayangkan, kalau sebijik manggis berharga RM9 dekat Malaysia. Kamu fikir, ada orang pergi berzikir tidak depan kedai buah? HAHAHAHAHA JANGAN GELAK INI BUKAN KELAKAR INI MELAMPAU.
Wow. 2.99 dollars. Very expensive. Kata cashier tersebut.
You see. Dia sendiri pon terkejut dengan harga manggis berkenaan. Apatah lagi saya, yang biasa makan manggis percuma satu bakul selambayaya dari Pontian Kecil T_____T
Rasanya manis? Tanya cashier tersebut pada suami saya. Nampak sangat dia tidak ada idea. Buah apakah pasangan ini beli apsal nampak macam tidak sedap malah aneh dan mahal pulak tu? Kata cashier tersebut di dalam hati, mungkin.
Kami kasi tahu dia, buah tersebut sedap. Kami bilang, kalau di Malaysia kami makan satu bakul. Sebab buah tersebut adalah buah murah saja.
Wow. Really??
Ya, benar itu. Kalau kamu ingin tahu, manggis adalah antara buah kegemaran saya selain buah tangan. HAHAHAHA buah tangan, apa jenis buah pon saya suka. Disebabkan macam sangat suka manggis, dan terlalu lama tak merasa, pembelian tersebut macam tidak begitu menghampakan. Walaupon kalau difikir balik, alahai manggis! Tinggi taraf kau ye dekat negara ini.

Inilah dia Si Tiga Biji tersebut.
$2.99 x 3 = $9
$9 = RM27
HAHAHAHA SERONOK BUKAN?
Maka malam ini, saya menikmatinya seperti sebijik manggis yang paling precious dalam hidup.
Tapi tak kesahlah tu. Asalkan keinginan di atasi. Jadilah dapat tiga bijik. Nasib baik takda sambar 30 bijik tadi. Kalau tak, satu hari satu bijik aku makan. Genap satu bulan, boleh tulis buku ; KENIKMATAN MANGGIS. Ceh, exaggeration.
Apa tunggu lagi. Kamu ada pokok manggis di hadapan mahupun di belakang rumah? Datang sini, jual. Kalau kamu ada seratus bijik pon cukuplah. Dah dapat income almost RM1000. HAHAHA. Macam tak logik. Tapi cuba kamu buat kira-kira.
Sudahlah tu.
Sengaja kongsi kejadian di sini dengan anda.

Persimmon.
Pisang kaki.
Saya tak pernah cuba. Husband saya yang suka. Dia kata, saya kena cuba. Okay, esok saya cuba. Hari ini cukuplah menikmati manggis satu bijik. Kalau digandingkan dengan rasa persimmon tersebut, dikhuatiri hilang nikmat bermanggis. Jangan main-main. Bukan calang-calang manggis tu.

Olive fruits.
Tak tahu apa nak dibuat dengan buah ini.
Comel.
Tapi macam tidak sedap saja.
Sebelum berpisah, mari berpantun kejap.
Hitam-hitam si tampuk manggis.
Entry dah habis, apa tunggu lagis?




March 21st, 2010 at 6:44 pm
pantun tu HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA
T______________T
hoi hoi gila apa mahal nak mampus. meh sini i nak bukak dusun manggis kat sana. kelak, i tak payah bernuffnang lg hahaha
chika Reply:
March 21st, 2010 at 6:48 pm
I pon rasa kalau ada tanah, I tanam manggis la. Jual manggis tiga pat tahun, balik malaysia terus kaya raya.
March 21st, 2010 at 6:45 pm
kalau la skali isik nye tak cantik..mmg menanges bersungai2..
semoga isiknya manis,putih, gebus dan cantik…
chika Reply:
March 21st, 2010 at 6:47 pm
Ha tahu pon. I tadi masa nak kopek pon dah siap cakap, ni kalau isi dia busuk ke apa, memang la penganiayaan.
Seb baik isi dia cantek putih mulus dan besar.
ayin Reply:
March 21st, 2010 at 6:51 pm
betol3..agak2 kalau isinya tidak elok,boleh ke kte pulang balik kt supermarket tu~ngeee
chika Reply:
March 21st, 2010 at 6:53 pm
Rasanya kalau kita pulangkan pon, dia tak layan. Sbb dia pon tak tahu apa rupa sebenar manggis. HAHA
March 21st, 2010 at 6:52 pm
gila mahal!!
lain kali,bila k.chika balik msia,bwk manggis dr cni n jual kt sana,kompom kaya cepat..yabedabedoooo
chika Reply:
March 21st, 2010 at 6:54 pm
kamu mulalah menanam manggis. Mana tahu, nanti boleh usahakan ke australia. Satu musim, terus kaya.
March 21st, 2010 at 6:53 pm
salam..
mak aih, rasa nk p pasar mlm lak. cari manggis. hehe. my fav too, manggis mmg buah lazat. bertuah kita manggis murah kat msia ni.
btw, nice blog indeed. you make simple things so interesting. your writing is addictive!
chika Reply:
March 21st, 2010 at 6:56 pm
Salam.
Oh saya ni memang la suka sangat sangat manggis. Boleh hadap berbakul-bakul. Tapi kalau macam ni punya mahal, bawak-bawakla bersabar. Kang balik malaysia je la makan T_____T Tu baru cerita manggis tu. Belum cerita rambutan dengan mangga muda lagi. HAHAHAHA. Mangga muda yang biasa tergolek tepi pagar rumah emak tu, kat sini dia jual sebijik $2 ye. Grrrrrr.
Thanks for reading :)
March 21st, 2010 at 7:06 pm
akak, pisang kaki tidak elok dimakan oleh perempuan berkahwin kerana ia mungkin boleh mengakibatkan kita tidak mengandung. ceh apesal skema. tak tau la betol ke tak, orang jual tu yang cakap,
chika Reply:
March 21st, 2010 at 7:07 pm
Erk?
Tak pernah dengar pulak.
Iya ke?
yuyune Reply:
March 26th, 2010 at 10:45 am
ukh?? macam pelik je bunyik nyer.. kalau pompuan belum kawin mkn pisang kaki boleh….pastu bile die dah kawin xleh pulak..
March 21st, 2010 at 7:08 pm
pisang kaki itu lain dr pisang kaki yg ada di Mesia atau saya yg kenal pisang kaki? hihi, mcm pernah lihat lah chika
chika Reply:
March 21st, 2010 at 7:12 pm
errr…. no idea. Tak pernah kenal pon pisang kaki. HEHE. Kenapa? Yang awak tengok mmg lain ke?
poyaty Reply:
March 21st, 2010 at 9:38 pm
Yang kat Mesia yang dipanggil pisang kaki tu yang cam kaler merah hati, lepastu comel2 je. maybe sampai aussie dia tuka kaler dan bentuk kot. hehe
zu Reply:
March 22nd, 2010 at 1:12 pm
salam…memang mcm tu la kaler pisang kaki…kat m’sia pn mcmtu jgk…cr la kat pasar mlm berlambak yg kaler mcm dlm gmbr tu…ehe
March 21st, 2010 at 7:13 pm
perghhh
mahal gile wei sbijik rm9
nak duk sana la nak g jual
manggis hahahha..
pisang kaki?
u x makan ke chika?
try la sedap wei.
March 21st, 2010 at 7:13 pm
Wow..
Mahal Giler k buah maGgis tu kat sane..mula2 bce blog td..siap pk..asal la chika amek 3 bji je..ckup ke?
sekali satu bji RM9.00 daaa..pergh..kT pn kaki mkn buah..msti kmpunan klo harga buah sbijik mCm tu..
jadi memG la kene mnkmati maGgis tu ;)
March 21st, 2010 at 7:14 pm
hee. eh tp kalau kt bangi pn manggis mahal sket dah. ai pn gila manggis. slalu tetbe suh abah beli. wlpn bkn musim. sedap sedap ;)
March 21st, 2010 at 7:22 pm
ok.. lepas ni musim manggis tiba je.. akak eksport kat aussie ye chika.. haha… kt rumah atuk akak smpai tak termakan… last2 bg free je kat sape2 yg dtang.. huhu..
March 21st, 2010 at 7:27 pm
perghh.. gila dasat harga di sana.. nasib baek pokok manggis belakang umah tok wan dah tebang.. kalo x, dah post sebakul maggis hantar ke chika.. minta chika jd agen jual manggis kt sana.. :D
tp manggis juga salah satu buah tersuka feez..
pisang kaki x pernah tngok.. pernah dgr jek..
buah olive tu bleh dimakan jgk yer? xpernah lak tawu.. hehe
March 21st, 2010 at 7:51 pm
hehe, biasa la duk luar negara.
aku kat sini bleh tgk je buah belimbing kat supermarket, tak pnah mampu beli…
chika Reply:
March 21st, 2010 at 7:53 pm
Hurm… belimbing. Tak sure kat sini harga dia camana. Sebab kalau nampak pon buat dek je. HAHA tak berapa minat.
March 21st, 2010 at 8:25 pm
kak chika org pontian ke???
kte sekmpung la kak chika~~
x pasan plak kat p0ntian ade manggis..
slalu nmpk rmbutan je byk..hehe
March 21st, 2010 at 9:55 pm
oh suka jugak makan persimmon, kena tunggu dia lembik sikit, kalau tak bergetah dan sedikit kelat :-)
err pasal tak mengandung tu macam tahyul je, berbijik2 dah makan, alhamdullilah dapat jugak mengandung :D
March 21st, 2010 at 10:10 pm
takda bakat langsung nak berpantun. HE HE HE.lawak saja chika. lawak saja. EH. apa nak tanya tadi eh. lupe dah. jap jap…
.
.
.
.
.
HA! rumah ai ada pokok manggis tapi tidak penah berbuah. ayah bilang (ceh mentang2 baru balik dari bandung), kalau lagi 1 tahun engkau tidak berbuah, AKU POTONG ENGKAU! HAHA. kasihan gile itu manggis. mandul agaknya pokok tu.
March 21st, 2010 at 11:19 pm
nak migrate kat sanelah.tanam manggis banyak2 tentu jadi jutawan manggis.hihi.chika, haha menikmati sebijik manggis macam saat beharga dalam hidup bukan?silalah balik pontian kecil..hihi
March 22nd, 2010 at 7:42 am
dari dulu sampai sekarang,sentiasa rasa aneh dengan nama pisang kaki…
March 22nd, 2010 at 11:38 am
umang…maheinya..isi emas ke mangga tue chika?hehe..
kelakar baca cerita chika..teringat tiem dkt bos lama..dia org jepun..so ada staff bawak dia pg pasar malam..dia nmpak mangga kuning..dia ckp apa tau..dia mcm nk nanggis je sbb kt sini mangga kuning jual longgok kalo kt sn kena order kemudian tunggu org delivery br dpt mkn itu pun sebiji je boleh beli,mahal..sbb mangga kt sn hanya subur kalo tanam dkt kawasan gunung berapi..itu yg dia beli berkilo-kilo kt sini mangga lepas geram katanya..hehehe
*sj nk ks chika angin kalo kt sini mesti dia dh mkn byk manggis kt sn 3 biji je..hehe =P”
tiem Reply:
March 22nd, 2010 at 11:39 am
opsss manggis..syntex error..hahahaha
March 22nd, 2010 at 12:27 pm
belakang rumah ada tanam manggis.. hehe sgt tak sabar menunggu musim menuai [haihh berbunga juga belum]…
March 22nd, 2010 at 12:41 pm
Salam..
Sy ni silent reader…dah lama follow. ni kali ptama bg comment sbb teruja bila akak sebut Pontian! sy org pontian jgk, ada pokok manggis jugak kat blakang rumah. Rumah atuk kak chika kat mane? tah2 berjiran tak. Hihi..
March 22nd, 2010 at 2:35 pm
reserve kan 1 place for me chika….nk bukak stall jual manggis or buah2 malaysia……
if maggis RM9…..
pisang RM12….
durian RM30 la…..
wow…..!!
kaya macik mcm nie…..bahahaha…
March 22nd, 2010 at 3:26 pm
sob2 sgt mahal..same here..ritu kempunan mau mkn satay..pg kedai 6cucuk per set is 8doler lebih kurang dlm rm4 secucuk..berapekah agaknya harga satay kajang secucuk ye?
March 22nd, 2010 at 3:30 pm
kat sini pun sama mahalnya,sebijik boleh sampai 400yen. =_= tak sanggup nak beli bila pikir kat umah kat msia ada pokok manggis jugak. pastu macam takut kena yang tak elok pulak.hehe. tapi pisang kaki mmg banyak time autumn.sedap tu!
March 22nd, 2010 at 4:47 pm
wuaaa chika….u buat i rasa nak makan manggis…maaakk nak balek kmpungggg..uhuk ;p
March 22nd, 2010 at 11:44 pm
persimmon tu sedap chika, sila percaya kata suamimu :)
entah tak tau nk desribe mcm mn rs dia, tp sedap..manesssss
March 23rd, 2010 at 6:53 pm
apa boleh buat. mahu makan punya pasal. kalau nak balik pontian dari sana mahu tebal lagi $ kena sediakan. hehe.
sonot baca stori u. ada2 aje.
May 20th, 2010 at 12:48 pm
Kesian giler kat korang2 sumer yg kat oversea..kalo balik Malaysia nanti datang la my place. i blanja makan buah sampai lebam. Ada 308 batang pokok manggis yang lebat berbuah. Kalo nak kira production semusim dalam 40,000kg. Simple math 1kg=15 biji.. 15X40,000=600,000.. 600,000X$2= pakcik kayo.