SENSITIF SIKIT, BOLEH?

Huh punyalah susah nak dapatkan tempat dalam antenatal class. Merata-rata carik (carik pakai jari ye) Akhirnya, kami berjaya booking a place dengan Stork Baby & You. Akan tetapi, kelas tersebut adalah pada 17 April 2010. Bulan March punya ada. Ada dalam mimpi T___T

Payment and confirmation dah buat. Yang mencurigakan di sini, adalah kebarangkalian untuk saya masuk labour room sebelum sempat masuk antenatal kelas. Habis selepas itu? Apa nak dibuat kah dengan kelas tersebut? HAHAHA. Tapi suami saya kata, tak apa. Kira nasiblah tu. Err. Kalau sudah terbersalin sebelum kelas, kami bercadang nak datang kelas bawa bayi. Selepas itu, menjadi sukarelawati jadi cikgu dalam kelas tersebut. Sebab sudah ada pengalaman, bukan? Saya nak takut-takutkan minah-minah saleh tu semua dengan cerita ngeri yang ditokok-tambah. HAHAHA ACAH ACAH JE.

Hari ini Jumaat. Semua orang suka Jumaat. Err, atau lagi tepat, kebanyakkan orang suka Jumaat. Sebab Jumaat mendatangkan Sabtu. Sabtu hari libur. Ceh pandai kau ye Chika sebut-sebut hari libur. Bukankah engkau hari-hari pon hari libur? Tapi libur bersuami dengan libur bersendiri itu tak sama.

.

.

.

Kejap bagi aku pikir kejap. Apakah nak diceritakan lagi kepada anda.

.

.

.

Oh. Tadi saya jalan-jalan Facebook. Ada seorang orang yang saya pon takda kenal. Mungkin reader saya. Mungkin orang yang kerja dia suka berkawan random. Atau mungkin penjual t-shirt online mahupon ahli perniagaan internet (mari mari join kami. Satu jam wang satu ribu masuk masuk takda henti! Hanya duduk diam takyah kerja keras, terus kaya! Mari-mari join kami!) Atau entah siapa-siapalah. Err. Dalam Facebook saya, memang terlalu ramai yang takda dikenali. Selagi dia berciri manusia dengan identiti tidak ganjil atau menggairahkan, biasanya saya akan terima dengan hati yang terbuka-buka. Kebanyakkannya reader. Tak akanlah mahu berlagak sombong dengan reader.

Tak tak. Itu bukan cerita dia.

Cerita dia macam ini. Saya pon tersampai pada profile seorang lelaki yang takda dikenali. Pada status, tertulis akan kegembiraannya baru menimang cahaya mata.

Tiba-tiba, saya tertarik dengan komen yang ditulis oleh seorang perempuan kepada status lelaki tersebut. Saya teka, mereka memang rakan. Rakan baik atau tak baik, tak tahulah. Sebab cara mereka sembang macam memang kenalan.

[Susunan ayat diolah oleh saya sendiri berdasarkan kisah benar]

Perempuan ini bertanya ;

Wife kau bersalin hospital kerajaan ke, private?

Lelaki yang baru menjadi bapa itu pon menjawap ;

Kerajaan.

Kau bawak bini kau bersalin hospital kerajaan je? Bawaklah private.

Secara tiba-tiba dan tak pasal-pasal, berdesing pulak telinga saya. Padahal bukan urusan aku pon HAHAHAHA. Tapi tetiba saya rasa macam nak emosi.

Lelaki tersebut nampak gayanya seorang yang baik dari cara dia menjawap.

Kalau aku mampu, memang aku bawak. Siapa taknak bagi terbaik untuk wife dengan anak dia. Kau doakanlah esok-esok rezeki aku baik. Next time, mampulah kot aku bawak anak bini aku masuk private hospital.

.

Grrrrrr. Nampak? Macam apakah itu?

Nombor satu. Apahal pulak kalau dia bawa isteri dia bersalin hospital kerajaan? Apa menjadi masalah ke pada perempuan tersebut? Nombor dua. Tergamak betul engkau pergi tanya soalan macam itu sikit tak da belok-belok. Straight saja mulut kau bertanya. Soalan tersebut mungkin sangat ringkas. Tapi boleh menyiat dan mengecilkan hati lelaki tersebut. Buat kata lelaki itu. Kalau dia mampu, dia pon mahu.

Memang ada ramai orang jenis suka hospital swasta. Tak salah pon kalau engkau jenis ulang-alik private hospital. Kira kalau kena gigit nyamuk pon, engkau terkedek-kedeklah pergi private hospital terus. Tak ada masalah. Langsung tak ada. Tapi takyah la kau pergi underestimate orang yang pergi hospital kerajaan. Bukan semua orang yang pergi hospital kerajaan itu dia tak mampu pergi private hospital ye. Ada macam-macam sebab kenapa dia memilih seperti itu.Tak baik tahu!

Bila baca itu, saya jadi macam sayu. Kesian bapa tersebut. Macam kredibiliti dia dipermainkan.

Inilah dia perangai pelik sebilangan orang. Perkara-perkara yang tidak menjadi masalah kepada orang yang mengalaminya, jadi masalah pulak pada dia. Melahirkan anak di hospital kerajaan, tak menjadi masalah pon pada lelaki tersebut. Tapi boleh pulak jadi hal pertikaian pada orang lain yang tak ada kena-mengena. Biasa bukan, kejadian macam ini? Kenapa ye? Ada orang yang suka memasalahkan diri dengan kehidupan orang lain. Sedangkan orang tersebut baik-baik saja dengan kehidupannya sendiri. Nonsense.

Itu satu hal.

.

Hal kedua, saya nak mengingatkan kepada semua orang. Semua sekali, kalau anda tidak pernah tahu akan satu hakikat ini.

Jangan sewenang-wenangnya bertanya kepada pasangan yang belum mempunyai anak, persoalan-persoalan sensitif. Contoh ; Bila nak beranak? Bila nak beranak? Bila nak beranak? Mind you. Mungkin kamu menyoal secara perihatin. Tapi kamu tidak tahu. Kebanyakkan pasangan, mereka mengambil persoalan itu sebagai sesuatu yang tidak menyenangkan. Lebih-lebih lagi kepada pasangan yang sudah lama berkahwin tapi belum juga berhasil. Mungkin kamu belum berkahwin. Jadi kamu tidak tahu. Mungkin kamu sudah berkahwin, dan dengan Izin-NYA, rezeki kamu melimpah-ruah. Setiap tahun keluar satu. Jadi sensitiviti kamu kurang. Kamu pon tak faham. Dalam keadaan apa pon kamu, saya rasa semua orang kena tahu. Tak boleh sewenang-wenangnya menyoal pasal anak pada sembarangan orang.

Ada ramai kenalan saya mengadu pada saya. Mereka tertekan dengan sikap rakan-rakan yang asyik tanya soal anak. Apa engkau ingat mereka ni tak mahu anak? Anak itu rezeki Allah ye. Bukan macam main petik-petik jari. Jari kamu sendiri tu pon, kalau Allah tak izinkan, nak petik pon tak boleh tahu! Ada pasangan pula, mereka punya sebab sendiri untuk belum  lagi mempunyai anak.

Saya rasa ramai yang tidak pernah tahu pon hakikat ini.Dan saya rasa macam perlu untuk beritahu kepada anda semua. Mungkin sebilangan besar orang tak berniat mengecilkan hati. Tapi itulah dia. Saya harap, sekarang ramai yang ada sensitiviti. Tak semua pasangan boleh terima soalan kamu tentang anak. Lebih-lebih lagi kalau disoal takda henti secara bertubi-tubi.

Dulu. Ramai beranggapan macam-macam pada saya. Saya pon mengalaminya. Disoal takda henti. Chika bila lagi? Chika bila lagi? Nasib baik saya sebenarnya memang telah lama hamil. Hati nak kata terguris, tidaklah. Tapi terus terang memang rasa sedikit jengkel sometimes. Paling menseronokkan, ada pulak nasihat yang tak diminta datang menghulur salam. Seperti ; Chika, takyah la tunggu lama-lama. Apa nak ditunggu lagi. Dah kawen, pregnant la lekas-lekas. Lambat-lambat nanti rugi lkjhgffdtrewq.

Kalau ikutkan hati, sebelum usia 30 saya nak beranak 6! Ha kau! Kalau ikutkan hati. TAPI SIAPA KITA?

Harap pemberitahuan ini sampai kepada anda secara tepat. Bukan menyalahkan orang yang rajin menyoal. Malah yang menyoal itu sebenarnya baik niatnya. Sekadar tak sabar nak dengar berita gembira. Saya faham.  Tapi itulah. Kesian tau dekat pasangan yang belum ada rezeki. Kan lagi baik kalau kita pon ada sensitiviti juga.

Tak ada pasangan yang tidak gembira dengan perkhabaran bakal mempunyai zuriat. Jadi, kita tunggu sajalah. Doakan mereka. Itu lagi caring sebenarnya. Kalau betul ada berita baik, pasti mereka kongsikan. Lambat atau cepat saja (macam I, lambat sikit HAHAHA) Kita pon tidak tahu apa yang berlaku dengan mereka. Mungkin ikhtiar bukan sikit punya banyak. Mungkin terlalu inginkan zuriat sampai mudah terganggu kalau disoal-soal.

Kalau tak mampu bantu, doa kan.

Recent Entries

56 Responses to “SENSITIF SIKIT, BOLEH?”

  1. hidayahyassin Says:

    betul tu chika…akak tak kawen lagi tapi ila dah ramai tanya bila nak kawen pon akak dah rasa termenyampah kat situ apatahlagi perasaan kawan2 yang dah kawen lama tapi belum diberi anak lagi…

    n setakat ni kalau tak de sebab akak takkan tanya kawan2 bila nak beranak. sekali dua nak le dia dengar, lama2 jadi tekanan. dan org macam tak mahu cuba faham apa org rasa nanti bila dengar soalan macam tu.

    ada tu belum kawen (baru je couple) siap tanya, akak bila lagi? apahal? lainlah yg tanya tu dah kawen…takpelah jugak…

    jijah Reply:

    salam..
    saya pun menyampah dengar soalan2 sebegitu..
    tunggulah smpai taim kawen la kita..
    kalau rapat tu xpela jugak nak tanye2 bila kita nak kawen..ni masalahnye kenal gitu2 je pun dah sibuk2 hal ehwal dalaman orang..hishhh sabo je aku !

    liz Reply:

    normal la kan manusia..mcm i pon slalu kene..bile nak kawen..da keje ni..abes tu igt kite keje ni utk kawen je ke..byk lagi duit nak spent..sape yg tanak kawen..tp kalo da jodoh tak smpai lg kan..

    softie Reply:

    salam…
    ramai suka tanya bila nk kawen bila nk kawen…jgn tunggu lama2 lah…basi lah…ingat yg tak kawen ni sengaja melambatkan kawen ke…kalo dah ada jodoh pasti dah kawen…..sy bertindak keji kalo org tanya pasal kawen secara aggresive…contoh: ko bila nk kawen p? oohh ko plak bila nk mati? begitu lah….sbb mati dan jodoh tu kuasa Tuhan.kan.

  2. shakirah Says:

    betul betul betul.
    sensetiviti manusia mmg berbeza.

    ade mende yg patut cakap, xcakap.
    yang tak patut cakap, itulah yg dia beria nak cakap. :D

  3. nadmin Says:

    sekarang ni, Hospital Kerajaan pun dan setaraf private dah kemudahannya..terutamanya hospital baru..tak perlu risau..

  4. gia Says:

    good 1..a friend of mine..sebab fikirkan ape org lain cakap…tapi x mampu…terpaksa berhutang sbb nak ikutkan ape org ckp..time nak bersalin pinjam sana sini…hmm…i rasa wife die mesti stress..masa i ziarah…muka x berseri sgt..naseb baik baby comel…

  5. Masy Says:

    manusia selagi ada mulut, mcam tu laa… hmmmm~

  6. ayu.firdaus Says:

    chika, nice shot!

    totally agree with you.

    cakap harus berlapik. jgn sesedap mulut. nnti badan yg binasa. :)

  7. asfaliza Says:

    salam…yup hospital swasta or kerajaan sakitnya tetap sama sakitnya tetap di situ jugak. tak de beza. tgl lagi nak dgn tak nak, mampu dgn tak mampu

  8. hani Says:

    betul tu chika. setiap pasangan ade perancangan sendiri yang xperlu nak heboh satu dunia.

    kadang2 bile xde anak pon org nak persoalkan, kalau anak berderet pon org nk sebok ckp nape xplan betul2.

  9. zima Says:

    sesetangah orang mmg macam tu kan..tpi org yg kene ni pun jgn lembut sgt, sound je balek..

    “korang nk sebok2 tanyer2 ni knaper?”

    haha..contohnyer~ :)

  10. ciare Says:

    huuu….rasa nak copy paste entry chika tang sensitivity ni. hmm…tp rasa jelah, xde pon nak copy. hehe.

    apepon, kan best kalo ramai org yg berpikiran mcm chika.

    thanks chika. rs lega sbb chika tlg luahkan apa yg susah nak diluahkan oleh org mcm i ni…

    :)

  11. lyana si permaisuri Says:

    my beloved brother and sis in law pun diuji dengan anak. Bertahun-tahun i melihat kesedihan yang mereka pendam bila orang sewenang-wenangnya hujankan soalan yang macam-macam pd mereka. Bukan pada mereka je, tapi pada kami ahli keluarga juga.

    Sensitiviti manusia berbeza-beza. Malang betul bagi yang tiada. Kalau kita boleh mengambil kesusahan orang dan cuba letakkan pada tempat kita, pasti kita lebih tahu.. tiada siapa yang minta disusahkan sebegitu. Tiada siapa.

  12. hanybunny Says:

    umm, mcm sy skrg berada di situasi tersebut, yg kawin kendian dari sy pon dah pregnant…smpai ada yang cakap mcm ni kt saya “hahaha xpower, memangla mcm tu..”

    u fhm tak ape dia maksudkn dr ayat dia tuh, subhanallah…saya memang terguris, sy balek cerita dgn husband saya…saya sebak sedih, sy ni seorg yg susah nak terasa dgn kata2 org…org kutuk apepon sy xkesah, xlekat pon kt otak, tp bila soklan mcm ni…

    alhamdulillah, suami mmg penenang…suami nasihat jgn ambil pusing dgn semua soalan itu, dan baru baru ni, saya ada saksikan rancangan bersama dato’, dr.fadzilah kamsah, beliau ada huraikn mengenai soalan yg sering ditanyakan pd org seperti saya ni….

    alhamdulillah…sy sangat tenang mendengar apa pandangan, nasihat serta cara untuk menjawab pada org yg suka bertanyakan soalan ini…

    setiap manusia di uji oleh NYA dgn pelbagai cara. setiap manusia ada rezeki masing2…sama sama kita doakan yg baek2 utk kita sesama muslim…ameen…

    **chika doakan sy gak eh…ameen…**

  13. fareezan Says:

    wah agak2 skt beranak dkt hospital private dgn kerajaan lain kot. :P

    yuyune Reply:

    ahaha… same je kot… then kalau nak bangge sangat ngan hosp. swasta tu, untuk ape kite jadi M’sian? gunelah kemudahan yang berpatutan…

  14. anggun Says:

    itu pemikiran manusia zaman bila tu? hospital kerajaan sekarang sudah maju, dah setaraf dgn private, org zaman dulu bersalin kat rumah, guna bidan kampung, sihat gak anak-anaknya, yang penting ibu dan anak sihat, jgn la sebab nak pergi hospital private, byr ribu riban lepas tu pening kepala duit makin kurang untuk beli keperluan baby dan ibu lepas bersalin, itukan lagi kasihan

  15. papaya Says:

    True. It’s annoying when people kept asking about getting pregnant. It’s not that we dont want. I’ve been married for 7 months and people kept asking the same old question. Get a life..

    ***
    Saya kerja kerajaan dan berkhidmat di KKM. Untuk pengetahuan semua, tidak semua yang anda dengar di private itu indah. Indah setakat dapat bilik cantik beraircond dan nurse2 dia baik hati dan sentiasa senyum. Berpatutan lah dengan duit yang kamu habiskan.

    Tapi kalau anda ada komplikasi, dan hospital private tiada kepakaran, hospital kerajaan jugak yang akan dirujuk…

    Tak semua yang pergi hospital kerajaan tu miskin..

    Lady Qeen Reply:

    Betul. Saya pernah tanya ayah saya kenapa kami semua lahir kat hospital kerajaan dan kenapa bukan di hospital private? (taktaulah kalau ayah saya pernah tersinggung dgn soalan budak2 ni)

    Ayah saya bagi jawapan sebijik macam papaya lah. Dia tak yakin dengan facilities dan emergency equipment kat private clinic. Dia kata, kalau ada problem, tetap hospital kerajaan gak yang kena rujuk. Mungkin jugak sebab mak saya ada komplikasi berat ketika melahirkan. Doktor dan pakar pun lebih ramai di government.

    Tak semua yang ke government tu tak mampu. Ayah saya sentiasa amik ward first class untuk mak dan anak kat gov hospital.

    Ini hanya persoalan peribadi. Ada orang yang baru bersalin di private dia kata, kat private dapat request luka dengan cantik. Tapi kalau kat gov, asal jahit saja. Tak tahulah, saya belum berkahwin pun.

    papaya Reply:

    Untuk pengetahun semua, hospital kerajaan ada private wing, e.g: Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang serta hosp2 universiti seperti PPUKM dan PPUM.

    Siapa yang nak bilik cantik, boleh pergi ke private wing hospital2 di atas.
    Harganya murah sikit daripada hospital swasta.

    Dan kamu semua tahu tak, bersalin kat hospital swasta sekarang, asal ada komplikasi sikit, C-Section lar jawabnya sebab:
    1. Hosp taknak tanggung risiko kalau ade implikasi lain; dan
    2. More money coming in babe…..

    p/s: Saya dulu lahir di hospital kerajaan dengan kos RM8 je tapi dapat doktor O&G yang terbaik di Ipoh

  16. ajlaa alwy Says:

    huh, teruk betul org yg perlekeh hospital kerajaan walhal org luar maksud saya imigran, ramai yang dapatkan khidmat hospital kerajaan.rugi betul mereka yg tak nak guna kesenangan yg kerajaan dah bagi..

  17. feez Says:

    hellow chika.. sedikit sebyk entry chika dapat menginsafkan sebilangan org termasuk feez..

    ape yg penting kita kena akui, setiap perjalanan kehidupan kita dr kecil sehingga dewasa telah ditentukan.. Allah maha kaya.. syukur dengan keadaan sekeliling sudah memadai.. xperlu campur urusan org laen.. andai kwn2 berjaya, ucap saja tahniah.. kawan2 bersedih, jadilah tulang belakang..

    kalo sumthing bad happen terjadi, mgkn beliau atau kita sndri baru nk sedar.. hmmm..

  18. epel Says:

    kawan di fb pernah memberikan saya msg begini: kau jgn ‘beranak’ lambat-lambat, nanti kau dah pencen, anak kau masih sekolah lagi, sapa nak tanggung?
    Ianya sangat melukakan hati seorang perempuan yang dah 5 tahun jadi isteri orang tapi belum dianugerahkan cahayamata dan sudah berusia 33 tahun. Ini semua rezeki..of course kita berdoa mohon rezeki itu dari Allah Yang Maha Mengetahui….
    Terima kasih ye puan chika yang prihatin dan membuat posting sebegini…some people just don’t know how to look at things from different perspective…Semoga dipermudahkan urusan puan chika ye…
    Saya setuju dengan cik puan papaya…kalau ada komplikasi…tak cukup kelengkapan ke hospital kerajaan juga…mentaliti…kelas ke 18…hehe..

    ietah Reply:

    salam epel..
    maaf xtau name..dlm hal anak ni saya faham sgt dah sbb saya sendiri dah kahwin 7 1/2 tahun.umur pun dah masuk 31thn,sampai skarang saya masih belum ade anak.pada tahun2 yg awal,saya xrase tertekan sgt.tp skarang,ade mase teringat yg umur dah makin meningkat,saya masih xde zuriat sendiri..terbit juga rasa terkilan..tp saya percaya rezeki itu ade cume lambat atau cepat sahaja..

    epel Reply:

    betul tu puan. Saya ok je..tp bila highlight sgt…boleh mendatangkan ketidakselesaan hati dan fikiran..heheh….

  19. Shiba Says:

    kadang2 orang luar ni lebih2 pulak concern dari family kita sendiri. actually dah boleh nampak dah pattern pertanyaan orang kat kita… bila blm kawen, kena tanya bila nak kawen, bila dah kawen sibok tanya bila nak beranak. bila dah anak sorang tanya pulak bila nak yang no2. tapi tula, kalau kita hidup nak penuhi expectation orang lain, memang sangat penat. jadi, diam, pekakkan telinga n jangan buat kat orang lain.

  20. anim Says:

    btol 2 k.chika..juz sy ade pnglmn operate kt hsptl kerajaan la..tp bkn psl beranak ni,psl ade ktmbuhan kt leher..before 2 sy try g swasta,nk tau bper kos operate 2??puluh ribu!!!!pd hal sy pnye operation ni kcik je,seari pn bleh blk umah da..pas2 sy g kerajaan..kos yg kna hanya rm15 je!!!cbe bezakn 15 dgn puluhan rbu 2..euw!!!!

  21. shy Says:

    salam chika..
    selalu jd silent reader, tp arinih nk komen gak..
    btol..shy br kawen bln 10 arituh, naik pelamin plak sekalik dgn adik…last2 adik yg bunting pelamin. walaupon xdelah kisah sgt, tp hati sgt sensitif n rs rendah diri sgt kalo org tua especially sedara yg dok tnya2 sy ‘bile lg?’..sedih sbb walaupon tau sume nih keje Tuhan, tp xperlu la bertanya..sbg kakak kdg2 terguris gak kalo dibanding2kan sebegitu..
    last week plak shy diuji dgn keguguran time kandungan baru 6 minggu..
    xpela…masih blom ade rezeki. bknnye kiter xusaha ye x..
    anyway, tenkiu for the entri…ade gak org yg memahami…

    p/s: keep on writing, sgt suke cara penulisan chika.

  22. nawal Says:

    Saya setuju! kalao orang kita kenal takpa lagi. mau orang kita tak kenal. tak rapat mana tiba2 tanya “siapa keluar belanja lebeh, bini kau ke kau”. lesing baru tau.

  23. resmipadi84 Says:

    Assalamualaikum…
    Em setuju2… actly sesetengah orang bila soal bab anak ni kita akan terasa dia caring betul2 & tak terasa langsung nak baling slipar, but ada jugak yang jenisnya tanya konon caring tapi telinga yang dengar berdesing jer…hmmm sabo jelah hati!

  24. marie Says:

    hi chika!!! saya baru jumpa blog chika today. sangat menarik and very funny. seronok baca. saya ada satu soalan yg memang takde kaitan ngan isu dia atas. dalam dec09, at katoomba. u wear dis very2 pretty scarf warna hitam yang sangat kemas and just look terletak sangat. suke tengok, nampak comel. nak mintak tlg, leh ajar tak? thx…

  25. wdh Says:

    entri chika buat saye hepi.rupanye masih ada orang macam chika..yang sangat menjage sensitiviti orang lain.benar, anak itu rezeki Allah.kalau mudah dapat macam order ABC, saye lame nak 10 orang.hanya orang yang merasa ujian ini yang tahan pahit maung dipersoal itu ini.

    doakan saye chika.takde sape tak mau anak.rezeki Allah, kita tak tau.(sob..sob, haih sayu sangat awak)

  26. Miss Ceria Says:

    salam chika… yet another entry that makes me love you, lol :P I penah ditanya, “You taknak anak ke?” I pun ngan muka sedih, cakapla, “Well, what to do…” (bermaksud, tu semua dari Tuhan. I takde kuasa untuk tentukan samada akan dapat zuriat atau tak). Boleh plak dia kata, “Hek eleh… ada ke kata what to do?” I cam, “Did I hear that right?!”

    rude rude rude! it’s an asian problem, actually. Rudeness rules in this part of the earth. Ada jugakla yg sensetif macam Chika, tapi rudeness is still “normal” kat asia ni. sad to say that, but it’s true. at least kalau kat OZ atau other western countries, you boleh sound balik that rude person. and others will be on your side. tapi kat sini, kalau u sound balik, ha siapla u kene perli balik atau kene ngumpat atau kene pulau. takpun kene jampi huhuh!

  27. Miss Ceria Says:

    Q: Kenapa tak hantar hospital private?
    A: Knapa, u nak sponsor ke? :D

    Q: Taknak anak ke? Baik buat anak skarang!
    A: A’ahlah. Kenapala saya tak “buat” anak awal2 lagi. BODOHnye saya ni, macam takde otak nak pikir! Saya pergi buat anak skarang jugak ye! Permisi! :)

    >_<

  28. noad Says:

    sangat agree wif all of you!
    dan sangat tak paham dgn org yg lidah lebih laju dari akal..

  29. princess_emma Says:

    salam nurul haizum. kenal blog u ni dr sorg kwn. dia silent reader u. nice to follow ur blog. n nice entry. keep it up ya. tahniah dapat baby x lama lagi! :)

  30. Pocket Says:

    isu sensitip tu,
    ramai sangat kawan yg dah kawin nam tujuh tahun, tak dapat dapat.. kadang kadang nak tunjuk gambo anak kat diorang pun rase segan.. ‘mungkinkah aku akan menyentimentalkan mereka nanti?’

    kalau ada rezeki, adalah tuuuu…
    n pocket setuju,
    takyah tanya tanya… lain lah plak ngan yg anak lapan… ‘lah!! sorang lagi!!?’ heheheh

  31. wanie_gc Says:

    yea…..agree ngan u chika…..
    semuanya…..

    xde mslah pon ngan kerajaan or private….ske hati la org tue nk bwak pegi hospital mane2 pon…tetba plak pompuan tue nk prihatin nye pasal ape…herm..manusia…

  32. fndrocka Says:

    lagi satu…bila jumpa oku yg berkerusi roda contohnya…jangan disoal..”kenapa tak cuba pergi ini itu”..”dah cuba berdiri..?berjalan?”…”kau janganlah putus smgt..kena cuba lagi’..

    soalan2 ni sangat bodoh mcm org tu tak pernah mencuba.dan tak sensitif.

  33. alya Says:

    bab anak tu memang soalan sensitif sgt²..sy ni da setahun lebih kawen kire da kental sikit compare mase 5 6 bulan kawen..ade sorang kawan hubby asal sms mesti type da de tanda² org ke 3 ke hah memang mase tu meradang giler ngan hubby balik² soklan tu..may be niat die prihatin tp cam sakit ati kan..

    pas tu de sorang lg kawan hubby die selang seminggu kawen boleh plak die cakap aik tak de lg ker selang seminggu je pas tu gelak² cam haram tak fikir langsung sy ade kat situ sampai umah je berjujai air mata sebab menangis..sape yg tak nak anak tp rezeki tu belom sampai lg nak wat cam ner kn :O

  34. ainurzu Says:

    yessss..im 101% agree wif u! selama ni i jadi silent reader je..this time i nak conteng juga..

    i dah kahwin 9 bulan yang lepas (end of june ’09), tapi sepanjang berkahwin i sempat duduk dengan suami 6 minggu je..kami terpaksa berpisah disebabkan masing2 ada tanggungjawab yang harus dijalankan..saya final year med student di bandung..suami pula bekerja di tokyo..bila salah seorang daripada kami ada cuti sahaja baru kami dapat bertemu..dan belum ada rezeki kami lagi utk menimang cahaya mata yg memang dinanti2kan..tetapi kawan2 di sini sering bertanya soalan “dah ada isi ke belum?”, “dah positif ke belum (pregnancy test)”..mula2 ok lagi..takde terasa..lama2..rasa cam sensitifnya soalan tu..tapi bersabar aja la..saya fikir, mungkin ada hikmah disebaliknya..sebab kami masing2 jauh..tak sabar nak habis belajar cepat2..

  35. aiza89 Says:

    sebagai future husband, saya rasa sgt dissapointed kepada masyarakat yg mendiscriminatekan service kerajaan ngn swasta. tak ada bezanya la. ikhssssssss. (@&*@^*^*@ . okey tanak emo.salah2

  36. aiza89 Says:

    ehhhhhhh.ape aku tulis.future doctor laaaa.ni la akibatnya mamai2 ni. nak ngantuk tak bolehh.nak kene study untuk berkhidmat untuk rakyat malaysia jugakkkkkkkkkkkkkkkkk

  37. 'ayyash Says:

    Assalamu’laikumwbt, kak Nurul.

    Hee, tak da apa. Just nak share juga. Akak saya pun dah nikah, baru je pun..dalam setahun la. Tu pun semua orang dah tanya, ”bila nak ada anak” et cetera. Kesian kat akak saya. Dia pun depressed macam apa. Tapi dah belum rezeki kan.. Dia selalu juga la ngadu kat saya, tertekan sebab orang asyik tanya je, lagi-lagi kalau kat kampung.

    Sekian perkongsian saya. He he.
    Kesimpulan : kena ada common sense. That’s the basic thing.

    Wslmwbt.

  38. an2blur Says:

    Terbaik untuk bulan ini.
    Clap. Clap.

  39. riena Says:

    1. terima kaseh chika dgn entry ini. harap ramai yg ambil maklum.

    2. beranak kat hosp private, ada menjanjikan anak ko pandai?? anak ko berakhlak mulia?? anak ko boleh doakan ko bila ko mati?? bangga sgt kalau bleh beranak kat pvt. pandang rendah plak kat org yg bersalin di hosp gomen.

    3. betul, jgn tanya psl anak pd org yg baru kawen, lama kawen atau pd bila2 pun. biar dia yg crita sendiri. jgn tunjuk over prihatin.

    - maaf chika, akak emosi skit. pernah alami itu yg geram je rasa.

    (dr ummi yg bersalin di hosp gomen, anak sehat, ummi sehat, duit tak kuar langsung. alhamdulillah.)

  40. sarahsofian Says:

    Im a doctor and i have no intentions to give birth in a private hospital unless Allah decides otherwise.

  41. sweet amor Says:

    Salam…

    Alhamdullillah kepada sesape yg pernah lahirkan anak di hosp private or gomen. Anda telah merasakan betapa sakitnya menahan kesakitan ketika nk b’salin.Why people choose private.I just give 3 reasons (sbnrnya byk tap xkan nk tulis suma kan) This is based on true story:
    1. si perempuan yg dh b’salin bertanya “nurse,bila saya boleh discharge?jawab nurse tadi “tunggu BP normal dl,kalu sebulan high,sbln lah kat wad”-adakah wajar seorang nurse cakap kt patient cam tu.Buat cm kuli dia..
    2. kawan saya sendiri mengalami pendarahan di bahagian kemaluan akibat luka bersalin yang dijahit tunggang langgang.Kemudian pergi private for checkup sbb sebulan luka b’salin dia
    x baik lagi.Doktor kat private t’kejut tgk jahitan yg ntah apa2.kena bukak balik jahitan dan jahit sekali lagi.boleh korang rasakan kesakitan yg dia rasa?
    3. Ada sorg lagi kawan sy (seorg nurse) cerita seniri pengalaman dia.Br lepas ceaser so mmg sakit la kan!nk bgn pn x larat.diaorg suruh bgn buang air kecil.dia ckp sekejap lagi la.suddenly..seorg nurse yg agak senior menjerit dari kaunter suruh dia bangun.boleh anda bayangkan betapa malunya dia ditengking..satu wad dgr…
    Adakah sbb free maka mereka dgn suka2 hati boleh menengking & mengata kt patient ikut sedap mulut ja…
    So, kalu anda suma ditempat mereka2 tu,adakah anda akan pergi lagi ke tempat yg sama.Tapi kalu kebal,kuat & tahan lasak…by all means…go…
    Mmg sakit sama tapi bagi saya keselesaan dan ketenteraman fikiran sebelum dan selepas bersalin juga penting.
    T’pulang kpd individu utk pilih gomen or private tap mmg x baik bila kita ‘m’camdek’ org tanpa kita sedar.Biar org pilih nk b’salin kt mn.ikut kemampuan masing2…
    One more thing,alhamdullillah slps b’salin ibu sihat,bb sihat…everything is fine.But remember..jgn takbur,kita x tahu apa akan jadi in future.Berdoa minta dijauhkan dari segala musibah…amin…

  42. Thara Says:

    chika, well said. saya setuju 100% dgn apa yang chika luahkan di atas.

    memang tak dinafikan, tidak patut sama sekali bagi sesiapa untuk mempertikaikan decision seorang ibu untuk melahirkan anak di govt atau private.

    namun bagi saya, ini merupakan rezeki masing masing. bagi yang berkemampuan, tidak salah utk mereka utk mendptkan khidmat dari swasta, yang sedia maklum, lebeh selesa dgn layanan yang lebeh baik. sama seperti kereta. mengapa sesetengah kelompok membeli wira atau perdana, walhal kancil juga dapat menjalankan tugas yang sama baik seperti kereta2 laen? kerana kelompok itu lebeh mampu, dan keselesaan yang lebeh.

    dari seorang ibu yang melahirkan anak di hosp private dan juga pernah melalui pengalaman di klinik kerajaan, saya memilih private kerana mereka lebeh prihatin dan tidak melayan kita spt kita ini “beban” kpd mereka. mungkin tidak semua hosp kerajaan begini, tetapi pengalaman yang saya lalui semasa periksa bulanan cukup utk membuatkan saya serik dan takut untuk berususan dgn hospital kerajaan utk melahirkan anak saya. apabila saya mengadu tentang hal ini kpd kakak saya yang juga seorang doctor kerajaan, dia terkejut & marah dengan layanan yang diberikan oleh klinik kerajaan tersebut. disebabkan kakak saya seorang doctor juga, saya banyak mendengar cerita2 yang tidak enak, membuatkan saya teguh dgn pendirian saya utk melahirkan anak saya di private. dan alhamdulillah, layanan dan servis yang diberikan, sangat memuaskan. mungkin kerana perkhidmatannya dibayar, tetapi apa yang lebeh penting, ibu selamat melahirkan anak, anak sehat, dan ibu selesa.

    jadi, setiap dan sesuatu keputusan yang dibuat oleh seorang ibu, ada sebabnya, juga yang terbaik untuknya & anaknya. jangan ada perasaan hasad atau jelik kpd sesuatu keputusan yang telah diambil oleh seseorang ibu itu. hak dia, rezeki dia. terpulang kpd dia.

    bagi yang mampu (dan mahu), kamu mampu membuat pilihan untuk ke private atau govt. bagi yang tidak (dan tidak mahu), pergi ke govt pon tidak siapa kata salah (kecuali bagi suara2 yang tidak menyenangkan, kamu mmg patut dikutuk).

    pilihan masing2. lahir di govt atau private, bukan lah issue di sini. tidak kesahlah anak yang dilahirkan di hosp govt atau swasta, yang penting anak yang dilahirkan itu sehat, dan dpt membesar sbg seorang anak yang dpt membanggakan masyarakat & agamanya sendiri insyaallah. itu yang kita hendakkan & patut kita doakan.

  43. asz Says:

    salam chika … 1st time i read ur blog … well said, saya setuju ngan hampir sume yg chika katakan … pasal spital gov & kerajaan, to me (based on my own experiences) .. anak2 penah masuk private & gov hosptl .. my eldest (covered by insurance) … kalau sakit mmg admit di private .. my youngest (not covered by insurance coz anak istimewa with lots of complications) mmg hkl rumah kedua … dulu sblm i had my youngest, honestly i am skeptical about gov hsptl .. coz slalu dgr, servis slow, doc sambil lewa, nurses garang, bla bla bla …

    and so, takdir Allah when i was pregnant wth my youngest, i was referred from private to gov hsptl coz my gynae kat private detect ada problem ngan my baby. then, due to some complications, i was advised to gave birth here .. kat gov hsptl, tuhan je tau camne takotnyer nk bersalin kat gov hsptl … suprisingly, Alhamdulillah, everything went well … docs & nurses sume very helpful & kind to us … … due to my baby health problems, he has been warded since birth kat gov hsptl on & off … slowly, my perception towards gov hsptl berubah … sya berani ckp yg servis slow, doc sambil lewa, nurses garang dan sbgnyer ada di mana2 … bg saya kelebihan yg ada pada private ialah surrounding/bilik yg selesa & good food … coz skang nih ada gak private yg servis sgt lowya!!!

    tp apa pon, private atau gov … bergantung pada kemampuan & keperluan masing … who r we to judge others kan … take care!

  44. ummuafif Says:

    Pasal lahir kat hospital kerajaan ke atau private ke itu tak de hal… masing -masing ada sebab musabab sendiri.. kakak sendiri bersalin di hospital private bukan sebab banyak duit tapi yang pertama tu nak Dr wanita Islam sbb masa tu kat hospital kerajaan ramai Dr lelaki, yang kedua nak prgi private…. bersalin atas kereta je.. private pun tidak, kerajaan pun tidak. yang ketiga dan keempat suka dengan cara Dr menyambut bayi.. mulakan dnegan kalimah Allah, bagi salam bila baby nak keluar.. bimbang di hospital kerajaan disambut oleh Dr bukan Islam sbb kita tak boleh nak minta mana2 Dr yang kita suka.. tapi percayalah bahawa Allah dah tentukan dimana kita dilahirkan dan dimana kita akan mati.. jangan pandang lekeh dengan apa keadaan sekali pun…

  45. as Says:

    btul2..jgn tnye bila nk kawen..bila nk dapat anak..bila lg nak tmbah anak..anak ko xkawen lg ke..

    huh..tnye lah soklan yg mbina sket k..

    semua ketentuan Allah..n semua manusia pon inginkan bahagia

    kudos!

  46. ✿ nurulism.com ✿ » Blog Archive » Plain Boring Says:

    [...] aku pernah membuat entry seperti INI, ramai mula menyusahkan kepala sendiri dengan menjadi pelik. Chika, I ingatkan you pergi private [...]

  47. Nur Says:

    Salam.. Apa khabar Chika? Hari ni, kali pertama kak Nur datang blog Chika ni.. Terus jatuh cinta dgn blog Chika ni. Suka baca entri2 Chika. Menyentuh tentang isu sensitiviti ni, akak pun selalu sangat mengalaminya. Perasaan sedih memang tak dapat dibendung. Almaklumlah dah lama juga kami mengimpikan zuriat sendiri. Rasa nak cili je mulut orang2 yang tak tahu jaga perasaan orang lain ni. Tak logik langsung pertanyaan2 mereka ni. Ada ke pasangan berkahwin yg tak inginkan anak.. Soalan mereka tu kadang2 tak masuk akal.. Perangai manusia memang kita tak boleh jangka.

    Kak Nur doakan Chika dapat jadi ibu yg terbaik utk Medina. Didiklah dia dengan penuh belaian kasih sayang dan hikmah. Anak itu amanah Allah untuk kita. Salam perkenalan dari Kak Nur.

  48. Rina AVAIL a.k.a cik betty Says:

    betul chika..sekeliling kita ni ramai org penyibuk..mcm akak kan jd surirumah jugak walaupon ada ijazah..org keliling asyik dok sibuk tny knp x kerja..lps tu nk banding² dgn anak diaorang pulak..menyampah..suke hatila kita nk kerja ke tidak kan..lps tu sibuk suruh kita beranak lg alang-alang x kerja pdhal dah nampak kita masih mengelek baby yg menyusu badan..sebal betul dgn org mcm nih..tp walaupon marah akak senyap je psl org tua..

Leave a Reply