Tunggu Foreman Sampai Terbeli Carpet

Pagi tadi kena bangun pagi gosok gigi mandi pagi pakai wangi GIGIGIGI. Slap muka, mahu? Sebab dia, dikhabarkan bahawa foreman akan datang between 9 to 11 am untuk maintenance rumah. Husband kerja. Habis, tak akan lah membiarkan saya bersendirian membawa masuk foreman ke dalam rumah. Tidak manis sekali. Maka kami pon bersepakat meminta tolong Nenna Zaina temankan saya di rumah. Nenna pon tinggal di Mount Gravatt saja, tidak jauh.

Selepas menghantar suami ke tempat kerja, saya ambil Nenna bawa datang rumah. We had a good day (reverse version of I had A Bad Day punya lagu) Nenna sungguh sporting. Walaupon sudah berusia 68 tahun (lebih kurang itulah), tapi masih energetic. Seorang Malaysian dahulunya. Tapi sudah menjadi Australian selama lebih 20 tahun. Dan dia cakap, tak sanggup mahu duduk Malaysia yang maju itu. Buat dia gementar sahaja. HAHAHAHAHA. Itu hari dia bercuti di Malaysia. Tapi jiwanya tiada di sana. Bak kata pepatah, Cintaku Tertinggal Di Ostrolia.

Hurm. Sebenarnya, menjadi senior citizen di sini memang sangat menguntungkan. Diberi tempat tinggal sendiri (rather than disuruh duduk dalam rumah warga tua dan berdambaan pilu di tempat tersebut) Setiap Monday, ada pembantu akan datang ke rumahnya untuk membuat house cleaning. Kemudiannya, di bawa ke shopping complex untuk membeli-belah keperluan. Ada orang angkatkan barang. Pencen pon dapat. Rebate bill electric dari goverment. Perbelanjaan kesihatan ditanggung government dan sebagainya.  Malah orang-orang tua di sini walaupon nampak macam sudah layak duduk diam dalam rumah menonton rancangan masak-masak, tapi mereka kebanyakkannya masih aktif berlegar-legar di pusat membeli-belah. Sangat independent.Patutlah ramai berpendapat, menjadi tua di negara ini sangat mengujakan. Tapi kena ada citizenship lah. Kalau menjadi saya dan tertua-tua di sini, memang macam kacang terlupakan kulit.

Nenna asyik cakap sahaja, suruh kami tinggal tetap di negara ini. Errr tidak tidak. Kami punya keluarga di tanah air. Mana mungkin meninggalkan Kuala Lumpur. Apa jadi sekalipon, akan pulang juga. Perlu pulang untuk settle down sepenuhnya. Sekarang ini, anggaplah kami sedang di alam fantasi kota keriangan muda-mudi. Atau apa-apalah. HAHA. Hep, bukan! Sekarang suami sedang mencipta kerjayanya.

Berbual-bual di rumah bersama Nenna. Dia ceritakan kisah-kisah mudanya. Kisah kehidupannya di Australia, dan dahulunya di Irian Jaya, Indonesia. Very interesting.

Tunggu punya tunggu. Foreman yang ditunggu takda sampai-sampai juga. Apakah ni mempermainkan orang yang menunggu? Saya call husband. Husband saya cakap, by 11 kalau dia tak mai (tetiba pulak cakap Penang la kan) saya boleh keluar mengukur jalan ke mana-mana saja saya suka bersama Nenna. Huuuuu tawaran menarik. Eh tak lah taklah. Tapi begitulah polisinya. Duduk dalam secure complex seperti ini, kami ada hak untuk tidak membenarkan any workers masuk kalau dia tidak datang pada waktu yang dijanjikan. Kira macam, no walk in visitors eyh. Nak datang buat appoinment. Amboi, biasa dia tu! HAHA.

Dah 12.30 tak sampai jugak. Kami solat dan selepas itu terus ke Indonesian Tucker mencarik makan. Nenna kenal rupanya kakak owner restaurant tersebut. Kami pon berseronok dan makan-makan. BERSERONOK? Takyahlah bayangkan macam kami makan sambil ketawa geli hati hentak meja seperti sekumpulan remaja universiti awam ke apa. Kami makan dan berbual macam emak-emak sahaja. Macam sesi soal-soal ; Anak mana? Sekolah? Anak yang kecik siapa jaga? Phew. That’s me. Now T_______T

Eh kejap. Apa yang bau enak sangat neh? Dr.Ahmad Naruto masak apakah neh di kitchen? Apsal wife dia memblog suami dia mengasapkan dapur ni? HAHAHA. Itulah. Dia cakap dah lama dia tak masak. Malam ini dia nak masak. DIA INSIST HOCCAY!

Fine. Sambung balik.

Selepas makan, singgah Spice Bazaar. Nenna mencari makanan India seperti muruku dan sebagainya. Saya mencari Shah Rukh Khan. HAHAHAHA LAWAK LA TU KONON. Eh betul eh. Saya mencari filem My Name Is Khan. Macam tak boleh sabar dah nak tengok. Sejak tahu yang Shah Rukh Khan berlakon dengan Kajol di dalam filem tersebut, menggelupur macam cacing panas saya. Mana boleh tunggu. Ini favorite neh. HAHAHAHA. Tapi tak apa. Suami saya tengah download. Nanti malam mungkin siap. Boleh tonton yahooo!

Ok sambung lagi.

Hantar Nenna pulang ke rumahnya. Tapi saya tidak menghantar diri saya pulang. Saya menghantar diri sendiri ke Spotlight. HAHA. Biasalah tu. Pantang dapat kereta. Kaki pendek pon menjadi panjang.

Tak tahu apa nak ditengok. Tapi memang suka ke Spotlight sebab di situ terdapat barangan rumah yang menggiurkan. Tengok-tengok kain. Ya Allah. Semua kain sangat cantek. Nanti bila dah datang mood mengerjakan mesin jahit, tahulah aku kerjakan kain-kain tersebut. Tapi takda membeli kain. Sebaliknya, ternampak RUGS ON SALES! Sudaaaaaaaah.

Ha. Tak padan dengan perut besar. Terhegeh-hegeh saya mengangkut carpet bawak ke kereta. Dah sampai dekat kereta, susah nak adjust masuk pulak. Tapi carpet punya pasal, tiba-tiba saja jadi creative. Tangan yang selalu tak larat nak angkat bakul kain pon tiba-tiba menjadi kuat memikul carpet. Ha, nak cakap apa sekarang? HAHAHA

Okay janji tak beli carpet dah.
Okay bye.

HAHAHAHAHA BELUM HABIS ENTRY LAGI LAH.

.

.

Mengangkut carpet pulang. Duduk-duduk sekejap. Tetiba ada orang knock knock. Hush. Baru nak datanglah tu. Mulanya saya ingat tak nak bagi foreman tu masuk. Nak cakap je kat dia, kamu sudah telat. Polisi kitakan harus ketemu jam 9 sampai 11. Kamu ingat saya boneka ya lagi nunggu kamu seperti ga punya kerjaan lain? Tetiba cakap Bahasa Indonesy kan. HAHA. Tapi fikir punya fikir, kalau tak bagi dia buat kerja hari ni, lain hari saya kena tunggu dia jugak. Malas ah tunggu lagi.

Saya open semua pintu besar-besar. Pasang lampu-lampu. Dan biarkan dia membetulkan apa yang patut. Sekejap saja tak sampai setengah jam, semua siap. Nasib baik foreman ini jenis yang beradab. Masuk pandai bukak kasut. Cakap pon baik. Dan habis kerja, siap mengutip debu-debu pada stokin dia yang melekat pada carpet rumah. Sampai saya cakap, tak apa. Saya bersihkan nanti. Punyalah dia takut saya marah ke apa.

Petang jam 5, jemput suami pulang dari kota.

Sayang, ada surprise kat you.

Sebelum suami masuk rumah, saya bagitahu dia.

Ala. I tahu, you pergi shopping kan? Kan?

Ha ah. Betul.

Uish, sempat tu.

Masuk-masuk rumah saja …

You beli carpet??????

Terkesima suamiku tapi tersenyum sahaja. Saya tanya, ok ke tak? Dia kata okaaaaaaay.

Pastu dah. Habis cerita.

Eh betullah. Habis cerita. Tak percaya sudah. Tunggulah kamu di situ :P

Recent Entries

9 Responses to “Tunggu Foreman Sampai Terbeli Carpet”

  1. hanafijaafar Says:

    saya suka karpet itu. karpet itu pasti tiada dijual mat bangla rumah ke rumah.

  2. fifie Says:

    leyh pos x kapet tu..cantek deyh…

  3. cik muda sara Says:

    jemput suami pulang dari kota?.. hahaha!

    cantik gak karpet tu bila bersama bantal2..

  4. poyaty Says:

    bhgian mana yg xde karpet lg chika? kena penuhkan tu. hihihi~~~

  5. mieya Says:

    Aip aip ini entry comel nama diaaa. Hihi :P

  6. wanie Says:

    cantek la carpet tue chika…hahaha….
    sanggup tue angkut dari mall pegi masok kete….tegar jugak la nk angkut….herm…carpet pny pasal..hehehe….
    neway, entry nie best sgt2….nk bace lagi la…

  7. aiza89 Says:

    kakkkk chikaaa..my name is khan memang sgt bestttttttttttt.. lagi best dari kabi kusi kabi gam gam tu.besttttttttttt.. aiza g tgk first day cite tu tgk.memang best.touching and sangat cam respect karan johar buat movie macam tu ;)

  8. farah Says:

    sgt cantik itu caarpeet!!
    np nenna zaina 2 xblk msia??mmg 1family die da menetap kt c2 eh..(terbz body plak)..huhu

  9. samanosuke_04 Says:

    gahahha, foreman tue pomen rupenye.. hoho,klakar gak lawak org mengandung.. hoho tetiba byk bahse bleh cakapkan? hehe, akak cite2 camnie, kte tebayang2 kalo bleh bini nanti camner… hohohoho

Leave a Reply