Lily Semerbak Kasturi

Ada hadiah untuk you.
Mana?
Kat bawah.

Menuruni tangga-tangga kejayaan ke tingkat bawah, hidung disapa oleh bau harum semerbak kasturi. Ooooo mentang-mentang bercakap tentang semerbak kasturi, bukan main puitis kau bermadah ye. Sudah tu, sudah! HAHA. Di atas dining table, terdapat sejambak bunga. Bukan kasturi, hep! Bunga lily. Bunga kegemaran kami. Walaupon tak pernah istiharkan bersama ; Bunga Lily Bunga Kegemaran Kita, Sayang. Tapi kami memang sepertinya meminati Lily.

dsc05897

dsc05897

dsc05897

Ada orang bagi I bunga.
Siapa?
Entah.
Ooooo.

Disebabkan hidup berdua sahaja di dalam rumah ini, kadang-kadang perbualan kami macam ke laut. Entah apa-apa yang kami cakapkan. Tentang perihal kelawar warna oren melambai-lambai tanganlah. Tentang kononnya Si Dia itu seorang werewolf la. Dan pada waktu yang lebih terbuang-buang, kami beraksi seperti Ninja Assassin. Bila teringat tidak lama nanti dah nak ada anak, ha barulah takut. Terus berjanji tak mahu perangai aneh-aneh dalam rumah. Tak mahu beraksi konon-konon Ninja, Werewolf, Vampire, Kakashi atau Naruto. Kesian anak nanti ditengokkan ibubapa bermain watak filem dan berbual perkara aneh di dalam rumah. HAHA. Tapi, kami mendapati bahawa perbuatan dan kelakuan ini enjoyable sekali. Anda pula, selalu berbual apa dengan pasangan anda pada waktu terbuang-buang? Eceh.

Terima kasih atas jambangan bunga. Sungguh harum rumah kita berbau Lily. Boleh menseramkan juga kalau tersalah timing. HAHA. Esok Sabtu yeah! Eh tetiba pulak engkau ini. Esok husband tidak on call. Lalalalala tarian gelek. Menseronokkan.

Sebenarnya … tiada apa hendak dibicarakan lagi pada petang Jumaat yang windy ini. Tapi kalau dibiarkan, boleh menjadi entry panjang sampai terpengsan-pengsan anda membacanya. Tapi tak apa. Takyah takyah. Lagi baik sekarang saya pergi menghubungi Antenatal Class.

Bye
(The fact is , I hate putting bye at the end of the entry)

Recent Entries

15 Responses to “Lily Semerbak Kasturi”

  1. nurull Says:

    baru semalam menggodek entri kak chika yg pasal bunga lily dr dua menjadi empat.. hari ni ade lily baru… cantikkk

  2. Masy Says:

    (The fact is , I hate putting bye at the end of the entry)

    klu gitu pasni cuba bubuh BYE kat awal entry. matiklah belum start dah abes T___________T

  3. farahrahim Says:

    waa..so maness..nak bunga jgk..ngeh3..

  4. fifie Says:

    besh nye..kalau fie??errmmm time bosan2??ktorg asyik cite silent (diam2 je)…hahahahah

  5. nawal Says:

    sapa kasi chika? haha

  6. softie Says:

    wall paper chika sama dgn tya azizul…

  7. otak ketat Says:

    lily mmg best! suka lily puteh. awww. sweet gila :)

  8. nhhas Says:

    Salam…
    i also don’t like to read “bye” from you…hihihi

  9. anne Says:

    chika,i suka baca blog u..cmne klo u dah ade baby,mesti dah bz..huhu..i rasa u sesuai la tulis novel..=)

  10. aya_rasmin Says:

    chika,
    take care.semoga selamat bersalin dan menjadi parents yang awesome!

  11. izzahfarhana Says:

    instead of bye boleh letak hingga bertemu lagi.hehe

  12. lily Says:

    hye chika..

    i’m ur silent reader..hehe 2day xsilent dah =P
    this entry buatkn tergerak nk cmmnt gak..cuz my name is lily..hehe poyo je..
    anyway..love to read ur blog..eager to c u baby autumn..ngee~

    toodles~

  13. yonnaism Says:

    i anggap,gambar first tu u dedicate kat i lah sebab i nak tengok wall sticker u hahaha. dah nampak rupa mcm mana!

    maaflan komen ke laut T____T

  14. wanie Says:

    so sweet…..~~~

  15. nieja Says:

    wallpaper blakang chantek.

Leave a Reply