Anak Arab dekat Darra Mosque

Memang nak turun masak tadi. Sememangnya berniat dan berhasrat. Tiba-tiba, sekali lagi! Sesak nafas. Duduk atas katil. Tercungap-cungap. Ada sesuatu yang menyesak pada lung. Saya tahu itu penangan kehamilan 31 minggu. Apabila uterus membesar. Apabila posisi bayi sudah berpusing kepala ke bawah untuk bersedia melihat dunia. Bila dia stretching, kaki kecilnya akan target tepat dekat rib kanan saya. Aduh, sungguh senak tapi seronok. Tak tak. Bukan seronok sebab senak. Atau senak sampai seronok. Atau berseronok sampai senak kjhgfdsertjkl. Tapi saya tahu, saya sebenarnya suka dengan respon bayi.

Dia macam penderitaan yang kamu tahu akan mendatangkan nikmat dikemudian hari. Tapi, penderitaan tetap penderitaan. Saya menjadi cranky setiap kali diserang gejala ini. Jadi tidak tentu hala. Depress. Dan ada kalanya menyebabkan tangisan tidak berbelah bagi. Sungguh sukar.

Sabarlah Chika. Semua ni satu nikmat.

Saya tahu saya tahu. Takyah bagitahu. Cuma ketika berdepan dengan nafas yang pendek, kamu tak boleh nafikan yang itu satu kesukaran luar kawalan. Even when you know itu satu nikmat. Even when you know it doesn’t happen for free. Habis, bila engkau tengah tercungap-cungap engkau nak ketawa terbahak-bahak? NAFAS TAHU, NAFAS? Tahu tidak, macam mana boleh pucat biru menggigilnya bila tercungap-cungap tak bernafas?

Sudah. Saya melaporkan sahaja.

Semalam juga tidak mengasapkan dapur. Sebelum Maghrib, keluar ke Inala mencari fried chicken (konon). Sampai sahaja, hampa. Apa ni kedai Vietnam? Mana lalu makan. Walaupon sudah tahu ayam yang dijual datang dari sumber halal. Tapi dalam menu ada bacon dan sebagainya. Dengan keadaan kedai yang sungguh menjengkelkan. Kembang tekak aku. Terus pergi tempat lain mencari sumber makanan yang lebih meyakinkan.

Jumpa fried chicken. Kedai muslim. Lega. Makan.

Nak balik ke Holland Park macam tidak sempat. Takut terlajak Maghrib, kami singgah Darra Mosque. Cantik. Besar. Ala-ala Gold Coast Mosque. Kami pon berpecah. Eceh. Saya ke bahagian muslimah. Mencari-cari prayer area, tapi tidak jumpa. Yang nampak hanyalah kanak-kanak perempuan bertudung labuh dan berpurdah yang berkeliaran main kejar-kejar. Macam-macam muka ada. Kalau dah anak Arab itu, mata mesti shining satu macam. Cantik betul. Walaupon comot, tapi cantek.

Selesai solat Maghrib, saya duduk berteleku sorang-sorang sementara menunggu Isyaq. Tiba-tiba muncul seorang budak kecik. Muka macam anak Arab. Anak Arab lah kot. Baju pink, tudung oren. Bukankah pemilihan warna yang begitu daring? HAHA. Dia senyum-senyum pada saya. Saya senyum kembali sebab hep! Tak baik sombong. HAHA. Tetiba dia datang dan berdiri betul-betul depan muka saya. Saya tegur dia.

Hi. What’s your name?

Umamah.

I see. Where’s your mother?

My mother is at home. She is in the kitchen.

(Baiklah. Emak dia dekat dapur sedang buat lepat pisang. Eh taklah taklah)

She’s cooking for you?

No.

(Gulp. Habis, cooking untuk siapa? Saya malas nak jaga tepi kain orang Arab)

Where’s your father?

I don’t have father.

(Gulp. Baiklah. Takyah tanya dah. Saya diam)

Tidak lama itu, dia pon pergi bermain-main dalam tempat solat itu. Dikopek-kopeknya cat pada window masjid. Saya tegur dia, JANGAN. Saya kata tak baik buat macam tu nanti mosque jadi buruk. Tak lawa. Dia pandang saya tak kelip-kelip. Saya tiba-tiba rasa senak. Terus bangun dan carik kerusi.

Dia datang dekat saya. Saya suruh dia duduk sebelah saya. Dia duduk. Pastu tenung muka saya tak henti-henti. Malu I. Saya buat tak tahu sahaja. Padahal tengah malu. Eh apsal awak pandang saya ni? Saya tahulah hidung saya tak cantek macam hidung awak. Ini hidung wanita Asia, tahu? HAHA.

Lama-lama, saya rasa macam saya perlu berbual dengan dia supaya dia tak terus tenung muka Asia ini. HAHA.

Do you have sisters?

Yes. She is Umamah. I don’t like Umamah.

Pulaaaaaak dah. Tadi dia cakap nama dia Umamah. Sekarang, Umamah ialah kakak dia ye.

Hurm. Ok. And, where’s your father?

Saya tanya lagi sekali. Menyebok betul engkau ini Chika. HAHA

My father go job

Maksudnya, my father is working ye.

Where?

Hospital.

Aik? Tadi dia kata I don’t have father. Sekarang dah ada dah pulak. HAHA.

He’s a doctor?

Yes.

Purrrrrft. Hoccay. Sekarang saya pon dah tak tahu dah. Tadi kata tak ada father. Sekarang ada. Dan seorang doktor. Mungkin jugak, bukan.Mungkin bapa dia ada di hospital tidak sehat. Macam-macam boleh jadi.

HAHAHA. Tapi itulah. Dia cuma seorang kanak-kanak kecil. Kamu tahukan, kanak-kanak. Kadang-kadang mereka bercakap benda yang mereka tak maksudkan. Kadang-kadang mereka main cakap saja. Dan sebenarnya, kanak-kanak sometimes bukan faham apa yang kita tanya, tapi mereka cenderung untuk menjawap. Saya anggap saja sebenarnya dia masih kecil dan dia main jawap saja. Cute though.

Tiba-tiba muncul seorang perempuan bertelekung memberi salam dan bersalaman dengan saya. Saya teka, dia Melayu. Tapi saya tak sempat nak tanya sebab kenalah menghormati masjid. Kalau orang baru masuk masjid, tak akanlah kamu nak ajak dia bersembang. Bagilah dia menghormati masjid dengan mengerjakan solat Tahyatul Masjid dulu ke apa. Saya sabar saja. Sebab saya yakin dia Melayu. Harus tegur.

Berkumandang azan Isyaq.

Kami solat sunat. Saya ajak budak Arab tu ikut solat. Dia pon ikut. Tapi, masa saya tengah sujud, saya sedar dia tepuk-tepuk belakang saya. Mula-mula tepuk perlahan, lama-lama makin kuat. Saya sabar. Teruskan solat. Masa saya berdiri, dia tarik-tarik kain seluar saya tapi tarik sikit-sikit.

Habis saja saya solat, dia terus cakap ; Can you please help me?

What is it?

I wanna go to the toilet!

Saya tengok dia dah terkemut-kemut dah. Apalagi, saya terus tarik dia keluar dari ruang solat. Buatnya dia terkencing dalam situ kang, haru biru pulak. Saya tanya dia toilet dekat mana sebab saya tak tahu. Dia suruh saya ikut dia. Tapi dia tarik saya laju-laju. Sampai dekat toilet, dia menjerit pulak nampak cicak.

Saya cakap, tak apa. Masuk je. Saya teman.

Allahuakbar.

Dengan perut saya yang besar macam ini, separuh nafas rasanya nak mengangkat budak tu naik atas toilet seat. Tapi saya kesian. Tak sampai hati nak biarkan. Tetiba saya terfikir, eh budak ni nak pee ke, nak poo? Kang kalau dia nak ter-poopoo kang, matilah aku! Saya mana tahu! Jemaah pon dah mula nak solat Isyaq.

You pee?

Saya tanya. Dia angguk. Huh lega. Dia mintak tolong saya isikan air dalam bekas. Saya tolong. Dan saya jiruskan. Saya tengok dia macam tak pandai saja. Macam biasanya emak dia buatkan, mungkin. And then dia mintak saya tarikkan tisu. Saya bagi toilet paper dekat dia. Saya pakaikan dia seluar. Saya basuhkan kaki dia bersih-bersih. Sebab nanti dia nak masuk tempat solat.

She said ; Thank you.

Dan dia senyum saja dekat saya.

Terus saya ajak dia jalan laju-laju naik atas. Sebab orang dah nak mula Isyaq.

Pengalaman betul. Tetiba kena menguruskan anak siapa-siapa entah ke tandas. Tak pernah sekali pon dalam hidup saya melakukan ini. Tidak juga pada adek-adek saya. Tapi saya memang tak sampai hati nak biarkan dia.  Dahlah kecik.

Habis solat Isyaq, saya sengaja tunggu kejap. Saya nak tegur kakak sebelah. Tapi tak sempat saya tegur, dia tegur saya dulu.

Where are you from?

Malaysia. You Melayu kan?

Saya tanya. Kemudiannya kami pon berbual ringan-ringan. Nama kakak tersebut, Aza. Dia tinggal dekat St. Lucia. Saya teringat Aini. Saya tanyalah dia, kalau-kalau kenal Aini.

Aini yang buat computer science tu eh?

Errr… tak rasanya. Aini yang nama husband dia Jamal.

Ooooo. Bukan Jamal, Jamil.

HAHA pandai-pandai saja aku tukar nama suami orang.

Yang tu saya kenal la. Dia pon expecting baby jugak macam Nurul la.

Ha ah, Lebih kurang la kitorang nanti.

Bual sikit-sikit saja pastu kami turun nak pulang. Budak kecik tu ikut saya. Aih, apsal ikut ni? Bila saya nampak husband saya melambai-lambai, saya pon terus cakap dekat budak kecik tu yang saya nak balik rumah. Saya suruh dia pergi balik rumah juga. Dia angguk. Saya tanya dia, dia datang dengan siapa. Tapi dia macam blur. Tapi tak apalah. Budak-budak Arab dekat sini memang macam itu. Diorang memang bermain dekat mosque. Tak ada apa saya nak risau. Saya tata dia. And then dia lari, terus lebuh. Entah-entah sebenarnya ada je ayah dia dekat masjid tu. HAHA.

Demikianlah cerita malam semalam. Nanti kalau saya punya anak, saya pon akan bawa anak saya bermain-main di mosque. Dekat sini, tak ada siapa pon marah budak-budak yang bermain dekat mosque. Saya ingat. Kalau dekat jemaah kawasan rumah saya dekat Cheras, budak-budak mesti kena sesah kalau berkeliaran dekat mosque. Tapi budak-budak dekat Cheras itu pon satu. Orang sebuk solat, dia sebuk menyalak yang bukan-bukan. Kalau bulan puasa, waktu orang tarawikh, waktu itulah diorang bakar mercun dekat kawasan masjid. Manalah jemaah masjid tak naik hangin.

Kalau dekat Masjidil Haram pula, saya pernah tengok. Ada satu ibu ni. Tengah-tengah solat, dia stop kejap pergi bantai anak dia sampai melalak budak tu. Sebabnya anak dia pergi baring atas Al-Quran. Dah puas pukul anak, pastu dia continue solat. HAHA. Macam-macam.

Recent Entries

21 Responses to “Anak Arab dekat Darra Mosque”

  1. Mieya Says:

    Ya Allah mieya baca perbualan Kak Chika dengan budak kecik tu pun mieya dapat rasa mesti dia comel dengan warna baju dengan tudung dia lagi. HAHA.

    Apapun, mesti best kan jumpa budak kecik tu sebab dapat pengalaman baru sebelum baby Kak Chika lahir. Hihi comel betul :)

    chika Reply:

    Kalau pergi mosque, mesti ada je anak2 arab ni datang mengendeng kat akak. Budak2 ni friendly. Jenis tak takut orang. Yang jenis datang terus duduk mengadap kita pon ada. Cute sangat!

  2. yonnaism Says:

    omg.such a cute story la dear!!! hahaha.

    sebenarnya,apa nama budak tu eh? T________________T

    budak2 jujur.walau dia tak tahu apa yg dia cakap haha

    chika Reply:

    I pon tak tau apa nama dia. Ada sekali I tanya nama dia, dia cerita pasal abang dia. Aih.

  3. Masy Says:

    akak pun penah tgk kat Masjidil Haram, mak Arab ni pause solat pi kejau anak dia. lps dpt anak dia, sambung solat. hahahaahah tp yelah. mazhab dia.

    chika Reply:

    Kat Masjidil Haram tu macam2 mazhab dah bergabung. Tu belum yang pengikut Syiah. Dia marah saya tak solat kepala dekat batu. Saya diam je.

    anje Reply:

    eh betullah. ada skali tu pernah nmpk pak arab ni tgh solat, henpon bunyi. siap dia jwb kat fon “solat solat” pastu smbng solat balik. kelakarlah pulak. tapi dlm ramai-ramai bangsa tu, i rasa bangsa melayu la yang tertib solatnya.

  4. nawal Says:

    sifat keibuan dah ada dalam diri chika. sayu je baca entree kali ni. sambil baca sambil bayangkan rupe budak kecik tu. sambil bayangkan chica macam mana. lepas tu pk

    ‘eh , chika dah amik air wuduk belom lepas cebokkan budak tu? chika tak cakap plak dah ke belum”

    HAHAHHA

    chika Reply:

    I tak cebokkan dia.
    I jirus je.
    Sebab tu I menggelabah takut dia nak terberak ke apa.Mana I reti! HAHA

    nawal Reply:

    HA HA HA. nasib baikkkk!!! kalao terberak cebok la chika. hihi.

  5. feez Says:

    release tension ble baca story chika..

  6. cik muda sara Says:

    bab tolong budak tu kat tandas bikin touching. sebab chika sedang mengandung baby yg semakin besar. =)

  7. aiza89 Says:

    kak chika, u have a real cool motherhood touch lah ;) semoga anak kak chika comel2 macam ibu dia jugak ;)

  8. ciare Says:

    ya ampun.misterinya budak tu ;) siap tlg sampai dia ke tandas lagi.hukhuk.haih comelnyaa kan anak2 arab ni.tp kan, kalo dia ter-poopoo ntah apa jadik kat chika.hehe ;p

  9. anot Says:

    wahahhahahhahaha!!

    aku cuma nak gelak je. Tabik ar kau bley bawak budak tu pegi pee. Siap angkat tu tak bley blah. Bagus ah.. harap2 sok kawen perangai aku pon bertukar mcm kau ah.

    HAHAHAHAHAHHAHA.
    Sejak da tunang ni aku suka masak siot!! Jangan nanti aku da kawen siap kua buku resepi sendiri plak. apapon tahniah wey!

  10. dira Says:

    seronok dira bace entry chika ngn anak arab ni…
    nanti chika mesti jadi mama yg best!!

  11. wanie_gc Says:

    practice makes perfect dear…..
    hahaha..blom blom lagi da free free g bwk anak, dukung anak, n bersihkan anak org before masanye…hehe….
    baiknye chika….hehe….
    tp, xtahan la nk gelak bile u ckp nk pee ke nk poo….hahaha….

  12. Dilakochan Says:

    Terase diri ai pun mcm sama chomel dgn budak arab tu bile bace entry ni sis, hihih

    mesti dia sgt chomel…

  13. hidayahyassin Says:

    good job dear… comel sangat walau tak nampak apa yang berlaku…pandai budak2 tu mengendeng kan? kalau tak sabar, lama dah tinggal budak kecik comel tu…hahaha…

    akak salute dengan kawan2 akak yang sejak kecik mak diorang dah ajar jaga adik2…so dengan mudahnya apply pada anak2 diorg pulak…

    akak pon tak pernah buat camtu kat adik2…tak reti…:D

  14. ijat Says:

    untung-untung melekat jugak kecomelan anak arab tu dekat baby autumn nanti kan,kan..

  15. ✿ nurulism.com ✿ » Blog Archive » Kali Ini Dia Berpakaian Baldu Ungu Says:

    [...] Masih ingat Anak Arab Dekat Darra Mosque? [...]

Leave a Reply