LOLA by Marc Jacobs
Hai, selamat pagi!
Pagi yang bertenaga. Macam naga. Suami pergi kerja pagi-pagi. Macam biasa, akan bagi mutiara kata yang sama. Yang sebenarnya macam skrip yang default ; Elok-elok.
Elok-elok.
Memang macam itu kan? Elok-elok. HAHA sungguh default. Kebanyakkan kita pon bagi pesan yang sama. Sebenarnya, pesanan ‘elok-elok‘ itu luas artinya. Macam merangkumi kesemua pesanan. Habis, tak akanlah setiap pagi akan membebel pesanan panjang ; Drive elok-elok. Buat kerja elok-elok. Ingat Tuhan. Jaga tingkahlaku. Jangan main panas. Melintas jalan pandang kiri kanan. Park kereta biar molek. Et cetera.
Jadi, elok-elok dikira seperti merangkumi semua sekali. RTP. What the hell RTP is? Rindu Tapi Pendam. Ok gelis sangat. RTP ; Ringkas, Tepat dan Padat. Hah, apalagi. Jangan lupa pesan elok-elok dekat orang kesayangan anda setiap hari. Tapi sesekali macam bila tengah merajuk dan perasaan bersepah, mesti akan berlagak tak nak cakap pon suruh dia elok-elok. Salam dan cium saja.Selebihnya berdoa dalam hati.
Entah apakah yang membawa kepada topik elok-elok ini. Okay tukar topik.
.
Perkara Kena Buat Hari Ini
(atau kalau tak buat pon tak apa, cuma macam makan ikan goreng tak ada kicaplah)
- Uruskan pakaian. Melipat, menggosok, menyusun, menjemur, mencuci dan membeli.
- Cuba buat kek gula hangus. Cuba buat, tengok.
- Unpack mesin jahit supaya boleh menjahit selepas ini.
Tiga cukuplah. Kita target biar sikit asalkan RTP (see above :p) Semoga hari ini menjadi sebuah Jumaat yang bertenaga dan produktif.
Tukar topik lagi sekali.
.
Dua hari sudah, merayap solo ke Westfield Garden City. Mana lagi saya nak pergi kalau secara solo. Tak Garden City, Carindale. Tak pon ke Indonesian Tucker jumpa member. HAHA tokey restaurant tersebut dah jadik member aku dah. Hari itu datang makan setelah agak lama tak datang situ sebab sekarang asyik berasap saja dapur rumah saya neh. Kakak tersebut tanya ; Eh, lama tak nampak. Ingatkan sudah melahirkan.
Itulah dia. Kamu semua pon kena tahu. Kalau tiba-tiba sahaja saya diam lama-lama, barangkali saya sedang melahirkan. Dan pada ketika itu, minta didoakan supaya turunnya pertolongan dari langit. Dan mintalah apa yang kamu mahu dari Tuhanmu. Hoccay hoccay. Pengaruh filem Indonesy.
Eh apa ni apsal macam tadi nak cerita lain, tapi tercerita benda lain.
Kita ulang semula. Dua hari sudah, merayap solo ke Westfield Garden City. Mana lagi saya nak pergi kalau secara solo. Tak Garden City, Carindale. Tak pon ke Indonesian Tucker jumpa member.Singgah kedai perfume. Tengok-tengok saja bukan nak beli pon. Sebab dulu kami suami isteri dah berikrar tak mahu beli perfume sampailah semua perfume yang kami borong habis dipakai. Masih ingatkah, winter yang lalu. Kami memborong perfume sehingga AUD2000? Sejak dari itulah kami ikrar sama-sama.
Jadi, saya masuk situ untuk tengok-tengok dan update diri dengan wangian terbaru. Ini memang kelakuan saya sejak dulu. Bila tahu saja ada perfume baru di pasaran, mesti pergi cium. Kira macam, kalau tak beli pon, yang penting tahu tahap pencapaian perfume tersebut. Pastu boleh recommend dekat orang lain. Bila orang lain ada, aku takda. Pastu aku pon gusar. HAHAHAHAHAHA.
Tahukah anda apakah dia perfume di tangga pertama pasaran ketika ini?
LOLA by Marc Jacobs.

Woooohmaigod. Cantek betul engkau ini. The bottle itself is attractive enough. I do believe, most of us pon kadang-kadang beli perfume sebab design bottle dia and let alone the scent. Sometimes lah. Sebab my all time favorite is Gucci Envy Me. Dan botol dia sangat skematik. Tapi still, habis, beli. Habis, beli.
Tapi yang LOLA ini; sungguh jelita. Kira kalau dah beli nanti (oh ada hati nak beli rupanya jeng je jeng KAH KAH KAH) botol dia confirm simpan till death do us apart. HAHA. Eh taklah. Ikrar tetap ikrar heh. Tak beli. Tak beli.
Sekarang let alone the bottle jelita cantik attractive dan sebagainya. Memang the bottle itself jadi the main point atau the whole point mungkin. Bau dia pula. Not bad, yo! As for me, saya suka. Not too ‘datin‘ and not too sweet. Sebab kalau bau terlalu sweet, lama-lama pakai boleh jemu. Kalau bau terlalu strong, saya pusing. Bau dia macam ‘moderate’. Taklah special sangat like ; Eh tak pernah bau la tak pernah baula. Bau dia macam ada similarity dengan beberapa perfume yang lain tapi unique the way it is lah. Eh. Tapi saya sukalah. Syok eyh.
Retail price is AUD160 for 100 ml. MAHAL T______________T Not the price I dare to pay for a bottle of perfume.
Just for your note, the second place is POLO Ralph LaurenĀ Red White & Blue.
Ambil nafassssssss. Hembusssssss.




March 5th, 2010 at 10:07 am
Perfume tu, kakak Chika yang nak atau baby dalam perut? :P Hihihi
chika Reply:
March 9th, 2010 at 5:51 am
Sama-sama nak :P
March 5th, 2010 at 10:07 am
akak suka wangi2…dulu2 tak reti tapi lepas kene tegur dengan abah, malulah…bila beli je minyak wangi mana yg best2 dari segi bau n design botol dah taubat takmo beli selagi tak habis tapi kalau tersinggah, terbeli jugak…so jadi nya pelbagai bau dah tapi takpelah wangi kan…
n takde bajet utk minyak wangi n paling mahal pon kan akak beli hampir rm50 tapi jarang sangat…sebab yg murah2 pon baunya sedap2…
chika Reply:
March 9th, 2010 at 5:52 am
Kita harus berbau wangi! haha
March 5th, 2010 at 10:27 am
gucci envy me memang best bau dier…
jadi pilihan hati saye jugak.
kalau saye plak kan, pkai perfume ikut tema dress up saye pada hari tersebut.
kalau rasa macam seorang ladies saye pakai yang soft.
kalau dress up ganas siket so pkai perfume yang bau kuat siket..
hihu
n 1 more thing saye hanya beberapa kali sahaje beli perfume secara ‘sendiri’.
selebihnya dihadiahkan oleh 2 orang lelaki dalam hidup saya.
chika Reply:
March 9th, 2010 at 5:53 am
Err. Saya macam tak pernah beli perfume sendiri. Semua emak beli, rakan bagi, atau suami beli. Perfume macam benda yang lagi indah kalau diberi oleh orang lain :P kan kan?
March 5th, 2010 at 10:39 am
chika, kalo jadi kek gula hangus tu nanti post la resepi kat sini. huhu.
(dlm byk2 benda ini yg aku komen. hukhuk)
chika Reply:
March 9th, 2010 at 5:53 am
Kelak. Insyaallah
March 5th, 2010 at 11:31 am
osmet akak dah sambar satu. i mean, paw boipren dan sambar satu. hehehe
chika Reply:
March 9th, 2010 at 5:54 am
Begitu best!
March 5th, 2010 at 1:25 pm
chika,
perfume lola tuh favret azwan ali. he showed the bottle to tv3 if tak silap. bangga okay ada perfume tu. haha.
chika Reply:
March 9th, 2010 at 5:55 am
Erk. Ye ke? HAHA. Azwan Ali pon Azwan Ali laaaaa. HAHAHA
March 5th, 2010 at 2:03 pm
botol dia pun dh attractive, bau mesti best tu.. nati nk try bau la :)
chika Reply:
March 9th, 2010 at 5:56 am
Give a try, give a try!
March 5th, 2010 at 3:57 pm
lupa la nak cakap…akak nak mintak surah2 yang chika ckp dulu tu…boleh? sebab akak cuba cari sendiri tapi tak berjaya…ada laman web khas tapi entah kenapa tak boleh dload pun…tolong emel eh? thanks chika in advance…
chika Reply:
March 9th, 2010 at 5:56 am
Cuba sini ;
http://alafasy.tripod.com/
hidayahyassin Reply:
March 9th, 2010 at 8:14 am
akak boleh dengar je tapi tak boleh download pulak…tapi akak try dulu la…thanks ye…
March 5th, 2010 at 6:58 pm
comelnyer botol tu..adoiii..boleh berangan je la..nk beli x mampu..hohoho
chika Reply:
March 9th, 2010 at 5:57 am
Itulah. Sangat jelita.
March 6th, 2010 at 8:53 am
huhu… bab2 perfume ni laju je ako nk comment… hahah~
nurul, pesanan elok2 tu sgt bermakne kan… sgt sweet. memg RTP habes… ako setuju! hehe. kalu ade pesan tu mcm rase lebih selamat… rase syg kat diri sendiri n igt family~ wahh..
owh btw, mcm nk pegi tgk perfumelah sbb byk yg dh tggl sket ni… hehe… any suggestion perfumes for men yg bru2 n best??
;) take care ye~
chika Reply:
March 7th, 2010 at 7:31 am
Ib, try la Polo baru tu.Best selling jugak.
March 6th, 2010 at 7:18 pm
Ricci Ricci still no 1. Tapi akan pergi cium, mana tau terpikat dengan baunya pula ;-)
chika Reply:
March 9th, 2010 at 5:57 am
Kalau terpikat, beli :P
March 6th, 2010 at 11:40 pm
owh ini kali pertame bg komen weee~
comel botol nye.chika juge :P
chika penah bace this blog http://proudduck.com??
PD nih mcm chika gak,suke promote mende yg cantik jelita hehe..if chika n PD bergabung bg opinion,cm syok jer :)
chika Reply:
March 9th, 2010 at 5:58 am
Hi.
Saya dah tengok dah website tu. Interesting :)
March 7th, 2010 at 11:28 am
hye chika,
1st time bg comment nie..teruja lak topik psl perfume..coz baru je dpt adiah besday dr abah..abah bg pilih sndr..masa tu confius antara escada marine groove limited edition or flora by gucci..at last,i choose flora by gucci coz escada botol n kotak dia kurg menarik..hehe..(ade ke pilih botol cantik lak..=p)..marc jacob x jumpe lak time tu tp cantik la botol dia..i like..=)
chika Reply:
March 9th, 2010 at 5:58 am
Flora by Gucci pon ‘in’ jugak sekarang ni :)
March 8th, 2010 at 7:49 pm
xley pakai perfume ;(
chika Reply:
March 9th, 2010 at 5:59 am
Tak apa. Bedak bayi pon wangi jugak. I suka bedak bayi :D
March 9th, 2010 at 10:17 pm
kak chika..bape ratus hrga lola tu kalu ikut harga mlysia…
March 14th, 2010 at 2:44 pm
about 484.483 MYR =D