Ziarah
Dah lama dah Kak Long dengan Kak Hairul (mereka ini my husband’s cousin) kasi tahu nak singgah Brisbane. Sejak hujung tahun lalu dah bagitahu dah. Kami pon dah menunggu sejak dari itu. Eceh. Eh betul eh. Dulu kami siap nak setting rumah lama dekat Wishart untuk guest. Namun, kami telah meninggalkan Wishart dan tergopoh-gapah setting bedroom untuk tetamu. Maklumlah. Rumah ini memang berciri house for two. Agak membimbangkan juga kalau rumah ini tak mampu menampung 6 tetamu HAHA. Nasib baik nasib baik. Semuanya beres.
Sebenarnya mereka sudah bersiar-siar di Sydney sejak minggu lalu. Sebab Hazim (anak Kak Long) belajar dekat Sydney. Which university? Err I didn’t get it walaupon dah pernah tanya asyik terlupa saja. Sebelum pulang ke Koala Lumpur (Koala ye, koala) mereka berenam singgah berhujung minggu di Brisbane. Mak Long, Kak Long, Abang Lan, Kak Hairul, Kak Sham dan Hazim. Oh Hazim ini saya baru pertama kali bersua ye. HAHA. Tak pernah jumpa sebab dia di perantauan tak pulang-pulang HAHA. I am a MAK SU to him sebab my husband adalah his PAK SU. Okay tak perlu huraikan yang itu.
They touched down Brisbane on Saturday’s morning. Pukul 10.30 pagi dah sampai from Sydney. Saya dengan suami pula, selepas Subuh sudah bangkit main masak-masak. HAHA satu pengalaman emak-emak. Nasib baik suami sangat helpful. Kami masak bersama-sama dan mengemas bersama-sama. TIGA JENIS LAUK yang tak patut dibanggakan. Sebab lauk yang begitu tak vogue tapi Hazim makan sampai bertambah-tambah. Fuh Mak Su terharu T________T
Lauk semua CLEAR yeay! Begitu menyenangkan hati. Padahal punyalah berzikir saya di dalam hati sebab sangat cemas nak bagi orang makan. Selalunya tetamu saya cuma satu iaitu si dia, suamiku. HAHA. Dah lah Mak Long pon ada. Cukup termalu-malu saya dibuatnya nak serve makan. Tapi Mak Long makan dengan begitu baik. Phew. Perpeluhan.
Siap lunch. Terus tergesa-gesa mereka nak pergi membeli-belah di Harbour Town. Saya dan suami tidak turut serta sebab saya mana suka membeli-belah. Aku kan emak-in-the-making. HAHA tipu saja. Sebenarnya kami menemani Mak Long di rumah. Mak Long cakap ; Tak mahulah Mak Long turun Gold Coast tu. Dah pernah pergi dah dulu. Dah puas aku. Setakat nak tengok-tengok baik tak payah. Mak Long datang sini nak tengok kamu berdua je.
Baiklah Mak Long.
Informasi : Mak Long itu ibu saudara suami saya dalam kata lain, emak mertua saya punya kakak dan tiada kata lain lagi.
Nurul, apa best dekat Harbour Town?
Tanya mereka.
Saya menterangkan secara tak berapa detail sebab begitu lama takda ke situ sampai macam dah tak ada ingatan. Sungguh pathetic. HAHA. Tapi Nine West sangat ingat. Begitu beriya-iya saya promote Nine West sampai Kak Hairul dengan Kak Sham excited.
TETIBA.
Balik-balik rumah, sebijik Nine West pon tak beli.
Huuuu takut tengok Nine West yang jual dekat Aussie ni. Semua killer heels lah Nurul.
Ceh. Saya terlupa nak bagitahu tentang itu HAHAHAHA. Merungutlah Kak Sham tak puas hati dengan Nine West Aussie yang dipenuhi killer heels. Err. Tapi memang pon.
Ralph Lauren sales yang terpaling SALES. Like you can’t get that price dekat KL. Even selama ini pon tak pernah jumpa lagi dia bagi Sales se-best itu. Harap sempat pergi kelak. Sekarang tak boleh pergi mana-mana sebab suami busy. Saya suka RL for kids. Sungguh bergaya. Dari dulu asyik terpegang-pegang setiap kali masuk RL. Tapi waktu tersebut belum mengandung. Tak dapat sepuluh helai, satu helai pon jadik lah T_____T Oh ada hati rupanya nak beli sepuluh helai. Eh taklah. Saya sendiri pon tak pernah sarung Ralph Lauren dress ye. Tapi tak apa. Kalau saya ada duit, sekarang ini saya cenderung membelikan untuk suami dan anak. Sungguh selfless kebelakangan ini.
Sudahlah. Bawak bersabar. Memang dah lama menjadi perempuan selfless tapi yang anehnya, cukup gembira di situ. HAHAHA.
On Sunday, pergi Lone Pine Koala Sanctuary.

Sebabnya, mereka nak ambil photo cuddling koala. Mereka cakap, hanya dekat Queensland sahaja yang membenarkan visitors pegang sentuh peluk cium koala. Dekat states lain termasuk NSW memang tak boleh. Mereka dah pergi Taronga Zoo dekat Sydney. Malangnya, tak dapat nak cuddle koala. And then dengarnya, kangaroo dekat situ tidak begitu friendly. Kira macam tak puas hatilah. Kami pon bawa mereka ke Lone Pine Koala Sanctuary. Tak jauh. Dekat saja from city center.

Lorikeet. Cantek betul burung ini berwarna warni. Pastu pandai pulak tu. Ngam-ngam waktu show, semua dah terbang datang ke tempat kejadian nak carik makan. See. Binatang pon pandai makan on time. Barulah sehat.

Kak Long

Pak Suami.
HAHA.
Abang Lan.

Seekor saja yang hinggap dekat saya? Sebenarnya agak menakutkan jugak perbuatan ini. Sebab burung tu kalau dia nak terbang, dia tak bagi salam. Silap-silap muka kita dia rempuh.

Semua puas hati dapat berfoto bersama koala.
Kami dah pernah dah. So this time, kami tunggu tepi saja.

Kesian Mak Long kena berjalan.
Dahlah tetiba boleh hujan pulak sekali imbas.
Cuaca sangat pelik di sana sini.
Boleh hujan dan panas tak semena-mena.

Fuuuh. Punyalah payah nak tangkap gambar ini, tahu! Koala tu merajuk pulak dia. Haih. Sungguh tak sabar aku dibuatnya. Mula-mula dia macam okey. And then, staff yang jaga situ pon angkatlah koala tersebut ke dakapan husband saya. Tetiba dia mengeluarkan najisnya di hadapan kami. Apalagi, kami pon berteriak la ; Eiiiiii! Dan disertakan dengan gelak ketawa. Tetiba staff tu warning kat kami yang sebenarnya tak boleh buat bising, nanti koala tersebut akan jadi tak friendly. Oh sungguh benar bagai dikata. Dia merajuk tak sudah!
Lama jugaklah kami terdiri-diri dekat situ sementara menunggu kehadiran koala yang lain. Koala yang mula tadi tu dah memang tak mahu dengan kami. Dia dah buat hal. Err susah rupanya nak menjaga hati seekor koala. Kau tak boleh mentertawakan dia meskipun dia membuang najis di depan kau. Kau tak boleh cakap kuat-kuat, kena cakap lembut-lembut. Hiiiii tak kuasa betullah nak layan kerenah haiwan semacam ini.
Tak pusing satu zoo pon. Sebab motif kedatangan memenag nak bergambar dengan koala semata-mata. And then terus ke Myer Brisbane. Sebab Kak Long tengah hunting for Florsheim. Ada tiga sahaja mall yang menempatkan butik kasut ini. Yang paling dekat kami dapat bawa, ialah Myer Brisbane.
Saya dengan husband pergi baby’s department la. Dia kata ada diaperbags on sales. Malangnya semua tak berkenan. And then we found Jack & Milly! Tak pernah terserempak pon dengan this line sebelum ini. Wow. Kids’ fashion dia sangat funky and we went crazy di situ. Jack & Milly sebenarnya kira macam Seed’s line. (Bukan Seed yang dekat Malaysia tu) Seed tu ialah rangkaian jenama pakaian kanak-kanak (dewasa pon ada tapi sekarang bercakap tentang kanak-kanaklah. Maklumlah, sudah selfless lah katakan tadi) yang famous. Tapi Jack & Milly ialah rangkaian Seed tapi dalam version yang less expensive. Seed sungguh expensive for kids I think. Stylo memang stylo. Tapi macam overpriced.
Tak beli banyak. 2 pasang baju for our baby sahaja. Selepas itu saya dah tumpas dah. Terus kami berdua terduduk sakan di depan Myer menikmati sofanya yang begitu sedap.Dan manjakan bayi dalam kandungan. Kasi dia stretching, kicking and boxing puas-puas.
At 2 pm, we had lunch at Nando’s. Dah itu saja yang halal dalam foodcourt.

Pada waktu malam, Kak Long dengan Kak Sham offer nak masak untuk dinner. HAHA. Merasalah kami masakan seorang professor ye. Kari ikan, sambal udang dan sup petola. Sebabnya, semua teruja tengok petola yang sangat besar dan panjang dekat kitchen saya. Sampai Mak Long pon teruja. Memang sumpah besar petola tersebut. Tak pernah tengok sebelum ini. Kak Sham tolong masak dan tunjukkan cara memotong petola yang paling senonoh ye. HAHA takyah nak botakkan dia semua sekali macam yang saya buat dulu.
Sementara menunggu dinner :

Berlawan wii.
Peguam lawan doctor ye. Pastu melompat dan merembat sakan sampai bergegaran kawasan kompleks ini mungkin. I can see Mak Long gelak sampai tak larat-larat nak gelak. Lagi-lagi bila Kak Long main tennis hampir merempuh dinding. Ya Allah, scary gila! Sumpah scary! HAHA teringat dulu, husband saya pernah rembat kepala saya masa kami lawan tennis secara Wii. Belum lagi cerita tentang saya terketuk TV nasib baik tak hancur ranap. HAHA. Memang bahaya permainan ini. Wii memang hiburan yang menggelikan hati but at the same time, bahaya. Abang Lan lawan gusti dengan Hazim sampai makin lama, makin dekat dengan TV. Punyalah semangat. Saya dah duduk jauh-jauh dah. Aku taknak kepala aku jadik mangsa pada malam tersebut. KAH KAH KAH.
Selepas itu, semua berpeluh sakan macam baru lepas bersukan di gelanggang ye. And dinner!
Pagi-pagi Isnin, dah keluar hantar mereka ke airport. Mak Long dengan Kak Hairul terus fly ke KL. Kak Long, Abang Lan dan Kak Sham ke Sydney dulu singgah tempat Hazim. Jam 5.30 pagi kami dah keluar. Huuuu begitu sedih. Rumah yang hiruk-pikuk tetiba je jadi sunyi sepi. Suami pulak kerja sampai ke malam. Tinggallah saya terkontang kanting dalam rumah semalam. Tu yang saya bantai tidur sehari suntuk tu. Badan pon tak berapa sehat. Cuaca pulak begitu menggalakkan hibernasi.
Seronok pulak rumah riuh macam tu. Dah lama lama sangat saya tak menikmati keriuhan hujung minggu. Kalau dekat Cheras, hujung minggu memang riuh dengan cousin saya yang kecik-kecik. Sebenarnya dah biasa riuh rendah. Tapi sejak duduk jauh macam ni, saya dah terbiasa pulak bersunyi sepi dan berdua-duaan. Hurm. Sekarang nak tunggu Mak Yang datang pulak. Yeay!
Thanks to them yang datang melawat kami. Mak Long cakap ; lepas seminggu bersalin pon dah boleh balik dah bawak baby kamu tu balik Malaysia.
Waaaaa. Tak boleh imagine nanti naik flight bawak bayi. Bawak diri pon dah terhegeh-hegeh. Cukup mendebarkan.




March 2nd, 2010 at 6:49 pm
Salam chika :)
How are you?
Macam kenal la Kak Long tu, lecturer kat UTM Skudai kan? Kalau akak tak silap orang la, Prof Halimatun Hamdan, my chemistry lecturer hehe.
Kalau salah ampunnn :D
Take care dik :)
chika Reply:
March 2nd, 2010 at 6:54 pm
Salam Kak Leed. Saya sehat alhamdulillah. Lama tak ‘nampak’ :P Busy nak settle phd eh? :D
Ha ah. Betullah tu. Husband dia (abang Lan) pon UTM jugak. Eh Kak Leed dulu study chem eh?
leeds Reply:
March 2nd, 2010 at 7:27 pm
Akak study chemical engineering, but tahun 1 kena amik chemistry, so Prof akan datang jauh2 ajar kitorang hehe.
Still ingat and admire dia, still ingat yang kasut and handbag dia mesti matching, smart je dtg mengajar :)
She’s one of my inspirations, nak jadi lecturer vogue and gempak macam dia hehe.
meee Reply:
March 3rd, 2010 at 5:14 pm
ya ya..
she received the award in the Health, Science and Technology category for
The Merdeka Award winners Octoberlast years..
wah sgt teruja…bukan calang2 org tu dpt.. ^__^
March 2nd, 2010 at 6:51 pm
wah~ bestnye jln.. btw nice blog esp wlppr 2~
chika Reply:
March 2nd, 2010 at 6:56 pm
thanks very much :)
March 2nd, 2010 at 6:55 pm
Moga selamat semuanya. :)
Yang membaca dok excited tunggu. :)
chika Reply:
March 2nd, 2010 at 6:56 pm
Saya pon tengah menungguuuuu sangat sangat ni. HEHE
Terima kasih :)
March 2nd, 2010 at 7:11 pm
lepas ni chika akan memasak petola secara berhemah..haha :P
chika Reply:
March 2nd, 2010 at 7:15 pm
mudah-mudahan.
:P
March 2nd, 2010 at 9:19 pm
takpe ke baby nek flight? nnt dia tak tau lagi nak regulate pressure dlm telinga pastu nangis je lme… kesian mak bapak baby..
March 2nd, 2010 at 11:58 pm
salam kak chika…
how are u??
wah betul rupanya tu lect idah..
prof halimaton hamdan..ingat salah tengok..
kecik jugak dunia ni rupanya…
hehehe…
yang husband prof halimaton tu prof nazlan…
dua2 pernah ajar idah..
n idah pun masih kat utm..
owh..itulah anaknya…dia ada cakap nak gi tengok anak die…
hehehe
March 3rd, 2010 at 12:28 am
koala…hahaha..teringat peristiwa di matriks..
ibu mengandung kelihatan comel lah..hehe
March 3rd, 2010 at 1:34 am
eeeee…comelnya dia mendakap suamimu!!! (kalao orang tak baca artikel mesti dihempapnya ai dengan raket tenis ). HAHA. macam dah praktis lama. bagus2, teruskan usaha mendakap baby.
chika, pantang kat mana? (ceh macam aku plak dah pantang2. aku pantang nampak makanan je) wahahhaa.
muke kamu makin lama makin redup.
March 3rd, 2010 at 8:12 am
salam chika.. i hope ur fine ehem ehem..
balik mesia nanti jgn lupe bwk balik Wii tu skalik. sambil melawat chika, bole la kami – sang tetamu ini sume bermain Wii. main Wii dgn Wiida a.k.a Yonna. hohohohhoo
March 3rd, 2010 at 8:22 am
Saya pon tak biasa bawak baby naik flight. (PLAGIAT AYAT CHIKA..!) hahahaha
Comel ayat tu.
March 3rd, 2010 at 2:37 pm
ape! mak yang nk dtg?? nak ikot!!!1 hahahahaa.
March 3rd, 2010 at 11:01 pm
as3 : takyah la weh..bg chance aku pulak pegi..kan haizum kan..bgla i dpt peluk sebijik koala pulak..eh..eh..seorang baby chomels..
p.s : ko blk pantang kat malaysia ke weh??nih yg best nak dgr nih..ke kat sana je?
chika Reply:
March 3rd, 2010 at 11:04 pm
takde balik la.
Aku pantang kat sini. Tah bila tah aku balik tak tahu lagi.
March 4th, 2010 at 12:04 pm
ehhhhhhhhh …hari tu putri pg brisbane jugakkkkkkkkk…n rumah kawan putri betul2 depan qeII hosiptal…hahha kitorang g lone pine hari ahad 21 hb…mahu pegi lagi aussie sgt bestttt
March 4th, 2010 at 12:40 pm
Salam Chika comel =)
da lame xdrop komen cni. agak² kalo sy jejak kaki kat aussie nnt boley x chika jd tourist guide ;p hehe..tp mak dengan tegasnye tak bagi sy pegi sana dgn kwn². sedey T_T
my sis haritu baru 3 hari bersalin dah bawak balik baby die fly dari sabah ke kelantan. sbbnye baby dia lambat kua and xleh nak cancel tiket dah. tapi alhamdulillah until now baby die sihat walafiat. sgt comel lagi :D
March 4th, 2010 at 3:07 pm
chika, nanti balik pantang malaysia ke??
ke mak atau mak yang yg dtg sana jaga kat sana??
*ok..ko mmg penyibuk dayu*
March 4th, 2010 at 4:18 pm
salam
chika, x sangka plak coursin husband adalah prof. dr. halimaton.
March 5th, 2010 at 1:17 am
lone pine.
T_____________________T
nama tempat rumah i ni ha. sini pun ada koala. i lah koala tu., tp i buang najis dlm bilik air HAHAHHA