Nama Saya RAIN. Hujan.

Semalam Abang Lan cakap ; Living in Aussie is better than UK.

Kak Hairul sampuk ; Problem number one when you lived in UK is the weather. Gloomy je rasa.

Baiklah. Tiba-tiba hari ini, saya rasa macam tiada tempat lain yang lebih gloomy selain cuaca di Brisbane. HAHA berlaku secara tiba-tiba. Hujan renyai sepanjang hari. Persekitaran dingin. Rumah yang hiruk-pikuk hujung minggu ini dengan keriuhan sanak-saudara tetiba sepi.

Kejap. Soundtrack lagu Sepi berkumandang dalam hati. HAHAHAHA. Kamu boleh dengar?

Sangat menseronokkan hujung minggu yang lalu dengan kehadiran mereka. Terima kasihlah sudi menziarahi kami di perantauan.

Hari ini saya tidur sepanjang hari. Bukan sebab apa. Sebab cuaca yang dikatakan gloomy itu tadi. Turun bawah, nampak balkoni yang basah. Buat saya berasa sangat suram tetapi tidak begitu muram. Tak tahu apakah yang dibuat hari ini selain membuat nasik goreng. Selebihnya tidur sahaja. Nasib baik ‘solat itu lebih baik daripada tidur’. Dua kali bangun. Menunaikan kewajipan pada Tuhan. Dan selepas itu mengabaikan kewajipan lain terhadap pakaian di jemuran. HAHA lantak dia basah di situ. Nanti malam kita settle ok? Yang penting, kewajipan menyediakan makanan berbuka puasa untuk suami sudah dilaksanakan.

Sekarang pergi turun layan suami kau makan, pergi!

Recent Entries

14 Responses to “Nama Saya RAIN. Hujan.”

  1. feez Says:

    disini kekadang panas.. tbe2 hujan mencurah2..
    di kampung halaman. kepanasan mmg xleh tdow siang.. :D

    tp syukur diatas kejadian Alam..

  2. lily Says:

    Salam..

    Nurul.. nak tanya satuu je.. u share apa skincare u pakai boleh tak.. kulit u halus n gebu.. i suka..

    chika Reply:

    Salam.
    HAHAHAHA.
    Tak halus la. Kulit I susah nak hilang bekas jerawat. Tapi sejak I pregnant ni je kulit muka jadik ok. Mungkin sbb I tak period. Sbb kalau I period, ya Allah! Semua keluar. HAHA. Tapi I pakai Proactive. Kira kalau keluar jerawat tu, cepat je dia mati.

    hanafijaafar Reply:

    tumpang tanya. berapa harga proactive kat australia? sbb ttbe rase harga kat sini mahal gle.

  3. miss na Says:

    nurul…bulan bape dijangke deliver..?so u bersalin kat aussie la yek..?

  4. farahrahim Says:

    rindu je nk hujan.sbb kat penang ni dah lme x hujan..panas je manjang..

  5. AM Says:

    masyaAllah, indahnya hujan!

  6. oshinz Says:

    malaysia sangat hot okeh time ni.

  7. irma2203 Says:

    oh.. sangat sokong kenyataan ttg uk weather 120%..

    bayangkan tgah elok2 panas terik. plingg.. x sampai seminit jd mendung..

    but luckily masa komen ni ditulis kat luar tengah panas terik. selepas seminggu HUJAN.

    x sabar nak tunggu spring.. wehooo…!! =D

  8. wanie_gc Says:

    tdo tuk kesihatan chika….
    yeay…!!!hahaha

  9. fiza Says:

    chika…tau x napa fiza suka jd silent reader kt blog ni?? sebab chika ni lawak… hehehe… cepat gi layan suami… hihihih

  10. kak long Says:

    i baru baca blog u.
    tengok2 blog bloggers lain n nampak gambar u kahwin.
    baju kahwin u sebijik mcm baju kahwin kawan i.
    ada reben besar tuh n black n white.
    tapi kawan i design sendiri. kebetulan sama dengan butik u sewa n sama2 kahwin februari.

    tapi u da lama married rupanye. congrats.

  11. yonna Says:

    hye nama saya summer. panas.

    berita dari malaysia.

  12. qistina Says:

    chika ur klong n abg long tu my lect kat utm la… hehe prof hely n dr nadzlan kan?

Leave a Reply