Archive for March, 2010

Good Day, When March Ends.

Posted by chika under An evening in Brisbane, My Fancy Pregnancy

Mari mulakan dengan sesuatu yang merunsingkan pandangan.

Jangan menyesal selama ini baca blog dia ini.

Aksi hodoh sampai fikir 4, 5 kali tadi nak sertakan atau tidak di dalam blog. Masuk pemikiran kali ke 6, okay tak apa. Macam raksasa sedang makan telur raksasa. Tapi sebenarnya bukan telur raksasa. Itu white nectarine sebagai breakfast. Terlalu energetic pagi tadi kami berdua nak keluar berjalan sampai sanggup breakfast nectarine dengan limau mandarin di dalam kereta.

Pergi Chermside. Pergi sahaja. Bawa niat, membeli-belah. Sungguhpon tidak tahu apa nak dibeli. Tapi tak apa. Kalau dah pergi, pasti terbeli-beli. Pasti. Baby, ada habuan untuk you. Husband beli suit baru sempena acara bulan June. Untuk saya, sepasang lagi Triumph Maternity Bra sempena acara bulan May. Acara apa Chika? Acara apa? Acara memberi kelahiran. Dag dig dug.

Habis itu, terus ke Brisbane. Berusaha nak mencuba tunnel baru yang hangat diperkatakan ; Clem 7. Tapi sebab lalai, terlajak perahu. Oh rupanya Chika naik perahu ye? T____T Lain kali, Sayang. Lain kali kita cuba lagi. Mungkin pengalaman menyusuri Clem 7 taklah sehebat mana.

Sengaja ikat perut kasi lapar secara sangat. Supaya boleh lunch secara sangat. Tidak jauh dari Mater Hospital, ada sebuah restoran India bernama AMEER ALI. Heh bukan! Sengaja nak sebut AMEER ALI sebab rindu. Siapa duduk Bangi tak tahu siapa Ameer Ali, siap dia. Okay, Ameer Ali keluar sekarang! Nama restoran india tersebut adalah Surtaj Indian Restaurant.

Ha. Yang menariknya. Dalam promotion pamphlet, dia cakap ; Eat all you can eat, and pay as much as you want. Aneh bukan? Mari kita makan dulu. Lepas makan nanti baru tahu apakah dicakapnya tersebut.

Alhamdulillah. Finished. Baca doa lepas makan. Hep, biasa tu dia. Nak makan pandai baca doa. Lepas makan terus sendawa dan ketawa. Tak baik macam itu. HAHA pandai membebel sekarang. Memang macam seorang emak. Tidakkah begitu?

Sewaktu bayar.

‘Pay as much as you want’

Kata lelaki terbabit lantas menterkejutkan bapa bayi (Eh comel jugak panggil husband sebagai bapa bayi). Kamu tidak pelik? Kita pergi makan. Makan sedap-sedap. Selepas itu, kita bayar ikut suka kita. Kalau kamu, kamu suka tidak? Malangnya, kami tak sempat nak bersuka. Sebab dah kena attack dengan rasa terkejut macam ; Eh apa kes? Rupanya macam inilah cara mereka buat lunch promotion. Mungkin tidak lama. Habis tempoh promotion, tak dapatlah berbuat demikian lagi. Nasib baik bapa bayi jenis jujur. Membayar dengan perhitungan yang sewajarnya. Kamu jangan fikir kami bayar dua posen pulak.

Keistimewaan lain ;

Dapat teh ais. Mengimbau kenangan teh ais kedai mamak di tanah air. Menu berciri Pulau Pinang. Oh patutlah. Chef dia, memang Penang mari.

‘Assalamualaikum adek, dari mana?’

Huh. Terkejut lagi sekali. Tiba-tiba chef keluar menyapa kami. Sungguh seronok. Nanti boleh lepak situ lebih kerap carik teh tarik.

Habis cerita lunch. Perut tegang satu macam. Kami pon terus ke Mater Hospital sebab suami ada urusan sikit. Saya duduk goyang kaki (sebenarnya tak goyang pon) di luar bilik doctor. Isteri doctor tak dibenarkan masuk T___T Memang sedih. Dapat sandwich pula. Makan lagi padahal perut sedang tegang. Tapi disebabkan sedap, biar yang tegang menjadi makin tegang.

Solat Zohor sebentar. Sejurus itu, keluar melintas jalan untuk ke Arrivals. Ada antenatal check up hari ini. Appoinment lagi satu jam setengah. Apakah nak dibuat?

Kita minum-minum, ayuh.

Coffee Club ; Rooibos Vanilla Herbal Tea.
Hurm. Exquisite tastes.

Okay okay kali ini sumpah benar-benar tegang perut. Tapi gembira. Dengan harapan, nanti berat badan naik. At least ada pencapaian kali ini untuk dibuktikan kepada Dr. Spikey.

Jam 3 petang. Bertemu Dr.Spikey.

Minggu ke 34. Posisi bayi masih baik. Tiada tanda-tanda akan masuk labour room esok atau esok lusa menurut doctor. Blood pressure, baik. Bayi pon baik. Pendek kata, semua baik-baik sahaja. Berat badan? 52 kg. No comment. Eceh. Jawapan artis Malaysia. Gelis.

Pulang ke rumah untuk solat Asar dan Maghrib. Selepas itu, keluar lagi ke Loving Hut. Makan. Harap anak mak pon gembira juga. Demikianlah hari terakhir March 2010 kami. Esok April datang. 21 hari selepas itu, usia saya 42 tahun. Ei bergayanya mengaku umur 42 tahu. Hai, saya Chika. 42 tahun, mengandung 34 minggu. Bergaya sekali.

Selamat datang, April.

Teratak Cinta

Posted by chika under Blackberry

Hari ini kita makan banyak banyak hoccay, baby?

Hoccay, mummy.

Tadi siang telah santap makanan india. Di mana chef restaurant tersebut adalah seorang mamak Penang, tahu? Balik rumah, bergolek-golek bersama seketika dan keluar ke Loving Hut pula kerna perempuan ini lapar macam tak makan padahal dah makan sampai semput tadi hoh apa nak jadi ni hahahaha begitu best. Seperti biasa, bila makan banyak saya gembira macam kura-kura atau kera. Heh merepek.

Eh terror pula tulis entry pakai blackberry langsung tak ada ejaan pelik atau terlebih picit. Hoooooray! Okay siapa dapat catch any typo boleh claim reward sekarang. Wah begitu berlagak. Padahal ada typing error tadi tapi dah betulkan. Penipu bukan?

Hahaha. Sementara menunggu tomyam soup dengan fried mushroom siap, saya terdorong untuk merepek di dalam blog. Huh huh lapar.

Okay panjang umur mushroom dengan tomyam. Baru sebut dah datang.

Jumpa lagi.

My Pregnancy Record #1

Posted by chika under My Baby You, My Fancy Pregnancy

1. Why do you want to have a baby?

Sebab saya mahu memiliki zuriat suami saya. Err. Adakah jawapan tersebut berbaur saintifik, atau macam berbaur possessive? HAHA. Baby anugerah Allah SWT. Baby lambang cinta antara dua insan bercinta. Hanya baby yang boleh menjadikan saya seorang emak. Dalam istilah lebih romantisnya, baby adalah harta sepencarian. Eh tak tak. Itu bunyi dia macam cari-cari harta jumpa bayi pula. Hurm. Baby adalah harta bersama. Bayangkan ini, cukup ; Dalam perut I ada anak you. Jangan main-main heh. I am precious. Boleh cakap macam itu dekat suami. Sungguh berkuasa HAHAHA.

Setelah kamu bertemu The Right Man, having the baby is always right.

.

2. What lifestyle changes are you making to prepare for trying to get pregnant?

Perkara pertama, ialah mensemai benih (eiiii apa ni apa ni?) Sabarlah kejap saya buat ayat penuh. Perkara pertama, ialah mensemai benih kasih sayang dalam diri. Mula-mula, tahu macam mana nak sayang suami dan diri sendiri. Kalau tak pandai menyayangi diri, jangan susah-susah nak menyayangi orang lain.

Jaga pemakanan. Sebaik sahaja berkahwin, suami sering mengingatkan supaya jaga pemakanan. Sebab, semasa itu kami dalam usaha menghasilkan bayi. Dan mula mendisiplinkan diri dengan menelan folic acid secara tidak berbelah bagi.

Attitude. Banyak saya improve. Termasuklah, belajar bersabar. Belajar menghargai. Belajar memberi dan menerima. Malah paling penting, tingkatkan amalan pada Allah SWT. Sebab, macam malu kalau menjadi ibu sedang diri tidak mahu mendekati Allah. Nak minta rezeki dari Allah. Tapi sombong dengan Allah. Kau fikir, DIA akan bagi?

.

3. What financial changes and plans are you making?

Hidup bersederhana. Tidak macam dulu. Dulu hidup tak ada komitmen. Hujung minggu balik rumah, ibubapa bagi wang. Isnin sampai Jumaat, berjoli wang. Sabtu dengan Ahad, wang masuk lagi. Err. Lebih kurang macam itulah hidup saya dulu. Sekarang, nafsu masih sama. Masih sukakan wang. Tapi komitmen yang ada sekarang ini, selalu bagi warning ; Hep hep, biasa tu dia! Jujur. Sekarang ini, saya tidak boros macam dulu. Lebih-lebih lagi sejak duduk di tempat orang. Memang sangat bersederhana. Sekarang saya logik sikit. Saya tidak membeli yang bukan-bukan sangat (at least, tak sangat) Sebab financial rumahtangga adalah perkara sangat penting. Saya tak mahu anak saya hidup susah.

Sekarang saya dah pandai beli barang-barang on sales. Malah saya sanggup tunggu tarikh tertentu untuk mendapatkan sesuatu. Comel bukan?

Melahirkan baby di sini akan menelan cost yang sangat super kelak. Seriously SUPER I mean it okay! Banyak belanja diperlukan untuk menyambut bayi. Hurm. Tiba-tiba macam benarlah bagai dikata oleh penulis buku The Babymoon ; Bayi sangat demanding. Lebih demand dari … err … emaknya. HAHAHAHA.

Tapi saya berharap, kami mampu memberikan yang terbaik buatnya kelak. Saya tidak mahu kedekut dengan anak saya. Sama macam ibubapa tidak pernah kedekut dengan saya.  Tapi yang penting, kami akan bagi dia pendidikan. Pendidikan Seni ke Pendidikan Jasmani? Ish, jangan buat kelakar sekarang.

.

4. How do you think your life will change if you have a baby?

Saya tahu saya tahu! Saya akan ada ‘permanent handbag’. Ei eii, dia kata anak dia ‘handbag’? HAHAHA itu simpulan bahasa,tahu? Akan bawa baby ke mana sahaja malah semasa sesi berjumpa rakan-rakan. Selepas itu, ramai orang akan pelik kenapa saya ada baby sedangkan mereka belum. Pastu saya pon akan pelik balik ; Aik, apsal aku bawa baby berjumpa rakan? Bukankah dahulu aku bawa diri sendiri sahaja ke mana-mana? Baiklah. Bahagian tersebut memang aneh.

Ramai berkata, kehadiran bayi akan memporak-perandakan biological clock emaknya. Tidur malam tidak selena biasa. Tapi saya percaya, ia indah dan berbaloi. Saya akan mempunyai masalah pengurusan waktu yang semakin kritikal. Sebab selama ini saya menguruskan diri. Nanti akan menguruskan diri dan bayi. Saya juga merasakan, sebaik sahaja mempunyai anak ini, saya akan develop banyak attitude baru. Oh yang pasal paranoid tu kamu takyah cakap. Memang confirm makin paranoid.Attitude apa yang akan di-develop, kita tengoklah nanti. Tak begitu pasti. tapi saya yakin, memang akan terjadi. Baik attitude yang lebih cemerlang, mahupon yang sedikit lebih buruk. Pasti ada.

Tapi satu yang saya sangat yakin. Kehadirannya kelak akan membahagiakan lagi hidup kami sekeluarga. Saya harap juga, selepas bergelar emak, saya menjadi insan lebih baik dan pandai buat kek (eh tetiba pulak)

Oh tak lupa juga. Hidup saya benar-benar akan berubah. Sebab nanti saya akan mula menjadi perempuan pathetic yang bercakap benda bukan-bukan di depan bayinya. Sebab konon nak agah bayi dan menggembirakan bayi. Macam selalu kita temui di tempat awam. Ibu-ibu menghiburkan bayinya secara pelik. HAHAHA. Saya juga akan sangat pathetic sebab kena baca buku bayi yang sangat pelik. Contoh ; Red monkey. Blue kitten. Purple tiger. Bukankah pelik?

.

.

.

Record ini saya buat bagi menyahut agenda buku yang sedang dibaca ; Up The Duff. Top selling pregnancy book in Australia. Sumpah impressive buku tersebut. Cara penyampaian sangat selambayaya dan sedikit dramatik. Saya sarankan, pembaca yang sedang pregnant pon membuat record sebegini. Bukan sahaja sebagai memori simpanan, tapi sangat interesting. No? Akan mengabadikan lebih banyak record kelak.

Jomlah buat record. Anda tulis dalam blog anda pula, bagitahu saya, nanti saya boleh baca :D

Keperluan Bayi & Labour #2

Posted by chika under My Baby You, My Fancy Pregnancy

Phew *perpeluhan*

I shopped alone, tahu. 30 minit pertama, pusing-pusing dalam ToysR’us. Membelek botol susu bayi yang bukan sikit punya comel. Macam-macam lenggok liuk pon ada nowadays. Kalau (perhatikan : KALAU) saya terbeli banyak botol susu beraneka rupa warna dan gaya kelak, kamu kena tahu yang itu adalah sebab GERAM. Tapi tidak tidak tidak. Dah ada one  complete set of  Lindam’s. Tak beli apa-apa dekat ToysR’us. Tak ada sales yang menggembirakan.  1 jam 30 minit untuk shopping dan selebihnya untuk duduk diam-diam dan bernafas bersungguh-sungguh. 1 jam duduk depan Golden Casket. Tumit sakit bukan main lagi. Tulang belakang macam kena tikam-tikam.

Yang meminta saya kongsi barangan bayi, nah ini dia kongsi sedikit sebanyak. Nak kongsi banyak-banyak, susah. Sebab belum digunakan lagi. Tak tahu nak mengayat cerita macam mana HAHA. Tapi untuk edisi kali ini, saya share pasal Steriliser. Boleh? Cakap boleh sekarang.

Lindam Rapid Steam Steriliser

  • Efficient 6 minute cycle
  • Large bottle capacity
  • Unique bottle warming system
  • A reliable and chemical free method of sterilisation
  • Safety handle changes colour to warn when it is hot
  • Lockable lid
  • Includes bottle tongs
  • Includes measuring jug with built in water filter
  • Detachable power cord
  • Steriliser ini memang antara barang terawal yang dibeli. Dia juga bertindak sebagai power rangers eh tak tak. Dia juga bertindak sebagai bottle warmer. Saya tak tahu sama ada brand ini berleluasa di Malaysia atau tidak (Dulu kan saya mana peduli brand apakah baby punya barang) Tapi ia memang berleluasa di sini. Dan hakikatnya, saya tak tahu apakah dia barangan bayi yang begitu berleluasa selain Johnson&Johnson. HAHAHA. Maka kamu kena tahu, kebanyakkan barang bayi yang saya beli adalah atas faktor kepercayaan pada produk dan instict HAHAHA. Bukankah pernah dinyatakan dahulu, sebagai seorang yang tidak berapa nak fancy about babies, mana mungkinlah mengambil tahu dunia keperluan bayi. Jadi, apa yang dapat saya kongsikan di dalam blog ini adalah barangan bayi yang berleluasa di Australia sahaja khususnya.  T____________T Tak tahu apsal kena sedih padahal tidak sedih pon.

    Dengan terbelinya steriliser ini, takyah beli bottle warmer. Even takyah beli feeding bottles. Bottles holder pon takyah.

    Lindam feeding bottle.
    Tengok. Lenggok. Liuk.

    Itu cerita dari dalam store. Ya ya. Barang-barang yang dibeli sejak berbulan-bulan lamanya semua masih dalam store. Tak tahu apa jadi dengan rumah ini kalau dikeluarkan barangan tersebut kelak. Mungkin takda macam rumah lagi. Tapi mungkin dah macam Pusat Asuhan Bayi. Tak percaya, tanyalah kepada mereka yang sudah pon mempunyai anak. Pergi tanya, pergi.

    List barangan semakin panjang. Makin beli, makin banyak kena beli macam blerghttttt. Saya ingatkan dah nak settle. Sekali bila ditengok-tengok balik, banyak benda bermanfaat lain yang tak disediakan lagi. Lebih-lebih lagi yang kecil-kecil ini. Maka, tadi saya sempatlah memendekkan list walaupon dalam keadaaan kurang upaya.

    Barangan-barangan kecik yang selalu lupa nak ingat.

    Maternity Pads.

    Sempena confinement kelak. Bakal bernifas setelah sekian lama takda mestruasi. Pads semua pon dah bungkus dalam kotak. Punyalah seronok tak didatangi mesntruasi sebegini lama. Tapi tak lama lagi, HI PENDARAHAN!

    Poise bukan for maternity. Tapi saya suka Poise sebab dia sangat tebal dan berkualiti tinggi. Anda,cubalah :P

    Lansinoh Lanolin Nipple Cream
    For Breastfeeding and Nursing Mothers

    Untuk memelihara dan memulihara nipple ibu-ibu yang breastfeed bayi.
    Australia product.

    Baby’s Nail Care Set.
    From Playgro.

    Milton Anti-Bacterial Solution.

    Heh. Husband cakap saya paranoid, sebab itu beli benda ini. HAHAHAHABISLAH. Semua toys baby nanti saya cuci dia pakai benda alah ini. Jangan main kuman. HAHA. Tapi husband saya cakap, sometimes kena dedahkan baby dengan bacteria secara semulajadi. Untuk kuatkan sistem imunisasi dia. Tapi kalau ikut saya, jangan main kuman. Tak comel.

    Australia product.

    Curash Nappy Rash Cream

    Ramai mencadangkan Drapolene. Tapi tak nampak jenama tersebut dekat sini. Balik-balik nampak Curash. Balik nampak Curash. Australia product juga.

    Baby’s toiletries.

    Akhirnya, J&J jugak saya beli. Padahal bukan sikit punya lama aim nak beli yang lebih organik. Sebenarnya memang tekad nak pakai Aromababy product since months ago. Cuma tak mahu beli awal-awal. Tapi last minute tadi, rasa macam nak beli J&J sajalah. Sebab bau J&J tiada tandingannya. Bau baby yang paling klasik dan legendary. HAHAHAHA. Kebanyakkan produk organik yang saya bau, macam bosan. Nanti tak semerbak harum pulak baby saya.

    Cotton Buds

    Huggies

    NEW! Siap wetness indicator.

    Tapi jangan dilupakan tujuan asal nak keluar tadi sebab nak beli laundry liquid untuk baju baby.

    Saya terjumpa Natural Instinct dari farmasi. One of the staff yang recommend kat saya. Sebabnya, saya dah pusing-pusing carik laundry liquid yang sesuai untuk baby. Yang ada, semuanya tak sesuai untuk flame resistant clothing. Yang mengandungi detergent, lagilah tidak elok untuk baby. Habis, nak pakai yang mana? How how? Saya sampai dah boring dah siang tadi. Nasib baik jumpa yang ini. Australian Made.

    Tiada, segalanya tiada.
    Bagus untuk orang paranoid.

    Kebanyakannya memang Australia punya product. Kalau kamu nak tahu product bayi yang macam lain sikit, mungkin boleh rujuk apa yang saya bagi ini. Dekat sini memang macam itu. Product tempatan mendapat sambutan dan menjadi product kegunaan ramai. Sebab itulah saya pon terikut-ikut sekali.

    Siap?

    Belum. Ada lagi serpihan-serpihan keperluan yang belum ada *yawnnnnnnnnnn

    Esok buat laundry baju baby yeay! Selepas itu bolehlah siap-siapkan hospital bag.

    Biar Lambat, Asal Selamat Duit.

    Posted by chika under Uncategorized

    Hujan renyai-renyai. Kalau hujan mesti perasaan macam baik (?)

    The Husband ada presentation this morning. Walaupon sebenarnya dia bercuti minggu ini. Saya hantar husband pergi kerja sebab saya mahu keretanya. Ewwwaaaah. Rujuk semula pernyataan di atas. Kalau hujan mesti perasaan macam baik. Berbekalkan pernyataan tersebut, pagi ini bangun dengan perasaan sangat baik. Breakfast sama-sama. Roti canai cicah kari ikan yang saya masak semalam. Yummmmmm.

    Driving back home. Ikutlah had laju yang ditetapkan atau bayar $200 pilih mana nak? Macam kes semalam yang boleh diibaratkan seperti ; Malang kadang-kadang berbau harum.

    Husband drive di belakang sebuah BMW z3. Menggiurkan sekali BMW tersebut (Husband pon menggiurkan juga hep hep hep tak boleh cakap macam itu dalam blog) Kami pon bercakaplah sikit-sikit pasal BMW tersebut. Husband saya punya speed, sama macam BMW tersebut. Kira memang sedang mengingkari had laju.

    Jalan di sini, berbukit-bukit. Kamu boleh terkejut monkey ada kadalanya apabila tengah sedap speed naik bukit, turun-turun sahaja terus kena stop ada traffic light. Memang jenis tak bagi salam punya jalanraya. Itulah dia Australia.

    Semasa memandu mendaki bukit, masing-masing laju. Kebetulan BMW tersebut nak jugak duduk di depan kami. Biasalah. Kereta kalau cantik mesti nak kena duduk depan-depan sebab kalau duduk belakang-belakang rasa macam tercalar maruah. Demi maruah BMW tersebut, dia pon speed di depan kami. Kami pula speed di belakangnya. Sampai sahaja atas bukit, HI BRO APA KHABAR! Polis traffic di situ omaigod!

    Jeng je jeng. BMW tersebut di tahan. Di suruh ke tepi jalan. Kena samanlah tu. Bagaimanakah nasib kami? Syukur alhamdulillah. Kamu tahu, kami juga memandu sama laju. Tapi memandangkan kami berada di belakang, polis tersebut tak dapat detect kelajuan kami. First come first serve menurut kata bidalan HAHAHAHA. Fuh, berdetak jantung I. Kalaulah BMW tersebut tidak di depan kami, kamilah yang kena. Sekali lagi nak pakai kata bidalan. Inilah nama dia ; Rezeki terpijak. Eh pandai saja aku guna kata-kata. HAHAHA.

    Terima kasih BMW.
    Tapi tak apa.
    200 dollars sahaja.
    Engkau mampu bukan?

    Eh mana Chika ni tahu yang saman had laju 200 dollars? Kantoi di situ. Sebenarnya dah pernah kena dah. Seronok gila.

    Belajar dari pengalaman sebab pengalaman mendewasakan. Eceh, koleksi kata nasihat 2010. Sejak peristiwa disaman $200 tahun lalu hanya disebabkan memandu terlajak 10 km/h (WTFun), saya jadi sangat serik. Lebih baik beli trench coat untuk baby dengan wang tersebut HAHAHA okay acah je. Sejak itu, saya cukup berhemah. Dahlah pakai Malaysian Driving Licence tak akanlah nak tunjuk belang. Orang Malaysia memang banyak belang di jalanraya. Kalau dibandingkan pemandu Malaysia dengan Australia, orang Malaysia memang jauh lagi hebat. Pemandu di sini semuanya terlalu terpuji sampaikan pemandu motosikal pon sangat sopan. Tak pandai ‘pancung-memancung’. Saya rasa kalau Autralian biker masuk Jalan Raya Laut ke apa, memang dah lama ke laut dah. KAH KAH KAH.

    Nampak tidak? Aku sedang puji orang Malaysia ni. Sebab hebat.

    Baiklah. Hujan makin lebat. Bukankah saya punya kenderaan dalam genggaman untuk hari ini? Apsal duduk diam dalam rumah? HAHA. Nak keluar. Mencari pencuci pakaian untuk bayi. Kesian baju anak saya. Bersepah sana sini dan belum dicuci. Semalam terdengar Marliza Radzi bertuit-tuit tentang mencuci baju baby bersama Ayien Imran. Tiba-tiba aku terasa pula. HAHA gedik gila nak main terasa hati pulak. Tak lah. Tapi rasa macam, kenapa saya belum buat? Mereka sudah pon siap.

    Harap mampu bergerak secara solo hari ini.

    Untung Hamil. Hamillah lagi.

    Posted by chika under Uncategorized

    Antara nikmat hamil adalah seperti berikut :

    Jam 9.30 pagi tadi. Ketika sedang tergolek di atas katil sambil berjalan-jalan blog, telefon berbunyi-bunyi mohon perhatian. Ni tak ada lain ni. Kalau tak husband saya, mesti Mater Hospital atau Antenatal Class.

    ‘Assalamualaikum Nurul. Kak Ana ni,’

    Hoh. Salah rupanya.

    ‘Kak Ana on the way nak pergi rumah Nurul ni. Tadi call Dr.Hizwani mintak address rumah. Nurul breakfast apa pagi ni?,’

    Terkulat-kulat kejap nak menjawap. Sebab saya ni kalau pagi-pagi jam 8 sampai ke 12 macam tu, memang kekaburan. Sebabnya sleepy saja mata. Itulah padahnya apabila sepanjang malam tidak tidur. Pagi-pagi mulalah mamai.

    ‘Nurul breakfast roti je tadi,’

    ‘Ha. Ni Kak Ana nak hantar nasik lemak sambal sotong ni kat Nurul’

    Wow. Nasik lemak apa? Sotong? Sosososososooooo sweet. Heh gedik pula.

    Begitu mengujakan macam tiba-tiba naik cloud nine. HAHA. Saya terus bangun, capai pashmina dan siap sedia menunggu di ruang tamu. Eceh. Duduk saja tunggu interkom berbunyi.

    Aik? Tiba-tiba Kak Ana sudah pon sampai betul-betul depan pintu rumah. Macam hairan. Macam manakah dia boleh access main gate? Rupa-rupanya pagi tadi, gate ternganga luas. Eh eh. Macam tahu-tahu saja ada rezeki dalam bentuk nasik lemak hendak sampai. Pandai betul gate tersebut terbuka luas langsung tidak mensusahkan saya mahupon Kak Ana.

    Anak-anak Kak Ana mintak mamanya menyediakan nasik lemak untuk bekal pergi sekolah. Hayyoh, tiap-tiap hari berbekal. Mampukah saya kelak menyediakan bekalan anak-anak sebagaimana Kak Ana? Tapi tak apa. Nanti saya didik anak-anak makan cereal setiap pagi dan petang. Bukankah mudah malah sehat? HAHA.

    Go back go back kepada cerita.

    Memandangkan nasik lemak sambal sotong yang Kak Ana kata mahu buatkan untuk Aunty Nurul (siapa pulak nei?), belum dibuat lagi, jadi pagi ini Kak Ana pon membuatnya. Alhamdulillah. Rezeki ibu mengandung. Tak lama pon. Kak Ana cuma datang hantar nasik lemak tersebut (rujuk gambarajah ewwaaah) dan tergesa-gesa pulang. Sebab husband Kak Ana (Abang Megat) nak pergi campus.

    Tak tunggu dah. Terus santap. Yummmm.

    Terima kasihlah Kak Ana banyak-banyak. Sungguh baik hati dan perihatin terhadap wanita kurang upaya ini HAHAHA. Hilang kempunan nak makan nasik lemak. Nanti setelah baby lahir, akan bagitahu baby cerita ini ; Baby, masih ingatkah kenangan memakan nasik lemak sambal sotong semasa di dalam rahim mummy? Aunty Ana ini lah yang baik hati memasakkan untuk kita. Nanti dah besar, masak nasik lemak untuk Aunty Ana pulak ok. Mummy paksa.

    HAHAHAHAHAHA.

    Demikianlah cerita kegembiraan ibu hamil dan nasik lemaknya. Tamat.

    Saya ada buku. Buku saya kuning. Kalau bukan kuning, bukan buku saya. WTFun. Macam annoying gila lagu ni. Selalu dengar kalau pergi camping ke apa. Semasa camping memang akan belajar banyak lagu-lagu pelik bukan? Sebab itulah saya benci camping. Heh tetiba. Padahal kalau tak ada lagu pelik pon, memang benci camping. Okay dah merepek dah.

    Husband beli buku ini.
    Saya nak pergi baca sekarang.

    Anda pula, selepas ini buat apa?