A Lovely Year
Posted by Darling Husband under BlackberryThanks for a beautiful First of many… InsyaAllah.
Thanks for a beautiful First of many… InsyaAllah.
Hari ini hari Sabtu. Hari ini roti di dapur expired. Oh sebenarnya takyah bagitahu pasal roti.
.
//Masak Lemak Cili Api Dengan Terung
Semalam petang telah mendapat ilham dalam bentuk ‘gerak hati’ untuk mencuba Masak Lemak Cili Api Dengan Terung. Bukan calang-calang. Nak masak pon turun ilham. Saya cakap, ILHAM, bukan Ahmad IDHAM. Baiklah Chika, baiklah.
Ini cubaan pertama ni. Sungguh bermakna.. Cubaan pertama bagaikan permata. HAHA sengaja mensusahkan anda pagi-pagi ini dengan himpunan ayat-ayat gedik. Cara masak sangat senang. Iaitu, kena tunggu ILHAM datang dulu. Selain ilham, apa yang anda perlukan ialah keberanian untuk mati. Taklah macam masak sampai mati ke apa. Ini macam simboliklah. Iaitu kena berani gila. Walaupon sebenarnya tak pandai, tapi disebabkan berani mati itu tadi, anda pon memandai-mandai. Sampailah akhirnya, ayam pon bersatu dengan terung. Atau dalam kata pujangga; ayam di reban, terung di kebun, dalam periuk, bertemu juga. Dalami kata-kata ini. Walaupon macam tak boleh pakai. Tapi sebenarnya, boleh.

Yang penting, rupa.

Tapi kalau ada rupa tak ada akhlak pon tidak elok juga.
Jadi, akhlak makanan terletak pada rasanya.
Aik? Siapa cakap? Saya cakap sendiri.
Ya. Ya. Rasa menepati piawaian.
Seronok. Makan masak lemak cili api sesekali memang seronok. Berjaya masak pon, seronok juga. Tapi keseronokan disebabkan suami suka dan puji adalah tiada tandingan. Saya masak selama 1 jam. Suami puji selama 11 jam. Bukankah berbaloi? Kalau anda seorang suami, pujilah ayam masak lemak cili api isteri anda. Tak. Bukan puji ayam tersebut. Tapi puji isteri anda melalui ayam tersebut. &^%@!#$^ Ah runsing ah kepala baca blog kau ni Chika.
HAHA.
.
//Pembersihan Rumah

Malam tadi tidur jam 2 pagi. Sebabnya, pulang saja dari menikmati angin malam Sabtu, tetiba rasa macam rajin gila. Terus mengemas rumah. Sapu sampah. Vacuum. Mop lantai. Dan menyental lantai dengan kuasa tangan. Berkemas secara sungguh-sungguh. Suami di atas, menonton Naruto. Tak apalah T_____T Anggap saja aku ini understanding gila. HAHAHA.
Sikit saja lagi, rumah akan complete seperti sebuah rumah. Habis sekarang rumah kamu seperti apa? Oh sekarang rumah saya seperti sebuah gudang. BUKAN GUDANG GARAM. Aku warning ni. HAHA tetiba je.
.
// Ibu Hamil Mood Cantik Pagi Ini.
Disebabkan mood cantik (tak kata muka cantik heh, tak kata), pagi ini ibu hamil 26 minggu 4 hari agak rajin. Malah energetic juga. Pagi-pagi bangun menghantar suami ke tempat kerja. Selepas itu, pulang ke rumah dah bergolek-golek sekejap sementara menunggu post office buka. Bila post office buka sahaja, saya pon terus memandu ke sana. Ada parcel yahooooooooooooo.com.au!
Hari ini, saya macam ini ;

Habis, hari lain Chika macam mana?
Err. Sebenarnya hari-hari pon saya macam ini T_____T Mana boleh memilih rupa paras. Setiap hari pon pasti sama. Dan setiap hari pon mengendong perut tersebut. Tapi tak apa. Mummy bangga. HAHAHAHAHA xoxo.
Eh dah pandai pakai xoxo pulak sekarang ini ye?
Pagi-pagi tadi masa husband kejutkan Subuh, rasa PENUH sangat dalam hidung. Tak lah tak lah. Bukan penuh tahi, mind you. Penuh dengan hingus. Saya pon terhegeh-hegeh membawa diri ke bath tub. Tak tahu kenapa. Memang ada tabiat suka ambil wudu’ dalam bath tub. Pastu kan, pastukan. Saya pon menghembus hingus tersebut. Eh apsal tetiba jadi blog pengotor neh? Apsal apsal? Chika, what’s wrong Chika?
HAHA.
Macam keji sangat cerita pasal hingus. Tak. Bukan nak cakap pasal hingus. Ih anda pon satu. Kejaplah baca dulu cerita ni. Selepas itu, saya pon menghembus kuat-kuat. Sampai rasa nak terpatah tulang hidung. Ya Allah Ya Tuhanku. Bukan hingus yang keluar! Habis tu apa? Keluar diamond. Bling bling wah macam perempuan bertuah! Seronok, bukan? Tak seronok sebenarnya. Sebab yang keluar bukan diamond, tetapi DARAH. Banyak gila sampai lemas dibuatnya. Saya hembus hembus hembus. Makin banyak keluar.
Dah lama jugak tak berdarah hidung.
Tapi tak pelik sangat sebenarnya. Sepanjang saya mengandungkan kandungan saya ini, saya memang selalu bleeding hidung. Anda, bagaimana?
Ok tamat. Tepuk tangan. Sekarang nak keluar menikmati angin malam Sabtu. Husband saya dah siap dah. Saya belum siap lagi. Sehingga berjumpa lagi (kalau perlu). HAHA
Hari neh penat. Sangat penat tapi sangat cantik punya mood. Sebenarnya mood saya memang kebanyakkan waktunya sangat cantik. Sebab, takda sebab sangat mengapa harus membawa mood huduh. Lebih-lebih lagi sekarang ini. Dengan adanya ‘tendangan sayang-menyayang’ di dalam perut. Selebihnya dijana oleh rasa syukur. Bila bersyukur, kita lapang. Bila tak tahu bersyukur, akan rasa terancam. Walaupon takda siapa mengancam dia. Tapi tetap rasa terancam. Malam Jumaat bukan? Sengaja bagi tazkirah padahal takda siapa minta. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Okay Chika, boleh keluar sekarang.
Pagi tadi pergi Garden City lagi. Sebab ada benda tetiba macam bertekad gila nak beli. Benda yang pada hari semalamnya macam berasa TAKYAH tetiba sekarang macam menggelupur nak bersusah-payah mendapatkannya.
Huh huh huh. Penat gila ah tak boleh sabar nak habiskan entry ini pastu tidur. Saya janji, ini akan menjadi entry terpaling ringkas takda putar belit yang akan anda jumpa setakat ini. Sebab saya sangat penat sampai tak ada hati nak mengenakan anda. HAHA. 
Seperti yang diceritakan semalam. BABY BJORN CARRIER. Yeay. Dah beli dah. Punyalah lama kami survey semua brand yang potential. Kalau ikutkan saya pada asalnya, macam nak beli Sling Carrier. Tapi my husband tak setuju. Dia cakap tak cukup baik in term of support etc. Pastu beliau tarbiyah saya pasal tulang dan sebagainya. Satu kisah yang susah untuk saya ceritakan semula kepada anda. HAHA. Very complicated. He wants a carrier like this. Saya pula selalu percaya saja. Jadinya, takda pikir pasal sling sling dah. Lagipon saya makin merasakan, sling tersebut kelihatan agak aneh. Tak cukup trendy untuk diamalkan di negara ini.
Baby Bjorn sangat stylo. Sebab selalu nampak yummy mummy and cool daddy pakai yang ini. Ok ok. Memang pengaruh persekitaran. Selain itu, kualitinya ada banyak beza dibandingkan dengan jenis lain yang kami dah survey setakat ini (SETAKAT INI YE)
Aik? Apsal kami tengok previous entry tersebut, Chika tunjuk yang lain? HAHAHA. Sangat benar. Saya mengubah fikiran secara mendadak apabila berada di depan susunan baby carrier pelbagai pilihan. Rambang mata macam mambang. Akhirnya saya mempilih jenis Cooler Air. Sebab dia mempunyai 130% more ventilation. Kesian kat baby kalau berpeluh-peluh nanti kena dakap dalam carrier tersebut. And the one yang saya pilih adalah not on sales. Which is mengarut gila nak rushing-rushing pagi tadi. Tapi saya berasa seperti adrenaline challenge. Lagipon the husband said ; OK OK JUST TAKE IT IF YOU WANT. Ceh, padahal masa tersebut beliau tengah busy gila dekat hospital. Malas nak layan I, tu yang kata OK je tu. Cakap pon laju satu macam pastu terus bye. HAHA.


Ini UMBRELLA STROLLER.
Tak tahu kenapa kena beli ini. Tapi semua orang berebut beli saya tengok. Saya tak. Maksud saya, semalam saya tak. Hari ini, saya ye.HAHA. Sebabnya, suami saya asyik pesan suruh beli satu. Padahal dah beli stroller sejak sekian lamanya. Walaupon sampai ke saat dan ketika ini pon masih takda faham kenapakah kena beli ini. Cecceeh.
Takde. Macam ini ;
Sebenarnya stroller ini tidak mencapai langsung fungsi macam stroller biasa tu. Dia digunakan untuk memudahkan saja. Macam kalau nak keluar kejap-kejap ke macam pergi kedai runcit beli Choki-choki contohnya. Tak akan nak bukak stroller yang gila complex tu. Tahulah stroller zaman ini. Bukan sikit punya complex. Jadi stroller keding (yang kalau tengok pon macam keding gila ni) bolehla digunakan. Kebanyakkan orang di sini memang ada simpan umbrella stroller untuk waktu kecemasan. Dia lightweight. Pastu selalu nampak kanak-kanak yang dah pandai jalan, dia pon lompat sendiri turun dari stroller macam ini dan dia sendiri pergi tolak stroller tersebut. HAHA gila comel.
Lagi satu sebab kenapa kena beli : Sebab harga dia $12. HAHA patutlah semua orang berebut semalam.

Breast Pads.
Pada waktu malam selepas Maghrib, suami saya berkata bahawa dia nak pergi beli electronic baby swing. Ya Allah malulah aku. Berapa kali dah keluar masuk ToysRus dalam dua hari ni. Belum kira yang minggu-minggu lalu. Boleh kata setiap minggu tak sahlah kalau tak masuk. HAHA.
Sebenarnya memang suami saya pesan suruh beli. Dia memang excited sangat nak belikan anaknya swing. Saya pulak macam tak kesah sangat tentang swing tersebut. Sebab macam dah banyak gila barang baby dalam rumah ini. Aih. Tapi itulah. Suami saya sebenarnya seorang yang praktikal. Saya pulak seorang yang teknikal. Tak tak acah je. Jadinya, kalau dia kata nak beli tu, adalah gunanya.
TAPI.
Saya tak beli. Saya tengok saja siang tadi. HAHAHA.Malam ini kami pergi, dah tak ada stock. Alamak. Rasa bersalah gila. He wants something like this ;

Tak apa. Kat tempat lain, bukankah ada? HAHA tak bersalah langsung cakap macam ini. Fine la fine. Memang rasa macam tak faham gila apsal tak beli siang tadi. Macam memang tak ada azam langsung nak beli.Sorry, Sayang. Orang suruh beli swing, I beli breast pad. HAHAHAHA comelkan comelkan?
Ada satu lagi benda tengah dicari. Tak bukan mencari barang tersembunyi. Itu lain. Sekarang benda penting terakhir. Kira yang penting-penting secara sangat penting dah ada semuanya insyaAllah. Yang tinggal cuma diaper bag. Tengah carik satu yang praktikal, cool, gorgeous dan sangat bermanfaat. Selepas itu dah boleh lega dah. Boleh duduk diam-diam makan keropok ikan. Heh tak habis-habis :P
Err. Maaf. Nampaknya entry ini masih complicated dan berputar belit juga walaupon dahj janji tadi akan buat entry terpaling bagus. Yeay, akan tidur sekarang.
Pagi-pagi dah turun city. Hantar husband pergi kerja. Kemudiannya terus memandu kenderaan berat (tipu saja) ke Westfield Garden City. Ada beberapa benda nak dibuat di situ. Aik? Pergi mall bukan? Buat apa lagi kalau bukan membeli-belah? Sesumpah! Bukan sebab membeli-belah asalnya. Ceh, ASALNYA BUKAN. AKHIRNYA, BENAR.
Tujuan asal adalah sangat serius.
Baby workshop yang diadakan di ToysRus sebenarnya lebih sudu dari kuah. HAHA. Taklah lebih sudu sangat. Mungkin saya yang harap macam tinggi sangat. Ingatkan dia nak bagi talk ke apa. Rupanya-rupanya ia adalah lebih kepada informal consultation kepada pembeli. ToysRus jemput beberapa orang dari beberapa company barangan Bayi untuk bantu customers about their products. Untuk hari ini, ada orang dari Love&Care, Chicco, BabyLove dan … baiklah itu sahaja setakat yang saya ingat. Yang saya takda ingat, adalah perkara yang saya takda ingat. Jadi takyah diingat-ingat sangat nanti penat.
Saya masuk ToysRus sebanyak 2 pusingan padu pada pagi ini. Pusingan pertama adalalah pusingan warm-up. Ceh, konon. Padahal pada pusiangan pertama pada jam 9 pagi telah selamat memenuhkan satu bag plastik membeli barang baby. Pastu dah swipe card apa semua, terus blah dengan harapan akan datang lagi pada jam 11 pagi. Benarlah bagai yang diharapkan, telah datang lagi membawa muka keibuan (ibu ibu engkaulah ratu hatiku lalalala) untuk baby workshop kononnya. Barang yang dibeli pada pusingan pertama (yang dinamakan pusingan warm-up itu tadi) telah dihantar ke dalam kereta. Supaya selepas pusingan kedua ini, saya boleh buat pusingan final pula mengukur mall tanpa susah payah bawa shopping bag.
Telah ditegur oleh wanita dari Love & Care.
‘Hello, you need help?,’
Macam biasa. Sikap bantu-membantu tersemat dalam pendidikan moral. HAHA.
Wanita tersebut pon bercerita sungguh-sungguh tentang pruduct Love & Care seperti prams, baby cot, bassinet dan sebagainya. Saya pula mendengar secara bersungguh-sungguh dan mengajukan soalan-soalan berciri baik takyah tanya. HAHA. Muka dijana supaya kelihatan macam nak beli sangat. Macam akan beli nanti, akan beli product kamu. Padahal hakikatnya saya dah beli dah brand lain. Habis, takkan bila dia cakap pasal baby cot, I kena bagitahu dia ; Its okay I’ve bought one. Bila dia cakap pasal pram, takkan I kena tepis ; Already bought the pram. Bila dia cakap pasal portable cot etc pon tak akan nak bagitahu dia semua I dah beli. Akhirnya menyamarlah macam ibu tak bertanggungjawap. Yang kononnya dah 6 bulan mengandung pon takda fikir apa-apa lagi pasal barangan keperluan bayi. HAHAHA.
Dia beriya-iya pula mengesyorkan kepada saya to purchase a CHANGING TABLE. Saya pon mengekorinya untuk melihat-lihat changing table. Ingat ye, ingat ye; Muka saya dijana supaya kelihatan macam AKAN BELI dan macam IBU YANG BELUM BELI APA-APA. Hahahaha. Makin seronoklah dia menterangkan saya dari kegelapan. Heh. Bukan apa, saya seronoklah dengar dia cerita itu ini. Kang kalau dia tahu saya dah beli itu ini, mana minatlah dia kepada saya. Bukankah begitu?
Sebenarnya saya dengan husabnd tak bercadang untuk membeli changing table. Sebab husband saya kata tak cukup menjamin keselamatan anaknya kelak. Sebab saya akan siap-siapkan baby ataupon menukarkan diaper baby di atas table yang agak tinggi. Di mana mungkin akan mencabar ketinggian saya sendiri. HAHA. Kami paling worry about dropping the baby ke apa dari tempat tinggi. Ya Allah. Mentakutkan. Jadi suami cakap, all we NEED to have is only a padded wedged sides change pad. Di mana saya hanya perlu letakkan change pad di atas lantai. Lebih selamat. Itu pendapat kamilah.
Memandangkan kami belum beli yang itu, tadi pagis aya telah memandai-mandai membuat keputusan sendiri untuk membelinya. Its on sales.

Sepatutnya ia diletakkan di atas change table seperti INI. Contohnya.
Tapi kami bersepakat dah tak memerlukan changing table seperti itu. Letak di bawah saja. Lebih selamat. Dah lah aku ni jenis paranoid. Sometimes terimaginasi what if I ter-drop my baby ke apa. What if what if what if what if. Semua jenis what if dah melintas dah dalam kepala.

PVC Material.
Senang cuci.
Padded wedged sides itu sangat perlu. Sebab baby kan suka hentak-hentak tangan dia sesuka hati. Nanti kalau baby tengah excited semasa emak dia memakaikan pakaian stylo dekat dia dan dia pon tetiba rasa stylo gila sampai menghentak tangan dengan lebih super, tak adalah tangan baby sakit. Baby, your mom very protective you see. Sayangilah emak anda ini. HAHAHA.
Dan lagi satu, saya juga tak memerlukan changing table yang siap dengan bathtub sebagimana yang dianjurkan oleh wanita tersebut. No way, no way. Saya tak beranilah nak mandikan baby tinggi-tinggi. Saya dah beli dah bath up untuk baby. Akan mandikan baby dalam bathroom kami kelak. Err. Bath tuhb di bawah ini dah agak lama dah beli. Saya rasa, inilah penemuan bath tub baby tercomel yang saya jumpa. Ada lagi satu version berwarna hijau. Tapi macam kurang comel pula. Baiklah tak percaya ada objek biru lagi comel dari hijau T____T

Fun gila.
Saya yakin. Baby akan seronok mandi kelak.
Tapi emak dia akan seronok melebih-lebih.
Melebihi keseronokan baby tersebut.
Ada hammock dan accessories lainnya yang sungguh fun.
How many weeks are you? – tanya wanita tersebut.
26 – jawap saya.
Oh my! Really? Its a tiny baby bump! – Dia teruja.
I know. But I don’t know what’s wrong with me – Saya cakap.
Nothing is wrong with you. You’re just lucky, girl! - dia cakap lagi.
Am I? – saya buat-buat pelik.
People normally getting bigger and bigger during pregnancy. That’s not easy you know – lantas dia membuat muka sedih.
I guess so – tak tahu nak buat reaksi apa. HAHA
Don’t worry. You’re just lucky. You look good during pregnancy. You don’t go overweight, thats sooo lucky. That’s fine as long as the baby is healthy – dia cakap lagi.
Saya asyik dengar kata-kata ini sahaja. Sebenarnya saya pon tak tahu adakah benar saya lucky atau apa. Yang saya tahu, saya terima saja apa juga yang berlaku ke atas tubuh badan saya sebagai satu proses natural. Dan saya tak mahu risau tentang apa-apa. Biarpon perut saya kecik molek saja. Biarpon saya kelihatan susut banyak dan ia adalah aneh bagi kebanyakkan wanita hamil. Saya tak mahu risau tentang apa-apa. Sebab saya tahu dari mana saya mewarisi kejadian ini. HAHA dari emak saya sendiri.
Selebihnya, tiada apa sangat yang menarik di ToysRus punya baby workshop ini. Selain ada demonstrator yang beriya-iya promote Avent breaspump. Padahal saya dah beli Medela Swing. HAHA. Tapi tak apa. Esok ada penerangan tentang breastfeeding from Avent. Saya akan datang lagi. Tunggu aku di situ. HAHA.

Dapat ini sahaja sebagai free sample.
But I am thinking about using cloth diapers.
Selain menjimatkan, trendy, dan environmentalist, cloth diapers juga dipenuhi kasih sayang. HAHA. Sebab ibu akan menjadi seperti ibu zaman dahulu kala yang akan mencuci lampin anaknya. Walaupon ini dalam versi yang maju sikit. HAHA.
Sebagai pusingan final, saya pon mengukur mall seorang diri. Walaupon backpain dan sakit pinggang. Tapi tetap gagah membawa diri. Pumpkin Patch ada sales pulak! Memang tau. HAHA.

Lagipon Pumpkin Patch asyik email saya saja. kesian pulak kalau takda dilayan.
KAH KAH KAH.
Saya suka betul baby booties. Makin dibeli makin tak mencukupi. Adakah ini magik? Jadi, saya pon beli lagi dan lagi dalam pelbagai saiz. Supaya baby dapat memakainya bukan sahaja pada masa ini, malah pada masa akan datang. HAHA.

Hijau warna kegemarannya saya.
Harap baby pon suka juga.
Blue warna bukan kegemaran saya.
Tapi baby kena ada semua koleksi warna.
Sangat suka yang ini.
Sebab ada icon buaya.
Tak tak. Bukan simbolik buaya darat.
Ih engkau memang tau!
HAHA.
Icon buaya tersebut ala-ala LACOSTE pulak.
Ceceh padahal Pumpkin Patch T___T
More booties!
Harap semasa memakai ini, baby berasa cinta dengan kaki dia tersebut.
Ada lagi beberapa pasang yang saya beli tadi tapi takkan nak buat lintasan semua sekali. Nanti bila baby pakai baru anda tengok okek. Sikit-sikit sudahlah. Barangan lain biarlah saya simpan di dalam hati. HAHAHAHAHA.

BabiesRus on SALES!
Husband saya pesan suruh tengok apa yang patut.
Memang patutlah apa yang saya lakukan pada hari ini, bukan?
HAHAHAHA.

Macam berkenan sangat dengan BabyBjorn Carrier. Tadi dah ringan gila tangan nak capai masuk troli. Tetiba berasa macam tak cukup indah pulak. Sebab saya lagi suka beli bersama suami. Sebab saya suka kalau dia pon suka.
SALES LAH LAGI.
SALES LAH LAGI.
SALES LAH LAGI BANYAK!
Dulu masa saya kecil (sekarang pon kecil juga sampaikan kau orang compare saya dengan saiz kerusi di bawah ye? Baiklah baiklah) bila emak saya pregnant, saya selalu nampak emak berbaring di atas sejadah dan bapa membacakan Al-Quran pada emak. Setiap malam saya nampak ini. Sometimes saya menyelit sekali di sisi emak. Tumpang baring sama. Atau nak lagi comel, tumpang baca Al-Quran sekaki macam pandai sangat ketika itu.
Emak cerita, semasa mengandung kali pertama, bapa ingin sangat anak perempuan. Jadi setiap malam, beliau akan membacakan Surah Maryam ke emak. Setiap malam. Tanpa gagal. Adakah menjadi usaha bapa? Usaha tersebut telah menghasilkan err … ehem. Saya lah.
Sekarang.
Peristiwa itu macam berulang lagi. Apabila saya mengandung 5 minggu, saya pulang ke Malaysia membawa diri, membawa kandungan yang ketika itu bergelar peanut, dan juga adek lelaki saya yang tidak bergelar peanut sebab tak layak langsung. Heh badan sangat besar mana mungkin dipanggil peanut, bukan? HAHA. Bila saya di Malaysia ketika itu, suami tiada. Jadi bapa lah yang membacakan Al-Quran buat kandungan saya meskipun kandungan berciri peanut tersebut belum ada apa-apa rangsangan mahupon pancaindera. Disebabkan mabuk yang sangat dahsyat, setiap kali lepas solat saya akan tumpas di atas sejadah selama beberapa minit. Kadangkalanya up to 30 minutes or 1 hour. Atau lagi comel, terus beradu Di ATas Sajadah Cinta (tiru tajuk buku).
Tabiat tumpas di atas sejadah ini berterusan sehinggalah saya menempuhi trimester kedua pon. Lagi-lagi pada waktu Subuh. Ada kalanya saya bersolat duduk. Sebab kalau berdiri, saya tak ubah umpama layang-layang terputus talinya. Walaupon peribahasa tersebut memang sangat salah, tetapi macam itulah lebih kurangnya.
Pregnancy secara jujurnya memang indah. Bukan sahaja sebab ada a little caliph di dalam badan sendiri, tetapi sebenarnya pregnancy mendekatkan lagi dua insan (the parents) dengan Allah. You can’t stop praising ALHAMDULILLAH everytime melihat perut yang membesar. You can’t stop praying. You can’t stop saying MASYAALLAH everytime your tummy kena ‘kick’ and there, you can really feel the baby. Benar kan?
Sejak mengandung, saya menjadi lebih rajin mengaji Al-Quran. Kalau dulu saya hanya membuka Al-Quran kebanyakkan masanya selepas Maghrib, tapi sekarang ni, saya akan pastikan saya membaca Al-Quran pada setiap kali saya lapang dan bertenaga. Saya percaya tentang kuasa pancaindera bayi dalam kandungan. Di mana baby develop ketika ini. Baby dalam proses kenalpasti suara ibu dan bapanya. Dan saya akan ambil peluang ini secara maksima. Iaitu dengan memperdengarkan lebih banyak bacaan Al-Quran instead of lullaby yang bagi saya boleh diperkenalkan kelak apabila bayi lahir nanti. Sekarang ini, I want you to study Al-Quran ok, sweetheart? No excuse. I am your mother. HAHAHA.
Kebanyakkan buku yang saya ada tentang parenthood (yang ditulis oleh mentaliti non-muslim) mensarankan dendangan Baby Einstein kepada bayi. They said, the melody could stimulate the baby’s brain etc. Mereka kata juga, ibubapa perlu banyak berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan supaya bayi kenal akan suara ibubapanya. Saya percaya. Kerana ini adalah fakta yang logik.
TAPI.
Saya tak pandailah nak bercakap-cakap dengan baby. Paling sweet pon, setiap pagi saya bagi salam saja pada tummy saya (yang tegang dan mula nampak urat ini. Tapi tak apa anggap saja seksi tak boleh blah). Suami saya? Beliau bukanlah jenis yang pandai nak mushi mushi dengan kids, I bet. Even saya tak pernah nampak beliau memegang mana-mana bayi (Thanks Allah) Saya harap, saya akan melihatnya memegang bayi buat kali pertama apabila saya melahirkan anaknya kelak. Sungguh romantis. HAHA.
Okay.
Suami saya tak pandai nak mushi mushi bercakap dengan baby. Like tiba-tiba datang dekat perut saya ; Olololo my baby. This is your daddy speaking. Can you hear me? NEVER! hahaha. My husband tak pandai buat macam itu setakat ini. Jadi, the very best way yang kami dapat lakukan ialah membaca Al-Quran secara berjemaah. Dan kebiasannya selepas Maghrib.
Oh this is my favorite romantic time. Kami baca Al-Quran sama-sama. Mula-mula husband saya baca dan saya semak. And then saya baca dan suami semak. Dan baby, dengar. Kami percaya, this is how we introduce ourselves dekat baby. This is how the baby can recognize the parents’ voices. Sekali lagi, kami tak pandailah nak bual-bual manja dengan baby. HAHAHA.
Bila saya tidak sehat, saya akan berbaring. Dan suami bacakan untuk saya dan baby. I love his voice reciting the surah(s) :) Ini sangat sangat mengingatkan saya pada keluarga saya. Pada masa saya kecik-kecik masa nak dapat adek. How time flies. Sekarang dah sampai giliran saya pula melalui apa yang emak lalui. Dan giliran suami saya pula untuk buat macam apa yang bapa saya buat dulu T______T Ini sangat emotional.
Bila saya menghadap blog pada siang hari (misalnya), dan pada sepanjang malam, saya akan gunakan alat ini ;

Pillow Speaker.
Macam yang dah saya cakap sebelum ini, pillow speaker ini adalah pregnancy kit terpaling saya sayang. Dan paling berguna dan bermanfaat. Sejak malam pertama saya tahu saya hamil, terus saja kami pasangkan speaker ini sepanjang malam pada perut saya. Dan saya masih lakukan ini. Insyaallah sehinggalah baby keluar melihat dunia kelak.
Selingan ; Eh manisnya laptop Chika! HAHAHA gedik kejap.

Tada tada. Husband saya beli sticker ini. Dia kata lekat dekat laptop.
Sweet gila.
Okay selingan habis.
Saya nak share dengan rakan kehamilan yang lain. Kalau ada peluang, dapatkan pillow speaker ini. Sangat membantu. Satu, dia soft. Boleh selitkan bawah baju semasa tidur. Confirm tak akan hilang apabila anda tidur secara kuak bebas. Kedua, biasanya ibu-ibu pada zaman ini suka letak speaker handphone pada perut untuk entertain baby mereka. Tak berapa bagus. Sebab nanti baby kena radiation. Ketiga. Pillow speaker ini boleh memuatkan mp3 di dalamnya. Walaupon sebenarnya dia tak dicipta untuk disumbat dengan mp3. HAHA tapi I buat juga like that.

Ada zip di satu sisi.
Dalam situ ada volume control.

Sambungkan speaker dengan mp3 player anda.
Sumbatkan sekali mp3 player ke dalam situ.
Sendat memang sendat.
Tapi sumbat tetap sumbat.
HAHA
Tadaaaa. Sepanjang malam, bayi anda akan dihiburkan dengan alunan Al-Quran. Memang. memang banyak gila baby kena dengar Al-Quran. Pagi petang siang malam kelas Al-Quran dia. HAHA biarkan saja dia mendengar alunan surah-surah suci ini daripada dia mendengarkan suara ibunya excited tengok cricket ke apa. HAHA. Itu contohlah.
Lagi syok kan, malam-malam bila anda terjaga, akan terdengar sayup-sayup alunan ayat suci dari pillow tersebut. Nyaman sekali.
Saya beli tak mahal pon. Ada beberapa orang tanya saya mana boleh dapat. Mudah saja. Kalau dah buntu sangat, bergegaslah ke ebay. HAHA ada macam-macam jenis yang sungguh comel. Sepuluh kali lagi comel dari yang saya punya ini. Tapi saya nasihatkan, beli yang tidak terlalu dahsyat bentuk parasnya. Janganla beli yang bertelinga besar atau yang berbentuk ikan lumba-lumba ke apa. Nanti sukar untuk diselitkan bawah baju sepanjang malam. HAHAHA.
Kami download bacaan recited by Sheikh Mishaary Al-Afasi. Sejak pertama kali husband saya kenalkan dengan bacaan Yaasin nya, saya jadi seronok tak boleh stop. Hari-hari mesti nak dengar bacaan Yaasin beliau. Sangat mempesona. Anda harus cuba dengar. HIGHLY RECOMMENDED.
Siapa teringin nak simpan bacaan dari Sheikh Mishary Al-Afasi boleh mesej saya. Nanti saya send. Oyya. Saya harap siapa-siapa yang pernah minta dari saya dulu, dah dapat dah. Kalau tak dapat, remind me eh. Sometimes I lupa.
Kalau berminat, bagitahu saya Surah apa yang anda nak. Banyak mana pon saya tak kesah, saya cuba send. Sebab saya takboleh nak send the whole Quran. Size dia besar. Dan actually file dia satu-satu ikut surah. Kalau nak the whole Quran, give me some times so that saya boleh hantar slowly one by one ye :)
Demikianlah apa yang kami lakukan. Bukan kata nak mendidik anda ke apa. Tapi sekadar berkongsi bagaimana saya cuba mendidik kandungan saya. Dengan harapan tak ada lain, mahuuuuuu sangat anak ini lahir menjadi anak soleh solehah. Yang dekat dengan penciptanya. Insyaallah.
Anda ada amalan-amalan menarik lain yang anda amalkan? Sharing-sharing la. Atau mungkin anda mempunyai amalan istimewa yang sangat unik dan bermanfaat? I am happy to know that.
Please.