Archive for February, 2010

Kepada Si Biadab

Posted by chika under Uncategorized

Saya rasa ada yang tidak kena. Mulanya saya tidak berasa apa-apa bila kali pertama terbaca tulisan ‘murahan’ itu beberapa hari yang lalu. Maaf. Saya tidak sering membaca tulisan dia itu sebab bukan favorite. Malah tidak berminat untuk tahu apa sangat yang dibuatnya dalam hidup dia. Jadi macam tak heran langsunglah kalau saya baru membaca. Dan pada pagi ini, saya macam terfikir untuk baca lagi sekali. Sebab tiba-tiba macam terfikirkan sesuatu yang tidak kena.

Saya rasa ada orang menulis sesuatu yang ‘fishy‘ yang ditujukan kepada suami saya. Walaupon mulanya saya tak rasa apa-apa. Ye lah, mana saya boleh sangka dia perangai macam tu. Sumpah saya tak  terfikir dia boleh tulis those harsh words. Disebabkan kami ini bukan makan pasir, saya yakin penulisan tersebut memang bermaksud ditujukan kepada suami saya. Sungguh biadab.

Kepada yang telah biadab,

  1. Engkau ingat engkau siapa untuk menulis kata-kata sungguh rude kepada suami aku?
  2. Engkau siapa nak bagi warning dekat my husband (or maybe to me as well).
  3. Engkau ingat aku jenis yang bagaimana? Diam dan kecut selepas di-warning? Heh macam baguslah engkau. Engkau bukan siapa-siapa jadi jangan biadab dengan aku. Sebab aku bukan jenis bagi muka dekat orang.
  4. Engkau marah tak pasal-pasal itu kenapa? Engkau hilang pertimbangan?
  5. Watch your mouth ey! Tak habis sampai sini.

Aku tak faham dia nak marah apa. Dan kemarahan dia sungguh bersifat bodoh dan tidak bertanggungjawap. Apa dia ingat kami ni berminat sangat nak tahu tentang hidup dia? Oh jom gelak. Sungguh kelakar bahagian tersebut. Biar aku cakap. Suami aku tak membaca blog siapa-siapa secara taatnya kecuali blog isterinya. Kalau ada pon, ia berlaku secara tak sengaja. Aku pon tidak pernah sekali-sekali pon sengaja pergi menaip address blog dia. Tak pernah terlintas langsung dalam kepala aku nak tahu apakah dibuatnya dalam satu hari. Jadi, tak ada sebab kenapa aku kena baca blog dia. Aku tak pernah letak link kau dekat mana-mana sebab langsung tak terlintas dalam kepala aku. Sorry, aku tak fancy blog kau, sorry.

Terus terang. Memang hampir boleh dikatakan, tiada blog yang aku masuk setiap hari secara wajib. Kebiasaanya, aku masuk secara random. Bila orang klik ke nurulism.com, aku dapat detect secara automatically. Jadi biasanya, aku klik secara random mana-mana link yang bertuah. Sekali-sekala, link dia pon macam bertuah. Sebab setiap hari pon macam ada saja klik dari dia. HAHAHAHA engkaulah yang sangat mengikuti perkembangan kami, bukan? Macam mak nenek.

My husband? Lagilah. Yang dia tahu  bila masuk internet ialah membaca nurulism.com dan bermain google. Tak, jangan nak perasan. Bukan pergi google nama KAU pon. Dia google benda bermanfaat sahaja. Kalau ada dia terbaca entry kau pon, itu secara tak sengaja. Mungkin semasa aku mengklik random. Atau mungkin semasa dia check statistik nurulism.com selepas itu ternampak link kau tersebut. Apa kau ingat dia tak ada kerja lain nak menyebok hal kau?

Apa yang best sangat dengan life kau sampai husband aku dikatakan sebok mengambik tahu? Apa yang kau ada dan aku tak ada, sampai aku kena spend masa yang tak semena-mena nak menganiaya kebahagian kau ke apa? Eiiiii lawak gila. Geli lah statement yang dia perasan kami dok terhegeh-hegeh kat life dia. Geli gila.

Heh. Logik sikitlah.

Tengok. Kau tuduh yang perbuatan husband aku sengaja mengganggu kebahagian yang tengah kau kecapi. Fine. Aku faham kau tengah belajar nak bahagia dan berkeluarga. Apa kau ingat aku dengki? Apa kau ingat aku tak ada kebahagian berkeluarga? Sorry about that. Aku dibesarkan dengan nikmat kekeluargaan yang mencukupi. Demi Allah, aku sangat senang hati kalau kau berbahagia ketika ini. Aku sangat gembira dengan apa yang kau rasa ada sekarang ni. Aku tak ada sebab nak dengki walau sekelumit. Apatah lagi nak mengenakan kau. Sebab itu bahagian kau to feel happy. Kami langsung tidak terjejas.LANGSUNG. Aku tak dibesarkan oleh parents aku untuk mendengki kat orang ye. Mind you!

Kau kata suami aku merosakkan semuanya. Hey, sungguh rude okay. Engkau tengok kedudukan engkau dengan dia. Siapa kau? Dan siapa dia? Apa dia tak ada hak nak menyoal pasal perkara ‘tu’? Aku rasa dia lagi berhak daripada kau. Sebab kalau kau nak kata benda tu tak ada kena-mengena dengan my husband, kau salah. ‘Benda’ yang kau bangkitkan tu memang ada kena mengena sangat dengan my husband sebab … kau tahu kedudukan dia sebagai apa kan?

And for your information, tak jadi tujuan utama pon ‘cerita’ tu pada husband aku. Dia menyoal pon secara tak sengaja.  Dia cuma tanya secara berbasa-basi. Bukanlah dia buat call ke Malaysia semata-mata nak menyoal pasal benda tu. Call ke Malaysia semata-mata nak mengenakan kau? KAH KAH KAH. Lagilah kelakar. Kau ingat husband aku tu jenis apa? Jenis manusia busuk hati? Jenis yang menjatuhkan orang? Jenis yang tak ada pedoman? Tak ada Iman? Tak ada agama? Kau cakap sikit, bagi satuuuuuu saja sebab kenapa pulak husband aku nak mengenakan kau? Apa sangat kau ni yang boleh buat husband aku terjejas? Bagi satu sebab kalau ada.

Kami menganggap perbuatan kau sangat biadab. Sangat tidak bertanggungjawap. Fitnah. Dan bodoh. Aku sangat marah. Sebab aku tak anggap kau macam ini asalnya. Tapi sekarang aku dah tahu dah macam mana sebenarnya kau. Dan aku tak kesal sangat. Sebab aku pon tak pernah terhegeh-hegeh nak ambik tahu pasal kau. Bukan kau ke yang suka mesej aku itu ini macam sangat caring? Bukan kau ke yang sebuk sangat nak tahu tentang aku sebelum aku dan suami bertunang? Bukan kau ke yang hantar mesej ; Eh you ada problem ke dengan Hizwani? I baca blog you, macam ada yang tak kena je (you should remember this msg) See. Sangat menyebok kan kau ni? Pernah aku mesej-mesej kau dan menyebok terlebih macam lebih sudu dari kuah? Dan lagi satu. Bukan kau ke yang begitu rajin mengambil tahu apa yang kami buat di sini? Jadi, tolong tarik balik statement yang mengatakan suami aku macam tak ada kerja lain nak menyebok pasal life kau. Statement tersebut bukan saja tak masuk akal dan kelakar, malah merupakan reverse statement ye.

Kalau aku berada dalam situasi kau, benda pertama yang aku buat ialah mengaku salah dan menebus silap dengan meminta maaf kepada pihak yang tertentu. Dan aku tak akan langsung terfikir nak salahkan orang yang tak semena-mena. Dan aku akan bertanggungjawap dengan perbuatan sendiri. Bukannya ‘menyalak’ macam tak ingat Tuhan.

Tapi tak apa.

Mood aku sangat baik kebelakangan ini. Aku pon tak ada mood nak marah. Kau bukan apa-apa pon sampai boleh mengganggu life aku ke apa. Tapi cukuplah sekarang aku dah tahu perangai kau macam mana. Memang jenis yang menyampahkan. Jenis rude dan tidak akan dimaafkan. Aku harap, kalau kau betul-betul yakin tindakan kau BETUL dan kami SALAH, silalah berdepan. Supaya kita boleh figure something out. Tapi kalau selepas membaca ini kau berasa perlu memaki-hamun lagi sekali (sama macam yang dah kau lakukan dalam tulisan engkau) okay marilah kita pergi rujuk kepada pihak-pihak lain yang terlibat. Kami tak takut. Dan tak rasa terjejas apa-apa. Sebab kami tak jumpa di mana silap yang kami buat. Kita boleh tanya dekat ‘pihak-pihak lain’ ni salah kami ke?

Lagi satu untuk pengetahuan kau yang biadab, bukan my husband yang menjual nama kau dalam conversation tu ye. Memang yang menyambut panggilan tu yang menduga dari awal. Bingo!

Oh ye. Secara keseluruhannya, aku tak terlibat pon. Sebab aku tak menyuarakan apa-apa. Sebab aku tahu, aku tak berhak langsung. Tapi ini bukan soal berhak atau tak. Tapi memang aku tak mahu masuk campur pon. Bukan sebab aku tak peduli. Tapi aku tahu dekat mana posisi aku. Bukan orang yang layak melebih-lebih. Not like you.

Nak warning aku ey? Macam bagus. Tengok diri sendiri dulu. Kalau engkau betul, kenapa memilih untuk memaki hamun belakang-belakang dan takut nak tuding jari depan muka kami? Kalau engkau betul, kenapa ‘lenyapkan’ bukti? Kau kena tahu. Apa kau tulis, itu adalah apa yang engkau nak beritahu kepada orang yang membaca. Jadi itu tanggungjawap engkau. Belajarlah bertanggungjawap dan bersifat tidak kurang ajar. And see what we can do.

.

//

Syukur husband aku mendidik aku secara relevan. Kalaulah aku dalam situasi dia, aku rasa orang pertama yang akan tarbiyah aku ialah suami aku sendiri. Dan tak mungkin aku akan pergi memaki-hamun suami dia pula.

Aku cuba letak diri aku dalam cerita ni. Kalau aku jadi ‘perempuan tu’

Aku tanya husband aku tadi ;
Kalau I maki hamun husband dia dalam blog (macam dia hamun you dalam blog dia)  disebabkan kes macam ni, you izinkan tak?

Huband aku jawap :
I tak izinkan. I sangat marah.You tak boleh maki husband dia disebabkan kes macam ni. Kalau I, I salahkan you. Sebab memang tindakan you sendiri. Apsal nak marah orang lain?

I know my husband very well. Kalau ada orang yang berkata buruk tentang suami aku, orang tersebut memanglah seburuk-buruk manusia. Suami saya tak ada sifat busuk hati, dengki atau nak menganiaya orang. Sebab itu aku rasa sangat marah. Fitnah sangat. Dia patut tarik balik kata-kata dia. Or else, you’ll see.

.

//

Ini tulisan peribadi. Saya tak berniat nak menulis macam ini di dalam blog. Perkara ini patut diselesaikan secara peribadi. Tapi sebab orang tersebut memilih untuk menghentam dan memaki-hamun secara umum, saya pon terpaksa memberi respon secara umum. Maaf. Ruang komen ditutup. Sebab walaupon dia bertindak biadab dan sangat memarahkan, tapi saya ambil ini sebagai isu antara kami. Jadi saya rasa, dia tak layak di-judge oleh anda yang tidak memahami cerita.

Sunday Market

Posted by chika under Uncategorized

Bangun pagi-pagi dan ke Sunday Market. Seronok. Aik? Pergi pasar pon seronok? Sebenarnya, buat apa pon seronok kalau mood sangat baik. HAHA. Namun, ada sedikit susah payah untuk bangkit. Sepanjang malam melayan anak di dalam kandungan bermain kejar-kejar. Seriously. Sepanjang malam dia aktif. Mungkin macam bagi early warning dekat saya ; Mommy, practice makes perfect. Practice not to sleep all night long, mommy. Practice, mommy! Practice!

LOL.

Lepas Subuh biasanya, barulah our little autumn akan tidur. Saya teka, dia tidur. HAHA. Sebab menjelang Subuh, dia akan berhenti membuat gelombang dalam perut ibunya. Baby ini memang gemarkan malam, nampaknya. Tak apalah kalau macam itu. Saya redha.

Pasar pasar. Okay cakap pasal pasar balik. Market ini terletak dekat sangat dengan kediaman kami. Dan market ini adalah sangat memuaskan hati. Cari apa pon ada. Tapi kalau cari lepat pisang tak ada lah T_____T Ya Allah, lepat pisang. Begitu sedap.

Saya tak tahu apakah ini perkara biasa semasa menziarahi pasar. Sebab dekat Malaysia saya memang takda pernah ke pasar. Tapi pasar di sini, kalau nak masuk kena bayar. 1 dolar per person. HAHA. Ada beberapa pasar saya dah pergi. Memang ada entry charge. HAHA bukankah aneh? Macam masuk kota keriangan pulak. Err. Atau sebenarnya takda aneh langsung? Aku saja seorang yang aneh? Mungkin kalau masuk pasar borong dekat Selangor atau any Pasar Tani pon mungkin kena bayar seringgit? Ada kah begitu? Baiklah, saya curious saja.

Membeli sayur-sayuran secara agak ghairah. Sekarang kan saya tengah rajin sangat mengasapkan dapur.

DSC05780

Sungguh memalukan.
Penggunaan plastic bag adalah tidak cool sama sekali.
Tidak environmentalist.

Tadi selongkar kereta mencari ecobag. Tak jumpa. Padahal selalunya berlambak-lambak dalam kereta dah macam sampah pon ada. Tetiba pagi ini, tak ada pula. Semua dah diangkut ke dalam rumah. Heh. Nampak sangat cuba buat-buat macam mesra alam. Padahal asyik failed T_T Tapi tak apa. Lain kali tidak cuba lagi. Alexander Graham Bell pon mengambil masa yang lama untuk mencipta telefon. Telefon tidak tercipta dalam satu hari. Atau dalam kata lain, Chika juga tidak menjadi enviromentalist dalam satu hari. Ia akan mengambil masa. Ceh gelis.

Daripada anda terus dibahankan dengan perenggan-perenggan tidak munasabah yang lain, baiklah menonton gambar sayur yang makcik beli kat pasar ni.
DSC05781

Ha teka teka ni daun apa ni?
Punyalah payah nak jumpa.
Ini daun kesum.
Vietnamese Mint.
Atau dalam bahasa anehnya ; Rau Ram

Boleh buat asam pedas hebat selepas ini.
Tunggu ye.
Tunggu.

DSC05782

Tomato.
Siapa tak kenal, memang ah dia.

DSC05785

Shallot juga.
Daun bawang.
DSC05786Terung.DSC05788Bendi.
Atau nama lainnya ; Okra.DSC05789

Kangkung.
Atau nama lainnya, kengkang.
Ok acah je.
DSC05791Mushroom.DSC05792

Capsicum.DSC05793

Pucuk Ubi.
Ha, pucuk ubi pon ada!
DSC05794Kacang botol.
Tapi dalam Bahasa Inggeris jangan panggil dia bottle bean ye, nanti malu.
Sebab dia cakap, ini wing bean.
Kacang sayap.
DSC05795

Petola.

Macam inilah dinamakan ANAK MELAYU. Pergi pasar dekat Australia dan mencarik kangkung. KAH KAH KAH. Puas hati aku.

Pulang ke rumah dan memasak. Sebab suami saya nak makan pucuk ubi masak lemak. Kelentang-kelentung sebentar di dapur. Siap memasak, kami pon lunch. Table for two. Padahal boleh muat 6 orang tapi tak apa. Table for two. Oh sebenarnya three sebab anak dalam kandungan pon join sekali walaupon bukan secara lahiriah. DSC05799

Masak lemak pucuk ubi.

DSC05802

Berulam kacang sayap. Bukanlah. Kacang botol.

Dan diserikan juga dengan gulai sardin semalam. Saya masak banyak gila semalam. Tapi bagus juga. Hari ini takyah masak berlebihan.

.

DSC05797

Dekat pasar tersebut juga, ada menjual pokok-pokok. Pokok balak tak adalah. Tapi pokok herba, pokok buah, pokok bunga dan sayur-sayuran memang banyak. Dan murah. Contohnya seperti di atas. Pokok bendi. SATU DOLAR sahaja. Kita tengok kelak, akan berbuah bendi kah atau berbuah harapan sahaja. Kita tengok kelak.

DSC05796

Ingat tak ingat tak? Suatu petang yang tak semena-mena, suami saya mentanam cili? Tadaaa. Sudah menampakkan daun yang masih bayi. Terror tak? HAHA. Kami baru perasan kemunculan daun kecik ini semalam. Dan pagi ini, muncul lagi satu pucuk. Menseronokkan.

Okay confirm.
Tak lama lagi takyah beli cili dengan bendi.
Wah, begitu yakin!

The New Obstetrician

Posted by chika under My Baby You, My Fancy Pregnancy

11 February 10, Khamis. First appoinment saya dengan Arrivals. Jumpa obstetrician baru. Semangat bukan main. Bukan semangat sebab obstetrician baru, tapi sebab saya macam menjangkakan, appoinment kali ini ada chance nak tengok baby. HAHA. Semua ibu pon macam itu bukan? Bila check-up mesti paling excited part scanning kan? Kan? Kan? Bukan? Ikan? Sandakan? Hoh begitu membuang masa penulisan sebegini.

Appoinment jam 10.30 pagi.

Brisbane City macam biasalah. Memang menyampahkan. Seperti bandar-bandar lain termasuk KL, jalan sesak (nafas) memang pastilah. Yang itu satu hal. Hal lainnya, parking dekat Brisbane sangat %#@@$^& *macam mencarutlah konon* Half to one hour $20 is a normal rate. Sungguh mensakitkan hati. Parking murah takyah haraplah confirm penuh. Dan sistem 1P 2P 4P yang diamalkan sometimes lebih mensakitkan hati. Dah excited melompat katak bila terjumpa parking kosong, tetiba ada sign 10Min. Gaaaaaaaaaaaaaa. 10 MINUTES? Turun kereta dan menghadap cermin kereta sebelah sebab nak betulkan tudung pon dah hampir 10 minutes. Ey ey ey Chika! Macam elmo saja engkau ini. Bukankah tadi begitu manis bercakap tentang bayi dan kehamilan?

Kami pon masuk ke dalam Obstetric Centre tersebut secara berpasangan. Berpimpin tangan dan terus ke receptionist. Hurm. Nice place. Warna hijau is everywhere. Isi form etc, dan tak lama itu kami pon bertentang mata dengan obstetrician yang akan mensambut kelahiran bayi kami kelak insyaAllah. Mungkin juga bukan obstetrician ini. Mungkin yang lain. Tapi yang agak pasti, kami akan berjumpa Dr. Vincent sepanjang saki-baki minggu kehamilan ini. Saya menghampiri 28 minggu. Kalau ikutkan Antenal Schedule yang ditetapkan oleh Arrivals, ada lebih kurang 7 hingga 8 kali lagi saya perlu membuat antenatal visits. Insyaallah kalau saya melahirkan bayi secara full term iaitu 40 minggu. Mudah-mudahan, full term. Amin. Sebab berdasarkan pendapat suami saya (yang bukan obstetrician, oh thanks Ya Allah. HAHA) kandungan full term adalah sebaik-baiknya supaya brain dia develop sepenuhnya sebelum lahir. Tapi itulah. Kita cakap pakai air liur saja. Sedang semuanya Allah dah tentukan :)DSC05767

HE IS THE OBSTETRICIAN, MEN!

Okay. Akhirnya, the obstetrician is a MALE doctor. Walaupon saya berusaha juga untuk dapatkan doctor wanita cantik muda bergaya dan comel okay taklah itu tak penting langsung. HAHA. Walaupon saya berusaha juga mendapatkan doctor wanita, tapi nampaknya tiada kekosongan. Biasalah tu. Mesti semua berebut nak obstetrician wanita. Senang nak mengadu perkara-perkara pelik dan aneh. Barangkali.

First impression ; Cool la dia ni. Ada style. Rambut spikey sikit. Okay boleh blah. Boleh harap untuk sambut my baby. HAHA. Naaaaah. Itu bisikan notty-notty saya saja. Sebenarnya, memang benar. Benar? Apa kau cakap ni? Tak. Sebenarnya, memang Dr Vincent kelihatan seperti seorang yang tenang. Macam inilah yang kita mahu. Yang bagi kita rasa confident untuk mengambil perkhidmatan perbidanannya (Bidan ye, bidan. HAHAHA) Saya tak tahu adakah ini berdasarkan faktor dia lelaki ke apa. Tapi cara dia buat scanning memang dahsyat. Tak ada terkedek-kedek. Cara dia bubuh gel dekat my tummy pon, sangat LELAKI PUNYA KERJA. Biasanya, doctor perempuan mesti nak bubuh molek-molek. Pastu sapu molek-molek. Yang ini, ha ambik kau! Dia keluarkan secukup rasa ke atas tummy saya, dan terus menggerakkan ultrasound probe tu atas perut saya secara ; TENGOK INI, AKU SANGAT TERROR SCAN BABY, BUKAN?

HAHAHAHA,

Kejap saja dia dah catch semua data yang dia nak. Err. Complicated kalau nak kena cerita detail dekat anda. Sebab percayalah, kalau anda berada di dalam kasut saya (kata bidalan), anda akan faham apakah yang saya maksudkan sebagai TERROR.

Husband saya pon impressed.

‘Ni memang terror buat ultrasound ni,’ the husband said. This doctor boleh buat ultrasound yang detail dalam klinik dia sendiri. Yeay!

Dan ini adalah ultrasound saya yang ke-3 lah kiranya. Pictures? Lupa nak mintak doctor print sebab waktu tersebut dah hilang pertimbangan dah tengok my little autumn dan besar. Dulu tengok dia kecil saja. Besar dah anak mak. HAHAHA Berbaur keibuan di situ :P

Seperti biasa. Kalau kami jumpa doctor, mesti doctor tersebut lagi seronok nak mengajukan persoalan kepada suami saya. Padahal yang mengandung itu aku. HAHA. Mulalah berbual tentang perkara kedoktoran dan karier. Pastu sesekali barulah teringat yang perut sedang membesar itu sebenarnya wanita ini. Barulah sebuk nak tanya ; Any complication so far? Pastu kang berbalik kepada suami saya. Baiklah baiklah. Dan mesti akan explain sikit-sikit dekat saya pastu disudahi dengan ; Your husband should understand these very well. Ask him bla bla. Lagi-lagi untuk perkara yang memerlukan kaedah tertentu. Sama macam my previous Dr Jenny. Bila dia bagi saya container untuk collect urine ke apa, mesti d a tak explain betul-betul kat saya. Dia pakai istilah pelik dan aneh dekat my husband. Pastu senang hati saja ; You can explain to your wife. Sudahnya, saya jadi makin membuak-buak nak tahu semua medical term. Nasib baik laki aku selalu ajar.  Dan nasib baik kepala otak saya ni memang scientifically programmed. I can understand art and science as well. Atau dalam kata lain, nasib baik ilmu Biology aku boleh diharap. Sekarang dah pandai dah. Doctor please heh, talk to me. I boleh diagnose banyak medical term now.

.

THE LITTLE AUTUMN.

Little Autumn kami lagi beberapa hari ni, sudah 7 bulan. Alhamdulillah. Sudah masuk trimester ketiga. Final trimester. Syukur pada Allah sebab bagi peluang saya merasai keistimewaan menjadi wanita seperti ini. Pregnancy is something BIG in women’s life. And pregnancy is something emotional. Semua yang anda alami sepanjang pregnancy adalah sesuatu yang emotional. Boleh jadi emotional tengok baby’s quickening. Boleh jadi emotional tengok perut becomes bigger and bigger. Boleh jadi emotional masa shopping baby’s stuff. Boleh jadi emotional juga semasa memikirkan baby akan lahir tak lama lagi. Pastu  nanti tak ada dah khalifah dalam perut sendiri. Dan leper dah perut. Yang itu pon, emotional juga bila baby dah lahir. HAHA. Dan akan diakhiri dengan air mata terharu untuk kesemua jenis emosi ini. Tak ada satu pon yang akan menghampakan. Semua perubahan adalah indah. Walaupon tiba-tiba badan dah tak curvy, dah tak boleh bergaya high heels, dah tak boleh bergaya Levi’s dan selalu saja selekeh kena pakai blouse macam aunty-aunty. Tapi tak apa. Dalam hati tetap gembira meskipon orang nampak macam selekeh saja perempuan ini. HAHA.

Lepas bersalin dan kesihatan stabil kelak, saya akan kembali ke pangkuan sepatu tinggi 4 inci. And wait for me, Levi’s jeans. Saya belum mengalah lagi ye. Don’t get me wrong. Blouse makcik ni semua I gantung sampailah another pregnancy menghulurkan salam kelak. HAHAHA.

Berat Little Autumn (27w 2d) =1 kg
Gender = Dikenalpasti sama macam yang telah dikenalpasti dulu HAHA.
Estimated due date = 10 May 2010
Mommy’s weight (at 27w) = 51 kg
Heartbeat = Alhamdulillah good.
Movement = Subhanallah. Hyper. Good baby.
Position = Kepala dah mula turun.

Disebabkan kepala dia dah mula turun, kaki dia dah terpesong ke arah kanan bawah tulang rusuk saya. Ya Allah. Everytime baby buat tendangan kasih sayang, rusuk saya jadi senak. Tapi tak apa. Senak pon mommy rasa seronok juga. Tapi sungguh senak dan menterkejutkan saya everytime. Kalau dulu dia kick dekat bladder. Perbuatan tersebut akan menyebabkan saya ulang alik ke toilet tanpa henti. Everytime dia kick, saya akan automatically nak pee. Langsung tak boleh ditahan-tahan. Sekarang dia dah dapat target baru dah. Ke arah rusuk saya pulak. Tak apalah. Bukan orang lain. Anak sendiri jugak. HAHAHA.

.

THE MOMMY.

Tidur saya makin tak tentu arah. Macam yang saya cakap, dia dah mula tendang ke arah kanan. Bila saya mengiring ke kanan pada waktu malam, saya rasa seolah-olah dia sedang menendang-nendang begitu seronok sekali pada bahagian pinggang. Memang tak selesa lah saya nak mengiring kalau macam itu. Akhirnya saya kena mengiring sebelah kiri. Tapi lama-lama nanti perut rasa cramp. Terpaksa bangun dan pusing badan. Sampailah ke pagi. Budak kecik musim luruh ini punya penangan.

Doctor : Any questions you would like to ask?
Mommy : I actually worried about my baby bump. They said, mine is too tiny.
Doctor : HAHA.You’re small too. I don’t expect you to have a big baby.
Daddy : HAHA *smiling*

Terus doctor suruh saya baring. Dia ambik tape dan ukur my baby bump. HAHA.

Doctor kata, size ini bersesuain dengan saiz saya sendiri HAHAHA lawak gila saya nak resah gelisah sebab baby kecik. Anda tak tahu perasaan saya tatkala menyaksikan perut wanita kulit putih yang sedang hamil. Subhanallah. SUPER DUPER BIG! Saya tak boleh imagine kalau saya kena bawa perut sebesar mereka.

Doctor kata, saya membawa saiz asian yang normal. Saya jangan compare dengan saiz perempuan Australia ini. Mereka punya standard adalah melahirkan bayi seberat melebihi 4 kilo. Whoaaaaa. Bak kata pujangga, ukur perut badan sendirilah. HAHA.

Tapi. Saya macam belum puas hati lagi. Mestipun doctor dan suami saya cakap ini normal. Bukan saja normal bagi bayi asia, malah juga normal bagi wanita yang tidak besar seperti saya ini T_____T

Saya call emak. Saya tanya, masa saya lahir dulu berat saya berapa? Emak cakap, tak berapa ingat exactly. Tapi sangat kecik macam thumbelina. Paling berat yang emak boleh bayangkan ialah 2 kilo. APA? DUA KILO? Ya Allah. Baiklah baiklah. Aku diam sekarang.

HAHAHA.

Emak cakap, masa emak masuk labour room dulu, nurse pon aneh. Betul ke emak sudah sedia untuk bersalin. Sebab perut emak macam menunjukkan usia kandungan 4 bulan sahaja. Padahal memang dah cukup bulan. Oh betapa kecilnya anak sulung emak tersebut. Tetapi, selepas habis pantang, tetiba anak sulung tersebut membesar secara  bulat.

Pesan emak, takyah risau.
Ini faktor genetik.
Baiklah.
Dah kalau perkataan GENETIK diperkatakan dalam keadaan ini,
Saya patut diam.
Jangan cemas.
Jangan cemas.
HAHAHA.

.

THE DADDY.

Daddy is doing fine. HAHA. Daddy sangat kekok, I can see. Sebab husband saya itu bukan jenis yang bermain dengan kanak-kanak. Maka, dia pon macam terpinga-pinga juga sesekali bila teringat yang tidak lama lagi akan mempunyai anak. Beliau menjalankan tanggungjawap dengan baik. Mengamalkan amalan yang baik. Selalu memikirkan jalan mendidik baby ini sampai ada kalanya dia berfikir hingga stress. HAHA. Contoh perkara yang difikirkannya ; Macam mana nak bagi anak dia fasih berbahasa Arab. Ya Allah. Semalam selepas tamat sesi mengaji secara berpasangan, dia menyuarakan idea yang macam aneh.

Husband cakap, dia rasa bila baby lahir nanti, kena bacakan Al-Quran setiap hari dekat baby. Pastu husband saya baca translation English. Saya baca yang Bahasa Melayu. Kira macam kelas tiga bahasalah. HAHA. Idea yang begitu comel. Tak ketinggalan, anaknya kena pandai bahasa Jepun just because he loves Naruto T___________T Oh oh. Lagi satu perkara. Dia kata, anaknya kena ada pakaian seragam Kakashi yang lengkap. Dan dia percaya, Naruto masih relevan pada zaman anaknya kelak. Hooooooo baiklah, Sayang T______T

DSC05768

And then dia dah start paranoid dah! Ha, dulu asyik kata saya yang macam paranoid. Sekarang dia pon dah paranoid. Dah beli safety gate untuk tangga dan untuk kitchen. Padahal baby lambat lagi nak bergerak tawaf rumah pon. HAHA. Dan semua toys yang dia beli, semuanya dia fikir seratus kali punya fikir. Macam mana toys tersebut bertindak untuk stimulate IQ baby. Keselamatan toys tersebut etc. Dan untuk pengetahuan semua, perkara-perkara berciri toys, semua suami saya yang pilih ye. Semua keputusan beliau. Dan saya tak percaya, suami saya terlalu obsess dengan infants punya toys. Macam tak boleh stop okay. Siap boleh check music sedap ke tak. Dan antara yang tak boleh dilupakan, bila dia bersungguh-sungguh sampai saya naik letih ikut dia carik keyboard untuk baby. Nak yang itu jugak. Yang itu jugak. Sebabnya dia kata jenis itu saja yang selamat for infants. Padahal saya releks saja tentang itu. Charming he is.

Daddy mengambil bahagian dengan begitu cemerlang. Bila nak beli baju baby pon, dia tak sewenang-wenangnya goes with anything that I want. Mesti dia nak argue sama. Macam bila pilih warna, the daddy pon akan cerewet juga. Macam tak kasi beli warna kuning sebab dia tak suka and not nice enough for baby etc. HAHA saya tak anggap ini satu kesulitan. Saya sangat menghargainya. Buat saya rasa terharu dan menangis di dalam hati. DSC05769

The Daddy juga sangat lovely. Dia yang bersungguh-sungguh mencarikkan breast pump terbaik. Dia google and read a lot about breast pump and cloth diapers. The daddy yang decide which one to buy. And he bought that for us. Tiba-tiba saja dia kata dah beli dah. Siap dengan bag etc. Dan sekarang, saya selalu nampak husband saya google about diaper bag. Ya Allah. Terima kasih sebab ciptakan lelaki ini untuk saya dan baby.

Malam-malam akan sapukan bio oil. Akan pasangkan Al-Quran untuk baby. Akan cakap ; I love you dekat saya.

DSC05770He is the MAN of ourlives.

Hari ini suami saya on call sampai ke malam. Lama dah tak ‘nampak‘. Dua jam lagi. Nanti kita makan malam sama-sama ye.

Untuk semua ini, Alhamdulillah.
Terima kasih, Ya Allah.

My Kitchen Rules

Posted by chika under Uncategorized

Kebelakangan ini, saya pulih. Eh tetiba pulak dia. Err. Pulih dari mabuk-mabuk kehamilan. Muntah pon sekali-sekala sahaja bila bertuah. HAHA. Dah boleh makan dah nyum nyum. Alhamdulillah. Lega. Masalah paling besar sudah diatasi nampaknya. Bagi saya, mabuk yang dialami sangat dahsyat. Itulah dia kesulitan paling sulit boleh saya katakan. Kesulitan lain, alhamdulillah. Buat masa ini, tak ada. Kaki bengkak, badan mendadak naik, stretch mark, kulit muka bermasalah dan sebagainya memang tak ada. Buat masa inilah. Tapi yang mabuk-mabuk itu memang …. Memanglah memang! HAHA.

Oleh kerana macam telah pulih, saya dah rajin dah masuk kitchen. Bukan saja untuk mengulang makan, malah juga untuk mengasapkan dapur. Tak tak bukan bakar kemenyan ke apa. HAHA TAK KELAKAR KAN? Baiklah. Sekarang dah rajin memasak dah. Sebabnya, perut dah tak lalu nak telan masakan luar. Setiap kali pergi makan luar, mesti tak habis. Mesti pastu nak muntah. Mesti rasa macam; Eiii kau ni masak teruklah. Cececeh. Macam sendiri terror masaklah, bukan? Tapi memang macam itu. Asyik rasa serba tak kena.

Kadang-kala, taklah setiap hari saya memasak penuh passion. HAHA. Sesekali akan diserikan dengan masakan segera. Iaitu yang takyah tumis potong bawang potong halia potong jari pastu menggelupur main cili ke api. Tapi jenis yang instant saja. Err. Itu pon dikira memasak juga. Sebab kalau tak ada kerajinan, nak masak air pon delay 6 jam.

Dua hari ini ;

DSC05748

Pagi-pagi mesti makan roti canai. Huyooo terror gila kau sejak mengandung pandai menebar nampaknya. Tidaklah. Ini roti canai segera. Apa yang saya perlu lakukan, hanya memasukkannya ke dalam electric health grill. Biarkan selama beberapa minit. Takyah berlakon macam pekerja tebar roti canai menghadap roti canai sampai masak ke apa. Pergilah bermain-main seketika. Pastu datang balik. Tadaaaa. Siap dah. Makan dengan condensed milk. Yummmm.

Nak lagi sedap, masukkan ke dalam conventional oven. Tapi kerja ini ada sedikit leceh. Takyah ah leceh-leceh. Yang penting roti canai ada muka macam roti canai.

DSC05749

Ooooo ini sotong instant? Eh banyak lah kau. Ini I masak dengan keringat sendiri, tahu! HAHA. Apakah nei, apsal seperti terkena jaundice ke apa sotong tersebut? HAHA terlebih kunyit barangkali. Ini sotong masak halia berserta kunyit. Atau dalam kata lain, Sotong Jaundice. Yummmm. Don’t judge the sotong by its color. Yang penting, rasa. DSC05750

Prawn Tempura. DSC05759

Mackerel asam pedas.

Akhirnya. Dapatlah juga dibuat pelepas gian. Walaupon ini sebenarnya jenis instant punya. Hanya perlu tambah air. HAHA. Habis, nak buat asyik kurang motivasi saja.

DSC05763

Pancake.

Husband saya minta pancake saja hari ini untuk berbuka puasa. Dia cakap tak mahu makan nasik. Atau dalam istilah lain ; Dia mahu menjaga berat badan ideal. Baiklah T___T. Pancake ini kelihatan leper, memang. Sebab tak ada baking powder.

DSC05764

Rockmelon.

Fruit is a MUST.

DSC05758

Ini pula?

Baby’s Kicking

Posted by chika under My Baby You, My Fancy Pregnancy

Pagi hari ulangtahun. Semasa menikmati cheesecake ulangtahun, our baby excited di dalam kandungan. HAHA. Err. Boleh dikatakan, kami celebrate bertiga. Thanks baby sebab ‘tendang’ mommy. I feel loved.

Banyak kali saya cuba nak record kejadian yang adorable seperti ini. Setiap kali saya nampak baby tengah kicking, mesti lekas-lekas saya ambik camera. Sometimes I on my webcam. Tapi. Bila saja camera dah stand-by, baby pon stop kicking. Diam. Langsung diam. Wah wah. Ni ajak main ke, atau ajak bergurau neh? Banyak kali, tahu. Husband selalu ketawa saja. The same thing happened, bila saya excited nak tunjuk ‘tendangannya‘ yang supersaiya dekat husband saya. Elok saja the daddy started to focus, dia pon stop. And then my husband said ; Eiiiii tipu je you ni.

Fine, baby fine.
Bingo kat mommy.

HAHA. Semalam pagi, baby sangat sporting. Bila saya on saja camera, makin menjadi-jadi dia kick my tummy. Sampai bergelombang. Oh. This is the sweetest moment, honey.

For my record, I started to notice the kicks since I was 16 weeks ( like that) pregnant. Waktu tersebut, baby kecik untuk buat emaknya rasa tendangan yang real. Untuk tempoh sekecil itu, saya dapat notice gerakan dia macam gas. Sruuup sruuup. Kadang-kadang rasa geli sampai gelihati. Atau lebih tepat, mungkin berasa macam butterfly dalam perut.

Saya percaya. Kejadian ini memang satu nikmat besar bagi ibu yang sedang pregnant. Seronok, bukan? Macam satu aktiviti yang ditunggu-tunggu tak kira masa. Saya selalu luangkan waktu yang terlalu banyak menghadap perut yang maju ini. Pastu saya usap-usap dia. Takyah tunggu lama. Mesti akan ada respon. Eiiiiiii mommy geram!

Our First Anniversary

Posted by chika under LOVE STORY

.

7 February 2010 ;
Selamat ulangtahun perkahwinan, Sayang!


Malam hari ulangtahun, saya bersungguh-sungguh di dapur. Mencuba sedaya-upaya menghasilkan cheesecake. Cubaan pertama. Tanpa siapa ajar. Tanpa supervision siapa-siapa. Tanpa skill. Yang ada cuma … ehem … kasih sayang. Jadi, ingredient basic membuat cheesecake ulangtahun, adalah kasih sayang. Selebihnya dibantu oleh sikap daring yang tersemai di dapur. Sungguh ni. Memang tidak tahu-menahu langsung tentang kaedah membuat cheesecake.

Selesai solat Maghrib, terus masuk kitchen. Mengeluarkan kesemua apa yang ada. Baiklah jangan siapa-siapa ada hati pergi cuba salin ingredients di atas. Semuanya berciri ‘pandai-pandai’ saya saja. HAHA. Disebabkan tak ada lemon, saya bantai guna lemon juice cap Coles. Disebabkan tak ada vanila oil, saya pandai-pandai pakai yogurt vanila. HAHA. Disebabkan tak tahu apakah jenis cream kena pakai, cottage cream also can. LOL. Bukankah sangat daring?

Tak lama mana nak membuatnya. Lagi-lagi berbekalkan slogan ; ANYTHING OSO CAN. Agak-agak macam dan ada rasa, saya terus bake! HAHA. Jangan pikir banyak. Bake dalam oven. Biarkan sejuk. Masukkan dalam fridge. Dan selepas itu, kami pon ditinggalkan dengan debaran sepanjang malam. Tak sabar nak tengok apakah jadi dengan kek tersebut pada esok hari. Adakah berupa macam kek? Atau pon sudah menjadi macam sejenis spesis yang takda pernah diketahui? Sangat mencemaskan. Dan sebagai orang yang bertanggungjawap menciptanya, saya pasti akan terlalu kecewa kalau esoknya melihat kek yang takda macam kek.

Malam sebelum ulangtahun, kami tidur lewat. Suami sebuk melakukan kerja-kerja sulit. Yang kalau saya lintas saja, dia menggelabah tak tentu hala. Bila saya datang dekat nak duduk sebelah dia, dia suruh saya pergi main jauh-jauh. Saya pula selain sebuk mencipta kek paling daring dalam dunia, saya membuat wall deco. Malam tersebut macam busy. Dalam hati pon busy juga. Berasa touching yang sangat mendalam menjelang ulangtahun pertama. Macam tak percaya langsung. Aik? Sudah setahun? Apsal rasa macam baru 10 minit nikah? HAHA.

Aku terima nikahnya.
Okay SAH.
Bagi mas kawin.
Sarung cincin.
Kucup dahi.
Yeay, kahwin!

Sungguh cepat masa berlalu.

Pagi 7 February 2010. Saya bangkit lewat sikit. Tak sedar bila suami saya bangun. Tiba-tiba saja, dia masuk bilik dan berteriak excited ;

” Happy Anniversary Sayang! *muah* Kek you dah jadi! Yeay!”

We hugged.

Saya rasa CINTA. Dan excited pagi semalam.

Suami mengeluarkan satu bag kecik yang disoroknya atas wardrobe. Sebab dia tahu saya tak akan sama sekali sampai untuk menjenguk ke atas wardrobe T___T Sebab itulah dia sembunyikan di situ. Saya pula, terus berlari masuk ke guest bedroom. Saya juga ada sorokkan hadiah. Saya sembunyikan belakang mirror. HAHA.

Kami duduk atas bed. Bertukar hadiah. Dan saya rasa nak cry. Everytime kami pandang muka sesama sendiri, we hugged each other. Sebab rasa macam emotional gila. Macam ; Dah setahun? How come how come? Sangat emotional. Toooooo emotional. While, the little ‘us’ in my womb was kicking non-stop. Macam dia pon faham juga yang ibubapanya tengah emotionally in love. Sob sob sob.

Ya Allah Ya Tuhanku. The present yang suami bagi sangat sweet. SANGAT MANIS. Dan biarlah kami simpan sendiri apakah hadiah tersebut :) Saya tak boleh henti membelek hadiah tersebut. Setiap saat rasa macam seronok sangat bila tengok hadiah tersebut. Tak sangka saya dapat hadiah tersebut! Thanks, darling. Yang kotak merah itu, hadiah dari saya buat suami. Saya seronok bila dia pon seronok dnegan hadiah tersebut.

The cards.

Husband saya bukan jenis yang ‘macam ini’. Maksud saya, bukan jenis yang akan sanggup create card sendiri. Bila dia lakukan ini sepanjang malam, saya rasa macam TERHARU sangat sangat. Patutlah malam tersebut asyik tak kasi saya intai apa dia buat. Ingatkan dia nak hantar email ke apa. Rupanya, dia buat kad sendiri! Gosh. This is tooo sweet, boleh kena darah tinggi ye. HAHA. Tepat jam 12 tengah malam, beliau tuliskan sebuah entry anniversary dalam blog ini. Saya tak sangka langsung. Bila saya masuk blog sendiri, dan terbaca ada entry yang macam aneh gila ; Eh, aku tak buat entry ni. Saya betul-betul terkejut. Terus terkedu depan laptop.

Saya dalam bilik ketika itu. Suami di ruang tamu. Saya rasa macam nak nangis tiba-tiba. Saya call husband saya. HAHA. Saya ucapkan terima kasih dan terus menangis tersedu-sedu di hujung talian. See. Emotional gila.

‘You nak I naik?,’

‘Nak’

‘Okay I naik sekarang. Bye. Assalamualaikum’

Fuh. On the phone pada malam ulangtahun. Bukankah sangat romantis? HAHAHAHA.

Lepas bertukar hadiah dan menikmati hadiah disamping melayan emosi dan sebagainya, suami tarik saya turun ke kitchen. Beriya-iya dia ajak saya tengok kek.

Baiklah. Kek tersebut taklah AWESOME. Nama pon main bantai buat saja. Tapi nilai sentimental dia, priceless I guess. Sekali lagi rasa nak nangis kek yang sungguh aneh tersebut.

Rupa tak ada. Rasa ada.

Dan kami melakukan kerja yang sangat messy pagi tersebut.
Main tulis-tulis menggunakan blueberry jam.
LOL.

Kek ini mungkin tidak kelihatan great.
Mungkin tidak berasa great.
Tapi kami enjoy the cake seperti inilah kek paling hebat dalam hidup kami.

.

One year is never enough.
We need FOREVER.
I Love You, Husband.