Tak handsome macam gajah
Eiffel Tower is falling down. Gara-gara serangan angin hujung Summer. Rumah kami ni kan, memang kuat naik angin HAHA. Penghujung Summer ni, angin bertiup kencang-kencang. Seram. Sumpah seram lagi seram dari cerita Tower 13 blergh. Agaknya. Saya tak pernah tonton, saya teka saja.
Kalau menyaksikan drama Jepun misalnya, sometimes dia suka bagi efek bunyi angin menderu. Ala-ala bunyi whistle atau bunyi bersiul-siul. Sesuatu yang seperti ini ; Ssssssuuuuuuuuuuuu. Su? Apa-apalah, you got it kan? Ditambah pula dengan jiran sebelah pergi gantung rambu-ramba yang bertali-tali tu. Yang kalau disapa angin, berbunyila kting kting ting ting ting ka-ching! Seram gila. Taklah. Bunyi yang ka-ching tu memanglah tak seram. Mana mungkin berasa seram dengan bunyi berupa KA-CHING, bukan? Bunyi itu semua kita pon suka. HA$HA$HA$
Panjang gila explain. Hoccay. Macam itulah cerita dia. Bila angin bertiup saja, macam-macam bunyi seram pon keluar. Seriau rasa. Dahlah panorama rumah ini sangat country. Rumah kami atas bukit pulak tu. Sekali angin tegur, memang tumbangla segala apa yang ada. Penyidai baju terutamanya. Pastu kalau dibuka sliding door, benda-benda yang kurang kuat dan tidak tabah pon akan tumbang sama.
Contoh ;

Eiffel Tower yang tidak tabah.
Sekali disapa bayu, terus tumpas. Terus bergelimpangan atas lantai. Terus sakit hati aku dibuatnya. Dah lah nak pasang dia leceh. Akhirnya saya fikir, nak gam terus kepingan-kepingan menara ini. Biar tak bercerai-berai dah till death do them apart. Eceh. Geli.
Pada malam tersebut (dua malam lepas), selepas makan malam, saya pon cuba mengerjakan kepingan-kepingan ini. Bukak laci, jumpa SUPER GLUE.Atau dalam bahasa zoo nya, disebut gam gajah. Dalam iklan, dia cakap gam tersebut boleh mengangkat gajah. Sungguh over persepsi iklan tersebut. Mana mungkin aku percaya. Tengok harga ; TIGA POSEN. Heh. Murah. Tak akan benda murah macam harga gula-gula Kopiko ini bisa mengangkat gajah. Tak akan terpedaya.
Terus cucuk dia. Terus meleleh keluar cecair yang sungguh cair macam air. Tak sempat nak bubuh dia pada Menara tersebut, cecair cair macam air tersebut dah sambar ke jari-jemari saya terlebih dahulu. Wah, sejuk.
Tiba-tiba. Eh. Apsal neh apsal neh? Dua jari macam melekat kuat seolah-olah tak mahu dipisahkan lagi till death do us apart. Aaaah, nak marah la ni kan. Messy gila. Habis. Tapi nasib baik dapat dipisahkan kedua-dua jari tersebut setelah bertindak cepat-cepat.
‘Sayang! Kuatnya gam niiii!,’
Begitu jakunlah saya mengkhabarkan kekuatan gam tersebut.
‘Gam apa you pakai?,’
Husband saya tengah relax-relax menonton tv ketika itu.
‘Super Glue’
Begitu lancar saya mensebutkan nama tersebut.
‘Huh? You guna Super Glue? Baik-baik. Gam tu kalau kena tangan memang tak tanggal la jawapnya’
Erk.
‘Dah kena dah pon’
Saya pon tengok tangan. Ya Allah. Banyak gila kena. Dah kering pulak tu dalam sekelip mata. Habis habis.
‘Laaaaa. You kena kikis kulit you tu. Kalau tak kang nak ambik wudu’ camne?,’
Asalnya saya relax saja. Kena gam, kenalah. Tapi bila husabnd saya cakap macam itu, barulah nak menggelupur. Huh. Sumpah memang kuat gam tersebut. Macam orang gila saya malam tersebut mentenyeh tangan. Memang tak mahu hilang. Gaaaaaaah. Banyak pulak tu surface yang kena. Husband cuba ambil turpentine. Tak berkesan.
Akhirnya, saya cuba genyeh jari guna penyental periuk. Tak tak. Bukan yang dawai kasar tu. Tapi yang warna hijau. Yang agak kasar lah, tapi tak sekasar yang dawai tu. Satu kerjalah malam tersebut suami saya menyental jari isterinya. Ya Allah, pedih gila! Jari saya habis merah-merah sampai terluka. Sampai bengkau kau!
Tak berkesan. Gam tak hilang. Tapi jari saya dah habis dah luka dan pedih. Tak guna betul gam tersebut. Tak padan dengan tiga posen!
Disebabkan belum solat Isyaq malam tersebut, nak tak nak kena buang juga gam tersebut secepat mungkin. Saya dah macam orang tak tentu arah dah. Sebab jari dah pedih. Macam tak berbaloi langsung kejadian macam ini. Disebabkan benda kecil saja. Huh marahnya rasa!
Saya suruh husband saya google. Apa nak dibuat dengan gam tersebut.
Akhirnya, malam tersebut kami pon rushing keluar carik farmasi. Nak beli nail polish remover. Sebab kandungan aceton yang terdapat dalam polish remover tersebut boleh menewaskan seekor gajah. Gam gajah maksud saya.
Lagi beberapa minit saja sebelum jam 9. Jam 9 malam, semua kedai akan close macam tak sabar-sabar. Sungguh bosan bandar ini. Nasib baiklah sempat juga . Dah dapat nail polish remover, lega. Terus memandu pulang ke rumah.
Sampai rumah, tak tunggu apa dah. Terus pergi ke sink. Terus curah benda tersebut ke atas tangan.
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaarght!
Saya teriak tak semena-mena. Ikutkan hati, memang saya teriak dengan kelangsingan bunyi paling tajam sampai jiran semua pon datang serang kami bawak parang ke apa. HAHAHAH. Tahukah apa telah terjadi?
Kan sebelum tu kan kami dok tenyeh tangan guna penyental pinggan mangkuk kan? Pastu tangan saya dah luka-luka kan? Kena pulak dengan aceton! Sungguh sukar nak diterjemahkan kesakitannya dalam bentuk kata-kata. Sungguh perit. Patut menangis keluar hingus dan sebagainya.
Namun. Perbuatan tersebut adalah berbaloi. Kejap saja. Gajah pon ditewaskan. Barulah senang hati. Walaupon jari saya luka pedih beberapa hari lamanya. Hari ini jari telah pon menjadi sejenis luka. Tapi tak apa. Tempat jatuh lagi dikenang. HAHAHAHA.
Setelah selesai kejadian yang macam tak berbaloi langsung ini, suami pon menamatkan cerita dengan kata-kata ; Lain kali jangan main Super Glue ye, Yang. Bahaya. Benda ini bahaya.
Baiklah T_T
Sekarang dah percaya dah iklan super glue yang over tu. Ingat heh. Gam tiga posen pon terror juga.
Okay tamat cerita. Bersurai semua.




February 26th, 2010 at 3:19 pm
hahaha..super gun tu mmg mencabar jugak..dlu penah kene kt baju..jahanam baju i melekat..tension btol..lg baik gam yg gune gun tu atau name lain die glue gun(apekah?)..walaupon melecur di awalnya..tp takde la susah sgt nak tanggalkan mcm gam gajah tuu
chika Reply:
February 26th, 2010 at 3:22 pm
betul! Glue gun tu nampak je cam power atau berkuasa, tapi dia tak jahat. Walaupon panas, tapi snenag nak handle. Tak sangka gam kecik tiga posen tu boleh menyusahkan kitorang malam2. Huh. Jari I terlukaa :(
fidos Reply:
February 26th, 2010 at 11:42 pm
hehehe….mmg habuan u la utk mlm 2…
February 26th, 2010 at 3:33 pm
terluka krn gam sgt aneh la.. tp in ilesson kan semua benda boleh jadi senjata dan merbahaya !! Igt tu… jgn bermain dgn gam lg dah!!
February 26th, 2010 at 4:02 pm
salam chika..
akak xpenah kene gam 30saat ni.tp pengalaman anak sedara akak kene gam ni,sampai bwk g doctor nak tanggalkan.budak umur 4thn apelah tau,dahlah papa dia letak gam tu dlm peti ais nak elak kan kering kot.gam tu kan rupenya mcm eyemo.si kecik ni letak kat mata.nasib baik bkn tgh mata,sampai kene thn wad di buatnya.
jadik peringatan jugak pada sesiapa ada anak kecil,jgn sesekali letak slain ubat&makanan dlm petisejuk…
atikah Reply:
November 23rd, 2011 at 5:57 pm
a’slm…saya pn dh trkna dh hari tu…kna jari..nsib baik tnya kwn d fb…dia kt mudah jer..xprlu kluar kos pn..just g dapur n ambik pisau..try kikis tgk kt jari..saya pn cuba..finally brjaya gak..snang kn..cuba la..
February 26th, 2010 at 4:05 pm
hehe.. gam gajah sangat gajah.. eh taktak. sangat hebat. then tower tu dah kukuh ke blom?
February 26th, 2010 at 4:54 pm
haha. klaka betul. x sangka ah sekuat tu.
February 26th, 2010 at 5:20 pm
gam gajah mmg skt kuat sgt bahaya…kalau kene tgn pastu gigit tmpt kene tu leh berlubang tau..pasal dia jd keras…me kalu nk guna pakai srung tgn dulu..hahaha
February 26th, 2010 at 6:35 pm
erk. sy memang dah lama trauma dgn gam gajah, HAHA T___T kesian kak chika. get well soon ok :)
February 26th, 2010 at 7:02 pm
ala.. kesiannye…
akak pn selalu kena gam ‘gajah’…
tp slalu akak akan basahkan jari dan ‘tenyeh’ (faham x? hehe..) jari tu kat lesung batu.. tak kira la alu dia atau lesung tu.. tp kena biar jari tu sentiasa basah.. buat bawah air lalu kt sinki pon boleh… tak la luka…
lenkali boleh try.. ;)
February 26th, 2010 at 9:10 pm
kesian nya chika…patut la terasa mcm lama tak update blog….jari sakit plak..
February 26th, 2010 at 9:29 pm
“Lain kali jangan main Super Glue ye, Yang. Bahaya. Benda ini bahaya. ”
the best ending, at least for me. mcm seorang emak menasihati anaknya.
tapi, kalau perasan la kan, dgn budak kecik selalu dia jadi terbalik. “lain kali main lagi ye..” camtu la lebih kurang… ^^
baru tau cara2 nak matikan “gajah”. kira gagah jugak nail polish remover tu sampai “gajah” pun tumpas.
February 26th, 2010 at 10:40 pm
danggg…!!ape nieh..??knp smapai mcm tue plak…?adoi…semata2 nk gam Eiffel Tower tue, bley plak u gam tngan sndr….
pastue, xbley nk bersihkan plak tue….kn da luka2…
kecik2 pon jht jugak gam tue….
kene pki gam mahal cket kot, baru x lekat tngan tue….hahaha…
February 26th, 2010 at 10:56 pm
Alahai kesiannya kamu.Tapi saya pun baru terkena gam tadi.tapi lagi tak boleh blah ketika dia sedang panas.ala gam yang ada sambung wayar elektrik tu.serius sangat sakit.jadi pesanan utk kita,jangan sesekali berkawan dengan gam.Ahakkss
February 26th, 2010 at 11:10 pm
pernah jugak kena gam nih. gajah betol la…then br ni husband pon kena, sangat byk, kat jari kat lutut…siap melekat bulu lagik ;) ha, kalau terkena lagik la kan…ahhaha pasti xkkan terkena kan, sbb dah kena…gunakan minyak masak utk buang…tapi lecehlaa sbb kena gosok then dia hilang sikit2, tapi yg bagusnya xcederakan jari laaaa…. http://mzhany.blogspot.com/2010/01/gam-melekat-pada-kulit.html
February 26th, 2010 at 11:25 pm
amik ko, pandang rendah lagi gam tiga posen.. dia cakap bleh angkat gajah bleh rrr!! haha…
February 26th, 2010 at 11:38 pm
perghhh…ak phm ap yg die rse…..ak pn pnh kne kt tgn ak….meleka….sekse ak dbwtny……
February 26th, 2010 at 11:46 pm
he he……..i pun pernah mengalami peristiwa yang sama. 2 jari jadi kembar siam. Memang panik gila, patut pun dipanggil gam gajah. Kuat macam gajah! lepas tu bila nak guna gam gajah, i pakai glove yang biasa dipakai kalau nak prepare makanan tuh. Jari pun selamat!
February 27th, 2010 at 12:29 am
semoga jari kak chika sembuh cepat.
February 27th, 2010 at 3:58 am
dun judge the glue by its price..hikhik
February 27th, 2010 at 9:16 am
suami puan juga tetap hebat menjadi hero! :D bagus2!!! rasa terharu baca happy ending cite nieh. :’D clapp2xxxxx
February 27th, 2010 at 2:14 pm
aiyoo.
faham sangat2!
sakit!
kalo kene setitik pun dah boleh melekat 2 jari. so, jangan underestimate kekuatan super glue! dasar gajah memang tetap gajah!
February 27th, 2010 at 2:37 pm
mula2 baca i gelak, lepas tu macam kesian pulak dengar pedih2 tangan kena nail polish remover, mesti terpaksa rehat main masak2 for few days
ps: jangan main gam lagi yer, bahaya! (heheh quote balik apa yang husband you cakap)
February 27th, 2010 at 3:55 pm
kesian tgn kak chika :D nasib baik dpt remove.
February 27th, 2010 at 6:53 pm
haha..sis, sy pnah kne gam 2 mse kt skola dlu..
kwn kne kan sy.nsb baek la aritu adew klas kimia, smpai jew lab, menggelabah mntk tlong kat cegu..
February 27th, 2010 at 10:58 pm
chika, baca scene ni teringat kat citer korea. LOL. Scene romantik (sebab tu ingat.hahah). Pasal dia terlekat dua jarinya tapi solutionnya, dia rendam dalam air dalam beberapa minit then kikis sedikit demi sedikit guna berus yang orang selalu guna untuk mewarna lukisan tu. Yang kasar sikit . heheheh
March 1st, 2010 at 12:09 pm
wpon takmo bayangkan, tetap terbayang jua. argghhhhh ngeri T____________T
March 1st, 2010 at 4:33 pm
penah kene jgk,tp xsemelekat cam2 la,,
tp mmg pedih,ujung jari telunjuk bercantum dgn ujung ibu jari..xke org egt nk menari tarian india~~haha
ape2 pn,get well soon!!
March 1st, 2010 at 10:09 pm
lawakla u chika…tp,,nasib baik comel..haha..
i pernah kene gam tu..kikisla ngn kulit2 jwbnye..pastu,ofcos berhati2 da ngn gam tu..same gk ngn gam 3secord,lm 3second je,,mst lekat..huhu..hati2 ye lain kali cik chika yg comel..=)
March 2nd, 2010 at 4:13 am
wah……….hr semalam pon jari (bukan stakat jari..2 2 belah tangan penuh kena gam) saya kena gam gajah…tp tk th mcm ne nak ilangkan….sental habis-habisan…then rendam tangan dengan air panas…lewat tengah malam baru hilang gam ni..tu pon still ade lagi sisa2….sadis sungguh….gam tersebut mmg gajah la…
March 6th, 2010 at 9:00 am
okkeh sebuah entri yg ngeri~
March 10th, 2010 at 2:45 am
kak chika..saya da maen dgn glu gajah drjah 6 lagik.. huhu nape kak chika x tau y die mang boleh wat trcabut kulit??hehe
bkankah blaja arkitek dlu??
kalo wat prototype cmane??
hehehe
chika Reply:
March 10th, 2010 at 11:30 am
Kat studio, kitorang pakai UHU gam je. Sebab dia safe.