Pajeri Terung Tiba-Tiba Menjadi Petola
Selalu dengar dan tengok, orang mengandung mesti macam kuat makan. Macam hidup dia berpusing pada paksi makanan atau seumpama dengannya. Dan akan disudahi dengan ayat cliche ; Baby I yang nak makan. Pastu rasa tak bersalah. Belasah lagi. Belasah lagi. Tak, bukan belasah baby. Tapi belasah makan lagi.
Bukan saya cakap itu perbuatan salah. Tapi saya rasa, saya yang bermasalah.
Awal pregnancy dulu, memang menyampah sangat tengok makanan. Macam musuh sangat. Lagi-lagi bau nasi yang baru nak masak. Rasa macam marah sangat sampai benci sangatlah dengan makanan. Sebab buat saya rasa seksa.
Sejak sebulan dua ini, Alhamdulillah. Dah boleh makan dah. Tapi tapi tapi.
TAPI!
Heh orang cakap jangan sewenang-wenangnya pakai caps font besar nanti nampak macam marah padahal bukan.
Tapi. Saya tak boleh makan banyak. Setiap kali selepas meal, especially meal yang agak berat seperti nasi, saya akan end up termengah-mengah dan mengelupur tak boleh bernafas. Saya hanya boleh makan dalam kuantiti yang saaaaaaaaaaaaangat kecil. Kejadian ini menimbulkan persoalan berbaur pelik. Macam mana selalu tengok ibu hamil kuat makan? Kenapakah saya tidak?
Blergh.
Masalah betul hal ini.
Baru lunch. Sekarang tengah mengelupur mengah dan sesak nafas. Padahal makan bukan sikit punya sikit. Atau dalam kata lain, sikit gila. Biasanya ia akan mengambil masa untuk kembali bernafas secara normal. Itupon dengan bantuan postur yang betul. Kalau tak, nahas.
Sudahlah tu mengadu.
Tadi lunch berlauk pajeri terung, ikan masin dan telur dadar. Makanan orang bujang T__T Oh, bujang rupanya. Heh seakan-akan bujanglah juga sehingga malam ini. Suami on call sampai ke malam. Saya kalau duduk seorang, saya memang tak masak sakan. Buat semak dapur saja pastu akhirnya saya setakat cuit-cuit. Jadi, saya biasanya akan masak beberapa jam sebelum suami pulang.
Apa tadi kau cakap? Pajeri terung?
HAHAHAHA semalam saya mencuba buat. Macam ada potensi cuma perlukan latihan. HAHA. Saya suka sangat pajeri terung. Pajeri nenas tak suka. Sebab saya tak makan nenas. Memang tak suka makan nenas sedari kecil. Sebab nenas itu tempat tinggal Spongebob. Heh tak munasabah.
Senang saja buat pajeri terung. Yang penting, ada terung. Sebab kalau takda terung, macam manakah nak dikatakan sebagai pajeri terung. Bukankah begitu? Dan pajeri bolehlah didefinisikan sebagai another version of curry. Erk? Salahkah? Okay, kalau salah tolong betulkan.
Disebabkan tengah bercakap tentang pajeri terung secara tak semena-mena, sekarang saya akan menunjukkan lauk petola kepada anda. Aik?

Saya tak pandai potong petola. Masak apatah lagi. Semasa petola berada di dalam tangan, saya pon tenung dia lama-lama. Fikir punya fikir, macam mana neh nak potong? Kang aku potong kau bentuk pentagon kang. Puas saya kenang-kenangkan kembali kenangan memakan sup petola. Cuba imagine macam manakah rupa petola tersebut di dalam mangkuk. Langsung tak ingat. Sudahnya, saya belah dua. Pastu saya buang semua kulit hijau dia sampai botak. Sampai tetiba petola pon sudah takda seperti petola lagi. Sudah menyerupai satu objek lain yang aneh. Dan lembek tanpa kulit.
HAHAHHAHA.
Selepas puas dikerjakan petola tersebut sampai botak, saya pon pergi google. Eh. Salah rupanya. Apsal orang lain masak semua pon masih ada kulit hijau sikit-sikit. Nampak begitu cantik petola mereka. Apsal saya punya sudah botak, putih mulus dan lembek? HAHAHAHA. Tapi tak apa. Masak!
Nasib baik menjadi. Cuma rupa petola tersebut sangat aneh sampai saya sendiri pon malu nak tunjuk kepada anda pada angle yang tepat.Anda tak akan dapat membayangkan betapa hancurnya petola tersebut saya kerjakan.
Minggu depan akan cuba lagi sekali. Sebab memang tak puas hati dengan performance yang ditunjukkan semasa mempotong petola.
Habis cerita.




February 23rd, 2010 at 12:36 pm
chaiyok chika.. good luck..
pajeri terung mmg best.. lg pekat lg best..
perghh.. rindu plak nk makan pajeri..
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 12:52 pm
Ha ah. Lagi pekat lagi best. Tapi I tak pandai buat. I buat macam light je.
feez Reply:
February 23rd, 2010 at 1:52 pm
kasi santan lebih sket kot.. huhu..
tp my mum byk letak rempah ratus yg bijik2 tuh.. i pn xsure sgt.. xpenah try wat lg.. :D
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 6:39 pm
mak i kata kena letak kerisik baru power. Mana pulak I ada simpan kerisik dalam dapur. HAHA
ieLah~ Reply:
February 23rd, 2010 at 7:40 pm
true chika true! kerisik memang kasik power.. :)
ohhh, now i suda meleleh air liur mengenang my mom’s pajeri.. iskkk
saya Reply:
February 23rd, 2010 at 8:47 pm
bawak kerisik kt egypt..tp bila letak, jadi pahit sangat lauk tu..huaaaaaaaaaa…..
February 23rd, 2010 at 12:46 pm
hihihi
xpyh buang kulit;]
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 12:52 pm
Tu laaaaaa.
HAHAHA dah buang kulit terus tak best nak gigit.
:(
nadiah Reply:
February 23rd, 2010 at 6:08 pm
buang gigi petola tu chika…yg lain tak pyh toreh…biar dia jd bulat elok je…takde gigi2 tajam tuh…hihihihi
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 6:40 pm
ngeeeee.
lain kali saya janji tak toreh dia.
JANJI!
February 23rd, 2010 at 12:58 pm
salam…u wat i lapa…i pn tersangat suke pajeri terung…xmau pandai buat sbb nk mak yg buat tiap2 kali blik kampung…ish3..
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 6:40 pm
i kalau nak tunggu mak i buat, alamatnya …. takdela kot. MUAHAHA
February 23rd, 2010 at 1:02 pm
Ok la tu chika..1st try kan..Kalau i yg buat pun maybe akan jadi macam tu jugak..hihihi
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 6:41 pm
cubaan pertama kenangan abadi :P
February 23rd, 2010 at 1:08 pm
i love pajeri nenas so much. tak makan pajeri terung. ( tapi terung takde merupakan tempat tinggal siapa2.huk )
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 6:41 pm
haha.
saya takut makan nenas sbb masa kecik makan pastu gatal lidah.
February 23rd, 2010 at 1:31 pm
haha. tp masih berupa petola la (terima kasih kpd biji petola yg besar itu. kalau tidak, pasti ku sangka ianya timun rebus). hahaha.
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 6:42 pm
timun rebus?
T_______T ok dambaan pilu
February 23rd, 2010 at 1:48 pm
Gambar makanan tu nampak pelik >,>
Btw, hari tu ada someone search “anti nurulism” dan sampai ke my blog. I dunno why. but just wanna telling u that u might gt a hater. everyone does probably
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 1:50 pm
I get THOUSANDS and I don’t mind.
HAHAHAHAHA
February 23rd, 2010 at 1:57 pm
haha tak pe cuba lagi nanti lama2 terror la, petola tu masa buang kulit buat cam belang-belang sikit secara vertical , then potong dua memanjang pastu baru potong serong2 (potong secara diagonal bukan pentagon ye dik)
anyway kalau rupa takde takpe, janji rasa sedap untuk dimakan , yang kat atas tu cam lama sangat kot masak atas dapur :-) tu yang lembik sangat
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 6:44 pm
ngeeeeeeee. Oh camtu ye? HAHAHA terima kasih sebab ajar saya memotong dengan senonoh. Kesian petola saya kalau tengok aritu. Habis kena toreh.
Ha ah la. Tu la. Patutnya dia tak lembek sangat kan? Takpe takpe. Nanti saya try again saya bangga-bangga kat sini okek. Tapi kalau cuba lagi skelai pon sama jugak, saya dendiam jek :P
February 23rd, 2010 at 2:13 pm
hehe..
ok la tu chika..
1st timer mmg mcm tu..
buang kulit petola tu layang2 je dik..jgn tebal2 sgt..
nanti da lama2 sure chef master punye..
good luck.. :)
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 6:45 pm
Eiiii tak sabar nak cuba again. Okay dah tahu dah. Dah banyak ilmu dah cara2 nak potong petola. Tu la. Dulu tammo tanya orang. HAHAHA
terima kasih :)
February 23rd, 2010 at 2:47 pm
chika…
i pun fail masak petola..
sangat sadis dgn rupe paras petola tu.. tp u brnasib baik lg sbb punyai rase masakan petola yg sedap.. tp version i.. langsungggg x bleh mkn.. sgt sadis juga rasenye uhukkkk2
xper2.. i pun nk try byk2 kali lg… mggu dpn blk kg, skodeng emak masak cmne hhiihhihihi
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 6:46 pm
Okey kita cuba again. Kalau dah berjaya kita bangga bangga okek. Kalau tak jadi jugak. dah la tu. Kita takyah makan petola la. Makan kacang panjang jek. Sure potong betul. HAHAHAHAHA :P
February 23rd, 2010 at 3:21 pm
wah…dah banyak dah lauk chika masak…
kahwin ni memang ajaib…
dari tak tau terus jadi pandai kan….
selalu terpikir, saya pun mcm ni ke lepas kawin nanti…huhu….
sekarang masak simple2 saja. T__T
안녕~~
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 6:47 pm
Masak bestttttt.
HAHA.
Tah la sejak bila tah rajin masak ni. Memang hebat penangan kawen. hehe
February 23rd, 2010 at 3:54 pm
salam chika..
akak slalu silent reader je kat blog chika..
hari ni semangat nak menulis.
akak dulu baru2 kawen,1 ape pun xpandai masak.nasib baik masak air pandai..hehehe.
akak slalu2 google web myresepi.
wwww.myresepi.com/
macam2 ade dlam tu…
cube ye..
salam chika..
jaga kesihatan untuk baby yang sihat…insyaallah
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 6:48 pm
Salam.
Saya pon suka myresepi.com. Sebab ada gambar. Pastu bila masak tak jadi serupa macam dalam gambar, mulalah gelisah dan kesah. HAHA.
Thanks kakak :) Amin
February 23rd, 2010 at 4:02 pm
lepas ni kak chika boleh tulis buku resipi lah kak..
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 6:48 pm
ohhh jangan begitu. Buat malu je. HAHAHA
February 23rd, 2010 at 4:19 pm
suka jugak pajeri terung..sedapnyaaa :D nak masak lah jgk nti..ntah bila xtau ;p
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 6:49 pm
I memang suka gila terung. Terung masak apa pon suka. Gi la buat.
February 23rd, 2010 at 5:56 pm
Hoooreeyyy.. macam tulah semangat chef yg baik. tak putus asa. minggu depan cuba lagi ye.
kalau akak bukan minggu depan. bulan depan pun x tentu lg. hehe.
pajeri terung makan dgn nasi panas. tambah dgn ayam goreng. sedapnya..!! yumm.. yuumm..
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 6:50 pm
Ala chef Irma dah datang.Saya nak nyorok sekarang jugak!
HAHAHAHA :P
Saya makan dengan telur masin. Ya Allah. Sedapnya telur masin. Terus lupa pajeri. Hehe
February 23rd, 2010 at 6:00 pm
salam…chika mmg akan mengah bila mkn,lagi2 bila baby dah 7bulan ke atas…ada kakak kat opis ckp mkn sikit tapi dgn kerap…mgkn leh kurangkan mengah chika tu..cuba,insyaALLAH tak mengah sgt…
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 6:51 pm
Saya macam tu la jugak. Makan tak boleh byk nanti kang sengsara. Tapi kejap2 kang lapar. Pastu makan lagi sikit. Mengah balik. Tak tau la. Sampai kekadang rasa malaaaas sgt nak makan :(
nadiah Reply:
February 24th, 2010 at 7:40 am
takpe…mkn je…sian lak baby nanti lapo…
February 23rd, 2010 at 6:34 pm
kamu ni chika.. gmbar pajeri terung tak capture ke?? nanti masak petola,jgn belah 2.. kupas skit kulit dia tu..yg line2 dia yg keras tu je kasik buang..pastu potong bukat serong.. get it?? takpe..takpe cuba lagi..
dulu masa 5,6 bulan mmg tak bleh makan byk, makan lebih skit trus mengah dan sakit ulu hati..
tp skrg sudah kembali normal.. 2pinggan pun no hal…hehheheeh…
chika, thanks info pasal tuna tu ye..
chika Reply:
February 23rd, 2010 at 6:53 pm
Tak. Sebab semalam lepas masak, terus tumpas.
Memang tak sabar ni nak cuba lagi sekali. Tak puas hati langsung tengok petola togel tu. Sebab yang buat sedap ialah kulit2 keras dia la kan? Ni dah habis dibotakkan sampai tinggal isi putih yang lembek tu. HAHAHAH.
Ya Allah kalau saya makan 2 pinggan sekarang ni, terus tak bangun kot. HAHA.
you’re most welcome :)
February 23rd, 2010 at 11:30 pm
fetola ni bukan yg besar lg bersegi tu ker?
eh kenapa dalam memori ini terasa bagai perlu di simpan kulitnya kalau nak buat sayur manis or kari?
heheh tak per dik.. percubaan yang baik untuk masa dpan yg cemerlang :D
bagus dari mereka yg duk gi makan kat kdai.. tp dok komplen, ‘diorang ni masak truk kan..’
tp sndiri tak reti masak :D yey!!
February 23rd, 2010 at 11:51 pm
aih kak nurul chikah..aritu pun i masak petola *first time* potongan menjadi, masak pn menjadi. *sedap+perasan*
tp ble time makan je, dah x menjadi, sbb..dah lembek,*dush3!!* patutnya lepas masak gulai petola tu, rupanya takleh tinggalkan periuk gulai cmtu je atas dapo..walaupun dan tutup api. kalau tak, petola yang ada gigi pn dah hilang gigi. adeh.
bile tengok petola u pn, i sengeh2 dah dpn screen neh. kenangan terindah.keh3
February 24th, 2010 at 12:39 am
nenas sedap~! pajeri nenas pun sedap laa~
neneas itu sgt la aku suke smpai bole ratah2 camtu je~
tetibe aku terasa mcm nk masak pajeri nenas la plak esok nih~ haishh~ :p
February 24th, 2010 at 8:55 am
mungkin u kena pantang benda yang sejuk-sejuk..atau panas-panas,..sebab tu mengah bila makan..hehe..i teka je. Sebab tiap orang mesti ada benda yg dia alah. Tambah2 ibu mengandung..ye ke?
February 24th, 2010 at 12:28 pm
perut kecik anak besau kot sbb tu mengah (kata² bidan kampung yg tidak bertauliah) hehe
February 24th, 2010 at 6:24 pm
hahahahahah…sblm pregnant da comel…
mase pregnant lagi comel nurul ni..
February 24th, 2010 at 8:30 pm
fgs! hehe, aku bleh bayang daa camner bini aku hidup pasni ble aku jadik dr.. ngohohoho
February 25th, 2010 at 2:10 am
my dear, buat la kerisik sendiri
u goreng kelapa parut sampai warna light brown
then u tumbuk or blend
kisar udang kering sket letak dlm rempah time menumis, sedap!
February 25th, 2010 at 9:13 pm
apsal tak potong petola tu bentuk alphabet?hoho.pastu celup tepung and ciawwww..goreng….hooo..sedap tu!*tapi pahit sedikit..hoho*
March 2nd, 2010 at 6:16 pm
[...] Pada waktu malam, Kak Long dengan Kak Sham offer nak masak untuk dinner. HAHA. Merasalah kami masakan seorang professor ye. Kari ikan, sambal udang dan sup petola. Sebabnya, semua teruja tengok petola yang sangat besar dan panjang dekat kitchen saya. Sampai Mak Long pon teruja. Memang sumpah besar petola tersebut. Tak pernah tengok sebelum ini. Kak Sham tolong masak dan tunjukkan cara memotong petola yang paling senonoh ye. HAHA takyah nak botakkan dia semua sekali macam yang saya buat dulu. [...]
March 6th, 2010 at 9:03 am
dipotong bulat2 je kan petola tu? hehe… ntah ako pun xtahu… tp ye kot… pastu kulit buang yg keras2 tu je… tinggal sket2… hahah~ diam kau ib! ;)
March 11th, 2010 at 3:07 pm
kau memang kelakar chika.. kahkah.. neway jage baby dlm peyot tuh leklok..