Bagi Mudah Bersalin

Setahun dah duduk sini. Dan kali ini tempoh paling lama tak balik Malaysia. Pagi ini berasa sungguh suriram. Tak. Suram sebenarnya. Macam rindu sangat nak balik KL. Apakah yang terbaru di rumah? Selain cerita pasal kereta putih tu, sudah! Cantik sangat malas nak puji. HAHA.  Emak cakap, emak tengah seronok tengok pakaian bayi. Hooooray! Tapi emak tak pasti macam manakah nak adjust diri  bila bercucu kelak. Belum tahu apakah yang cucunya akan panggilnya kelak. HAHAHAH. Ibubapa cakap lagi, buat list benda yang nak pesan. Nanti mereka carikkan. Baiklah, kalau boleh nak pesan keropok lekor. Ey ey! Orang suruh buat list barangan bersalin lah, bukan barang nak makan T__T

Emak nak belikan set lepas bersalin untuk saya. Siapakah tahu, apakah dia set terpaling mujarab, mudah dan sedap? Taklah. Sedap tu takyah la sampai mencapai tahap sesedap ikan terubuk bakar ke apa. Tapi yang rasa dia tak menyeksakan. Yang paling bagus, yang boleh bagi kesan pemanasan secara begitu hebat sekali. Sebab saya bakal berpantang dalam musim sejuk. Tak tahulah apakah dia rupanya berpantang. Selalu tengok dalam tv, orang berpantang pakai kain batik, ikat rambut tinggi-tinggi, muka pucat, jalan pelik dan terdapat kesan calit-calit kuning dekat dahi. Tak mahu macam itu, boleh? Pasal apa emak saya takda berupa macam itu pon semasa berpantang? Sangat steady jalan sungguh laju siap bersiar-siar pastu balik rumah kena marah dengan emak mertuanya. HAHAHAHAHA. Orang kata, emak kita adalah idola kita. Jadi?

Tempoh hari ada orang tanya saya. Maaf kepada yang bertanya. Tapi saya dah pon beritahu setakat yang saya tahu sahaja. Jangan ambil hati ye.

Awak dah 7 bulan kan?

Ya ya.

Tak buat gelenggang perut?

Astaghfirullah. Masih adakah yang tak tahu bahawa perbuatan tersebut merupakan bidaah? Kerap sangat diingatkan oleh ilmuan bijak pandai suapaya jangan melakukan majlis tersebut. Pon masih ramai yang ambil enteng ye. Saya harap, perkongsian cetek ini memberi buah fikiran yang dalam kepada yang belum tahu. Banyak cara untuk menyambut kelahiran bayi yang lebih sehat dari segi akidah.

Saya ingat lagi. Sejak saya kecik tak faham erti mengandung dan kelahiran pon, bapa dah ingatkan ; Nanti ditakdirkan ada rezeki anak abah mengandung, jangan ikut benda-benda ni. Ditakdirkan pulak dapat keluarga mertua yang jenis beradat itu ini, kalau boleh minta jangan diadakan upacara gelenggang perut ke apa.

Fuh. Syukur emak mertua saya bukanlah yang begitu. Sebab, ibu saudara saya ada dapat emak mertua yang kuat beradat dan bertradisi. Kesian sangat tengok dia masa mengandungkan anak sulung. Tak boleh itu, tak boleh ini. Tak boleh lalu bawah ampaian baju. Kalau berjalan kena bawak ini, bawak itu sebagai tangkal. Ya Allah. Sangat sulit. Tapi saya tak pasti pulak kalau-kalau dia pon mengadakan gelenggang perut.

Betul. Ada banyak petua orang tua yang kedengarannya aneh tapi ada udang di sebalik batu. Tak tak. Bukan udang yang jahat. Tapi udang yang sedap. Macam sebenarnya, bunyi saja tak logik. Padahal disebalik petua tersebut ada tauladannya yang munasabah. Tapi tak kurang juga yang sangat aneh malah mengarut. Dipendekkan cerita yang sebenarnya memang pendek ini, ikutlah selagi tidak berciri bidaah, khurafat mahupun tahyul dan mencabar akidah.

Gelenggang perut itu apa, Puan?

HAHAHAHA. Sebenarnya saya pon tak begitu tahu. Yang saya tahu sikit-sikit, ia adalah perbuatan yang bertujuan membetulkan posisi bayi sebaik saja bayi berusia 7 bulan dalam kandungan. Kira macam menurunkan kepala bayi, barangkali. Dan ia dilakukan dengan beberapa syarat yang memerlukan barang tertentu seperti pengeras, minyak, kain warna-warni (tak sure warna apa. Mungkin warna macam bendera Itali ke, I do not know) dan sebagainya. Diadakan juga bacaan surah Yusuf (kalau tidak silap saya). Disudahi dengan kenduri dan sebagainya.

Okay. Tujuan utamanya boleh disimpulkan untuk ; Membetulkan posisi bayi.

Sedangkan. Terdapat amalan lain yang boleh dilakukan mengikut keyakinan terhadap Al-Quran. Berdoa saja pada Allah dengan keyakinan. Contoh; ada pembaca yang bagitahu saya, amalkan selawat Syifa.

Gabungan surah Al-Fatihah, Selawat Syifa’ dan ayat Lauanzalna boleh diamalkan bagi tujuan menurunkan sesuatu seperti untuk memudahkan kelahiran bayi. Ini juga adalah apa yang disarankan oleh pengasas perubatan islam.

Tengok. Cara ini dahlah mudah. Boleh dilakukan sepanjang tempoh kehamilan takyah tunggu bayi 7 bulan. Percuma. Dan tidak engage dengan perbuatan yang dikhuatiri khurafat dan sebagainya. Percayalah cara ini. Dan yakinlah dengan keberkesanan Al-Quran sebagai penawar penyakit.

Bacaan Selawat Syifa’

“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang (menjadi penyembuh) hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

.

ayat Lauanzalna
(surah al-Hasyr ayat 21-24)

Amalkan. Dengan yakin. Insyaallah dengan izin-NYA. Semoga semua rakan-rakan yang seiring sejalan (HAHA) sarat membawa kandungan di dalam perut yang comel sama-sama mudah melahirkan. Kita doa saja. Sekiranya ada komplikasi di masa hadapan, anggaplah itu jihad.

Sebenarnya nak bersalin ni bukan satu hal kecik. Bersabung nyawa nanti kita. Saya pon dah mula fikir macam-macam. Macam mana kalau ada komplikasi? Macam mana kalau ditakdirkan Allah tarik nyawa saya pada waktu tersebut? Suami saya cakap, tak apa. Itu salah satu peluang untuk syahid. Suami pesan, kalau syahid jangan lupa jemput dia sekali. Ya Allah.

Wallahualam.

Recent Entries

49 Responses to “Bagi Mudah Bersalin”

  1. lyana si permaisuri Says:

    Ayat yang last tu ; saya SPEECHLESS. uhukkkk

    chika Reply:

    Tak apalah. Redha suami bila isteri dijemput Ilahi bakal membawa isterinya ke syurga :)

  2. ika Says:

    skdr perkongsian,

    http://www.youtube.com/watch?v=J0Qu0d76cp8

    wallahua’lam, terpulang mahu percaya atau tidak. ikut keyakinan ;)

    chika Reply:

    Oh. Ha ah. Saya pon tahu pasal isu Selawat Syifa’ ni.
    Dia ada sikit ‘kekeliruan’ pada selawat ke atas Nabi SAW yang menterjemahkan Nabi SAW sebagai yang menyembuhkan penyakit. Dan kekeliruan dia, adakah nabi atau Allah yg menyembuhkan penyakit? Tapi mengikut keterangan Ustaz Harun Din, nahu bahasa Arab ni luas. Dia bukan memaksudkan Nabi SAW sebagai yg menyembuhkan penyakit, tapi terjemahan dia ialah ; Nabi SAW sebagai yang menjadi penawar kepada. hati-hati.

    http://www.darussyifa.org/PenjelasanSelawatSyifa.php

    Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.

    Dan ini jawapan dari Ustaz Harun Din pula. Elok kita dnegar dua-dua.
    http://www.youtube.com/watch?v=_9ZiBnzwFQE&feature=related

    Wallahualam. Kita pon tak boleh taksub dengan pendapat-pendapat. Cuma yang lebih dalam ilmunya itu lebih tahu dan ada sandarannya. Wallahualam.

    hanafijaafar Reply:

    hanafijaafar really likes this.

    malah ini membangkitkan rindu kepada bandar baru bangi.

  3. aini taringa Says:

    salam chika,thanks for sharing the info,:)..
    eh,awak mengidam kopok lekor ke?..kat st lucia ni ada sorang akak tu dia jual kopok lekor,kalau awak nak saya boleh orderkan,tapi kena pick up kat taringa lah,hehe..
    saya dah pesan set bersalin ambar kenanga dengan mak saya,kat sini ada testimonial senior stf saya yang pernah guna set tu,http://tinidewi.blogspot.com/2009/10/set-bersalin-ambar-kenanga.html
    hope this will helps..

    chika Reply:

    Siapa jual? Siapa jual? Kakak yang datang rumah awak aritu ke? Yang pakai tudung labuh tu ke? Sebab macam ada terbaca kat FB dia, dia tanya sapa nak order. Tapi tak berapa kenal dia. HEHEHE. Boleh ke order kat dia? Nanti awak cuba tanya kalau dia ada buat, awak order kan untuk saya boleh? Nak ambik kat rumah dia tu, insyaallah boleh je.

    Okay. Jap nak baca pasal set bersalin tu. Thanks :)

  4. Miss D Says:

    Salam. Ihik3. Nk gelak jap. Rs cm b4 ni pnh pgil chika akak kot. Haha. Sowi2. Baru nmpk sm umo. Tp boleh ar nk pgil akak pn kn. Ha3. Sbb chika tua sikit dr sy. Ngee. Ok2.

    Sy doakn Chika nt dipermudahkn Allah seg urusan dan juga proses kelahiran. Sangat terharu bila suami Chika ckp mcm tu kt Chika. Bila baca blog Chika kan, rasa cm Chika adalah sgt bahagia dgn kehidupan Chika dan dianugerahkan Allah kehidupan yang mudah. Alhamdulillah. Semoga Chika sentiasa sihat sejahtera dan terus berdoa serta bertawakal. =)

    chika Reply:

    Salam.
    HAHAH takde hal. Tua sehari pon kira tua juga T___T
    :P

    Terima kasih. Amin. Moga mudahlah bersalin nanti. Alhamdulillah. Bahagia. Adalah hari-hari yang kurang bertuah, takkan semua hari pon bertuah. Tapi yang sampai merosakkan kehidupan tu, mintak2 dijauhkan.

    Miss D Reply:

    Ngeeeeee~~~~~~

    Sm2. InsyaAllah. Jaga diri baik2. Kirim salam kat baby. Hehe.

  5. hidayahyassin Says:

    terima kasih kongsi semua2 ni ye? best sangat (utk org yg belum berkahwin lbh2 lagi)…

    baguslah kalau suami redha…bukan semua nak macam tu, sanggup kata macam tu. kalau ada alahan sama2 isteri ms bersalin pun ada antaranya dah rasa seksa…

    p/s: husband chika ada alami apa2 alahan tak? soalan umum je…hihihi…
    p/s: lenggeng perut kan? gelenggang tu macam bunyi gelanggang pulak (ingat slh baca)…dah macam org2 indian pun ada jugak kan? sebab dorg ada buat majlis bila ppuan tu mengandung dah beberapa bulan macam tu…

    chika Reply:

    Tak apalah kalau ditakdirkan mati masa melahirkan, dah dikira jihad. Memang betul pon. Satu peluang yang Allah bagi pada ibu-ibu. Kalau suami redha pulak, bertambah banyak balasannya. Memangla sedih nak menangis bertong-tong bila bercakap pasal matisemasa melahirkan. Tapi tak apalah. Berpisah kat dunia yang fana. Akhirat ada lagi. Uuuuiiiii touching pulak tetiba ni.

    Alahan? Entahla. Dia macam okay je. HAHAHAH. Tak perasan pulak kalau dia ‘mengidam’ ke apa. HAHA.

    Erk? Oooo lenggeng eh? Entahlah kak. Saya selalu sebut gelenggang. MUAHAHAHA. Oh orang India pon ada buat? Tak pernah tahu.

    hidayahyassin Reply:

    akak pun slh eja jugak…lenggang sebenarnya…hahaha…lenggeng tu kat n9…sori2 nak betulkan org, akak pun salah…

    akak dari bila entah selau pk benda2 ni semua. wah gitu advanced pulak…bila tertengok video bersalin…semua2 tu la.

    chika Reply:

    saya tengok video bersalin masa dulu2. Masa zaman remaja dulu. Pastu tak penah tgk dah.Sekarang pon belum ada hati nak tengok. Takut nanti kacau psikologi. HAHAHA

    hidayahyassin Reply:

    kalau macam tu lebih baik tak payah…lain pulak kita pk nanti…yang penting pk diri n baby skrg ni…buat apa yang dah buat sampailah nanti baby lahir…

    paling akak suka bila melahirkan, kita bersih dari dosa2 seolah2 macam baby yg baru lahir…kan?

  6. ciketon fazya Says:

    semoga dipermudahkan proses kelahirannya ya dik..

    Hanya Allah yang bisa membuatkan perkara mudah itu dmudah, apetah lagi yang susah menjadi mudah..

    chika Reply:

    Amin.
    Ye betul.
    Tapi tu lah. Bersalin ni tengok bahagian masing2 la. Ada yang senang je. Ada yang susah. Tapi saya memang harap dapat bersalin normal ni. Nak rasa sangat sangat macam mana ‘nikmatnya’ keluarkan zuriat through vaginal birth. HAHAHA.

    ciketon fazya Reply:

    hehe insyaallah..
    bersalin senang tu rezeki.. yang susah sket untuk diingati…

    hehe selalu ibu kak fazi kata, dlm 3 orang anak plg susah nak lahirkan k.fazi..huhu..kesakitan yg amat diingati..

    chika Reply:

    HAHa betul betul. Kalau senang tu memang rezeki. Kalau susah tu, kira memang memorable la. HAHA.

    Pastu pengalaman bersalin ni semua orang lain-lain kan? Bila saya baca atau dengar pengalaman orang, memang unik. Takde yang sama. Tak tahula bahagian saya nanti camana.

  7. fashya Says:

    very good info, thanks Chika..:)

    chika Reply:

    sama-sama.
    kongsi yang saya baca je.

  8. Alamfanacinta Says:

    InsyaAllah chika semuanya dipermudahkan..
    amin..:)

    chika Reply:

    Amin. Terima kasih :)

  9. feez Says:

    ok chika.. kongsian yg bgs dipagi hari..

    kelak, boleh refer disini.. insyaAllah..

    chika Reply:

    Sama-sama baca. Sama-sama kongsi eh. Saya tulis setakat yang saya tahu sikit sikit je. Lagi elok kalau sama-sama carik lagi banyak :)

  10. nurulayuni Says:

    salm ..
    agree with u chika..
    adat mcm tu tkbleh diamalkn

    tp sekarang ni sy rs ramai dh tk amlkn
    skrg ni gantikan majlis tu dgn solat hajat
    supaya dipermudhkn bslin, selamat ibu n bb
    just share..
    so utk cikpuan chika..semoga dprmudhkn
    urusan bslin nnt, lhirkn bb yg tcomel mcm mak dia
    k..hhehhe

    chika Reply:

    Itu adat. Adat ni kan orang cakap, ditatang jangan, ditentang pon jangan. Mana yang baik tu, ikut la. Yang tak baik tu, tinggalkan je. Tak jadi luka pon kalau tak buat.

    Yang salahnya bila ada unsur2 yang memusykilkan. Macam ada perantaraan yang tak diketahui. Yang ada terselit pergantungan kepada kuasa selain Allah.
    Wallahualam.

    Terima kasih.
    :)

  11. wardah Says:

    saya cuma buat kenduri doa selamat bila masuk 7 bulan ni..doa lebih mujarab dan kena yakin kan?..thanks chika for info on the do’a ni..saya ada dgr juga baca surah al-Hasyr untuk kandungan yang songsang tapi tak tahu ayat brape..mari doa sama2 moga dipermudahkan jihad kita ini..

    :)

    chika Reply:

    Kita doa je. Tempat pergantungan paling kuat adalah pada Allah kan.

  12. Noor Says:

    thanks info yg baik

    chika Reply:

    sengaja kongsi.
    Bahagian khilaf, sila betulkan.
    Dan lagi elok kalau rajin baca untuk tambah pengetahuan. Ye la. Kadang2 kita ni jenis yang tak faham. Ikut je apa orang buat :)

  13. Ijan Says:

    semoga semuanya berjalan lancar buat awak,baby dan suami…insyallah…amin

    chika Reply:

    Terima kasih banyak :)
    Mudah-mudahan la.

  14. adeqq Says:

    thanks for the info chika.
    Fuhh, ayat akhir tu buat I terpana. Alhamdulillah. Memang itu lah sebaiknya. Harus redha dengan ketentuan.

    InsyaAllah Chika. Tak ada apa-apa. =)

  15. dayu Says:

    thanks chika for sharing the good info
    trus print..
    dan amalkan segera…

  16. Kak Julia Says:

    Chika, kakju guna set berpantang sendayu tinggi. memang bagus sangat n sedap. serious cakap. terutamanya yang air pati haruan campur kurma campur apa ntah lagi dalam bottle tu.
    badan terasa lain sangat.

    kakju c-sec. orang kata if guna sendayu tinggi untuk yang natural birth.. memang bagus.

  17. cikgupink Says:

    salam chicha…mak sy suggest guna amway nye set berpantang.sy pun nanti lepas dah deliver nak try amway nyer set sendayu tinggi

  18. AM Says:

    Jarang dah dengar orang buat lenggang perut these days. Ada my friend dipaksa buat but I guess she did it just for the amusement of orang-orang tua dalam family dia, bukannya betul-betul nak ikut adat.

    Kesian kan orang yang kena ikut/jaga adat/pantang-larang orang dulu-dulu yang tak ada kena-mengena dengan Al-Quran & Sunnah?

    Contoh: My cousin, masa pregnant, tak beli satu apapun barang babies sebab pantang keluarga dia. Kan susah masa baby was born, kena pakai pakaian leftovers kat hospital. Kesian baby.

  19. amani Says:

    hope sis chika dipermudahkan di dalam jihad ini, always think positive. insyaAllah, may Allah bless on you

  20. leen Says:

    lenggeng ke lenggang kak? hoho..

  21. hani Says:

    chika, thanks for the info.
    sangat2 membantu.

    semoga Allah permudahkan semuanya untuk family chika.

  22. yonna Says:

    melenggang perut sygku :p err rasanya.i gugel je.

    haih.i pelik lah.these days still ada org buat adat ni lagi. even kawan2 i sendiri. pulun lah cari buah ape entah hari tu T__________T. tapi rasanya,kalau orang zaman sekarang buat, mmg disebabkan family lah. sebab mak i cakap org2 kampung sekarang memang ada yang buat lagi. berpegang sangat dengan adat padahal taknak tahu dari segi hukum pulak.

    anyway,thanks for the info,dear! :)

  23. Haslina Says:

    tahniah dik..da masuk 7 months yea…

    terlambat tahu…

  24. Risha Says:

    sha ada 11 adik… huu tp bila tanya ummi.. ummi cakap setiap kali pregnant… dia masih rasa takut.. and skarang.. ummi sha pregnant lagi…. sudah bulan ke5….

    tp setiap kali ummi nak bersalin… daddy sha akan baca surah yasin… sampailah ummi sha bersalin…

    and selalunya bila ummi pregnant pon.. dia juz banyak baca al-quran… tak ada buat lenggang perut ke ape….

    btw… insyaALLAH semuanya dipermudahkan untuk akak… huu May Allah Bless… and Peace in Allah Love…

  25. cik kiah Says:

    kawan2 i cakap nona roguy punya set bersalin is the best tapi quiet pricey skit, i pakai leesa formula dulu sebab semua ubat dia dalam bentuk kapsul senang nak telan takde rasa pelik heheh, set tu datang dengan tunku herba dengan bengkung lilit2 (kalau beli yang ni kena kecik kan bengkung dia since u pun kecik macam i kalau tak besar sangat),

    yang tampal kat dahi tu nama dia pilis…i pun tak pakai sebab tak tahan bau dia

  26. hairuza Says:

    dear chika, akak anak baru 3…(ecehh…) first n second baby guna sendayu tinggi. rasa ok..3rd bby makan NR (nona roguy) pun ok jugak.. cuma NR masa nak poo poo senang. tak sembelit. biasela lps bersalin takutnya nak buang air besar… takut mcm2… takut jahitan terbukak balik la, ape la.. tapi akak tak beli 1 set pun, beli pilih2 jer…

  27. jaja si ayza Says:

    melenggang perot???uuuuuu..aku rs dlu aku pon kene time dlm perot(kesian ibu…tah ape2 tah)..insyaALLAH,turn aku,jgn mengade2 lenggang ke,gelanggang ke..gelanggang permainan xpe kot..ahaha..

    takpe weh,jgn risau,bykkan berdoa..bykkan jugak bergerak..i like to move it..move it…

    p.s : time aku nnt,ape pulak eh??ahaha..amek darah sendiri pon dah jatuh dlm lab…huii

  28. aisya Says:

    lauanzalna… ayt hafazan form5. aisya da igt pom. ahaha

  29. Miss Ceria Says:

    dah lama tak masuk site Nurul ni. skali bila baca semua entri2 bab2 pregnancy terus teremo. siap nangis2 pulak tu. aiyoh :s thanks for sharing

Leave a Reply