Antenatal Class ; Full House.

Labour pain. Saya tak ada idea. Langsung.
Apa yang bakal terjadi di dalam labour room.
Pon tak ada idea.

Macam pelik kalau saya cakap saya ada baaaaanyak idea pulak.  Kan? HAHA. Ini anak sulung. Excitement lain macam. Gementar pon lain macam. Dan bermacam-macam lagi yang lain macam. Sampaikan baju apa kena pakai semasa dalam labour pon dah terfikir secara begitu lain macamnya. Tak tak. Bukan nak bergaya ke apa dalam labour room nanti. Tapi sumpah curious adakah perlu pakai kain? Atau baju kena ada button (okay imaginasi pelik indeed but — Okay lah memang pelik) Atau pakai pakaian dengan code warna tertentu atas faktor psikologi? HAHA begitu banyak masa untuk berfikir nampaknya.

Belum lagi pada topik UNEXPECTED OUTCOMES. Huh takut huh takut. Berhadapan dengan labour pain lagi-lagi buat kali pertama memang satu imaginasi yang tak boleh handle. Dengar cerita, tak lama lagi akan mula mendapat beberapa kali FALSE ALARM. Atau dalam istilah lainya ; Braxton Hicks. Err. Mungkin bukan false alarm. Tapi lebih kepada mock contraction.

Eh kejap.

Kalau Braxton Hicks merupakan sejenis rehearsal contraction, mungkin saya sedang mengalaminya beberapa kali ketika tempoh ini. Tengok. Aku sudah confuse. Like I can’t handle the knowledge in pregnancy. Saya tak suka. Saya nak tahu semua yang jadi dengan saya dan bayi. Dan nak faham kesemuanya tentang pregnancy.

Oleh itu,

Saya perlukan ANTENATAL CLASS.

DSC05772

Arrivals ada antenatal class dia yang tersendiri. DSC05774

Ada dinyatakan terperinci dalam pamphlet yang diserahkan saya berserta sebuah fail mengandungi macam-macam info pregnancy from A to Z. Arrivals sangat cool. Selain tempat dia yang cool (sebab warna hijau HAHAHA), selepas appoinment pertama terus berpeluang sesi suai kenal dengan midwife. Dia bagi nombor yang boleh dihubungi anytime. 24 hours. Boleh bercakap dengan midwife dan mengajukan soalan munasabah. Seperti kalau berlaku vaginal bleeding ke, bayi tidak bergerak dan sebagainya. Tapi kalau nak ajak sembang-sembang pasal nama bayi, takyahla. Buat susah-susah aje. HAHAHA. Kang dia recommend nama bayi secanggih Lady Gaga atau Ricky Martin ke apa. Huh, menjawaplah engkau! HAHAHA.

.

Selingan berkaitan : Nama baby insyaAllah sudah ada. Untuk lelaki mahupun perempuan. Nama yang biasa sahaja menjadi pilihan kami. Nothing trendy. Nothing vogue. And nothing glamorous. InsyaAllah yang bermakna baik sebagai doa. Cukuplah.

DSC05775

Tengok. Program dia interesting.

Lagi interesting, antenatal class yang dianjurkan mereka akan melibatkan tour di Mater Mothers Hospital. Artinya, boleh pergi tengok sendiri keadaan tempat melahirkan kelak. Dan boleh sedut aura-aura of delivery. Eceh.

Malangnya;

DSC05777

Weekend Workshops ; FULL.DSC05778

Weekly classes ; FULL.

HABISTU?

Saya dalam senarai menunggu chance. Just in case ada couple yang cancel, barulah pasangan ini akan dimuatkan. Sob sob sob. Itulah dia. Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang. Kan tu. Kelas untuk May masih ada. Tapi, bukankah saya dijangka memberikan kelahiran menjelang awal May? Buatnya ditakdirkan saya bersalin terlajak awal ke apa? Sia-sia.

Atau mungkin, menyertai kelas lain yang dianjurkan oleh organisasi lain. Tapi dah kurang feel lah. Sebab tak ada tour ke hospital yang tersebut. Itulah dia. Tertunggu-tunggu. Sekarang kan dah tercicir. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak ada, kita makan ikan masin dinner karang. Eh tetiba pulak dia.

DSC05776

Bawak-bawaklah makan ikut jadual ye.

Selingan munasabah lagi ; In your early pregnancy, hindarkan dari Vitamin A supplements. Ia memberikan risiko birth defects. Pastukan, disebabkan husband saya macam bagitahu berita ini semasa saya awal kehamilan dulu, saya asyik paranoid saja dengan carrot. Sampai sekarang pon dah takut dah tengok carrot. HAHA. Silap-silap sampai ke sudah aku tak makan carrot kang. Okay, yang itu cuma sikap paranoid tak ada tauladannya di situ :P

Sudah sudah. Habis pasal antenatal class, nak pakai baju butang ke tak paranoid carrot dan sebagainya.

.

Sekarang nak khabarkan salam takziah kepada keluarga seorang pembaca saya yang telah pergi dijemput Ilahi pada hujung Januari yang lalu. Saya baru tahu T____T

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Hidayah Aziz yang telah pulang ke rahmatullah kerana sakit kanser yang dialaminya.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatasnya.

Recent Entries

18 Responses to “Antenatal Class ; Full House.”

  1. gemok Says:

    eh??? 1st??? ajaaaaiiibbbb!!!

    hehehe..congrats dear..kita sebaya..tu je nak cakap..haha

  2. cik mun Says:

    Inalillah. Tak sangka, patutlah blog dia sepi jek.

  3. nawal Says:

    siapa hidayah aziz chika? Al Fatihah.

    Dah tu camne ni kelas dah full? aku plak risau. hahaha

  4. mas Says:

    vit A adalah patut dihindari,btl2…smpkn ms awal2 pregnant tu tidak makan karot lgsg…tetapi skrg,air carrot susu sedap…but still no to karot sayur…ehehehe…..

  5. mrs k Says:

    tiba masanya nanti, u will know how to push!! hahahah… tetiba plak kan macam penah rasa! hahaha… nyway, i czer masa lahirkan hadif coz baby dah lemas dalam perut… kesian baby…

  6. samanosuke_04 Says:

    ngohohoho.. takutnyee.. anyway push kuat2 ye cam push dalam game ‘dota’.. haha, goodluck! dah berapa bulan daa skang nie? 7 ker?

  7. feez Says:

    inalillah, takziah utk arwah..

    nurul, dlm labour room nnt bertenang saja.. pernafasan tu kot kena jg.. hehe.. :D

  8. imahmomo Says:

    innalillah & takziah pd keluarganya.
    smoga roh nya dicucuri rahmat.amin

    **aku sensitif sket psl org meninggal skrg ni..lg2 kanser + muda lagi..dah ade pengalaman kan..uhuhu..**

    Good luck ye untuk ari bersalin!!aku xdpt bg nsht sbb x pnh rse lg.hehe ;P

  9. cikgupink Says:

    rasa menyesal tak ke mana-mana atenatal class.tpai baby dah nak masuk 39 minggu dah.hanya banyak dapat info dari kawn2 and mak mak and baca buku ajeee.:)

  10. Rara Says:

    Kakak Chika :(((((

    betul ke Hidayah dah meninggal dunia? Ya Allah.. Rara tak tahu pun…. Dia rapat sangat dengan.. Orangnya baik sangat :((((( Sumpah Rara tak tahu dia sakit ke hapa. Dia selalu contact dengan Rara….

    Ya Allah….. pilunya rasa hati….

  11. ejalz Says:

    salam chika…
    not to worry to much about the antenatal class. when it comes to first delivery, apa saja yg dah dibelajar masa antenatal class tu sumer hilang… sbb apa, panikkkk…. hehehe.. dah nama pun first experience kan…
    but you should get some information from those who have gone through the delivery from the same hospital.. at least you can get some idea of what to expect in the hospital… experience-wise, you’ll deal with it when the time comes… don’t worry.. experience is the best teacher….
    good luck to you and good luck to me.. I’m now the the ward waiting for my ceaserian tomorrow morning…

  12. cik kiah Says:

    kalau tak dapat pergi kelas antenal tak apa, cuma masa push tu jangan angkat punggung to minimize the episiotomy

  13. Bila Penulis Blog Sudah Tiada | IamYonna Says:

    [...] entry ini aku dapat lepas membaca entry chika, about salah seorang reader beliau dan blogger juga telah meninggal dunia pada hujung Januari lalu [...]

  14. Masy Says:

    alfatihah~

  15. hairuza Says:

    adik chika, sakit bersalin mmg la sakit… ade org lama, ade org skejap jer… semua akan merasainya… ade org anak pertama senang, anak no2 then seterusnya susah. ade yg turun air ketuban sendiri, ade yg kena doc yg tolong pecahkan. ade yg ketuban darah, ade yg ketuban biasa… mcm pesen adik oii…tapi, ingat gini jer, sakit tu akan hilang sekelip mata bila bby dah keluar. siap blh gelak2 lagi tau…yg penting kena tau cara push yg betul. jgn push main2 bila doc kata push…kena sungguh2 tenaga. alaaa… mcm kita susah nak poo poo.. cuma sakit ni berganda2 lagi.. alah, small matter lah.. :)))))))

  16. queen ♥ Lyana » Blog Archive » Password dunia internet anda Says:

    [...] datang ke ingatan saya adalah, (selepas membaca entri INI) jika sesuatu berlaku pada kita, let say kalau kita jatuh sakit atau sesuatu yang lebih besar [...]

  17. ✿ nurulism.com ✿ » Blog Archive » Antenatal Visits; Week 30 Says:

    [...] itu dah terlepas Antenatal Class dengan Arrivals. Frust. Kemudiannya, ternampak cahaya di hujung terowong apabila  Mater Hospital hantar surat. Dia [...]

  18. leila daniel Says:

    hi, can u share with me contact number for this antenatal class? sept/nov takde ke?

Leave a Reply