The New Obstetrician

11 February 10, Khamis. First appoinment saya dengan Arrivals. Jumpa obstetrician baru. Semangat bukan main. Bukan semangat sebab obstetrician baru, tapi sebab saya macam menjangkakan, appoinment kali ini ada chance nak tengok baby. HAHA. Semua ibu pon macam itu bukan? Bila check-up mesti paling excited part scanning kan? Kan? Kan? Bukan? Ikan? Sandakan? Hoh begitu membuang masa penulisan sebegini.

Appoinment jam 10.30 pagi.

Brisbane City macam biasalah. Memang menyampahkan. Seperti bandar-bandar lain termasuk KL, jalan sesak (nafas) memang pastilah. Yang itu satu hal. Hal lainnya, parking dekat Brisbane sangat %#@@$^& *macam mencarutlah konon* Half to one hour $20 is a normal rate. Sungguh mensakitkan hati. Parking murah takyah haraplah confirm penuh. Dan sistem 1P 2P 4P yang diamalkan sometimes lebih mensakitkan hati. Dah excited melompat katak bila terjumpa parking kosong, tetiba ada sign 10Min. Gaaaaaaaaaaaaaa. 10 MINUTES? Turun kereta dan menghadap cermin kereta sebelah sebab nak betulkan tudung pon dah hampir 10 minutes. Ey ey ey Chika! Macam elmo saja engkau ini. Bukankah tadi begitu manis bercakap tentang bayi dan kehamilan?

Kami pon masuk ke dalam Obstetric Centre tersebut secara berpasangan. Berpimpin tangan dan terus ke receptionist. Hurm. Nice place. Warna hijau is everywhere. Isi form etc, dan tak lama itu kami pon bertentang mata dengan obstetrician yang akan mensambut kelahiran bayi kami kelak insyaAllah. Mungkin juga bukan obstetrician ini. Mungkin yang lain. Tapi yang agak pasti, kami akan berjumpa Dr. Vincent sepanjang saki-baki minggu kehamilan ini. Saya menghampiri 28 minggu. Kalau ikutkan Antenal Schedule yang ditetapkan oleh Arrivals, ada lebih kurang 7 hingga 8 kali lagi saya perlu membuat antenatal visits. Insyaallah kalau saya melahirkan bayi secara full term iaitu 40 minggu. Mudah-mudahan, full term. Amin. Sebab berdasarkan pendapat suami saya (yang bukan obstetrician, oh thanks Ya Allah. HAHA) kandungan full term adalah sebaik-baiknya supaya brain dia develop sepenuhnya sebelum lahir. Tapi itulah. Kita cakap pakai air liur saja. Sedang semuanya Allah dah tentukan :)DSC05767

HE IS THE OBSTETRICIAN, MEN!

Okay. Akhirnya, the obstetrician is a MALE doctor. Walaupon saya berusaha juga untuk dapatkan doctor wanita cantik muda bergaya dan comel okay taklah itu tak penting langsung. HAHA. Walaupon saya berusaha juga mendapatkan doctor wanita, tapi nampaknya tiada kekosongan. Biasalah tu. Mesti semua berebut nak obstetrician wanita. Senang nak mengadu perkara-perkara pelik dan aneh. Barangkali.

First impression ; Cool la dia ni. Ada style. Rambut spikey sikit. Okay boleh blah. Boleh harap untuk sambut my baby. HAHA. Naaaaah. Itu bisikan notty-notty saya saja. Sebenarnya, memang benar. Benar? Apa kau cakap ni? Tak. Sebenarnya, memang Dr Vincent kelihatan seperti seorang yang tenang. Macam inilah yang kita mahu. Yang bagi kita rasa confident untuk mengambil perkhidmatan perbidanannya (Bidan ye, bidan. HAHAHA) Saya tak tahu adakah ini berdasarkan faktor dia lelaki ke apa. Tapi cara dia buat scanning memang dahsyat. Tak ada terkedek-kedek. Cara dia bubuh gel dekat my tummy pon, sangat LELAKI PUNYA KERJA. Biasanya, doctor perempuan mesti nak bubuh molek-molek. Pastu sapu molek-molek. Yang ini, ha ambik kau! Dia keluarkan secukup rasa ke atas tummy saya, dan terus menggerakkan ultrasound probe tu atas perut saya secara ; TENGOK INI, AKU SANGAT TERROR SCAN BABY, BUKAN?

HAHAHAHA,

Kejap saja dia dah catch semua data yang dia nak. Err. Complicated kalau nak kena cerita detail dekat anda. Sebab percayalah, kalau anda berada di dalam kasut saya (kata bidalan), anda akan faham apakah yang saya maksudkan sebagai TERROR.

Husband saya pon impressed.

‘Ni memang terror buat ultrasound ni,’ the husband said. This doctor boleh buat ultrasound yang detail dalam klinik dia sendiri. Yeay!

Dan ini adalah ultrasound saya yang ke-3 lah kiranya. Pictures? Lupa nak mintak doctor print sebab waktu tersebut dah hilang pertimbangan dah tengok my little autumn dan besar. Dulu tengok dia kecil saja. Besar dah anak mak. HAHAHA Berbaur keibuan di situ :P

Seperti biasa. Kalau kami jumpa doctor, mesti doctor tersebut lagi seronok nak mengajukan persoalan kepada suami saya. Padahal yang mengandung itu aku. HAHA. Mulalah berbual tentang perkara kedoktoran dan karier. Pastu sesekali barulah teringat yang perut sedang membesar itu sebenarnya wanita ini. Barulah sebuk nak tanya ; Any complication so far? Pastu kang berbalik kepada suami saya. Baiklah baiklah. Dan mesti akan explain sikit-sikit dekat saya pastu disudahi dengan ; Your husband should understand these very well. Ask him bla bla. Lagi-lagi untuk perkara yang memerlukan kaedah tertentu. Sama macam my previous Dr Jenny. Bila dia bagi saya container untuk collect urine ke apa, mesti d a tak explain betul-betul kat saya. Dia pakai istilah pelik dan aneh dekat my husband. Pastu senang hati saja ; You can explain to your wife. Sudahnya, saya jadi makin membuak-buak nak tahu semua medical term. Nasib baik laki aku selalu ajar.  Dan nasib baik kepala otak saya ni memang scientifically programmed. I can understand art and science as well. Atau dalam kata lain, nasib baik ilmu Biology aku boleh diharap. Sekarang dah pandai dah. Doctor please heh, talk to me. I boleh diagnose banyak medical term now.

.

THE LITTLE AUTUMN.

Little Autumn kami lagi beberapa hari ni, sudah 7 bulan. Alhamdulillah. Sudah masuk trimester ketiga. Final trimester. Syukur pada Allah sebab bagi peluang saya merasai keistimewaan menjadi wanita seperti ini. Pregnancy is something BIG in women’s life. And pregnancy is something emotional. Semua yang anda alami sepanjang pregnancy adalah sesuatu yang emotional. Boleh jadi emotional tengok baby’s quickening. Boleh jadi emotional tengok perut becomes bigger and bigger. Boleh jadi emotional masa shopping baby’s stuff. Boleh jadi emotional juga semasa memikirkan baby akan lahir tak lama lagi. Pastu  nanti tak ada dah khalifah dalam perut sendiri. Dan leper dah perut. Yang itu pon, emotional juga bila baby dah lahir. HAHA. Dan akan diakhiri dengan air mata terharu untuk kesemua jenis emosi ini. Tak ada satu pon yang akan menghampakan. Semua perubahan adalah indah. Walaupon tiba-tiba badan dah tak curvy, dah tak boleh bergaya high heels, dah tak boleh bergaya Levi’s dan selalu saja selekeh kena pakai blouse macam aunty-aunty. Tapi tak apa. Dalam hati tetap gembira meskipon orang nampak macam selekeh saja perempuan ini. HAHA.

Lepas bersalin dan kesihatan stabil kelak, saya akan kembali ke pangkuan sepatu tinggi 4 inci. And wait for me, Levi’s jeans. Saya belum mengalah lagi ye. Don’t get me wrong. Blouse makcik ni semua I gantung sampailah another pregnancy menghulurkan salam kelak. HAHAHA.

Berat Little Autumn (27w 2d) =1 kg
Gender = Dikenalpasti sama macam yang telah dikenalpasti dulu HAHA.
Estimated due date = 10 May 2010
Mommy’s weight (at 27w) = 51 kg
Heartbeat = Alhamdulillah good.
Movement = Subhanallah. Hyper. Good baby.
Position = Kepala dah mula turun.

Disebabkan kepala dia dah mula turun, kaki dia dah terpesong ke arah kanan bawah tulang rusuk saya. Ya Allah. Everytime baby buat tendangan kasih sayang, rusuk saya jadi senak. Tapi tak apa. Senak pon mommy rasa seronok juga. Tapi sungguh senak dan menterkejutkan saya everytime. Kalau dulu dia kick dekat bladder. Perbuatan tersebut akan menyebabkan saya ulang alik ke toilet tanpa henti. Everytime dia kick, saya akan automatically nak pee. Langsung tak boleh ditahan-tahan. Sekarang dia dah dapat target baru dah. Ke arah rusuk saya pulak. Tak apalah. Bukan orang lain. Anak sendiri jugak. HAHAHA.

.

THE MOMMY.

Tidur saya makin tak tentu arah. Macam yang saya cakap, dia dah mula tendang ke arah kanan. Bila saya mengiring ke kanan pada waktu malam, saya rasa seolah-olah dia sedang menendang-nendang begitu seronok sekali pada bahagian pinggang. Memang tak selesa lah saya nak mengiring kalau macam itu. Akhirnya saya kena mengiring sebelah kiri. Tapi lama-lama nanti perut rasa cramp. Terpaksa bangun dan pusing badan. Sampailah ke pagi. Budak kecik musim luruh ini punya penangan.

Doctor : Any questions you would like to ask?
Mommy : I actually worried about my baby bump. They said, mine is too tiny.
Doctor : HAHA.You’re small too. I don’t expect you to have a big baby.
Daddy : HAHA *smiling*

Terus doctor suruh saya baring. Dia ambik tape dan ukur my baby bump. HAHA.

Doctor kata, size ini bersesuain dengan saiz saya sendiri HAHAHA lawak gila saya nak resah gelisah sebab baby kecik. Anda tak tahu perasaan saya tatkala menyaksikan perut wanita kulit putih yang sedang hamil. Subhanallah. SUPER DUPER BIG! Saya tak boleh imagine kalau saya kena bawa perut sebesar mereka.

Doctor kata, saya membawa saiz asian yang normal. Saya jangan compare dengan saiz perempuan Australia ini. Mereka punya standard adalah melahirkan bayi seberat melebihi 4 kilo. Whoaaaaa. Bak kata pujangga, ukur perut badan sendirilah. HAHA.

Tapi. Saya macam belum puas hati lagi. Mestipun doctor dan suami saya cakap ini normal. Bukan saja normal bagi bayi asia, malah juga normal bagi wanita yang tidak besar seperti saya ini T_____T

Saya call emak. Saya tanya, masa saya lahir dulu berat saya berapa? Emak cakap, tak berapa ingat exactly. Tapi sangat kecik macam thumbelina. Paling berat yang emak boleh bayangkan ialah 2 kilo. APA? DUA KILO? Ya Allah. Baiklah baiklah. Aku diam sekarang.

HAHAHA.

Emak cakap, masa emak masuk labour room dulu, nurse pon aneh. Betul ke emak sudah sedia untuk bersalin. Sebab perut emak macam menunjukkan usia kandungan 4 bulan sahaja. Padahal memang dah cukup bulan. Oh betapa kecilnya anak sulung emak tersebut. Tetapi, selepas habis pantang, tetiba anak sulung tersebut membesar secara  bulat.

Pesan emak, takyah risau.
Ini faktor genetik.
Baiklah.
Dah kalau perkataan GENETIK diperkatakan dalam keadaan ini,
Saya patut diam.
Jangan cemas.
Jangan cemas.
HAHAHA.

.

THE DADDY.

Daddy is doing fine. HAHA. Daddy sangat kekok, I can see. Sebab husband saya itu bukan jenis yang bermain dengan kanak-kanak. Maka, dia pon macam terpinga-pinga juga sesekali bila teringat yang tidak lama lagi akan mempunyai anak. Beliau menjalankan tanggungjawap dengan baik. Mengamalkan amalan yang baik. Selalu memikirkan jalan mendidik baby ini sampai ada kalanya dia berfikir hingga stress. HAHA. Contoh perkara yang difikirkannya ; Macam mana nak bagi anak dia fasih berbahasa Arab. Ya Allah. Semalam selepas tamat sesi mengaji secara berpasangan, dia menyuarakan idea yang macam aneh.

Husband cakap, dia rasa bila baby lahir nanti, kena bacakan Al-Quran setiap hari dekat baby. Pastu husband saya baca translation English. Saya baca yang Bahasa Melayu. Kira macam kelas tiga bahasalah. HAHA. Idea yang begitu comel. Tak ketinggalan, anaknya kena pandai bahasa Jepun just because he loves Naruto T___________T Oh oh. Lagi satu perkara. Dia kata, anaknya kena ada pakaian seragam Kakashi yang lengkap. Dan dia percaya, Naruto masih relevan pada zaman anaknya kelak. Hooooooo baiklah, Sayang T______T

DSC05768

And then dia dah start paranoid dah! Ha, dulu asyik kata saya yang macam paranoid. Sekarang dia pon dah paranoid. Dah beli safety gate untuk tangga dan untuk kitchen. Padahal baby lambat lagi nak bergerak tawaf rumah pon. HAHA. Dan semua toys yang dia beli, semuanya dia fikir seratus kali punya fikir. Macam mana toys tersebut bertindak untuk stimulate IQ baby. Keselamatan toys tersebut etc. Dan untuk pengetahuan semua, perkara-perkara berciri toys, semua suami saya yang pilih ye. Semua keputusan beliau. Dan saya tak percaya, suami saya terlalu obsess dengan infants punya toys. Macam tak boleh stop okay. Siap boleh check music sedap ke tak. Dan antara yang tak boleh dilupakan, bila dia bersungguh-sungguh sampai saya naik letih ikut dia carik keyboard untuk baby. Nak yang itu jugak. Yang itu jugak. Sebabnya dia kata jenis itu saja yang selamat for infants. Padahal saya releks saja tentang itu. Charming he is.

Daddy mengambil bahagian dengan begitu cemerlang. Bila nak beli baju baby pon, dia tak sewenang-wenangnya goes with anything that I want. Mesti dia nak argue sama. Macam bila pilih warna, the daddy pon akan cerewet juga. Macam tak kasi beli warna kuning sebab dia tak suka and not nice enough for baby etc. HAHA saya tak anggap ini satu kesulitan. Saya sangat menghargainya. Buat saya rasa terharu dan menangis di dalam hati. DSC05769

The Daddy juga sangat lovely. Dia yang bersungguh-sungguh mencarikkan breast pump terbaik. Dia google and read a lot about breast pump and cloth diapers. The daddy yang decide which one to buy. And he bought that for us. Tiba-tiba saja dia kata dah beli dah. Siap dengan bag etc. Dan sekarang, saya selalu nampak husband saya google about diaper bag. Ya Allah. Terima kasih sebab ciptakan lelaki ini untuk saya dan baby.

Malam-malam akan sapukan bio oil. Akan pasangkan Al-Quran untuk baby. Akan cakap ; I love you dekat saya.

DSC05770He is the MAN of ourlives.

Hari ini suami saya on call sampai ke malam. Lama dah tak ‘nampak‘. Dua jam lagi. Nanti kita makan malam sama-sama ye.

Untuk semua ini, Alhamdulillah.
Terima kasih, Ya Allah.

Recent Entries

22 Responses to “The New Obstetrician”

  1. ileena Says:

    nurul, you have such a blessed and wonderful life!can’t wait to see little autumn, really!
    take good care of urself..and enjoy!
    *hugs*

    chika Reply:

    Ileena, you baru tau i pregnant kan? HAHA thanks very much. Macam you cakap. Being a mom at 24. Tak sabarnyaaa. HAHA Tak sabar nak tengok zuriat sendiri. And tak percaya jugak. HAHA.

    *hugs*

  2. yonna Says:

    chika.percayalah.i memang baca setiap baris dalam entry ni (entry lain pun). tp bila part nak komen, i jadi speechless.

    sebabnya,i cuma nak cakap betapa sweetnya your life ni. betapa perfect sangat! :)

    i suka tau daddy to be ni banyak google and baca pasal hal2 pregnancy perempuan ni hahaha. nasib jugak dia google pasal hal pregnancy u. kalau dia baca pasal cara2 nak buat cheesecake kang T________T hahaha.

    faktor genetik ok makcik.jgn risai. jgn sesekali risau hahaha :p tp mmg kecil lah perut. eieiiee geram je tgk :p

    baby autumn,see.esok besar baca balik your mom’s punya previous entry. betapa diorang excited nak sambut kelahiran awak :)

    chika Reply:

    Thanks.
    Nak kata perfect se-perfect-perfectnya, mungkin belum lagi. Tapi alhamdulillah, so far semuanya mencukupi. Tak berlebihan, tak berkurangan.

    Tu la tu. Husband I rajin sangat baca itu ini about pregnancy. Dari dia tak tau cloth diapers, skang dia boleh faham lagi banyak dari I. Dia lagi faham about breast pump etc. Dia lagi faham pasal growing a baby insyaallah. I boleh harapkan dia :)

    Ye la. Nak sambut anak kan. Sapa tak excited. Walaupon dah ada anak 9, anak ke 10 pon mesti tetap excited. LOL. Tak pernah rasa nak dapat ‘hadiah’ lagi best dari ni

  3. Kak Julia Says:

    chika chika..
    kakju missed lah entry yang ada mentioned pasal ur baby’s gender.
    boy or girl ? please please nak tahu.
    lepas tu nak imagine muka chika campur dr. naruto camana =D

    chika Reply:

    Kak Ju Kak Ju.
    Kak Ju tak missed pon :P
    Chika takde sebut.
    HAHAHA

    Chika takleh imagine la muka campur kami jadik apa. Kak Ju tolong imagine kan.

    Kak Julia Reply:

    tapi dari cara beli toys dalam entry yang dulu dulu tu, macam dapat teka. ok takpa. teka dalam hati saja lah =P

    chika + dr.Naruto = perfect, putih berseri

  4. mira zin Says:

    wow,baby autumn bakal ada fullsuit Kakashi!!marvellous!ahahahaha..
    :)

  5. hani Says:

    chika…seronok sangat tgk u bahagia..=)
    semoga sentiasa sehat yer…tak sabar mau tgk the little autumn u..=)

    owh, hari2 tgk student i, sure teringat kat u..semoga semuanya dipermudahkan yer..*hugs* =)

  6. timazara Says:

    salam.akak,dlm pantang update blog x? haha.mesti bz nnt kan..sy dh terbayang akak dlm pantang skarang ni.xsaba tgk baby. :)

    may ALLAH grant u barakah in ur life :)

  7. aisya Says:

    kak chika! baby boy kowt XD

  8. nawal Says:

    You area a very lucky girl, and very blessed woman! eh apa ni girl dan woman. haha. tak kira. u dah dengar 100 kali pon, ai nak cakap jugak u lucky. LOL

    Chika, dah ada nama baby?we’d love to hear you and hubby’s list. LOL

  9. saya Says:

    salam akak…
    dah masuk trimester terakhir???
    alhamdulillah…

    moga2 segala urusan dipermudahkan…

    *terpegun bila baca citer husband akak yg begitu teliti pilih barang untuk baby…mmg akak ngn husband akak parents terbaik r…insyaAllah :)

  10. eiza Says:

    chika!!!
    almost 2mnths eiza tak online, no email, no facebook, no blog and no twitter.
    sekali tgk u dah pregnant!
    congratulations! maybe i’m the last person yg tau kot. huhuk..
    hope u sehat and jaga kesihatan tau..
    love ya & miss u and yonna sekali.

  11. wanie Says:

    alhamdulillah…u have such a wonderful life chika….stay cool okeh…

  12. farah Says:

    sugoi desunee~~
    ganbatte!!=)

  13. aini taringa Says:

    eh,suka baca awak punya entry this time..sungguh meriangkan hati,:)..

  14. 'ayyash Says:

    Assalamu’alaikumwbt, K. Nurul.

    First of all, congratulations :). Semoga dipermudahkan semuanya.

    Saya hanya nak share. Kalau K. Nurul belum tahu. Makanan untuk kuatkan ingatan (for ur autumn baby).

    Kalau tengok selalu, orang Arab ingata diorang sangat kuat. Ni yang diorang amalkan kat anak2 diorang untuk breakfast sejak kecil lagi :

    Roti + madu + oregano (za’atar) + olive oil.

    So, just nak share..jika membantu.

    Take care, K.Nurul.
    Saya doakan yang terbaik untuk K.Nurul sekeluarga.

    Wslm.

  15. hariygindah Says:

    kak chika , yur little autumn due nye 10th may yea ? haha , kalau betul akak bersalin on that date , same birthday la dengan kite ,
    haha :)

  16. ciare Says:

    nak teka gender litle autumn dlm hati jgk :D eh eh, camana bleh telepas entri ni. ateee kat ganu xdok like internet. tsk T___T hehe

    woww sonok la bc entri ni. mcm2 info ade sesuai utk rujukan masa hdpn :)

    take care mommy, jgn risau2 :)

  17. lienda Says:

    salam chika,
    ur parents x dtg ke nnt u dlm pantang?msti diorg excited nk smbut cucu sulung.
    hope bby nnti sihat n comel.take a gud care.bye

  18. saya Says:

    besnyer ..
    seronok baca entri2 kehamilan awak..
    take care chika :)..

Leave a Reply