My Kitchen Rules
Kebelakangan ini, saya pulih. Eh tetiba pulak dia. Err. Pulih dari mabuk-mabuk kehamilan. Muntah pon sekali-sekala sahaja bila bertuah. HAHA. Dah boleh makan dah nyum nyum. Alhamdulillah. Lega. Masalah paling besar sudah diatasi nampaknya. Bagi saya, mabuk yang dialami sangat dahsyat. Itulah dia kesulitan paling sulit boleh saya katakan. Kesulitan lain, alhamdulillah. Buat masa ini, tak ada. Kaki bengkak, badan mendadak naik, stretch mark, kulit muka bermasalah dan sebagainya memang tak ada. Buat masa inilah. Tapi yang mabuk-mabuk itu memang …. Memanglah memang! HAHA.
Oleh kerana macam telah pulih, saya dah rajin dah masuk kitchen. Bukan saja untuk mengulang makan, malah juga untuk mengasapkan dapur. Tak tak bukan bakar kemenyan ke apa. HAHA TAK KELAKAR KAN? Baiklah. Sekarang dah rajin memasak dah. Sebabnya, perut dah tak lalu nak telan masakan luar. Setiap kali pergi makan luar, mesti tak habis. Mesti pastu nak muntah. Mesti rasa macam; Eiii kau ni masak teruklah. Cececeh. Macam sendiri terror masaklah, bukan? Tapi memang macam itu. Asyik rasa serba tak kena.
Kadang-kala, taklah setiap hari saya memasak penuh passion. HAHA. Sesekali akan diserikan dengan masakan segera. Iaitu yang takyah tumis potong bawang potong halia potong jari pastu menggelupur main cili ke api. Tapi jenis yang instant saja. Err. Itu pon dikira memasak juga. Sebab kalau tak ada kerajinan, nak masak air pon delay 6 jam.
Dua hari ini ;

Pagi-pagi mesti makan roti canai. Huyooo terror gila kau sejak mengandung pandai menebar nampaknya. Tidaklah. Ini roti canai segera. Apa yang saya perlu lakukan, hanya memasukkannya ke dalam electric health grill. Biarkan selama beberapa minit. Takyah berlakon macam pekerja tebar roti canai menghadap roti canai sampai masak ke apa. Pergilah bermain-main seketika. Pastu datang balik. Tadaaaa. Siap dah. Makan dengan condensed milk. Yummmm.
Nak lagi sedap, masukkan ke dalam conventional oven. Tapi kerja ini ada sedikit leceh. Takyah ah leceh-leceh. Yang penting roti canai ada muka macam roti canai.

Ooooo ini sotong instant? Eh banyak lah kau. Ini I masak dengan keringat sendiri, tahu! HAHA. Apakah nei, apsal seperti terkena jaundice ke apa sotong tersebut? HAHA terlebih kunyit barangkali. Ini sotong masak halia berserta kunyit. Atau dalam kata lain, Sotong Jaundice. Yummmm. Don’t judge the sotong by its color. Yang penting, rasa. 
Prawn Tempura. 
Mackerel asam pedas.
Akhirnya. Dapatlah juga dibuat pelepas gian. Walaupon ini sebenarnya jenis instant punya. Hanya perlu tambah air. HAHA. Habis, nak buat asyik kurang motivasi saja.

Pancake.
Husband saya minta pancake saja hari ini untuk berbuka puasa. Dia cakap tak mahu makan nasik. Atau dalam istilah lain ; Dia mahu menjaga berat badan ideal. Baiklah T___T. Pancake ini kelihatan leper, memang. Sebab tak ada baking powder.

Rockmelon.
Fruit is a MUST.

Ini pula?




February 10th, 2010 at 7:08 pm
boleh la gain weight lagi kan? hehehe…just for baby kan… tadi akak g tengok baby baru je lahir…so comel dengan muka kemerah2an…berat je mata nak bukak…n tak sabar nak tengok baby chika pulak ni… semoga segala2nya dipermudahkan DIA…amin…
February 10th, 2010 at 7:13 pm
ya allah! sotong kunyit kegemaran! i selalu teringin nak buat tp bukak2 je peti ais ada udang ja! )(*&^%$ mana jadi nak masak udang kunyit!
sedap ke pancake dgn ice cream? i xleh bygkan benda lain dimakan dgn ice cream T_T
February 10th, 2010 at 7:14 pm
omg sotong tu gile2 nmpk sedap. melelehhhhh siap daaa T______T
February 10th, 2010 at 7:18 pm
Ini pula?
Mak Buyung… hehe
Wah..wah.. chika tunjuk gambar makanan.. kalau ada resepi sure dah makin panjang scrool. ;D
kalau nak petua masa mengandung g tgok kat blog mak hanis. boleh la buat mana yg rasa best.
anak sulung kan. mesti xcited. :D
chika Reply:
February 10th, 2010 at 7:19 pm
mak hanis?
irma2203 Reply:
February 10th, 2010 at 8:12 pm
mak hanis zalikha..
February 10th, 2010 at 7:22 pm
sedapnya rockmelon =D wuaaa sedap2nye masakan chikaa..especially tang sotong tu…haih tp i tgh berpantang camno nak masak sotong…uuuu T___T
February 10th, 2010 at 7:26 pm
HAHAHAH yg terakhir tu ada macam watermelon yang kehijauan serta er macam er comel T_________________Y
February 10th, 2010 at 7:35 pm
perut u laling, sgt comeeeellll!
dan masak asam pedas itu fuh buat dira terliurZ! instant pon instantlah asal sodaaap!
February 10th, 2010 at 7:55 pm
ini pula.. versi rock melon yg bergerak kah? haha
February 10th, 2010 at 8:07 pm
halooo…meh r join my contest..mana tahu anda bertuah?? kalo nak tgk contest apa?? jenguk2 ler my blog…tq..
February 10th, 2010 at 8:44 pm
Da memboyot da perut tu..
Ta sabar² tunggu baby keluar =]
February 10th, 2010 at 8:44 pm
Is it a Boy? :)
February 10th, 2010 at 9:09 pm
perut chika mcm sgt bulat…
lelaki kat budak kat dlm yang asyik menendang tu??
February 10th, 2010 at 9:14 pm
oh…berselere dh die….tahniah….ak tgk mknn tu pon bertambah selere….x lame dh ni….HAHA…
February 10th, 2010 at 9:53 pm
Ini pula? Kak Chikamelon. comel!!!
February 11th, 2010 at 1:36 am
boolatnyaaaa…perot :D
February 11th, 2010 at 1:51 am
err yg last tak instant. haha.
February 11th, 2010 at 8:13 am
dekat staircase pon sempat lagi posing….chika…!!!hahaha…comel
February 11th, 2010 at 8:26 am
nak kena ni, ai dah komen 10 kali tak kuar2 pon. server *&*&%%$%%!!!! lol
EH CIK, saya nak chefs special. last sekali tu, nak dua. serentak. HHAHAHA
February 11th, 2010 at 11:50 am
Waahhh.. dah hamil.. tahniah yachhh.. masa gua dulu.. almost 7 bulan tak memasak.. (mabuk teruk dan selepas mabuk hilang.. malas pula timbul.. eheheh)
take care yach..
February 11th, 2010 at 12:55 pm
rasa lapa je bila tengok gambar2 makanan ni..nyum2..
February 11th, 2010 at 3:07 pm
chika…cantik nya pinggan itu….
February 11th, 2010 at 4:43 pm
tummy mummy yummy.
eh anda perlu tukar huruf depan sahaja. hahahhahaha. sotong tu buat i terasa nak korek ceduk je dari skrin ni. menyelerakan. jaundice pun jaundice la.
schult Reply:
February 12th, 2010 at 3:34 pm
tummy yummy mummy~ HAHA
comel!
February 11th, 2010 at 6:34 pm
saye pon rase bakal baby ni laki..hehehe..
February 11th, 2010 at 10:16 pm
chika..superb foood..mkin pndai mummy chika msak :)
February 12th, 2010 at 12:17 pm
sedapnya.. trus jd lapar tngok masakan chika..
haihh..
comel perut ibu mengandung.. :D
February 12th, 2010 at 3:29 pm
buat2 tak nmpk je makanan2 tu sume.. dunia je tu *sambil lap airlior yg menitis*
February 12th, 2010 at 7:03 pm
Salam akak, saya ada tulis pasal akak dan blog akak di blog saya, jemputlah hadir dan tinggalkan comment (: harap akak hadir.
http://www.potpetbudakini.blogspot.com
dan ini pula link blog mak hanis zalikha, seperti yang irma2203 katakan (:
http://nanirostam.blogspot.com