Masak Lemak Ibu Hamil
Posted by chika under My Fancy PregnancyHari ini hari Sabtu. Hari ini roti di dapur expired. Oh sebenarnya takyah bagitahu pasal roti.
.
//Masak Lemak Cili Api Dengan Terung
Semalam petang telah mendapat ilham dalam bentuk ‘gerak hati’ untuk mencuba Masak Lemak Cili Api Dengan Terung. Bukan calang-calang. Nak masak pon turun ilham. Saya cakap, ILHAM, bukan Ahmad IDHAM. Baiklah Chika, baiklah.
Ini cubaan pertama ni. Sungguh bermakna.. Cubaan pertama bagaikan permata. HAHA sengaja mensusahkan anda pagi-pagi ini dengan himpunan ayat-ayat gedik. Cara masak sangat senang. Iaitu, kena tunggu ILHAM datang dulu. Selain ilham, apa yang anda perlukan ialah keberanian untuk mati. Taklah macam masak sampai mati ke apa. Ini macam simboliklah. Iaitu kena berani gila. Walaupon sebenarnya tak pandai, tapi disebabkan berani mati itu tadi, anda pon memandai-mandai. Sampailah akhirnya, ayam pon bersatu dengan terung. Atau dalam kata pujangga; ayam di reban, terung di kebun, dalam periuk, bertemu juga. Dalami kata-kata ini. Walaupon macam tak boleh pakai. Tapi sebenarnya, boleh.

Yang penting, rupa.

Tapi kalau ada rupa tak ada akhlak pon tidak elok juga.
Jadi, akhlak makanan terletak pada rasanya.
Aik? Siapa cakap? Saya cakap sendiri.
Ya. Ya. Rasa menepati piawaian.
Seronok. Makan masak lemak cili api sesekali memang seronok. Berjaya masak pon, seronok juga. Tapi keseronokan disebabkan suami suka dan puji adalah tiada tandingan. Saya masak selama 1 jam. Suami puji selama 11 jam. Bukankah berbaloi? Kalau anda seorang suami, pujilah ayam masak lemak cili api isteri anda. Tak. Bukan puji ayam tersebut. Tapi puji isteri anda melalui ayam tersebut. &^%@!#$^ Ah runsing ah kepala baca blog kau ni Chika.
HAHA.
.
//Pembersihan Rumah

Malam tadi tidur jam 2 pagi. Sebabnya, pulang saja dari menikmati angin malam Sabtu, tetiba rasa macam rajin gila. Terus mengemas rumah. Sapu sampah. Vacuum. Mop lantai. Dan menyental lantai dengan kuasa tangan. Berkemas secara sungguh-sungguh. Suami di atas, menonton Naruto. Tak apalah T_____T Anggap saja aku ini understanding gila. HAHAHA.
Sikit saja lagi, rumah akan complete seperti sebuah rumah. Habis sekarang rumah kamu seperti apa? Oh sekarang rumah saya seperti sebuah gudang. BUKAN GUDANG GARAM. Aku warning ni. HAHA tetiba je.
.
// Ibu Hamil Mood Cantik Pagi Ini.
Disebabkan mood cantik (tak kata muka cantik heh, tak kata), pagi ini ibu hamil 26 minggu 4 hari agak rajin. Malah energetic juga. Pagi-pagi bangun menghantar suami ke tempat kerja. Selepas itu, pulang ke rumah dah bergolek-golek sekejap sementara menunggu post office buka. Bila post office buka sahaja, saya pon terus memandu ke sana. Ada parcel yahooooooooooooo.com.au!
Hari ini, saya macam ini ;

Habis, hari lain Chika macam mana?
Err. Sebenarnya hari-hari pon saya macam ini T_____T Mana boleh memilih rupa paras. Setiap hari pon pasti sama. Dan setiap hari pon mengendong perut tersebut. Tapi tak apa. Mummy bangga. HAHAHAHAHA xoxo.
Eh dah pandai pakai xoxo pulak sekarang ini ye?



Conteng Conteng
chika!
knp awk sgt comey!! :D
lepas tgk gambar preggy u ni,i terus lupa gambar masakan lemak terung kat atas haha see. see! penangan mommy punya gambar lagi hebat ok! hahaha.
dah lah muka cantik,comel.akhlak pun baik.
tak.tak.i tak bodek mintak sikit duit innity u. T____T dah la application i kena reject. sedih seminngu i hahaha.
I minat takde lain. MASAK LOMAK TU AHHHHHHH….!!!
aku suka bilik air kau. terima kasih. tolong pos ke malaysia.
k.chika mcm da tembam skit je skang?hehe..
tp tetap cutee..
keep it up!
chika comel…. suka tgk chika… suka life chika… nak kawen jgk la cmtu…. u r soooooo lucky…. semoga chika dan keluarga sentiasa dalam lindungan Ilahi…. Amin…
hehehe..comel..comel..sgt suke tgk ibu mengandung (baru nmpak perot nurul secara keseluruhan..)…puas tgk..hahaha
hehe…
kecik nyer mummy ni…
26 minggu??
pe2 pon, moga sumernya selamat:)
Chika, u takda pon baju hamil. sebab perot kecik. tapi ai like.
chika! letak la resipi! nmpk sedap
ish ishk…comel!
selamat menjaga kandungan kak Chika :)
terbaik…!!pndainye masak lemak cili api…hehe….patot pon husband puji 11 jam….tue baru 1 lauk…klu 3 4 lauk, mau nye x 3 4 hari die puji…hahaha….
sempat lagi tue u posing b4 g post office….haha…ade ade je ibu cantek nie…happy2 always okey….
i nk request:nk tgk u pakai baju mengandong yg gaun besar2 tue…hahaha…
geramnyer tgk perut kecik comel tu.baby kat dalam jgn sepak perut mummy kuat2 k.
omg! comeynye awak!!!! smoge sihat sllu!hehehe
banyak line yang buat orang tersenyum. hehe.. tahniah kerana banyak mengembirakan hati-hati yang membacanya. haha.. nak gelak pun ada jugak. ;p
mana jumpa pepatah nie yea ayam di reban, terung di kebun, dalam periuk, bertemu juga. lols.. ;D
✿ contenglah kalau nak ✿