Toys R Us

Hari neh penat. Sangat penat tapi sangat cantik punya mood. Sebenarnya mood saya memang kebanyakkan waktunya sangat cantik. Sebab, takda sebab sangat mengapa harus membawa mood huduh. Lebih-lebih lagi sekarang ini. Dengan adanya ‘tendangan sayang-menyayang’ di dalam perut. Selebihnya dijana oleh rasa syukur. Bila bersyukur, kita lapang. Bila tak tahu bersyukur, akan rasa terancam. Walaupon takda siapa mengancam dia. Tapi tetap rasa terancam. Malam Jumaat bukan? Sengaja bagi tazkirah padahal takda siapa minta. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Okay Chika, boleh keluar sekarang.

Pagi tadi pergi Garden City lagi. Sebab ada benda tetiba macam bertekad gila nak beli. Benda yang pada hari semalamnya macam berasa TAKYAH tetiba sekarang macam menggelupur nak bersusah-payah mendapatkannya.

Huh huh huh. Penat gila ah tak boleh sabar nak habiskan entry ini pastu tidur. Saya janji, ini akan menjadi entry terpaling ringkas takda putar belit yang akan anda jumpa setakat ini. Sebab saya sangat penat sampai tak ada hati nak mengenakan anda. HAHA. DSC05694

Seperti yang diceritakan semalam. BABY BJORN CARRIER. Yeay. Dah beli dah. Punyalah lama kami survey semua brand yang potential. Kalau ikutkan saya pada asalnya, macam nak beli Sling Carrier. Tapi my husband tak setuju. Dia cakap tak cukup baik in term of support etc. Pastu beliau tarbiyah saya pasal tulang dan sebagainya. Satu kisah yang susah untuk saya ceritakan semula kepada anda. HAHA. Very complicated. He wants a carrier like this. Saya pula selalu percaya saja. Jadinya, takda pikir pasal sling sling dah. Lagipon saya makin merasakan, sling tersebut kelihatan agak aneh. Tak cukup trendy untuk diamalkan di negara ini.

Baby Bjorn sangat stylo. Sebab selalu nampak yummy mummy and cool daddy pakai yang ini. Ok ok. Memang pengaruh persekitaran. Selain itu, kualitinya ada banyak beza dibandingkan dengan jenis lain yang kami dah survey setakat ini (SETAKAT INI YE)

Aik? Apsal kami tengok previous entry tersebut, Chika tunjuk yang lain? HAHAHA. Sangat benar. Saya mengubah fikiran secara mendadak apabila berada di depan susunan baby carrier pelbagai pilihan. Rambang mata macam mambang. Akhirnya saya mempilih jenis Cooler Air. Sebab dia mempunyai 130% more ventilation. Kesian kat baby kalau berpeluh-peluh nanti kena dakap dalam carrier tersebut. And the one yang saya pilih adalah not on sales. Which is mengarut gila nak rushing-rushing pagi tadi. Tapi saya berasa seperti adrenaline challenge. Lagipon the husband said ; OK OK JUST TAKE IT IF YOU WANT. Ceh, padahal masa tersebut beliau tengah busy gila dekat hospital. Malas nak layan I, tu yang kata OK je tu. Cakap pon laju satu macam pastu terus bye. HAHA.

DSC05691DSC05692

Ini UMBRELLA STROLLER.

Tak tahu kenapa kena beli ini. Tapi semua orang berebut beli saya tengok. Saya tak. Maksud saya, semalam saya tak. Hari ini, saya ye.HAHA. Sebabnya, suami saya asyik pesan suruh beli satu. Padahal dah beli stroller sejak sekian lamanya. Walaupon sampai ke saat dan ketika ini pon masih takda faham kenapakah kena beli ini.  Cecceeh.

Takde. Macam ini ;

Sebenarnya stroller ini tidak mencapai langsung fungsi macam stroller biasa tu. Dia digunakan untuk memudahkan saja. Macam kalau nak keluar kejap-kejap ke macam pergi kedai runcit beli Choki-choki contohnya. Tak akan nak bukak stroller yang gila complex tu. Tahulah stroller zaman ini. Bukan sikit punya complex. Jadi stroller keding (yang kalau tengok pon macam keding gila ni) bolehla digunakan. Kebanyakkan orang di sini memang ada simpan umbrella stroller untuk waktu kecemasan. Dia lightweight. Pastu selalu nampak kanak-kanak yang dah pandai jalan, dia pon lompat sendiri turun dari stroller macam ini dan dia sendiri pergi tolak stroller tersebut. HAHA gila comel.

Lagi satu sebab kenapa kena beli : Sebab harga dia $12. HAHA patutlah semua orang berebut semalam.

DSC05695

Breast Pads.

Pada waktu malam selepas Maghrib, suami saya berkata  bahawa dia nak pergi beli electronic baby swing. Ya Allah malulah aku. Berapa kali dah keluar masuk ToysRus dalam dua hari ni. Belum kira yang minggu-minggu lalu. Boleh kata setiap minggu tak sahlah kalau tak masuk. HAHA.

Sebenarnya memang suami saya pesan suruh beli. Dia memang excited sangat nak belikan anaknya swing. Saya pulak macam tak kesah sangat tentang swing tersebut. Sebab macam dah banyak gila barang baby dalam rumah ini. Aih. Tapi itulah. Suami saya sebenarnya seorang yang praktikal. Saya pulak seorang yang teknikal. Tak tak acah je. Jadinya, kalau dia kata nak beli tu, adalah gunanya.

TAPI.

Saya tak beli. Saya tengok saja siang tadi. HAHAHA.Malam ini kami pergi, dah tak ada stock. Alamak. Rasa bersalah gila. He wants something like this ;

Tak apa. Kat tempat lain, bukankah ada? HAHA tak bersalah langsung cakap macam ini. Fine la fine. Memang rasa macam tak faham gila apsal tak beli siang tadi. Macam memang tak ada azam langsung nak beli.Sorry, Sayang. Orang suruh beli swing, I beli breast pad. HAHAHAHA comelkan comelkan?

Ada satu lagi benda tengah dicari. Tak bukan mencari barang tersembunyi. Itu lain. Sekarang benda penting terakhir. Kira yang penting-penting secara sangat penting dah ada semuanya insyaAllah. Yang tinggal cuma diaper bag. Tengah carik satu yang praktikal, cool, gorgeous dan sangat bermanfaat. Selepas itu dah boleh lega dah. Boleh duduk diam-diam makan keropok ikan. Heh tak habis-habis :P

Err. Maaf. Nampaknya entry ini masih complicated dan berputar belit juga walaupon dahj janji tadi akan buat entry terpaling bagus. Yeay, akan tidur sekarang.

Recent Entries

15 Responses to “Toys R Us”

  1. hidayahyassin Says:

    tadi akak pergi cari baju baby buat hadiah bakal baby ke3 anak kawan…(rasa dah tua sangat ni…), teruja tengok barang2 baby tapi lebih teruja lagi org yang dah punya anak, bakal punya anak (macam chika) dan yang seangkatan dengannya…kalaulah ada banyak duit, satu2 benda akak nak belikan untuk baby tu tapi tak berkemampuan la pulak…

  2. PinkyLucia Says:

    waaa.. macam best je.. hehehe.. moga akan bersalin dengan baik.. dah cari nama untuk baby ker? hehe

    chika Reply:

    insyaallah nama dah ada dah :)

  3. aisyah Says:

    sgt comel..suka….suka…x sabar nk tunggu baby lahir…

    baby comel..lihatlah ibu & ayah kamu yang sangat menyayangi kamu..kedua ibu & ayah kamu sentiasa pastikan baby comel lahir dlm suasana yg begitu sempurna..bila lahir nanti,dgr ckp ibu & ayah tau..bila da besar,sentiasa berbakti kpd ibu & ayah..jd insan yang taat kpd perintah Allah & kedua ibu & ayah kamu ;)

    nurul..nt sampaikan pesan auntie aisyah ni pd baby comel pabila dia da faham erti kehidupan yer ;)

    x sabar utk tunggu baby comel lahir ;)

  4. nawal Says:

    tadi isi minyak kat shell, ada pakcik jual keropok ikan tenggiri, rm10. mahal gile!!

    haha takda kaitan.

    Chika, kat sana ada hongkong market tak?errr…nama dia bukan hongkong market, tapi supermarket2 yang dari hongkong. tempat sotong kurita, kicap dan sos lingam. LOL.

    U jumpa kicap apa kat sana?ABC?

  5. cik muda sara Says:

    gudnite chika!

  6. ramlah Says:

    baby swing tak berapa bagus, nanti baby besar sikit, jenguk2 kepala and terhimpit in between rails tu…itu berlaku kat nanak kawan saya…thats my 20 sen

    chika Reply:

    Oh really?
    Will think about it.
    Thanks for telling :)

  7. Yot Says:

    nama anak huruf H jugak ke?

    barang2 baby u semua comel. umbrella stroller tu pun comel ada frogy2 tuh.

    anak u mesti comel putih gebu. tak sabar nye nak tgk.

  8. Masy Says:

    klu perempuan jgn lupe bubuh nama akak. hihihih tetibe interframe dlm rumahtangga org hahaha

  9. Maz Says:

    wah nama dah ada.. excited nak tau nih

  10. ain Says:

    Salam..

    nurul congrats on your pregnancy. blh tumpang tanya tak bantal tu u beli kat mana? bantal berspeaker tu. Uhuks, nak kirim, blh? Nak kasi my baby dgr every nite cam tu jugak :)

    chika Reply:

    Salam.
    Terima kasih for the wish :)

    I pon dah tak jumpa dah bantal ni. Actually i beli dah lama sangat. Kalau you minat, I suggest you tengok kat ebay. Sorry, can’t help it :)

  11. wanie_gc Says:

    baru u sedar ke hasil tulisan u nie sgt berbelit2 mcm belut….okey…xsame…haha…tp i ttp nk bace ur blog jugak….tekun x i nie….??
    bnyk lagi ke brg xcukop chika…??da brape bnyk kali nie kuar masok mall…??hehe….all da best mencari baby stuff chika…..

  12. balduputih Says:

    chika brapa harga baby bjorn carrier? leh tau tak. coz dari dulu cari utk my baby tapi tak ada rasa yang sesuai.

Leave a Reply