Today, At Garden City

Pagi-pagi dah turun city. Hantar husband pergi kerja. Kemudiannya terus memandu kenderaan berat (tipu saja) ke Westfield Garden City. Ada beberapa benda nak dibuat di situ. Aik? Pergi mall bukan? Buat apa lagi kalau bukan membeli-belah? Sesumpah! Bukan sebab membeli-belah asalnya. Ceh, ASALNYA BUKAN. AKHIRNYA, BENAR.

Tujuan asal adalah sangat serius.

  • Nak ke Post Office. Tolong husband post surat penting.
  • Menyertai Baby Workshop di ToysRus.

Baby workshop yang diadakan di ToysRus sebenarnya lebih sudu dari kuah. HAHA. Taklah lebih sudu sangat. Mungkin saya yang harap macam tinggi sangat. Ingatkan dia nak bagi talk ke apa. Rupanya-rupanya ia adalah lebih kepada informal consultation kepada pembeli. ToysRus jemput beberapa orang dari beberapa company barangan Bayi untuk bantu customers about their products. Untuk hari ini, ada orang dari Love&Care, Chicco, BabyLove dan … baiklah itu sahaja setakat yang saya ingat. Yang saya takda ingat, adalah perkara yang saya takda ingat. Jadi takyah diingat-ingat sangat nanti penat.

Saya masuk ToysRus sebanyak 2 pusingan padu pada pagi ini. Pusingan pertama adalalah pusingan warm-up. Ceh, konon. Padahal pada pusiangan pertama pada jam 9 pagi telah selamat memenuhkan satu bag plastik membeli barang baby. Pastu dah swipe card apa semua, terus blah dengan harapan akan datang lagi pada jam 11 pagi. Benarlah bagai yang diharapkan, telah datang lagi membawa muka keibuan (ibu ibu engkaulah ratu hatiku lalalala) untuk baby workshop kononnya. Barang yang dibeli pada pusingan pertama (yang dinamakan pusingan warm-up itu tadi) telah dihantar ke dalam kereta. Supaya selepas pusingan kedua ini, saya boleh buat pusingan final pula mengukur mall tanpa susah payah bawa shopping bag.

Telah ditegur oleh wanita dari Love & Care.

‘Hello, you need help?,’

Macam biasa. Sikap bantu-membantu tersemat dalam pendidikan moral. HAHA.

Wanita tersebut pon bercerita sungguh-sungguh tentang pruduct Love & Care seperti prams, baby cot, bassinet dan sebagainya. Saya pula mendengar secara bersungguh-sungguh dan mengajukan soalan-soalan berciri baik takyah tanya. HAHA. Muka dijana supaya kelihatan macam nak beli sangat. Macam akan beli nanti, akan beli product kamu. Padahal hakikatnya saya dah beli dah brand lain. Habis, takkan bila dia cakap pasal baby cot, I kena bagitahu dia ; Its okay I’ve bought one. Bila dia cakap pasal pram, takkan I kena tepis ; Already bought the pram. Bila dia cakap pasal portable cot etc pon tak akan nak bagitahu dia semua I dah beli. Akhirnya menyamarlah macam ibu tak bertanggungjawap. Yang kononnya dah 6 bulan mengandung pon takda fikir apa-apa lagi pasal barangan keperluan bayi. HAHAHA.

Dia beriya-iya pula mengesyorkan kepada saya to purchase a CHANGING TABLE. Saya pon mengekorinya untuk melihat-lihat changing table. Ingat ye, ingat ye; Muka saya dijana supaya kelihatan macam AKAN BELI dan macam IBU YANG BELUM BELI APA-APA. Hahahaha. Makin seronoklah dia menterangkan saya dari kegelapan. Heh. Bukan apa, saya seronoklah dengar dia cerita itu ini. Kang kalau dia tahu saya dah beli itu ini, mana minatlah dia kepada saya. Bukankah begitu?

Sebenarnya saya dengan husabnd tak bercadang untuk membeli changing table. Sebab husband saya kata tak cukup menjamin keselamatan anaknya kelak. Sebab saya akan siap-siapkan baby ataupon menukarkan diaper baby di atas table yang agak tinggi. Di mana mungkin akan mencabar ketinggian saya sendiri. HAHA. Kami paling worry about dropping the baby ke apa dari tempat tinggi. Ya Allah. Mentakutkan. Jadi suami cakap, all we NEED to have is only a padded wedged sides change pad. Di mana saya hanya perlu letakkan change pad di atas lantai. Lebih selamat. Itu pendapat kamilah.

Memandangkan kami belum beli yang itu, tadi pagis aya telah memandai-mandai membuat keputusan sendiri untuk membelinya. Its on sales.

DSC05685

Sepatutnya ia diletakkan di atas change table seperti INI. Contohnya.

Tapi kami bersepakat dah tak memerlukan changing table seperti itu. Letak di bawah saja. Lebih selamat. Dah lah aku ni jenis paranoid. Sometimes terimaginasi what if I ter-drop my baby ke apa. What if what if what if what if. Semua jenis what if dah melintas dah dalam kepala.

DSC05686

PVC Material.
Senang cuci.

Padded wedged sides itu sangat perlu. Sebab baby kan suka hentak-hentak tangan dia sesuka hati. Nanti kalau baby tengah excited semasa emak dia memakaikan pakaian stylo dekat dia dan dia pon tetiba rasa stylo gila sampai menghentak tangan dengan lebih super, tak adalah tangan baby sakit. Baby, your mom very protective you see. Sayangilah emak anda ini. HAHAHA.

Dan lagi satu, saya juga tak memerlukan changing table yang siap dengan bathtub sebagimana yang dianjurkan oleh wanita tersebut. No way, no way. Saya tak beranilah nak mandikan baby tinggi-tinggi. Saya dah beli dah bath up untuk baby. Akan mandikan baby dalam bathroom kami kelak. Err. Bath tuhb di bawah ini dah agak lama dah beli. Saya rasa, inilah penemuan bath tub baby tercomel yang saya jumpa. Ada lagi satu version berwarna hijau. Tapi macam kurang comel pula. Baiklah tak percaya ada objek biru lagi comel dari hijau T____T

Fun gila.
Saya yakin. Baby akan seronok mandi kelak.
Tapi emak dia akan seronok melebih-lebih.
Melebihi keseronokan baby tersebut.
Ada hammock dan accessories lainnya yang sungguh fun.

How many weeks are you? – tanya wanita tersebut.

26 – jawap saya.

Oh my! Really? Its a tiny baby bump! – Dia teruja.

I know. But I don’t know what’s wrong with me – Saya cakap.

Nothing is wrong with you. You’re just lucky, girl! - dia cakap lagi.

Am I? – saya buat-buat pelik.

People normally getting bigger and bigger during pregnancy. That’s not easy you know – lantas dia membuat muka sedih.

I guess so – tak tahu nak buat reaksi apa. HAHA

Don’t worry. You’re just lucky. You look good during pregnancy. You don’t go overweight, thats sooo lucky. That’s fine as long as the baby is healthy – dia cakap lagi.

Saya asyik dengar kata-kata ini sahaja. Sebenarnya saya pon tak tahu adakah benar saya lucky atau apa. Yang saya tahu, saya terima saja apa juga yang berlaku ke atas tubuh badan saya sebagai satu proses natural. Dan saya tak mahu risau tentang apa-apa. Biarpon perut saya kecik molek saja. Biarpon saya kelihatan susut banyak dan ia adalah aneh bagi kebanyakkan wanita hamil. Saya tak mahu risau tentang apa-apa. Sebab saya tahu dari mana saya mewarisi kejadian ini. HAHA dari emak saya sendiri.

Selebihnya, tiada apa sangat yang menarik di ToysRus punya baby workshop ini. Selain ada demonstrator yang beriya-iya promote Avent breaspump. Padahal saya dah beli Medela Swing. HAHA. Tapi tak apa. Esok ada penerangan tentang breastfeeding from Avent. Saya akan datang lagi. Tunggu aku di situ. HAHA.

DSC05675

Dapat ini sahaja sebagai free sample.
But I am thinking about using cloth diapers.
Selain menjimatkan, trendy, dan environmentalist, cloth diapers juga dipenuhi kasih sayang. HAHA. Sebab ibu akan menjadi seperti ibu zaman dahulu kala yang akan mencuci lampin anaknya. Walaupon ini dalam versi yang maju sikit. HAHA.

Sebagai pusingan final, saya pon mengukur mall seorang diri. Walaupon backpain dan sakit pinggang. Tapi tetap gagah membawa diri. Pumpkin Patch ada sales pulak! Memang tau. HAHA.

DSC05673

Lagipon Pumpkin Patch asyik email saya saja. kesian pulak kalau takda dilayan.
KAH KAH KAH.

Saya suka betul baby booties. Makin dibeli makin tak mencukupi. Adakah ini magik?  Jadi, saya pon beli lagi dan lagi dalam pelbagai saiz. Supaya baby dapat memakainya bukan sahaja pada masa ini, malah pada masa akan datang. HAHA.

DSC05680

Hijau warna kegemarannya saya.
Harap baby pon suka juga.
DSC05681Blue warna bukan kegemaran saya.
Tapi baby kena ada semua koleksi warna. DSC05682Sangat suka yang ini.
Sebab ada icon buaya.
Tak tak. Bukan simbolik buaya darat.
Ih engkau memang tau!
HAHA.

Icon buaya tersebut ala-ala LACOSTE pulak.
Ceceh padahal Pumpkin Patch T___T
DSC05683 More booties!
Harap semasa memakai ini, baby berasa cinta dengan kaki dia tersebut.

Ada lagi beberapa pasang yang saya beli tadi tapi takkan nak buat lintasan semua sekali. Nanti bila baby pakai baru anda tengok okek. Sikit-sikit sudahlah. Barangan lain biarlah saya simpan di dalam hati. HAHAHAHAHA.
DSC05687

BabiesRus on SALES!
Husband saya pesan suruh tengok apa yang patut.
Memang patutlah apa yang saya lakukan pada hari ini, bukan?
HAHAHAHA.
DSC05690

Macam berkenan sangat dengan BabyBjorn Carrier. Tadi dah ringan gila tangan nak capai masuk troli. Tetiba berasa macam tak cukup indah pulak. Sebab saya lagi suka beli bersama suami. Sebab saya suka kalau dia pon suka.

SALES LAH LAGI.

SALES LAH LAGI.

SALES LAH LAGI BANYAK!

Recent Entries

35 Responses to “Today, At Garden City”

  1. :p Says:

    i notice you need a lot of assurance from people. not that there’s anything wrong with that, of course. :)

  2. nawal Says:

    Chika, get a grip. LOL.

    macam bes saja . macam bes macam bes.

    dan macam bes kamu pon pregnant macam sindrom2 ibu kamu.

    itu memang bes.

  3. feez Says:

    argghh.. cumel2.. nk jgk..
    tp kena laa nikah, kawen n preggy dlu.. baru leh masuk group ibu hamil membeli belah..

    chika, nnt mase u dlm pantang, sape yg menjage?
    just asking bebeh.. =)

  4. liyana Says:

    waa… dh bli brg baby.. best2..
    ur baby msti boy kn??
    cz brg2 yg dibeli xde ciri2 girl pn:)

    xsangka u pn paranoid cz i tot i je yg ske over paranoid. time lalu kt jejantas tbe2 terimagine jejantas roboh n jatoh kt jalan n kne langgar lori. then jln kt jejantas cm nak merangkak~hee
    nway paranoid ni bgus gak.. cz bleh wat kta lbih ati2

  5. aisyah Says:

    wah!sgt tiut! sgt suka..comel-comel..klu u beli babybjorn carrier tu, i dpt imagine camner comelnya u wit baby nt ;)slmt ber’shopping’ ya ;)

  6. nisa Says:

    tak sabar tunggu bayi chika lahir,lalu cinta pada kaki bayi tersebut.hehe

  7. aisyah Says:

    sgt agreed..bath up yg u beli tu sgt men’comelkan’…eeeiiii..geramnya tgk baby booties tu..nt kasi tunjuk sumer booties tu time baby pakai yer

  8. wan Says:

    comelnyer bath up tu…..

  9. Nadya Says:

    Comelnya bakal ibu ni..hihihi
    Ta sabar² tunggu anak u lahir chika..

    Mesti dia akan jadi baby terpaling bahagia sekali..
    TC

  10. Maz Says:

    wah hebattttttttttt!! membeli belah

  11. cik iman Says:

    chikaaa.. comelnyeeee.. i plak yg truja… haiihhh ble la nk prggie jugak nih uhukkk2…

  12. nw Says:

    Shopping barang baby mmg paling best! Adrenaline pumping tahap tertinggi! Tahniah!

  13. CikChelsea Says:

    ya Allah seronoknya tgk benda2 cute dlm entry neh

    terus rs mcm nak kahwen esok! T____T

  14. penjeles Says:

    haha , gyle cute sume brg 2 .

  15. nadiah Says:

    salam…bestnye chika akak tgk…rasa tak sabar dah nak beli brg baby..tapi baby akak br je 2bulan…klu akak kirim kat chika belikan pillow speaker tu leh tak?

  16. deeya_shouranlee Says:

    wah… x sabar nak tunggu baby keluar… hehe…
    ibu shopping, baby shopping jugak.. mesti dlm tummy tu bising nak itu nak ini.. ibu dia jer tak dengar.. aperpun, hope sumer akan baik sampai hari kelahiran.. (,”)

  17. softie Says:

    chika…sangat cute booties itu….tak sabar nk tgk baby chika nnt

  18. ikoko Says:

    alermak tetiba rasa nak ada baby membuak2 plak. ahahaha.. sabor ina sabor.. uhuk..

    bath tub baby tu paling ngancam~! comel sangat!

  19. Verde + Mr.Doc Says:

    aaaaaaaa…i lurveeeeeee that bath tubbbbbbbb!!!
    goshhhh i wish i boley muat ok! serious! sangat vibrant…for sure baby tak nangis2 mase nk mandi later :D

    chika Reply:

    Siap hammock tu babe.
    Tak pernah I imagine, myself mandi dalam bathup ada hammock. HAHA.
    Fun kan?

  20. oshinz Says:

    oh.. terlepas crite yang chika pregnant. congrats babe. haha.. tak sabo nak tengok baby ni. mesti comel cam chika. bijak cam suami chika. so lucky la kamu nnt.

  21. anggun Says:

    waaa, comelnye booties
    banyak brg warna biru
    ehem, mcm nak dapat baby boy je nih
    tak sabarnye nak tgk baby chika keluar
    excited sangat, rasa teruja lain mcm

  22. maaf tumpang berkonkgsi maklumat Says:

    salam. hi nama saya leni. ye chika sudah kenal saya kan. maaf saya mahu tumpang berkongsi maklumat disini. saya nak ajak semua yang kebetulan terbaca komen saya ni supaya menonton siri THE ARRIVALS yang boleh dijumpai di youtube.com atau di http://www.wakeupproject.com.

    biar saya jelaskan sikit siri ni tentang apa kalau ada yang rasa malas tak nak layan komen ni.

    Siri ni membongkar tentang fitnah dajjal di akhir zaman (zaman kita la kan). Siri THE ARRIVALS bukan saja sebuah dokumentari yang menarik, malah boleh ‘free our mind’ daripada terus terjebak dengan sistem dajjal.

    THE ARRIVALS consists of 50 episodes. Kalau ada sesiapa yang tak faham bahasa inggeris, anda boleh search THE ARRIVALS MALAY SUB pada search engine youtube.com.

    THE ARRIVALS mungkin bermaksud 3 perkara (pada pandangan saya). pertama, ketibaan imam mahdi, nabi isa dan dajjal.

    Fitnah dajjal adalah fitnah yang terbesar, sebagaimana yang dirwayatkanoleh Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir bahwa Rasulullah aw bersabda,”Tidakada fitnah yang lebih besar dari fitnah dajjal.” Serta yangdiriwayatkan oleh Imam Muslim,”Semenjak Adam diciptakan sampaiberdirinya kiamat tidak ada hal (cobaan) yang lebih besar dari dajjal.”

    Akhir kata, saya harap chika tak delete komen saya ni. Saya ikhlas mahu berkongsi maklumat ni. Terima kasih atas kerjasama anda. Kepada yang dah tahu mengenai THE ARRIVALS, marilah kita sama2 spread the words (via facebook etc).

    I’m trying to free your mind, but i can only show you the door, you’re the one that has to go through it.

    maaf tumpang berkonkgsi maklumat Reply:

    yang ayat last tu quote daripada filem The Matrix.

    chika Reply:

    Salam.
    Leni, ni filem negara mana yang produce?

    Thanks. Will watch :)

    leni Reply:

    tak pasti chika. tengok diorang tu macam orang america. tp dorang muslim la. ;) tgk tau.. best.. ajk ur husband skali tgk.. thx chika….

  23. Masy Says:

    kasut baby tu ade yg saiz 5 tak? mcm suke je yg ade bulu2 tu hehe

  24. shyza Says:

    yeay…sokonglah bfeeding!!!I pon harap dpt produce milk kat baby after deliver ni…amin…

  25. mamacygbaby Says:

    ya allah chumel2nye bb stuff die..kenan la….bestnye mcm2 ada

  26. mamacygbaby Says:

    ya allah chumel2nye bb stuff die..kenan la….bestnye mcm2 ada..sgt chumel..gerammmmm

  27. wanie_gc Says:

    bnyk nye shoppin….huhuuuu….best best..!!

  28. farhah Says:

    cik puan chika>>> kalu convert duit m’sia murah banyak ke sket + tolong pos hehe.. atau awak balek KL eh.. paham ker ayat saya?

  29. lol Says:

    mcm biasa. yg penting kau selamat lahir baby. udah udahla tayang menayang.

    chika Reply:

    udah-udahla sebok-menyebok.
    Takyah tengok

    (ni pantun untuk kau)

  30. nadzirah Says:

    sweeetnye….. aku lakz xsbr nk tgk babymu haizum, ehehee… jga dri baik2 kt sana k.. aku sentiasa doakan ko baik2 kt sana…
    wahh… mummynya dh beli mcm2 dh… choose the best choice 4ur baby k. ehehe.. nice2..
    lucky baby (”,)

Leave a Reply