Glucose Challenge Test

Bangun pagi, lantas teringat …. err malulah nak cakap. HAHA belum-belum lagi dah poyo. Err. Bangun pagi tadi, terus teringat kat keropok ikan KAHKAHKAH. Sebelum turun dari bed, berguling-guling dahulu menghadap ceiling. Terkebil-kebil macam pagi-pagi yang lainnya. Husband dekat sebelah bermain Blackberry. Isteri di sini terkenang keropok ikan. Dunia kita berbeza.

Pastu kan, pastukan. Tetiba saja suami saya menyampaikan perkhabaran yang mendukacintakan (dalam duka ada cinta). Perkhabaran yang berbunyi ;

Sayang, bangun Sayang. Kita buat Blood Test and Glucose Test hari ni. You kena puasa tau sebelum buat test.

Musnah semua impian nak breakfast keropok ikan. Berkeping-keping hancurnya sama macam kepingan keropok ikan yang hancur. Cukup sedih. Musnah. Prang!

Alaaaaaaa. I lapar.

Harap maaf, rayuan anda takda siapa dengar. HAHAHA. Demikianlah kejadian awal pagi tadi.

Bersiap-siap ke Carindale untuk menjalani UJIAN CABARAN GLUKOSA. Aik? Apakah tersebut, kedengaran seperti  cabaran permainan Istana Takeshi? HAHA. Kami pon membawa diri ke Sullivan Nicolaides Pathology. Ini adalah kali kedua saya mentumpahkan darah (ceceh macam askar wataniah) di lab ini. Sebelum ini telah membuat blood test yang sangat dahsyat di mana sebanyak 3 botol darah diambil. Dahlah urat saya susah nak nampak. Banyak kali failed attempt pastu yang menderita siapa? Yours truly.

Dah sampai dekat tempat kejadian, kami passed surat dari obstetrician. Pada ketika itu, keluarlah satu perkhabaran yang lebih mengkecewakan.

‘No you don’t have to fast for this test. This is only a glucose test,’ kata wanita yang agak berusia di meja pendaftaran. Whoat? Tak perlu berpuasa? Apalagi, terus saya memukul-mukul gedik tangan suami saya. Wanita tersebut menyaksikan lalu tumpang ketawa. Pasti dia terhibur pagi ini. Sekian terima kasih.

Grrr. Pandai saja suami saya suruh saya puasa. Dia ingatkan saya kena buat blood test macam dulu ke apa. Rupanya kali ini cuma glucose test. Tak perlu puasa! Oh keropok ikan, please come to me T________________T Punyalah lapar perut. Kalau tahulah tidak perlu berpuasa, bukan saja dah berenang keropok ikan dalam perut, malah dah masuk perut dah roti dengan marjerin. Pastu buah oren. Pastu nasik putih ke apa. HAHA pagi tadi sangat bersemangat untuk makan. Macam boleh dikira kes naya lah bukan?

Saya diberikan sebotol minuman ;

Dikehendaki menghabiskannya no longer than 10 minutes.

Saya berdebaran nak minum. Sebab tak tahu, air apakah neh? Tapi dia kata HALAL malah terpamer di situ status halalnya. Tak tak. Bukan sebab halal tak halal. Minuman seperti ini mestilah halal. Tapi saya tak tahu bagaimanakah rasa dia. Adakah selepas seteguk, saya pon akan tumbang menyembah bumi? Atau adakah selepas seteguk, saya akan muntah secara super di dalam tempat tersebut? Pastu semua orang pon akan mengelilingi saya dan buat report dekat akhbar. Ada ibu hamil yang berperangai pelik, minum glucaid sampai termuntah super. Sumpah panjang gila akal aku fikir itu ini. Takut gila nak minum.

Husband yang telah membuatkan saya berpuasa breakfast pagi ini telah meyakinkan saya, bahawa minuman tersebut bukanlah teruk. Minum saja, dia kata. Kerana percayakan siti suami, saya pon membuat hirupan yang pertama. Slurp! Yummmmmy!! HAHA macam air Sprite je. Carbonated pulak tu. Lah, sungguh membuang masa aku mempikirkan yang bukan-bukan. Kalau macam ini punya sedap, setiap minggu buat glucose test pon takda masalah. HAHA. Saya minum laju-laju. Tak bolehlah nak minum gedik-gedik macam sedang hangout bersama rakan ke apa. Because I have to finish one bottle of it in no longer than 10 minutes.

Minum. Minum.

Selepas menghabiskan satu botol sebagaimana yang dikehendaki, saya disuruh tunggu di dalam situ selama 1 jam sebelum darah saya diambil. SATU JAM DUDUK DALAM SITU? Husband saya cuba tanya kalau kami boleh jalan-jalan merayau mall sekejap. Dia kata tak boleh. Baiklah. Dahlah belum breakfast gara-gara ok tak tak I tak ungkit dah. HAHA Pastu kena minum minuman yang mendebarkan dalam masa 10 minutes. And then kena kurung tak boleh keluar dari situ. Kena duduk saja menunggu :(

Penantian satu jam dirasakan tidak lama. Apabila ramai betul ibu mengandung di situ. Dan ada juga baby kecil kemerah-merahan. Baru lahir tapi emak dia dah bawak jalan-jalan. HAHA. Kami pon seronok menyaksikan baby orang lain. Sambil membincangkan topik parenthood. So sweet. Ceh.

Selepas satu jam, NEW-RULE pon dipanggil. NEW-RULE is how they pronounce my name ; NURUL. Gedik bukan kedengarannya?

Sungguh besar kerusi tersebut.
Sesuai dijadikan kerusi buat pasangan pengantin di atas pelamin.
Satu kerusi boleh muat dua orang. HAHA tak kelakar langsung.

Masa untuk mensuntik. I hate this part. Tak. Bukan sebab takut jarum ke apa. Memanglah tak sakit mana suntikan dia. Tapi phlebotomist (orang yang kerja dia mensuntik orang) selalu sangat missed urat. Kalau dia tersalah cucuk, I sakit tahu! Tak ramai orang yang terror gila when it comes to cucuk me. Mesti kena buat banyak kali. Pastu akan mengeluh-kesah tentang betapa tercabarnya mereka dengan urat I. Good job, urat! Good job.

Begitulah cerita dia tentang glucose test. Ujian ini untuk menguji samada wanita hamil mengidap diabetes atau tidak. Gestational Diabetes ; Iaitu diabetes yang terjadi pada ibu yang hamil. Harapnya semua baik sahaja. Kerana saya tidak kuat makan pon T___T Malah tidak mengambil makanan secara berleluasa. Semua benda yang I makan, semua I bagi salam dulu tau. HAHAHAHAHA. Result akan diketahui kelak.

Recent Entries

51 Responses to “Glucose Challenge Test”

  1. timazara Says:

    tjuk gmbr keropok!! huhu.

    1st ke?

    chika Reply:

    Tak boleh nak tunjukla. Sebab bila lepas goreng je, kepala i dah tak tentu arah dah. Ingat nak makan je. Tak ingat nak ambik gambar ke apa dah. HAHA :P

  2. Maz Says:

    hahhaa new-rule.. kedengaran sangat gediks tp comel.. well ur entry kali ni buat i tergelak2 kt opis

    chika Reply:

    NEW-RULE. Sebut betul-betulllll.
    HAHA.

    Ni ok la dia sebut new-rule. Dulu ada sekali, ada pompuan ni panggil I new-rille. Lagi geli.

  3. shyza Says:

    kalo kt m’sia,mmg betul apa yg ur hubby suruh…kena puasa sblm wt glucose test tu…
    tp slalunye,kalo ibu to-be dh melebihi berat ms pregnant yg slalunye kena wt test tu…
    mcm sy,2 kali kena wt glucose test…seksa…sang ibu dh lebih berat,tp baby tak cukup berat…

    chika Reply:

    Ha tu la saya ada la baca-baca. Orang kata buat glucose test tu sangatla tanak. Sebab tak sedap la apala. Saya pon mcm teragak-agak nak minum tadi. manalah tau i boleh terpengsan ke apa sbb rasa dia teruk sangat. HAHA. Sekali minum, eh rasa Sprite! sedaaaap. HAHA

    I ni tak cukup berat :(

  4. atinne Says:

    hehe..
    glucose test if x makan pape lg ok kot, dia x pengaruhi ur test result? (haha..i dunno)
    dat’s what seorang doc fikir..
    btw, nak abiskan sebotol bsar air tu, mmg bulat perut kejap..hihi..
    pasni ada test pe lak?
    scan perut tu ye?
    ^^

    chika Reply:

    biasanya seblom test apa2 mesti dia kata jgn makan. Takpon kena minum certain amount of water ke apa. Rupanya kali ni dia kata takpe. Boleh makan. Cis.

    Tak tau ada test apa plak. Darah mmg dah banyak kali ambik sampai i dah jemu dah. Urine pon sama. Scan tak banyak. Sbb husband i x bagi buat byk kali. kalau ikut i, hari2 nak scannnn. HAHA

    atinne Reply:

    beli mesin scanner sbijik letak kt umah camtu..
    er,scanner yg kt printer xleh guna ke? ;p

    chika Reply:

    kalau boleh, teringin gak nak beli. HAHA pastu bila dah ada tak reti guna. HAHAHA.
    you try la nanti bila u pregnant. Tgk boleh ke tak pakai scanner kat printer.

    shyza Reply:

    yup..hari2 nak scan sbb nk tgk baby gerak2 dlm perut..rs nk beli mesin scan tu letak kt umah…scan pkara plg excited ms checkup kan…hihihi

    chika Reply:

    YOU’RE DEFINITELY RIGHT!

    Best sangat tengok baby terpusing-pusing buat shuffle dalam uterus kan? HAHA. Tapi my husabnd mesti tak bagi :( Saya baru scan 3 kali je.

  5. mizzAmy Says:

    bila baca tang kena suntik tuh yg tak tahan tuh. even tak sakit, tapi kalau boleh memang nak mengelak. apa kan daya, dah nama ibu mengandung. sure kena punya..

    chika Reply:

    Memang. Kalau setakat datang, pastu dia suh minum air ‘sprite’ tu tak kesah. Seminggu dua kali pon saya datang. HAHA tapi lepas tu kena suntik plak. Memang tak sakit. Tapi kalau dia missed urat, perit jugak. Pastu siapla tangan bertanda lubang2.

    Tu la. Dah pregnant. Takkan tanak buat pulak.

  6. hidayahyassin Says:

    glucoe tu rasa mcm sprite ke? sebab akak pernah la tlg dr buat ujian tu…semua cam elak2 takmo minum sebab katanya tak sedap…tapi kalau glucose tu rasa cam anggur ke, oren ke, sedap kot…haha… akak pun tak tahu nak kata sebab tak pernah rasa kan…

    tapi kira cam chika punya pengalaman tak sm cam org lain la…maksudnya, rasa glucose tu tak sm…siap carbonated pulak…huhuhu…ada org tu siap buang sikit…boleh ek? haha…

    chika Reply:

    Saya dengar pon semua orang cukupla tanak minum air gula. Dorang kata rasa dia sangat teruk. Tu yg pagi tadi saya terfikir, ni ke air gula yg dorang ni maksudkan? Berdebar ok nak minum. Sekali minum, aik apsal sedap je? HAHAHAHA Carbonated pulak tu. Apalagi, releks ar minum. HAHA

    Ada org buang sikit? LOL. kalau chika, agaknya tak buang kot. Teruk mana pon telan jugak kot.

    hidayahyassin Reply:

    tu la pasal…akak tak tahu apa yg dorg rasa sampai macam tu sekali boleh terfikir siap buang pulak…tapi kalau fikir demi anak n diri sendiri, apalah salahnya…bukan kita nak pergi buat benda2 tak elok…minum je kan? hihihi…

  7. ilyannur Says:

    wah agaknya ppuan mengandung mmg byk btol nk kena test tu ini…

    chika Reply:

    sungguh banyak.
    urine test la, blood test la (numerous of test). Byk kali dah kena cucuk. Tu la, suh derma darah tanak. Skang takleh elak dah. HAHAHAHA

  8. zaida Says:

    Kalau rase sprite tu sodaplah… tp akak x pernah minum pun sbb tahap kesihatan ketika mengandung ni alhamdulilah. Tp kwn2 yg pernah minum sume kata x sedap. Harap2 New-rule (Nurul) n baby pun sehat2 selamanya. Bez kan ngandung. Nurul kena byk2 bersabar. Semoga dipermudahkan urusan bersalin dan berpantang pulak. Amin.

    chika Reply:

    Tu la kak! Saya pon rasa macam … eh eh. Ni ke air gula yang dorang ni semua maksudkan. Apsal ok je saya punya. Sedap je. Boleh teguk secara berteguk-teguk lagi (maklumla, puasa kan sebelumnya tu :P) HAHA.

    Insyaallah. Amin. Saya pon harap akan bertambah sehat dan bertenaga. Terima kasih :)

  9. qas Says:

    apesal ko sorang je ni cakap air tu agak sedap. apesal aku dengar semuaaaaaaaaaaaaa ckp azab nak telan. ade versi2 ke air itu..

    nanti aku preggie aku nak request air glukos rasa sprite kat obgyn jugek.

    kalau obgyn kata takde. aku balas apesal kat ostolia ade??? T___________T

    chika Reply:

    Tu la. Sebab tu saya cakap yang memula tu sebelum minum, takut gila. Sebab asyik dengar orang kata tak sedap. Siap ada yang muntah la apa. Sekali rasa dia cam sprite. Carbonated pulak tu. Tak tau pulak ada banyak versi. Fuh, nasib baik.

    Try la lain kali mintak yang sedap sikit. Tengok, dapat ke tak. HAHA

  10. ciketon fazya Says:

    kat m’sia mmg practice fasting blood sugar.. tapi sbenarnya boleh je buat random blood sugar [apeda diorang ni, kesian ibu mengandung..T___T dah nanges neh..tsk..tsk]..

    hehe selalu tgk org mengandung wat ogtt tu.. tapi tak tau rasa air ynag diminum..huuu

    chika Reply:

    I pon tak tau apa rasa air yang dorang semua minum. Semua kata tak sedap. Sebab yang I tahu, air yang i minum pagi tadi mmg sedap. HAHAHA.

  11. zubey Says:

    chika seluar ketat la!

    chika Reply:

    o ye ke.

  12. nawal Says:

    chika, iu mintak maaf, lambat komen. LOL!

    eh i dok gelak sebab dia panggey u new-rule. sebab dulu ai pon diorang panggel NEWOLL. Apa tu NEWOLL? LOL

    dan awak memang kecik.

    chika Reply:

    NEWOLL,
    (i think its NEW-OLD :P)

    Bayangkan badan I ni bawak perut besar gila macam kebanyakkan ibu lain. Ya Allah. HAHA.

    from,
    New-Rule

  13. nawal Says:

    dear New-RULE

    NEW-OLD rasa New-Rule tetap COmel. Mesti anda sedang seronok meneka2 bagaimana muka baby kelak.

    oh. NEW-RULE junior? Atau Ayh-MAYD? LOL

    chika Reply:

    Ya benar sekali.
    Memang asyik terfikir, macam manalah wajah anak aku ni. HAHA.
    Sebab memang curious gila.
    Ada baby nak lahir nanti dari zuriat I? oh. sungguh emotional.

  14. Rara Says:

    ya Allah! Kakak Chika, besarnya kerusi! Nak tumpang duduk boleh? :P

    chika Reply:

    kenapatah kerusi untuk menyuntik mesti besar camni. Kat mana2 pon.
    Meh la Rara duk seblah akak meh :P

  15. feez Says:

    hi new-rule..
    kalo name fizah, how they called eh?
    feyzah maybe.. hehe..

    ouch.. kalo kt sini time buat glucose test rasanya kena minum segelas air gula..
    sana mcm senang saja..

    chika Reply:

    mungkin jadi FYE-ZA

    I pon tak tahu. Tak pernah ada pengalaman. Pengalaman pertama, terus dapat air ‘sprite’. HAHA

  16. ciare Says:

    adakah ini air gula yg selalu dilabelkan sbg TAK SEDAP oleh bakal2 ibu? tp knapa newrule ckp sedap. kalo mcm tu i pon nak minum ;p

    wuaa comel sgt chika atas kerusi beso tu :)

    chika Reply:

    tak tahu la kalau ada benda lain yang dimaksudkan air gula tu. Tapi yg i minum sumpah sedap. You imagine la sprite tu sedap camne.

    besar kan kusi tu? Siap ada alas kaki lagi supaya kaki tak tergantung.

  17. yonnaism Says:

    o.m.g.

    i rasa semua org kena minum air buatan aussie mungkin. kawan2 i yang preggy semua sumpah seranah takkan minum dah. tak sedap. apa lah. bila kena buat test tu, muka habis bad mood.

    apasal u happy?

    kerusi besar atau u kecik? mmg kecik sgt u! T__T

    chika Reply:

    i pon tak tau la apa rasa air gula yang orang lain maksudkan. Yang i minum tadi memang ‘sprite’. Minum air gas! haha. Sejuk plak tu.

    sumpah besar kerusi tu. semua kerusi (kat mana2 hospital pon) yg i pegi untuk ambik darah, semua kerusi dia besar camni. Siap ada pengalas kaki supaya kaki x tergantung. Tak tau pulak kenapa kena kerusi besar.

  18. bintul fadzsna Says:

    new-rule?!! chika sorry ea… ini benar2 mencuit dan meggeletek hati dan semua organ dalaman yg berada di dalam abdomen saya… aduhai….
    saya gelak tak henti2 sambil sebut new-rule byk kali…hehehehe… nurse2…ahahaha =))

    p/s: congrats ya tak lama lg bakal jadi mama… hehe =)

    chika Reply:

    Gedikkan bila sebut NEW-RULE. hahaha.

    terima kasih. Pray for me :)

    bintul fadzsna Reply:

    insya’Allah..Allah bersama kamu puan chika… hehe…fi amanillah

  19. adlin Says:

    cam lain punya version je your test chika…

    kat msia,u have to fast overnite,pagi2 kena amik fasting blood glucose..then kena minum glugose drink yang macam nak kena sumpah seranah tu..haha!after 2 hrs baru amik blood lagi skali.

    i’m really2 sure 4 that. i’ve done that test before.tapi bukan sebab pregnant tau.haha.

    anyway,have a lovely pregnancy journey!

    chika Reply:

    My husband told me the same thing this morning. Yang I kena puasa. And then kena minum air glucose. And then ambik darah. Tunggu a few hours and then ambik darah again. Tapi bila I sampai sana, lain pulak.

    I don’t know. Ikut je. HEHE.

    Ya sure I will. Pregnancy is beautiful indeed :) Thank you very much :)

  20. ~cinderella~ Says:

    wow chika,,sronoknye tgk chika pragney..=)..time first chika gtau chika pregney,sronok sgt even da agk.me n myfriends sronok cm kami lak yg pregney..haha..moge chika cihat n baby pn cihat slalu..amin..xsaba nk tgk muke baby new rule..hehe

    chika Reply:

    terima kasih.
    Saya sendiri pon asyik terfikir-fikir, macam manala muka my baby nanti. Tapi tak kesahla muka mana pon dia ikut, yang penting sehat walafiat inside and outside. Insyaallah :)

  21. kdee Says:

    NEW-RULE?hahaha..sounds nice!lawak la.hehe

  22. oYa Says:

    huhu…
    sy pn dh kena minum air gula ni..
    nyampah gile..
    dhle rs air gula tu manis gile..
    xbleh nk digmbrkan betapa manisnye air gula tu..

    dhle mlm sblm tu kn puasa dr kul 10 mlm..
    pg2 kul 8 doktor akan check dulu bacaan gula, pstu dia akan bg minum air gula, 2 jam slps tu doktor akan check lg bacaan gula kita..
    bayangkn dr kul 10 mlm yg sblm tu smpi le lps check bacaan gula yg kali kedua tu kita xbleh nk makan apa2…

    ms tu perot ni rs lapar xhingat dh..
    dhle rs nk termuntah sbb minum air yg manis melampau tu..
    ms tu bile sendawa sbb angin pn smpi terasa lg air gula tu kt tekak..

    best le chika dpt minum air yg ala2 sprite tu, kt m’sia ni xdapek le nk merasa air gula cmtu.. huhu…

  23. Sue@iza Says:

    Chika, comelz giler tgk gambo dok kt krusi besar…mcm krusi giant….tringat citer goldilocks and 3 bears…comel, comel…

  24. fashya Says:

    yelah…..air gula sangat tak sedap…tak mau minum dah….baru je kene minum semalam….nasib baik tak miuntah….

  25. ✿ nurulism.com ✿ » Blog Archive » Antenatal Visits; Week 30 Says:

    [...] pressure saya, bagus. Semua pon baik sahaja. Setelah selamat membuat Glucose Challenge Test, saya dikerah membuat Glucose Tolerance Test pula beberapa minggu lalu. Semata-mata sebab urine [...]

Leave a Reply