Table For Two
‘Hello. I dah nak balik dah. Hari ni kita makan apa, Sayang?,’
‘Hari ni I masak. Tunggu you balik ni,’
‘Yeayy!’
.
Kan. Kan. Kan dah kata. Tak rugi betul kalau masak. Takyah dengar kata pujian sekapur sirih ke apa, dengar dia cakap YEAY pon dah cukup seronok rasanya. Seronok gila. Berbaloi setiap saat yang diluangkan dalam kitchen. Berbaloi tangan pijar potong cili. Berbaloi mata pedih potong bawang. Berbaloi tinggal seorang dalam rumah sepanjang hari.
Ayam blackpepper sebagaimana yang diberlagakkan tadi, dah siap duduk atas meja. Taklah bukan ayam tersebut duduk. Ya Allah scary gila ayam duduk atas meja makan! Sekarang tunggu suami pulang dan kemudiannya, table for two.
//
Resepi Ayam Blackpepper.
Ok salin salin. Siapa terror, salin dalam hati. Siapa tak salin, tak apa. HAHA. Ih malu gila setiap kali nak bagi resepi dalam blog. Sebab macam terror sangat je nak ajar orang memasak. Tapi tak apalah. Bak kata pujangga, malu tulis resepi, sesat jalan (I cipta)
Bahan-bahan ;
- Ayam. Jenis dan berat ayam terpulang anda. Tapi Rabun Ayam takleh.
- Sayur-sayuran mengikut citarasa. Macam saya, saya gunakan broccoli, capsicum, tomato, mushroom dan … ok itu saja sebenarnya.
- Sos tiram (oyster sauce). Sos tiram, tahu! Bukan tiram tersebut :P
- Kicap. Any kicap also can. Selalu dalam resepi suka nak paksa orang pakai jenama tertentu dan jenis tertentu. Tapi dalam kelas memasak Chika Ramsay (eceh, sempena Gordon Ramsay), anda akan dididik menjadi daring di dapur.
- Tepung jagung (corn flour). Tepung pelita boleh? Tepung pelita tu benda lain, hindarkan. Cairkan dengan setengah cawan air like that.
- Blackpepper. Dibubuh sebanyak yang anda suka tanpa pengaruh siapa-siapa.
untuk tumis,
- Bawang besar. Ini bahagian memedihkan mata. Gunakan Johnson&Johnson. Blergh.
- Bawang putih. Sikit dalam dua tiga ulas.
- Halia. Satu inci.Macam standard la, bila sebut halia mesti nak kena sebut satu inci. Tak tahu kenapa. Ikut saja cakap cikgu.
.
- Bahan tumis itu semua dicincang halus. Pastu tumislah ia sampai masak. Harap bawak bersabar. Kalau malas bersabar, nanti bawang tak cukup garing. Pasti tak sedap. PASTI.
- Dengan kesabaran yang telah disemai tadi, bawang pon telah garing cantik. Masukkan ayam.
- Agak-agak ayam tersebut kasiklah macam masak-masak sikit. Janganlah sampai dia garing di dalam periuk. Dikhuatiri akan menghasilkan ayam goreng pula padahal bukankah kita mahu membuat Ayam Blackpepper?
- Bila ayam macam dah masak-masak sikit, masukkan kesemua kicap, tepung jagung, sos tiram, blackpepper dan garam. Gaul sebati. Eceh. Gaul sebati. Selalu dengar chef cakap macam ini.
- Terakhir sekali, masukkan sayur-sayuran pilihan anda ke dalam kuali. Kacau kacau kacau.
- Siap.
- Boleh call suami atau emak atau bapa atau adek-beradek atau kakak ipar untuk menyampaikan perkhabaran gembira ini.
- Nikmatilah dengan orang kesayangan anda.
.
Senang bukan? Senang gila. Gila pon takda senang macam ini. Err. Bunyi saja macam susah. Itu pon sebab anda tidak menggunakan teknik membaca entry resepi Chika yang betul. Kalau anda membaca dengan teknik yang betul, pasti anda sedar betapa senangnya resepi ini. Habis, apa teknik dia? Anda hanya perlu membaca tulisan yang ditebalkan sahaja. Sebab selebihnya itu ayat pembaziran yang menyusahkan anda tujuannya. HAHA.
Ok, sekarang baca lagi sekali dengan teknik yang betul. Selamat mencuba.




February 1st, 2010 at 4:35 pm
mmg sedap gila. suka gak masak lauk neh. pastu suka letak kentang. sedap sedap :)
chika Reply:
February 1st, 2010 at 5:02 pm
Kentang tak ada. Kalau letak kentang memang ngam.
February 1st, 2010 at 4:37 pm
hehehe.tengkiu.i dah leh bau ayam blackpepper u tau.haha
chika Reply:
February 1st, 2010 at 5:03 pm
terror kan? baru bubuh resepi dah keluar bau. HAHA :P
February 1st, 2010 at 4:37 pm
Thanks for the recipe chika! Memang tengah kumpul recipe senang2 nak bagi bakal suami masak :D
chika Reply:
February 1st, 2010 at 5:03 pm
Ha?
bakal suami MASAK?
bukan MAKAN?
hahaha :P
sama-sama.
bersamalah kita mencari jalan pintas di dapur :D
February 1st, 2010 at 4:38 pm
yeayyyy!!
sekali cuba pasti nak lagi!!
chika Reply:
February 1st, 2010 at 5:03 pm
wah begitu yakin?
February 1st, 2010 at 4:41 pm
hahaha.. kelakar btol. nati nak try la ayam blackpepper chika ramsay nih
chika Reply:
February 1st, 2010 at 5:04 pm
eh mesti try tahu.
mesti try.
semua orangkena try.
:P
February 1st, 2010 at 4:55 pm
wah bole cuba ni. i suka resepi yang simple2 je sbb alergy dok kitchen lelama haha
chika Reply:
February 1st, 2010 at 5:04 pm
i pon suka resepi simple.
mencari jalan pintas di dapur :D
February 1st, 2010 at 4:57 pm
ala,
gambar mana?
bahan bukti adalah perlu
kah kah
chika Reply:
February 1st, 2010 at 6:05 pm
Percaya je kat I.
HAHAHA :P
February 1st, 2010 at 5:05 pm
hehe, i always use more than 2 inches of ginger in everything…
makes you wanna kentut all days long… buang angin bagus la kan?
chika Reply:
February 2nd, 2010 at 2:15 pm
HAHAHAHA.
I tak tahu 2 inci tu nak ukur camana. I mean lebar dia ke panjang ke apa (wa detailnya kan) HAHA so actually i bantai je :P
February 1st, 2010 at 5:05 pm
ahaha..mmg scary lah bile bayangkan ayam dok kat meja..haha..
chika Reply:
February 2nd, 2010 at 2:16 pm
scary gila.
confirm tanak makan ayam dah
February 1st, 2010 at 5:50 pm
thanks puan chika atas resepi ayam blackpepper ni.. skrg mau tangkap ayam~ (macam betul je kan)
oh yer, masa tumis tu, minyak takyah banyak kan? cam sikit2 sudah la kan? hm?
chika Reply:
February 2nd, 2010 at 2:30 pm
ha ah jangan banyak. Nanti oily la
February 1st, 2010 at 7:46 pm
resipi ni ditulis sebelum malam kan? hehehe…nak try la nanti, iAllah…kadang2 ikut resipi lepas tu campak mencampak dengan yakin masakan itu sedap…at least untuk yang memasak…kan. bagus2 sebab dah berasa sihat ye…
chika Reply:
February 2nd, 2010 at 2:30 pm
campak2 la sedap.
hidayahyassin Reply:
February 2nd, 2010 at 3:32 pm
aah…sedap. sebab yg nak mkn pun kita je kan…kurang ke lebih kita boleh adjust…
February 2nd, 2010 at 9:11 am
aku pon kalau wife aku kata nak masak, aku akan kata “yeay”. walaupun sbnrnye hampir setiap hari dia masak. hehe. cuma kalau aku tau dia baru lepas seharian bz kat opis, aku tanya 3-4 kali, “betul ke larat nak masak? kalau tak larat boleh beli je kat kedai.” hehe
February 2nd, 2010 at 9:39 am
Tetiba rasa lapar plak tgk resepi ni……hehe…harus try resepi dari chika ni…..=)
February 2nd, 2010 at 10:08 am
ohohoh..chika, bagaimana penerimaan sang suami dgn meal awak tu? pasrah? gembira?hehehe
February 2nd, 2010 at 10:44 am
slm bakal ibu..
chika msk mcm sempoi je..senang je nmpk xtvt cooking chika tu
sy ni mmg tk pndai msk..so nk tnyela sket …aym tu mmg tkpyh perap ngn garam ke ape ke?
mmg trus kite msk cmtu ke?
heheh sori ek..sy btol2 dak+ibu bru blajar..
mekaceh
February 2nd, 2010 at 11:57 am
wahh! macam sedap!
oke i nak try.
February 2nd, 2010 at 12:59 pm
ayam black pepper sgt sedap…n yup sgt berbaloi masak untuk suami ;)
February 2nd, 2010 at 2:54 pm
lama x masak this recipe…
ayam selalu abis stock..hahha..
so,xkn nk wt ikan black pepper kan?
letak kentang memang truly the delicious..
hahaha..
seronok ye table for two ;)
have a nice one!
February 2nd, 2010 at 4:10 pm
Hai Miss Chika… yup this is a simple and nice recipe. Usually I just use the oven to cook this. Kalau pakai kuali, I just perap everything termasuk the kicap, oyster sauce, black pepper, segala bawangans (haha), etc and goreng je cam biasa.
@tulisan lebih-lebih vs bold:
alahai Miss Chika… kalau u taruk yg bold tu je, sure tak best nak baca. ayat yang lebih2 lagi terlebih sangat tu lah yg buatkan org nak baca. mmng fitrah manusia pun suka yg complicated xP. My 0.02
February 3rd, 2010 at 1:31 pm
hehehe…sangat best la ayat2 Puan Chika nih. Memang metoi2 dapat ilangkan stress…Best2 resipi tu..pasni leh le tunjuk resipi len plak ek?