Archive for February, 2010

Tak handsome macam gajah

Posted by chika under Uncategorized

Eiffel Tower is falling down. Gara-gara serangan angin hujung Summer. Rumah kami ni kan, memang kuat naik angin HAHA. Penghujung Summer ni, angin bertiup kencang-kencang. Seram. Sumpah seram lagi seram dari cerita Tower 13 blergh. Agaknya. Saya tak pernah tonton, saya teka saja.

Kalau menyaksikan drama Jepun misalnya, sometimes dia suka bagi efek bunyi angin menderu. Ala-ala bunyi whistle atau bunyi bersiul-siul. Sesuatu yang seperti ini ; Ssssssuuuuuuuuuuuu. Su? Apa-apalah, you got it kan? Ditambah pula dengan jiran sebelah pergi gantung rambu-ramba yang bertali-tali tu. Yang kalau disapa angin, berbunyila kting kting ting ting ting ka-ching! Seram gila. Taklah. Bunyi yang ka-ching tu memanglah tak seram. Mana mungkin berasa seram dengan bunyi berupa KA-CHING, bukan? Bunyi itu semua kita pon suka. HA$HA$HA$

Panjang gila explain. Hoccay. Macam itulah cerita dia. Bila angin bertiup saja, macam-macam bunyi seram pon keluar. Seriau rasa. Dahlah panorama rumah ini sangat country. Rumah kami atas bukit pulak tu. Sekali angin tegur, memang tumbangla segala apa yang ada. Penyidai baju terutamanya. Pastu kalau dibuka sliding door, benda-benda yang kurang kuat dan tidak tabah pon akan tumbang sama.

Contoh ;

Eiffel Tower yang tidak tabah.

Sekali disapa bayu, terus tumpas. Terus bergelimpangan atas lantai. Terus sakit hati aku dibuatnya. Dah lah nak pasang dia leceh. Akhirnya saya fikir, nak gam terus kepingan-kepingan menara ini. Biar tak bercerai-berai dah till death do them apart. Eceh. Geli.

Pada malam tersebut (dua malam lepas), selepas makan malam, saya pon cuba mengerjakan kepingan-kepingan ini. Bukak laci, jumpa SUPER GLUE.Atau dalam bahasa zoo nya, disebut gam gajah. Dalam iklan, dia cakap gam tersebut boleh mengangkat gajah. Sungguh over persepsi iklan tersebut. Mana mungkin aku percaya. Tengok harga ; TIGA POSEN. Heh. Murah. Tak akan benda murah macam harga gula-gula Kopiko ini bisa mengangkat gajah. Tak akan terpedaya.

Terus cucuk dia. Terus meleleh keluar cecair yang sungguh cair macam air. Tak sempat nak bubuh dia pada Menara tersebut, cecair cair macam air tersebut dah sambar ke jari-jemari saya terlebih dahulu. Wah, sejuk.

Tiba-tiba. Eh. Apsal neh apsal neh? Dua jari macam melekat kuat seolah-olah tak mahu dipisahkan lagi till death do us apart. Aaaah, nak marah la ni kan. Messy gila. Habis. Tapi nasib baik dapat dipisahkan kedua-dua jari tersebut setelah bertindak cepat-cepat.

‘Sayang! Kuatnya gam niiii!,’

Begitu jakunlah saya mengkhabarkan kekuatan gam tersebut.

‘Gam apa you pakai?,’

Husband saya tengah relax-relax menonton tv ketika itu.

‘Super Glue’

Begitu lancar saya mensebutkan nama tersebut.

‘Huh? You guna Super Glue? Baik-baik. Gam tu kalau kena tangan memang tak tanggal la jawapnya’

Erk.

‘Dah kena dah pon’

Saya pon tengok tangan. Ya Allah. Banyak gila kena. Dah kering pulak tu dalam sekelip mata. Habis habis.

‘Laaaaa. You kena kikis kulit you tu. Kalau tak kang nak ambik wudu’ camne?,’

Asalnya saya relax saja. Kena gam, kenalah. Tapi bila husabnd saya cakap macam itu, barulah nak menggelupur. Huh. Sumpah memang kuat gam tersebut. Macam orang gila saya malam tersebut mentenyeh tangan. Memang tak mahu hilang. Gaaaaaaah. Banyak pulak tu surface yang kena. Husband cuba ambil turpentine. Tak berkesan.

Akhirnya, saya cuba genyeh jari guna penyental periuk. Tak tak. Bukan yang dawai kasar tu. Tapi yang warna hijau. Yang agak kasar lah, tapi tak sekasar yang dawai tu. Satu kerjalah malam tersebut suami saya menyental jari isterinya. Ya Allah, pedih gila! Jari saya habis merah-merah sampai terluka. Sampai bengkau kau!

Tak berkesan. Gam tak hilang. Tapi jari saya dah habis dah luka dan pedih. Tak guna betul gam tersebut. Tak padan dengan tiga posen!

Disebabkan belum solat Isyaq malam tersebut, nak tak nak kena buang juga gam tersebut secepat mungkin. Saya dah macam orang tak tentu arah dah. Sebab jari dah pedih. Macam tak berbaloi langsung kejadian macam ini. Disebabkan benda kecil saja. Huh marahnya rasa!

Saya suruh husband saya google. Apa nak dibuat dengan gam tersebut.

Akhirnya, malam tersebut kami pon rushing keluar carik farmasi. Nak beli nail polish remover. Sebab kandungan aceton yang terdapat dalam polish remover tersebut boleh menewaskan seekor gajah. Gam gajah maksud saya.

Lagi beberapa minit saja sebelum jam 9. Jam 9 malam, semua kedai akan close macam tak sabar-sabar. Sungguh bosan bandar ini. Nasib baiklah sempat juga . Dah dapat nail polish remover, lega. Terus memandu pulang ke rumah.

Sampai rumah, tak tunggu apa dah. Terus pergi ke sink. Terus curah benda tersebut ke atas tangan.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaarght!

Saya teriak tak semena-mena. Ikutkan hati, memang saya teriak dengan kelangsingan bunyi paling tajam sampai jiran semua pon datang serang kami bawak parang ke apa. HAHAHAH. Tahukah apa telah terjadi?

Kan sebelum tu kan kami dok tenyeh tangan guna penyental pinggan mangkuk kan? Pastu tangan saya dah luka-luka kan? Kena pulak dengan aceton! Sungguh sukar nak diterjemahkan kesakitannya dalam bentuk kata-kata. Sungguh perit. Patut menangis keluar hingus dan sebagainya.

Namun. Perbuatan tersebut adalah berbaloi. Kejap saja. Gajah pon ditewaskan. Barulah senang hati. Walaupon jari saya luka pedih beberapa hari lamanya. Hari ini jari telah pon menjadi sejenis luka. Tapi tak apa. Tempat jatuh lagi dikenang. HAHAHAHA.

Setelah selesai kejadian yang macam tak berbaloi langsung ini, suami pon menamatkan cerita dengan kata-kata ; Lain kali jangan main Super Glue ye, Yang. Bahaya. Benda ini bahaya.

Baiklah T_T

Sekarang dah percaya dah iklan super glue yang over tu. Ingat heh. Gam tiga posen pon terror juga.

Okay tamat cerita. Bersurai semua.

Pajeri Terung Tiba-Tiba Menjadi Petola

Posted by chika under Uncategorized

Selalu dengar dan tengok, orang mengandung mesti macam kuat makan. Macam hidup dia berpusing pada paksi makanan atau seumpama dengannya. Dan akan disudahi dengan ayat cliche ; Baby I yang nak makan. Pastu rasa tak bersalah. Belasah lagi. Belasah lagi. Tak, bukan belasah baby. Tapi belasah makan lagi.

Bukan saya cakap itu perbuatan salah. Tapi saya rasa, saya yang bermasalah.

Awal pregnancy dulu, memang menyampah sangat tengok makanan. Macam musuh sangat. Lagi-lagi bau nasi yang baru nak masak. Rasa macam marah sangat sampai benci sangatlah dengan makanan. Sebab buat saya rasa seksa.

Sejak sebulan dua ini, Alhamdulillah. Dah boleh makan dah. Tapi tapi tapi.

TAPI!

Heh orang cakap jangan sewenang-wenangnya pakai caps font besar nanti nampak macam marah padahal bukan.

Tapi. Saya tak boleh makan banyak. Setiap kali selepas meal, especially meal yang agak berat seperti nasi, saya akan end up termengah-mengah dan mengelupur tak boleh bernafas. Saya hanya boleh makan dalam kuantiti yang saaaaaaaaaaaaangat kecil. Kejadian ini menimbulkan persoalan berbaur pelik. Macam mana selalu tengok ibu hamil kuat makan? Kenapakah saya tidak?

Blergh.

Masalah betul hal ini.

Baru lunch. Sekarang tengah mengelupur mengah dan sesak nafas. Padahal makan bukan sikit punya sikit. Atau dalam kata lain, sikit gila. Biasanya ia akan mengambil masa untuk kembali bernafas secara normal. Itupon dengan bantuan postur yang betul. Kalau tak, nahas.

Sudahlah tu mengadu.

Tadi lunch berlauk pajeri terung, ikan masin dan telur dadar. Makanan orang bujang T__T Oh, bujang rupanya. Heh seakan-akan bujanglah juga sehingga malam ini. Suami on call sampai ke malam. Saya kalau duduk seorang, saya memang tak masak sakan. Buat semak dapur saja pastu akhirnya saya setakat cuit-cuit. Jadi, saya biasanya akan masak beberapa jam sebelum suami pulang.

Apa tadi kau cakap? Pajeri terung?

HAHAHAHA semalam saya mencuba buat. Macam ada potensi cuma perlukan latihan. HAHA. Saya suka sangat pajeri terung. Pajeri nenas tak suka. Sebab saya tak makan nenas. Memang tak suka makan nenas sedari kecil. Sebab nenas itu tempat tinggal Spongebob. Heh tak munasabah.

Senang saja buat pajeri terung. Yang penting, ada terung. Sebab kalau takda terung, macam manakah nak dikatakan sebagai pajeri terung. Bukankah begitu? Dan pajeri bolehlah didefinisikan sebagai another version of curry. Erk? Salahkah? Okay, kalau salah tolong betulkan.

Disebabkan tengah bercakap tentang pajeri terung secara tak semena-mena, sekarang saya akan menunjukkan lauk petola kepada anda. Aik?

dsc05827

Saya tak pandai potong petola. Masak apatah lagi. Semasa petola berada di dalam tangan, saya pon tenung dia lama-lama. Fikir punya fikir, macam mana neh nak potong? Kang aku potong kau bentuk pentagon kang. Puas saya kenang-kenangkan kembali kenangan memakan sup petola. Cuba imagine macam manakah rupa petola tersebut di dalam mangkuk. Langsung tak ingat. Sudahnya, saya belah dua. Pastu saya buang semua kulit hijau dia sampai botak. Sampai tetiba petola pon sudah takda seperti petola lagi. Sudah menyerupai satu objek lain yang aneh. Dan lembek tanpa kulit.

HAHAHHAHA.

Selepas puas dikerjakan petola tersebut sampai botak, saya pon pergi google. Eh. Salah rupanya. Apsal orang lain masak semua pon masih ada kulit hijau sikit-sikit. Nampak begitu cantik petola mereka. Apsal saya punya sudah botak, putih mulus dan lembek? HAHAHAHA. Tapi tak apa. Masak!

Nasib baik menjadi. Cuma rupa petola tersebut sangat aneh sampai saya sendiri pon malu nak tunjuk kepada anda pada angle yang tepat.Anda tak akan dapat membayangkan betapa hancurnya petola tersebut saya kerjakan.

Minggu depan akan cuba lagi sekali. Sebab memang tak puas hati dengan performance yang ditunjukkan semasa mempotong petola.

Habis cerita.

Antenatal Class ; Full House.

Posted by chika under My Fancy Pregnancy

Labour pain. Saya tak ada idea. Langsung.
Apa yang bakal terjadi di dalam labour room.
Pon tak ada idea.

Macam pelik kalau saya cakap saya ada baaaaanyak idea pulak.  Kan? HAHA. Ini anak sulung. Excitement lain macam. Gementar pon lain macam. Dan bermacam-macam lagi yang lain macam. Sampaikan baju apa kena pakai semasa dalam labour pon dah terfikir secara begitu lain macamnya. Tak tak. Bukan nak bergaya ke apa dalam labour room nanti. Tapi sumpah curious adakah perlu pakai kain? Atau baju kena ada button (okay imaginasi pelik indeed but — Okay lah memang pelik) Atau pakai pakaian dengan code warna tertentu atas faktor psikologi? HAHA begitu banyak masa untuk berfikir nampaknya.

Belum lagi pada topik UNEXPECTED OUTCOMES. Huh takut huh takut. Berhadapan dengan labour pain lagi-lagi buat kali pertama memang satu imaginasi yang tak boleh handle. Dengar cerita, tak lama lagi akan mula mendapat beberapa kali FALSE ALARM. Atau dalam istilah lainya ; Braxton Hicks. Err. Mungkin bukan false alarm. Tapi lebih kepada mock contraction.

Eh kejap.

Kalau Braxton Hicks merupakan sejenis rehearsal contraction, mungkin saya sedang mengalaminya beberapa kali ketika tempoh ini. Tengok. Aku sudah confuse. Like I can’t handle the knowledge in pregnancy. Saya tak suka. Saya nak tahu semua yang jadi dengan saya dan bayi. Dan nak faham kesemuanya tentang pregnancy.

Oleh itu,

Saya perlukan ANTENATAL CLASS.

DSC05772

Arrivals ada antenatal class dia yang tersendiri. DSC05774

Ada dinyatakan terperinci dalam pamphlet yang diserahkan saya berserta sebuah fail mengandungi macam-macam info pregnancy from A to Z. Arrivals sangat cool. Selain tempat dia yang cool (sebab warna hijau HAHAHA), selepas appoinment pertama terus berpeluang sesi suai kenal dengan midwife. Dia bagi nombor yang boleh dihubungi anytime. 24 hours. Boleh bercakap dengan midwife dan mengajukan soalan munasabah. Seperti kalau berlaku vaginal bleeding ke, bayi tidak bergerak dan sebagainya. Tapi kalau nak ajak sembang-sembang pasal nama bayi, takyahla. Buat susah-susah aje. HAHAHA. Kang dia recommend nama bayi secanggih Lady Gaga atau Ricky Martin ke apa. Huh, menjawaplah engkau! HAHAHA.

.

Selingan berkaitan : Nama baby insyaAllah sudah ada. Untuk lelaki mahupun perempuan. Nama yang biasa sahaja menjadi pilihan kami. Nothing trendy. Nothing vogue. And nothing glamorous. InsyaAllah yang bermakna baik sebagai doa. Cukuplah.

DSC05775

Tengok. Program dia interesting.

Lagi interesting, antenatal class yang dianjurkan mereka akan melibatkan tour di Mater Mothers Hospital. Artinya, boleh pergi tengok sendiri keadaan tempat melahirkan kelak. Dan boleh sedut aura-aura of delivery. Eceh.

Malangnya;

DSC05777

Weekend Workshops ; FULL.DSC05778

Weekly classes ; FULL.

HABISTU?

Saya dalam senarai menunggu chance. Just in case ada couple yang cancel, barulah pasangan ini akan dimuatkan. Sob sob sob. Itulah dia. Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang. Kan tu. Kelas untuk May masih ada. Tapi, bukankah saya dijangka memberikan kelahiran menjelang awal May? Buatnya ditakdirkan saya bersalin terlajak awal ke apa? Sia-sia.

Atau mungkin, menyertai kelas lain yang dianjurkan oleh organisasi lain. Tapi dah kurang feel lah. Sebab tak ada tour ke hospital yang tersebut. Itulah dia. Tertunggu-tunggu. Sekarang kan dah tercicir. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak ada, kita makan ikan masin dinner karang. Eh tetiba pulak dia.

DSC05776

Bawak-bawaklah makan ikut jadual ye.

Selingan munasabah lagi ; In your early pregnancy, hindarkan dari Vitamin A supplements. Ia memberikan risiko birth defects. Pastukan, disebabkan husband saya macam bagitahu berita ini semasa saya awal kehamilan dulu, saya asyik paranoid saja dengan carrot. Sampai sekarang pon dah takut dah tengok carrot. HAHA. Silap-silap sampai ke sudah aku tak makan carrot kang. Okay, yang itu cuma sikap paranoid tak ada tauladannya di situ :P

Sudah sudah. Habis pasal antenatal class, nak pakai baju butang ke tak paranoid carrot dan sebagainya.

.

Sekarang nak khabarkan salam takziah kepada keluarga seorang pembaca saya yang telah pergi dijemput Ilahi pada hujung Januari yang lalu. Saya baru tahu T____T

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Hidayah Aziz yang telah pulang ke rahmatullah kerana sakit kanser yang dialaminya.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatasnya.

Bagi Mudah Bersalin

Posted by chika under My Fancy Pregnancy

Setahun dah duduk sini. Dan kali ini tempoh paling lama tak balik Malaysia. Pagi ini berasa sungguh suriram. Tak. Suram sebenarnya. Macam rindu sangat nak balik KL. Apakah yang terbaru di rumah? Selain cerita pasal kereta putih tu, sudah! Cantik sangat malas nak puji. HAHA.  Emak cakap, emak tengah seronok tengok pakaian bayi. Hooooray! Tapi emak tak pasti macam manakah nak adjust diri  bila bercucu kelak. Belum tahu apakah yang cucunya akan panggilnya kelak. HAHAHAH. Ibubapa cakap lagi, buat list benda yang nak pesan. Nanti mereka carikkan. Baiklah, kalau boleh nak pesan keropok lekor. Ey ey! Orang suruh buat list barangan bersalin lah, bukan barang nak makan T__T

Emak nak belikan set lepas bersalin untuk saya. Siapakah tahu, apakah dia set terpaling mujarab, mudah dan sedap? Taklah. Sedap tu takyah la sampai mencapai tahap sesedap ikan terubuk bakar ke apa. Tapi yang rasa dia tak menyeksakan. Yang paling bagus, yang boleh bagi kesan pemanasan secara begitu hebat sekali. Sebab saya bakal berpantang dalam musim sejuk. Tak tahulah apakah dia rupanya berpantang. Selalu tengok dalam tv, orang berpantang pakai kain batik, ikat rambut tinggi-tinggi, muka pucat, jalan pelik dan terdapat kesan calit-calit kuning dekat dahi. Tak mahu macam itu, boleh? Pasal apa emak saya takda berupa macam itu pon semasa berpantang? Sangat steady jalan sungguh laju siap bersiar-siar pastu balik rumah kena marah dengan emak mertuanya. HAHAHAHAHA. Orang kata, emak kita adalah idola kita. Jadi?

Tempoh hari ada orang tanya saya. Maaf kepada yang bertanya. Tapi saya dah pon beritahu setakat yang saya tahu sahaja. Jangan ambil hati ye.

Awak dah 7 bulan kan?

Ya ya.

Tak buat gelenggang perut?

Astaghfirullah. Masih adakah yang tak tahu bahawa perbuatan tersebut merupakan bidaah? Kerap sangat diingatkan oleh ilmuan bijak pandai suapaya jangan melakukan majlis tersebut. Pon masih ramai yang ambil enteng ye. Saya harap, perkongsian cetek ini memberi buah fikiran yang dalam kepada yang belum tahu. Banyak cara untuk menyambut kelahiran bayi yang lebih sehat dari segi akidah.

Saya ingat lagi. Sejak saya kecik tak faham erti mengandung dan kelahiran pon, bapa dah ingatkan ; Nanti ditakdirkan ada rezeki anak abah mengandung, jangan ikut benda-benda ni. Ditakdirkan pulak dapat keluarga mertua yang jenis beradat itu ini, kalau boleh minta jangan diadakan upacara gelenggang perut ke apa.

Fuh. Syukur emak mertua saya bukanlah yang begitu. Sebab, ibu saudara saya ada dapat emak mertua yang kuat beradat dan bertradisi. Kesian sangat tengok dia masa mengandungkan anak sulung. Tak boleh itu, tak boleh ini. Tak boleh lalu bawah ampaian baju. Kalau berjalan kena bawak ini, bawak itu sebagai tangkal. Ya Allah. Sangat sulit. Tapi saya tak pasti pulak kalau-kalau dia pon mengadakan gelenggang perut.

Betul. Ada banyak petua orang tua yang kedengarannya aneh tapi ada udang di sebalik batu. Tak tak. Bukan udang yang jahat. Tapi udang yang sedap. Macam sebenarnya, bunyi saja tak logik. Padahal disebalik petua tersebut ada tauladannya yang munasabah. Tapi tak kurang juga yang sangat aneh malah mengarut. Dipendekkan cerita yang sebenarnya memang pendek ini, ikutlah selagi tidak berciri bidaah, khurafat mahupun tahyul dan mencabar akidah.

Gelenggang perut itu apa, Puan?

HAHAHAHA. Sebenarnya saya pon tak begitu tahu. Yang saya tahu sikit-sikit, ia adalah perbuatan yang bertujuan membetulkan posisi bayi sebaik saja bayi berusia 7 bulan dalam kandungan. Kira macam menurunkan kepala bayi, barangkali. Dan ia dilakukan dengan beberapa syarat yang memerlukan barang tertentu seperti pengeras, minyak, kain warna-warni (tak sure warna apa. Mungkin warna macam bendera Itali ke, I do not know) dan sebagainya. Diadakan juga bacaan surah Yusuf (kalau tidak silap saya). Disudahi dengan kenduri dan sebagainya.

Okay. Tujuan utamanya boleh disimpulkan untuk ; Membetulkan posisi bayi.

Sedangkan. Terdapat amalan lain yang boleh dilakukan mengikut keyakinan terhadap Al-Quran. Berdoa saja pada Allah dengan keyakinan. Contoh; ada pembaca yang bagitahu saya, amalkan selawat Syifa.

Gabungan surah Al-Fatihah, Selawat Syifa’ dan ayat Lauanzalna boleh diamalkan bagi tujuan menurunkan sesuatu seperti untuk memudahkan kelahiran bayi. Ini juga adalah apa yang disarankan oleh pengasas perubatan islam.

Tengok. Cara ini dahlah mudah. Boleh dilakukan sepanjang tempoh kehamilan takyah tunggu bayi 7 bulan. Percuma. Dan tidak engage dengan perbuatan yang dikhuatiri khurafat dan sebagainya. Percayalah cara ini. Dan yakinlah dengan keberkesanan Al-Quran sebagai penawar penyakit.

Bacaan Selawat Syifa’

“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang (menjadi penyembuh) hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

.

ayat Lauanzalna
(surah al-Hasyr ayat 21-24)

Amalkan. Dengan yakin. Insyaallah dengan izin-NYA. Semoga semua rakan-rakan yang seiring sejalan (HAHA) sarat membawa kandungan di dalam perut yang comel sama-sama mudah melahirkan. Kita doa saja. Sekiranya ada komplikasi di masa hadapan, anggaplah itu jihad.

Sebenarnya nak bersalin ni bukan satu hal kecik. Bersabung nyawa nanti kita. Saya pon dah mula fikir macam-macam. Macam mana kalau ada komplikasi? Macam mana kalau ditakdirkan Allah tarik nyawa saya pada waktu tersebut? Suami saya cakap, tak apa. Itu salah satu peluang untuk syahid. Suami pesan, kalau syahid jangan lupa jemput dia sekali. Ya Allah.

Wallahualam.

Billabong.Bukan Jenama Pakaian Anda.

Posted by chika under Uncategorized

These days are quite busy. Dengan medical check up dan sebagainya. Memasak juga. Biasanya bila dah keluar rumah, mesti letih berpanjangan. Terus tumpas. Sebab cuaca panas sangat buat rasa sakit. Sekarang susah nak bergerak pantas. Buat kerja semua terhegeh-hegeh. Memasak pon secara terhegeh-hegeh. Setiap kali lepas masak, pon tumpas.

Lama betul tak pergi Gold Coast. Sebab macam tak ada sebab kenapa kena pergi. Kalau dulu boleh bersukaria bagaikan seorang adrenaline junkie. Sekarang dah jadi preggy junkie, duduk je diam-diam dekat rumah.

Hari Rabu pergi Gold Coast setelah sekian lama. Sejak balik Brisbane bulan October lalu, memang rasanya tak pernah turun Gold Coast sekalipon. Tak tak. Bukan nak carik pasal kena stroke ke apa pergi main roller coaster dan sebagainya. Tapi sebab ada medical check up dekat sana. Pergilah secara malas. Sumpah malas. Sekarang ini saya suka duduk rumah saja. Satu, saya malas nak bersiap-siap padahal macam tak siap jugak. Kedua, sebab panas. Ketiga, sebab sekarang harga minyak mahal ecececeh tetiba.

Alang-alang dah pergi Gold Coast, kami pon excited berlebihan nak lunch buffet dekat Dream World. Siap saja medical check up, terus laju-laju ke Dream World. Gila bosan. Tak tahu apakah nak dibuat sementara menunggu buffet start at 11am. Akhirnya kami tersadai di dalam surau HAHA. Punyalah semangat nak makan. Rindu sekali dengan Billabong Restaurant.

Eh apsal aku mengantuk gila macam nak gantung saja entry neh.

YAWN!

Sudahlah. Entry diakhiri tak semena-mena dengan gambar. KAH HA HA HA HA.

Usia 7 bulan.
Siapa?
Tak bukan singa tu.
My baby is 7 months now.
12 weeks more to push.
HAHA.

Okay. Tetiba macam dah tak sedap dah makan kat situ. Tak nak dah. Tidak seindah waktu dulu. Mungkin sekarang citarasa saya sangat berciri domestic. Err? HAHA lagi suka makan dekat rumah.

Tidur sekarang. Tidur.

Bias Di Luar Mahkamah

Posted by chika under Uncategorized

Ada satu news yang sangat mendesingkan telinga dan buat hati panas hari ini. Khususnya bagi muslimin muslimah di Australia barangkali.

Kes tiga tahun lepas. Gadis 17 tahun kena charge membunuh emaknya dan cubaan membunuh bapanya juga. Sebab ; emak menghalang anaknya yang muslim itu untuk convert ke arah christianity. Kes macam biasalah. Ikut teman lelaki. Bapanya seorang doctor yang dilaporkan sebagai seorang devout muslim. Alim ye, alim. Mengikut laporan akhbarlah.

Tiga tahun punya kes tahu! 3 tahun! Dan selepas 3 tahun menjadi kes mahkamah, hari ini negara ini memutuskan bahawa ;

Gadis ini dibebaskan.
She pleaded not guilty.
And today she’s free.

Ya Tuhanku.

Laporan akhbar dan televisyen cakap ; Gadis ini tidak dibuktikan bersalah. Dia kata, yang membunuh emaknya adalah bapanya sendiri. Padahal, bapa dia pon kena stab dekat stomach. Dia cakap pulak bapa dia cuba bunuh diri. Heh? Bapa yang tadinya dilaporkan sebagai seorang muslim yang alim tetiba dikatakan cuba membunuh diri kerana anak dia nak lari ikut kekasih? And then membunuh isteri sendiri? Bukankah aneh?

Lebih aneh lagi. Tiga tahun lepas, polis charge gadis tersebut sebagai pembunuh. Dan hari ini, gadis tersebut dibebaskan. Dan bapanya tidak pula didakwa? Sebab apa? Sebab polis sendiri yakin, bapa tersebut bukan pembunuh yang disyaki. So? How? How? Siapa bunuh emaknya?

Di luar pekarangan mahkamah. Juri menepuk-nepuk dan mengucapkan tahniah kepada gadis tersebut. Siap berpelukan erat tanda gembira. Such thing exist ey? Bukankah perbuatan ini tidak beretika? Situasi ini seolah-olah menjelaskan sikap bias. Macam sesuatu bukan?

Cerita dia senang saja. Kes ini melibatkan seorang gadis muslim yang nak menjadi christian. So? Christian mana yang tidak suka akan perkhabaran ini?

Tapi. Keputusan mahkamah adalah muktamad. She’s free now. Dia tidak akan didakwa buat kali kedua atas dakwaan yang sama. Apa jadipon, dia sudah dibebaskan. Hanya dia dan bapanya yang tahu siapakah pembunuh sebenar. Tapi tak apalah. Keputusan mahkamah cuma duniawi - mungkin betul, mungkin salah. Keputusan akhirat nanti pastinya yang paling benar. Wallahualam.

Kita hormati saja keputusan mahkamah.

Sesungguhnya. Panas hati betul dengan cerita ini. Cerita yang banyak manipulasi. Mungkin.

//

Boleh pergi google kisah ini menerusi news.com.au. Kalau mahu.Anda harus baca kisah ini sepenuhnya. Telinga anda akan berdesing juga. Me and husband cuba titipkan pandangan dan buah fikiran kami. Malangnya, comment kami telah di-reject oleh pihak news. Mungkin mereka tidak suka pandangan kami yang dirasakan mencabar christianity. Sedangkan isu-isu islamiah dicabar berleluasa.

//

Lagi best. Hari ini juga dalam news, dilaporkan tentang seorang bishop yang tidak berseluar dan menayangkan his naked butt. Yewwww. Bagaimanakah ini? Bagaimanakah?