Archive for January, 2010
Posted by chika under
Uncategorized 
Shampoo dengan Conditioner dalam bathroom dah tertonggeng-tonggeng. Tak ada maksud lain. Memang bermaksud sangat yang dia sudah habis. Sudah selesai tamat the end. Sobsobsob sad ending macam drama Jepun T___T
Ok bye.
Entry habis.
//
Huh. Kalau datang petang-petang macam ini bawak entry useless seperti ini baik takyah. Baik sambung makan roti dengan marjerin. Tak habis-habis sebut roti dengan marjerin. Habis, tak akan nak sebut pasal Asam Pedas Ikan Terubuk. Mana mungkin sobsobsob. Ini lebih sedih dari drama Jepun.
Eh cakap betul-betullah sikit.
Baiklah. My favorite shampoo macam tak lama lagi akan habis. Disebabkan sangat favorite dengan shampoo tersebut, berasa macam nak guna shampoo lain pulak. HAHA APA KAU CAKAP NEH? Ya demikianlah. Sudah terlalu laaaaaama sekali bersama L’occitane tersebut. Sekarang saya buntu. Yang benar, Gadis Buntu (Italic, Red and Bold. Font size 24)
Saya punya perangai macam ini ; Suka tukar shampoo. Sebab suka bosan. Jadi bila dah sampai ke satu tahap (iaitu tahap sekarang) dah tak tahu dah nak cuba shampoo apa pula. Sudah banyak juga masa diambil mencari shampoo secara online tapi masih buntu. Yang benar, Gadis Buntu (nak kena siku agaknya penulis ini, kata anda di dalam hati anda)
Sekarang bantulah Gadis Buntu ini kalau pembaca semua perihatin. Bukankah berkongsi produk kecantikan itu perbuatan yang cantik? Tapi sebelum berkongsi produk kecantikan, biar Gadis Buntu sertakan dahulu biodata shampoo ;
- Mestilah sejenis treatment shampoo.
- Berbau harum. Seharum bunga … yang menggoda… (eiii seram)
- Pantein, Rejoice dan rakan-rakannya not included. Sebab rambut saya ini memerlukan perjagaan yang super. (Ini semua bahana zaman remaja suka rosakkan rambut di salon) Akibatnya sekarang dah kena maintain dia elok-elok. Kalau tersilap pakai shampoo ada peluang cerah untuk memiliki rambut bercabang dan berwarna blonde di penghujungnya.
- Yang memang POWER GILA MACAM POWER RANGERS HIJAU (sebab aku suka hijau, jadi aku pilih hijau sebagai paling power) Power tidak beerti shampoo yang boleh buat rambut saya yang girlish ini menjadi SPIKEY. Ataupon yang boleh mengeluarkan api ke apa. Tak tak. yang itu bukan yang dimaksudkan sebagai POWER dalam perbincangan kita petang ini.
- Yang anda pernah gunakan dan hasilnya memang WALLLAAA. Berasa rambut sangat ringan, segar kulit kepala, shiny berseri, mengatasi masalah rambut gugur dan melembutkan rambut dari dalam.
Cukuplah itu. Dahlah minta pendapat orang, kriteria ketat pulak tu. HAHA. Selain itu, lagi cantik anda semua ini kalau boleh berkongsi tips rambut sehat dengan saya. Tapi tips kurafat macam kena asapkan rambut dengan asap kemenyan ke apa tak mahulah (HAHA AKU REKA SAJA) Paling diperlukan ialah tips rambut gugur. (ha kan dah keluar font merah darah)
Rambut sama hitam, shawl warna-warni. Bak kata bidalan.
Bukankah bertudung? Habis buat apa nak rambut super cantik? Berbalik kepada kata bidalan di atas yang akan diubahsuai menjadi ; Shawl warna-warni, rambut kusut-kusam. Tidak mahulah seperti ini bukan?
Yang bertudung lagi perlu menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala. Tujuan dia memang dah tentu bukan untuk dipertontonkan. Tapi dalam pada memenuhi tuntutan menutup kepala, tuntutan menjaga kesihatan juga perlu.
//
Bantulah,
Gadis Buntu.
Posted by chika under
Uncategorized
I dekat Rise Street (rumah baru kami, for your note)
Oh. Electric semua dah settle?
Dah Alhamdulillah. You nak pesan apa-apa sebelum I balik?
Roti, marjerin, dengan jam.
I beli plum jam ok?
Ok. Elok-elok drive
I see I see. Semalam suami habis kerja on time. Which is sekali dalam bulan biru (tiada kaitan dengan New Moon, tahu?) Mater Hospital tidak sama langsung dengan QEII; Di mana suami boleh balik on time. Boleh ambik half day bila ada emergency. Boleh on leave bila perlu. Nampak gayanya, sekarang ini parah sikit bagi suami untuk menyusun waktu.
Dan saya teringat. Once, my lecturer had told me ; Kalau nak suami nakal sikit, kawen dengan Architect KAH KAH KAH (gelak semeja). Kalau nak suami baik, tak nakal, doctor is one of the option. Doctor mana ada masa nak main, babe!
Baiklah. Lecturer architecture memang macam ini. Kami tak sedih sangat dapat pensyarah macam ini sebab sebenarnya mereka golongan fun yang pandai gelak semeja. Engkau pernah ada pensyarah yang bila dalam educational trip, dia tak lupa sertakan sekali ‘SHOPPING’ dalam schedule student? Pernah? Ada? HAHA.
Ok Chika, go back!
Saya ingatkan suami lambat balik sebab banyak kerja. Rupa-rupanya ….

Tada.
Oh surprise gila. Dia pergi Fed-Ex collect parcel yang saya tunggu macam pungguk tunggu New Moon (I tak layan series Vampire actually, I pandai cakap saja) Seronok dalam hati macam nak lompat katak saja.
Sekarang ada lagi 2 parcel yang saya tunggu macam pungguk menunggu New Mo.. ok Chika, sudahlah tu!
Isi parcel dirahsiakan atas sebab … sengajalah aku nak kerek sesekali. HAHA. Bukankah sikap macam ini menjengkelkan sekali? Oh cakap pasal menjengkelkan, saya dah sangat berasa terjengkel-jengkel dengan rumah ini. Punyalah semak macam nak kena samak. Sebenarnya sangat cinta rumah ini tapi bila tengok dia sudah semak macam ini, dah tak sabar dah nak check-out. Macam penginapan hotel la bukan? HAHAHA TAK KELAKAR PON.
Disebabkan saya ini jenis suka excited berlebihan (macam bila berjaya bukak penutup jem pagi tadi pon dah boleh excited gila sungguh saiko) maka tak hairanlah kalau saya katakan bahawa isi parcel tersebut buat saya menggelupur macam cacing tengah shuffle lagu ‘Dan Sebenarnya’. Gila loser lagu Dan Sebenarnya pon nak shuffle. Crab crab crab. Ceh. Padahal CRAP blerghjhgd Dah tak faham dah Chika ni cakap apa tah. Nak blah ah sekarang.
HAHA kejap lah jangan lah blah dulu. Nanti siapa nak baca tulisan saya yang macam KETAM ini T___T
Hari esok removerlist datang angkut barang. Barang saja. Habis, Chika dia tak angkut sekali? Berani dia angkut aku, tengok macam mana suami aku angkut dia pakai kuasa Kage Bunshin no Jutsu. Ni bukan mencarut. Ni kuasa chakra Naruto. Atau disebut oleh Barrack Obama (tetiba nama dia yang kena petik) sebagai Shadow Clone Technique (siap link aku bagi nak kasi kau semua pandai belajar Chakra)
Chika, sudahlah tu. Daripada bermain Chakra lebih baik engkau pergi mendobi T____T Kejaplah. Saya ada mood yang sangat baik hari ini untuk mentulis cerita panjang.
Ok serius serius. (Seriuslah, apsal masih ada yang sedang tidak serius itu? Degil betul)
Esok removerlist angkut barang from Wishart Road to Rise Street. Malam ini kami all out lah mengkemas rumah penuh iltizam dan iktiqad. Pada hari Ahadnya pula, kami takda chance la nak bercanda di pasiran pantai ke apa. Sebab kena buat house cleaning sikit-sikit setaraf dengan tanggungjawap kami. Seperti lawn mowing. Hari Isninnya pula, cleaning service datang untuk mencuci rumah. Suami pergi kerja dan isteri kena supervise cleaner yang berkenaan. Sumpah akan bosan pada hari tersebut. Mungkin akan beli Lego pastu main Lego sambil cleaner mencuci. HAHA macam boleh pakaikah idea tersebut?
Sudahlah tu. Kalau asyik mentulis blog, bila pula akan mengkemas rumah? If writing an entry can magically clean the house, sumpah aku tulis entry setiap 45 minit. HAHAHAHA.
Posted by chika under
Uncategorized Rutin pagi pada kebanyakkan weekdays macam biasalah. Tengok suami pergi kerja di depan pintu membawa muka kesian mintak belas. (BELAS KASIHAN BUKAN MINTAK BELAS-BELAS DOLLAR KE APA) Melambai-lambai tangan (dalam hati cakap tata tata tata) sampailah kenderaan suami hilang dari pandangan. Selagi tak hilang, selagi itu melambai tangan.
Dan setiap pagi sambil melambai itu, berdoalah yang baik-baik. Eh tadi cakap sambil melambai dalam hati ber-tata-tata. Taklah. Sebenarnya dalam hati berdoa. Setiap kali tengok suami pergi kerja, dan sementara menyaksikan kenderaannya bergerak keluar dari complex ini, saya akan minta pada Allah ; Beri keselamatan kepada saya dan suami sepanjang ketiadaannya di rumah. Jauhkan kami berdua dari fitnah dunia.
Tak pernah fail. Mesti minta ini dari TUHAN. Kalau tidak minta dari TUHAN, nanti rugi.

Dan inilah dia panorama pagi yang akan saya saksikan setiap pagi. Ini gambar fresh, tahu. Bukan gambar koleksi musim dingin yang lalu. Ini rakaman pagi tadi untuk pengetahuan anda. Walaupon anda mungkin takda peduli untuk tahu. HAHAHA.
Kereta putih itu milik Tim. Jiran kami yang bersikap baik setakat yang kami tahu. Setakat yang kami tak tahu, itu kami tak tahulah. Yang penting kami pernah ketuk pintu rumah dia malam-malam sebab nak bagi kari ayam dengan nasik putih HAHAHAHA Bukankah sangat pandai berjiran aku ini? Blergh. Dan ternyata selepas beberapa hari, Tim pon datang memulangkan tupperware (bukan jenama Tupperware lah tapi) dan dia cakap ; The curry was very delicious. We loved it. Iyalah tu. HAHA Tapi janganlah berburuk sangka. Saya anggap yang dia berkata jujur yahooo kari kami sedap!
Isteri Tim seorang Chinese. Malaysian pulak tu. Okay yang ini tak penting takyah cerita.

Bila suami sudah ke hospital, saya akan ketinggalan di tepi pintu. Selepas itu mulalah sedikit mellow dan bergerak slow and low (Gedik gila nak buat ayat berirama). Tak tak. Bila suami telah pergi bekerja, saya pon akan ke kitchen. Rutin kebelakangan ini ; Wajib mengambil secawan teh panas bersama roti. Selagi tidak dihiburkan dengan teh panas, akan berasa sengsara.
Tea memang betul-betul SAVIOR. (Aku cakap savior, bukan survivor ye!)
Tapi semua ini tidak lama. Setelah hampir 11 bulan saya mendiami rumah ini, hujung minggu ini kami akan mendiami rumah lain pula. Sedih memang sedih. Sebab rumah inilah, rumah pertama saya berkongsi hidup dengan suami. Namun, tidak lama lagi suami tak perlu mow the lawn. Sebab rumah baru tak ada padang rumput segar dan luas. Seronok bukan takyah potong rumput? HAHA.
Sudahlah.

Sekarang saya kembali menjadi ulat buku. Bukan ulat yang makan buku. Atau ulat bulu yang mengorat di dalam buku (whaadaaa?) Ada banyak sekali novel untuk dibaca sampai rasa tamak. Sekarang kena habiskan Cathy Kelly’s ini dulu. Membaca jambatan gantung ilmu. Bak kata bidalan.
Okay sekarang saya nak pergi naik jambatan ilmu. Bagaimanakah ia kedengaran?
Posted by chika under
Uncategorized Nak kata saya ni tak sayang kawan, sayang. Macam kadang-kadang boleh emosi tak diundang bila ada hal melibatkan kawan. Contoh macam bila ada B buat naya dekat A. Padahal A tu sahabat baik saya. Mesti nanti saya macam marah gila dekat B. Sebab buat A macam tu.
Tapi.
Nak kata saya jenis yang pentingkan kawan, macam tak sangat. Sebab secara jujur, selepas family dan diri sendiri, barulah saya akan mempertimbangkan kawan-kawan. Maka, bila ada orang tak teragak-agak memberatkan kawan lebih dari kepentingan keluarga dan diri sendiri, saya rasa orang tersebut pelik. Tapi orang cakap rambut sama hitam hati lain-lain. Apahal kau pakai ayat ni macam tak betul saja. HAHA
OK.
Tu bukan cerita dia.
Macam mana pula dengan kawan yang suka nak berlumba-lumba dengan engkau padahal kau tak sedar pon yang engkau ada dalam perlumbaan tersebut. HAHA pathetic bukan? Bukan engkau yang pathetic, tapi kawan tersebut. Macam tiba-tiba berlumba secara solo pastu macam nak menang. Kalau dalam pilihanraya disebut menang tanpa bertanding.
Contoh dia macam ini.
Bila saya tiba-tiba mensemarakkan suasana dengan berita perkahwinan saya, ramailah rakan-rakan berpusu-pusu tanya itu ini. Itu hal biasalah. Selagi tak tanya soalan aneh macam nak kena siku, selagi itulah saya jawap. Dalam ramai-ramai mesti ada segelintir yang bukan saja tanya soalan aneh macam nak kena siku, malah tiba-tiba datang menglipurlara dekat telinga aku pasal kehidupan dia. Dengan niat, marilah kita berlumba. Niatlah. Kira dia tak cakap kuat-kuat tapi dia pasang niat dalam hati.
‘Aku dengar bakal suami kau doktor? Baguslah,’
Saya cakap terima kasih sebab ayat pertama kedengaran caring dan baik hati. Kenalah hargai dan semat dalam hati.
‘Boyfriend aku bakal engineer (Bukan cerita sebenar, contohlah. Sebab currently saya boleh terfikir tentang position engineer saja HAHA) Nanti kalau kerja mesti busy. Kau tahulah life engineer ni macam mana. Nanti dah kawen, aku bakal jadi wife engineer. Mesti susah sikit sebab engineer kan busy (dua kali dah cakap pasal busy) Tapi aku tengah belajar la nak sesuaikan diri sebab engineer kayaaaaaa (tetiba dia happy macam baru kena ecstasy WTFUN)’
Tadi saya dah semat dah dalam hati yang dirinya sebagai satu penghargaan. Tibatiba sekarang macam tak jadi nak appreciate rakan tersebut.
‘Dengar cerita kau pergi overseas lepas kawen?’
Dengar cerita pulak. Padahal sebelum kahwen, saya sangatlah berahsia. Tapi biasalah manusiakan suka main teka-teka. Kalau boleh sepanjang malam dia sanggup merenung ceiling bilik dia memikirkan pasal semua benda yang saya rahsiakan.
‘Tak sure’
Ha. Kan aku dah bagi jawapan default.
‘Aku harap lepas kawen nanti boyfriend aku tak pergi overseas. Kau tahulah engineer mesti kena hantar sana-sini. Aku nak duduk sini je kalau boleh. Senang. Duduk overseas susah la’
Fine.
‘Husband kau mesti bukan sebaya kan? Sebab dah kerja semua. Aku tak pandailah nak bercinta dengan lelaki yang jauh jarak umur ni. Boyfriend aku sebaya. Kira sekepala la’
Fine lagi sekali. Dia tak tahu betapa fun nya aku hidup dengan suami aku walaupon tidak sebaya dan tidak sekepala. Yang itu tak apalah. Dia tak usah tahu.
Persoalannya. Ada aku tanya? HAHA. Pathetic tak? Tiba-tiba macam dalam perlumbaan pulak. Jadi memandangkan saya tak suka masuk perlumbaan (tapi kalau peraduan online masukkan code number selepas membeli secawan smoothie di Gloria Jeans saya suka jugak KAH KAH KAH) saya pon bagi saja dia menang secara ;
‘Ohh terror nya ada boyfriend hebat. Bakal husband aku biasa je. Kami baru kenal je. Tak merasa bercinta sakan pon. Kerja dia macam mana pon aku tak tahu. Aku pasrah je. Dah jodoh aku macam ni.’
Kedengran gembira sekali rakan tersebut di hujung talian. Dah menanglah katakan. Menang tanpa bertanding. Nak menang nak menang? Naaaaaaaah ambik! HAHA
Sekarang mari kita fikirkan.
Tak susah kan nak hiburkan hati orang yang bergelora dengan hasad dengki. Kau bagi saja dia menang. Kau bagi saja dia peluang untuk tampak lebih hebat dari kau dalam segala hal. Nanti dia puas hati. Sebab hakikat kejadian manusia memang macam itu. Hati manusia lebih tenang kalau dia tahu ada orang lebih susah dan lebih binasa dari dia. Hati manusia tak akan tenteram kalau dia tahu ada manusia lain terlebih sikit dari dia.
Samalah macam bila kau ada harta lebih. Nanti akan ada manusia datang bawak diri menghadap kau. Bukan sebab nak tepuk bahu kau tumpang gembira ke apa, tapi sebab nak tepuk belakang kau sampai kau tersedak. Nak provoke ajak kau berlumba. Senang saja. Bagitahu dia yang kau tak berapa senang sekarang dan banyakkan menyelit ayat seperti ; Nanti ada rezeki lebih, adalah.
Sumpah orang yang suka bergelora tengok kesenangan orang lain akan menikmati kebahagian secara mendadak sejurus mendengar kesusahan kau.
Tak apalah kan. Hiburkan hati sesama manusia. Bukankah itu sifat mulia?
Satu hal. Saya memang tak berapa minat nak tahu hal orang lain. Lagi-lagi yang tak ada faedahnya dengan hidup saya. Macam sebuk-sebuk tanya orang itu tentang orang ini. Tak tak. Saya rasa perkara itu yang paling sedikit saya buat dalam hidup. Kalau ada pon, sekadar menunjukkan setiakawan. Seperti mesej rakan dekat FB dan tanya ; Kau dekat firm lama lagi? Kau dah beli kereta baru eh. Nak tumpang.
Macam itulah. Berbasa-basi kasi nampak yang kau ingat pada dia. Tapi kalau ke tahap nak selidik siasat sapa boyfriend terbaru rakan, boyfriend terbaru rakan menjawat jawatan apa atau pon berapa gaji boyfriend rakan semua itu aku tak nak tahu. Macam aku takda peduli langsung.
Bila dikenang-kenang, rasanya saya tidak jumpa golongan ini semasa di UKM. Studiomates semua cool. Tak ada siapa pon yang macam suka nak berlumba hidup. Tak ada siapa pon yang suka berlagak terlebih. Tak ada siapa pon yang berlagak boyfriend dia hebat. Malah bila tak ada wang, kami gembira war-warkan kepada rakan-rakan. Pastu pepandailah membantu rakan supaya dia dapat feed the poor (lama gila tak pakai perkataan ni. Macam rindu kat Farah, Ainul, Mek, Gedik, Shida, Adian etc) Bila ada yang pakai baju baru, tak adanya nak main jeling-jeling. Berkerumunlah mengurung baju baru rakan tersebut. Siap terjakun-jakun. Impressive gila berkongsi baju baru. Langsung tak dengki. Samalah bila rakan beli laptop baru ke apa. Tak pernah pon tetiba ada yang datang bawak muka clown dan cakap ; Eiii laptop baru? Aku pon ingat nak beli minggu depan. Tapi kalau boleh nak beli yang power lagi sikit ah sebab jenama yang kau beli ni bukan banyak problem ke?’ WTFUN kan?
Bila saya cakap saya nak kawen, mereka lah yang paling excited siap ada yang nangis terharu. Pastu bagi nasihatlah, doalah dan pastu pepandai pergi bagitahu satu kampus. HAHA sampai Abang Lifeguard dekat Danau pon tahu (ayyokkk siapa punya kerja? HAHAHA) Tak dengar pon soalan aneh mintak kena siku dari studiomates. Tak muncul pon rakan yang tetiba up diri cerita pasal boyfriend dia pulak. And I feel blessed waktu tersebut.
‘Hey Nurul kau nak kawen heh?’ satu petang semasa nak swim, Abang Lifeguard tu terjah kat saya. Farah dah lari dah. Ceh. Takde orang lainlah tu punya kerja. Excited gila Farah sampai dengan abang Lifeguard pon nak bagitahu. Comel gila bukan setakat nak kena siku, rasa nak suruh tarik dia masuk pool tiga jam. HAHAHAHA.
Macam inilah serba sedikit pengelaman saya dalam berkawan. Disebabkan rakan studio memang best dan baik hati, mereka selalu di hati. Walaupon selalu gaduh bila penat. Tapi semua jenis hati macam bubur. Rindunya. Dan sekarang saya pon dah berumah tangga, dorang pon ada yang dah bekerjaya, ada yang belajar lagi tinggi dan tak lama lagi bakal jadi hebat. Bila saya meninggalkan UKM, macam tak ada siapa-siapa yang saya tinggalkan dalam keadaan benci atau sakit hati. Walaupon dulu ada saja orang-orang tertentu yang macam saya tak puas hati, tak berkenanlah apa, tapi semua tu tak terkesan lama pon. Sekarang rasa appreciate semua orang. Dan tak ada masalah dengan siapa-siapa pon. Bestnya studio tersebut.
Cerita ini bukan mengajar siapa-siapa. Cerita ini random saja. Dan ia motivasi dekat diri sendiri. Jangan terasa macam aku cikgu pulak.
Posted by chika under
Uncategorized A new day for beloved husband. I guess :)
11 January 2010. Hari baru dalam kerjaya Dr Husband. Selepas setahun dengan Queen Elizabeth II Hospital, hari ini suami saya berkhidmat dengan Mater Hospital Brisbane pulak. Saya tahu memulakan kerja di tempat baru dengan suasana baru mesti bagi debaran. Doa saya semoga suami happy dengan hospital baru. Dan happy dengan patients baru. Hospital besar. Patient pon besar. Fun takkkkk? HAHA.

Mater Hospital, Brisbane
(picture googled)
Semalam dalam kereta saya tanya dia,
‘You happy tak jadi doctor?,’
Sumpah serius saya tanya. Serius nak tahu.
‘Happy. I puas hati dengan kerja I. At least at the end of the day nanti, I tak rasa rugi dengan hidup I. Sebab I suka kerja I. Jumpa macam-macam orang. Hadap masalah yang tak sama setiap hari’
Alhamdulillah. Saya rasa macam nak urut dada bila suami cakap macam itu. Lagi cakap dia, ramai orang tidak happy dengan kerja mereka. Tapi tak bagi dia. Saya tahu dia suka kerjaya dia. Sebab saya tahu dia suka belajar.
Setiap malam sebelum tidur dan setiap pagi bila bangun tidur, dia mesti belek Blackberry.Dalam situ, ada medical updates. Dia baca from time to time tak pernah fail. Bukan baca macam TERPAKSA baca ke apa, tapi saya tahu dia memang SUKA nak baca. Dan malam semalam dia bagitahu saya ; I suka update diri I dengan benda ni semua. Because to be a doctor, you have to be updated from time to time. Barulah orang tahu sejauh mana you praktis. Something like that.
I adore him.

The hospital’s architecture.
(picture googled)
Saya suka hospital ni. Saya suka service hospital ni. Sebab saya pernah mendapatkan service hospital ni. Dan sekarang saya harap, suami saya pon akan suka bekerja dengan hospital ni. Walaupon dah tahu sangat dah, mesti kerja dia menggila-gila. HEH.
Tak apa. Hari ini first day. Kita tengok pukul berapa suami saya akan pulang ke rumah. Sebab kami dah pasrah dah. Setakat stuck dengan kerja sampai lebih 3 jam mungkin perkara biasa. Tapi macam saya cakap, saya hanya harap suami saya happy :)
I blogged this for us to keep as a memory. This is your progress of life. Kita kena simpan ini.
Posted by chika under
Uncategorized Sengaja tidak update lama-lama. Sengaja memang. Meninggalkan blog macam itu saja ada tersemat dalam prinsip blog ini HAHA. Just blog it whenever you want to. And don’t, whenever you don’t want to. Saya tak sediakan peruntukan waktu secara committed untuk blog. That’s why :)
Okay.
Saya masih tinggal di Wishart Road. Funny eh. Itu hari cakap-cakap berapi macam nak berpindah sangat. Habis, apa kau buat lagi di Wishart Road ini?
Ada sikit konflik antara kami dengan our current rental agency. Yang tiba-tiba tak bagi kami keluar dari rumah ini. Saya dah puas dah tension dengan agency tersebut sampai sekarang tak larat nak tension dah. Sabar sajalah kerna ia membawa ke syurga. Jangan ketawa sebab memang kesabaran itu adalah keimanan. Jangan ketawa aku cakap!
Macam ini cerita dia. Kejap. Cerita dia pendek saja jadi takyah bentang tilam ambik nescafe ke apa nak dengar cerita ini sebab sumpah cerita dia pendek saja. Macam ini cerita dia. Agency tersebut *nama tidak disertakan ewaaah* paksa kami stay saja di rumah ini sampai end of this month. Dia kata kena habiskan contract which is tiba-tiba maaaannn. Mula-mula cakap macam happy gila nak lepaskan kami keluar. Ceh, lepaskan. Macam burung.
Tiba-tiba agency call my husband, they said owner nak suruh kami tinggal sampai end of this month. Sungguh memarahkan. Kami dah pack barang masuk kotak. Dah terhegeh-hegeh mengemas atas bawah atas bawah macam buruh kasar. Dah call removerlist. Dah call carpet cleaner. Dah call house cleaner. Dah nak transfer phone line etc. WTF. Kejap. F stands for FART. HAHA tak lawak.
Dan merasalah office manager tu kena bambu dengan my husband. And then ada lah lagi pembelitan fakta yang berlaku between the owner and the agency. Yang macam takyah diceritakan di dalam sini sebab dah janji dah tadi nak bagi cerita pendek saja. Bukankah manusia berpegang pada jumanji janji?
Kami boleh saja keluar dan berpindah dengan happy lalala sambil menyanyikan lagu cinta ke apa. But we don’t have to be stupid lah kan. Move to a new house. Pay for the new house. And ALSO pay for this house. Rental cost agak tinggi. They charged us weekly here. Mana boleh senang-senang bayar pastu pindah. Macam membayar rumah kosong. Bla bla blergh you got me. Dah lah nak pindah ni cost us thousands! Blerghfghjkl.
Tapi tak apalah. Memang macam inilah hidup di tempat orang. Bersabar je lah. Walaupon sebenarnya tak sabar-sabar nak settle down di tanah air sendiri. Tapi ini semua pengalaman usia muda. Anggap saja ini FUN gila.
Dipendekkan lagi cerita, kami pindah next Saturday. Dah confirm dah. Dah bayar dah. Dah confirm dengan removerlist, cleaner etc. And we gonna love our new house. Rumah baru. Semangat baru. Kehidupan baru. Ececeh. 2010 gonna be FUN! InsyaAllah.
Macam biasa. Entry habis macam tu saja. HAHA tata.