Archive for January, 2010

Dapat ‘duck’

Posted by chika under Uncategorized

Dear Husband,
Sayang, sayang! Ricky Ponting dapat ‘duck’ today. Boooo-yeay! I suka.

//

Berjam-jam saya menghadap Cricket. Sambil curling up on sofa dan menjamah Sudoku. Nasik tak mahu jamah. Sudoku saja aku jamah. Tengok nanti, ada Vitamin S ke tak dalam badan saya. HAHA. Tapi hari ini Australia batting. Saya lagi suka tengok Pakistan batting. %$@!&?@!? Apa ni Chika cakap pasal cricket tak mahu lah! Habis, siapa suruh Queensland TV semua channel tayang sports. Terpaksa lah mempilih sama ada menonton Basikal, Tennis atau Cricket. HAHA lawak gila. Semua orang sebok layan Tenis; Australia Open aku saja layan Cricket. Memetik kata suami ; you ni, Malaysian mana layan Cricket.

Hari ini kurang sehat. Cuaca panas bukan main. Ni kalau masukkan cookies dalam kereta dan jemur kereta di tempat panas, Insyaallah masak rangup cookies tersebut. Sumpah, ini benar! Saya dah pernah buat dah. Last time ada cookies yang dah macam nak lemau. Sengajalah bawak simpan dalam kereta dibuat kunyah-kunyah semasa menunggu lampu isyarat (tak ada kaitan) Setelah beberapa jam dijemur dalam kereta, rangup balik cookies tersebut. Kami berdua pon menikmatinya dengan perasaan tidak berbelah bagi. Sedap kan? Sedap kan? Puji kami. Lantas sejak kejadian tersebut, kami menamakan dashboard kami sebagai Oven. Comel gila dashboard dipanggil Oven. Anda, cubalah! HAHAHA.

Tak sabar dah nak tunggu Summer ini pergi. Tak tahu apakah jadi kalau benar-benar berlaku 500 days of Summer. Mungkin Chika pon tak ada berupa Chika lagi. Mungkin kelihatan garing seperti ayam Nandos. Mungkinlah. Bilakah Summer akan berakhir? Saya mentunggu AUTUMN. Autumn! Autumn bakal menjadi musim yang sangat menseronokkan kelak. Yibbbaaaaaa.

Dengan itu, hingga jumpa lagi.


Cinderella Lap Lantai

Posted by chika under Uncategorized

Engkau pernah? Macam susah sangat nak membentuk fikiran yang mulus (?) semasa hendak purchase item. Misalnya macam susah sangat nak pilih code lipstick. Macam susah sangat nak pilih tunic hijau muda atau hijau lumut. Macam susah sangat nak pilih tepung gandum $2.99 atau $2.89 HAHA Okay tak tak,  yang tepung gandum itu dah masuk faktor ekonomi.

Nak beli dah ni, nak beli dah. Tapi fikiran belum mulus lagi. Padahal bukan nak beli benda terbesar dalam kehidupan. Tapi cuma nak beli mop misalnya.

MOP?

HAHAHAHAHAHAHAHA. Ya, saya sedang pening mempikirkan mop apakah yang terbaik sekali untuk dibeli. Very complicated. Nak beli mop pon susah. Sudah 2 minggu mempikirkan hal ini sampai kepala tak ada kerja lain asyik teringat mop. Macam kelakar? Ini bukan  kelakar. Ini cerita betul. Sumpah betul. Sudah 2 minggu cuba membuat keputusan. Tension betul kalau begini.

Sebenarnya ini semua salah suami saya. Tetiba saja dia yang kena KAH KAH KAH. Mulanya saya dah tekad dah nak beli mop from ecosway yang saya nampak di Sunnybank Plaza. Dah memang cantik sangat dah set dalam kepala. VIP Shopper Card pon dah siap susun dalam wallet. Dan pergi dah. Pergi seorang diri pulak tu punyalah tekad bersemangat nak beli mop. Sampai saja di Sunnybank Plaza (untuk pengetahuan anda, saya cukuplah tak berkenan area ini tapi mop punya pasal, terhegeh-hegeh jugak aku bawak muka dan badan ini seperti penguin saja. Bukan badan macam penguin. Jalan macam penguin HAHA) terus pergi ecosway shop. Punyalah terpengaruh dengan TV promotion ads dia, saya rasa berseri-seri wajah. Nak yang ini. Nak yang ini. Pergi counter, terus mintak satu bungkus! Ceh macam beli kuey tiaw (harap ejaan ini betul kalau salah tolong tunjukkan buah keranji dalam perahu blerghjkl)

‘Sorry, currently not in stock. Please come again next week,’

Kata Amoi penjaga counter tersebut. Sungguh mensedihkan. Ingat senangkah aku nak bawak diri datang ke area Sunnybank ini? Dah lah I tak suka area tersebut. Gaaaah. Agak marah. Tapi apa nak buat. Tak akanlah nak cakap dekat dia ; Tak peduli. Pergi pakai magik sekarang kasi ada mop tu. I nak sekarang. Tak akanlah mop punya pasal sampai membuat magik di situ. Saya sangat pasrah macam filem Pasrah.

Pada hari tersebut, berlakulah kegagalan dalam hidup saya dalam mendapatkan mop. Terlalu patah hati tak dapat mop, terus membeli ampaian baju yang agak besar. Iaitu sama tinggi dengan saya. Huh punyalah patah hati sampai sanggup mengheret penyidai baju tersebut seorang diri. Sumpah kelakar. Usaha keras saya mengheretnya keliling mall. Dah la aku park kereta bukan sikit punya jauh. Sebabnya nak park bawah pokok. Gedik gila.

Sampai hospital, husband tengok pon terkejut. Agak terkesima mendapat tahu ada ampaian baju di dalam kereta.

‘You bawak ni sendiri?,’ tanya husband saya secara excited.

‘Ye la. Terhegeh-hegeh I. Seb baik ringan,’

Itu pon saya beli yang murah sikit sebab ringan. Kalau aku beli yang lagi power, memang bukan saja hati patah, pinggang pon dah terpatah-riuk sekali.

Ok ok cakap pasal mop semula.

Saya bagitahu husband, mop tu tak ada stock. Dan dan lah husband saya bagi cadangan yang lebih mengelirukan kepala.

‘Beli steam mop je la terus. Apsal nak yang ecosway tu jugak?,’

Gaaaaaaaaaah. Mati-matian saya nak yang ecosway jugak. Walaupon mop tersebut buruk saja kalau dibandingkan dengan steam mop. Tapi saya nak yang ecosway sebab senang nak perah. Kalau boleh saya nak semua benda yang datang dalam keadaaan paling memudahkan. Kalau ikutkan hati, tangga dalam rumah pon nak ganti dengan escalator WAH WAH banyak cantik muka kau. HAHA kalau ikutkan hati, aku cakap. Atau dalam kata lain, escalator dalam hati lah. HAHA naik turun tangga mana larat. Nak terhegeh-hegeh perah mop lagilah tak larat. Dah lah saya takda pernah lagi bermain mop sepanjang hidup ini. Kira ini adalah mop pertama yang bakal saya beli HUUURRAAY! Dan juga kali pertama saya akan melakukan kerja mengemop satu rumah. HAHA dulu duduk dengan emak takda buat semua ini. See. Perubahan yang baik, bukan? Emak pasti tumpah air mata :P

Namun.

Pada pagi ini, hati saya telah terbuka untuk beli steam mop sebagaimana saranan suami. Sebab setiap pagi pon ada saja iklan steam mop di kaca televisyen. Rasa macam best saja. Dan selain itu, saya tak tahu kenapa. Bila saya nak purchase apa-apa sekarang ini, saya mesti akan terpengaruh kuat dengan pendapat suami saya. Fine la fine la. Steam mop la, steam mop la.

Rumah kami dulu, fully carpet. Kalau ada area yang kena mop pon, cuma kitchen. Saya biasanya dulu sental pakai tangan saja. Seperti Cinderella. Lap lantai guna kain sambil terbongkok-bongkok tu. LOL. Itulah saya dulu. Seorang Cinderella. Eceh gelis. Rumah sekarang ini, tingkat bawah semua tiles. Ha ambik engkau. Kalau tak mop memang nampaklah keburukannya. Sebab itulah tiba-tiba menggelebah carik mop.

Tak akanlah nak kena mencuci lantai secara Cinderella lagi. Binasa badan saya kang.

Baiklah. Nak beli mop pon susah T_________T

Hoh pagi-pagi buta membebel pasal mop. HAHAHAHA. Anda mana tahu. Sudah 2 minggu tak terbeli-beli lagi. Kepala dah runsing dah. Rumah dah terbengkalai dah T_____T Kalau setiap kali lap lantai terbongkok-bongkok macam Cinderella, setiap kali itulah akan mendapat jemputan makan malam tari-menari dalam Istana, tak apa jugak. Takyah beli mop. Saya lap saja pakai kuasa tangan. HAHAHAHA okay pergi tidur sekarang. Mimpi. Mimpi.

//

Hari ini Australia Day. Public holiday sepatutnya. Tapi macam biasa, suami tetap ke hospital. Bekerja. Tak apalah. Harapnya tak ada warga Brisabne yang sakit pada Australia Day ini. Jadi my husband takyah admit patients. HAHA. Selamat sejahtera kepada semua. Alah, hari ini bukankah holiday? Bergembiralah dengan keseronokkan dan kesihatan bersama keluarga. Takyahlah masuk ward. HAHA.

Tidak Sedar Lagi

Posted by chika under Uncategorized

Semalam Kak Ana (one of my Malaysian friend in Brisbane) mesej dekat Facebook saya. Minta tolong me and husband datang rumah dia tengok-tengokkan kaki anak dia terseliuh masa main bola. Bengkak betul kaki dia. Ooooo rupanya Chika ni pandai mengurut kaki terseliuh ye. Hey bukanlah begitu. Mereka tidak mahu merujuk kepada saya pon. Tapi nak minta nasihat Pak Doctor. Saya jadi setiausaha saja. Tolong baca mesej dan sampaikan mesej :P

Rumah Kak Ana dekat betul dengan rumah saya. We live in Mt.Gravatt East. Just about a few minutes away. Sungguh best. Sebab sekarang dah tahu dah ada jiran Melayu. HAHA.Masa dekat Wishart dulu, nada. We knew no one there.

So that’s all about yesterday :)

_______________________________________________________

Saya macam terasa seronok menjadi seperti ini. Seperti apa maksud Puan? Err. Seperti ini. Mendirikan rumahtangga pada usia menjangkau 23 tahun. Selepas itu tiba-tiba sahaja menjadi Mak Su (Ya Tuhanku. Suami saya ada ramai anak buah kisahnya) Habis tak akanlah nak cakap ; Hey you kids please eh call me KAKAK sebab adek I sebaya you all. HAHA macam tak cool langsung pulak. Lagi best, saya ada anak buah yang lagi berusia dari saya. Pastu they HAVE TO call me Mak Su. Tapi saya anggap saja ini CUTE GILA.

Itu belum best sangat. Paling menseronokkan, apabila telah found out yang sebenarnya on my husband’s side, saya juga telah mencapai taraf CEO. Eh tak. Taraf NENEK. Baiklah siapa nak gelak, gelak sekarang.

Itu satu hal.

Hal lainnya, saya juga menjadi AUNTY kepada kanak-kanak di sini. Even kanak-kanak berusia 17 tahun pon dapat lesen untuk panggil saya aunty. Just because their mother and me are friends. HAHA. Sumpah kelakar. Sebab my younger brother is 17 years old. And my mother is 45 years old. And then saya juga ada kawan-kawan berusia 45 tahun yang saya panggil dia KAKAK. How funny was that? Selama ini, saya panggil semua wanita seusia emak saya sebagai aunty. Fuuuuuuuuu putaran hidup.

Saya pernah hubungi emak saya dan bercakap pasal ini. Tentang macam mana anak emak ini telah menjadi AUNTY. Dan bagaimana pula saya kena panggil orang yang sebaya emak saya sebagai KAKAK. Selepas itu, emak ketawa sungguh fun. Emak cakap ; Heh ikut je. Jangan pandai-pandai panggil orang MAKCIK nanti ada orang rasa tersindir.

But then saya macam berasa tak boleh blah. Sebab sumpah rasa tak betah menghadapi situasi ini. Anda tahu, saya panggil ibu Aizar (my bestfriend) sebagai MAK CIK ZIAH. Tapi hanya disebabkan saya kenal mereka ini di Brisbane, saya kena panggil mereka kakak. No biggie lah. Tak ada hal besar mana. Cuma perkara ini sedikit sebanyak berciri kelakar.

Saya tak rasa teruk pon akan hal ini. Cuma, ada beberapa kejadian yang sangat kelakar tak boleh blah ;

‘I only 45 you know! And you see, my boy is already 18,’

Saya jumpa seorang KAKAK ni di sebuah majlis keramaian. And for God’s sake, dia bercerita seperti itu kepada saya dengan rasa bangga yang tidak berbelah bagi. Saya terus terbahak-bahak dalam hati. Baiklah.

‘My mother is at your age, you know! And I am 23. Married. And now I call you Kakak?!!’ saya balas.

Eh tak lah tak lah. Mana boleh balas macam itu. Saya diam saja.

Kes kedua.

Ada seorang perempuan ini. Dia menyertai Jabatan Seni Bina UKM semasa kami berada di tahun 2. Masa itu kami semua berusia 20 tahun. Dan perempuan ini beritahu saya dia berusia 27 tahun (kalau tak silap saya) Kami pon panggillah dia Kakak. Tak tak. Bukan nak insult dia ke apa. Sekadar menghormati. Sedangkan senior yang setahun tua dari kami pon, kami panggil kakak. Tiba-tiba satu petang yang damai ni (eh sebenarnya tak ingat damai ke tak HAHA) , this KAKAK kan, luahkan perasaan dekat saya.

‘Nurul, I tak sukalah your studiomate call me Kakak. Just call me L boleh? (aku yakin studiomate ni kalau baca memang tahu sangat siapakah yang dimaksudkan KAH KAH KAH) You guys ni, so typical Malay la. I tak suka,’

Waaaaaaah. Bukan main menjengkelkan, Fine la fine la. Kami typical Malay. Dia pula bagaimana? 27 tahun baru nak join studio tahun 2 Architecture? Funny she is. Dipendekkan cerita, beberapa minggu selepas itu dia hilang entah pergi mana. Alhamdulillah. Allah selamatkan kami. HAHAHAHAHA.

Kes ketiga.

Masa saya mengerjakan umrah pada tahun 2002. Masa saya tingkatan 4.  Ada seorang Kakak ni satu agency dengan saya. At first saya panggil dia Aunty. Sebab saya yakin dia memang AUNTY lah. Tiba-tiba dia sound aku ;

‘Nurul, don’t call me Aunty la. Call me Kakak. I baru 39 la,’

Saya ingat sangat. Masa itu kami sedang bersantai di dalam hotel sambil bermain henna beramai-ramai.

‘HAHAHAHA emak saya 37 tahun,’ I said.

Engkau bayangkan macam mana muka KAKAK tersebut. Terus terbeliak bijik mata. Selepas itu berteriak ; Huh??? Ye ke????

Lawak tak lawak tak?

Sekarang kita masuk kepada perenggan iktibar. Janganlah terlalu gayat dengan usia. Setelah berkelayakan menempuh hari tua, tempuhilah ia. Janganlah bertindak seperti tidak realistik kerana itu bukan saja perbuatan tidak logik, malah menimbulkan kejengkelan. Saya boleh faham ada orang tidak suka dirinya di-address sebagai Kakak. Kalau macam setakat beza usia 2 atau 3 tahun tu saya boleh faham. Tapi kadang-kadang, kita menggunakan kata ganti nama seperti ini bukan tujuan untuk insult siapa-siapa, tapi lebih kepada menghormati. Dan bagi saya, saya selesa sangat bila yang muda-muda dari saya panggil saya Kakak. Dan saya tak kisah pon bila dipanggil Aunty oleh kanak-kanak. Sebab itu pon salah satu budi bahasa yang mewujudkan rasa hormat antara yang muda dengan yang tua.

Tapi bila yang tua-tua itu tidak dapat menerima dirinya dibahasakan sebagai Aunty atau Kakak (misalnya), malah rasa diri tersindir ke apa, itu sebenarnya petanda yang dia ‘tidak sedar lagi’. Bukankah dengan adanya bahasa-bahasa seperti ini mewujudkan rasa hormat antara yang muda dengan yang lebih berusia?

Saya, 23 tahun. Saya boleh berkawan dengan adik-adik muda sebagaimana saya menceceh di dalam rumah dengan adek-beradek saya. Malah saya juga boleh berkawan dengan budak-budak kecik sebab saya faham watak kartun apa mereka tengah cakap. Dan saya boleh betulkan lirik lagu Roary The Racing Car kalau meraka nyanyi salah. Saya juga boleh berkawan dengan remaja sebaya. Sebab saya ada naluri tersebut lagi. Boleh jadi perempuan sengal lagi seangkatan dengan rakan-rakan sebaya yang lain. Boleh juga berkawan dengan kakak-kakak. Boleh bergaul dengan ibu-ibu and they are all awesome! Lagi-lagi yang saya jumpa di sini. Semuanya educated dan banyak ajar saya benda-benda bermanfaat. Seperti cara-cara buat sup cair semasa tak lalu makan HAHA. Malah, saya juga boleh berbual dan bersahabat dengan orang -orang tua. Bukan susah sangat. Engkau kasi adjust saja pembawakan engkau. Character takyah adjust. Nanti macam menyamar atau bersutradara pula.

Tauladan ; Bawak-bawaklah sedar diri. Saya berkata macam ini, sebab dalam keluarga saya terlalu ramai golongan muda dari usia sepatutnya. Jadi bila berhadapan dengan orang yang takut sangat dengan usia dan berasa mudah tersindiri kerana usia, saya rasa mereka ini menggelabah sangat.

Sempadan ; Jangan mentertawakan orang. Mungkin penerimaan setiap orang itu tidak sama.

Ececeh. Tidak tahu apakah yang membawa kepada cerita ini. Jari saya berkolaborasi dengan otak terlalu pantas ketika ini. Sampai terhasilkan tulisan tak ada niat seperti ini.

Catatan Jumaat Perempuan Ancient

Posted by chika under Uncategorized

‘Yang! kenapa I call you banyak kali tak jawap? I dah risau dah. Call rumah tak jawap. Call mobile phone tak jawap,’

Baiklah kena sound bertubi-tubi bila saja suami pulang dari rumat sakit (hospital)

‘Sayang, you tau tak mobile phone I hilang????,’

Terus saya cakap kencang-kencang. Harap suami akan berasa debarannya yang begitu kencang.

‘Ni ha,’ Dia keluarkan objek segiempat tepat warna merah delima (baiklah takyah bagitahu warna merah delima sebenarnya) dari poket kemejanya.

‘You tinggalkan phone dalam kereta I. Grrr,’

Okay I dah malu dah. Terus terkam handphone pastu terus tukar topik.

‘You call rumah? Takde ringing pon. Telstra ni rosak lagi la. Internet pon terputus-putus’

Dan demikianlah kisahnya petang semalam. Di mana telefon bimbit sebenarnya tidak hilang. Tapi menginap dalam kenderaan suami. *sweat. Telefon rumah pula macam tak stabil. Internet pon  jadi tersedak-sedak. Sebab itulah saya tak update blog! WAHAHAHA Tetiba aku jumpa alasan best. HAHA padahal memang tak mahu update. Bukankah ini dinamakan mengambil kesempatan terhadap kejadian?

Diari hari ini pula. Lama benar tidak mentulis catatan harian.OK baca sekarang.

Pagi.

Bangkit seawal jam 4.40 pagi untuk solat Subuh. Kemudiannya tiada pilihan lagi selain mensambung tidur kerna dikhuatiri gejala kurang tidur menjejaskan mood. Nanti jadi Freaky Friday pula. Justeru, tidurlah lagi sehingga jam 7. Suami bersiap ke hospital. Saya bersiap ke …. Ok saya tidak bersiap ke mana-mana. Tengok suami pergi kerja, itu rutin. Yang kalau tak buat mesti hampa dan kesannya berhari-hari. Sama macam lepas makan tak basuh tangan. Bak kata pujanggagagagagagaga.

Breakfast …

… bersama milo. Benarlah bagai telah dikata.
Lebih kerap meminum milo sekarang ini.

Setelah meminum milo, terus menjadi Baby Milo Eh tak lah tak lah. Setelah meminum secawan milo, tidak menjadi apa-apa. Masih menjadi orang. Dan sebagai seorang ORANG, membasuh cawan yang telah digunakan adalah tanggungjawap domestik. Kira kalau malas mencuci cawan, macam tak berapa nak ORANG sikap tersebut. Lebih baiklah menjadi serbuk milo. Macam merepek saja. Tapi sebenarnya ini sebuah iktibar. Eceh.

Cukuplah itu catatan pagi. Takyah cerita detail sangat sampai kesah mengangkat tuala yang jatuh ditiup angin ke apa. Kalau terlalu detail, itu bukan lagi dinamakan catatan di dalam blog, tetapi itu dinamakan biography.Padahal sekarang tengah membuat blography.

Tengah hari.

Lunch. Sangat bersemangat untuk lunch. Tapi tidak bersemangat untuk main masak-masak. Lalu menyediakan cucur ikan bilis instant sahaja. Heh tak habis-habis makan benda instant.

Cucur Adabi. Mudah saja. Cuma tambah air. Justeru itu, apa yang anda perlukan hanyalah bekalan air. Kira kalau tak bayar bil air memang nak menyediakan makanan cincai semacam ini pon tidak lepas. Bayarlah bil air. (sekali lagi, perenggan iktibar)

Setelah kenyang, menonton cricket. AUSTRALIA vs PAKISTAN. Saya mensokong HAITI. Bantulah mangsa gempa bumi Haiti. Berdoalah untuk kesejahteraan mereka. (Sekali lagi, iktibar) Baiklah bergurau saja. Saya mensokong Pakistan. Lantas berasa hampa sekali apabila pemain Pakistan kelihatan corot. Penat saja aku sokong. Penat saja aku bawak turun buku Sudoku beserta sebuah novel turun ke ruang tamu. Semata-mata mahu bermain Sudoku dan membaca novel sambil menonton cricket. Aih. Harap Paskistan menang kali ini. Belasah Australia! Belasah Australia!

Petang.

Bermain Sudoku pada level yang lebih tinggi. Sebab macam tak sabar nak jadi terror. Memang agak terror juga sebab asyik solve Sudoku tersebut secara laju. Mungkin berkat menonton cricket. Heh langsung tidak kelakar.

Suami pulang pada jam 6 petang. Terus bersiap-siap untuk menikmati makan malam di Indonesian Tucker. Restoran tersebut telah menjadi kegemaran kami sampai selang sehari mesti pergi. Ikutkan hati nak pergi hari-hari secara berkali-kali tapi dikhuatiri malu. Nanti owner kedai rasa macam best gila pulak kedai dia sampai muka kami ini asyik datang saja. Mana boleh begitu. Kalau suka sekalipon, haruslah diselang-selikan dengan tatacara seperti tak betapa nak suka. Padahal memang suka gila. Tahukah sebab apa? Tak tak. Bukan sebab owner dia iras-iras pelakon sinetron ke apa. Tapi sebab management baru ini, ada menu baru. Iaitu nasik campur HURRAAAAAH! Berasa macam makan di gerai-gerai Melayu di tanah air. Sedap pulak tu. Ok sekarang kedai tersebut memang kegemaran kami.

Malam.

Ke Wishart menguruskan rumah lama. Part ini memang malas nak cerita banyak sebab nanti emo. Jadi takyah cerita. Balik dari menguruskan kerja-kerja yang emo, kami ke Mc.Donald. Disebabkan tak dapat makan burger, tak dapat makan fries ke apa, jadi kami sekadar minum-minum sahaja di situ. Sungguh loser. Tapi tak apa. Biar loser asal bergaya. HAHA. Tengok segelintir orang Arab selamba saja dia telan burger. Selamba saja dia beratur beli Subway. Dia punya konsep, baca Bismillah cukup. Selebihnya berserah pada Allah. Wallahualam. Yang saya tahu, daging takda sembelih ini memang tak ada chance la dia masuk tekak aku.

Tengah malam.

Di sinilah saya. Di hadapan skrin laptop. Yang baru saya tahu sebenarnya laptop ini ada built-in card reader. Sungguh ancient aku ini. Selama ini bersungguh-sungguh cari card reader bila nak transfer gambar. Tadi husband cakap ; Bukan ke laptop you ada built-in card reader? Baiklah, baru sedar. Sekarang dah rasa macam manusia ancient gila. Apa lagi kah benda yang saya tak tahu tentang laptop ini? Boleh memanaskan air? Boleh menjadi mesin pembancuh milo? Atau barangkali ada built-in wardrobe kah? Ini bukan lagi ancient, tetapi alien. HAHA sudah lah kau Chika. Sudah tengah malam. Tidur lah.

Demikianlah catatan harian saya.

P for PARCEL. OR IS IT PARSLEY?

Posted by chika under Uncategorized

Ni entry semalam. Tapi semalam asyik MALAS saja hendak tekan button PUBLISH. Jadi pagi ini saya rajin, saya tekan PUBLISH 15 kali. HAHA

.

Oh Tuhanku. Saya misplace telefon bimbit saya. Anehnya, saya tidak cemas. Menggeledah handbag, tidak jumpa. Lalu terus ke kitchen menyediakan lunch untuk diri sendiri. Langsung terlupa tentang telefon bimbit. Sehingga kini pon masih terlupa. Eh tak. Sebab sekarang tengah cakap pasal telefon bimbit, bermaksud sekarang tengah ingat. Ada sedikit gelabah sebab itu hadiah hari lahir ke 22 tahun pemberian ibu. Walaupon tak tahu sejak bila memanggil emak saya sebagai IBU.

Nanti jumpalah tu.

Lihat. Bukankah berfikiran positif aku ini?

Disebabkan freezer dan fridge telah dikosongkan semasa hijrah tempoh hari (sengajalah pakai perkataan HIJRAH supaya kedengaran muslimah), tiada apa sangat yang tinggal untuk disantap. Macam nak sentap saja rasa sebab yang boleh dimakan hanyalah Instant Prata di atas. Itu pon tak berapa nak instant. Sebab kena keluarkan fying pan. Keluarkan sudip. Keluarkan marjerin. On kitchen dan sebagainya. Konsep makanan instant sepatutnya takyah buat ini semua. Terus makan saja. Tapi itu mungkin konsep fast food. Sudahlah tu, membebel panjang sangat engkau ni.

Sekarang saya pasang azam baru. Bukan azam tahun baru tapi azam Maal Hijrah (sekali lagi cubaan berciri muslimah). No caffein. Sebab dua hari lepas breakfast minum iced coffee. Selepas itu sakit kepala macam kelapa pecah. HAHA apakah tersebut sumpah takda difahami. Tapi tak apalah. Memang tekad gila. NOT EVEN A SIP, MAN!  Teh pon diboikot sekali. Habis sekarang apa pilihan yang ada? Sekarang saya berjanji akan minum Spirulina dan Jus Avocado sahaja sampailah saya tua nanti. HAHA AKU TIPU SAJA! Mana mungkin. Lagi baik sakit kepala macam kelapa pecah daripada harus meminum Spirulina dan Jus Avocado sampai tua. Dikhuatiri tidak sempat tua sebelum Spirulina pon habis.

Tak lah tak lah. Bukan mengambil caffein setiap hari. Sesekali sahaja bila teringin macam boleh mati kalau tak dapat. Rupanya bila sudah dapat, lagi menghampiri mati perasaannya. Sumpah insaf. Ingatkan migraine sudah takda lagi T___T Sekarang saya gantikan dengan MILO. Baiklah takyah buat iklan minum milo badan sehat dan kuat  blerghjkljhgf. Bosan gila bila sebut MILO je, ada orang nak sambung cakap seperti itu. Tolonglah maju sikit. KAH KAH KAH.

Tapi bersyukur. Sebab sekarang dah tak jadi makhluk aneh dah. Sekarang dah rajin makan dah. Kalau boleh nak makan saja dalam hidup ini. Tapi tak apalah. Macam tak mulia saja.

Yibbaaah! Parcel yang saya tunggu sudah sampai.

Bukan mudah untuk collect parcel ini. Pagi tersebut saya pergi ke Post Office secara solo sebab suami kerja. Sampai sahaja di sana, terus terkedek-kedek membawa slip untuk memungut parcel. Parcel tersebut atas nama Dr. Ahmad Naruto.

‘Hello how are you?,’ macam biasa. Dekat sini tak ada kakak jaga kaunter muka macam tunggu kena siku. Pekerja bahagian customer services kat sini semuanya tak pernah nak lenguh asyik cakap HELLO HOW ARE YOU pastu SENYUM.

‘Hello I am good. Hurm. Just wondering. Is it OK for me to collect the parcel on behalf of my husband?’ sambil menghulurkan slip dengan yakin. Yakin gila. Pasti berjaya.

Sebenarnya suami saya lupa nak sign pada slip tersebut sebagai tanda dia benarkan saya collect bagi pihak dia. (Padahal the parcel is mine!)

‘OK let me see. Hurm … do you have any ID to prove that you live in this address as well?,’

Terus saya selongkar purse. Matilah aku.

‘Your driving license, maybe,’ dia suggest setelah melihat saya terkapai-kapai selongkar handbag.

‘Err. I don’t have one. I mean, I hold international license … currently,’ Sumpah saya tak ada Australian Driving License ke apa. Saya pakai international license. Itupon tak lama lagi expired.

‘How come you guys didn’t have same surname? He’s your husband, isn’t he?,’

Damn lah. Banyak kali mesti kena soal macam ni. Come on lah belajar sikit! We, muslim tak pakai surname nama suami lah hayyoh.

‘No no. We don’t do that,’ I replied. Terus terkial-kial keluarkan segala card yang ada dalam wallet.

‘Phew. I have Health Insurance Card. With my name and my husband’s name on it. Here you see,’ Saya tunjuk dia insurans kad kami. tertera nama kami berdua. Ceh bajet romantis pulak.

‘Err… Sorry I can’t take this card. Because all we need to have now is the proof of your address,’ Nasib baik this young lady jenis bersabar dan tahu bagaimana untuk bekerja. Kalau dekat post office Taman Pertama ni memang kakak kaunter tu dah halau aku balik.

Setelah itu, kelihatannya seperti saya ini tidak boleh dibantu lagi. Sebab gagal membuktikan yang saya ini mempunyai alamat kediaman yang sama dengan Dr. Ahmad Naruto. Sungguh malang. Young lady tersebut suruh saya pulang ke rumah dan mendapatkan tandatangan suami saya. Beserta nama saya sebagai bukti yang saya ini boleh dipercayai. Sungguh menjengkelkan.

‘That’s fine,’ berbaur kecewa suara kewanitaan saya (HAHA). Perempuan itu pon apologize sebab tak dapat bantu. Tapi saya fahamlah. Tanggungjawap dia untuk bertegas dalam kerja. Buatnya saya ini pencurik parcel? HAHA muka macam aku ni mana mungkin mencurik parcel. Wah begitu yakin.

Saya tak puas hati. Sebabnya saya memang malas nak ulang-alik ke post office. Dahlah kami dah pindah jauh sikit. Kalau dari Wishart memang dekat. Saya masuk dalam kereta. Saya selongkar dashboard. Tak puas hati tu. Cari apa yang patut. Tiba-tiba … yeay!

Saya lekas-lekas lari masuk semula dalam post office. Pekerja lelaki pon muncul di counter. Ala, I taknak this man. I nak perempuan tadi.

‘Can I have that lady to help me?’ gila demand bukan? HAHA this is how I do my work. Lakukan apa yang engkau mahu.

Terpinga-pinga lelaki tersebut. Ada ke customer boleh pilih-pilih orang. HAHA. Dengan muka aneh, dia pon panggil his colleague.

‘Pheww. I found this letter. My medical check-up. My name, and my address’ Saya tersenyum-senyum macam bangga gila. Sumpah macam buat kecoh saja saya pagi tersebut. Perempuan tersebut pon tersenyum. Tapi dia macam tersenyum tak boleh blah. Mungkin berasa macam saya ini aneh betul.

‘What’s wrong?’ tetiba lelaki tadi menyampok.

‘No. This lady wants to collect the parcel under his husband’s name. Unfortunately, they do not have same surname. And she doesn’t have any ID to prove her address. But she got this letter with her now. Err?,’ nampaknya wanita tersebut tak yakin apa yang harus dilakukannya. And then semua senyap. Lelaki tu macam fikir-fikir sambil belek surat medical check-up saya. Akhirnya lelaki tersebut cakap ….

‘Naaahhh… Just give her the parcel,’

I was like HURRAHHH dalam hati.

Dia scan itu ini. Dan record kan signature saya etc sebelum pass parcel tu pada saya. Tak kesah. I tak takut. Kalau dia suruh sign surat sumpah mahkamah pon saya tak takut. Saya tak curi parcel orang. IT’S MINE OK! Walaupon atas nama suami, tetap SAYA PUNYA!

Saya punya apa? Tadaaa tadaaaa. Tak mahu bagitahu anda. HAHA kerek gila kau sekarang, Chika. Asyik tak mahu bagitahu saja. Barang-barang personal. Tapi memang mengujakan sampai tak boleh tahan diri. Nak juga ambil pada waktu tersebut. Sanggup bertarung. HAHA. At least I paid some effort la kan. Eh bukankah saya selalu begitu? LOL lawak gila. Membuat aktiviti yang mencurigakan Australia Post.

Sekarang tunggu ada lagi satu parcel. Wah kalau begini bila mahu habis menunggu parcel? Mungkin takda habis. KAH KAH KAH. Sudahlah. Penat bermain sudoku sebentar tadi. Sekarang kena makan Apple. Because an apple a day, keeps the doctor away. Wallah.

Hish.

First sunrise – A new day has begun.

Posted by chika under Blackberry

As the silence of the night was being ushered away by the avian melodies, it would seem that the lethargic vessel had given its final wave to the aching bodies, while our conciousness nudged by the ray of a new dawn. A new day … A new chapter…