Hujung Minggu
Seronoknya weekend ini! First, sebab husband tidak on call. Second, sebab suami ada di rumah. Third, sebab suami tidak pergi hospital keluar pagi balik petang. Fourth, sebab suami tidak on call. Fifth, ok sudahlah tu!
Tapi sebab keenam, dapat jalan-jalan sikit setelah satu minggu marinate diri dalam rumah. Sikit sajalah berjalan. Berjalan banyak-banyak tidak larat. Mentulis blog banyak-banyak pon tidak larat. Ha dengan itu, biarlah saya mentulis sikit-sikit.
Aktiviti weekends ‘marinated’ housewife ;
Membeli-belah keperluan dapur.

Sambil tolak troli, merakam gambar bersama-sama yogurt dan makanan berlemak lainnya. Muka pon dijana supaya kelihatan terpaling serius. Dan hakikatnya, tidak membeli yogurt. Hanya lalu sahaja di lorong ini. Sebab lorong ini saja yang lengang dan ada potensi untuk capture gambar pastu takyah nak malu. Heh mestilah malu depan yogurt pon nak ambil gambar. Apa Malaysia tak jual Yogurt? Khuatir Australian fikir macam itu. Atau nanti macam malu lah. Ah memang malulah. Apatah aku cakap ni?
Berjumpa rakan.
Siang tadi lunch bersama-sama Aini dan suaminya di Indonesian Tucker. Kali pertama jumpa. Tapi dah banyak kali beramah-mesra di dalam Facebook. Dan Aini ialah salah seorang pembaca blog ini yang sesekali menghantar komen. Selain itu, Aini juga sedang hamil buah hati sulungnya. Iaitu usia kehamilan muda satu minggu dari saya. HAHA macam susah untuk memahaminya. Tapi tak apa. Takyah memahami sebab tidak menjejaskan apa-apa. HAHA.

Bergambar di hadapan Coles Garden City. Di hadapan sebuah Mercedes. Tak tak. Bukan I punya T__________T Tak sengaja telah bergambar di hadapan kereta orang. Pastu berasa macam ‘tak apa‘. Gambar tidak bersuara. Kalau disenyapkan, pasti engkau boleh fikir itu macam kereta saya, bukan? HAHA padahal bukan.
Anda juga boleh melihat rupa paras perut ibu hamil. Kecil sahaja tapi bersyukur. Dan berasa bangga bawa perut tersebut ke sana ke mari. Pastu mesti ada minah saleh ramah mengajukan soalan ; Something in there? Memang. Ada buah hati di dalam situ.

Mercedes tak ada. Stroller ada. HAHA dua ibu hamil bersama sebuah stroller.
Bukankah aneh? Anak dalam perut tapi berjalan tolak stroller.
Hoh?
Setelah lunch dan bergambar bersama stroller (?) kami pon berpisah. Eceh. Pastu yang syok dia, Aini bagi saya keropok ikan made in Terengganu! Ha kau. Dapat jugak saya keropok ikan. Best gila. Tak akan berlengah-lengah. Esok akan goreng!

Dah dapat keropok ikan (HAHAHA) terus berasa rajin nak berjalan-jalan. Membawa diri ke Westfield Garden City. Sengaja. Meninggalkan footprint sebelum mall ditutup pada jam 5. Heh. Padahal pukul 4 petang pon kebanyakkan kedai dah menggelabah nak tutup. Tah apa-apa. Sini memang borrrring. You have to shop before 5. Kalau nak berangan shopping sampai midnight macam dekat Jusco tu memang takyah ah.
Menanam cili.
Pulang ke rumah, suami pon menanam cili di balkoni.

Selain berbakti kepada manusia sakit, suami saya juga berbakti kepada tanah.
Anda bila lagi?

Okay nanti kalau menjadi, saya heboh-hebohkan. Kalau sampai tahun depan pon takda pernah mensebut sekalipon tentang pokok cili, engkau faham-fahamlah. Memang tak ada lah tu. HAHAHA
Membuat pizza hit.
Pizza Hit (I cipta) ialah nama macam nak tiru Pizza Hut. Tapi Pizza Hit adalah dalam saiz yang sangat baby. Dan sangat sarat kandungannya.

Pizza Hit yang belum dimasak. Ni first time okek saya buat pizza. Dah lah senang. Senang pulak tu. HAHA.

Okay dah masak dah.
Dan ini menjadi dinner kami malam ini sambil menyaksikan tenis ; Australian Open final. Antara Federer dan Murray. Yahoooo Federer menang! Disebabkan suami sokong Federer, aku pon tirulah. Habis takkan nak sokong yang dia tidak sokong. Nanti kurang berkualitilah masa yang di-spend bersama. Sambil itu juga menyaksikan cricket di mana, macam biasalah. Paskistan asyik kalah secara tak pasal-pasal.
Kandungan Pizza ;
Sosej
Broccoli
Capsicum
Tomato sauce
Ceddar cheese
Chilli (sumpah pedas sampai tangan pijar beberapa jam)
Tomato
Mushroom
Makan satu setengah sahaja. Pastu perut terus sendat. Sekarang ini saya cepat kenyang. Tak boleh makan banyak-banyak. Nanti sengsara.
Sekarang kena tidur. Sudah jam 1 pagi.




January 31st, 2010 at 10:55 pm
alahai……………………so sweetttttttttttttttttttttt tgk perot ituuuuuuuuuuu..I love U!!!!..
stroller tu sape punyer??*tbe2 curious..ahaha*
pizza senang kan nak buat??ahahahaa…
chika Reply:
January 31st, 2010 at 10:57 pm
perut tegang. haha
bukan saya punya.
senang gila.
HAHA aku jawap sangat skema
January 31st, 2010 at 10:56 pm
have a good sleep chika :)
chika Reply:
January 31st, 2010 at 10:58 pm
ya ya. nak tido sekarang juga.
January 31st, 2010 at 10:56 pm
k.chika ttp cute wpon ngah prgnant!
comeyy!!
mesti baby pon comey nt..
take care!
January 31st, 2010 at 11:03 pm
chika, buat pizza pun comel2. semacam anda & baby
January 31st, 2010 at 11:09 pm
Chika, pesal kaki u kecik lagi ni even though preknen. orang tak kawen lagi kaki pon besau. eh bak sini kaki tue!! ahahahahha
Seronoknya dia cuma playmate. mesti bes dan rasa macam sedara sedara kan? Bila nak snap pics rumah lagi? nak tengok setelah difurnish!!! (macam sebelum ni ada gambar sebelum difurnish) ahaha..
January 31st, 2010 at 11:10 pm
oh harus cuba resepi pizza hit itu! ;)
January 31st, 2010 at 11:11 pm
ibu mengandung wat la muka serius mana pon, ttp nampak cute seri menyeri kn?? kn??
take care akak =)
January 31st, 2010 at 11:12 pm
keciknya perut kak chika T____T
dah tu, cene nak letak nama anak siti chokilala ni? kuikui
macam senang dan nampak senang je pizza hit anda tu. hehe
January 31st, 2010 at 11:29 pm
dah la senang..senang lak tu haha..comey gile!! kenyang ke makan pizza hit tu chika?? :)
ibu mengandung nih biasa nya makan double! :)
January 31st, 2010 at 11:54 pm
chika da kurus even pregnant!walla!
i tgk kaki u dah kecik!
muka pun da licin!
mmg seri ibu mengandung.
seri anak dalamnya mmancar2 ke luar:)
February 1st, 2010 at 12:14 am
comel la ko pregnant
February 1st, 2010 at 5:18 am
bershopping membawa perut itu….okeh…xmungkin bley ditinggal kat umah rite…???haha….neway, take a good care okeh…mane bj pregnant….??nape xpki2 lagi….cepat la pki..mest cute…arkk…!!!hehe….
February 1st, 2010 at 6:14 am
seronoknya mengandung.ramainya org care kat u nih hahha plus mendapat kekurangan berat sebanyak 10kg,dengan kaki yang begitu kurus. oh heaven ;p hahaha harap2 anak2 u esok lagi besar sikir dari u :p
kata kat suami u, jgn emosi sangat dengan tanah :p hahaa. mesti u tak fhm ni T__T
good morning chika comel :p
gia Reply:
February 1st, 2010 at 10:08 am
yonna:hahahhahahhaha…cerita papadom sgt kelakar…shukor kata bangun…tukang kebun skrg da maju kan mintak keje online…cool2… hehe..
chika mummy to be: u tau kat kelantan ade pizza hit??..logo sumer same…mc D pon ade..versi kat kelantan..mc(mek) dee..hihihi…
February 1st, 2010 at 2:53 pm
haha. kalau pokok cili tak bercili-cili, paham-paham ja la. tgn tak ijau! :p
February 2nd, 2010 at 9:44 am
alah chika..saya memang selalu baca blog awak..tapi malas nak komenla,biasanya komen dalam hati je,haha..macam termalu pulak awak letak gambar saya dalam blog awak,memang saya kelihatan seperti gergasi saja berdiri sebelah awak,huhu..eh,dough pizza tu buat sendiri ke?bagila resepi,:)
February 13th, 2010 at 4:32 am
Assalamualaikum.. i like your blog but i just felt that somebody must mention about the leggings. Aurat is not only skin but body shape as well. Rasulullah pernah bersabda:
pada akhir ummatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Diatas kepala mereka seperti terdapat punuk unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum yang terkutuk”
HR. Ahmad 2/223.Menurut Al-Haitsami rijal Ahmad adalah rijal shahih
Sayang saudara2 islam kerana Allah. Sesungguhnya sampaikanlah walau satu ayat