Weak.

Malam semalam tidak dapat tidur yang nyenyak. Eh entahlah. Mungkin tidak mendapat tidur langsung. Sepanjang malam berpusing ke kiri ke kanan sampai ke Subuh. Atau dalam kata lain, berkawad. Sejak berbadan dua, memang sukar untuk tidur. Tapi bila dah dapat tidur, memang sukar untuk …. bangun. HAHA perkara biasa. Orang tidak mengandung pon begitu, bukan?Jadi bila orang mengandung berperangai begini macam layak dianugerahkan kemaafan. Habis kalau orang tak mengandung kuat tidur pastu susah bangun? HAHA.

Malam semalam boleh dikatakan kali pertama mendapat gejala susah tidur yang dahsyat. Perut rasa tegang semacam. Pusing kanan salah. Pusing kiri salah. Saya dah gelisah dah. But the baby was kicking happily the whole night. Fine, baby fine T____T Mummy appreciates that. Accompany me eh?

My husband bought me a body pillow last few months. Sebabnya saya asyik backpain saja dan selalu tak tahu nak letak perut kat mana semasa tidur. It helped me a lot throughout these time but not last night. Langsung tak membantu. Akhirnya saya lesing body pillow tersebut ke hujung katil. Buat semak saja dia. Dahlah sangat besar dan panjang iaitu sama panjang dengan saya. Kira macam tidur bertiga (baby not included) di atas sebuah queen bed. HAHA.

Saya terus berkawad dan shuffle di atas katil sehinggalah ke jam 4 pagi. Husband pon terjaga. Terus saya cry a river.

‘I tak boleh tidur langsung,’

‘La. Ye ke? Kalau camtu, jomlah bangun sembahayang Subuh,’

Zuup! Terus bangun. Terus wudu’. Terus solat berjemaah. Dan selepas itu mencuba untuk tidur. Alhamdulillah. Berjaya hooooray! Kepala punyalah sakit. And the baby? Terus buat summersault. At least summersault dia itu memujuk hati saya. Tak dapat tidur pon tak apalah. Ada juga yang nak entertain saya sepanjang malam.

Itu cerita malam.

Siangnya pula, berasa teringin sangat nak makan mackerel masak asam. Atau nama lain dia, masak senggang (betul kah nei?) Tengah potong-potong bawang dan sebagainya nak memasak, tiba-tiba pitam. Terus tumpas di atas couch. Sesak nafas. Dan akhirnya terus termuntah-muntah. Hurm. Macam yang saya dah ceritakan, saya memang mabuk teruk hakikatnya. Walaupon dah 6 bulan setengah pregnant, saya masih mabuk-mabuk. Anda tidak akan dapat bayangkan bagaimana pengalaman saya pada 1st trimeter. Sangat dahsyat. Tapi tak apalah. Saya anggap ini bahagian saya. Sebijik macam emak saya. Emak saya kan, dia mabuk 9 bulan. Saya pon macam ada potensi untuk mengorak langkah yang sama. Ah, tak ke comel muntah-muntah semasa hamil? HAHAHA.

Diakhiri dengan pantun dua kerat.

Hari ini tidak sehat T________________________T
Hari ini makan donut.

Tah apa-apa.

Recent Entries

15 Responses to “Weak.”

  1. kak moon Says:

    masak singgang klu kat terengganu.. ala keciannya adik akak yg comel ni.. takpe.. kuatkan diri.. akak rasa chika boleh teruskan perjuangan smpai ke akhir…

    i’ll pray for both of you..

  2. shiraz Says:

    Baby summersault,heh…that is soo cute..my fren dulu pun used to said baby die suke summersault malam2.. maybe it’s a common phrase for preggie mommies kot… heheheeh…

  3. cikja Says:

    huhuhu..
    sian u.. tapi takpe.. susah2 dahulu bersenang2 kemudian.. *mcm karam singh walia plak mulakan kata dgn peribahasa*…

    mak i kate.. kalu takdpt tido malam2 maknanya nanti u bersalin malam.. sbb tyme tu bby aktif.. hohoh..

    *ok i memang dah mcm makcik2 asyik bagi petua org tua2 je kat u.. *

    bak kata i..i kan suka kat perempuan ngandung~

  4. cik muda sara Says:

    comel je pantun chika walaupun tidak sehat muntah2.. be strong chika!

  5. nawal Says:

    kalao kat ganu dia panggey masak ayor. aha. eh ye ke suke aku je.

    eat well chika. u taknak ada helper ke? cam risau plak la tengah2 masak tu u pengsan.

  6. nieja Says:

    dah 6 bulan pon u mabok2
    lagi eh chika. kesiannya.
    ape2 pon.. take care ok..

  7. otak ketat Says:

    auww. hebat u. ats katil pn bleh shapel :p

  8. ciare Says:

    yeke dear? siannye xdpt tido nyenyak. i pon susah nak tido nyenyak 2,3 hari ni walopon xde kena mngena dgn pregancy (hihi ;p)

    hope mlm ni baby sgt baik and biar mummy rehat yer :)

  9. farah diana Says:

    take care. we’ll always pray for ur joy and happiness. miss u!

  10. ieka Says:

    i’ve got nice story before sleep by reading your story..

    aka chika comel
    moge baby pon comel nanti

  11. saya Says:

    mesti akak bahagia, kn??
    tp summersault tu aper??hehehe…
    dia golek2 pusing2 ke?

    pe2 pon, hope akak berjaya bertahan sampai la baby keluar ngan selamat..chaiyok!

  12. poyaty Says:

    chika, sangat suka lah bc experience u & baby. bole jd panduan neh. hope dpt tido nyenyak2.

  13. ejalz Says:

    salam Chika..
    first of all TAHNIAH akan menjadi mmummy tak lama lagi… dah lama ‘bercuti’ dari memblog… tiba2 baca your announcement… Anyway, we are in the same boat.. only that I’m waiting only for another 3 more weeks for my 3rd child..
    going towards 3rd trimester, memang you akan alami gejala susah nak tido malam… as for me, one way to avoid keletihan akibat tak tido malam (because I’m working) ialah dengan cara tido saja bila2 masa terasa mengantuk nak tido.. hatta pada pukul 8pm sekali pun… kadang2 lepas maghrib pun jalan… isya later tgh mlm masa yang terjaga balik tu… hehe…
    selain masalah tido, akan ada jugak gelaja membuang air kecil yg kerap walaupun hanya setitik yang dibuangnya…letihhhh nak berulang ke bilik air… hahaha…
    insya-allah first pregnancy will be such a wonderful xp for you… macam2 unexpected things boleh berlaku… jadi bersedialah… toksah layan perasaan sedih sbb tak bole itu or ini… nnt lagi bertambah sedih, padahal takde apa2 pun…your mood can easily swing … hehe..
    oklah chika… nak dengar cerita lagi pasal my xp in pregnancy… boleh jek email to me… berbesar saya berkongsi ….
    till then.. do take care, both u and the baby…

  14. wanie_gc Says:

    kecian nye u….time2 ngah msk pun, bley meragam mcm tue..aiyok…!!!bahye okeh chika…jgn bwat keje if rase weak gile okeh….i plak yg risau tgk u….

  15. Juliahoneyshakes Says:

    YaAlllahhhh.. Chika pun akan jadi mommy juga ke ? alhamdulillah ! happy sangat. muah muah !

Leave a Reply