Baby Arrivals

Saya akan deliver baby InsyaAllah di Brisbane, mengikut perancangan kami. Tapi perangan Allah yang akan menang. Begitulah hakikat. Selama ini saya mendapatkan khidmat pesanan ringkas hey hey! Itu SMS T___T Selama ini saya mendapatkan khidmat Obstetrics & Gynaecology dari Australis Specialist Center. And my obstetrician is Dr. Jenny. Teringat lagu Jennifer Lofez, Jenny From The Block. Okay lupakan yang itu.

Sehinggalah pada minggu ke 22, saya masih berjumpa Dr. Jenny. Dan macam tak akan berjumpa beliau lagi selepas ini. Barangkali. Okay fine aku dah perasan macam memegang watak Becky dari siri Shopaholic ; Baby & Shopaholic. Di mana this Becky meninggalkan obstetrician dia yang hebat sebab the obstetrician cuba goda husband dia. HAHAHAHA lawak gila.

T_____T

Eh tak lah. My Dr. Jenny is no VENETIA CARTER in the Shopaholic series okay. My Dr. Jenny is married. Selalu nampak anak-anak dia berkeliaran dalam clinic lagi and she’s not vogue pon so there’s no way I could play her the role of VENETIA CARTER. Apa kau cakap ini, Chika? Itulah sebabnya kenapa anda kena baca SHOPAHOLIC & BABY. Baiklah baiklah serius.

Dr. Jenny cuba refer saya ke Sunnybank Private Hospital untuk deliver baby. Di mana saya (and husband juga) not too happy about that. We don’t wanna have our first baby delivered in Sunnybank Private. Sebab kami tak berapa suka the name of Sunnybank itself. HAHAHAHA. Tapi tidaklah masalah besar sangat bagi kami agaknya. Kalau ditakdirkan itulah saja hospital yang reliable (since agak susah rupanya nak fit in mana-mana private hospital sebab penuh dan semua obstetrician best dah kena book habis. Laku gila macam goreng pisang panas) saya tidak kesahlah bersalin di situ pon. Dr. Jenny pon very nice. Walaupon dia asyik pakai baju yang sama everytime I see her. Mungkin kebetulan. Naaaah never mind.

Setepatnya, suami saya cuba tukarkan saya ke Mater Hospital. Sebab utama mestilah sebab dia bekerja di situ. Walaupon macam tak ada kena-mengena langsung HAHA. Tapi demikianlah kehendak beliau. And me? Pastilah suka. Sebab, saya yakin dengan Pregnancy Unit di Mater. Dulu masa saya miscarried the first baby, saya refer ke Mater. Ya Allah. Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU) dia sangat awesome. Dan method dia menangani miscarriage saya pon very simple dan berkesan. Tak ada leceh-leceh. Tak ada merepek sangat dan menakut-nakutkan. Paling cool, lepas saja complete miscarriage (dah disahkan keluar semua), releks saja the midwife (Amanda) bagitahu saya ; Now you can try for another pregnancy if you want. Aku pon terus menggelabah jawap ; Sure I will! I can’t wait! KAH KAH KAH.  Nanti saya ceritakan pengalaman masa itu (macam biasa, tak janji) HAHA.

Beberapa minggu lepas, kami jumpa Dr. Conrad (the GP) untuk dapatkan referal letter ke Mater. Dia recommend kami one doctor ni from Mater Private. Saya ok saja. Tak adalah nak tergedik-gedik sangat demanding for the best celebrity obstetrician in Australia ke apa. HAHA. Mana yang di-recommend, itulah yang saya percaya.

Husband saya call hospital untuk dapatkan appointment dengan obstetrician yang disarankan. Namun tidak lama selepas itu, hospital call me dan bagitahu, saya tidak ada ruang lagi. Sudah terlambat T___T  Kedengaran macam kesian sekali. Nak bersalin pon tak ada tempat. HAHA. Eh taklah macam tu sekali. Hospital suruh saya contact Baby Arrivals. Huh? I know Baby Arrivals! Me and husband selalu sebut-sebut everytime lalu depan situ. Just accross the road from Mater. Atau dalam kata lain, merupakan company ada kaitan dengan Mater juga. Sebab all the mothers yang register dengan Baby Arrivals kena book for delivery dengan Mater Private juga. All the babies will be delivered at the Mater Mothers’ Private Hospital. Saya pon belum sure lagi macam mana Baby Arrivals is connected to Mater. Dalam erti kata lain, saya masih akan bersalin di Mater Mother’s Private Hospital! Huray!

Tahu kenapa huray?

Sebab saya suka :P


Semalam saya call Baby Arrivals. Untuk register and booking.

When is your estimated due date?

Around 10th of May.

So you’re now around 26 weeks?

Yup. Am I too late??????

(Gaaah. I sounded like a cry baby. Sungguh pathetic)

No no. You’re not.

Lega. Akhirnya saya dapat buat first appoinment dengan Baby Arrivals. Dan dapat new obstetrician. Alhamdulillah. 11 February ini, akan berjumpa obstetrician baru. Daaa! Aku berdebaran tahu? Padahal tak tahu kenapa nak berdebar pula. Mungkin sebab dah biasa dengan Dr. Jenny tu. Tetiba kena jumpa doctor lain pulak. Dan mulakan suasana lain. Eceh. Pastu tadi saya call emak. Bila saya cakap saya nak tukar obstetrician, emak cakap ; Apsal? Nak doctor best ke? Tak susah ke kena tukar itu ini?

Ma! Tak supportive ok T___T Macamlah emak dulu tak demand the best doctor etc. I can remember, Ma. I can walaupon masih kecil masa itu. Bila emak bersungguh-sungguh nak pergi Chinese Maternity (time tersebut tak ada lagi hospital gempak-gempak macam TMC ke, Prince Court ke, Gleaneagles Intan ke etc) masa lahirkan her 3rd son yang pada zaman tersebut sangat famous hanya sebab obstetrician dia digembar-gemburkan terbaik, keluar TV etc. At least I tak demand for that. I tak demand langsung. Kalau boleh nak bersalin dekat rumah dalah bath tub. Baiklah, merepek. Honestly, saya mahu lahirkan bayi yang sehat sejahtera dan selesa. Selesa di sini untuk memenuhi hakikat bahawa kesakitan itu perlu difahami. Kalau boleh tak mahulah bersesak-sesak, tunggu turn dan sengsara berserta layanan hospital yang huduh. Itu saja. Kalau disebabkan nak the best obstetrician in town, tak apalah T____T Saya percaya ada banyak obstetrician bagus dalam dunia ini walaupon he or she bukanlah well-known.Sebab sekarang dah macam TRENDY gila kalau dapat the best obstetrician in town. Atau dalam kata lain, celebrity obstetrician ke apa. Na’ah. Jangan merepek.

Arrivals recommend schedule of visit as ;

10 weeks -  Obstetrician and Midwife
14-16 weeks- Obstetrician
20 weeks – Obstetrician
24 weeks- Obstetrician
28 weeks – Obstetrician
30 weeks  – Midwife
32 weeks - Obstetrician
34 weeks
Midwife
36 weeks-Obstetrician
37 weeks - Midwife
38 weeks -   Obstetrician
39 weeks   -  Obstetrician
40 weeks -   Obstetrician
41 weeks -  Obstetrician

Saya macam rasa dah terlambat T_____T Rugi gila tak terus pergi sini dulu. Macam mana entah boleh terbawa diri ke Australis Specialist Centre tu. Saya bukan takut terlambat apa. Saya takut tak dapat join Antenatal Class. I soooooooo want to join it. Macam tak boleh sabar nak pergi Antenatal Class. Haraplah berpeluang.

Another hospital yang husband saya kata bagus di Brisbane ialah Royal Brisbane. So, good luck Aini! =D

Oh semalam saya termimpi-mimpi pasal berjumpa obstetrician. Saya mimpi saya jumpa Dr. Jenny. And then dalam mimpi tersebut, dia tengah scan saya. Tetiba dia tanya sama ada saya dah book dengan Sunnybank Private atau tak. Saya bagitahu saya akan tukar ke Mater dan justeru itu dia macam marah. Dia tanya ; why? why? Something like dia tak faham kenapa saya nak stop from seeing her. Sigh.

See. Sampai terbawa dalam mimpi. Perlu ke aku mimpi semacam ini? Saya rasa, saya terlalu memikirkan tentang ini. Tentang di mana hendak bersalin. Dengan siapa akan bersalin. Dan bagaimanakah rasanya bersalin. terlalu memikirkan. On the other hand, saya sebenarnya tak sabar hendak memberikan kelahiran. Sangat mengujakan! Macam awesome.

Saya tulis ini untuk rekod peribadi. Sebab saya pasti, kalau saya ada rezeki melahirkan anak seterusnya nanti (InsyaAllah) mungkin pengalaman dia tidak sama. Mungkin waktu tersebut saya bukan lagi di Queensland. Mungkin di Malaysia. Atau mungkin di mana-manalah yang tidak diketahui. Dan saya pasti pengalaman ini tidak akan sama.

Recent Entries

35 Responses to “Baby Arrivals”

  1. nawal Says:

    Sungguh detail. Doctor boleh rujuk patient ke hospital2 tertentu ye chika? Kedengaran macam sangat profesional dan penuh adab. why the malays never like that? always want to halau u . huhu..

    i heard dekat malaysia bersalin dekat wad bersalin depan2 orang, tarik langsir je. My GOD!! and everyone can hear u screaming!

    photographer ai masa tunang tunjuk video bini dia bersalin. less in one minute dia teran and pop comes out the baby. hehe.

    i hope u’ll have an easy labour :D

    chika Reply:

    nak book mana2 hospital mmg kena ada referral letter dari General Practice.

    Oh ye ke? Tak tau pulak. Tapi dia ada room ikut pilihan kita. Nak single room. Atau nak yang 4 beds. And they charge you lain-lain la. I rasa kalau macam you cakap tu, dia pilih room yang banyak beds kot.

    Dia tunjuk video bini dia? Mak aih. I penah tengok video orang deliver baby. Memang menakutkan tapi tak membuatkan I rasa tak nak atau fobia pulak. Sekarang I cuma rasa tak sabar dan excited. Harapnya pon I senangla bersalin. Amin/

    amalin Reply:

    biasalah kalau tgk video camtu mesti takut..lbih2 lagi kalau anak prtama kan..kalau dah anak seterusnya,dah x dek ape2 dah..kalau dah lahirkan anak,perasaan syukur n gembira tuw memang x leh dicakap..terlalu bersyukur n gembira..smoga dapat lahirkan anak ngan mudah yep.. :P

    missaussie Reply:

    salamz.

    maaf menyampuk sket ye nawal.

    saya baru je lahirkan baby di govt hospital di malaysia, di hospital serdang to be exact.

    alhamdulillah, dia provide separate labour room, dalam satu labour room tu saya sorang je deliver baby. memang ada orang tengok, tapi cuma midwife, doctor dan specialist.

    mungkin nawal maksudkan ni kat hospital lain la kot. lagi satu takde pulak screaming sebab sebaiknya kita selawat je banyak2, zikir banyak2 supaya mudah nak lahirkan baby.

    chika, banyak pengalaman kawan2 saya bersalin di Royal Adelaide Hospital dulu, layanan bagus dan terbaik. insyaAllah, as long as you deliver di Aussie, shud be takde masalah yang mengerikan. not to be biased ke ape, tapi camne eh nak explain. nanti la once you experience being in the labour room, you would understand.

    hope everything went well. take care!

    nawal Reply:

    eh bukan nak menakotkan u, haha. she had an easy labour, takda jerit2 pon, just teran dua kali .:D.

    aminnnnn

    hidayahyassin Reply:

    tak silap kan…kat malaysia ada jugak yg macam tu. maksudnya dr akan suggest hospital2 mana yg ok pada dia sebab dia yg akan conduct patient tu masa bersalin…hehe, sebab pernah tanya kat dr masa akak keje kat klinik…n biasanya dorg akan suh kita g private la kan…kerajaan dah tentu2 ada dr sendiri…kira cam cara dorg market keje dorg la…nak2 kalau dorg ada klinik sendiri…hihi…

    coolmum Reply:

    eh takde lah main tarik2 langsir. tu dengar cerita tahun 60 an ke 70an kit haha. my exp. 3 kali bersalin suma dalam private room tak kira la gov or private. mmg midwife/doktor suruh selawat banyak-banyak. setau i la indian yang suka menjerit-jerit ni. bukan dengar cerita org tapi i dgr sendiri masa nak deliver my 1st baby. anyway, i harap u senang bersalin, chika. opss sblm terlupa…..minta maaf kat hsbnd and parents,kot2 ada wat salah silap ke apa. maklumla bersalin ni kan jihad kecil.

  2. Mr K Says:

    Congratulation =)

    chika Reply:

    terima kasih :)

  3. JiaZ Says:

    salam cika!…

    congrate!…Yup betul untuk rekod peribadi dan bacaan anak cucu jugk..hihihi-mg dipemudahkn urusan kamu…

    chika Reply:

    Salam :)

    Terima kasih banyak. Itulah yang didoakan pon setiap masa :)

  4. poyaty Says:

    owh, chika boleh buat buku cam shopaholic juga. Chika & Baby. saya doakan chika baik2 saja :)

    chika Reply:

    HAHA buat bulu chika & baby ye?
    Terima kasih. Amin :)

  5. Maz Says:

    congrats chika.. i’ll pray the best 4 u

    chika Reply:

    Terima kasih banyak :)
    Kita berharap je. Allah yang tentukan :)

  6. Nadir Says:

    Congratz Chika…merasai macam best je bile mengandung bile baca entry u ni…

    chika Reply:

    Alhamdulillah. Mengandung memang best. Walau susah dan sakit macam mana pon. Bila ingat ada anak yang nak dilahirkan terus rasa terpujuk je hati.

  7. e-ni-ni-mos Says:

    di mana pun u nak deliver baby doakan segalanya selamat dan baby lahir sempurna fizikal.
    yg penting mcm u sebut awal-awal, semua di tangan Allah.
    dalam situasi u yg pernah miscarriage, u hv 2 pray hard 4 dis chance semoga baby u selamat n sempurna fizikal.
    just my 2 cents, hospital bagus or selesa, yg penting ur baby selamat n sempurna fizikal :)
    sebab ada org2 d luar yg penah miscarriage n tunggu bertahun2 utk new baby akan letak dalam hati mereka asal dapat lahir baby cukupla. tak kira la di mana-mana hospital. tak dpt best obstetrician pun tak pelah, Allah juga tentukan segala.bila after a week kawin u da ambil acid folic tapi dengan kuasa Allah, kandungan kedua baru menjadi.subhanallah.
    Dalam selama ni life u yg sgt2 ceria dan gembira, Tuhan uji juga dengan miscarriage yg pertama, so, plz jadikan iktibar utk terus bertawakal dan munasabah pada Allah.
    dan bykkan amalan pada allah dalam tempoh pregnant ini, yg lain2 duniawi saja. Allah juga yang menentukan segala. we all r hapy 4 u.
    chika, b strong. :)

    chika Reply:

    Memang semua ibu mengandung harapkan kandungan dia sehat dan selamat. Saya juga. Tapi semua memang kuasa Allah. Malah masa miscarriage tu, sedih memang sedih. Tapi tak meninggalkan kesan yang teruk sampai berburuk sangka pada Allah. Memang redha dan percaya kuasa rezeki. Bukan setakat rezeki anak. Rezeki kebahagian, kehidupan dan apa pon semua Allah yang bagi. Tak pernah rasa terlalu sedih dengan semua ni.

    Tapi bab hospital tu memang ada teliti sikit. Bukanlah mencari best obstetrician (mcm yg saya dah ckp) tp prestasi hospital and the doctor itself salah satu risiko juga. Tu saja. Kalau kata nak sampai carik obstetrician terfemes tu, takdela.

    Terima kasih banyak. Perancangan Allah tu paling baik. Dan terbaik yang manusia boleh buat ialah usaha dengan doa tanpa buruk sangka dengan ujianNYA.

    :)

  8. anis Says:

    tahniah chika semoga selamat semuanya nnt insyallah Allah akn permudahkan amin~~~

  9. dira Says:

    sori chika cyg dira tak tahu pun about the miscarriage..chika mmg tabah! dira doakan chika dan baby selamat dan sihat…hugs!

  10. cik muda sara Says:

    bukan hanya rekod peribadi, tetapi ilmu pengetahuan buat org lain juga, mana tahu nnti akan datang readers u plak mengandung kat sana..hehe,

    I macam excited jugak. ei, tak sabar nak tunggu chika bersalin..haha

  11. Suzie Says:

    Semoga Chika berjaya mengharungi detik2 itu dgn selamat.InsyaAllah.

  12. lyana si permaisuri Says:

    chika mommy wannabe,
    I doakan u sihat dan diberi kekuatan menjalani hari-hari depan yang lebih menterujakan..!!

    Tiap-tiap dari kita mendapat bahagian ujian yang berbeza.. strong ya sister..!!

    Tak sabar nak datang visit nurul junior di KL nanti..! Aunty Lyana must bring something for him/her..!!! can’t wait yaww….!!

  13. ksu Says:

    :)
    So sweet of u dear.. terasa bagaimana gembiranya chika dpt berkongsi cerita ur pregnancy experience here..
    semoga semua berjalan lancar.. insyallah..

  14. gia Says:

    selaku ex-employee TMC..hospital tu nampak je gempak..i have my own point..sumpah x tipu..dats y i left d hospital secara A.W.O.L..u wanna know y…i can tell u privately..i dun wanna disclose anything bout doctors ethic..takut kena sue..hahahhaa..so..next2 year..untuk baby summer or baby rain or baby tengah guruh berdentum (since cuaca kat malaysia mcm shuffle panas-guruh berdentum-hujan lately)…i suggest u to go to pantai..kpj hospital n the best service for everything…whether u in patient or out patient …princecourt…sunway pon ok..walaupun kat mana u deliver baby…harap semuanya lancar…baby sihat…mak nye sehat…ameen…

  15. bintang timur Says:

    salam..sangat gembira dgr berita chika bakal bersalin tak lama lagi. moga dipermudahkan urusan.
    tak tau la plak se’detail’ tu proses nk bersalin.huhu
    11februari tu my birthday! hehe

  16. hanafijaafar Says:

    tahniah dalam kuantiti banyak ke atas kamu. aku mengharapkan segalanya lancar dari segala pengambilan.

    dan lagi, sungguhlah aku berharap agar musim sejuk tidak awal tiba agar bayi kamu lahir sebagai bayi musim luruh dan bukan bayi musim sejuk.

    kamu menguatkan azam aku untuk menikahi doktor. semoga aku lekas berkahwin dan beranak-pinak. mahu juga aku merasa semua di atas,ya, di atas bermaksud di dalam penulisan blog kamu.

  17. ain Says:

    i’m ur silent reader..ske bc blog u..congrate for the pregnancy..:)

  18. finas Says:

    salam.^_^
    tahniah kak nurul.semoga ALLAH memudahkan perjalanan hidup kak nurul dan keluarga.

    -patutlah rajin main sudoku,baik utk pregnancy.hehe.wat la add math kak.nnt bby bijak..org katalah..tp,sudoku is fine-

  19. han Says:

    salam chika,
    tetiba nk komen :)
    pengalaman akak bersalin 4 bulan lalu di australia sangat best! :) akak bersalin kt st john of god,private hosptal kt warrnambool,victoria..tak tau kalo kat tmpt chika ada ke tak.my obstetrician mmg dari awal prgnt sampai sambut baby.mmg puas hati sangat..moga chika jugak mendapat yang terbaik.good luck! :)

  20. teeha Says:

    salam,kak chika=)

    dah lame x komen kat cni.lately pun jarang2 dpt bace..btw,congrats for your pregnancy!!=)))

  21. zai Says:

    Baru berkesempatan nak wish TAHNIAH YANG TAK TERHINGGA untuk Chika! Tak sabarnye nk tunggu baby u lahir \(^^)/ hoho..from my siss’ experience kan,yg baby girl sume awal dari due n baby boy lak sume terlebih due.my bro sndiri pon over due 10hari, so kalau baby u yg bakal lahir ni baby boy n lewat 10 hari dah sama dgn my birthday…hehee ;p

  22. ain Says:

    mintak dia keluar 12 may boleh x? hehe

  23. atinne Says:

    winter baby ye?hehe..or end of autumn ;p

Leave a Reply