Movies; Review Peribadi.

Review ini dari pendapat peribadi yang kebanyakkan masanya dipengaruhi oleh hati penulis tanpa mempedulikan elemen perfileman yang lebih tepat. Rating yang diberi juga macam tak berapa boleh pakai. Jadi jangan ambil rating ini sebagai bahan berhujah dengan pasangan anda semasa memilih filem. Ini review peribadi, tahu? Tapi sebaiknya, percayalah kata penulis. HAHAHA.

AVATAR
Rate : 7/10

Dah lama dah tengok. Tapi memandangkan saya tak berapa suka mentulis tentang filem (sama macam tak suka mentulis tentang gosip artis macam mensemak saja dalam blog ini) jadi saya tulis tentang ini secara sekaligus dengan filem-filem lain. Semua orang pon terpesona dengan kehebatan Avatar. Jadi kalau tiba-tiba saya muncul bawak statement ; Avatar adalah filem yang sungguh huduh don’t watch laaaah! Pasti macam mintak kena siku saja dengan orang ramai. HAHA. Sesungguhnya, filem ini memang hebat. Animasi dia power. Dan awek berciri Avatar tersebut sumpah sexy lenggok-liuknya. Dan yang terpenting juga untuk diperkatakan, hero filem ini sangat boleh blah muka dia. Tumpang lalu.

Itu kupasan secara logik dan sepatutnyalah.

Ini kupasan ikhlas pula ; Genre sebegini sebenarnya bukanlah genre saya. Sebab itulah bagi rating setakat 7 sahaja. Atau dalam kata lain, rating tersebut berciri peribadi. Tak sesuai dijadikan titik tolak bertikam lidah dengan awek anda pastu cakap ; Nurulism.com bagi rating 7 saja! Tak best manalah filem ini. Kalau best betul mesti dia bagi 10. Dah dah jom tengok filem Congkak, takyah tengok filem  ni (gila ancient tengok Congkak)

.

3 IDIOTS
Rate : 9/10

Sumpah kelakar filem ini. Oh lupa cakap. Ini filem hindustan. Tak tak. Jangan stereotype I. Ini bukan filem hindustan main tepi landasan keretapi pastu awek lari sari berterbangan dan hero toreh tangan dengan pisau. Bukan macam itu. Filem ini berciri lawak educated. I recommend siapa belum tengok,tengoklah. Aamir Khan is the hero.

Macam manakah kami boleh tertengok filem ini? Macam ini cerita dia ;

Dah lama dah. Beberapa minggu lalu (around 3 weeks ago agaknya) kami pergi makan di sebuah restoran Arab. Tetiba saya cakap dekat husband ; I teringin tengok hindustan la. Download la hindustan, please. Sebab dah tahu dah mesti dia tak mahu punya. Nanti bakal ditertawakan. Pastu selepas makan, kami pergi grocery India yang terletak bersebelahan dengan restaurant tersebut. Tetiba dia ada jual movie hindustan I tell you. Terus menggelupur nak beli. Brother cashier tu recommend 3 Idiots ini. Dia kata menang award banyak gila filem ini. Tempted.

Kami pon beli. Balik rumah, husband saya pergi google review filem ini. Macam terror saja. Dekat Brisbane punya cinema pon ada tayang. Dekat UK pon ada tayang. Dekat US pon ada tayang. Ewah. Macam terror. Apalagi, semangatlah menonton. Fuuuu memang terror. Lagi-lagi kepada peminat tegar filem hindi (macam saya). HAHAHA.

Dibagi rating 9 kerna lagi 1/10 ditolak. Sebab lagu tak catchy. Dan heroin (Kareena Kapoor) I tak suka. Always tak suka filem lakonan dia. HAHAHAHAHA bias bukan?

UP IN THE AIR
Rate : 8/10

George Clooney weh, George Clooney! Siapa tidak terpaku melihat lakonannya yang charming? Disebabkan nama George Clooney lah, saya membawak-bawak juga hati untuk menonton filem ini. Wallaa. Memang best. Interesting story.

Tentang seorang lelaki (George Clooney) yang kerjaya dia ialah memecat orang. Stress saya tengok kerjaya sebegini. Macam hanya boleh dilakukan oleh orang yang tak ada hati perut atau pon yang berciri hati kering sahaja. Dan lelaki ini kerja dia ialah travel saja di dalam pesawat. Sebab itulah dinamakan Up In The Air. Dan kisah ini selebihnya berunsur kepercayaan terhadap cinta dan perkahwinan.

Saksikanlah. Tak rugi. Kalau anda rasa rugi pon, boleh pujuk diri dengan menyaksikan George Clooney yang charming. HAHA. Tapi kalau dibagi Richard Gere berada dalam filem ini, terus saya up rating jadik 10/10. KAH KAH KAH. Macam biasa. Sangat tak boleh pakai review ini bukan?

.

THE TIME TRAVELER’S WIFE
Rate : 7/10

Tumpang lalu, rakan-rakan. Mula-mula sekali kena cakap yang Eric Bana adalah tampan. Kalau dikira secara matematik, 4/10 adalah datangnya dari Eric Bana punya muka himself HAHAHAHAHAHA. Dan lagi 3/10 adalah jalan cerita dia.

Cerita ini indah. Memang indah. Tapi agak mempeningkan kepala. Kira semasa tengok filem ini, kenalah membawa sepenuh otak beserta isi kandungan otak. Kalau tidak, memang rasa nak masuk dalam skrin dan tikam sekor-sekor dibuatnya. Agak mengelirukan. Sebab kita sendiri kena faham-faham dan travel mengikut masa. After all, cerita dia unik.

Ending dia sangat menyentuh perasaan. Oyya. Ini memang bukan cerita yang masuk akal.

.

KIKI’S DELIVERY SERVICE
Rate : 6/10

Macam biasa. Miyazaki punya anime semua hebat. Tak ada yang tak hebat. Tapi disebabkan animasi dia selalu hebat gila, jadi bila dia buat cerita seperti Kiki’s Delivery Service ini, dah rasa tak berapa nak hebat untuk tahap dia. Anda faham apa aku tengah cakap ini? Maksud dia, filem ini bukan tak hebat. Hebat. Tapi dibandingkan dengan animasinya yang lain, filem ini adalah moderate saja.

Tapi cukuplah indah suasana cerita. Comel gila!

SPIRITED AWAY
Rate : 10/10

Gaaaaah tidak boleh cakap banyak. Filem ini is the best. Nah nah. Ambik 10 markah! Walaupon filem ini sepanjang kau menontonnya engkau takda berapa nak faham apa kejadahkah semua alien hantu dan mahkluk aneh yang keluar, tapi bila dah sampai ending, engkau akan faham dia punya mesej secara automatik. Superb ah. Sejak menonton filem inilah, saya jadi gila dengan Miyazaki punya karya. I wonder macam manakah Pak Cik Miyazaki ini boleh ada imaginasi aneh-aneh seperti ini?

.

PONYO
Rate : 10/10

Kalau anda mahu menonton objek comel, PONYO adalah jawapannya. Eceh macam tagline nak jual product. Ponyo adalah seekor goldfish yang hendak menjadi manusia. Ponyo sangat comel tak boleh blah. Kalau dia ada depan mata aku sekarang ini, lama dah aku penyek-penyekkan dia kerna terlalu comel.

Macam biasa. Mesej Miyazaki dalam animasi dia ialah alam sekitar. Anda yang belum tengok itu, pergilah tengok I paksa tengok. I paksa. Sangat paksa. HAHAHAHAH.

.

PRINCESS AND THE FROG
Rate : 9/10

Jarang sekali Walt Disney keluarkan filem takda kualiti. Samalah dengan filem ini. Best. Memang sebuah version fairytales yang telah di-twist sampai menjadi sungguh lain macam. HAHA.  Tapi lagu-lagu dalam filem ini tak ada yang catchy, bak kata suami saya selaku peminat tegar Walt Disney.

Filem ini bukan kisah perempuan cantik berkahwin dengan anak raja. Bukan tentang impian seorang gadis inginkan putera raja. Bukan kisah putera raja kaya. Bukan kisah princess cium frog dan frog menjadi putera raja. Tetapi kisah seorang putera raja tak ada wang sebab kewangannya disekat oleh raja (HAHA lawak gila putera raja ni miskin). Kisah ini juga tentang seorang gadis yang impiannya nak buka restoren dan tidak langsung mengimpikan putera raja. Kisah ini tentang gadis yang mencium seekor katak dan gadis itu pon sama-sama menjadi katak. KAH KAH KAH. Twisted gila tak boleh blah.

Ini review saya secara peribadi. Siapa tidak setuju dan ingin membetulkan markah yang saya beri, tidak boleh berbuat demikian. HAHA.

Rasanya, inilah saja filem-filem yang saya tonton baru-baru ini.

Recent Entries

14 Responses to “Movies; Review Peribadi.”

  1. ~Reena~ Says:

    I reaaaaaaalllllllllyyyyyyy wanna watch Up In The Air! Tapi lambat lagi nak keluaq kat Malaysia. Ok, nak pi download sekarang. Okthanxbye.

  2. dira Says:

    oooh hubby peminat tegar disney..cayalah hubby chika..kiki’s delivery service adalah anime ghibli pertama dira tgk kecik2 dulu..tak silap dira masa sekolah rendah..ketika itu tak de ponyo, takde princess monoke, takde spirited away dan ketika itu tak de perbandingan nak buat kat ghibli movie so bg dira kiki’s lah paling hebat..tp kini banyak keluaran ghibli yg hebat2 so sbb itu bile dah tgk keluaran yg baru, anime ghibli tahun 80an rase mcm tak hebat! hihi…bestnye chika tgk banyak movie..dira sgt takde masa, sedeynye

  3. the cud Says:

    chika…chika…chika dlod ktne ey mvies ni??
    he3

  4. annedurrani Says:

    Saya dah tengok Spirited Away.
    Kalau tak silap tahun lepas.Memang bestt!!!!
    Tak sangka ada filem macam ni.
    Tak bosan dan out of box.
    =)

  5. izi Says:

    ponyo comel gile kan?
    cuma yg scary org pakai baju warna warni sembur air laut kat rumput tu je
    takot aku tgk dia
    hahaha

    chika, bila mau tgk totoro?
    dia anime kekeluargaan taw
    best! haha, actually lebih comel dr best la

  6. otak ketat Says:

    org kate menanges-nanges tgk cite time traveler’s wife tu. ye ke? haha.

  7. encik shino Says:

    spirited away mmg best!!! setuju dengan markah tu :)

  8. Nadya Says:

    Wahhh..banyaknya filem yg chika tengok..
    I minat giler Walt Disney..
    Especially yg lama²,macam snow white,sleeping beauty,little mermaid dan lain² yg sama waktu dengannya =]

  9. RR Says:

    chika, time traveller’s wife mmg best! unik sgt + romantic..
    Chika try tgk the notebook! tu pn best!

  10. wanie_gc Says:

    chika….i nk ckp….i blom tgk sume movies tue…!!!!gile kuno…okeh….sbb da lame xkuar dr kampus except for research purposes, so da mcm xde perasaan nk tgk movie…tp now, terkinja kinja nk tgk movies from ur review nie….!!okeh..nk DL now….hahaha…thanx chika…new movies, let me know okeh…thanx again babe..

  11. ciketon fazya Says:

    haha blh plak ingat chika tgk UPIN tanpa ipin bila tgk gambar UP IN THE AIR tuh..

    spirited away cite sepanjang zaman.. recommended by me yang jarang2 tgk movie..

    but once dah tgk miyazaki’s mmg rasa nak tgk yang lain.. i’ve downloaded ponyo but not yet watching it..tgk trailer sgt comel..

  12. silentreader Says:

    sori tnye…kat ne nak donlod ek?

  13. cikja Says:

    i suka sgt time traveller wife’s touching sgt!

  14. aneng Says:

    sama lah dgn i chika..bila tgk spirited away tu xsemena2 rs jatuh cinta ngan karya miyazaki. agak2 ape karya tbaru miyazaki eh?

Leave a Reply