Tidak Sedar Lagi
Semalam Kak Ana (one of my Malaysian friend in Brisbane) mesej dekat Facebook saya. Minta tolong me and husband datang rumah dia tengok-tengokkan kaki anak dia terseliuh masa main bola. Bengkak betul kaki dia. Ooooo rupanya Chika ni pandai mengurut kaki terseliuh ye. Hey bukanlah begitu. Mereka tidak mahu merujuk kepada saya pon. Tapi nak minta nasihat Pak Doctor. Saya jadi setiausaha saja. Tolong baca mesej dan sampaikan mesej :P
Rumah Kak Ana dekat betul dengan rumah saya. We live in Mt.Gravatt East. Just about a few minutes away. Sungguh best. Sebab sekarang dah tahu dah ada jiran Melayu. HAHA.Masa dekat Wishart dulu, nada. We knew no one there.
So that’s all about yesterday :)
_______________________________________________________
Saya macam terasa seronok menjadi seperti ini. Seperti apa maksud Puan? Err. Seperti ini. Mendirikan rumahtangga pada usia menjangkau 23 tahun. Selepas itu tiba-tiba sahaja menjadi Mak Su (Ya Tuhanku. Suami saya ada ramai anak buah kisahnya) Habis tak akanlah nak cakap ; Hey you kids please eh call me KAKAK sebab adek I sebaya you all. HAHA macam tak cool langsung pulak. Lagi best, saya ada anak buah yang lagi berusia dari saya. Pastu they HAVE TO call me Mak Su. Tapi saya anggap saja ini CUTE GILA.
Itu belum best sangat. Paling menseronokkan, apabila telah found out yang sebenarnya on my husband’s side, saya juga telah mencapai taraf CEO. Eh tak. Taraf NENEK. Baiklah siapa nak gelak, gelak sekarang.
Itu satu hal.
Hal lainnya, saya juga menjadi AUNTY kepada kanak-kanak di sini. Even kanak-kanak berusia 17 tahun pon dapat lesen untuk panggil saya aunty. Just because their mother and me are friends. HAHA. Sumpah kelakar. Sebab my younger brother is 17 years old. And my mother is 45 years old. And then saya juga ada kawan-kawan berusia 45 tahun yang saya panggil dia KAKAK. How funny was that? Selama ini, saya panggil semua wanita seusia emak saya sebagai aunty. Fuuuuuuuuu putaran hidup.
Saya pernah hubungi emak saya dan bercakap pasal ini. Tentang macam mana anak emak ini telah menjadi AUNTY. Dan bagaimana pula saya kena panggil orang yang sebaya emak saya sebagai KAKAK. Selepas itu, emak ketawa sungguh fun. Emak cakap ; Heh ikut je. Jangan pandai-pandai panggil orang MAKCIK nanti ada orang rasa tersindir.
But then saya macam berasa tak boleh blah. Sebab sumpah rasa tak betah menghadapi situasi ini. Anda tahu, saya panggil ibu Aizar (my bestfriend) sebagai MAK CIK ZIAH. Tapi hanya disebabkan saya kenal mereka ini di Brisbane, saya kena panggil mereka kakak. No biggie lah. Tak ada hal besar mana. Cuma perkara ini sedikit sebanyak berciri kelakar.
Saya tak rasa teruk pon akan hal ini. Cuma, ada beberapa kejadian yang sangat kelakar tak boleh blah ;
‘I only 45 you know! And you see, my boy is already 18,’
Saya jumpa seorang KAKAK ni di sebuah majlis keramaian. And for God’s sake, dia bercerita seperti itu kepada saya dengan rasa bangga yang tidak berbelah bagi. Saya terus terbahak-bahak dalam hati. Baiklah.
‘My mother is at your age, you know! And I am 23. Married. And now I call you Kakak?!!’ saya balas.
Eh tak lah tak lah. Mana boleh balas macam itu. Saya diam saja.
Kes kedua.
Ada seorang perempuan ini. Dia menyertai Jabatan Seni Bina UKM semasa kami berada di tahun 2. Masa itu kami semua berusia 20 tahun. Dan perempuan ini beritahu saya dia berusia 27 tahun (kalau tak silap saya) Kami pon panggillah dia Kakak. Tak tak. Bukan nak insult dia ke apa. Sekadar menghormati. Sedangkan senior yang setahun tua dari kami pon, kami panggil kakak. Tiba-tiba satu petang yang damai ni (eh sebenarnya tak ingat damai ke tak HAHA) , this KAKAK kan, luahkan perasaan dekat saya.
‘Nurul, I tak sukalah your studiomate call me Kakak. Just call me L boleh? (aku yakin studiomate ni kalau baca memang tahu sangat siapakah yang dimaksudkan KAH KAH KAH) You guys ni, so typical Malay la. I tak suka,’
Waaaaaaah. Bukan main menjengkelkan, Fine la fine la. Kami typical Malay. Dia pula bagaimana? 27 tahun baru nak join studio tahun 2 Architecture? Funny she is. Dipendekkan cerita, beberapa minggu selepas itu dia hilang entah pergi mana. Alhamdulillah. Allah selamatkan kami. HAHAHAHAHA.
Kes ketiga.
Masa saya mengerjakan umrah pada tahun 2002. Masa saya tingkatan 4. Ada seorang Kakak ni satu agency dengan saya. At first saya panggil dia Aunty. Sebab saya yakin dia memang AUNTY lah. Tiba-tiba dia sound aku ;
‘Nurul, don’t call me Aunty la. Call me Kakak. I baru 39 la,’
Saya ingat sangat. Masa itu kami sedang bersantai di dalam hotel sambil bermain henna beramai-ramai.
‘HAHAHAHA emak saya 37 tahun,’ I said.
Engkau bayangkan macam mana muka KAKAK tersebut. Terus terbeliak bijik mata. Selepas itu berteriak ; Huh??? Ye ke????
Lawak tak lawak tak?
Sekarang kita masuk kepada perenggan iktibar. Janganlah terlalu gayat dengan usia. Setelah berkelayakan menempuh hari tua, tempuhilah ia. Janganlah bertindak seperti tidak realistik kerana itu bukan saja perbuatan tidak logik, malah menimbulkan kejengkelan. Saya boleh faham ada orang tidak suka dirinya di-address sebagai Kakak. Kalau macam setakat beza usia 2 atau 3 tahun tu saya boleh faham. Tapi kadang-kadang, kita menggunakan kata ganti nama seperti ini bukan tujuan untuk insult siapa-siapa, tapi lebih kepada menghormati. Dan bagi saya, saya selesa sangat bila yang muda-muda dari saya panggil saya Kakak. Dan saya tak kisah pon bila dipanggil Aunty oleh kanak-kanak. Sebab itu pon salah satu budi bahasa yang mewujudkan rasa hormat antara yang muda dengan yang tua.
Tapi bila yang tua-tua itu tidak dapat menerima dirinya dibahasakan sebagai Aunty atau Kakak (misalnya), malah rasa diri tersindir ke apa, itu sebenarnya petanda yang dia ‘tidak sedar lagi’. Bukankah dengan adanya bahasa-bahasa seperti ini mewujudkan rasa hormat antara yang muda dengan yang lebih berusia?
Saya, 23 tahun. Saya boleh berkawan dengan adik-adik muda sebagaimana saya menceceh di dalam rumah dengan adek-beradek saya. Malah saya juga boleh berkawan dengan budak-budak kecik sebab saya faham watak kartun apa mereka tengah cakap. Dan saya boleh betulkan lirik lagu Roary The Racing Car kalau meraka nyanyi salah. Saya juga boleh berkawan dengan remaja sebaya. Sebab saya ada naluri tersebut lagi. Boleh jadi perempuan sengal lagi seangkatan dengan rakan-rakan sebaya yang lain. Boleh juga berkawan dengan kakak-kakak. Boleh bergaul dengan ibu-ibu and they are all awesome! Lagi-lagi yang saya jumpa di sini. Semuanya educated dan banyak ajar saya benda-benda bermanfaat. Seperti cara-cara buat sup cair semasa tak lalu makan HAHA. Malah, saya juga boleh berbual dan bersahabat dengan orang -orang tua. Bukan susah sangat. Engkau kasi adjust saja pembawakan engkau. Character takyah adjust. Nanti macam menyamar atau bersutradara pula.
Tauladan ; Bawak-bawaklah sedar diri. Saya berkata macam ini, sebab dalam keluarga saya terlalu ramai golongan muda dari usia sepatutnya. Jadi bila berhadapan dengan orang yang takut sangat dengan usia dan berasa mudah tersindiri kerana usia, saya rasa mereka ini menggelabah sangat.
Sempadan ; Jangan mentertawakan orang. Mungkin penerimaan setiap orang itu tidak sama.
Ececeh. Tidak tahu apakah yang membawa kepada cerita ini. Jari saya berkolaborasi dengan otak terlalu pantas ketika ini. Sampai terhasilkan tulisan tak ada niat seperti ini.




January 25th, 2010 at 1:27 pm
cam pnah alami mende alah camni. seorang nenek berusia 58 thn (sama umur plak dgn tok wan sy) dan sudah mempunyai 5 org cucu. beliau merupakan rakan klas agama mak sy yg berusia 43thn. bleh plak time terjumpa nenek ni, de bahasakan diri de dgn saya yg muda ni (21thn) dgn panggilan awk-saya. cucu beliau yg sulung da berusia 13 thn kot. lg tua dr adik bongsu sy. iskh3. nenek muda btol la kot tu.
January 25th, 2010 at 1:44 pm
Salam…
wah, sis. Memang setuju sangat dengan entry ni.
Saya pon kadang2 berhadapan dengan situasi yang sama (bergaul dengan orang yang seusia dengan mak saya), kena panggil “kakak” sebab dia dah bahasakan diri dia tu kakak dulu. Tak boleh nak kate ape.
Lastly, alorhh kena panggil kakak or makcik or nenek is still okay kan. Sekurang2nya kita kenal dengan pangkat diri kita pada orang2 tertentu. Pangkat tak kenal usia. Btul tak :)
Bagus betul entry ni.
January 25th, 2010 at 1:46 pm
malaysian macam ni, doesn’t mean other country mcm ni. termasuklah malaysian yang bukan typical malaysian. bukan semua kes adalah sebab ‘tak sedar lagi’. bagi kita malaysian, itu adalah rasa hormat. bagi sesetengah orang, berbeza.
silang budaya, nurul. silang budaya :)
just my two cents.
January 25th, 2010 at 1:48 pm
hehee.chika…i penah jumpa an older man masa buat program anak angkat.sepatutnya i called him ayah or pakcik,tapi dia suh i panggil dia abang.mahu nak terkeluar anak tekak i.eyucks
January 25th, 2010 at 1:55 pm
jiran aku umo 63 tahun.. tapi bahasakan dirinya dengan nama sendiri pada kami serumah… adei.
January 25th, 2010 at 2:04 pm
yerp chika.. agreed 100%.. memang pelik kalo ada orang yang ada penyakit “tak sedar diri” nie… walhal orang just nak menghormati dia & berbudi bahasa ..kan kita orang Timur penuh dengan adat buadaya & berbudi bahasa.. itula agaknya kalo dah “tak sedar diri” he he.. nak rasa muda sepanjang masa
January 25th, 2010 at 2:10 pm
ye laa chika…i wat part time at hotel… & 1 chef nie agak berusia..muke pwon memg nmpk tua…time i nk lalu, ruang yg sempit, i said excuse me uncle….n my fren bgtaw, “uncle” 2,sgt marah when i called him uncle… umo die dah 50 okey..bru i taw, in hospitality industry, tua dah lanjut usia sekalipown, kne pnggil abg @ kakak….wat da funny is it….
January 25th, 2010 at 2:25 pm
tunggula qistina ngan adam tu dah besar yer.. dah bole cakap..
ha, nanti diorg panggil u, “Nenek!”
i nak tgk, u bole pengsan tak masa tuh.. hahah!
January 25th, 2010 at 2:35 pm
eh eh…chika…bkn ke u berusia 24 tahun this year..??T__T..hehehe..ok ok…umor xpenting….yg penting hormat menghormati….i sokong entry nie….sbb 4 me…if yg tua xde respect pada yg muda, mcm mane yg muda nk respect yg tua plak….kene tnjuk cara yg baik pada yg muda….:)
January 25th, 2010 at 2:37 pm
dah telambat nak komen ni . bukan lagi pengomen nombor satu. Sorry chika tertidor bermimpikan blackberry . ahahha
Maybe cause dah kawen, memang orang tkakan dapat teka kan umur. or memang gaya2 makcik ni kalao dah tau kita kawen/kerja, otomatik bahasakan diri kakak. walaupun kita pon segan nak panggel kakak. AAGGAGAG.
Puan Chika. Or Cik Puan Chika. kan sedap .
January 25th, 2010 at 2:46 pm
maybe they didnt count their age eache year.. so tak perasan la kan..
p/s: byk anak2 kecil dan tak berapa kecil calling me makcik coz they call my future hubby pakcik (we’r then years different).. but then its ok wat…haha budget matang neh..
ciketon fazya Reply:
January 25th, 2010 at 3:32 pm
gile byk typo.. eache : each
then years :ten years
dyslexia sindrom terekspress
January 25th, 2010 at 3:13 pm
hahaha… perkara sebegini pernah juga berlaku pada shaa.. ngee..
mereke sangat takut bile dengar umur meningkat kowttt.. hehehe
January 25th, 2010 at 3:53 pm
okay, lepas ni panggil kak chika la eh.
dulu nak komen macam takut takut jugak.
tak tau nak bahase kan kak chika as chika or kakak. ;)
January 25th, 2010 at 4:14 pm
I think, they dont want to feel the gap. mcm saya di office ni, office mate few nak bersara, but i still call them by name or panggil kakak, sbb xnak rasa ada border.
January 25th, 2010 at 4:46 pm
aah ramai orang sekarang ni takut umur meningkat.. pastu x mengaku dh berumur lagi nk behave mcm budak2.. hehe…lagi2 kalau lelaki tua dh kerepot suruh panggil dia abang euuuuuu….
January 25th, 2010 at 5:42 pm
This is just my observation through my experience. Panggilan/gelaran ni pun ikut keadaan.
Kes kedua: Mungkin dia pernah kerja dulu, jadi umur 27 baru dapat peluang further study. In the ‘career world’ out there, sometimes tak panggil ‘kakak’ pun. Panggil nama aje. Tapi ikut juga suasana kerja yg mcm mana.
Kes yang lain-lain tu, kes tak sedar diri pun ya. But apa yg I notice, Chika berada dlm golongan isteri kepada someone yg kerja kat sana. It’s not that you’re a student anymore. You want it or not, you’re already in this group of emak2/aunties, regardless your age. About your mom yg 37, that’s rare, tu sebab diorang terbeliak :)
I think, just panggil aje ‘kakak’, bagi diorang ni ‘kembang’ sikit… kalau diorang sedar diri, mesti diorang sendiri yg akan betulkan, ” Eh, I tak lah muda lagi, panggil aje auntie…”. How about that?
January 25th, 2010 at 6:05 pm
eh, bagus la you pandai adjust dengan semua situation! bravoooo!!
January 25th, 2010 at 6:22 pm
Kak Chika,mieya ada guna link kak chika dalam entry ni tau.
http://mieyabubbletalk.blogspot.com/2010/01/terharu-atau-termalu-kau-pilih.html
Hope kak chika tak kisah and tak marah. Kalau tak suka bagitau tau nanti mieya delete. T__________T
chika Reply:
January 26th, 2010 at 6:21 am
That’s fine. No worries :)
January 25th, 2010 at 6:58 pm
alamak….ok prefer ofis mate panggil my name rather than ‘kakak s’..reason: sbb kurang gap bila diorg nk bermesra secara lebihan….tp bila dgn family, anak buah harus memanggil makcik walau umur tua spt 33thn…
January 25th, 2010 at 9:25 pm
betul2.
January 26th, 2010 at 1:25 am
saya pun ada ramai membe yg bila ade org panggil kakak.. diorang akan tanya balik “kakak?”… nak je cakap ko tu dah 22 sedar skit.. huhu tp nak wat camne.. padahal diorg panggil org lain kakak tu boleh plak.. hehe..
January 26th, 2010 at 3:12 am
i penah attend satu kenduri, and perempuan yg duduk sebelah i, umur around 50, nak dijadikan cerita, i senyum kt dia, dia senyum, then i ckp, “makan ye makcik” terus muka berubah pandang belah lain, maybe after dis i should panggil kakak kt semua yg berusia 40 tahun ke atas dan adik to people below 30
January 28th, 2010 at 12:14 pm
haha macam slalu la jumpak org mcm ni.macam kelakar gila.mcm x boleh terima hakikat yg dah meningkat umur dia.
sy ada kenal sorang ni, dia umur 37,panggil kakak la. tapi dia panggil mak sy makcik(maybe dia anggap sy sebagai kawan, so panggil mak kawan makcik).tapi kalau ikutkan abang & kakak diorang pun lagi tua dari mak sy. heheh.
pastu sorang lagi ni, dia suruh anak dia panggil mak sy nenek.owh,rs mcm tua gile sbb kalau family kitorang, nenek tu moyang.haha.
tapi mak sy cakap, layan je la, takyah amik kisah sangat. depa muda lagi kot. hehe.
macam panjang gile komen. sorry chika.