Catatan Jumaat Perempuan Ancient

‘Yang! kenapa I call you banyak kali tak jawap? I dah risau dah. Call rumah tak jawap. Call mobile phone tak jawap,’

Baiklah kena sound bertubi-tubi bila saja suami pulang dari rumat sakit (hospital)

‘Sayang, you tau tak mobile phone I hilang????,’

Terus saya cakap kencang-kencang. Harap suami akan berasa debarannya yang begitu kencang.

‘Ni ha,’ Dia keluarkan objek segiempat tepat warna merah delima (baiklah takyah bagitahu warna merah delima sebenarnya) dari poket kemejanya.

‘You tinggalkan phone dalam kereta I. Grrr,’

Okay I dah malu dah. Terus terkam handphone pastu terus tukar topik.

‘You call rumah? Takde ringing pon. Telstra ni rosak lagi la. Internet pon terputus-putus’

Dan demikianlah kisahnya petang semalam. Di mana telefon bimbit sebenarnya tidak hilang. Tapi menginap dalam kenderaan suami. *sweat. Telefon rumah pula macam tak stabil. Internet pon  jadi tersedak-sedak. Sebab itulah saya tak update blog! WAHAHAHA Tetiba aku jumpa alasan best. HAHA padahal memang tak mahu update. Bukankah ini dinamakan mengambil kesempatan terhadap kejadian?

Diari hari ini pula. Lama benar tidak mentulis catatan harian.OK baca sekarang.

Pagi.

Bangkit seawal jam 4.40 pagi untuk solat Subuh. Kemudiannya tiada pilihan lagi selain mensambung tidur kerna dikhuatiri gejala kurang tidur menjejaskan mood. Nanti jadi Freaky Friday pula. Justeru, tidurlah lagi sehingga jam 7. Suami bersiap ke hospital. Saya bersiap ke …. Ok saya tidak bersiap ke mana-mana. Tengok suami pergi kerja, itu rutin. Yang kalau tak buat mesti hampa dan kesannya berhari-hari. Sama macam lepas makan tak basuh tangan. Bak kata pujanggagagagagagaga.

Breakfast …

… bersama milo. Benarlah bagai telah dikata.
Lebih kerap meminum milo sekarang ini.

Setelah meminum milo, terus menjadi Baby Milo Eh tak lah tak lah. Setelah meminum secawan milo, tidak menjadi apa-apa. Masih menjadi orang. Dan sebagai seorang ORANG, membasuh cawan yang telah digunakan adalah tanggungjawap domestik. Kira kalau malas mencuci cawan, macam tak berapa nak ORANG sikap tersebut. Lebih baiklah menjadi serbuk milo. Macam merepek saja. Tapi sebenarnya ini sebuah iktibar. Eceh.

Cukuplah itu catatan pagi. Takyah cerita detail sangat sampai kesah mengangkat tuala yang jatuh ditiup angin ke apa. Kalau terlalu detail, itu bukan lagi dinamakan catatan di dalam blog, tetapi itu dinamakan biography.Padahal sekarang tengah membuat blography.

Tengah hari.

Lunch. Sangat bersemangat untuk lunch. Tapi tidak bersemangat untuk main masak-masak. Lalu menyediakan cucur ikan bilis instant sahaja. Heh tak habis-habis makan benda instant.

Cucur Adabi. Mudah saja. Cuma tambah air. Justeru itu, apa yang anda perlukan hanyalah bekalan air. Kira kalau tak bayar bil air memang nak menyediakan makanan cincai semacam ini pon tidak lepas. Bayarlah bil air. (sekali lagi, perenggan iktibar)

Setelah kenyang, menonton cricket. AUSTRALIA vs PAKISTAN. Saya mensokong HAITI. Bantulah mangsa gempa bumi Haiti. Berdoalah untuk kesejahteraan mereka. (Sekali lagi, iktibar) Baiklah bergurau saja. Saya mensokong Pakistan. Lantas berasa hampa sekali apabila pemain Pakistan kelihatan corot. Penat saja aku sokong. Penat saja aku bawak turun buku Sudoku beserta sebuah novel turun ke ruang tamu. Semata-mata mahu bermain Sudoku dan membaca novel sambil menonton cricket. Aih. Harap Paskistan menang kali ini. Belasah Australia! Belasah Australia!

Petang.

Bermain Sudoku pada level yang lebih tinggi. Sebab macam tak sabar nak jadi terror. Memang agak terror juga sebab asyik solve Sudoku tersebut secara laju. Mungkin berkat menonton cricket. Heh langsung tidak kelakar.

Suami pulang pada jam 6 petang. Terus bersiap-siap untuk menikmati makan malam di Indonesian Tucker. Restoran tersebut telah menjadi kegemaran kami sampai selang sehari mesti pergi. Ikutkan hati nak pergi hari-hari secara berkali-kali tapi dikhuatiri malu. Nanti owner kedai rasa macam best gila pulak kedai dia sampai muka kami ini asyik datang saja. Mana boleh begitu. Kalau suka sekalipon, haruslah diselang-selikan dengan tatacara seperti tak betapa nak suka. Padahal memang suka gila. Tahukah sebab apa? Tak tak. Bukan sebab owner dia iras-iras pelakon sinetron ke apa. Tapi sebab management baru ini, ada menu baru. Iaitu nasik campur HURRAAAAAH! Berasa macam makan di gerai-gerai Melayu di tanah air. Sedap pulak tu. Ok sekarang kedai tersebut memang kegemaran kami.

Malam.

Ke Wishart menguruskan rumah lama. Part ini memang malas nak cerita banyak sebab nanti emo. Jadi takyah cerita. Balik dari menguruskan kerja-kerja yang emo, kami ke Mc.Donald. Disebabkan tak dapat makan burger, tak dapat makan fries ke apa, jadi kami sekadar minum-minum sahaja di situ. Sungguh loser. Tapi tak apa. Biar loser asal bergaya. HAHA. Tengok segelintir orang Arab selamba saja dia telan burger. Selamba saja dia beratur beli Subway. Dia punya konsep, baca Bismillah cukup. Selebihnya berserah pada Allah. Wallahualam. Yang saya tahu, daging takda sembelih ini memang tak ada chance la dia masuk tekak aku.

Tengah malam.

Di sinilah saya. Di hadapan skrin laptop. Yang baru saya tahu sebenarnya laptop ini ada built-in card reader. Sungguh ancient aku ini. Selama ini bersungguh-sungguh cari card reader bila nak transfer gambar. Tadi husband cakap ; Bukan ke laptop you ada built-in card reader? Baiklah, baru sedar. Sekarang dah rasa macam manusia ancient gila. Apa lagi kah benda yang saya tak tahu tentang laptop ini? Boleh memanaskan air? Boleh menjadi mesin pembancuh milo? Atau barangkali ada built-in wardrobe kah? Ini bukan lagi ancient, tetapi alien. HAHA sudah lah kau Chika. Sudah tengah malam. Tidur lah.

Demikianlah catatan harian saya.

Recent Entries

17 Responses to “Catatan Jumaat Perempuan Ancient”

  1. yonnaism Says:

    i mmg rasa nak menangis 7 baldi bila u baru tau ada built in card reader dlm lappy u! T________T, sebabnya lappy zaman 2 thn kebelakangan ni mmg dah ada built in card reader.
    takpa.sebab u comel, dimaafkan lah hahaha.

    i tau kenapa u gigih main sudoku. nanti mesti baby cerdikkk. aminnnnnnn.
    selamat malam,si comellllll

    chika Reply:

    takpala. I dah biasa dah jadik manusai ancient pada benda yg tak patut ancient. muahahahah.

    Eh i mmg kaki sudoku dari dulu okek. Dulu kat opis (masa intern) pantang la boss takdak, curik2 la main sudoku. Sbb mak i ajar main dari kecik dulu. Nak baby cerdik, bagi dia dengar al-quran banyak-banyak. Insyallah terdidik inside and outside :D Wah pandai gila cakap macam dah beranak 8

  2. the cud Says:

    haha
    lawak b4 tdo
    nunyte~

  3. gia Says:

    hehehe..esok i ade invitation officiation ceremony 1 restaurant indon cuisine tau..tapi i kompius sebab ade dessert die nama ‘mugo manih’..now i kompius owner die indon or kelantanese..muahahhaha..

  4. otak ketat Says:

    tetbe baru nak godek-godek laptop sendiri cari ada card reader ke tak. haha. tp nmpk kt sticker ada tulis ’5-in-1 intergrated digital media reader’. maksudnya apakah? buta laptop gak sbnrnye. hee.

  5. cik muda sara Says:

    haha, chika tetap funny macam dulu..sweet ok.

  6. Ronn 89 Says:

    sumpah akak ni comel! ;D
    happy je, tak susahkan orang pun. keep it that way! ^_^

  7. ciare Says:

    wuah selamba nya pak arab tu…kalo i pon tak tertelan kot..huhu. arini baek chika study lg kelebihan laptop tu. tah2 mcm2 lg laptop tu bleh wat. ehe ;p

    have a nice weekend ^___^

  8. . ieqa . Says:

    alamak.
    burger McD ta bole dimakan ke?
    baru je makan tengahari tadi dgn kawan². ish
    T___T

  9. zai Says:

    u sgt sweet n funny lah. haha. sampai i terpaksa mengkomen entri u ni untuk kedua kalinya. selalu bace secara saiko je (baca dgn muka serius lepas tu mengekek sorang². lol. bajet org lalu tepi lalu berkata “hoi kau gila ke?”)

    i like dis words “Biar loser asal bergaya” ! Mcm menggambarkan diri i je. haha. giler sadis.

  10. wanie_gc Says:

    gile slumber okeh fone xde kat tepi….haha…klu i, da lame menggelaba cr fone…jarang on9 tros esp blk class….mlm br on9…hehe…..

  11. zyeayd Says:

    hahaha… salam~ :)

    mungkin kena buka balik kitab manual laptop kot. barulah terungkai rahsia ‘macam mana nak suruh laptop kemas rumah dan basuh baju sementara i minum milo sebab teh tak main dah skarang?’

    kelakar sgt~

    yeah boleh update blog selalu, saya dah balik hostel. yippie!!!!

  12. ai Says:

    how nice 2 have life like u chika..i keep wondering when is it i will be happy like u…aaa….terbawak2 ketensenan ke dalam ur weblog..so sorry… glad dat 2 r heppppiiiii….smg dipermudahkan semua urusan hidup..insyaAllah..

  13. softie Says:

    chika terlampau banyak masa…sbb tu suka guna card reader…..masa mencari..mencucuk kad reader…mencucuk mmc….kan kan…ni sy cadangkan tengok la australia open….tgk nadal vs murray..mana tua murray buat record lagik ke…tgk federer pon bagus….

    p/s update la ikut ofis hour m’sia…bole gak menghiburkan hati di pagi isnin yg penuh blues

    chika Reply:

    wahahaha. Saya kena update ikut office hour ye? Macam tu time org office lunch, waktu tu la saya lunch :P

    Mmg sentiasa la terpasang Australia Open tu. Sbb my husband gila tennis. Saya ikut je apa dia tengok. Tapi saya prefer tengok Cricket. Tapi Pakistan tu asyik corot je :(

    softie Reply:

    oohh chika..sangat cute…hahahahaha..hati terhibur di kala maih bekerja

  14. franzcoixe Says:

    ni tengah lapo.. tengok hang punya cekodok insten .. peghhh… cam sedhapppp je… leleh ayak liuq nieh..

Leave a Reply