Kesihatan Rambut & Kulit Kepala

Shampoo dengan Conditioner dalam bathroom dah tertonggeng-tonggeng. Tak ada maksud lain. Memang bermaksud sangat yang dia sudah habis. Sudah selesai tamat the end. Sobsobsob sad ending macam drama Jepun T___T
Ok bye.
Entry habis.
//
Huh. Kalau datang petang-petang macam ini bawak entry useless seperti ini baik takyah. Baik sambung makan roti dengan marjerin. Tak habis-habis sebut roti dengan marjerin. Habis, tak akan nak sebut pasal Asam Pedas Ikan Terubuk. Mana mungkin sobsobsob. Ini lebih sedih dari drama Jepun.
Eh cakap betul-betullah sikit.
Baiklah. My favorite shampoo macam tak lama lagi akan habis. Disebabkan sangat favorite dengan shampoo tersebut, berasa macam nak guna shampoo lain pulak. HAHA APA KAU CAKAP NEH? Ya demikianlah. Sudah terlalu laaaaaama sekali bersama L’occitane tersebut. Sekarang saya buntu. Yang benar, Gadis Buntu (Italic, Red and Bold. Font size 24)
Saya punya perangai macam ini ; Suka tukar shampoo. Sebab suka bosan. Jadi bila dah sampai ke satu tahap (iaitu tahap sekarang) dah tak tahu dah nak cuba shampoo apa pula. Sudah banyak juga masa diambil mencari shampoo secara online tapi masih buntu. Yang benar, Gadis Buntu (nak kena siku agaknya penulis ini, kata anda di dalam hati anda)
Sekarang bantulah Gadis Buntu ini kalau pembaca semua perihatin. Bukankah berkongsi produk kecantikan itu perbuatan yang cantik? Tapi sebelum berkongsi produk kecantikan, biar Gadis Buntu sertakan dahulu biodata shampoo ;
- Mestilah sejenis treatment shampoo.
- Berbau harum. Seharum bunga … yang menggoda… (eiii seram)
- Pantein, Rejoice dan rakan-rakannya not included. Sebab rambut saya ini memerlukan perjagaan yang super. (Ini semua bahana zaman remaja suka rosakkan rambut di salon) Akibatnya sekarang dah kena maintain dia elok-elok. Kalau tersilap pakai shampoo ada peluang cerah untuk memiliki rambut bercabang dan berwarna blonde di penghujungnya.
- Yang memang POWER GILA MACAM POWER RANGERS HIJAU (sebab aku suka hijau, jadi aku pilih hijau sebagai paling power) Power tidak beerti shampoo yang boleh buat rambut saya yang girlish ini menjadi SPIKEY. Ataupon yang boleh mengeluarkan api ke apa. Tak tak. yang itu bukan yang dimaksudkan sebagai POWER dalam perbincangan kita petang ini.
- Yang anda pernah gunakan dan hasilnya memang WALLLAAA. Berasa rambut sangat ringan, segar kulit kepala, shiny berseri, mengatasi masalah rambut gugur dan melembutkan rambut dari dalam.
Cukuplah itu. Dahlah minta pendapat orang, kriteria ketat pulak tu. HAHA. Selain itu, lagi cantik anda semua ini kalau boleh berkongsi tips rambut sehat dengan saya. Tapi tips kurafat macam kena asapkan rambut dengan asap kemenyan ke apa tak mahulah (HAHA AKU REKA SAJA) Paling diperlukan ialah tips rambut gugur. (ha kan dah keluar font merah darah)
Rambut sama hitam, shawl warna-warni. Bak kata bidalan.
Bukankah bertudung? Habis buat apa nak rambut super cantik? Berbalik kepada kata bidalan di atas yang akan diubahsuai menjadi ; Shawl warna-warni, rambut kusut-kusam. Tidak mahulah seperti ini bukan?
Yang bertudung lagi perlu menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala. Tujuan dia memang dah tentu bukan untuk dipertontonkan. Tapi dalam pada memenuhi tuntutan menutup kepala, tuntutan menjaga kesihatan juga perlu.
//
Bantulah,
Gadis Buntu.




January 15th, 2010 at 1:45 pm
owh chika. TQ sgt2 sebab buat pertanyaan yg sama dgn yg terpendam dlm ati i ni huhu. sama lar kita. rambut gugur sampai rasa rumah mcm salon sbb rambut bterabut atas lantai T__T huhu.
hmm xsbr nak tggu org bg petua kat sini. boleh la tompang sekaki tips2 nya nanti :D
January 15th, 2010 at 1:47 pm
aihs buntu sungguh nampaknya. dulu nad ada masalah rambut gugur + bercabang + melingkar2 jugak. lepas guna herbal essences, da ok da rambut jadi nye. gugur pn kurang. makin hitam + lebat juga. haha tp itu treatment shj. skang guna sunsilk. da ok tade masalah rambut kembali. ^^
January 15th, 2010 at 1:48 pm
chika, my entry lebey kurang same dgn entry you today. btw, L’occitane shampoo bagus tak utk rambut yang lebat dan sedikit kering. i would like to switch shampoo too.
January 15th, 2010 at 1:54 pm
saya cadangkan Gadis Buntu menggunakan Schwarzkopf [betul kot gini ejaannya].. bau wangi..
berkesan ke atas rambut saya yang **** menjadi licin berseri..
walaubagaimanapun harga saya tak pasti sbb saya pow org punya.. haha.. [tak pakai yg botol.. kecek free sampel dri housemate dengan sgt byk..haha]
January 15th, 2010 at 3:01 pm
stuju dgn ciketon fazya…Schwarzkopf(pon xtaw eja) pon ok jg.. bau pun wangi.. ada byk pilihan which u can choose..
zieal Reply:
January 16th, 2010 at 10:34 pm
banyak baca dr forum2 pasal Kerastase & Schwarzkopf… mmg elok eh? boleh lebatkan + kurangkan rambut gugur 2 in 1 ke? hehe
ni shampoo saloon ke mmg ade kat market ye?range harga?…
tq kioki3 n sorry chika i menyibuk hehe, sharing is caring kankankan :)
January 15th, 2010 at 3:19 pm
um, cube pakai shampoo treatment AVALOn OrgaNics. brbau harum, brwarna hijau <<perlukah itu??
die ade plbagai range treatment y ditawarkan,
wlaupn rase die sbnanrnye x tawar.. (err..da prnah rase la tu.., gagaga)..
selamat mncari dan mncuba
January 15th, 2010 at 3:19 pm
Chika you kan pakai tudung watpe pakai shampoo. HAHA ayat spastik
January 15th, 2010 at 3:52 pm
alermak.. saya pakai pantene la..
tapi takpe, macam nak recommend jugak. uhuk.
dah try HERBAL ESSENCE ? memang sangat wangi giler ah. cuma, tang kelemumur tu rasanya macam failed sikit. hm. tapi tu zaman dulu, zaman saya sekolah menengah dulu. tapi taktau la sekarang kalau dah improve.
lagi satu, pernah try LOREA’L punya tak? uhuk. orang tak pernah beli. tapi macam nak try satu hari nanti.
untuk tips, macam pernah dengar orang cakap, guna minyak zaitun bagi lebat rambut.
uhuk. sekian. harap membantu serba sedikit.
January 15th, 2010 at 4:33 pm
dulu i mempunyai masalah rambut yg banyak menyembah bumi…
sekarang pakai kerastase(betul ke ejaan ni??) botol warna hijau+himalaya for dandruff …ya i pakai 2 syampoo…tp it works,sbb itu saranan syampoo girl di loreal salon…walaupon bertudung rambutku di dalam amatlah sehat bugar.alhamdulillah.
January 15th, 2010 at 5:12 pm
hye chika.sokong sangat kamu punya pepatah ke peribahasa tuh.walaupun bertudung,x semestinya kita tak perlu jaga kesihatan dan kebersihan rambut ye tak?hehehe.
January 15th, 2010 at 10:59 pm
akak, try HIMALAYA :) branded Herbal product from India. it seems to fit all the criterias :)
rambut sy memang rosak dulu but after after guna produk ni, rambut best gila. lagi best kalo guna ngan conditioner die. Taknak ckp banyak, try google ok :) Himalaya maken femes dan femes dan femes kat msia skrg sebab keBESTan nye :P
January 15th, 2010 at 11:00 pm
p/s: haha boleh delete mane2 komen xbest.pilih satu je ye akak hahaha. dulu komen terus kuar je..
January 15th, 2010 at 11:10 pm
redken weh
January 15th, 2010 at 11:16 pm
Hello Miss Chika! :) Baru skejap I tak datang dah few entries dah I ketinggalan hihi… Seriously, haircare is in my future entry menu <—-rumble,rumble ignore the bumble! When it’s up, will let you know (if interested lah… cam segan pulak nak ajak Chika baca my blog kikiki). Yes I definitely agree with you, pakai tudung pun rambut mesti cantik maaa.. Unless even with the hubby pun the tudung girl still pakai tudung kat rumah, if that’s the case kepala botak pun takpe har har har :)
January 15th, 2010 at 11:17 pm
btw…. so totally irrelevant but, I’m a bit slow with my blog these days cos I’m in the process of making some layout changes. Wish me all the best! ^_^
January 15th, 2010 at 11:48 pm
anyway, how about syampu bayam Mustika Ratu? hihihi… since Chika dah try macam2 brand, why not try yang local homemade brand? Tak silap, kat OZ byk jual homemade toiletries. Guna organic nutrient rich stuffs like shea butter la, flower essences la, lanolin la, goat’s milk la and what not. If I can afford it, I’d definitely go with those over the generic brands. But Loccitane is good since it is supposedly using only natural ingredients and water from France. Can’t get anything better than that! Lucky you, Miss Chika :)
January 16th, 2010 at 2:34 am
herm…same…sume shampoo yg mcm pantene, rejoice wanie xbley pkai….rambut gile kering..pastu gugur xpayah ckp la…da la rambut nie senang nk ade dandruff….herm…sape2 bg la petua……
like now, tgh bwat treatment yun nam….rambut mcm da ok cket…xde gugur….tp bau ginseng……uuu….camne nk hilangkan bau ginseng…????
January 16th, 2010 at 12:49 pm
banyak rupanya duta syampu kat Malaysia ni eh chika? hehe.
January 16th, 2010 at 1:32 pm
Cuba check Kerastase shampoo. I pakai BAIN DENSITIVE GL Anti-Thinning Shampoo utki masalah rambut gugur ;-)
zieal Reply:
January 16th, 2010 at 10:33 pm
banyak baca dr forum2 pasal Kerastase & Schwarzkopf… mmg elok eh? boleh lebatkan + kurangkan rambut gugur 2 in 1 ke? hehe
ni shampoo saloon ke mmg ade kat market ye As?range harga?…
tq as n sorry chika i menyibuk hehe, sharing is caring kankankan :)
January 16th, 2010 at 8:31 pm
gadis buntu let me help u
haha,budget fairy pembntu :P
i think DOVE will do, u noe
ini dr pgalaman la
of all kinds of shmpoo
DOVE really treat my hair well~
klh kot shmpoo dr salon2 hebat
thumbs up 4 DOVE :D
Miss Ceria Reply:
January 18th, 2010 at 11:39 pm
my mum use Dove dari teenage years lagi. Mmng Dove ni bagus. It’s one of the classic brands in UK. Rasa pun best je… Very rich feel kan? (Se”rich” price tag nya..hihi) <3
February 9th, 2010 at 2:41 am
saya dah lama cari rawatan rambut jarang….inga nak try produk ni…
March 25th, 2010 at 3:23 pm
hye..i mengalami rmbt gugur..mcm2 dh gn..yg pling elok untk rmbt gugur pe ek?
June 8th, 2010 at 1:49 pm
salam…haha…i never tot i can get wat i’m looking for in here…ms chika…
nmpk sgt i only use intenet for klling-time-activity…
nway tq chika for posting this and u guys for sharing products for hairfall…