Memulakan 2010 dengan …
… bermain kotak.
.
‘Yanggggg (nada siap vibrate macam comel), kita kena pindah Yang,’
Gulp. Pagi Selasa yang lepas. Saya celik-celik mata saja, dikhabarkan dengan perkhabaran tersebut. Ini sudah diduga. Tapi dalam pada dah duga pon, terkejut jugak. Sebab tak duga pulak akan secepat ini ow man!
Dengan bantuan hujung jari, kami pon mendapatkan senarai rumah-rumah yang macam berpotensi. GUNA HUJUNG JARI SAJA MACAM NENEK KEBAYAN BERKUASA MAGIK BUKAN? Ye, bukan. Guna hujung jari ialah macam simbolik kepada kecanggihan internet dan teknologi blerghthgfd. Benci betul bila kena explain. HAHA.
Kami prefer townhouse. Sebab ;
- Selamat. Kebanyakkan townhouse berada dalam closed area di mana hanya resident yang boleh access. Penjual ubat dari Siam semua takleh access ketuk pintu nak jual ubat ke apa.
- No pets allowed. Kebanyakkan complex tak membenarkan resident menternak. Terutamanya anjing. Ini yang kita mahu.
- Rumah dia senonoh. Well. Kalau mencari tempat tinggal, mestilah mahu yang senonoh bukan?
- Tidak open. Kebanyakkan unit houses open saja. Tidak sukalah rumah open macam ini without pagar pastu tepi jalan dahlah aku ni fussy nanti stress. Macam saya sebutkan di atas, nanti penjual ubat Siam datang ketuk pintu pastu tanya ; Emak ada? HAHA lawak gila dekat Australia penjual ubat Siam cakap Bahasa Melayu. Huh tipu la tu.
- …. sebenarnya tengah think harder wujudkan point nombor 5 ini. Tapi macam tak jumpa sebab dah KAH KAH KAH.
On Wednesday, kami pergi survey dua buah rumah dalam senarai kami. Dua-dua yang terletak di Holland Park. Dan rumah pertama yang kami survey tu memang WALLA-WE-LOVED-IT-WE-WANT-IT-ENOUGH-SAID. Masuk-masuk saja dah ada feel macam … OKAY SUKA YANG INI JOM PINDAH.
HAHA.
Yea. Bernombor 30.

Entrance.
Less in sense of welcoming. Memang. Tapi kalau kau nak enhance kau punya entrance dengan welcoming element, pergi ah design rumah sendiri. HAHA I will. I will insyaallah satu hari kelak bila berkemampuan :) Kebanyakkan rumah (kalau bukan profesionally designed) mana ada sense of welcoming. Semua pon lame gila. Fine weh saya memang particular sebenarnya bahagian entrance ni. Tapi tak apalah. Someday baby, someday.

Sama macam townhouse kami sekarang. Masuk saja jumpa Stairway To Heaven. Oh gedik sekali. HAHA. Tapi dia divide ruang tu lagi interesting. Lebih spacious. Cececeh macam buat assignment Architecture. Pastu submit pukul 4 petang dekat office. HAHA lamanya tak buat assignment pasal bangunan T____T Tangisan dua penjuru. Sama ada tangisan sedih sebab rindu assignment atau pon tangisan terharu sebab takyah buat assignment dah. HAHA.


And I love this one. Double volume area pada entrance. Rasa lapang. Saya sentiasa suka ruang-ruang high ceiling macam ini. Selain dapat enhance space, dia juga bagi chance untuk lebih natural lighting. Barulah rasa seperti bernafas semasa mendaki tangga ke syurga WTH kau cakap apa ni Chika? Tadi macam dah nak ilmiah dah perenggan ni tetiba keluar tangga ke syurga terus tak ilmiah T____T

Kitchen
Kitchen cantek. Bersih. Sedap mata memandang. Kitchen cabinet pon boleh blah. Disertakan sekali dengan oven dan dishwasher. Tapi memang dah tahu dah oven tersebut tak akan diusik. Macam rumah sekarang ini. Tak pernah pakai oven dia sebab selalu pakai oven sendiri. Macam gelilah nanti gedik asyik nak imagine saja dulu-dulu oven tersebut pernah dimasuki daging pinky ke apa. HAHA.

Taklah besar sangat tapi cukup untuk memuatkan TIGA ORANG CHIKA. Habis nak buat apa banyak-banyak orang dalam sebuah kitchen? Bukankah saya tidak suka apabila ada insan kedua ketiga dan seterusnya semasa saya sedang bekerja dalam kitchen? Cukuplah ini. Cukuplah. Walaupon sentiasa berangan someday akan design kitchen Masterchef dalam rumah sendiri. Pastu tetiba jadi rajin memasak sampai asyik masak saja. Sampai lupa nak main Twitter sebab sebok memasak. HAHA dah lah berangan, over pulak tu.

To balcony. Boleh pasang teleskop di sini untuk menerokai kejiranan. WAHAHA.
Laudry area.
Laundry room saya sekarang ini lagi menseronokkan. Tapi tak apalah. Sebab rumah ini banyak sangat kelebihannya. Setakat hal laundry area ini kita tutup matalah. HAHA.

Second floor ada 3 bedrooms.

Secondary bathroom.


Master bathroom.
Dua sink. Dua shower. Bukankah sangat praktikal? Nampak sangat dia punya mesej ialah ; Boleh mandi sekaligus dua orang HAHAHA. Shower area dia besar. Dan paling penting, bersih dan kelihatan sangat mensenangkan hati.

Another balcony. Rumah ni ada banyak balcony.
Built-in wardrobe untuk secondary bedroom

Garage. Automatic garage.

Bedroom

Another balcony.
Baru survey rumah pertama, dah suka. Terus call agent. Takut nanti orang lain pulak ambik. Alhamdulillah. Rezeki. Kami dapat rumah ni. Memang kami berdua suka rumah ni. Macam bila masuk je dah rasa macam memang willing nak pindah rumah tersebut. Memang cantek and new renovated.
Surrounding dia tidak sebagus di Wishart.Wishart memang area yang sangat senonoh. Holland Park ni memang tak berapa cantik area dia. Tapi kelebihannya, Holland Park ada mosque. Dan lebih dekat dengan Mater Hospital. Oyya. My husband dah tak bekerja di QEII Hospital. Dia akan mula bekerja di Mater Hospital tahun ni (in cbd area wooooo jalan jam woooo) Tapi saya suka. Wah aku pulak nak suka. Sebab saya suka Mater Hospital tu. Cantek. Service pon best. QEII boring ah. KAH KAH KAH.
So.
Kami memulakan tahun 2010 dengan bermain kotak. Penatnya nak pindah. Bermula malam semalam kami sebok packing barang. Dahlah barang banyak macam dah kahwin 3 tahun 3 anak ke apatah. HAHA. Sekarang rumah kami dah macam disaster dah. Tapi saya sangat bersemangat packing barang. Sebab tak sabar nak move ke rumah yang lain pula. Namun, kami sangat sayangkan this house. Sentimental value.
Penat. Backpain T______T




January 1st, 2010 at 3:29 pm
Ya Allah, seronoknya dapat duduk rumah macam ini. Dan alhamdulillah. Semoga rezeki kakak chika dengan husband akan banyak dan melimpah ruah. Aminnnn.
Seronoknya rumah dekat sana terus dapat rumah yang ‘wow’ hehehehehe.
Nak jadi orang gaji kakak chika lah wakakakkakka
January 1st, 2010 at 3:34 pm
Selamat Pindah Rumah baru di Tahun Baru :)
January 1st, 2010 at 3:42 pm
macam best giler rumah tersebut..hehehehe
selamat mempacking…wweee
January 1st, 2010 at 4:03 pm
best giler…i suke part bilik air tu…dengan balcony…romantik…chika, tahniah atas rumah yang best….
i idam rumah tepi pantai yang berpintu kaca, tapi tatau bila boleh tertunai impian tu…
January 1st, 2010 at 4:11 pm
OMG! Mashaallah cantiknya rumah! More than what I could ask for! Bilik airnye…. ohhh nice nice nice!! God bless you, and may you get lots and lots more goody good stuffs in this life Chika! <3 :)
January 1st, 2010 at 4:22 pm
indah sgt rumah tuh…hmmm..best2
January 1st, 2010 at 4:41 pm
Fuuuu part kemas barang pindah rumah memang horror. Penat Ya Rabbi. I dah laluinya bulan sebelum ini. Now is you and ur husband punya turn. Tapi bila masuk rumah baru nanti.. pastilah semangat dia lain macam sikit. Excited nak buat itu ini.
Tahniah Chika Darling…!
January 1st, 2010 at 5:09 pm
wow.. sgt best lah rumah.. macam ala-ala hotel gituh.. :) jadi dah decide ke nak pindah rumah mana?
January 1st, 2010 at 5:12 pm
“…cukup untuk memuatkan TIGA ORANG CHIKA”
tertangkap tang ayat tu.
er, dah bertiga ke awak?
January 1st, 2010 at 5:39 pm
siryes cantik sgt rumah neh chika!!! =)
January 1st, 2010 at 7:05 pm
chika,
itu rumah ke hotel… kalau akak la chika malam tu juga pindah… heheh… cantik betul rumah dia chika… bestnya. tidur pun mesti lena…
lagi satu ni pasal mesin jahit. nak jahit apa dik… sarung bantal baby eh… weh gosip ni chika sudah bertigaan… komen pls…
January 1st, 2010 at 7:57 pm
jgn angkat kotak berat2 tu…tu bg org laki wat..hahaha ;p
anyway umah tu sgt cantek ah chika…best btol design umah kat sana.nak dok sana jgk ah :D
January 1st, 2010 at 8:42 pm
Happy New Year Chika! ;)
Rumah baru Chika cantik! Rasa macam nak jadi penjual ubat Melayu and bagi salam. gegegege :P
January 1st, 2010 at 10:04 pm
cun lah rumah tu..sgt best!
huhu..huda pun baru je merasai “nikmat” meng-pack barang masuk kotak hari tu..gila penat..
selamat mengemas kakak sayang!
kalau dh bertiga jangan buat keje berat2 eh =)
January 1st, 2010 at 10:46 pm
tahniah chika ade rumah baru yang cantik..suke tgk lebeh2 lagi balcony tu..lawa!selamat tahun baru chika..!
January 1st, 2010 at 11:16 pm
wow!bestnye chika.dapat umah cantik tu.kalau i la,xmo pindah balik m’sia dah..hehehe
January 2nd, 2010 at 12:05 am
huiyoo……chika pndah umah baru…..best nye…cantek umah br chika……hehe…..adekah ini bermaksud umah baru lebey besar, maka bley menumpang same ke rumah br ini…?hahaha….tade tade….kidding ok….happy new year chika…..
January 2nd, 2010 at 12:13 am
*tgh tgk bile boleh tempah tiket nk try dudok rumah baru. HAHHAHHAAHHA..
eh laling. mater hospital tu. yg kite pnah pi tu ke?
January 2nd, 2010 at 1:01 am
lama tak drop comment. hehe.
rumah baru oh! happy new house and new year. hoho!
“farah diana nak ke aussie jugak!” sebut banyak2 kali semoga termakbul~! haha!take care dear!
January 2nd, 2010 at 2:06 am
Sangat menawan! Kan best kalau KL pun banyak rumah macam ini dan MURAH.
Selamat Berhijrah (nyanyi terus nasyid hijrah ye dik :P)
January 2nd, 2010 at 2:47 am
pergh tahun baru , rumah baru siot . hahaha neway semoga tahun nie lebih baik dari tahun sebelumnya keh :)
January 2nd, 2010 at 9:47 am
walaweh!! best!!
selamat berpindah..men kotak leklok..
)aaii..jeles..jeles..)
January 3rd, 2010 at 11:32 am
Jatuh chenta dengan balkoni-balkoni ittew. Kalau akak pun semangat jadi berkobar-kobar nak pindah. Selamat berkemas dan memindahkan diri. :-)
January 8th, 2010 at 12:48 pm
memulakan tahun baru dengan hasrat nenamatkan zaman bujang
January 13th, 2010 at 10:15 pm
cantiknya rumahhhhhhh :)….happy packing!
January 14th, 2010 at 4:19 pm
sumpah kalau dapat rumah macam ni,tak pergi shopping tiap tiap bulan pun takpe. hahaha