Archive for January, 2010
Posted by chika under
Uncategorized Seronoknya weekend ini! First, sebab husband tidak on call. Second, sebab suami ada di rumah. Third, sebab suami tidak pergi hospital keluar pagi balik petang. Fourth, sebab suami tidak on call. Fifth, ok sudahlah tu!
Tapi sebab keenam, dapat jalan-jalan sikit setelah satu minggu marinate diri dalam rumah. Sikit sajalah berjalan. Berjalan banyak-banyak tidak larat. Mentulis blog banyak-banyak pon tidak larat. Ha dengan itu, biarlah saya mentulis sikit-sikit.
Aktiviti weekends ‘marinated’ housewife ;
Membeli-belah keperluan dapur.

Sambil tolak troli, merakam gambar bersama-sama yogurt dan makanan berlemak lainnya. Muka pon dijana supaya kelihatan terpaling serius. Dan hakikatnya, tidak membeli yogurt. Hanya lalu sahaja di lorong ini. Sebab lorong ini saja yang lengang dan ada potensi untuk capture gambar pastu takyah nak malu. Heh mestilah malu depan yogurt pon nak ambil gambar. Apa Malaysia tak jual Yogurt? Khuatir Australian fikir macam itu. Atau nanti macam malu lah. Ah memang malulah. Apatah aku cakap ni?
Berjumpa rakan.
Siang tadi lunch bersama-sama Aini dan suaminya di Indonesian Tucker. Kali pertama jumpa. Tapi dah banyak kali beramah-mesra di dalam Facebook. Dan Aini ialah salah seorang pembaca blog ini yang sesekali menghantar komen. Selain itu, Aini juga sedang hamil buah hati sulungnya. Iaitu usia kehamilan muda satu minggu dari saya. HAHA macam susah untuk memahaminya. Tapi tak apa. Takyah memahami sebab tidak menjejaskan apa-apa. HAHA.

Bergambar di hadapan Coles Garden City. Di hadapan sebuah Mercedes. Tak tak. Bukan I punya T__________T Tak sengaja telah bergambar di hadapan kereta orang. Pastu berasa macam ‘tak apa‘. Gambar tidak bersuara. Kalau disenyapkan, pasti engkau boleh fikir itu macam kereta saya, bukan? HAHA padahal bukan.
Anda juga boleh melihat rupa paras perut ibu hamil. Kecil sahaja tapi bersyukur. Dan berasa bangga bawa perut tersebut ke sana ke mari. Pastu mesti ada minah saleh ramah mengajukan soalan ; Something in there? Memang. Ada buah hati di dalam situ.

Mercedes tak ada. Stroller ada. HAHA dua ibu hamil bersama sebuah stroller.
Bukankah aneh? Anak dalam perut tapi berjalan tolak stroller.
Hoh?
Setelah lunch dan bergambar bersama stroller (?) kami pon berpisah. Eceh. Pastu yang syok dia, Aini bagi saya keropok ikan made in Terengganu! Ha kau. Dapat jugak saya keropok ikan. Best gila. Tak akan berlengah-lengah. Esok akan goreng!

Dah dapat keropok ikan (HAHAHA) terus berasa rajin nak berjalan-jalan. Membawa diri ke Westfield Garden City. Sengaja. Meninggalkan footprint sebelum mall ditutup pada jam 5. Heh. Padahal pukul 4 petang pon kebanyakkan kedai dah menggelabah nak tutup. Tah apa-apa. Sini memang borrrring. You have to shop before 5. Kalau nak berangan shopping sampai midnight macam dekat Jusco tu memang takyah ah.
Menanam cili.
Pulang ke rumah, suami pon menanam cili di balkoni.

Selain berbakti kepada manusia sakit, suami saya juga berbakti kepada tanah.
Anda bila lagi?

Okay nanti kalau menjadi, saya heboh-hebohkan. Kalau sampai tahun depan pon takda pernah mensebut sekalipon tentang pokok cili, engkau faham-fahamlah. Memang tak ada lah tu. HAHAHA
Membuat pizza hit.
Pizza Hit (I cipta) ialah nama macam nak tiru Pizza Hut. Tapi Pizza Hit adalah dalam saiz yang sangat baby. Dan sangat sarat kandungannya.

Pizza Hit yang belum dimasak. Ni first time okek saya buat pizza. Dah lah senang. Senang pulak tu. HAHA.

Okay dah masak dah.
Dan ini menjadi dinner kami malam ini sambil menyaksikan tenis ; Australian Open final. Antara Federer dan Murray. Yahoooo Federer menang! Disebabkan suami sokong Federer, aku pon tirulah. Habis takkan nak sokong yang dia tidak sokong. Nanti kurang berkualitilah masa yang di-spend bersama. Sambil itu juga menyaksikan cricket di mana, macam biasalah. Paskistan asyik kalah secara tak pasal-pasal.
Kandungan Pizza ;
Sosej
Broccoli
Capsicum
Tomato sauce
Ceddar cheese
Chilli (sumpah pedas sampai tangan pijar beberapa jam)
Tomato
Mushroom
Makan satu setengah sahaja. Pastu perut terus sendat. Sekarang ini saya cepat kenyang. Tak boleh makan banyak-banyak. Nanti sengsara.
Sekarang kena tidur. Sudah jam 1 pagi.
Posted by chika under
My Fancy Pregnancy Malam semalam tidak dapat tidur yang nyenyak. Eh entahlah. Mungkin tidak mendapat tidur langsung. Sepanjang malam berpusing ke kiri ke kanan sampai ke Subuh. Atau dalam kata lain, berkawad. Sejak berbadan dua, memang sukar untuk tidur. Tapi bila dah dapat tidur, memang sukar untuk …. bangun. HAHA perkara biasa. Orang tidak mengandung pon begitu, bukan?Jadi bila orang mengandung berperangai begini macam layak dianugerahkan kemaafan. Habis kalau orang tak mengandung kuat tidur pastu susah bangun? HAHA.
Malam semalam boleh dikatakan kali pertama mendapat gejala susah tidur yang dahsyat. Perut rasa tegang semacam. Pusing kanan salah. Pusing kiri salah. Saya dah gelisah dah. But the baby was kicking happily the whole night. Fine, baby fine T____T Mummy appreciates that. Accompany me eh?
My husband bought me a body pillow last few months. Sebabnya saya asyik backpain saja dan selalu tak tahu nak letak perut kat mana semasa tidur. It helped me a lot throughout these time but not last night. Langsung tak membantu. Akhirnya saya lesing body pillow tersebut ke hujung katil. Buat semak saja dia. Dahlah sangat besar dan panjang iaitu sama panjang dengan saya. Kira macam tidur bertiga (baby not included) di atas sebuah queen bed. HAHA.
Saya terus berkawad dan shuffle di atas katil sehinggalah ke jam 4 pagi. Husband pon terjaga. Terus saya cry a river.
‘I tak boleh tidur langsung,’
‘La. Ye ke? Kalau camtu, jomlah bangun sembahayang Subuh,’
Zuup! Terus bangun. Terus wudu’. Terus solat berjemaah. Dan selepas itu mencuba untuk tidur. Alhamdulillah. Berjaya hooooray! Kepala punyalah sakit. And the baby? Terus buat summersault. At least summersault dia itu memujuk hati saya. Tak dapat tidur pon tak apalah. Ada juga yang nak entertain saya sepanjang malam.
Itu cerita malam.
Siangnya pula, berasa teringin sangat nak makan mackerel masak asam. Atau nama lain dia, masak senggang (betul kah nei?) Tengah potong-potong bawang dan sebagainya nak memasak, tiba-tiba pitam. Terus tumpas di atas couch. Sesak nafas. Dan akhirnya terus termuntah-muntah. Hurm. Macam yang saya dah ceritakan, saya memang mabuk teruk hakikatnya. Walaupon dah 6 bulan setengah pregnant, saya masih mabuk-mabuk. Anda tidak akan dapat bayangkan bagaimana pengalaman saya pada 1st trimeter. Sangat dahsyat. Tapi tak apalah. Saya anggap ini bahagian saya. Sebijik macam emak saya. Emak saya kan, dia mabuk 9 bulan. Saya pon macam ada potensi untuk mengorak langkah yang sama. Ah, tak ke comel muntah-muntah semasa hamil? HAHAHA.
Diakhiri dengan pantun dua kerat.
Hari ini tidak sehat T________________________T
Hari ini makan donut.
Tah apa-apa.
Posted by chika under
My Fancy Pregnancy Saya akan deliver baby InsyaAllah di Brisbane, mengikut perancangan kami. Tapi perangan Allah yang akan menang. Begitulah hakikat. Selama ini saya mendapatkan khidmat pesanan ringkas hey hey! Itu SMS T___T Selama ini saya mendapatkan khidmat Obstetrics & Gynaecology dari Australis Specialist Center. And my obstetrician is Dr. Jenny. Teringat lagu Jennifer Lofez, Jenny From The Block. Okay lupakan yang itu.
Sehinggalah pada minggu ke 22, saya masih berjumpa Dr. Jenny. Dan macam tak akan berjumpa beliau lagi selepas ini. Barangkali. Okay fine aku dah perasan macam memegang watak Becky dari siri Shopaholic ; Baby & Shopaholic. Di mana this Becky meninggalkan obstetrician dia yang hebat sebab the obstetrician cuba goda husband dia. HAHAHAHA lawak gila.
T_____T
Eh tak lah. My Dr. Jenny is no VENETIA CARTER in the Shopaholic series okay. My Dr. Jenny is married. Selalu nampak anak-anak dia berkeliaran dalam clinic lagi and she’s not vogue pon so there’s no way I could play her the role of VENETIA CARTER. Apa kau cakap ini, Chika? Itulah sebabnya kenapa anda kena baca SHOPAHOLIC & BABY. Baiklah baiklah serius.
Dr. Jenny cuba refer saya ke Sunnybank Private Hospital untuk deliver baby. Di mana saya (and husband juga) not too happy about that. We don’t wanna have our first baby delivered in Sunnybank Private. Sebab kami tak berapa suka the name of Sunnybank itself. HAHAHAHA. Tapi tidaklah masalah besar sangat bagi kami agaknya. Kalau ditakdirkan itulah saja hospital yang reliable (since agak susah rupanya nak fit in mana-mana private hospital sebab penuh dan semua obstetrician best dah kena book habis. Laku gila macam goreng pisang panas) saya tidak kesahlah bersalin di situ pon. Dr. Jenny pon very nice. Walaupon dia asyik pakai baju yang sama everytime I see her. Mungkin kebetulan. Naaaah never mind.
Setepatnya, suami saya cuba tukarkan saya ke Mater Hospital. Sebab utama mestilah sebab dia bekerja di situ. Walaupon macam tak ada kena-mengena langsung HAHA. Tapi demikianlah kehendak beliau. And me? Pastilah suka. Sebab, saya yakin dengan Pregnancy Unit di Mater. Dulu masa saya miscarried the first baby, saya refer ke Mater. Ya Allah. Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU) dia sangat awesome. Dan method dia menangani miscarriage saya pon very simple dan berkesan. Tak ada leceh-leceh. Tak ada merepek sangat dan menakut-nakutkan. Paling cool, lepas saja complete miscarriage (dah disahkan keluar semua), releks saja the midwife (Amanda) bagitahu saya ; Now you can try for another pregnancy if you want. Aku pon terus menggelabah jawap ; Sure I will! I can’t wait! KAH KAH KAH. Nanti saya ceritakan pengalaman masa itu (macam biasa, tak janji) HAHA.
Beberapa minggu lepas, kami jumpa Dr. Conrad (the GP) untuk dapatkan referal letter ke Mater. Dia recommend kami one doctor ni from Mater Private. Saya ok saja. Tak adalah nak tergedik-gedik sangat demanding for the best celebrity obstetrician in Australia ke apa. HAHA. Mana yang di-recommend, itulah yang saya percaya.
Husband saya call hospital untuk dapatkan appointment dengan obstetrician yang disarankan. Namun tidak lama selepas itu, hospital call me dan bagitahu, saya tidak ada ruang lagi. Sudah terlambat T___T Kedengaran macam kesian sekali. Nak bersalin pon tak ada tempat. HAHA. Eh taklah macam tu sekali. Hospital suruh saya contact Baby Arrivals. Huh? I know Baby Arrivals! Me and husband selalu sebut-sebut everytime lalu depan situ. Just accross the road from Mater. Atau dalam kata lain, merupakan company ada kaitan dengan Mater juga. Sebab all the mothers yang register dengan Baby Arrivals kena book for delivery dengan Mater Private juga. All the babies will be delivered at the Mater Mothers’ Private Hospital. Saya pon belum sure lagi macam mana Baby Arrivals is connected to Mater. Dalam erti kata lain, saya masih akan bersalin di Mater Mother’s Private Hospital! Huray!
Tahu kenapa huray?
Sebab saya suka :P

Semalam saya call Baby Arrivals. Untuk register and booking.
When is your estimated due date?
Around 10th of May.
So you’re now around 26 weeks?
Yup. Am I too late??????
(Gaaah. I sounded like a cry baby. Sungguh pathetic)
No no. You’re not.
Lega. Akhirnya saya dapat buat first appoinment dengan Baby Arrivals. Dan dapat new obstetrician. Alhamdulillah. 11 February ini, akan berjumpa obstetrician baru. Daaa! Aku berdebaran tahu? Padahal tak tahu kenapa nak berdebar pula. Mungkin sebab dah biasa dengan Dr. Jenny tu. Tetiba kena jumpa doctor lain pulak. Dan mulakan suasana lain. Eceh. Pastu tadi saya call emak. Bila saya cakap saya nak tukar obstetrician, emak cakap ; Apsal? Nak doctor best ke? Tak susah ke kena tukar itu ini?
Ma! Tak supportive ok T___T Macamlah emak dulu tak demand the best doctor etc. I can remember, Ma. I can walaupon masih kecil masa itu. Bila emak bersungguh-sungguh nak pergi Chinese Maternity (time tersebut tak ada lagi hospital gempak-gempak macam TMC ke, Prince Court ke, Gleaneagles Intan ke etc) masa lahirkan her 3rd son yang pada zaman tersebut sangat famous hanya sebab obstetrician dia digembar-gemburkan terbaik, keluar TV etc. At least I tak demand for that. I tak demand langsung. Kalau boleh nak bersalin dekat rumah dalah bath tub. Baiklah, merepek. Honestly, saya mahu lahirkan bayi yang sehat sejahtera dan selesa. Selesa di sini untuk memenuhi hakikat bahawa kesakitan itu perlu difahami. Kalau boleh tak mahulah bersesak-sesak, tunggu turn dan sengsara berserta layanan hospital yang huduh. Itu saja. Kalau disebabkan nak the best obstetrician in town, tak apalah T____T Saya percaya ada banyak obstetrician bagus dalam dunia ini walaupon he or she bukanlah well-known.Sebab sekarang dah macam TRENDY gila kalau dapat the best obstetrician in town. Atau dalam kata lain, celebrity obstetrician ke apa. Na’ah. Jangan merepek.
Arrivals recommend schedule of visit as ;
10 weeks - Obstetrician and Midwife
14-16 weeks- Obstetrician
20 weeks - Obstetrician
24 weeks- Obstetrician
28 weeks - Obstetrician
30 weeks - Midwife
32 weeks - Obstetrician
34 weeks - Midwife
36 weeks-Obstetrician
37 weeks - Midwife
38 weeks - Obstetrician
39 weeks - Obstetrician
40 weeks - Obstetrician
41 weeks - Obstetrician
Saya macam rasa dah terlambat T_____T Rugi gila tak terus pergi sini dulu. Macam mana entah boleh terbawa diri ke Australis Specialist Centre tu. Saya bukan takut terlambat apa. Saya takut tak dapat join Antenatal Class. I soooooooo want to join it. Macam tak boleh sabar nak pergi Antenatal Class. Haraplah berpeluang.
Another hospital yang husband saya kata bagus di Brisbane ialah Royal Brisbane. So, good luck Aini! =D
Oh semalam saya termimpi-mimpi pasal berjumpa obstetrician. Saya mimpi saya jumpa Dr. Jenny. And then dalam mimpi tersebut, dia tengah scan saya. Tetiba dia tanya sama ada saya dah book dengan Sunnybank Private atau tak. Saya bagitahu saya akan tukar ke Mater dan justeru itu dia macam marah. Dia tanya ; why? why? Something like dia tak faham kenapa saya nak stop from seeing her. Sigh.
See. Sampai terbawa dalam mimpi. Perlu ke aku mimpi semacam ini? Saya rasa, saya terlalu memikirkan tentang ini. Tentang di mana hendak bersalin. Dengan siapa akan bersalin. Dan bagaimanakah rasanya bersalin. terlalu memikirkan. On the other hand, saya sebenarnya tak sabar hendak memberikan kelahiran. Sangat mengujakan! Macam awesome.
Saya tulis ini untuk rekod peribadi. Sebab saya pasti, kalau saya ada rezeki melahirkan anak seterusnya nanti (InsyaAllah) mungkin pengalaman dia tidak sama. Mungkin waktu tersebut saya bukan lagi di Queensland. Mungkin di Malaysia. Atau mungkin di mana-manalah yang tidak diketahui. Dan saya pasti pengalaman ini tidak akan sama.
Posted by chika under
My Baby You,
My Fancy Pregnancy Thanks very much, all :)
Official Announcement tentang my autumn baby yang saya simpan 6 bulan dah selesai dah. Lega I HAHA. Lama tahu saya simpan anda fikir ini mudah? Hari ini, saya akan berkongsikan pula satu lagi perkara yang mungkin ramai anda tidak tahu, malah tidak pernah terfikirkan. Atau mungkin pernah tahu atau pernah menduga. I don’t know.
.
Ini bukanlah pregnancy pertama saya.
.
Saya bukakan 2 protected entries yang pernah saya publish secara private beberapa bulan lalu untuk bacaan anda.
-
-
Posted by chika under
My Baby You,
My Fancy Pregnancy ‘It’s a winter baby?,’
the sale assistant in Bubs asked me.
‘Yes, it is,’
I replied shortly.
.

Hurm. Not exactly a winter baby.
Actually, I am carrying an AUTUMN BABY :)
Yesterday was the 25th week of pregnancy.
I am 6 months pregnant



.
Another 15 weeks.
Posted by chika under
movie Review ini dari pendapat peribadi yang kebanyakkan masanya dipengaruhi oleh hati penulis tanpa mempedulikan elemen perfileman yang lebih tepat. Rating yang diberi juga macam tak berapa boleh pakai. Jadi jangan ambil rating ini sebagai bahan berhujah dengan pasangan anda semasa memilih filem. Ini review peribadi, tahu? Tapi sebaiknya, percayalah kata penulis. HAHAHA.
AVATAR
Rate : 7/10

Dah lama dah tengok. Tapi memandangkan saya tak berapa suka mentulis tentang filem (sama macam tak suka mentulis tentang gosip artis macam mensemak saja dalam blog ini) jadi saya tulis tentang ini secara sekaligus dengan filem-filem lain. Semua orang pon terpesona dengan kehebatan Avatar. Jadi kalau tiba-tiba saya muncul bawak statement ; Avatar adalah filem yang sungguh huduh don’t watch laaaah! Pasti macam mintak kena siku saja dengan orang ramai. HAHA. Sesungguhnya, filem ini memang hebat. Animasi dia power. Dan awek berciri Avatar tersebut sumpah sexy lenggok-liuknya. Dan yang terpenting juga untuk diperkatakan, hero filem ini sangat boleh blah muka dia. Tumpang lalu.
Itu kupasan secara logik dan sepatutnyalah.
Ini kupasan ikhlas pula ; Genre sebegini sebenarnya bukanlah genre saya. Sebab itulah bagi rating setakat 7 sahaja. Atau dalam kata lain, rating tersebut berciri peribadi. Tak sesuai dijadikan titik tolak bertikam lidah dengan awek anda pastu cakap ; Nurulism.com bagi rating 7 saja! Tak best manalah filem ini. Kalau best betul mesti dia bagi 10. Dah dah jom tengok filem Congkak, takyah tengok filem ni (gila ancient tengok Congkak)
.
3 IDIOTS
Rate : 9/10

Sumpah kelakar filem ini. Oh lupa cakap. Ini filem hindustan. Tak tak. Jangan stereotype I. Ini bukan filem hindustan main tepi landasan keretapi pastu awek lari sari berterbangan dan hero toreh tangan dengan pisau. Bukan macam itu. Filem ini berciri lawak educated. I recommend siapa belum tengok,tengoklah. Aamir Khan is the hero.
Macam manakah kami boleh tertengok filem ini? Macam ini cerita dia ;
Dah lama dah. Beberapa minggu lalu (around 3 weeks ago agaknya) kami pergi makan di sebuah restoran Arab. Tetiba saya cakap dekat husband ; I teringin tengok hindustan la. Download la hindustan, please. Sebab dah tahu dah mesti dia tak mahu punya. Nanti bakal ditertawakan. Pastu selepas makan, kami pergi grocery India yang terletak bersebelahan dengan restaurant tersebut. Tetiba dia ada jual movie hindustan I tell you. Terus menggelupur nak beli. Brother cashier tu recommend 3 Idiots ini. Dia kata menang award banyak gila filem ini. Tempted.
Kami pon beli. Balik rumah, husband saya pergi google review filem ini. Macam terror saja. Dekat Brisbane punya cinema pon ada tayang. Dekat UK pon ada tayang. Dekat US pon ada tayang. Ewah. Macam terror. Apalagi, semangatlah menonton. Fuuuu memang terror. Lagi-lagi kepada peminat tegar filem hindi (macam saya). HAHAHA.
Dibagi rating 9 kerna lagi 1/10 ditolak. Sebab lagu tak catchy. Dan heroin (Kareena Kapoor) I tak suka. Always tak suka filem lakonan dia. HAHAHAHAHA bias bukan?
UP IN THE AIR
Rate : 8/10

George Clooney weh, George Clooney! Siapa tidak terpaku melihat lakonannya yang charming? Disebabkan nama George Clooney lah, saya membawak-bawak juga hati untuk menonton filem ini. Wallaa. Memang best. Interesting story.
Tentang seorang lelaki (George Clooney) yang kerjaya dia ialah memecat orang. Stress saya tengok kerjaya sebegini. Macam hanya boleh dilakukan oleh orang yang tak ada hati perut atau pon yang berciri hati kering sahaja. Dan lelaki ini kerja dia ialah travel saja di dalam pesawat. Sebab itulah dinamakan Up In The Air. Dan kisah ini selebihnya berunsur kepercayaan terhadap cinta dan perkahwinan.
Saksikanlah. Tak rugi. Kalau anda rasa rugi pon, boleh pujuk diri dengan menyaksikan George Clooney yang charming. HAHA. Tapi kalau dibagi Richard Gere berada dalam filem ini, terus saya up rating jadik 10/10. KAH KAH KAH. Macam biasa. Sangat tak boleh pakai review ini bukan?
.
THE TIME TRAVELER’S WIFE
Rate : 7/10

Tumpang lalu, rakan-rakan. Mula-mula sekali kena cakap yang Eric Bana adalah tampan. Kalau dikira secara matematik, 4/10 adalah datangnya dari Eric Bana punya muka himself HAHAHAHAHAHA. Dan lagi 3/10 adalah jalan cerita dia.
Cerita ini indah. Memang indah. Tapi agak mempeningkan kepala. Kira semasa tengok filem ini, kenalah membawa sepenuh otak beserta isi kandungan otak. Kalau tidak, memang rasa nak masuk dalam skrin dan tikam sekor-sekor dibuatnya. Agak mengelirukan. Sebab kita sendiri kena faham-faham dan travel mengikut masa. After all, cerita dia unik.
Ending dia sangat menyentuh perasaan. Oyya. Ini memang bukan cerita yang masuk akal.
.
KIKI’S DELIVERY SERVICE
Rate : 6/10

Macam biasa. Miyazaki punya anime semua hebat. Tak ada yang tak hebat. Tapi disebabkan animasi dia selalu hebat gila, jadi bila dia buat cerita seperti Kiki’s Delivery Service ini, dah rasa tak berapa nak hebat untuk tahap dia. Anda faham apa aku tengah cakap ini? Maksud dia, filem ini bukan tak hebat. Hebat. Tapi dibandingkan dengan animasinya yang lain, filem ini adalah moderate saja.
Tapi cukuplah indah suasana cerita. Comel gila!
SPIRITED AWAY
Rate : 10/10

Gaaaaah tidak boleh cakap banyak. Filem ini is the best. Nah nah. Ambik 10 markah! Walaupon filem ini sepanjang kau menontonnya engkau takda berapa nak faham apa kejadahkah semua alien hantu dan mahkluk aneh yang keluar, tapi bila dah sampai ending, engkau akan faham dia punya mesej secara automatik. Superb ah. Sejak menonton filem inilah, saya jadi gila dengan Miyazaki punya karya. I wonder macam manakah Pak Cik Miyazaki ini boleh ada imaginasi aneh-aneh seperti ini?
.
PONYO
Rate : 10/10

Kalau anda mahu menonton objek comel, PONYO adalah jawapannya. Eceh macam tagline nak jual product. Ponyo adalah seekor goldfish yang hendak menjadi manusia. Ponyo sangat comel tak boleh blah. Kalau dia ada depan mata aku sekarang ini, lama dah aku penyek-penyekkan dia kerna terlalu comel.
Macam biasa. Mesej Miyazaki dalam animasi dia ialah alam sekitar. Anda yang belum tengok itu, pergilah tengok I paksa tengok. I paksa. Sangat paksa. HAHAHAHAH.
.
PRINCESS AND THE FROG
Rate : 9/10

Jarang sekali Walt Disney keluarkan filem takda kualiti. Samalah dengan filem ini. Best. Memang sebuah version fairytales yang telah di-twist sampai menjadi sungguh lain macam. HAHA. Tapi lagu-lagu dalam filem ini tak ada yang catchy, bak kata suami saya selaku peminat tegar Walt Disney.
Filem ini bukan kisah perempuan cantik berkahwin dengan anak raja. Bukan tentang impian seorang gadis inginkan putera raja. Bukan kisah putera raja kaya. Bukan kisah princess cium frog dan frog menjadi putera raja. Tetapi kisah seorang putera raja tak ada wang sebab kewangannya disekat oleh raja (HAHA lawak gila putera raja ni miskin). Kisah ini juga tentang seorang gadis yang impiannya nak buka restoren dan tidak langsung mengimpikan putera raja. Kisah ini tentang gadis yang mencium seekor katak dan gadis itu pon sama-sama menjadi katak. KAH KAH KAH. Twisted gila tak boleh blah.
Ini review saya secara peribadi. Siapa tidak setuju dan ingin membetulkan markah yang saya beri, tidak boleh berbuat demikian. HAHA.
Rasanya, inilah saja filem-filem yang saya tonton baru-baru ini.