Colors

Aku tulis tak minta persetujuan siapa-siapa. Siapa yang berasa dia berhak menentukan skop penulisan dan gaya hidup aku, baiklah. Boleh tolong bayar domain dan hosting blog aku. Nanti kau boleh cakap banyak-banyak macam blog ni BAPAK KAU PUNYA. Aku suka komen dari manusia sejati sahaja. Yang ala-ala MUTANT aku tak suka. Aku buang dia. Sebab apa? Sebab blog ini BUKAN BAPAK KAU YANG PUNYA.

Dulu, masa sekolah rendah, hobi saya ialah mengumpul setem WHATTHEFUN gila comel. Rakan sebaya mengumpul setem, saya pon ikut sekali. Padahal bukan mengumpul, malah lebih kepada membeli dan menyimpan di dalam album setem. Kemudiannya berlagaklah dikau sebab banyak setem power. Konon terror gila ah sampai satu album besar setem semua nak berkepala emas. Setem dari UK kononnya. Gelis bukan? Gelis-gelemas.

Itu dulu. Masa hingus meleleh. Bukan bermakna sekarang sudah tidak berleleh hingus. Tapi bila sudah macam dewasa, dah malu dah nak cakap HOBI SAYA IALAH MENGUMPUL SETEM. Macam gelis saja dikhuatiri nanti diejek rakan. Mengumpul setem macam hobi lapuk lah. Sekarang zaman mengumpul trafik blog T___T Eh rasa nak slap saja muka penulis ini.

Dulu zaman berhobi. Masa sekolah-sekolah dulu. Macam-macam hobi nak buat. Bila masuk saja Universiti Kebanggaan Malaysia, terus dah tak ada hobi. Tidak lagi mengumpul setem tetpi mengumpul tahi mata bila ada waktu terluang dan tidak terluang juga. Pendekkan cerita, dah lama gila tak ada masa nak berhobi. Kira kalau jadi student architecture (misalnya, berdasarkan pengalaman) kalau kau ada masa nak menikmati hobi memang kau ni kategori PARAH. Contoh ; Hi kawan-kawan. Hobi saya ialah bercucuk tanam dan membuat origami. Sumpah akan dipandang serong oleh rakan studio. Orang lain semua hobi ialah tidur engkau pulak ada masa nak berhobi mania. Macam gedik gila. HAHA. Contohlah.

Namun demikian.

Sekarang saya tidak terikat dengan apa-apa. Hoooooooooooray! Waktu untuk kembali berhobi. Fine. Panjang sangat cakap pasal hobi padahal nak kongsikan cerita pendek sahaja. Tentang hobi atau dalam istilah lagi menseronokkan disebut sebagai ketagihan baru. Sampai asyik buat lupa saja tentang blog. Jadi sekarang anda semua bakal tahu ; Alasan benar kenapa saya asyik tak mentulis blog sahaja.

Minat baru ; DSC05593

Suami telah membelikan saya sebuah butik terkemu … fine fine fine! Berangan gila. Tak tak T___T Suami telah membelikan saya sebuah mesin jahit. Sungguh menseronokkan walaupon ini memberikan imaginasi macam aunty 40 tahun saja. Anggaplah ini seni. HAHA. Seharian-suntuk tempoh hari saya menggodek mesin jahit ini. Nasib baik saya ada basic menjahit dan mengelolakan mesin. Jadi taklah terkial-kial sangat. Mesin jahit saja. Bukan mesin memproses arang batu ke apa. Yang itu tak ada basic ah jangan tanya. HAHA poyo bukan? DSC05592

Inilah dia mesin jahit pertamaku T________________T (hingus pon turut serta).

DSC05601

Jadi saya sangat bersemangat kuat. Walaupon belum pasti sebenarnya apa yang hendak dihasilkan sebagai masterpiece. HAHA sungguh mendebarkan. Cececeh menjahit pon nak berdebaran. Di atas ialah kain-kain cotton termurah yang boleh dijumpai secara termurah dari SPOTLIGHT. Sebab nak menghasilkan seni pertama, kenalah menghasilkannya dari jenis yang termurah. Nanti kalau dah terror bolehlah beli kain yang lebih murah dari ini. HAHAHAHA. Tak tak. Dah terror nanti saya beli sutera emas 4 meter buat kebaya sendiri. Wah berangan biar tinggi. $4.99 semeter. Macam boleh blah.

Selain itu, saya juga seronok membina wooden miniature. Macam geram bila ditengok-tengok.

DSC05594 DSC05595

Stroller ini dapat percuma setelah membeli banyak-banyak. Uncle tersebut cakap, ok boleh pilih satu. Tapi dia kasi pilih yang kecik-kecik saja. Kalau tak, aku pilih dollhouse besar-besaran HAHA.DSC05596

Nampak macam comel bukan? Tapi untuk memasangnya, satu proses yang tak comel langsung. Sakit hujung-hujung jari dibuatnya. DSC05598

Eiffel Tower.
Sumpah mencabar amarah betul semasa mendirikannya. Susah sampai keluar keringat petani.
DSC05599

Ada banyak lagi yang belum terbina. Sebab ada banyak benda-benda lain pula yang kena diuruskan dalam waktu terdekat ini. Kami suami isteri sangat sibuk dan sedikit stress tetapi happy. Baiklah tak boleh cakap happy. Nanti ada orang sakit jiwa bila dia tahu saya happy. Biasalah. My name is Chika (bukan nama sebenar)

Ada banyak lagi cerita nak cerita. Tapi semua ini cerita duniawi sebab kita sedang hidup dalam dunia jadi kita bercerita tentang dunia. Bukankah Allah juga menganugerahkan kita kehidupan dunia untuk dinikmati dengan baik? Bukannya aku pergi menikmati dunia dengan bertenggek di blog orang lain dan menghantar komen puaka. Yang itu sungguh neraka HAHAHA. Kalau nanti sudah pindah ke Pluto, kita akan bercerita tentang perkara Plutonia. HAHA harap siapa makan cili dia ternganga pedas sekarang sebab aku pon dah bosan dengan manusia pelik-pelik. Namun demikian. Ini bukan bermakna saya menjalani kehidupan dunia semata-mata. Hati saya tenang dan kehidupan saya lapang. Sebab itu anugerah Allah. Kalau saya hidup secara jahiliyah, mungkinkah aku tenang? Urusan ini antara aku dengan Tuhanku. Tetapi berbuat onar denganku akan menjadi urusanmu dengan aku. Iaitu urusan sesama manusia yang hanya boleh diselesaikan sesama manusia. Kalau tak faham tak apa. Pergi semak di website ilmiah yang engkau suka.

Bila aku tulis perkara islamiah sikit, ada seorang MUTANT hantar komen ; Chika ni siapa pulak nak tarbiyah orang? Biarlah arkitek buat kerja arkitek. Doctor buat kerja doctor. Bila aku tulis apa aku buat dalam hidup aku seperti memasak, mendobi baju dan pergi bercuti dengan suami yang sudah menikahiku, ada pulak cakap aku asyik bercakap perkara duniawi. Langsung tak membawa pembaca ke dunia akhirat. Susah lah kalau aku nak kena tulis ikut kepala engkau. Memandangkan blog ini bukan engkau punya, jadi kepala engkau tak akan diambil kira. Aku ambil kira kepala aku saja. Kecuali engkau nak kena lenyek, mari sini bagi kepala.

Aku dah tak boleh sabar. Lagi-lagi bila tahap pegangan agama aku dipertikaikan. Ini bukan hal main-main. Macam aku ini kufur pula. Macam aku pernah membuat statement ; Aku kaki clubbing. Selepas itu bergambar dengan rakan-rakan kaki botol. Kalau engkau pernah nampak gejala itu dalam blog aku, okay aku benarkan engkau semua bakar aku hidup-hidup. Dan kalau aku tidak solat, aku ada suami yang boleh memukulku. Kau jangan nak pukul aku nanti aku pukul kepala kau balik.Bagi nasihat biar dari hati suci dan tulus kerana Allah Taala. Bukan kerana masalah peribadi kau dengan aku.

Ini semua metaphor

Tapi apsal aku masih berasa warna-warni? HAHA

Recent Entries

68 Responses to “Colors”

  1. edryna wanie Says:

    biarkan jek chika.
    dengki lah tu.
    semoge terus bahagie.
    :)

    chika Reply:

    I tak kesah orang nak nasihat. Tapi kita kan boleh ‘feel’ orang tu bagi nasihat ikhlas ke atau sebab dia nak menghina kita. Tak pe la. I tetap macam ni jugak :)

  2. Rara Says:

    Okay entri ini sangat terbaik sebab ada cute stuff. Rara pon ada yg katil kayu tu ;p

    chika Reply:

    Susah nak cantum dia. Nampak saja comel. Tapi…. habis jari-jari akak. Sampai termasuk-masuk kayu dalam jari.

  3. dya ilham Says:

    hahaha…
    kak…wat tatau jeeee..
    orang mmg suke bercakap…
    toksah layan….

    jangan pernah sesekali kt menganggap orang lain tu kurang baik dari kt….jangan terdetik pon..sbb ble je Allah nak beri hidayah kat die..mayb die boleh jadi sejuta kali lg bek dari kt…

    n one more…
    RasulAllah bersabda..
    sampaikanlah..walau hanya sepotong ayat…
    so..case layak tak layak tu…tak de sape layak nak bising2 ;)

    btw..wooden miniature tuuu..
    c.u.t.e bakk!!
    nak???? hehe

    chika Reply:

    Nak ke? Ambikla ambiklaaaaa
    :P

    dya ilham Reply:

    okeh..akak balik pontian kt tuntut satu ;p
    keh3~

  4. izi Says:

    mesin jahit kau tu jantina lelaki ke apa?
    cap brother kan?
    kacak betul nama dia. haha
    pasni ko bole la jahit benda2 comel

    wood miniature best weyh!

    chika Reply:

    mestila jantina lelaki. HAHA tetiba je.
    Aku suka menjahit. Walaupon aku tak pandai.

  5. @reLoG Says:

    Salam..
    Hye chika ;)
    wahh..marah nmpk..parah tol org yg over myibuk hdp org kn..

    sbr bnyk2 k..

    anyway..sgt comel miniature tu..geram kT tgok..
    wah..da ada hobi baru..mnjahit ye..chayok..chayok!!

    chika Reply:

    Salam.
    Tu la. tetiba je ada hobi menjahit pulak makcik ni. HEHE

  6. ciare Says:

    larr ingatkan chika jrg2 update xde org anta komen puaka..rupanya still menjadi2 pulak. haih (-_-”)

    wuaaaa dah pndai menjahit dah diaaa…comelnyee..mesti hasilnya pon comel2 jugak bukan.

    hoho teringat dulu2 mak tlg jahitkan masa kena wat projek menjahit baju time kelas KH. hihi ;p

    chika Reply:

    belum pandai la ciare. Tengah terkedek-kedek ni. Hehe. Nanti dah pandai sikit-sikit nanti, bolehla buat sesuatu pastu tunjuk-tunjuk kat ciare (wa cam nak berlagak kat ciare plak bunyi dia) :p

    ciare Reply:

    haha. sila sila. bloggers kan diwajibkan berlagak dlm blog sendiri. jgn blagak dlm blog org lain nak kena tu ;)

    belajar rajen2 jait baju, mn tau dpt wat bisnis lak..bderet readers nak beli kang :D

    chika Reply:

    Bukan saja jangan berlagak dlm blog org lain, malah berbunyi macam angsa sepi pon tak boleh. Perbuatan terkutuk. muahahahaha

  7. kdee Says:

    cute nye wooden stuffs tu..chika bli katne?

    chika Reply:

    beli kat sydney aritu :)

  8. nawal Says:

    kadang2 rasa nak privatekan blog je kan, tapi a true blogger never privates her blog (ececece true ke)

    gile itu olang

    chika Reply:

    eh mana boleh private. Kita kena lebih giat dan bersepadu menunjukkan apa yang patut. Biar sampai dia muntah darah. haha

  9. oshinz Says:

    chika.. garang nampak?!
    selamat menjahit okeh..

    chika Reply:

    Dengan MUTANT-MUTANT kita kena garang. Dengan manusia sejati dan bertamadun saja kita akan bertatasusila.

  10. cik muda sara Says:

    selamat menjahit…hehehe

    chika Reply:

    ye semoga selamat menghasilkan sesuatu yang belum ketahuan lagik. hehe

  11. Masy Says:

    kakak chika, bolehkah kakak chika menjahitkan sehelai baju sejuk dgn mesin jahit itu utk baby? kakak chika nmpk canteklah ;) heheh

    chika Reply:

    Baiklah adik Masy. Nanti kakak chika buatkan. Resitnya nanti kakak poskan melalui pos udara.

  12. zyedz Says:

    Nurul,

    1. dari belom kawen sampai dah kawen..
    kamu suka buat benda-benda comel.
    saya baca entry ini dengan mode “MasyaAllah, comelnya”.
    (comel giler kain cotton + miniature2 tu)
    :)

    2. biarkan je manusia-manusia pendengki tu, hasad dengki ni memang takkan mati. biarkan je. haha.

    ————–
    Okay. Komen selesai.

    chika Reply:

    Terima kasih. Benda comel ni buat kita rasa geram dan kadang2 sedikit tertekan. Sebab geram sangat. HAHA

    Harap mereka ini pandai menikmati hidup sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

    Balasan selesai :P

  13. sapphire Says:

    wah
    sgt jeles
    saya teringin sgt nk beli mesin jahit
    nk guna yg mummy punya takut rosak huhu :)

    nnt klu da siap sepasang baju wajib update k :)

    chika Reply:

    ha ah la kan. Mesin jahit ni kena sendiri punya. kalau tak mmg gayat je nak sentuh. HAHA ni sendiri punya pon cam takut-takut gak nak sentuh. Sebab belum biasa lagi. Terkial-kial. Tapi nanti dah terror, saya tukar blog ni jadi galeri baju okek :P berangan lagi.

    sapphire Reply:

    hehe mula mula mmg ar gayat sket
    nnt lama2 ok la tu
    silap silap ada link baru nurulismbutik.com laklps nih.. :)

    selamat menjahit :)

    chika Reply:

    wa bukak butik jahit sendiri? Setinggi-tinggi kinabalu, tinggi lagi angan-angan tersebut :p

  14. otak ketat Says:

    haha. comel je hobi baru kau. btw, aku neh kazen imah. taw blog kau drpd dia ah. try bukak, try baca, try faham, try suka, dan try follow. haha. bukan. follow bkn try. follow sbb mmg suka. kisah hidup kau sgt memberangsangkan aku. hehe :p

    chika Reply:

    Oooo cousin Imah Momo eh. Hehe. Terima kasih sebab follow secara sukarela :)

    otak ketat Reply:

    aah. imah momo. hehe. mana ada sukarela. imah letak pisau kt leher suh follow blog neh. haha. oke tipu je. happy twenty ten! :)

  15. haslina Says:

    wahhhhhhh seronoknyer ada mesin jahit sendiri…..apa lagi dik..semua da ada tu…gunakan lah…

    selalunyer org arkitek ni berseni gitu…

    chika Reply:

    Harap-harapnya cukup bersenila nak menjahit. Minat memang ada. Tapi tak tau la kebolehan tu banyak mana. haha

  16. . ieqa . Says:

    kak chika,
    bolayan je orang camtue. huu
    busy body je. haha

    chika Reply:

    Dah bolayan. Dia emosi pulak bila komen dia kena reject. HAHA

  17. Noi Says:

    pedulikan lah ‘pembenci chika tapi penuh rasa cinta yang selalu bertenggek jugak walaupun meluat’. orang2 macam tu suka sakitkan hati orang je.

    Waaaaaa wood miniature tu cantik!
    Patut lah lama tak update blog ek.. main pasang2 rupanya.. :P

    Enjoy life to the fullest. Happy New Year, chika :)

    chika Reply:

    I tengah busy membina furniture dan bangunan ni. HAHA

    Happy new year!

  18. roskarmila Says:

    nanti tolong jahitkan baju yee..bestnya ..dah ada mesin jahit…

    chika Reply:

    Baju apa? Apron boleh la. HAHA :P

  19. anasfadilah Says:

    blog kamu hak kamu,sukati kamulah nak tulis ape

    mesin jahit kamu sama macam akak punya

    selama menjahit

    p/s::suka baca penaipan kamu di blog,terus terang dan sangat jujur whatthefun <–akak curi pakai ayat kamu ni,sgt chomel :)

    chika Reply:

    Kakak pon pakai Brother eh? Seb baik la dia punya manual tu very helpful. Senang nak faham. Complete takde missing part pon. Kalau tak, memang tersedu-sedula saya nak setup benang dia. HAHA.

    Thanks very much :)

  20. ciketon fazya Says:

    rasanya pengomen tak membina cemburukan kisah manis kamu…:)
    sabar and keep on writing (menjahit, pasang puzzle)…^_^

    chika Reply:

    Menjahit lagi bagus. Tengok benang tengok kain lagi bagus kot dari tengok MUTANT-MUTANT ni. haha

  21. @LiYaNNuaR Says:

    mesin jahit adalah sgt comel… agak2 bila bole akak anto kain… jahitkan kurung moden, bole?? hehehe… sabar Chika… org keji mmg camtu… hidup perlu diteruskan… ye dak?? salam tahun baru!!

    chika Reply:

    Happy new year!

    Akak belilah kain dari sekarang. Dalam hujung tahun depan dah boleh kot upah jahit kat saya. HAHAHA

  22. n2n Says:

    cute nyeeeeeeee katil2 sume2 mende alah tuu..smlm mimpi dpt barbie house fink colour pas2 dlm mimpi tu teringat umah HK kak chika kt entri ni http://nurulism.com/2009/11/24/pink-funhouse :))) HAHAHAHA mmg fun

  23. nihas Says:

    salam…
    hello sis…
    baru balik bercuti sambil bekerja juga….
    hebat… sekarang trademark HEBAT je…. hihihi… nice EIFEL TOWER… wish to go there one day…
    take care ya…. orang2 rubbish tu abaikan sahaja…
    “our time is limited, so don’t waste it living someone else’s life.”
    chika, jom layan citer boys over flowers plak….

  24. finas Says:

    kak nurul.
    gila comel miniature tu…T_T
    gigih nya buat sampai tension2..tp kepuasan nya..wauuu!!!

    nk jadi model maker.hehe.

    bialah mutant2 tu kak,menjahit lagi best..tension2 pun, puas hati.hehe

  25. atom Says:

    alamak haritu baru jer tukar2 setem dengan zaid, san sit & abg padel. habis kantoi da besar2 ni masih kumpul setem. *nyorok dalam selimut*

    selamat tahun baru akak!semoga sentiasa sihat dgn azam baru. :)

  26. pembaca senyap no.55 Says:

    salam chika,

    dah lama tak mentinggalkan jejak di sini (almaklumlah, pembaca senyap :p)

    entry kali ni buat saya bersemangat waja nak mentinggalkan komen sebab saya nak wish chika welcome to the club!! club menjahit…

    (awal-awal chika kahwin dulu pernah jugak saya nak suggestkan chika menjahit tapi tak terluah. sebab saya ni suka baca je, segan nak tinggal komen)

    seronok menjahit. tambah-tambah lagi dkt sana senang nak dapat kain-kain yang comel. dekat malaysia ni susah nak cari kain yang comel2. kadang terpaksa belanja lebih sikit beli dr luar negara. designer’s fabric dia sangat cantik.

    panjang pulak. excited bab-bab menjahit ni…

    selamat menjahit chika. :)

  27. inah Says:

    happy new year chika!! hope 2010 will bring joy to ur life and hubby ;)

  28. adlin Says:

    salam chika….

    first time dropping by sebab baru ter’hop’ on your blog. dulu macam pernah singgah. masa tu my impression just,”hmm,apela yang dia ni tulis,aku tak paham…”haha…langsung tak pernah singgah dah lepas tu…

    sampai baru ni my sis tanya pernah tak baca nurulism.com. i cakap tak pernah. then my sis suruh baca your love story=)…baru i realize i pernah singgah sini.after that terus i selalu hopping-jumping kat sini…=p

    nice blog chika!!

    * i follow yours ok?

  29. melacolea Says:

    chika….dr kecik i xde hobi tetp…tp masih ingt, my mum bz kije..waktu cuti skolah yg pnjg..mak belikan 5000 jigsaw puzzle…coz x sempt bwk i & adik2 berjln..nk buat x nak muntah pulk kn…hahaha..tp i cepat bosan..last2 ayah yg buat…tp now dh kt Univ pown cuti sem mak belikn puzzle…urgh…

  30. Ibu Iman Says:

    salam mem chika,

    hehehe.. lama dh x meninggalkn jejak kt sini.. sy seronok bc entri chika.. ini sirius.. hehe.. sy dh follow blog ni (walaupun on & off) sejak zaman chika kt ukm lg so dh phm chika cmne.. kalo blog org laen maybe sy kutuk kot.. hahaha..

    anyway, slmt menjahit & hepi new year 2010 :)

  31. saya Says:

    Salam akak chika..

    rindu nk baca entry akak..Wow..skrg da ada mesin jahit..best2..nmpk cute bila ada mesin jahit..hehehe

    slmt tahun baru.. semoga tahun baru ni memberi seribu erti dan berjuta222 kebahagiaan buat akak n suami..

  32. dashazian Says:

    hi, dah lama jadi silent reader. love your entries. just keep it the way it is. blog-haters is everywhere. they claimed this-and-that, comment bladibladiful things, in the end, blog ini juga jadi pujaan mereka. long live chika’s blog :)

  33. dari Stockholm Darul Beku Says:

    Selamat menjahit. Akak nak tempah handbag organizer & langsir :)

  34. iesha Says:

    comellah kain2 cotton yg kat bhgn bwh tu. pos ke sini blh? hehe.

    kak chika jahit baju utk diri sndrilah. bila dah mahir ti, blh bukak butik. :D

  35. EchA Says:

    its hard to pleased everyone. abaikan je mereka tu. dorg xde ape yg chika ade dats y la ati penoh hasad dengki. anyway i’m ur new follower ;)

  36. cikepal Says:

    sabar aje la…orang dengki la tu kot…chill :)

  37. akak Says:

    bestnyer ada mesin jahit.. saya sentiasa excited terlebih bila tgk mesin jahit, tapi xpandai jahit pun.:D

  38. rizzar Says:

    mcm seronok je tgk hobi tuu…. :p

  39. syika Says:

    salam, akak chika..
    firstly, kite nk puji hobby akak yg buat miniature tu..nmpk menarik n best..nk join??..hehe..yg menjahit tu pon not bad..ni yg rase nk blaja menjahit jugak ni..huhu..
    akak jgn mara2 k..rilek2 sudaa..takot saye akak mara2..biaq pi la apa depa nk cakap..yg baek diterime, yg x baek ditolak ke tepi..
    smile always..

  40. leen Says:

    salam kakak chika.
    kakak chika (mahupun entry² kakak chika) sgt comel.
    sy suke blog kakak chika.
    suke sgt! betulll..
    lantakla yg tak suke tu..
    dier tak suke kakak chika, tp sume yg suke kakak chika tak suke dier.
    (hahah)
    semoga kakak chika akn terus bahagia di samping suami (yg telah dinikahi) tersayang.
    suke tgk kakak chika posing² maut dgn si suami. (wallaa!) ;p

    kakak chika.
    mahu bertanya satu soalan buley tak?
    bile kakak chika akn ber’baby’?
    nanti dier mesti secumel kakak chika.
    :))
    senyum selalu.
    salam.

  41. wayer Says:

    sonok gile dapat tembak orang macam tu!
    haha
    giler power ah ayat chika!
    keep it up lah,
    tak yah takot nan manusia puaka itu sume kehh ;p

Leave a Reply