Cuaca Buatku Mendung
Sebenarnya aku macam tak ada mood sangat. Aku berasa mendung. Dan sekarang aku macam nak salahkan cuaca. Memang demikian juga halnya. Hujan turun ikut suka hati hujan. Dan panas terik selang-seli dengan hujan ikut suka hati matahari. Jadi aku pon berhak mendung ikut suka hati aku. Ya ya. Macam itulah. Dan lagi, sudah terlalu lama aku tak dapat melakukan kerja dobi. Sebab kedai dobi terdekat tak jumpa. HAHA macam kelakar. Padahal memang betul. Aku tak dapat buat laundry sebab asyik hujan saja ikut suka hati hujan. Dan suami cadangkan, hantar dobi. Cari kedai dobi. Tak jumpa. Aku tak sangka pula aku menetap di sebuah bandar sebegini rupa ; Tiada laundry service. Like blergh.

Tapi bandar ini menjadi sebahagian dari kehidupan aku. Dan suami. Aku tak tahu apa yang istimewanya bandar ini. Mungkin sebab aku tak jumpa banyak foreigner di kawasan kejiranan jadi aku berasa tenteram. Syukur saja aku tidak menetap di Sunnybank (kalaulah engkau tahu apa maksudku) Mungkin juga aku sukakan kawasan ini sebab selamat dan kelihatan bertamadun. Tak banyak penduduk aneh dengan taraf kehidupan aneh yang kerja dia mengancam keselamatan orang lain. Aku tak tahu sangat kenapa aku suka kawasan ini. Tapi yang pasti, di Erindale (nama kompleks kami) ini lah, aku dan suami menikmati kehidupan kami bersama. Di sebuah townhouse bernombor 007 ok aku tipu saja macam tak ada kerja lain. Di sebuah townhouse bernombor 42. Dan aku pasti tak akan lupakan tempat ini sampaiku menutup mata (harap jangan menyanyikan lirik ini. Aku tahu ini lagu. Aku tahu)
Mendung.
Disebabkan mendung, aku rasa macam mengandung. Blerghpftrght. Get out Chika, sebelum kena tampar. HAHA aku ingatkan mood aku buruk sangat sampai tak boleh buat lawak dah. Tapi aku dapat merasakan, entry ini tidaklah seburuk mana. Macam kelakar jugak walaupon macam mintak penampar.
Datang lagi lain kali.




December 29th, 2009 at 3:34 pm
HAHAHHA. i tau u bahagia. selamat menjalani kehidupan yg menggembirakan utk hari2 yg seterusnya :)
chika Reply:
December 31st, 2009 at 12:19 pm
I bahagia saja. Sebab I tak mendengki kat orang lain. Orang yang suka mendengki, tengokla cara hidup dia macam mana. Asyik runsing kepala otak nak menjatuhkan orang lain.
December 29th, 2009 at 3:38 pm
hehehe..i hanye mampu tersenyum sbb akhirnya u update..i pon tgh mendung ni..
December 29th, 2009 at 3:52 pm
verse terakhir sebelum Blerghpftrght tu betulkah?
December 29th, 2009 at 3:59 pm
lawa la umah chika
December 29th, 2009 at 4:15 pm
hahahah..even this kind of entry pun i still bley gelak okay Chika..
December 29th, 2009 at 4:36 pm
view townhouse chia ker?
cantik la.
December 29th, 2009 at 5:01 pm
betul ke tu kakak chika betul ke tu? ehem ;p
December 29th, 2009 at 6:04 pm
mendung tidak pernah bererti hujan…kan..
akak pun rasa mendungggggg je skrg nie..tgh tunggu nak due…
December 29th, 2009 at 6:07 pm
Salam… (=^.^=)v i’m waiting to hear a good news from u. luv ur blog so much… it’s so COOL!!!
December 29th, 2009 at 8:10 pm
kak chika nak bagi hint kat kami eh?? :P:P glad that u’ve finally updated ur blog.lama tungguu
December 30th, 2009 at 1:55 pm
salam…pn.chika jgn salah cuaca tau..panaskan anugerah hujan pun anugerah..mesti ade hikmah disebalik cuaca yang begitu…mane tau keadaan cuaca yg wat u bermendung mengundang berita baik utk semua…hehe…stay cool…
chika Reply:
December 31st, 2009 at 1:57 pm
amboiiiii ayat dia berkias-kias. HAHA :P
December 30th, 2009 at 4:11 pm
Pregnant…. Kalo btol apa slhnya…
Lps nie cter Chika, Husband and Baby..
chika Reply:
December 30th, 2009 at 4:25 pm
Amboi… korang ni suka tauuuuu
:P
December 30th, 2009 at 4:53 pm
pelik bila baca entry chika bahasakan diri sbg ‘aku’. mcm aneh. tp still comel mcm biasal. ;)
chika Reply:
December 30th, 2009 at 5:46 pm
sajala. sesekali nak buat-buat macam ‘handsome’ kenalah cakap ‘aku’.
HAHAHAHA
December 30th, 2009 at 5:25 pm
pregnancy is consider a good a news, that’s why all your readers really waiting for that hehe, kalau betul pregnant congratulations from me and take care, err kalau tak pregnant takpe cuba lagi dilain masa :D
December 30th, 2009 at 7:05 pm
Chika Darling,
I pon mendung dan hujan ribut petir dalam hati everyday kat sini. T___T Lamanya tak dak membaca blog you. Macam satu benda aneh dalam hidup.
You take care ye my dear..!
chika Reply:
December 30th, 2009 at 7:18 pm
Lyana, we miss you.
Tapi tak apa. Study leklok okek :)
December 30th, 2009 at 7:53 pm
confused about mendung dan mengandung? (sory otak beku, jadi tidk bule berfikir dgn baik)
dang!
h_h
December 31st, 2009 at 4:26 am
huhu…dorg sume ade mesin basuh tu sbb xde dobi kot
cpt update kakak syg
December 31st, 2009 at 10:58 am
adakah itu gambar umah chika…? waaa cantiknye…
dira pun mendung jugak la chika…uwweekkk
December 31st, 2009 at 1:54 pm
Assalamualaikum…
sayang cik kubur lain2,
nak membantu org mengingati akhirat ada carenyer…mesti guna cara yg berhemah…klu rase xmampu cukup la sekadar berdoa pada Allah…itu kan lebih baik..xperlu la nak marah bila org xterima cara kite tu…cara marah2 mcm tu sebenarnyer membuatkan org lagi jauh dr Allah…so betulkan niat..wallahualam…
chika Reply:
January 2nd, 2010 at 7:27 am
Kalau niat dia betul, dia tak perlu menyorokkan identiti. As simple as that.
December 31st, 2009 at 4:37 pm
Apa salahnya kalau blog chika membuatkan pembaca rasa hidup di dunia ini terasa indah sahaja… Bukankah itu lebih baik daripada berduka nestapa…? aish x faham betol dengan corak pemikiran si ‘kubur sendiri2 tapi takkan saling mengingati pun tak boleh.’
Tapi its ok chika, chika kan dah biasa hadapi situasi mcm ni and saya paling suka dengan counter attack (betol ke perkataan nih huhu) dari chika. memang best!
chika Reply:
December 31st, 2009 at 4:40 pm
Ada orang dia tak tahu menikmati hidup. Macam itulah jadinya. Counter attack itu harus selalu! HAHA
December 31st, 2009 at 6:09 pm
kesian nye nurulism.com nie kene amukan org….syuhh….!!jauh jauh…
chika Reply:
January 2nd, 2010 at 7:26 am
Konon nak ajak orang buat baik. Tapi anonymous pulak. Siap dengan email palsu. Nampak sangat niat pon palsu. So I tak approve manusia pelik macam tu. Lagipon I tak membenarkan orang lelong website dekat blog I.
January 4th, 2010 at 9:30 pm
salam kak chika..
xpe la kak chika ape org nk ckp..yg penting kite tau niat kite yg sbenanyer..saye pon tgh mendong nih..tp pas bce blog akak jd epy..hehe..saye mengucapkan terime kaseh yg teramat diatas post2 yg menarik..teroskan usehe..peace!
May 20th, 2010 at 9:50 am
chika bley tak delete comment kat atas tu? my comments of course. thanks a bunch ;)