Selamat Ultah, daddy!
Hai. Bersuara lagi. Eh bukan. Bersua lagi.
Hari ini 25 haribulan dua belas 2009.
SELAMAT HARI LAHIR ABAH YANG KE-49.
Adek-beradek semua dah beli presents untuk bapa kami. Saya sahaja yang mengambil bahagian dari jauh. Baru sahaja menghubungi bapa mengucapkan selamah ultah. Cececeh Ulang Tahun maksud saya. Bapa kedengaran gembira sekali. Malah lebih gembira setiap kali saya hubunginya. I love Abah.
49 tahun usia Abah. Bapa masih segak dan handsome no wonder dulu cikgu sekolah tadika saya selalu gedik setiap kali awal bulan sebab tak sabar tunggu bapa saya datang bayar yuran sekolah. HAHA saya masih ingat. Comel bukan?
Anakanda mendoakan abahanda sentiasa dalam keimanan hingga ke akhir usia. Kesihatan, kegembiraan, keberkatan dan rezeki yang baik. Insyaallah. Kalau abah baca ini, please cakap ; Alhamdulillah. Anak perempuan ini sungguh sweet. HAHA.
Emak pon comel juga sebab semalam pergi shopping senyap-senyap dengan Ijat. Nak surprise Abah. Lepastu pergi touching dekat shopping mall. Emak cakap, masuk shopping mall asyik terkenang kenangan lalu bersama saya. Dulu kalau keluar mesti dengan saya. Mengorak langkah satu kedai ke satu kedai. Sambil berborak yang bukan-bukan seperti ; Kenapa Haikal suka berlagak dewasa padahal belum cukup umur ataupon kenapa Adek Del cakap usia dia 18 tahun dekat Myspace padahal dia baru 14 tahun masa itu. HAHA rindu emak. Emak cakap lagi, sempat bersedihan bila lalu depan kedai kasut ke apa. Teringat dulu asyik kena paw saja dengan anak perempuan. Sekarang tak ada dah. Benarkah? Tak apa emak. Nanti tahun hadapan kita berjumpa lagi, belanja anak macam selalu okek. Itukan satu tradisi. HAHA. Rindu emak T___T
Harap keluarga di tanah air semua jangan bersusah hati tentang saya (Eceh, padahal semua orang bahagia saja aku je yang touching lebih barangkali :P) Saya di sini juga sangat bahagia. Walaupon macam meleleh saja air liur ini terkenang asam pedas homemade. Tapi tak apalah. Hidup ini bukan untuk makan semata-mata. Tanpa menikmati masakan enak juga kita boleh menikmati kegembiraan dengan cara lain. Seperti ; menanti hari esok. Boxing Day di mana kami suami isteri akan keluar pagi balik petang untuk menikmati jualan murah. Murah sahaja. Jualan tak murah kita buat dek saja.
Baiklah. Suami saya sudah pulang dari solat Jumaat.
“Assalamualaikum!,” lelaki kesayangan teriak dari garage.
“Waalaikumussalam!” perempuan kesayangan menjawap dari dalam kamar ini.
“Ada orang tak?,” lelaki tersebut bertanya comel.
“Tak ada,” I pon jawap macam nak comel juga.
“Tipu,” Dia cuba buat lagi comel.
“Tak tipu,”
“You buat apa?,”
“Update blog kejap,”
“Ok,” dengar saja update blog, terus diam. Suka sangat bila isteri update blog T___T
Ok fine. Macam tak ada kerja. Asyik buat dialog saja dalam rumah ini.
Sebelum saya mengakhiri rancangan ULTAH ini, nak cakap lagi sikit. Jangan ucap selamat hari natal kepada saya sebab saya tak celebrate. Jadi saya tidak memerlukan ucapan tersebut :)
Sejak bila tah aku panggil bapaku Daddy. KAH KAH KAH. Mintak diri dulu.
December 25th, 2009 at 1:19 pm
haha rasa comel baca
dialog kamu berdua.
hari2 dilalui dengan
kegembiraan, kan?
semoga BAHAGIA selalu
menjadi milik kamu, dan
semua!
December 25th, 2009 at 1:50 pm
selamat ulang tahun bapa chika ;)
December 25th, 2009 at 2:26 pm
selamat ulang tahun deddi chika…
semoga pnjng umur murah rezeki dan sihat2 selalu..
selamat jugak utk pn.chika…
December 25th, 2009 at 2:36 pm
hehehehe… kakju baru bangun tidur.
baca part last sekali, terus buat kakju tersenyum.
syabas, chika sentiasa comel. =)
December 25th, 2009 at 2:43 pm
muda lagi abah chika…tahun depan boleh timang cucu kot.hehehehe
December 25th, 2009 at 7:31 pm
slmt2~ ;)
December 25th, 2009 at 9:10 pm
happy birthday to your dad..may Allah bless him..
December 26th, 2009 at 4:51 am
selamat ulang tahun kelahiran uncle!! abah u baca tak blog u chika?
December 26th, 2009 at 11:27 am
assalammualaikum.
salam perkenalan. Akak baru je nak kenal-kenal ngan blog awak ini..em.. nice blog.
Ada 1 soalan ni nak tanya,
kampung kat Johor kat ne?
Kat Mawai ke?
Just tanya coz hometown akak kat kota tinggi.
December 26th, 2009 at 5:03 pm
selamat ‘berboxing’ heheheh
December 26th, 2009 at 11:34 pm
haha..lame x update blog, skali kuar, ayat sweet ok..hehe…best….terubat rindu ahh….
December 27th, 2009 at 9:02 pm
Selamat hari lahir buat abah. Semoga panjang umur, murah rezeki dan kesihatan yang baik sepanjang hayat.
December 28th, 2009 at 4:20 pm
Aduyai…rasa nak kahwin jgak la… ;p
December 28th, 2009 at 6:27 pm
selamat ultah (cam unta plakss) pada abahnye Chika. utk makcik, jgn dilupa belikan kasut utk anakanda yg jauh di shah alam ni ye.. saiz 5 ye mak *sambil bongkok badan tumpang lalu dengan sopan*
December 31st, 2009 at 10:56 am
dira pun suke dialog chika and hubby..chomel sgt perangai korang berdua neh tau!
hubby dira klu tau dira tgh update blog, die pun tammo ganggu! hehe..
oooh ayah chika muda lagi..slmt ulangtahun daddy kpd chika!