Kuliyyah Ilmu Musim Panas

Aktiviti musim panas kami :

  1. Bentang mattress dekat hall (depan TV)
  2. Switch on the TV.
  3. Swith on the air-conditioner.
  4. Baring.
  5. Tidur.

Queensland Government telah menegaskan (tu diaaaaa) supaya tidak melakukan aktiviti outdoor yang terlalu banyak pada waktu matahari melimpah-ruah. And there’s nothing good about tanning (tetiba) Namun itulah hakikat dia. Tak ada baiknya tanning. Lebih baik duduk dalam rumah, kunci pintu, tidur (walaupon ini pon tak cukup healthy tapi lagi baik dari tanning). Kulit pon sehat. Menurut cakap sumber, kadar skin cancer di Australia adalah antara yang tertinggi di dunia. Menurut suami. Eh, sumber.

Dua hari berturut-turut, saya dengan husband kena keluar pagi (around 9 am) untuk urusan-urusan. Urusan apa dia? Tengok tu, suka nak tahu lah bukan? Disebabkan banyak sangat yang hendak tahu, jadi kita takyah bagitahu. HAHA. Tak tak gurau saja. JHGFDSAZXCVBNM.

D’uh. Hebat sangat sinaran UV sampai saya tak boleh tahan. Kepala berpinar-pinar. Badan lembek. Terus rasa nausea dan mata berasa lain macam. Takutnya nak keluar rumah. Musim panas macam ini, boleh terkena HEAT STROKE.

Queensland Government menasihatkan supaya ;

  1. Minum banyak air mutlak HARHAR. Jangan minum arak, arak itu syaitan yang punya. Masalah saya, tak ada kaitan dengan syaitan. Tapi masalah saya, saya cukuplah pemalas minum air kebelakangan ini. Sebab saya geli. Err? Apakah ni? Macam mutant saja perangai aneh.
    .
  2. Tadi dah cakap dah, alchohol itu jangan diminum kerna ia syaitan yang punya. Tapi itu sudut aqidah. Dari sudut biology, ia menyebabkan anda dehydrated. Yang ini tak apalah. Kita semua mana mengambil alchohol-lah bukan? Kecuali akibat semburan Gucci Envy Me ke apa.
    .
  3. Duduk dalam rumah diam-diam. Bukan macam diam-diam atas sofa kaku saja umpama tugu peringatan negara. Tapi duduk saja dalam rumah takyah pergi Surfers Paradise nak tanning ke apa. Takyah nanti skin cancer. Dermatologist mahal.
    .
  4. Pasang pendingin hawa di dalam rumah (kalau ada) Kalau tak ada, hentak kaki suruh suami, bapa, bapa saudara atau siapa-siapa yang pangkat paling besar dalam rumah untuk beli satu. Satu saja takyah borong semua.
    .
  5. Kalau dah hentak kaki pon tak ada siapa layan, stay in shade. Maksud dia, rujuk balik point nombor 3.
    .
  6. Mandi dengan cool water (Bukan Cool Water perfume Davidoff tu T_____T). Lagi cool kalau boleh run bubble bath ke apa. HAHA okay takyah over. Yang penting, mandi dan segar.
    .
  7. Kalau keluar dari kediaman, pakailah topi, sunscreen, dan sunshade. Pasti bergaya phewwit.
    .
  8. Pakai pakaian yang longgar dan kurang. Err? (Di dalam rumah maksud saya. Jangan ambik peluang ini untuk bukak aurat di Mall nanti terus dapat Neraka Stroke instead of Heat Stroke)
    .
  9. Kurangkan aktiviti fizikal. Contoh : Memasak dan bercucuk tanam. Bermain dengan kucing pon, kurangkan. HAHATAKMASUKAKAL.
    .
  10. Beri perhatian kepada insan kesayangan anda sama ada mereka mempunyai masalah kesihatan pada musim panas ini atau tidak.
    .
  11. Jangan tinggalkan siapa-siapa dalam parking area tertutup. Dan jangan meninggalkan diri sendiri juga dalam kawasan tersebut (tak tahulah. Ini yang kerajaan cakap)
    .
  12. Kena tahu fakta tentang HEAT STROKE ini dan bagaimana untuk respon. Maksud dia, wajib baca entry ini.

Semua di atas adalah menurut nasihat Kerajaan Queensland. Apa pula nasihat Kerajaan Malaysia? Bukankah di Malayisia musim banjir dan musim hujan kebelakangan ini? Menteri anda nasihatkan apa? HAHA tak kelakar langsung. Walaupon senarai yang tersebutkan di atas berciri tokok tambah, tapi sebenarnya ia ada sedikit manfaat kalau dibaca dengan mata hati. (Atau apa-apalah)

Sumpah panas sangat suhu di tempat ini. Saya tak tahu bagaimanakah perasaan orang lain menghadapi summer. Tapi saya sangat concern. Saya macam dah nak tumpas dah. Tapi tak apa. Amalkan saja 5 perbuatan yang disebutkan pada awal discussion kita ini (oh, ini discussion rupanya)

Atas nama summer inilah, saya jadi malas mentulis blog. Sebab mentulis blog tiada dalam saranan Queensland Government. Hoooooray!

Recent Entries

15 Responses to “Kuliyyah Ilmu Musim Panas”

  1. liz si beruang kutub Says:

    hahahah..takleh blah.mane bleh malas2.tulis jugak….

  2. lizi Says:

    neraka stroke?hehe~ ;p

  3. aini noraini Says:

    chika…kat KL sgt panas jugak…macam terbakar pon ada…musim hujan kt pantai timur da reda kot…my parents cakap da jarang hujan…

  4. cik muda sara Says:

    owh, susah gak summer kalau tak biasa, so ikutilah saranan kerajaan sana muga chika n hubby akan sihat sejahtera..

    I BACA DGN MATA HATI NI..HEE

  5. n2n Says:

    kak chika da lm x ltk pic comel
    windu laa :p

    Yonnaism Reply:

    Kah kah kah.ok.i nk gelak kt komen ni ja. Cpt ltak gmbr.smua dh byk rindu.hehe

  6. kami Says:

    addicted btul bca blog ne tatau saipa…isk2…haahahaha
    syabas2…

  7. finie Says:

    chika is so adorable… setiap kali baca entry chika, mesti tersenyum-senyum seorang sebab sangat menghiburkan… (dan bermanfaat juga walaupun di Malaysia skrg musim hujan… T_T)

  8. izzah Says:

    ..hv been ur silent reader..sangat suka dengan u punya cara penulisan…i like no.8…:P..i add ur link tau..

  9. AQEEM Says:

    tidak adil rasanya andainya saya sahaja yang membaca blog anda (cheh… mcmlah ada org pakse)
    kalau ada masa yang berlebihan, sila lah menjengah ke blog saya

  10. joegrimjow Says:

    sini mandi dengan air panas bahaya
    bnyak klorin
    nak xnakkena pakai juga make up badan ni
    erkk
    make ke die panggil

    chika Reply:

    Habis masa winter takkan mandi air sejuk jugak? mak ai, sengsara kalau camtu.
    Mekap badan tu apa? Sunscreen ke apa?

  11. ery Says:

    nerake stroke..haha..terbaeek lah chika (^_^)

  12. sis nur Says:

    salam, point chika no.11 tu macam ade kene mengena dgn kematian sorang baby satu masa dulu, [kat luar malaysia la] x ingt plak katne.. umo 1tahun+ kene plak mummy die yg pelupa, tertinggal anak kat dlm kete. balik2 ke kete balik da tengok anak itam legam.. suffocated la tu campur heat stroke mcm chika cakap kot.. sian..

  13. kdee Says:

    hehe..summer holiday..

Leave a Reply