Adorable, Honey!
I am 18 WEEKS today oh honey!
Hampir 5 bulan saya kendong this little autumn in my womb. Dia berada di mana saya berada, tak pernah tinggal. Adorable, no? Saya mandi pon bawa dia. Saya tidur pon bawa dia (dan dia selalu menggeletek perut saya masa saya nak tidur. Very cheeky) Sampai fikiran saya dah stuck banyak sangat pada si kecik dalam perut ini.
My stomach had started showing. Dan saya proud. Tak pernah tahu, akan bangga bila perut buncit HAHA. Tak tak. Ini kes terkecuali. Saya sedar perut saya mula membesar masa saya 3 months pregnant lagi.
Well.
Below, are the photos of my tummy when the little autumn was around 4 months. Have a look :P

Baby, Mummy suka baju ni. Mummy wanted to buy one. Unfortunately, the dress is not designed for pregnant ladies. But Mummy redha and I told myself ; Tak apalah. See. I looked teruk kalau pakai baju macam ni semasa pregnant. HAHA. Let alone the baju.
Me ; around 4 months of pregnancy.
Pregnancy tidak mudah. Lebih-lebih lagi on the first trimester. Saya mabuk teruk sangat. Tak lalu makan. Jangan kata makan, bau makanan pon dah buat saya rasa teruk. Antara perangai saya semasa mengandung ;
- Saya benci bau nasik.
- Saya tak suka makan ayam. Geli.
- Saya hanya boleh makan fruits and vegies.
- Air masak sangat menggelikan. End up, saya kena minum jus every morning.
- Saya jadi pemalas.
- Saya tak suka bergaya. Saya rasa ‘cemuh’.
- Bau perfume adalah sangat menyampahkan.
- Saya emo macam Elmo. Patutlah setiap pagi tengok Elmo and Dorothy HAHA. Kuat sensitif dengan suami sendiri. Atau dalam kata lain, gedik berlebihan. Nasib baik suami saya ni romantis dan dilahirkan untuk menangani masalah isteri gedik. KAH KAH KAH.
- Tapi saya cepat bertenang sejak pregnant ini. Sebab hati saya banyak happy. Maka bila terganggu pon, rasa kurang rasa terjejas. (Macam bila diganggu makhluk asing misalnya. Do I look like I care sangat? Flat gila rasa sebab kebahagiaan mengandung ini membuatkan saya rasa gangguan asing macam BOLEH JALAN saja) Tapi jangan suami tersilap gurau. Boleh emotional super. Sekali lagi, nasib baik suami dilahirkan untuk menangani bla bla bla. Fine, we get it.
- Saya kuat tidur. Pantang baring, terus pergi DREAMLAND.
- Hati saya senang sentiasa.
Itu kalau disenaraikan dari segi PERANGAI. Sekarang kita buat senarai kesulitan yang saya hadapi. Yang mungkin menjadikan gadis jomblo dan rakan sebaya yang masih gadis berasa fobia kalau benarlah bagai dikata. HAHA.
- Morning sickness. Ya Allah. Ini masalah supersaiya bagi saya sepanjang pregnancy ini. Morning sickness ini bukan saja membuatkan saya pening kepala mual-mual dan muntah-muntah (macam engkau tengok dalam drama), malah engkau akan tak boleh makan. Perut memang lapar. Tapi tak boleh makan. Pantang makan, muntah. Sampai akhirnya engkau akan jadi malas makan. Akibatnya, tak ada isi dalam perut. Tapi loya-loya tekak akan membuatkan kau berasa WAJIB MUNTAH. Akhirnya engkau akan muntahkan air-air yang bersisa dalam perut. In my case, sampai dah tak ada apa dalam perut ni. Saya muntah kuning sahaja. Pahit nauzubillah. Lagi dahsyat, muntah keluar air liur pon sering terjadi. Punyalah perut dah tak ada isi apa.
- Masa saya pregnant kali pertama dulu, saya mengalami tekanan darah rendah. Sampai saya asyik pitam saja. Kali ni, alhamdulillah. Blood pressure baik saja. Tapi saya mengalami kesusutan berat badan yang mendadak. Sampai saya disarankan berjumpa dietitian (pastu ada orang attack aku dia cakap aku DIET tapi tak mengaku. Tanggunglah manusia atas percakapannya sendiri sedangkan dia tak tahu apa-apa)
- I am trying hard to eat. Even sampai hari ini pon, masih bekerja keras untuk makan. Saya perlu gain berat badan. Last time jumpa obstetrician (about 3 weeks ago), berat saya cuma tinggal 45kg. Oh Tuhanku. Ini sangat membimbangkan. Sampai husband saya stress.
- Obstetrician cakap, semua morning sickness, nausea dan sebagainya ini akan diatasi bila saya masuk ke second trimester. Saya sangat berharap saya menjadi energetic. Malangnya, tidak begitu. Saya masih mengalami nausea yang teruk. Tapi bukan setiap hari. Kadang-kadang saja. Saya harap, ini akan berkurangan terus from time to time. Saya perlu makan. I want to feel energetic. Saya nak buat housework. Saya nak shopping barang baby. Saya nak jadi excited mummy yang mengait pakaian musim sejuk buat bayi sulungnya. Okay yang ini macam gebang lebih. HAHAHAHA.
- Susah tidur. Makin besar perut, makin tak tahu nak letak dekat mana. Tidur telentang pastilah bukan posisi yang menyenangkan. Saya kena mengiring sepanjang malam. Phew. Bangun pagi, sakit semua anggota.
- Backpain. Sumpah dahsyat. Sometimes I nangis.
- Dah mula geli nak gosok gigi pagi-pagi. Dulu saya ada dengar emak cakap pasal ini. Tapi saya tak mengalaminya. Beberapa hari kebelakangan ni, saya dah mula rasa dah. Phew. Setiap pagi bila mandi, mesti muntah sikit-sikit. Maybe saya better guna balik maternity toothpaste. Dulu awal pregnancy saya gunakan maternity toothpaste. Tapi bila dah masuk second trimester ni, saya belasah Colgate. Sebab saya suka rasa mint. But no no no. Maternity toothpaste lebih light. Walaupon husband saya cakap, it is not REALLY recommended pon. Just that, dia mempunyai lebih calsium. Dan tanpa fluoride yang boleh pass through the placenta.
All these help me a lot.

Blackmores Pregnancy and Megafol Folic Acid.
Saya telan folic acid sejak seminggu selepas kahwin. Wah begitu awal! HAHA. Suami suruh. Sebab folic acid harus diambil sebelum conceive dan sesudahnya juga. Wajib diambil oleh semua wanita hamil. Baiklah semua orang tahu. Very basic. Sebelum conceive, saya ambil yang Megafol tu. And then bila dah masuk second trimester ni, husband saya tukarkan dengan Blackmores for Pregnancy and Breast-Feeding. GOLD. Sebabnya saya kan tak lalu makan dan lost weight dahsyat gila. So I need vitamin yang banyak. This one ha, mengandungi kesemua yang diperlukan oleh wanita mengandung. So I takyah makan macam-macam pil. Tapi kau haruslah tengok saiz pil dia. Ow man, supersize! HAHA.

Susu. Well. Macam typical lah. Bila pregnant minum susu. Tapi ini tidak diamalkan sangat dalam budaya kami. HAHA apa kau cakap ni? Tak tak. maksud saya, saya tidak minum susu secara patuh. Saya minum macam dua hari sekali. Sebab husband saya cakap, I dah ambik enough vitamin dan khasiat yang diperlukan. Susu ni saya minum untuk energy tambahan saja. Lagipon semua ibu mengandung minum susu, I pon nak juga. But the fact is, I hate susu. Nasib baik Ensure ini lazat.
Saya tak minum selalu sebab dia mengandungi Vitamin A. Di mana during pregnancy, tidak boleh mengambil vitamin A berlebihan. Not good for the baby.
Kalau dekat Malaysia, banyak betul product susu for pregnancy. Dekat sini, boleh dikatakan jenuh nak jumpa. Kami cari tak jumpa-jumpa di seluruh farmasi dan supermarket. Husband saya cakap, budaya minum susu kehamilan itu hampir tidak berlaku di sini. Obstetrician pon tidak pernah menyebut tentang minum susu. Yang dia sebut, ambil folic acid, vitamin dan ambillah ginger untuk mengatasi nausea.

I loveeeee ginger!
Biasanya kalau berjalan ke mana-mana, saya mesti bawa crystalize ginger. Sangat berkesan mengatasi nausea. Dan yang ini pulak jenis tablet. Membantu juga mengatasi motion sickness. Rhinocort Aqueous saya ambil sebab dulu selalu susah nak bernafas.
Wait.
Adakah ini blog perubatan? Atau adakah ini blog sakit puan? HAHA. Err. Bila sudah pregnant, kenalah mengambil tahu soal perubatan semacam ini.
Ini semua gambar Baby Autumn semasa beliau berusia 4 bulan lebih.

Saya scan di QEII. Masa tu husband masih bekerja dengan QEII. And they took almost an hour for this session. Lenguh I kena baring, kena pusing, kena terlentang. Sebabnya, the baby buat summersault! HAHA. It is normal for babies buat summersault at this stage. Nanti lama-lama bila dia makin besar, makin kurang space dalam uterus tu, maka tidak dapatlah lagi dia membuat summersault.

Yummy-mommy!
Yummy-tummy!
At 4 months’

Masalah biasa bila pregnant ; STRETCHMARK. Sungguh seram. Sebab for some women kan, dia punya stretch mark tu sangat mendahsyatkan. Saya guna Bio-Oil. Atas supervision husband jugak. See. Semua pon dia pilih, I takda membuat pilihan. HAHA. And the most precious time adalah pada waktu malam sebelum tidur. Bila the husband tolong sapukan oil pada perut saya. I take it as a symbolic of him, touching the baby :)
Dalam banyak-banyak pregnancy kit yang saya ada, pillow ini adalah yang paling precious bagi saya. (for us indeed). Ini sebenarnya sebuah speaker. Ada zip at one side. Boleh masukkan mp3 player ke dalam dia. My husband download the whole Quran. Dan kami pasangkan sepanjang malam. Letak pada my tummy. Kami start lakukan ini sejak the first time kami tahu ada a little caliph in my womb. Even waktu tersebut dia hanyalah sekecil peanut and I used to call it peanut masa itu. HAHA.
Tapi yang membuatkan this pillow speaker menjadi sangat-sangat bermakna, adalah kerana hal lain. Pillow ini kami beli untuk our firstĀ little peanut yang tidak berjaya menyudahkan perjuangannya untuk develop inside me. Saya sempat gunakan sekali saja untuk pergnancy saya yang pertama. Sehari lepas saya beli pillow ni, saya disahkan miscarried. Punyalah sebak. Husband saya terus simpan pillow ni tinggi-tinggi atas wardrobe.
Itu saja untuk kali ini :)




January 28th, 2010 at 8:08 am
Dah baca!huwaaa nampak beby!
January 28th, 2010 at 8:15 am
salam nurul…tahniah akak ucapkan…akak nak tanya klu kat malaysia leh dpt ke pillow yg ada speaker tu…akak nak beli gak for my baby yg ada dlm perut nih…hehehehe…jaga baby sebaik yg mgkn ye…bykkan mkn kurma, dan kekacang ye…
January 28th, 2010 at 8:29 am
;) i sukaaaaa.. i da agak u pregnant hihii. tummy u sangat comellllll bila ada lil autumn kat dalam tu.
January 28th, 2010 at 8:30 am
Allah dah ganti kesedihan tu dgn kegembiraan…insyaAllah perjuangan kali ni akan berjaya :-) take care ye
January 28th, 2010 at 8:40 am
tahniah…baby autumn mst comel lah…. smg baby autumn berjaya dalam perjuangannya…
January 28th, 2010 at 9:02 am
Take care Chika……=)
January 28th, 2010 at 9:35 am
Tahniah Chika and husband….during raya tu pun dah nampak muka letih semacam …I mmg dah agak tu..apapun tahniah dan banyak bersabar..lain org lain gaya pembawakannya..
January 28th, 2010 at 9:40 am
baby comelll…
macam mummy and daddy dia…
semoga baby terus berjuang..sihat dalam womb mummy ye..until baby keluar kelak…
auntie doakan baby…
dear mummy chika..
take care…
January 28th, 2010 at 9:56 am
alamak. yg pillow tuh betul-betul buat tergamam. tataw nk ckp apa. bagusnya chika. semoga bby menjadi seorang ank yg soleh dan beriman sentiasa. amin ;)
January 28th, 2010 at 10:48 am
bio oil to mmg bagus, perut i takde stretch marks pun sungguh ni, hari2 taat dan setia sapu perut heheh
January 28th, 2010 at 12:00 pm
wow..dh baca..harap2 baby chika jadi insan berguna kelak :)
January 28th, 2010 at 12:18 pm
seronok baca tentang pregnancy. congrats chika. :)
January 28th, 2010 at 12:32 pm
Chika, tahniah untuk 2nd pregnancy kamu.
nak tanya ni. chika beli pillow tu kat Aussie ye? agak-agaknya, kat Malaysia ada tak ye? Aisha selalu pasang mp3 kat handphone dan letak speaker kat perut. macam tak elok kan?
kalau Chika ada ternampak kat Malaysia, boleh bagitau tak?
Thanks and congrats again Puan Chika. :)
chika Reply:
January 28th, 2010 at 12:42 pm
Thanks Aishah :)
Ha ah beli kat sini. Tak sure la kat Malaysia ada ke tak. Apakata tengok kat ebay. HAHA tah2 ada ke. Ni pon terjumpa tak sengaja masa jalan2.
Sekarang pon dah rasa rugi tak beli lebih. Sebab manalah tau yg ni kang rosak ke apa, tak tau mana nak carik dah. Sbb mmg bagus la pillow ni. Letak kat perut, lembut je. Siap boleh masukkan dalam baju so taht masa tidur tu terpusing-pusing, taklah pillow ni lari. HAHA
Aishah, letak handphone kat perut mmg tak berapa bagus. Sbb nanti baby kena radiation.
Aishah Rahim Reply:
January 28th, 2010 at 1:06 pm
dah jumpa kat ebay!
http://cgi.ebay.com.my/COMFORTABLE-SPEAKER-MUSIC-PILLOW-FOR-MUSIC-LOVER-MP3-4_W0QQitemZ320479568024QQcmdZViewItemQQptZUK_Computing_DesktopComponents_RL?hash=item4a9e122098
thanks chika!
nadiah Reply:
January 28th, 2010 at 4:59 pm
salam…aisyah…boleh beli ke kat malaysia pillow tu????
iewa Reply:
January 28th, 2010 at 11:15 pm
xsilap akemi uchi pn ade bntal2 cmtu.
pnah kte beli bntal cm ipod gdabak, ade radio dlm tu..
rina Reply:
February 26th, 2012 at 3:20 am
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.331544133526829.96749.100000137342728&type=3
i ada jual rm35 siap pos mcm2 design
January 28th, 2010 at 1:25 pm
tahniah sys :) rase seram pulak pregnant nie :D
January 28th, 2010 at 5:02 pm
eh. knapekah aku baru tau entri ni. ahahahah
p/s: nyesal ah i x beli bantal ni haritu ><
January 28th, 2010 at 5:46 pm
xtau nk ckp ape dah…mmg happy sgt2 tgk ur stomach…even xsempat the baby nk kluar, but ini semua ujian Allah…now, everything just fine..:)
chika Reply:
January 28th, 2010 at 7:43 pm
eh yang dalam gambar ni perut pregnant yang sekarang ni. Tapi tu masa 4 bulan. Gambar masa pregnant dulu takde.
January 29th, 2010 at 12:12 am
chika, i sedih bc pnutup entry u..take good care of urself k..
January 29th, 2010 at 5:31 pm
i pelik kenapa i tak komen kat entry ni dulu sedangkan i baca haha.
“My stomach had started showing. Dan saya proud. Tak pernah tahu, akan bangga bila perut buncit HAHA. Tak tak. Ini kes terkecuali. Saya sedar perut saya mula membesar masa saya 3 months pregnant lagi”
i suka ayat u.i suka sebab u suka perut buncit u berisi. i suka sebab u appreciate perut buncit u.
tp i mcm sangat sedih. bila i pegi blog2 mommy to be ni, semua lah menyumpah seranah bila perut dah nampak besar. baru 4-5 bulan, dah cakap perut mcm belon, kena diet lah mcm ni, bila bergambar nampak perut terjojol lah. ada yang sedaya upaya tangkap gambar kasi perut tak nampak.
i dont know.mungkin i emo terlebih. but, helllo, kau kandung anak kau. anak kau manusia. haruslah membesar. T______________T ape kes nak malu2 tayang gambar perut buncit tu kan? tapi hari2 jaja gambar perut kat blog rasanya. apa cer? hahaha. sekadar berkongsi perasaan i.ceyy,
baby autumn! membesar lagi dlm perut mommy u, aunty (?) tak sbr nak tgk perut mommy makin besar dgn pusat terkeluar ahaha. ur mommy ni lawa tahu? esok baby autumn keluar,jadilah lawa/hensem seperti ur mommy and daddy :)
ok.sedih dah.sedih sebab semua org seronok. sedih terharu sebab u seronok bawak perut buncit comel u hahaa :p
ok dah.biasalah.komen i kan plg terpanjang T__T
saya Reply:
January 29th, 2010 at 7:06 pm
sokong..
xkn malu kot perut buncit..comel pe…mesti bahagia gila…aku ada ank dlm perut..aku ada ank dlm perut..membesar gitu..
semua kwn saya excited lebih bila saya wt announcement kt diorg akak chika pregnant..hahaha..kt library lak tu..diorg pon excited trus terjah blog ni..
February 1st, 2010 at 2:42 pm
ya allah. hepy sgt ble dpt tahu u pgnant.i slalu follow ur blog, penah bermonolog dlm ati, “chika x pgnt lg ke?x de kbr ape2 pun, mgkn blum rejeki diorg lg kot”, wah rpe-rpenye, dh 6 bulan.pandai simpan rahsia…pe2 pun, tahniah both of u.moga ank yg bakal lahir tu nant menjd anak yg soleh & comel mcm mama die.amin.