Belated Birthday is another BB
Welcome, Summer.
Hari yang ketiga (maybe second or fourth I am not sure. Heh) of summer. Cuaca begitu anggun. Tidak sizzling sangat. Dan hujan juga seketika. Macam inilah cuaca idaman ramai. Err. Mungkin idaman saya seorang. And who cares? Yang penting, I can do my laundry. Dan burung nakal boleh terbang langgar kaca window rumah kami. Tak pergi sekolah punya burung. Memang macam itu.
Anyway.
Bila menjelang 26 September yang lalu, kami berada di Ipoh. Sempena pernikahan abang ipar saya. Hari tersebut juga merupakan hari lahir suami saya. Bukan dia dilahirkan pada hari pernikahan tersebut. Tapi hari ulangtahun kelahiran heh takyah explain lah. Baiklah, bosan cakap macam ini.
Hari tersebut saya dalam kondisi kesihatan yang sangat teruk. Sampai tak berupaya nak beli kek tiup lilin ke apa untuk suami. Pastu emak mertua tanya ; Nurul, takde cake untuk Hizwani?
Oh Tuhanku. Terasa macam _____________ (takyah isi slogan)
Nasib baik sempat menyediakan sebuah kad ucapan hari lahir. Tapi nasib taklah baik sangat pada hari tersebut. Kad tertinggal dekat Cheras. Spoiled.
Kalau jadi lelaki, mudah. Heh tetiba saja masuk topik ini. Baiklah memang tak mudah sangat. Sebab kena pergi kerja dan tak ada pilihan. Macam kalau lelaki tak bekerja dikira KEJI tapi kalau perempuan tak kerja dikira TERPUJI. Aik apa dia? Pardon? Tak ada apa-apa. Omong kosong saja.KAH KAH KAH berguraulah.
Well.
Mudah yang saya maksudkan bukan dari sudut kerja atau takyah kerja. Tapi dari segi perancangan hari lahir buat wanita kesayangan. Mudah. Sebab wanita senang sangat nak impress dia. Bagi kek satu potong siap dengan kad ucapan bertulis ; Engkau laksana new moon. Perempuan terharu menangis dah. Nak bagi hadiah lagilah senang. Setiap tahun bagi handbag sebagai hadiah hari lahir pon dia suka. Bagi stilletos setiap kali sambut anniversary pon dia suka. Bagi kereta Mazda RX-8 lagilah dia suka. Bagi apa sahaja pon dia suka asalkan namanya hadiah. Bagi MADU saja dia tak suka. Ewah, nak kena samurai tu dia.
Sungguh mudah bagi lelaki nak fikirkan hadiah untuk wanita.
Namun, ia tidak mudah bagi perempuan untuk memikirkan hadiah buat lelaki.Macam susah gila. (Dan agak membosankan juga nak fikir) Macam kalau nak beli jam tangan misalnya, nanti dia cakap dia dah ada dah. (Padahal kalau perempuan, hari-hari lelaki bagi jam tangan beserta jam dinding pon dia suka) Kalau nak bagi baju, nanti dia cakap, dah cukup baju dah. Nak bagi wallet, dia cakap lelaki tak tukar wallet ikut tema pakaian ke pejabat. Hari-hari pon pakai wallet yang sama sehinggalah 3 tahun akan datang. (Lagi hebat, pakai sampai 30 tahun akan datang sampai dah jadi barang artifak dah wallet dia) Atau dalam kata lain, sehingga wallet pon sudah kelihatan tak macam wallet lagi.
Heh. Tidak mudah bukan bagi wanita?
So. Saya mengambil masa yang lama gila untuk memikirkan hadiah hari lahir buat suami. Sampai akhirnya dah menyerah (menyerah??) dan buat keputusan ; Nak bake sebijik kek buat suami. Homemade cake. Tapi ini bukan sahaja kedengaran kelakar, malah tak lebih dari sekadar angan-angan. Dan saya juga telah bake sebijik kek sebanyak seratus kali di dalam hati. HAHAHAHA.
Sehinggalah akhirnya, saya terfikir untuk menghadiahkannya sebuah Blackberry. Sepenuhnya idea saya okek. Takda dipengaruhi oleh apa-apa. Ia macam sebuah ilham yang tetiba datang like … ting! Pergi beli Blackberry sekarang. Pergi beli sekarang. Beli sekarang. Ha macam itulah. Tapi err… tak aneh pon. Sebab ilham macam ini memang selalu berlaku dalam kepala otak saya. Macam kadang-kadang, tengah minum Milo panas tiba-tiba terfikir nak beli hanger baju yang sweet. Pastu terus pergi beli. Macam itulah lebih kurang. Dan saya namakan ini sebagai ILHAM. (kedengaran sophisticated sekali)

Ilham hadiah ulangtahun kelahiran buat suamiku.
Tak tunggu lama. Setelah mendapat ilham sahaja around satu minggu, terus ajak suami pergi beli. Husband saya pon macam berasa aneh-aneh. Sebab I said ; I want to buy you a Blackberry as your belated birthday present. Jom pergi beli.
Semalam pergi Westfield Garden City. Tak ada stock in store. Mana boleh. I tak nak tunggu. I nak sekarang juga. Ajak husband pergi Westfield Carindale pula. Yahoooooooo. In stock.
Here it is. Hadiah ulangtahun kelahiran pertama yang saya beli untuk suami saya. Phew. Lega. Akhirnya I’ve done with it. Phew phew. Tapi selepas ini, kena dapatkan ilham untuk hadiah ulangtahun perkahwinan yang pertama pula. Naaaaah. Bukan mudah nak fikir bahagian ini. Saya always tak tahu nak hadiahkan apa kepada lelaki. Baju? I bought him tooooooo much baju. Pastu dia asyik claim dia dah ada enough baju. How come there’s people yang boleh claim he had enough baju? I never had enough pon. Okay lupa. Ini isu genital (well ada orang SUCI murni dia rasa lawak ini LUCAH jadi kita tukar kepada ayat lain.Demi menghormati manusia kepala lucah macam sesetengah orang. LOL Mungkin juga ini keterlaluan) Ini isu KEJANTINAAN. (sopan bukan?) Tapi tak apa. Kadang-kala kita menghormati sampah.
Well.
Husband saya enjoyed the Blackberry very much. Semalam dia tidur lambat menggodek his new toy. Tapi saya tidur lagi lambat. Sebab menghabiskan addiction saya terhadap bacaan. Saya obsess betul dengan apa yang saya baca. Like … urm.
I am happy that my husband loved the present so much. Even kami akan enjoy the power of Blackberry during vacation nanti. Boleh buat live update! Okay ini bukan janji. Ini macam ‘kemungkinan’ saja. Anda tahu anda tidak boleh percayakan saya. HAHAHAHA.
Baiklah. Sekarang kami tengah seronok buat shopping list. Yang sangat panjang. Dan saya sangat excited. Jantung saya makin berdebaran. Hidup makin menseronokkan. Setiap hari yang baru menjauhkan saya dengan hari yang silam. Tapi to be positive, ia mendekatkan saya dengan hari yang akan datang. Dan hari-hari yang akan datang ini sentiasa ada SURPRISE dia yang tersendiri. Dan saya mula menganggap, setiap hari adalah unik. Walaupon kamu hanya duduk curling up on sofa watching Elmo and Dorothy setiap pagi dan petang, tapi setiap hari adalah unik. Saya enjoy kehidupan saya to the fullest.
Dan untuk semua ini, wajib diserikan dengan Alhamdulillah.
I feel blessed.
.
.
p/s i love you: Semua orang cakap Blackberry ini suami beli untuk saya. Na’ah. Salah lah. HAHA. This Blackberry is not mine. This is my husband’s Blackberry. I do not have Blackberry. I bought it for my dear husband as a belated birthday present. Whoaaa. Banyaknya huruf B and B these days :P




December 4th, 2009 at 12:14 pm
orang lelaki mmg susah nak dibelikan hadiah..i rase stress kalo besday bf i da dekat.like beli baju mcm too common..and bleh beli dihari bukan besday..nak beli Blackberry, uhuk2..takpela..i takde duit..hahaha
chika Reply:
December 4th, 2009 at 5:17 pm
Barang lelaki tak cukup FANCY la. haha
Lady Qeen Reply:
December 5th, 2009 at 2:09 pm
betuuuuuuul! susah betul fikir hadiah untuk laki. Hari tu buat dia speechless habis dapat bagi surprise makan 5 star hotel setelah i dah idea-less giler nak bagi apa.
Take note next time: Lelaki suka giler gadget. Any gadget. (camera/phone/something related dgn kereta/etc)
chika Reply:
December 5th, 2009 at 7:43 pm
Any gadget tu insyaallah boleh bagi.
KERETA tu… mak aihhhh! HAHAHAHAH.
December 4th, 2009 at 12:18 pm
Salam Chika… i da lame jadi ur silent reader blog!!.. suke~ suke~ ntah nape ari ni terdetik nak comments..mybe sbb attraction Blackberry kot.. (”,)
blog walking…..
chika Reply:
December 4th, 2009 at 5:17 pm
Salam :)
Minat Blackberry eh?
December 4th, 2009 at 12:43 pm
Thanks sayang… I really love the new blackberry. Best Birthday present EVER!!! :) mmmmuuuuaaaahhhhh
chika Reply:
December 4th, 2009 at 5:17 pm
Glad that you love it. And I love you even more :)
December 4th, 2009 at 12:54 pm
ohoooww.
aah laa.
saya pun ingat chika dapat BB dari suami.
rupanya sebaliknya.
bestnyee.
mahu BB jugaaaa!~~
LOL
chika Reply:
December 4th, 2009 at 5:18 pm
This time my turn la pulak bagi present kat dia :)
December 4th, 2009 at 12:55 pm
hehe.. tu la i pun ingat u punye.
chika Reply:
December 4th, 2009 at 5:18 pm
Hehe.
Gimik lebih kan?
:P
December 4th, 2009 at 1:37 pm
salam kak chika..(eceh, padahal tua setahun jew..)..nie entry yg paling suka..sweet sngt~..yup, nikmati hidup kita setiap hari. itu lah makna kebahagian sebenar…biarpun hari tu bnyak semut kat dapur yew…hahahahiiii
chika Reply:
December 4th, 2009 at 5:20 pm
Salam :)
Tu la. Semut semua menyerikan hari :P
December 4th, 2009 at 1:37 pm
haa..best entry nih..terubat rindu nk baca bebelan pnjg camnih..hehe
chika Reply:
December 4th, 2009 at 5:20 pm
HAHA dah lama ke I tak membebel?
Hahaha
December 4th, 2009 at 2:21 pm
la..ingtkn chika nye BB b4 this..pandala chika ni,wt reader tersengeh cm kerang bucuk sbb slh predict..hahaha..sweetnye..nk BB gk?=p
chika Reply:
December 4th, 2009 at 5:21 pm
saja je buat gimmick lebih. Hehe
December 4th, 2009 at 2:22 pm
malaysia brand CSL blueberry pon ada
chika Reply:
December 4th, 2009 at 5:21 pm
erk?
iewa Reply:
December 5th, 2009 at 3:16 pm
y CSL blueberry tu gimik je lebey..
rupe je cm blacberry nokia N70 bape ntah..
tp rpe2nye, fction die, clour screen biase,
cmera y xada, sngaja diadakan..pstu xde sent item!! wahahahah!!
tgokla hrganye poNN..sratus lbey jekKK…
hua3!! mmg x bley blah..tipu je lbey..
iewa Reply:
December 5th, 2009 at 3:18 pm
eh, trslah sket, rupe die mcm blackberry n nokia n71 kowt?? haha
chika Reply:
December 5th, 2009 at 7:44 pm
LOL.
ye ke.
Kelakar pulak I baca komen you ni. Tapi okeyla tu. Blackberry dengan Blueberry seiras saja nama dia. HAHA. Nama Blueberry tu sedap jugak heh.
December 4th, 2009 at 2:40 pm
ok ni 3rd entry byk B dan B..teeettt =p chika mau pegi vacation mana? bestnyaa :) but remember to take good care of the B and B. and of kos, u pon kena take care urself jugak.eh silap, ur drhusband pon bleh jagakan u, b and b and bb and abc…wahaha
ugh mcm sedikit penin nak memahami komen ni. tp chika paham kan :) enjoy ur vacation :D
chika Reply:
December 4th, 2009 at 5:16 pm
Amenda you cakap byk sgt B ni?
I am talking about BLACKBERRY as a BELATED BIRTHDAY and I am currently obsess with BECKY BLOOMWOOD.
But the vacation got no Bs at all.
puanciare Reply:
December 4th, 2009 at 11:34 pm
huhu…sorry
chika Reply:
December 5th, 2009 at 7:44 pm
huahuahuahaua
December 4th, 2009 at 2:42 pm
hahaha, ingatkan chika dapat BB dari husband. aiseh.. suspen btol!
chika Reply:
December 4th, 2009 at 5:22 pm
Tak. This time his turn to be rewarded :D
December 4th, 2009 at 4:08 pm
luckily husband u suka hadiah tu. berbaloi sangat.
chika Reply:
December 4th, 2009 at 5:22 pm
Yes he loved it so much. Asyik menggodek je. Dah penuh dah dengan medical software dia. haha
December 4th, 2009 at 4:44 pm
ure expecting? :)
chika Reply:
December 4th, 2009 at 5:23 pm
huh?
I am EXPECTING the vacation :)
December 4th, 2009 at 4:44 pm
betul2 chika, hadiah laki memang susah sgt nak cari. Ada skali fedap nak beli ape, so pergi beli bantal peluk yg size sederhana kecik tuh, then pergi jahit cross stich nama kitorang buat jadi sarung bntal dia. Ha boleh peluk malam sambil dibuai mimpi..hehehe
chika Reply:
December 4th, 2009 at 5:24 pm
Rajinnya buat cross stitch. I never did cross stitch before. HAHA.
December 4th, 2009 at 5:45 pm
Salam Chika..aaa tgh obses and survey regarding gadjet whether iPhone,HTC or Blackberry is more user friendly and useful….
chika Reply:
December 5th, 2009 at 7:45 pm
Salam.
Hurmm actually I ni tak pandai sangat la pasal gadget ni. Honestly, I bukan peminat gadget. Handphone apatah lagi. HAHA. So I pon tak sure.
Yang I tahu, I enjoy the blackberry :)
December 5th, 2009 at 1:16 am
bile chika nk ade bb lak?? huhu..
chika, kat sane ade tmobile sdekick x?? tlon crikn..
hp cnggih mnggih tuUU..
chika Reply:
December 5th, 2009 at 7:46 pm
I tak update la pasal gadget ni.
Sebab honestly I tak minat gadget.
Kalau tanya mekap ke apa I tau la. HAHAHAH
iewa Reply:
December 5th, 2009 at 7:54 pm
haha!! makeup poNN bole la!!
iewa suke!!
sane mkup mahal x kak chika..??
ape brand y best2??
chika Reply:
December 5th, 2009 at 7:56 pm
Sama je cam kat Malaysia.
Kalau tanya brand, Christian Dior laaaa.
HAHA
December 5th, 2009 at 12:57 pm
nk tanye bleh???u ni keje kew or surirumah sepenuh masa????
chika Reply:
December 5th, 2009 at 7:46 pm
Suri rumah sepenuh masa.
December 5th, 2009 at 4:16 pm
mahal ke BB tu ek..n bile kite subscribe internet, dia charge dalam bil as internet usage ke? or wut? kalau boleh bantu bg penjelasan sket
chika Reply:
December 5th, 2009 at 7:49 pm
I tak sure kat Malaysia camne dia punya plan. Kalau kat sini, 12 years free internet access. Tapi bayar monthly berapa dolar tah. Tapi I rasa plan kat sini dengan Malaysia tak sama.
And as for us, kitorang bolegh guna internet unlimited. Kalau kat rumah pakai home wi-fi. Tapi BB mmg ada internet connection dia sendiri juga. So we get connected all the time
chika Reply:
December 5th, 2009 at 7:49 pm
eh silap.
bukan 12 YEARS.
12MONTHS.
(amboih sampai 12 years pulak dah)
HAHHA
ila nursalida Reply:
December 6th, 2009 at 11:56 am
itulah, tergamam gak 12 tahun..waaa waaa super best. oooo cantu ek. ok, ok thanks for info. kene check yang dekat saudi la pulak koz we;re moving to saudi now.k, take care
chika Reply:
December 6th, 2009 at 1:46 pm
Kat Saudi lagi mahal kot.
Tah. I guess je.
Bila nak pindah Saudi?
Bestnya. I suka la nak merasa pengalaman duduk tanah arab ni.
December 5th, 2009 at 9:29 pm
do you know what genital means? please ask your husband. or google it. mcm x kena je i tgk ayat u tu…
chika Reply:
December 5th, 2009 at 10:03 pm
Of course I KNOW.
Kan i letak ‘LOL’ after that.
I rasa u tak faham lawak tu ke apa.
Or i buat lawak ‘over’ ke?
MUngkin keterlaluan agaknya menggunakan ‘genital’
December 8th, 2009 at 1:40 pm
ermmmm…sorry to ask dis….if u not working…just a ‘housefullwife’…so where did u get ur money to buy dis BB?
chika Reply:
December 8th, 2009 at 2:36 pm
HAHA.
U thought my husband didn’t give me money?
I have saving (even before I get married)
And my parents gave me money too
:)
chika Reply:
December 8th, 2009 at 2:41 pm
and not to forget, i earn money through blogging :)
miss.confusing Reply:
December 9th, 2009 at 8:35 pm
owh…ic…..good for u!!!
December 10th, 2009 at 9:54 am
bestnyer blackberry…huhuhu..nak satu..kikiki