Archive for December, 2009
Posted by chika under
Uncategorized
Aku tulis tak minta persetujuan siapa-siapa. Siapa yang berasa dia berhak menentukan skop penulisan dan gaya hidup aku, baiklah. Boleh tolong bayar domain dan hosting blog aku. Nanti kau boleh cakap banyak-banyak macam blog ni BAPAK KAU PUNYA. Aku suka komen dari manusia sejati sahaja. Yang ala-ala MUTANT aku tak suka. Aku buang dia. Sebab apa? Sebab blog ini BUKAN BAPAK KAU YANG PUNYA.
Dulu, masa sekolah rendah, hobi saya ialah mengumpul setem WHATTHEFUN gila comel. Rakan sebaya mengumpul setem, saya pon ikut sekali. Padahal bukan mengumpul, malah lebih kepada membeli dan menyimpan di dalam album setem. Kemudiannya berlagaklah dikau sebab banyak setem power. Konon terror gila ah sampai satu album besar setem semua nak berkepala emas. Setem dari UK kononnya. Gelis bukan? Gelis-gelemas.
Itu dulu. Masa hingus meleleh. Bukan bermakna sekarang sudah tidak berleleh hingus. Tapi bila sudah macam dewasa, dah malu dah nak cakap HOBI SAYA IALAH MENGUMPUL SETEM. Macam gelis saja dikhuatiri nanti diejek rakan. Mengumpul setem macam hobi lapuk lah. Sekarang zaman mengumpul trafik blog T___T Eh rasa nak slap saja muka penulis ini.
Dulu zaman berhobi. Masa sekolah-sekolah dulu. Macam-macam hobi nak buat. Bila masuk saja Universiti Kebanggaan Malaysia, terus dah tak ada hobi. Tidak lagi mengumpul setem tetpi mengumpul tahi mata bila ada waktu terluang dan tidak terluang juga. Pendekkan cerita, dah lama gila tak ada masa nak berhobi. Kira kalau jadi student architecture (misalnya, berdasarkan pengalaman) kalau kau ada masa nak menikmati hobi memang kau ni kategori PARAH. Contoh ; Hi kawan-kawan. Hobi saya ialah bercucuk tanam dan membuat origami. Sumpah akan dipandang serong oleh rakan studio. Orang lain semua hobi ialah tidur engkau pulak ada masa nak berhobi mania. Macam gedik gila. HAHA. Contohlah.
Namun demikian.
Sekarang saya tidak terikat dengan apa-apa. Hoooooooooooray! Waktu untuk kembali berhobi. Fine. Panjang sangat cakap pasal hobi padahal nak kongsikan cerita pendek sahaja. Tentang hobi atau dalam istilah lagi menseronokkan disebut sebagai ketagihan baru. Sampai asyik buat lupa saja tentang blog. Jadi sekarang anda semua bakal tahu ; Alasan benar kenapa saya asyik tak mentulis blog sahaja.
Minat baru ; 
Suami telah membelikan saya sebuah butik terkemu … fine fine fine! Berangan gila. Tak tak T___T Suami telah membelikan saya sebuah mesin jahit. Sungguh menseronokkan walaupon ini memberikan imaginasi macam aunty 40 tahun saja. Anggaplah ini seni. HAHA. Seharian-suntuk tempoh hari saya menggodek mesin jahit ini. Nasib baik saya ada basic menjahit dan mengelolakan mesin. Jadi taklah terkial-kial sangat. Mesin jahit saja. Bukan mesin memproses arang batu ke apa. Yang itu tak ada basic ah jangan tanya. HAHA poyo bukan? 
Inilah dia mesin jahit pertamaku T________________T (hingus pon turut serta).

Jadi saya sangat bersemangat kuat. Walaupon belum pasti sebenarnya apa yang hendak dihasilkan sebagai masterpiece. HAHA sungguh mendebarkan. Cececeh menjahit pon nak berdebaran. Di atas ialah kain-kain cotton termurah yang boleh dijumpai secara termurah dari SPOTLIGHT. Sebab nak menghasilkan seni pertama, kenalah menghasilkannya dari jenis yang termurah. Nanti kalau dah terror bolehlah beli kain yang lebih murah dari ini. HAHAHAHA. Tak tak. Dah terror nanti saya beli sutera emas 4 meter buat kebaya sendiri. Wah berangan biar tinggi. $4.99 semeter. Macam boleh blah.
Selain itu, saya juga seronok membina wooden miniature. Macam geram bila ditengok-tengok.

Stroller ini dapat percuma setelah membeli banyak-banyak. Uncle tersebut cakap, ok boleh pilih satu. Tapi dia kasi pilih yang kecik-kecik saja. Kalau tak, aku pilih dollhouse besar-besaran HAHA.
Nampak macam comel bukan? Tapi untuk memasangnya, satu proses yang tak comel langsung. Sakit hujung-hujung jari dibuatnya. 
Eiffel Tower.
Sumpah mencabar amarah betul semasa mendirikannya. Susah sampai keluar keringat petani.

Ada banyak lagi yang belum terbina. Sebab ada banyak benda-benda lain pula yang kena diuruskan dalam waktu terdekat ini. Kami suami isteri sangat sibuk dan sedikit stress tetapi happy. Baiklah tak boleh cakap happy. Nanti ada orang sakit jiwa bila dia tahu saya happy. Biasalah. My name is Chika (bukan nama sebenar)
Ada banyak lagi cerita nak cerita. Tapi semua ini cerita duniawi sebab kita sedang hidup dalam dunia jadi kita bercerita tentang dunia. Bukankah Allah juga menganugerahkan kita kehidupan dunia untuk dinikmati dengan baik? Bukannya aku pergi menikmati dunia dengan bertenggek di blog orang lain dan menghantar komen puaka. Yang itu sungguh neraka HAHAHA. Kalau nanti sudah pindah ke Pluto, kita akan bercerita tentang perkara Plutonia. HAHA harap siapa makan cili dia ternganga pedas sekarang sebab aku pon dah bosan dengan manusia pelik-pelik. Namun demikian. Ini bukan bermakna saya menjalani kehidupan dunia semata-mata. Hati saya tenang dan kehidupan saya lapang. Sebab itu anugerah Allah. Kalau saya hidup secara jahiliyah, mungkinkah aku tenang? Urusan ini antara aku dengan Tuhanku. Tetapi berbuat onar denganku akan menjadi urusanmu dengan aku. Iaitu urusan sesama manusia yang hanya boleh diselesaikan sesama manusia. Kalau tak faham tak apa. Pergi semak di website ilmiah yang engkau suka.
Bila aku tulis perkara islamiah sikit, ada seorang MUTANT hantar komen ; Chika ni siapa pulak nak tarbiyah orang? Biarlah arkitek buat kerja arkitek. Doctor buat kerja doctor. Bila aku tulis apa aku buat dalam hidup aku seperti memasak, mendobi baju dan pergi bercuti dengan suami yang sudah menikahiku, ada pulak cakap aku asyik bercakap perkara duniawi. Langsung tak membawa pembaca ke dunia akhirat. Susah lah kalau aku nak kena tulis ikut kepala engkau. Memandangkan blog ini bukan engkau punya, jadi kepala engkau tak akan diambil kira. Aku ambil kira kepala aku saja. Kecuali engkau nak kena lenyek, mari sini bagi kepala.
Aku dah tak boleh sabar. Lagi-lagi bila tahap pegangan agama aku dipertikaikan. Ini bukan hal main-main. Macam aku ini kufur pula. Macam aku pernah membuat statement ; Aku kaki clubbing. Selepas itu bergambar dengan rakan-rakan kaki botol. Kalau engkau pernah nampak gejala itu dalam blog aku, okay aku benarkan engkau semua bakar aku hidup-hidup. Dan kalau aku tidak solat, aku ada suami yang boleh memukulku. Kau jangan nak pukul aku nanti aku pukul kepala kau balik.Bagi nasihat biar dari hati suci dan tulus kerana Allah Taala. Bukan kerana masalah peribadi kau dengan aku.
Ini semua metaphor
Tapi apsal aku masih berasa warna-warni? HAHA
Posted by chika under
Uncategorized Sebenarnya aku macam tak ada mood sangat. Aku berasa mendung. Dan sekarang aku macam nak salahkan cuaca. Memang demikian juga halnya. Hujan turun ikut suka hati hujan. Dan panas terik selang-seli dengan hujan ikut suka hati matahari. Jadi aku pon berhak mendung ikut suka hati aku. Ya ya. Macam itulah. Dan lagi, sudah terlalu lama aku tak dapat melakukan kerja dobi. Sebab kedai dobi terdekat tak jumpa. HAHA macam kelakar. Padahal memang betul. Aku tak dapat buat laundry sebab asyik hujan saja ikut suka hati hujan. Dan suami cadangkan, hantar dobi. Cari kedai dobi. Tak jumpa. Aku tak sangka pula aku menetap di sebuah bandar sebegini rupa ; Tiada laundry service. Like blergh.

Tapi bandar ini menjadi sebahagian dari kehidupan aku. Dan suami. Aku tak tahu apa yang istimewanya bandar ini. Mungkin sebab aku tak jumpa banyak foreigner di kawasan kejiranan jadi aku berasa tenteram. Syukur saja aku tidak menetap di Sunnybank (kalaulah engkau tahu apa maksudku) Mungkin juga aku sukakan kawasan ini sebab selamat dan kelihatan bertamadun. Tak banyak penduduk aneh dengan taraf kehidupan aneh yang kerja dia mengancam keselamatan orang lain. Aku tak tahu sangat kenapa aku suka kawasan ini. Tapi yang pasti, di Erindale (nama kompleks kami) ini lah, aku dan suami menikmati kehidupan kami bersama. Di sebuah townhouse bernombor 007 ok aku tipu saja macam tak ada kerja lain. Di sebuah townhouse bernombor 42. Dan aku pasti tak akan lupakan tempat ini sampaiku menutup mata (harap jangan menyanyikan lirik ini. Aku tahu ini lagu. Aku tahu)
Mendung.
Disebabkan mendung, aku rasa macam mengandung. Blerghpftrght. Get out Chika, sebelum kena tampar. HAHA aku ingatkan mood aku buruk sangat sampai tak boleh buat lawak dah. Tapi aku dapat merasakan, entry ini tidaklah seburuk mana. Macam kelakar jugak walaupon macam mintak penampar.
Datang lagi lain kali.
Posted by chika under
Uncategorized Hai. Bersuara lagi. Eh bukan. Bersua lagi.
Hari ini 25 haribulan dua belas 2009.
SELAMAT HARI LAHIR ABAH YANG KE-49.
Adek-beradek semua dah beli presents untuk bapa kami. Saya sahaja yang mengambil bahagian dari jauh. Baru sahaja menghubungi bapa mengucapkan selamah ultah. Cececeh Ulang Tahun maksud saya. Bapa kedengaran gembira sekali. Malah lebih gembira setiap kali saya hubunginya. I love Abah.
49 tahun usia Abah. Bapa masih segak dan handsome no wonder dulu cikgu sekolah tadika saya selalu gedik setiap kali awal bulan sebab tak sabar tunggu bapa saya datang bayar yuran sekolah. HAHA saya masih ingat. Comel bukan?
Anakanda mendoakan abahanda sentiasa dalam keimanan hingga ke akhir usia. Kesihatan, kegembiraan, keberkatan dan rezeki yang baik. Insyaallah. Kalau abah baca ini, please cakap ; Alhamdulillah. Anak perempuan ini sungguh sweet. HAHA.
Emak pon comel juga sebab semalam pergi shopping senyap-senyap dengan Ijat. Nak surprise Abah. Lepastu pergi touching dekat shopping mall. Emak cakap, masuk shopping mall asyik terkenang kenangan lalu bersama saya. Dulu kalau keluar mesti dengan saya. Mengorak langkah satu kedai ke satu kedai. Sambil berborak yang bukan-bukan seperti ; Kenapa Haikal suka berlagak dewasa padahal belum cukup umur ataupon kenapa Adek Del cakap usia dia 18 tahun dekat Myspace padahal dia baru 14 tahun masa itu. HAHA rindu emak. Emak cakap lagi, sempat bersedihan bila lalu depan kedai kasut ke apa. Teringat dulu asyik kena paw saja dengan anak perempuan. Sekarang tak ada dah. Benarkah? Tak apa emak. Nanti tahun hadapan kita berjumpa lagi, belanja anak macam selalu okek. Itukan satu tradisi. HAHA. Rindu emak T___T
Harap keluarga di tanah air semua jangan bersusah hati tentang saya (Eceh, padahal semua orang bahagia saja aku je yang touching lebih barangkali :P) Saya di sini juga sangat bahagia. Walaupon macam meleleh saja air liur ini terkenang asam pedas homemade. Tapi tak apalah. Hidup ini bukan untuk makan semata-mata. Tanpa menikmati masakan enak juga kita boleh menikmati kegembiraan dengan cara lain. Seperti ; menanti hari esok. Boxing Day di mana kami suami isteri akan keluar pagi balik petang untuk menikmati jualan murah. Murah sahaja. Jualan tak murah kita buat dek saja.
Baiklah. Suami saya sudah pulang dari solat Jumaat.
“Assalamualaikum!,” lelaki kesayangan teriak dari garage.
“Waalaikumussalam!” perempuan kesayangan menjawap dari dalam kamar ini.
“Ada orang tak?,” lelaki tersebut bertanya comel.
“Tak ada,” I pon jawap macam nak comel juga.
“Tipu,” Dia cuba buat lagi comel.
“Tak tipu,”
“You buat apa?,”
“Update blog kejap,”
“Ok,” dengar saja update blog, terus diam. Suka sangat bila isteri update blog T___T
Ok fine. Macam tak ada kerja. Asyik buat dialog saja dalam rumah ini.
Sebelum saya mengakhiri rancangan ULTAH ini, nak cakap lagi sikit. Jangan ucap selamat hari natal kepada saya sebab saya tak celebrate. Jadi saya tidak memerlukan ucapan tersebut :)
Sejak bila tah aku panggil bapaku Daddy. KAH KAH KAH. Mintak diri dulu.
Posted by chika under
Uncategorized Saya ambik masa berehat panjang kejap.
Kejap saja.
Tapi panjang.
Err?
Posted by Darling Husband under
Blackberry We’re back in Brisbane. Kitchen still empty, so we decided to go out for dinner.
We went to this newly renovated halal shop called Mr. India and Z & A Grill House. We ordered the Beef Burger Meal and Southern Fried Chicken.
We were tempted to order the Meaf Samosa, - secret ingredient being meat mice - daging tikus, but I guess we were more in the mood for chicken rather than mice HAHAHA. Dahsyat tak dahsyat jual daging tikus???
The chicken was no KFC but it was nicely cooked eventhough the crispy coating could be better.
The burger was alright. Soft and succulent but not too beefy. It was good overall. I don’t think a beef burger could be more than just a burger anyway.
The best part of the meal… The French Fries believe it or not. It’s actually not that common to find fries. Usually we get chips instead - NO, they’re NOT the same. Anyway, time to go home.



Posted by Darling Husband under
Blackberry After having some so called chocolate, we went to the Chinese Garden. Apparently, we were mistaken before about the chinese garden. It was obvious that we were lost again the last time. Looked nice…. Nice enough for us not to have to pay the fee to go inside.
We then headed to Harbourside to have a late Lunch at Fish at Darlings. We had promised the proprieter that we’ll come back later and we fulfilled that promise.
Unfortunately the menus such as Wonton Seafood or Seafood Laksa were not available, so we settled with Mixed Grill Seafood - the Grilled Calamari was absolutely superb. Cooked to perfection.
Time to make our way home….









