Archive for November, 2009

Phewww.

Posted by chika under Uncategorized

Sikit saja lagi. Saya dah nak dapat ‘cekup’ dah makhluk asing tersebut. Sikit saja lagi. HAHA main-main heh dengan aku.Kejap saja saya buat kerja. Kalau yang ‘bertanggungjawap’ tak mahu minta maaf secara terbuka, saya akan MEMBUKAKAN DIRINYA.

Bukti-bukti penting saya dah collect dah.
Saya bagi masa sampai hujung minggu ini untuk dia meminta maaf TERBUKA.
Kalau tidak, see you in court.
Aku serius ni.
Tengok, tak ada ketawa pon.

Menyelami Kehidupan Kaki Plagiat

Posted by chika under sarcastic

LATIH TUBI I

Dearest abang bilik,

Abang makin meng-annoyingkan saya dari hari ke hari. Abang sangat buat saya rasa nak batuk kering depan muka abang.Abang sangat suka buat saya rasa nak tembak ke kepala abang dengan jarak dekat  (sedekat antara Brisbane dengan Payrak), abang selalu buat saya tambahkan dosa2 saya yang tak bersedia nak banyak ini. Abang mmg jahanam, abang patut ditikam (pantun satu kerat)!  Aku harap (eh aku pulak kantoi plagiat kejap aku kejap saya) sebelum saya blah dari Springwood ni, saya boleh buat banner besar2 dan saya akan tulis aku bencikan kau dengan dakwat warna merah! (dakwat Artline disarankan oleh pensyarah senibina)

Dearest kakak (eh kakak pulak) abang bilik lagi,

Abang ni mmg tak sedar diri lah. Hari tu dah kena bom dengan Kak Ziana (Bukan Zain) dan saya pun, abang tak faham bahasa. Heh, abang ni mmg manusia tak sedar diri! Abang tak willing nak berubah. Setakat abang buat bilik bau wangi ja, saya tak anggap sebagai satu improvement! Kalau lah boleh buat tembok dalam bilik tu, sumpah dah lama saya akan buat tapi tak tahu harga simen di pasaran sekarang. Dan yang paling penting, kalau saya boleh sihir abang keluar dari rumah tu, serius saya akan buat lahhhh! Nasib baik hati saya tak hitam lagi macam ahli sihir abang tau tak??? Saya pon tak tahu warna hati ahli sihir benarkah hitam bagai dikata.

Dearest abang bilik,

Tolonglah hentikan sifat2 annoying abang dalam rumah tu. Saya dengan Kak Angelina (ayok ayok kantoi lagi, tadi cakap Kak Ziana sekarang jadi Kak Angelina pula. Ayyok) tahan ni pun sebab abang tu dua sepupu Kak Gayah! Kalau abang bukan dua sepupu dia, mmg saya dah tauk semua baju2 almari abang kat luar rumah!!! Tak payah tunggu abang blah sendiri. Tak payah dah saya hadap perangai abang yang terlalu menyakitkan hati. Last week, lagi abang menyakitkan hati saya! Saya tak tegur perangai abang sebab saya menyampah lah nak cakap dengan abang! Heh, jangankan cakap, lalu depan abang pun saya paling muka. Abang sedar tak????



Karangan ini diplagiat dengan beraninya dari;

www.iidiarikuii.blogspot.com

.

LATIH TUBI II

Semalam, harimau bintang jiran sebelah naik atas kereta kuda abang dan kereta kawan dia. Pastu dorang keluar naik lori. Nasib tak baik  harimau bintang itu T____T Time dorang smpai rumah, terus dorang kejar harimau bintang tersebut. Sampai lembik harimau bintang tu dorang kejar. Ada ENAM PULUH EKOR (over gila plagiat). Semua dorang sembelih (terror tak sembelih harimau bintang?)  Pastu diorang bawak pergi kedai abang. Beli sos BBQ. Diorang buat BBQ. Pastu ajak aku join sama tapi aku tak join sebab harimau bintang tu harimau bintang jiran sebelah. Dahla tak mintak izin. Sengal betul.

Hari ni sekor harimau bintang pon tak muncul kat dalam kawasan rumah aku.Perasaan aku? BAHAGIA! Takdela taik harimau bintang tepek2 kat atas kaki lima. Takde calar balar kat kereta lagi. Tapi sampai bila???

p/s:- semoga tuan punya harimau bintang amik iktibar daripada kejadian semalam. Kurungla harimau bintang anda dalam sangkar burung jangan bagi merayau-rayau.


Karangan ini pula diplagiat dengan beraninya dari;

www.rozalizda.com

LATIH TUBI III

Tapi bukan tulisan Siam. Hah..? Tak paham. Meh I translate. Maksud dia : Minyak Cap Kapak ~ Tadi I duk tertonggeng-tonggeng kat Garden City tengok-tengok produk apa yang boleh menghabiskan duit I (eh, duit husband I bagi) hari ni. Pastu tertengok yang nih. Kat sebelah dia ada Mr Simpson Oh Mr Simpson punya minyak angin. I cium dan kiss-kiss dua-dua. Pastu I rasa yang ni lagi best. Macam soft jew bau dia, pastu botol dia kecik lagi comel, I pon grab lah apa lagi nak tunggu. 390 Dolar SAHAJA. Murah kan murah kan?

Dia ada bagi Warning :
Do not stay too long in the sun, even while using a product with sunscreen

Husband saya pun pernah bagi Warning :
Jangan pakai benda mengarut kat kulit, kang kulit rosak dah tak beauty and the beast

Saya akan kata :
Err… tak cuba macam mana nak tahu dia mengarut ke tak mengarut (tapi dia tak mengorat)
(Haiss, isteri-isteri zaman sekarang memang like that)

Ada sebuah lagi pendedahan akibat cuba mencuba produk.
Later lah I plagiat lagi.


Karangan ini juga diplagiat dengan beraninya dari;

www.queenlyana.com

.

_____________________________________________

Jangan pelik. Entry ini sengaja dibuat-buat bukannya terbuat-buat. Chika pon teringin juga merasa perasaan membuat plagiat. Jadi saya dengan berani matinya telah memplagiat entry rakan-rakan blog sewenang-wenangnya. Dan saya telah berusaha mengubahnya mengikut ragam dan tabiat saya sendiri T_______T

Engkau ingat senang nak plagiat? Dah lah tak feeling. Tak pasal-pasal saya ada roomate (rujuk latih tubi I) Lelaki pulak tu roomate aku sungguh Allah murka masuk neraka. KAH KAH KAH. Selepas itu kena adjust diri jadi jiran kepada pemilik harimau bintang (macam latih tubi II). Kemudiannya nak plagiat kehidupan Lyana pula (rujuk latih tubi III) saya kena bercerita tentang Minyak Cap Kapak. Engkau ingat ini kerja mudah? Sekarang macam admire dengan kaki plagiat. Sungguh strong jiwa dia boleh adjust diri dalam kehidupan yang bukan dia punya. Macam terror gila.

Naik juling mata aku nak ubah satu per satu perkataan. Sumpah orang yang buat plagiat ini tak ada kehidupan yang hakiki. Namun. Pengalaman ini sungguh fun.

Dengan itu, saya melancarkan
MINGGU MENYELAMI KEHIDUPAN KAKI PLAGIAT.

*potong ribbon*

Dengan slogan ;
MEMPLAGIATLAH BERSAMA KAMI.

Turut mengambil  bahagian :
Seri Lyana.
Seri Yonna.
Seri Rozalizda.
(HAHA semua sekali SERI)

Tapi ada satu lagi pembaca yang mengambil bahagian. Kelakar gila dan cool sekali.

HAHA.
Harap semua terhibur dengan hiburan kali ini.
Ini bukan hiburan semata-mata.
Ni warning neh.

Tak Manislah Macam Ini

Posted by chika under Uncategorized

Saya anggap saja ini hiburan. Sebab nak anggap ini kemurkaan, macam tidak murka sangat. Nak anggap ini kebanggaan, kadang-kadang macam bengang sikit. Sikit saja. Tak apalah. Anggap saja ini hiburan. Harap terhibur.

copycat1aslisuci1

Baiklah. Nasib baik dia macam realistik walaupon dah pinjam life saya secara tak bagi salam. Nasib baik dia tak anggap suami saya macam suami imaginary dia. Phew. Dia ini waras juga. Sebab masih sedar belum berkahwin jadi dia ubah semua perkataan HUSBAND kepada BAKAL SUAMI. Saya harap dia betul-betul ada BAKAL SUAMI T_________T Tangisan hati yang derita (lagu Khatijah ibrahim berkumandang)copycat2

aslisuci2

Tak sangka ada orang sama-sama stress sebab kitchen dia bersemut. Hidup ini memang aneh. Lebih tak sangka, bila saya stress, dia pon stress juga. Tapi tak apa. Saya anggap ini kelakar.

copycat3 aslisuci3

Fuuuuu nasib baik dia tidak tergamak nak berangan nasik goreng cantik itu dia yang masak. Dah lah sedap nasik goreng itu. Nasik goreng terpaling berjaya pernah saya hasilkan kalau dia cakap itu dia masak, kecik hati aku. KAH KAH KAH. Atau barangkali, nasik goreng tersebut takda menarik minat dia untuk mentiru. Tak apalah. Suami aku sikit-sikit lagi dia nak tiru, tapi nasik goreng tanak pulak tiru. Nak tiru entry pon pandai memilih juga rupanya T_____T

copycat4

aslisuci4

Saya cakap saya nak pergi airport, dia cakap dia nak pergi PAYRAK (gediknya awak sebab eja macam ini. Orang Perak mesti kecik hati) Whoaaat? Memeluk bakal suami dalam dakapan? Tak manislah awak ni peluk-peluk bakal suami. Saya tahulah saya pon main peluk-peluk juga dalam entry awak janganlah tiru sampai macam itu sekali. Tapi saya pakai ayat proper ; Saya peluk suami saya. Tuhan tak marah. Tak manislah awak ni.

Baiklah baiklah. Saya balik Brisbane, awak balik Damansara Damai. Macam kelakar. Walaupon awak ni perangai tak manis, tapi awak kelakar. Kami semua suka orang-orang kelakar macam ini.

Kejap aku kena gelak lagi sekali. Hari ini banyak gas gelak. Esok aku jadi clown barangkali.

Tengok tu. Saya cakap keluarga emak saya ramai dekat Batu Gajah, dia cakap keluarga Baba (dan Nyonya) dia banyak dekat Payrak (I berasa gedik sekali mengeja seperti ini tapi tak apa. Dah janji nak anggap ini hiburan sahaja) Banyaknya persamaan kita. Semakin hari semakin serasi. Memetik kata-kata Nurul dan Ajai.

copycat5aslisuci5

Ya Allah. Meniru entry ini memang perbuatan makhluk asing. Sumpah kelakar weh siapa tak gelak memang ah dia.

Chika jadi Farrah. Baiklah baiklah T______T Nama suami nasib baik dia tidak nyatakan. Phew, kalaulah dia plagiat sekaligus package dengan nama suami saya sekali, memang bulan ini saya sumpah dia sakit gigi berpanjangan. Comel kan sumpah macam ini?

Suami aku Doctor, BAKAL SUAMI dia Pakar IT. Aku berangan nak kahwen dengan ahli perniagaan, dia berangan nak kahwen dengan Doctor. Whoooo whoooo. Siapa? Doctor? Kejap I nak pergi simpan suami molek-molek takut dia plagiat suami I dalam angan-angan dia. HAHAHAHAHLAWAKBUKAN?

copycat6 aslisuci6

Dan yang ini adalah bahagian yang paling sukar untuk dimaafkan. Macam tidak kelakar langsung. Curi ayat romantis yang suami saya cipta saya memang tidak manis langsung. Tak senonoh la engkau ni. Menangis sebanyak satu sungai kami suami isteri. Pilu sebab kenangan romantis kami diplagiat T____T

Cukuplah itu.

Kalau ikutkan, dia plagiat terlalu banyak entry saya. Saya letakkan entry baru-baru sahaja supaya anda masih ingat jadi takyah nak selak-selak balik entry saya pastu keluar keringat mulus apa semua.

Aneh sangat. Tak tahu apa best perbuatan seperti ini. Kalau admire dekat I (eceh. Chika diam!)Lebih baik baca saja blog saya takyah ah transfer masuk blog engkau pastu kasi adjust bagi ngam dengan gaya hidup engkau. Tidak manislah macam ini.

Saya tidak tahu di bawah ini gambar miliknya yang sebenar atau pon wajah rompakan juga. Chika, apsal blur? Hep biasa tu suka nak tengok benda kontroversi! HAHA. Sengaja blur. Sebab belum tahu ini wajah dia kah atau bukan. Kalau siapa-siapa macam terkenal atau pon wajah ini milik anda sendiri kah, mengaku cepat.

copycatsangat

Image070

Merakam kenangan bersama MAMA beliau.
Kononnya pada hari pertunangannya.
Oh memang takyah cakap banyak. Entry pertunangan saya pon dirompaknya bulat-bulat. Habis cerita kenangan romantis I dicabul T___T

Namun demikian.
Walaupon saya menganggap ini jenaka.
Satu bahagian saya tak boleh maafkan.
Bila entry LOVE STORY saya pon diambilnya.
Macam nak siku je muka dia sekali dua.

Macam saya dah cakap. Saya tak marah sangat sebab ini kelakar. Tapi orang yang buat perbuatan macam ini kena sedar akibat daripada perbuatan sia-sia yang tidak membawa ke mana ini. Dahlah tak akan glamour dengan cara ini. Puas pon tidak. Malah anda boleh didakwa. Tapi sekarang aku sebok nak lipat baju dengan nak iron baju. Selain mengemas kitchen. Jadi lain kalilah aku dakwa. Pada lain-lain kes.

Bukan sekali dua. Dah biasa dah. Tapi dia ini nampak macam tegar sangat ‘berangan’ nak jadi saya. Ada orang ambik satu dua entry. Ada orang ambik datu dua perenggan. Ada orang ciplak tak nampak sangat. Lepas saya ‘tegur’ dia sikit, selepas itu mereka pon akan menghilang tutup blog apa semua. tapi dia ini. Dah dua hari dah bagi chance. Macam degil saja.

KAH KAH KAH.

Memang kelakar. Tapi aku serius. Plagiat itu tidak manis. Tengoklah nanti kalau dia degil, kita ajar dia cara lain pula.

Hari ini saya dah pandai main twitter dah. HAHAHA anggap ini kata-kata penutup.

Untuk Abah Mertua Dan Adik-Adik Ipar

Posted by Darling Husband under Uncategorized

Assalamu’alaikum pembaca pembaca nurulism.com yang setia…

(INI SEBUAH ENTRY KEKELUARGAAN)

sekarang ni nak buat entry ilmiah…. entry harga FISHING REEL… kenapa buat … sbb family nak mintak tolong belikan… kenapa guna platform nurulism.com… entah… tapi kan ni blog yg dikuasai oleh diktator, so kalau reader nak atau tak…. kene baca gak… BACA! jangan tak baca.

Anyway, sekarang ni tengah sale 25% kat kmart (kmart.com.au) untuk barangan memancing. so kalau ada orang nak pesan belikan kat sini…. boleh dipertimbangkan. Dulu isteri terchenta  jual pumpkin patch dan nine west. Nampak gaya kali ni isteri balik, bawak fishing gear lak.

Anyway, berikut adalah harga fishing reel kat kmart sebelum diskaun… promosi mungkin last day rabu nih.

Jarvis walker brand 5 bearing (jarviswalker.com.au)

SXG 2500 line size 0.25 length 210m gear ratio 5.2:1 AUD 37

SXG 3500 AUD 40

SXG 4500 AUD 42

SXG 5500 AUD 45

SXG 6500 line size 0.45 – 250m (or 0.4 -300m) gear ration 4.1:1 AUD 49

Jarvis walker 3 bearing

SP4 4500 AUD 25.00 line 0.28-190m gear ratio 5.2:1

SP4 7500 AUD 35.00 line 0.4-300m gear ratio 4.1:1

Shakespeare brand 4 bearing (shakespeare.com.au)

SIL 35 AUD 65.99

SIL50 AUD 50

(model antaranya 60, 70 etc as well)

SIL80 AUD 50

Shimano 4 Bearing (shimanofish.com.au)

Sienna SN 1000FB AUD 79 gear ratio 5.2:1

Sienna SN 2500FB AUD 79 gear ratio 5.2:1

Shimano 2 bearing (shimanofish.com.au)

Slade SL1000FB, 2500FB, 4000FB – semua AUD59

Saya tak sure sangat reel ni semua sesuai untuk memancing laut ker, mancing sungai ker, mancing paya ker, tapi yang sure… takleh pakai nak pancing awek… err… awek ikan boleh kot….

Nanti ada sale lain kat tempat lain kot insyaAllah. So kalau tak sure, tunggu lain kali nak beli pun ok kot.

Kalau ada sesapa yang tau pasal fishing gear nih, silalah komen…. cakap mana yang power, mana yang macam berbaloi beli kerr. Saya ni jahil sikit bab mancing nih. sekian… selamat memancing :)

Entry oleh ; Mr.Husband

ENTRY INI SESUAI DI PLAGIAT OLEH PENGAMAL PLAGIAT. HALAL.

Hush Hush

Posted by chika under Uncategorized

Dulu masa Matrikulasi saya gemuk. Sungguh gemuk macam kena pam. Saya hanyalah seberat 45 kg semasa di bangku sekolah menengah. Macam kalau orang tengok saya mesti nak cakap ; Kurusnya kenapa? Stress juga bila asyik dikatakan kurus. Seboklah pula lepastu saya jumpa doctor mintak consultation macam mana nak gemuk. Sungguh buduh. Doctor macam malas layan pastu dia bagi vitamin saja. Tak jalan. Pastu berusaha sendiri nak gemuk. HAHA aku weirdo.

Usia 18 tahun masuk Matrikulasi. Baru seminggu duduk sana dah gemuk dah. Bermulalah fasa gelap hidupku. Muka dah bulat. Badan dah bulat. Dah mula dah rasa rendah diri sebab menganggap diri huduh sangat. Rasa macam habislah tak ada boys mengorat aku habislah habislah habislah. Phew. Nasib baik tak habis. Dalam gemuk-gemuk, dalam membawa tubuh 59 kg itupon masih ada orang mintak nombor telefon. Dan saya sempat pula nak kerek-kerek taknak bagi phone number dekat siapa-siapa. Ceh dah gemok pon masih nak jual mahal. HAHAHAHA.

Heh saya macam tak berapa ingat apa saya buat masa matrikulasi. Sebab saya tidak gembira sangat di sana. Yang saya ingat, waktu petang jam 5 main badminton itu wajib. Berebut court dengan budak lelaki pastu mulalah kena mengorat si gemuk tersebut. HAHA gemok pon laku juga tak sangka T______T Dan pada waktu malam telefon akan berbunyi tanpa henti sampailah waktu Subuh. Tak percaya tanya Ain. Dia dengan Athirah pernah buat kerja  lagha pergi naya sorang mamat neh on the phone. HAHA comel sekali kami ini. Ada sahaja perawan muda ajak berkenalan. Ya Allah. Ada juga yang gilakan Si Gemok tersebut. Sumpah tak percaya. Tapi tak apa. At least kalau ingat Kolej Matrikulasi Johor, akan ada kenangan jadi gadis macam hebat (dan gemok juga jangan lupa)

Emak pula tak habis-habis mengungkit ; Itulah dulu nak sangat gemok. Sampai makan Vitamin lah. Sampai consult doctor lah. Sampai ambik supplementary food lah.

Dan berat badan saya kemudiannya susut sedikit bila masuk Universitas Kebanggaan Malaysia (UKM) Tak susut banyaklah. Tapi at least dah tak rasa macam sebijik belon. Maintain saja dengan berat 56kg ataupon pada hari yang lebih malang, 57kg.

Minggu lalu. Jeng je jeng. Gedik sekali.

Saya telah mendapati berat badan saya hanya tinggal 47 kg sahaja. Kalaulah saya adalah anda (mungkin) pasti dah Yahooooooooo dah. Tapi I sedih. Saya rasa tak cukup sifat dan berasa ada yang tidak kena. Tapi tak apa. Dengar saja macam kurus. Hakikat dia tak berapa nak kurus pon. Bentuk muka masih bulat entah bila nak naik shape tulang macam Keira Knightley. HAHA oh ada hati rupanya aku nak jadi macam Keira Knightley. Pergi tidur sekarang.

Semua ini gara-gara selera makan yang tak ada langsung. Cukup mencemaskan.

Namun. Sejak beberapa hari ini saya dalam pemulihan. Dah boleh makan dah. Dah rajin nak makan dah. Yahoooo. Knowing me, anda kena tahu yang saya tidak suka kurus. TIDAK SUKA KURUS. Anggap saja ini statement dari seorang weirdo. HAHA. Memang saya tidak suka kurus dan tidak admire gadis kurus. Taklah pula gembira bila gemuk macam kenangan Matrikulasi. Tapi saya suka kalau tubuh badan berisi dan nampak ‘berada’. Eceh.

Suami saya usaha macam-macam nak suruh saya makan. Dia masak itu ini. Yang anehnya, bila dia masak saya pelahap saja. HAHA sungguh gedik nak kena tu dia. Dan tempoh hari kami telah ke Grand Taj sebuah restoren India di sini (eceh di sini. Spesifikasi lokasi susah nak cakap sebab tak pasti)

Dah lama gila tidak makan makanan India. Macam dah rindu. Saya sebenarnya teringin nak makan roti canai tapi dekat sini hanya ada pita bread dengan naan sahaja. Tak apalah. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Macam loser saja. HAHA

Memandangkan blog ini bukan blog makanan, dan penulis pon macam ada perangai tak suka letak gambar makanan tapi rajin ambil foto makanan simpan dalam folder buat semak laptop, kali ini penulis akan buat blog makanan.

Tetiba sangat bukan?

Kalau nak cerita pasal Indian Restaurant yang kami pernah masuk, rasanya susah. Sebab dah banyak sangat atau boleh dikatakan, 60% yang ada di sekitar Brisbane ini kami dah pergi dah. Sekarang saya lagi suka makan makanan Arab. Kebab no way. No way man! Saya tak akan makan kebab kecuali terpaksa. Sekali lagi, di mana bumi dipijak di situ kebab dijunjung. &^$#@XWQ$!@

DSC05049

Safron rice.
DSC05050Chicken XXX (lupa nama dia. Habis apsal kau bubuh XXX macam sesuatu pula di situ)
Sedap weh sedap.
DSC05051Entree.
Chicken tandoori bersama kentang-kentang, samosa dan cekodok apatah.DSC05052
Favorite I.
Beef Vindaloo.DSC05054Garlic Naan.
Itu hari saya teringin nak makan benda ini.
Pastu bila dah dapat, macam tak teringin pula.
Weirdo memang macam ini.
DSC05053
Sepatutnya makan 4 orang.
Tapi sebab hidup berdua only you and I terpaksalah berjuang lebih sikit.

Sebenarnya kalau bercakap tentang makan, saya bukanlah seorang yang adventurous sangat. Saya suka playsafe semasa memilih menu. Macam tak selalu willing nak pilih benda baru. Takut tak sedap nanti I emo. HAHA sikit sikit nak emo get out kau! Heh. Tekak saya biasanya susah nak terima benda baru. Dan makanan pelik-pelik biasanya saya tak reti nak kasi adjust dengan selera saya. End up, saya akan pilih makanan yang sama berulang kali. Boring gila bukan?

Berbeza pulak dengan husabnd saya. Dia jenis tak pilih makan sangat. Tapi dia mengutamakan kesihatan manakala saya mengutaman keselamatan. Eh tak tak. Saya mengutamakan kesedapan. Suami saya boleh saja makan benda-benda pelik. Yang kadang-kadang food yang from which planet pon kami tak tahu. Tapi dia boleh cuba. Dan sometimes dia akan cakap benda-benda pelik ini Sedap Sangat. HAHA.

Saya juga tak berapa tahu nak judge makanan. Macam bila kami makan steak misalnya. Husband saya boleh ulas satu persatu yang daging dia tak moist la. Daging dia overcooked la. Marinate salah la. Siap boleh tahu apa jenis daging la hoh. I tak peduli pon apa jenis daging usia berapa semua I takda peduli. Asalkan bukan lamb atau mutton dan juga bukan Si Pinky. HAHA. Saya makan saja selagi rasa dia tak pelik. HAHA. Suami saya memang terror kalau pasal makan. Dan dia pandai sekali judge makanan. Dan saya selalu hairan macam mana dia boleh makan semua jenis makanan. Lagi aneh, dia tahu setiap nama benda yang dia makan. Tapi bila masakan kampung dia  selalu tak tahu. Sayur masak air pon dia tak faham apakah  tersebut. Dia tahu steamed vege saja T_________T Baiklah aku kampong gila.

Terlanjur bercakap tentang makan.

Banyak sangat pembaca yang email dekat saya bertanya tentang vacation di Gold Coast. Minta pendapat dan sebagainya. Sebenarnya saya tak dapat nak balas secepat mungkin sebab ada banyak sangat email dalam Q. Ha, bajet diva ah tu bercakap macam ini. Tak tak. Tapi memang macam itu. Saya memang kena mengambil masa yang lama sikit untuk membalas email. Sebab saya jarang check inbox. Dan biasanya saya reply semasa dalam mood rajin sahaja. Dan kebanyakan masa, mood rajin susah nak ada. Bukan sebab I kerek tanak layan email anda heh. HAHAHA tak berguna betul.

Saya cuba balas secepat mungkin.

Tapi satu hal nak beritahu. Di sini makan agak mahal. Anda kena bersedialah sikit supaya nanti tak shock.  Sometimes restoren yang anda masuk bukanlah class sangat. Tapi harga dia setaraf restoren hebat sikit dekat Kuala Lumpur. One lunch set pada harga up to RM60 adalah harga normal di kebanyakkan restoren di sini harap maklum. Macam kalau change RM20 untuk mendapatkan satu set lunch menu, macam agak mustahil. Ini berdasarkan pengetahuan saya. Restoren halal sekitar Gold Coast memang banyak. Jadi takyah bimbang. Sediakan bajet untuk foods lebih sikit. Dan minuman juga. Agak mahal. Agak mahal maksud dia, macam nak mahal la juga.

Accomodation pon macam takyah bimbang. Kalau datang waktu low season (macam winter) rate dia rendah. Tapi biasalah. Takkan nak makan angin waktu winter mana syok. Menjelang summer neh, rate agak tinggi. Pandai-pandailah memilih yang terbaik. Sebab dekat sini, motel kecil dia pon memuaskan hati. Dah ok sangat dah kalau anda dalam mode percutian berjimat-cermat :) Shopping? Souvenir? Yang tu beli saja dekat sekitar Surfers Paradise banyak murah-murah.

Baiklah. Sekarang saya dah tahu nak bubuh tajuk apa tah untuk entry ini. Intro cerita pasal Si Gemok Tetap Dimengorat. Pastu cerita Masakan India dan Ragam Pemakanan. Tetiba ending cerita Budget Holiday. Saya namakan saja entry ini Hush Hush sebab tengah dengar lagu Hush Hush. Macam fair bukan?

Garden City

Posted by chika under An evening in Brisbane

My husband said kan ; I rasa badan you dah takde Vitamin D langsung dah.

Vitamin D memang tak ada. Tapi Vitamin Dating selalu ada HAR HAR HAR macam tak kelakar. Diam. Dekat sebulan dah balik Brisbane. Saya tak keluar-keluar rumah langsung. Kalau keluar pon setakat menjemur jemuran dan mengangkat jemuran hujan sudah turun. Itu pon di kala sunshine sudah tak ada lagi. Jadi macam boleh dianggap seperti tidak terdedah kepada sunshine pagi yang sehat. Tapi anehnya, aku tak bimbang pula. HAHA.

Nafsu serakah nak keluar berjalan langsung tak ada. Kalau diberi pilihan samada keluar membeli-belah atau duduk rumah macam tak boleh blah, saya akan mempilih untuk duduk rumah macam tak boleh blah. Dah ah sekarang saya dalam fasa selekeh malas bergaya malas bersiap bersolek muka semedang saja tidak siap itupon suami nak kata comel juga. Bertuah gila dah kahwin sekarang. Muka terbengkalai pon ada orang kata comel. Bukankah ini indah?

Namun.

Sejak minggu lepas, saya sudah sikit-sikit bertolak ansur. Dah mula dah ada rasa untuk berjalan keluar. Itupon pada waktu malam. Untuk mengutip Vitamin D Songsang. Whoaat?

Khamis malam Jumaat ialah malam  bersosial sampai late night. Tak tak patutnya Khamis malam Jumaat memperbanyakkan ibadah. Tapi keluar mengutip Vitamin Dating pon ibadah juga. Pergi Garden City. Iaitu shopping mall terdekat dengan area kami. Kami pergi dengan menaiki kenderaan dan perjalanan ini memakan masa selama blerghhhh kenangan darjah enam format UPSR (tidak lebih dari 120 patah perkataan)

Sekarang ini bukan apalah. Saya memang malas hendak menunjukkan muka yang semedang tidak siap ini. Sebab itulah makin lama makin kurang jumlah muka penulis yang disidai dalam entry. Album dekat Facebook pon takda update baru sebab i malulah nak tunjuk muka pelik neh. Bukan apa. Nanti makin dipandang semakin pelik. Dahlah muka pucat lesi dah pakai lipstick warna bersemangat pon masih tidak berseri bibir aku. Dah sapu blusher pon masih macam itu juga. Dah pakai bedak baby johnson pon masih tidak mulus secomel bayi mandian susu. Semua ini membuatkan saya jadi malas merakam foto. Tapi tak apalah. Pisang tak berbuah dua kali (tetiba)

DSC04965

Tak apa tak apa. Kening maintain bersepah. HAHA. Itu hari ada rakan tak percaya saya tak pernah cukur/trim/cabut kening saya. Pastu dia tanya ; Habis bukan kau dah kawen ke? Jadi? Ooooo bila dah kawen je dah pernah cukur kening la? Saya haramkan makeup artist saya cabut bulu kening saya dulu. Dia nak juga buat siap pujuk-pujuk cakap kalau tak cukur nanti tak naik seri. Nanti susah nak mekap blerghh. I said ; No no no. I tak benarkan. Sumpah dah tekad tak akan benarkan kalau tak nanti bapa tak mahu nikahkan saya macam mana? T___T Cry me a river. Hoooraa dia tak berjaya mencabut sehelai kening pon. Aku pedulik apa tak naik seri. Asalkan tak buat benda yang bapa saya dah warning ; Cukur kening, abah tak redha. Sumpah ngeri. Tapi saya memang tak pernah ada impian nak membentuk kening bagi cantik ke apa. Biarlah sejuta orang tegur kening i bersepah pon tak apa T_____T Malah semasa kecil, kening saya bercantum-cantum macam memiliki sebarisan kening. Nasib baik bila dah dewasa, dia macam dah cantik sikit walaupon tak secantik kening yang dibentuk-bentuk. Percaya sekarang. Saya tak pernah membentuk kening walaupon sudah berkahwin (tetiba)

Hoh cerita kening pulak dia. Nak kena ni.

DSC04968

Semasa masuk foodcourt, saya nampak kedai makan ini. Chinese foods. Nyum nyum. Malangnya tak halal T___T Tapi kan tapi kan. Makanan dia semuanya wallaaa. Merembes saliva. Nampak sedap-sedap belaka. Ada nasi goreng, bihun goreng singapore, mixed vege, sup dan sebagainya. Berasap-asap pulak tu. Dalam banyak-banyak kedai saya rasa macam terdorong sangat dengan kedai tersebut malangnya tidak halal. Pastu hampa terus makan kebab. Boring ah. Dalam foodcourt shopping mall mesti ada kebab sahaja yang halal. Borrrink. Dah ah I don’t like kebab. Kebab depan Masjidil Haram tak apa jugak. Sedap. Tiga riyal je. HAHA tetiba sangat.

DSC04970

Kening bersepah makan kebab bersepah. Pastu muka pelik. Macam biasa lah. Eh kau ni macam tak biasa pulak tengok muka pelik aku.DSC04971

Tak pernah faham kenapa selalu buat muka macam ini ketika mengambil gambar. Macam tunggu nak kena pelempang ke apatah.

DSC04967

Err. Bila dah sampai part nak bubuh caption gambar suami, mesti macam panic kejap. macam tak tahu nak kena bubuh caption apa. Macam kena fikir kuat nak bagi caption manis-manis. So end up, saya tak nak cakap apa-apa pada kali ini. HAHA playsafe.

DSC04972

Disebabkan boring sangat nak gigit pita bread, saya pilih roti biasa sahaja. Nampak macam boring? Memang boring.DSC04973

Tak jadi ah nak pelempang. Macam kesian muka ini.

Pusing keliling Garden City sambil berzikir. Eh taklah tipu saja. Aneh gila. Sebab langsung tak ada keinginan perempuan. Maksud dia, tak ada terkinja-kinja pon nak beli apa-apa. Semua butik pon tak masuk. Stop jenguk ikut pintu depan saja. Pastu cakap ; Boring. Pastu jalan lagi. Suami dah lah baik macam angel dengan sayapnya. Asyik offer saja nak apa-apa Yang? nak apa-apa Yang? Kepala geleng. Tentu suami ucap Alhamdulillah. Murninya isteri macam ini. HAHAHAHA.

Dewasa ini saya dah bosan dah dengan benda-benda duniawi. (?) Eceh terror tak, terror tak cakap macam ini? Macam dah lama hidup bukan? Tak tak. Tapi sekarang ni saya malas betul nak telek-telek baju. Nak duduk bersidai dekat counter mekap ke apa. Apatah lagi nak masuk kedai kasut gedik-gedik depan cermin. Macam dah boring sangat. Setiap kali keluar, saya tak sabar nak balik rumah. Saya nak duduk saja dalam rumah. Pastu emo-emo main Mario Cart. Bila ada racer lain potong kereta saya, saya teriak-teriak. Pastu bengang cakap tak akan main dah. Tapi lima belas minit pastu, terhegeh-hegeh main lagi. Macam itu baru best.

Saya harap perubahan pelik saya ini tak akan lama. Atau saya akan menjadi manusia weirdo tidak lama lagi. KAH KAH KAH. Eh sudahlah itu. Banyak sangat huruf.

Entry habis. Baca balik kalau nak. HAHAHAHAHAHA