Archive for November, 2009

Gotcha, Chika!

Posted by chika under Uncategorized

Phew, babe.

Almost 3 o’clock tadi saya keluarlah ke lawn nak sidai baju. Macam biasalah. Saya akan biarkan the glass sliding door open, dan cuma tutup the net one tak nak bagi flies masuk (nanti husband saya tak keruan walaupon seekor fly kecik yang tidak bermanfaat pon masuk HAHA). Saya keluar. Sarung selipar. Dan slide panel yang berjaring tu dengan agak kuat (Note : AGAK kuat). Tapi ini bukan aneh. Perangai slide pintu kuat-kuat memang perangai aku. Ini tak aneh langsung.

Yang aneh dia.

Siap jemur pakaian. Terus ke pintu nak masuk rumah. Tak sabar ni. Tak sabar ni nak naik atas menonton 500 Days Of Summer. Tiba-tiba …. (pause)

Gaaaaaaaaaaaaah!

Pintu dah terkunci dari dalam omagad!

(pause)

Disebabkan saya macam dah mati kutu (hoh kantoi ada kutu. Shut up kau KAHKAHKAH) saya dah tak tahu nak panic itu macam mana. Jadi saya standing saja depan pintu macam tugu peringatan negara. Rasa nak cry dah neh. Tak kan nak tunggu husband saya balik. Huh? Nak kena terhegeh-hegeh dekat lawn tu dua tiga jam? Mana mungkin!

Apalagi. Dengan trait Ultraman yang ada sikit dalam DNA (eceh perkasa gila) saya tak fikir banyak dah. Slowly, saya koyakkan net pintu tu. Not that I koyakkan dia like Ulraman koyakkan daging raksasa. No no no. Bukan! I koyakkan dia cantek-cantek. Very nice in straight horizontal line. HAHA bahagian ini dinamakan seni. HAHA seni mengkoyak pon dikira seni juga.

Agak-agak dah functional hasil seni mengkoyak tersebut, saya pon try masukkan tangan. Hoooorayyy muat! Terus berzikir. HAHA.

Dipendekkan cerita.

Cerita pon tamat secara happy ending. Engkau faham-fahamlah yang aku dah boleh bukak pintu tersebut. Tapi ada sikit tidak happy, net terpaksa diterkoyakkan (secara seni)

Phew. Nasib baiklah yang terkunci tersebut pintu yang berjaring tu. Boleh jugak saya mengkoyakkan jaring dia (secara seni). Buatnya yang terkunci ialah glass panel? Tak akan aku nak pecahkan glass tersebut? Fuh. Allah selamatkan kami (music on)

Terus sms husband saya.

Husband pon terus call on the spot. Dah agak dah. Mesti call sebab dia pon aneh. Macam manakah Aunty tersebut boleh terkuncikan sliding door? Macam tak logik langsung. Pastu husband mentertawakan saya. Sambil diselang selikan dengan ucapan kesian kat you kesian kat you. Baiklah T____T

Sekarang berasa kelakar. Memang tak faham macam manakah dia boleh pergi terkunci? Tapi inilah yang dinamakan takdir. Engkau tak tahu apa yang boleh dan tidak boleh berlaku pada detik akan datang.

Saya yakin anda semua faham benar bagaimanakah sliding door punya lock berfungsi. Dia bukan macam kau kena tekan-tekan ke apa. Sebab itulah ini aneh sekali. Cis tak percaya saya mengalami situasi terkunci kunci macam ini. Selama ini selalu baca pengalaman orang lain. GOTCHA, CHIKA!

Terus lesap mood nak tengok 500 Days Of Summer.

Et Cetera

Posted by chika under Uncategorized

These days saya tidak berkhasiat sangat. Maksud Puan tidak berkhasiat yang bagaimana? HAHA sengaja cakap tidak berkhasiat. Sebab asyik cakap tidak sehat saja. Pantang tak update 4, 5, 6, 7 hari mesti kasi alasan tidak sehat. Cliche sangat. Padahal kali  ini pon masih cliche. Sudah hampir seminggu tidak sehat.

Kejap. Nak serongkan sikit laptop sebab husband saya asyik nak mengintai. Saya bukan boleh orang jenguk-jenguk saya tulis entry ni. Macam ada debaran nanti. HAHA engkau pon sama kan?

Sambung.

Saya menghabiskan bahagian tidak berkhasiat saya tanpa sebarang agenda. Iaitu bernafas saja untuk menghabiskan hari. Sambil bernafas ;

  • Menghabiskan 2/3 waktu siang dengan terbaring-baring atas sofa. Macam orang sakit sangat padahal memang sangat sakit. TV on. Sebab kalau duduk sorang, I need noise (jangan too much) to make me feel occupied. Heh macam aneh.
  • Tak mahu makan. Tapi ada hati nak gain weight untuk buat saya rasa seperti perempuan normal. Menjadi kurus bawak badan 49 kilo (weh dah gain 2 kilo weh boleh tango sekarang!) macam ini sungguh not me. Sekarang dah tak faham macam mana perempuan kurus happy gila hidup dengan 40 kilo pastu komplen badan gemuk. Kelakar jom gelak. I just realised that I am actually happy with 55 kilos.
  • Main Wii. Baiklah saya janji tak sebut main wii sampai minggu depan. Macam asyik dengar benda yang sama lah bukan? HAHA habis dah aku ada Wii saja. Takkan nak gebang cakap main PSP pulak. I don’t have one T___T sniff sniff *tumpang bahu suami.
  • Hujung minggu dating. Aik bukankah tidak berkhasiat? Dating takda mengira khasiat. HAHAHA. Siapatah tu tanya ; Chika ni pergi vacation ke apa? Mana ada vacation. Husband saya tengah busy sangat ni kang minta vacation kang dapat vaccination kang. HAHAHAHA tak kelakar langsung bukan? Kami duduk rumah sahaja menonton movie. Biasalah weirdo ini mana masuk cinema. Semua movie pon harapkan DVD pirate dan harap husband saya download percuma saja. Pardon? Pisau Cukur? KAH KAH KAH. Dapat rasa macam saya tak akan menontonnya pada tahun ini ataupon pada tahun hadapan. Mungkin lagi lima enam tahun baru tengok (itupon nasib) Saya bukan tak suka filem Melayu neh. Tapi sebab berkahwin dengan Dr.MadeInIreland ni, menonton filem Melayu macam NO WAY gila. Bayangkan kalau saya bersuara macam ini ; Sayang download Pisau Cukur, Sayang. Aku dah tahu dah mesti kejap tu jugak dia berlakon babak muntah-muntah ke apa. But I can remember we watched Duyung last raya. Pastu suami saya macam enjoy the movie. I impressed. Tapi kalau aku ajak dia tengok filem tergedik-gedik Fazura Maya Karin entah apatah lagi tu, mati dia tarbiah aku siang malam. HAHAHAHAHA.
  • Selain berdating hujung minggu, kami juga berdating hujung minggu. KAH KAH KAH. Malam Ahad, kami naik Mt.Gravatt Lookout. Dating. Menyaksikan serpihan cahaya bandar Brisbane. Sumpah romantis HAHA. Just 2.6km away from home. Sangat dekat. Nanti bila rasa nak dating macam merpati dua sejoli, kami dah tahu dah mana nak pergi. Hoooooray! Dating.com.au (jangan surf, Istighfar Istighfar)

et cetera.

Semua benda pon macam blergh. Badan tak bertenaga langsung. Makanan semua geli. Tapi malam-malam asyik terkenang Laksa saja. HAHA. Tadi saya cuba makan nasi. Dua senduk nasik. Bukan saja tak habis. Malah setengah jam makan. Macam kids saja aku main-main dengan nasik tersebut. Blergh.

Eh kejap. Macam panjang saja entry ini. Macam sudah sehat lah bukan? Mungkin sudah sehat. Alhamdulillah. Kalau begitu, esok blog berjalan macam biasa.

.

.

Messages replied in bulk ;
Dah dah dah. Dah update dah. Jangan mesej mintak update lagi. HAHAHAHAHA. Comel gila sanggup mesej mintak update.

Nasik Lemak Nasik Lemak!

Posted by chika under Uncategorized

Tak tak. Tak jual. Not for sale.Tapi once broken consider sold. Apa kau merepek ni?

Macam diceritakan semalam. Sungguh kesian kat dia. Teringin karipap sampai terbuat nasik lemak. Kan dah cakap dah, I tak gebang heh. Walaupon muka saya selalu macam tak pandai masak saja, tapi jangan judge nasik lemak dengan muka saya. Muka saja macam tak pandai masak, tapi sebenarnya memang tak berapa pandai pon. HAHA. Namun demikian, manusia ini lahiriahnya memang boleh dididik. Sejak sudah tidak solo ini, saya dah pandai dah masak. Taklah macam pandai gila. Tapi macam memandai-mandai tu bolehlah.

Semalam saya telah membuat nasik lemak dengan penuh penghayatan tapi ada sikit aneh. Aneh sebab tiba-tiba saja beras telah menjadi nasik lemak. Ikan bilis telah menjadi sambal. Sekelip mata. Fuuuu sumpah laju aku masak. Macam tak boleh percaya saja. Mungkin sebab saya tak boleh tahan lama-lama duduk dalam kitchen. Pusing kepala tujuh keliling dibuatnya. Jadi saya mempaksa diri untuk masak laju-laju. Apa yang penting? Siapa cakap kerjasama siap dia. Apa yang penting ialah mempunyai rasa yang boleh dimakan. Sebab kalau memasak, tapi mempunyai rasa yang tak boleh dimakan, baik jangan masaklah. Nanti boleh membawa kepada gejala radang hati.

Bukti mana bukti? Dah tahu dah. Macam biasalah bukan? Setiap kali saya cakap saya masak, mesti ada yang mintak gambar jadi bukti. HAHAHAHAHAOHTAKPERCAYA?

DSC05098

Rebus telur bukan susah pon.
Neh kalau ada yang tanya resipi merebus telur, eloklah kita rebus orang tersebut dahulu.
HAHAHAHA.

Saya rebus dalam microwave. Senang. Pastu saya biar dia dalam situ sampailah saya ada hati nak keluarkan dia dari microwave. HAHA. Sementara itu bolehlah saya melakukan aktiviti bebas seperti racing Wii kejap (pastu kalah aku sakit hati terus blah %$#@!!@#)
DSC05099

Sambal tumis ikan bilis.

Hoooooray! Tumpang lalu, nak berlagak kejap. Rasa nak menangis keluar hingus semalam. Sebabnya, inilah kali pertama saya telah membuat semangkuk sambal tumis terpaling jadi in my life. Pastu macam biasalah. Berasa tak percaya dan disertakan dengan rasa tinggi diri.

Setiap kali masak, saya memang ada perangai yang macam comel (eceh). Iaitu, kalau 7 kali buat sambal tumis, 7 kalilah saya pakai cara yang berbeza. Hasil dia, memang berbezalah kemudiannya. Dia jadi macam ni sebab saya malas salin resipi. Nak ingat resipi apatah lagi. Jadi biasanya saya akan masak secara ingat-ingat lupa. HAHA tak kah comel? Okay tak comel T__T

DSC05101

Timun tak disertakan.
Ikan bilis goreng juga tak disertakan sebab I dah tak sabar nak get out from the kitchen.
Ayam pula hanya digoreng di dalam hati.
HAHAHAHAHA.

Suami saya balik jam 6.45pm semalam. Masuk garage saja, terus cakap ; Yang, masak nasik goreng eh?

Mentang-mentanglah saya semedang masak nasik goreng, nasik lemak pon dituduhnya nasik goreng juga T____T Kecik hati isteri. Eh tak.Kecik hati nasik lemak. Selepas itu, saya tak jawap sebab macam gedik nak buat surprise dalam bentuk nasik lemak. Anggap saja ini romantik.

Suami saya terus pergi dining table. Oh ada sambal tumis. Dia pon kelihatan gembira dalam hati macam baru semalam bernikah (ceh tetiba) Terus basuh tangan. Pastu terus ajak makan.

I buat nasik lemak.

Tadaaaa. Konon-konon surprise.

Huh? Yerr?! Nasik lemak? Huyyoooo terror.

Pastu suami saya dah excited dah terus ajak makan. Saya apalagi. Makin syok ah. Paling seronok kalau dapat tengok suami seronok dengan apa yang kita buat. Macam rasa dunia ni milik berdua orang lain macam halimunan dah. Haha over.

Kami pon makan secara sedap. Menikmati nasik lemak Aunty Chika. Lebih nyaman, sepanjang sesi dinner tersebut, saya dihujani puji-pujian atas kecemerlangan sambal tumis. Apalagi, dalam hati dah tango dah. Tapi muka masih steady macam tak bangga sangat. Padahal … HAHAHAHA.

Siapa teringin nasik lemak, pergi beli di hujung simpang kawasan masing-masing. Kalau kawasan anda takda simpang, cariklah di simpang kawasan lain. HAHA. Anda bertuah sebab boleh main order order saja di hujung simpang. Aku jugak kena bertungkus lumus masak sendiri T___T

Disebabkan semalam dah masak nasik lemak, jadi kita ambik cuti 3 hari. HAHAHA. Harini tak bercadang nak masak apa-apa. Malam ini boleh late night shopping. Boleh late night eating juga.

-Habis cerita nasik lemak-

.

.

Pagi tadi saya on Channel 9. Ada catwalk untuk summer dress. Maxi dress show. Saya pon macam seronok tengok. Tiba-tiba, keluar satu baju yang macam kenal saja. Woooa. I kan suka excited lebih. Ingat baju INI?
DSC05103

Yes baby. Model di atas tengah memperagakan maxi dress yang sama. Yang macam saya ada tu. Fine weh. I excited. Sebab baju tu baru nak featured, I dah beli dah. Going to buy moaare and moaare! Dah nak summer kan. Seronok pakai macam ini for ventilation. NATURAL VENTILATION. Haha.

Bila Bulan Merambang

Posted by chika under Uncategorized

Lama dah tidak menulis secara rambang. Memandangkan hari ini rambang mata tak tak tipu saja. Memandangkan  hari ini berasa terlebih sehat, cukup khasiat, cukup kasih sayang dan cukup cantik punya mood, saya macam nak menguruskan hal-hal domestik. Hal-hal domestik? Err … hal-hal dalam rumahlah. Peruntukan masa untuk blog adalah macam tak ada, jadi kita akan mentulis secara rambang. Bukan secara mambang. Amboi biasa tu dia orang tulis lain dia baca lain.

  1. Dah dua tiga hari dah asyik terkenang-kenang kenangan memakan karipap. HAHA. Jadi pada hari yang terlebih sihat ini, saya akan memasak nasik lemak. KAH KAH KAH. Habis, nak buat karipap mana tahu. Jadi kita buat nasik lemak saja. Macam loser bukan? Kesian kat dia. Teringin karipap tapi membuat nasik lemak. Apa yang penting? Bukan kerjasamalah! Apa yang penting ialah membuat sesuatu untuk mengatasi keinginan. Macam tak boleh blah.
    .
  2. Hari ini cuaca cantek sekali. Secantik cuaca yang cantik. Sesuai untuk menjadi Aunty kedai dobi. Sudah dua hari takda membuka kedai dobi. Sebab everyday pon mahu raining saja. Hari ini saya akan mendobi. Err. Ni ada jugak yang pikir aku buat part time kerja kedai dobi ni kang. Aih, cubalah bawak-bawak membawa between the lines. HAHAHA.
    .
  3. I akan busy sikit these days (ceh, mentang-mentang nak cakap busy, terus paka ganti nama I. Gedik macam selalu juga) Ada projek mengaitkan blog yang akan dibuat secara bertubi-tubi. Err. Macam ada kemungkinan kecil yang nurulism.com ini akan ditutup selama-lamanya. HAHA tak kelakar ok kau cakap macam ni. Tak tak. Pada hari terpilih kelak, saya akan off blog ini kejap. Kejap tak kejap la kot. Untuk sesi andaman blog. Apa engkau tak bosay (sengaja tulis bosay, sebenarnya bosan. Gedik gila aku) hari-hari tengok muka blog yang sama? I dah bosan dah. Dah lebih setahun dah muka dia macam ini. Jadi kita akan ubah muka dia kepada muka yang tak macam muka dia lagi. Biar nanti anda pon takda kenal lagi blog ini. Saya pon takda kenal lagi blog ini. Dan blog ini pon takda mengenal dirinya lagi. KAH KAH KAH bukankah macam best?
    .
    .
  4. (kejap, Tya kacau)
    .
    .
    .
  5. Disebabkan Tya masih ditalian, saya dah tak boleh concentrate dengan perkara-perkara  rambang lainnya. Jadi saya akan berhenti sekarang. HAHAHA Semua orang boleh salahkan Tya sekarang. Ok bye.

Wedding in Putrajaya

Posted by chika under Uncategorized

Fu fu fuh. Bersusun entry dalam draft. Apa jadi pon, saya tekad membawa berkad (sengaja nak pakai konsonan ‘d‘. HAHA gedik) harus publish semua entry kasi kosong draft. Dengan itu, saya akan membawa anda ke sebuah lagi cerita perkahwinan. Habislah, bagai dikata. Setiap kali orang kahwin, setiap kali kami pon perasan pengantin. Taklah perasan macam nak pergi isi borang pastu bersimpuh atas bantal cantek malu-malu tunggu tok kadi ke apa. Tapi macam perasaan syok yang susah nak cakap. Disebabkan berasa syok sampai susah nak cakap, okay takyah cakap dah. Teruskan.

Reception sebelah lelaki (my BIL punya side) diadakan di Putrajaya pada 3 October. Dan pada 4 October nya, kami berdua pulang ke sarang. Heh Brisbane maksud saya. Err. Teringat kenangan kami punya reception. Selepas majlis sebelah my husband, esoknya kami terus fly ke Ostolia membawa cinta yang sarat. Apa kau cakap ni?

Warna tema mereka ialah Maroon and Red (something like that).

DSC01364

Jadi pengantin lelaki pakai Maroon, pengantin perempuan pakai Merah.
Fair and squarepants.
HAHA gatal kau Chika bajet pengantin.

Tak tak. I gurau gurau saja.

Phew. I pakai kebaya! I pakai kebaya! Terlalu lama takda berkebaya.Sebenarnya saya tidak minat kebaya. Sebab kebaya paling cocok bagi si langsing kalau tak cukup langsing berasa gusar saja setiap kali berkebaya. Paling saya tak berapa berkenan ialah Indonesian Kebaya. Sumpah tak minat. No wonder masa pergi Bandung I tak beli sehelai pon sebab I tak found them interesting. Jadi to playsafe, I prefer modern kurung. Tapi kakak butik baju tu pandai sangat gebang itu ini sampai akhirnya I tercuba baju tersebut dan terbeli sebab husband kata tercantik pulak. Sekali lagi, apa kau cakap ni?

Chika, keluar kau kejap! Kami nak tengok pengantin baru bukan nak tengok pengantin tak berapa nak baru kebayalah langsing lah modern kurung lah apalah %$#@!# HAHA. Fine laaaa. Di bawah ini saya sertakan gambar pengantin sebenar berpakaian sedondon (tak tahu macam mana kalau pengantin tak pakai sedondon. Macam pengantin perempuan pakai gown kuning, pengantin lelaki pakai baju melayu bertanjak berkeris berpistol merah. HAHA tak kelakar langsung) Merah menyala mereka ini. Kira kalau orang tak nampak juga pengantin, memang takda mata orang tersebut.

DSC01361

Merah kan merah kan?

Pelamin.
Bukan foto saya punya. BUKAN FOTO SAYA PUNYA.
Kena nyatakan jelas-jelas sebab perangai ambik foto orang tak bagi salam memang biadab.
(credit : www.quiyah.blogspot.com)

Dengan slogan ; Seronoknya naik pelamin kelepak kelepak gedebung!

Okay saya tak ada banyak pon gambar pengantin. Tapi gambar yang ‘macam pengantin’ ada sikit. Saksikan kalau nak. Kalau tak nak, tak apa. Pergi bersenam sekarang.

DSC01355

‘macam pengantin’ bersama ibu mertua.
Emak seragam merah huuuyooo comel.

DSC01359

‘macam pengantin’ terpaksa merakan foto atas bench sahaja. Sebab pelamin dalam hall bukan untuk kami T___T
Eh I always adore bila Si Dia (haha Si Dia. Tiru Majalah REMAJA) pakai songkok. Ah kau Chika, diam! Husband kau pakai apa pon kau nak adore. Takyah cakap dah.

DSC01362

Selamat memasuki gerbang perkahwinan.
Tak tak. Ni ucapan untuk mempelai.
Binalah Masjid dengan penuh penghayatan. Sebab ianya sebuah Ibadah :)

Engkau ingat kahwin ni suka-suka?
Tuntutan dia besar. Terlalu besar.

DSC01356

Sebelum anda pergi, maafkan I sebab letak gambar ini. HAHAHAHA.

Pagi tadi sebelum pergi kerja, macam biasalah Si Isteri membuat pesanan yang sama. Kira lepas 13 tahun nanti, anak-anak kami pon dah boleh hafal dah pesanan Emak kepada Bapa ini sebab setiap hari pon sama. Tak kreatif langsung Emak dia. (eceh)

Sayang jangan balik lambat
(hari-hari pon I pesan macam ini)

Tak tahu lagi la Yang. Sebab harini pon macam banyak keje.

Ala :(

Sorry
(
Pause kejap. Tiba-tiba dia sambung lagi) …
Sorry naik Lorry.

Huh? &^%$@!##@!
(I was like … daaaa?!)

Nanti i balik naik lorry.

Baiklah. Suami saya dah pandai dah cakap macam itu ; Sorry naik lorry.Mesti dia pernah dengar saya cakap macam ini. Pastu dia tiru -_-”

Wedding In Ipoh

Posted by chika under Uncategorized

Phone ringing. Terhegeh-hegeh lah makcik 23 tahun ni berlari naik tangga. Tapi disebabkan dia ringing jam 5.30 petang, terhegeh-tergedik jugalah saya menjawapnya. Sebab dah tahu dah itu mesti boyfriend I call. Aik masih punya pacar? Err. HAHA.

Yang, I balik lambat tau harini. Kerja I banyak sangat ni tak habis lagi.
Ala. (sentap)

Ala Yang. Sorry ok.
Ishk. (protes)

Okay Yang, I have to go. Kalau tak lagi lambat kang.
Ok. (Tak ok sebenarnya)

Punyalah crying in my heart. Dah siap-siap dah saya tunggu husband balik nak tengok Deal Or No Deal sama-sama. Sedih sekali. Tapi tak apalah. Tak marah pon. Tak ada jalan nak marah lagipon. Bukan husband saya suka-suka nak menghadap hospital tu. Dia pon mesti penat. Kesian.

Disebabkan mengisi waktu-waktu petang begini secara solo dianggap macam kesian saja, jadi saya akan menconteng blog untuk membazirkan waktu. Bazir sekarang. Membazirlah. Membazirlah. Time, faster please!

26 September yang lalu … KAH KAH KAH cerita macam basi tapi tak apa. Kita panas kan semula dalam ketuhar gelombang mikro. 26 September merupakan tarikh yang cantik. Iaitu hari lahir suami saya. Happy Birthday Sayang! (Biar lambat asal bergaya) Saya menghadiahkan beliau sebentuk cinta beserta sekeping kad cinta. Bukankah cinta itu lebih tinggi nilainya dari perkara duniawi yang lain? Cakap macam bagus saja HAHA. Maka pada tarikh yang sama, kami juga melangsungkan pernikahan. Whoaat? Acah saja. Mana mungkin bernikah dua kali. Terima kasih Sayang sebab Engkau Terima Nikahku dengan mas kahwin RM111 tunai. Sah. Jom dating.

Serius sekarang.

26 September 2009, my brother in-law bernikah dengan pilihannya Narquiyah Halil. Sebab itulah last time kami sama-sama balik Malaysia. Kalau tidak, belum tentu husband saya balik T__T Nikah dekat Ipoh. Kami pon tumpang sekaki perasan pengantin.

DSC01287

Pengantin sangat kan husband saya? Dengan baju melayu satin putihnya. Bersinar-sinar lagi. Over tau. Nasib baik saya pakai tudung mustard. Kalau I pakai tudung putih sekali dengan veil and crown, matilah kena bambu dengan Quiyah. HAHAHAHA. Tumpang lalu.

DSC01288

Si pucat ini macam biasalah. Sana sini merayap bawak muka terbengkalai ini. Apa nak buatlah. Memang ada satu muka saja. Kalau saya ada beberapa muka, boleh juga salin bila perlu. Suka atau tidak suka, engkau tataplah muka ini.

Bila menjejak masuk sahaja ke dalam surau (tempat upacara nikah) saya dah berasa macam over dah. Orang lain pakai baju warna warni steady saja. Kami suami isteri bukan main baju seragam putih. HAHA.

DSC01293

Ok dah nikah dah (tetiba) HAHA. Sarung cincin. Bagi kami pengantin yang tak berapa nak baru ini, kami pon buat upacara sarung cinta. HAHAHA heh gedik kau Chika. DSC01299

Selamat Pengantin Baru.
Hasrul Andry dan Nur Narquiyah.
Happily Ever After.

*boleh dating sekarang*

DSC01300

Selamat  Ulangtahun, Sayang!

DSC01303

Aih dia ini T____T
Seronoknya dapat hantaran.
Saya harap lain kali suami saya sudi memberikan saya hantaran lagi sekali. Takyah banyak dulang. 5 dulang pon cukuplah T_____T Habis esok petajng suami balik bawak dulang. HAHAHAHAHA tak kelakar langsung. Diam sekarang.

DSC01307
Kami dah kahwin dah.
(eceh bagitahu macam orang lain tak tahu saja)
Hoooooooray!
Seronok ah kahwin.
Kalau tahu macam ini punya seronok berkahwin, masa tingkatan 3 lagi dah kahwin dah.
*dengan harapan bapa skip perenggan ini bila dia semak blog saya kelak*

DSC01315

Keluarga kami.DSC01318 DSC01318-tile DSC01319

Inilah dia yang dinamakan upacara sarung cinta.

Habis majlis, kami pulang ke hotel. Dan bercinta di cafetaria macam merpati dua sejoli. Setiap kali orang bernikah, setiap kali itulah kami perasan macam pengantin. Susahlah macam ini T___T HAHAHA.

Entry habis dah.
Apa tunggu lagi?
Boleh pergi riadah sekarang.