KL When It Sizzles
Kesian kat dia. Jarang dapat balik KL. Jarang menikmati Malaysia. Jarang makan KFC. Tak tahulah apa nak jadi dah dengan dia itu nasib baik ada orang sayang. HAHAHAHA. Husband saya lah. Saya pon tak tahu berapa percent kah dalam usianya selama ini berada di tanah air. Sangat sikit barangkali. Tahun lepas dia berada di Malaysia untuk mengorat I (lebih kurang macam itulah HAHA). Awal tahun ini, dia di Malaysia untuk tujuan bernikah. Kemudiannya bagai camar terbang pulang, pulang semula ke Ostolia (sengaja puitis) Hujung tahun (bulan september lalu) dia pulang untuk majlis kahwin. Hep bukan dia berkahwin! Dia sudah ku kahwini. Abangnya yang berkahwin. Untuk urusan sengaja nak pulang-pulang, macam tak ada. Sebab dia busy bekerja. I pon (ceh nak jugak)
Bila ada peluang balik Malaysia, suami saya akan pasang niat untuk mengerjakan benda-benda yang tak dapat dikerjakannya di sini. Dan benda yang nak dikerjakan tersebut semuanya wujud dalam bentuk makanan HAHAHA.
Last time, saya berada di Malaysia selama sebulan. Tapi suami saya cuma dua minggu saja. Dalam dua minggu itu, berteriaklah kami suami isteri carik makan. Alhamdulillah. Semua yang ada dalam senarai, kami dapat buat semuanya. Ceh, siap senarai.
1. KFC
Suami saya ni faham-faham sajalah. Duduk Ireland dulu, KFC tak halal. Pastu duduk London, pon KFC tak halal masa itu (tak tahulah kalau sekarang halal). Duduk Australia pon tidak halal juga di Brisbane ini. Jadi bila dia dapat balik Malaysia, sekali dalam bulan biru (?) mesti kena makan KFC. Lagipon macam yang semua maklum, KFC Malaysia adalah yang macam tersedap dibandingkan dengan kebanyakkan negara lain. Menurut fakta yang macam boleh dipercayai. Yang saya pasti, KFC Arab Saudi memang tak best. KFC Indonesia adalah pelik. Dan rakan saya cakap, KFC Australia pon tidak best juga. Malaysia cemerlang. #@!#%$#

Ini dekat Ipoh.
Husband saya cakap, KFC dia tak cukup juicy ke apatah.
Dia kata, failed.
2. KOREAN BBQ

Husband saya suka sangat makan dekat Korean BBQ. Teringat masa kami dating dulu. Pon dia pernah bawa saya dan adek saya makan dekat restaurant tersebut. Selepas kahwin pon ada sekali makan dengan ibu mertua.
3. BASKIN ROBBINS CHOCOLATE FONDUE
Dekat sini tak ada T___T Bukan tak ada BR, tapi tak ada chocolate fondue. Haagen Daaz pon tak ada. Apalah Ostolia ni. Maka pada satu petang di musim bunga (musim bunga dalam hati), kami pon ke Pavilion carik Chocolate Fondue ini. Dah lama sangat dah nak try tapi asyik ada aral melintang saja. HAHA. Nak makan ais krim pon ada aral melintang macamlah penting sangat.

Ya Allah antara setitik daripada jutaan nikmat dunia.
Comelnya si bulat semua. Okay saliva merembes.

Apa akallah BR dekat sini tak ada yang macam ini, kalau tak ______ (isi slogan lagi)

Licin. Makan laju-laju sebab takut tak sempat solat.
Kalau tak agaknya, dah pergi cuba Haagen Daaz pulak.
HAHA.
4. ROJAK

Rojak pon masuk dalam senarai juga.
5. CENDOL

Cendol tepi jalan dekat Bangi.
Rindunya dengan Cendol.

Seronok tahu makan cendol tengah hari buta, tepi jalan macam ini.
7. WILLIAM


William ini takyah cakap lebih-lebih lah. Ramai blogger semua kenal William. Saya terpengaruh dengan Farah dan Ib. Asyik cerita nak pergi William saja. Jadi satu malam tu, masa saya dekat rumah Mertua, saya call Farah ajak pergi William.
Makanan dia memang best. Daging yang dia provide memang berkualiti no wonder harga dia boleh tahan juga. Saya bukan tahu sangat nak tengok kualiti makanan ni. Tapi husband saya cakap, daging dia memang bukan jenis murah. Sebab itu makanan dia mahal. Mahal tak mahal, harga satu plate dia sebenarnya jauh lagi murah kalau dibandingkan dengan makanan dekat Ostolia ini. Macam yang saya pernah cakap, dekat sini makan agak mahal. Jadi secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan William. Entah bila akan pergi lagi. Atau mungkin tak akan pergi lagi sob sob sob. Sudahlah jangan menangis. Pergi basuh pinggan sekarang.
Sebenarnya banyak lagi aktiviti menghiburkan selera yang kami buat. Seperti pergi pasar malam. Sumpah saya tak rajin pergi pasar malam sebenarnya. Tapi sekarang bila dah tak boleh jumpa pasar malam dekat Wishart ni, saya dah jakun dah dengan pasar malam. Kami berdua pon jalan-jalan pasar malam carik keropok lekor lah, carik air asam jawalah, air kelapalah. Pathetic gila.
Rindu Malaysia.
Dekat Malaysia ada keluarga. Dekat Malaysia ada masakan emak dan makyang. Dekat Malaysia ada kawan-kawan kesayangan. Itu saja. Selebihnya, Ostolia macam memang best.




November 25th, 2009 at 12:53 pm
1!! berjaya x. ahah
chika Reply:
November 25th, 2009 at 1:29 pm
Berjaya Times Square :P
Tahniah.
Collect hadiah dekat Times Square :P
November 25th, 2009 at 12:55 pm
wah! banyaknye makan..
chika Reply:
November 25th, 2009 at 1:28 pm
Jarang balik, sekali balik kenalah makan banyak banyak :D
November 25th, 2009 at 12:55 pm
William memang terbaik.. sy penah makan situ dulu.. ape bende ntah name die.. arabiata .!#$ .. argh.. lupe dah..
.. dan saya bangga sy org pertama komen setelah sekian lama menghilang…
(plzz.. jadikanla aku org first yg komen post ni)
chika Reply:
November 25th, 2009 at 1:28 pm
Maaf Zul.
Anda bukan orang pertama. Maaf
HAHAHA :P
Zul Reply:
November 25th, 2009 at 1:38 pm
aik.. ketiga? ok gak.. dapat medal gak.. haha..tmpt ke4 dan kebawah jangan marah.. haha..
cik chika.. post ko ni buat den lapar la pulak.. haduihhh
chika Reply:
November 25th, 2009 at 1:42 pm
Hadiah disediakan sampai tempat kedua je. HAHA
November 25th, 2009 at 12:56 pm
oh yek. korean bbq tu katne aaa?? dr dulu nak try. x jumpe2 T.T
chika Reply:
November 25th, 2009 at 1:28 pm
Aku penah pergi kat OU dengan Metropoint Kajang.
November 25th, 2009 at 1:18 pm
eh..eh
cendol tepi jalan kat bangi tu pon tmpat feberet i tau
chika Reply:
November 25th, 2009 at 1:27 pm
you dok bangi ke?
Zul Reply:
November 25th, 2009 at 1:37 pm
nih cendol sebelum sampai warta tu ke? ke silap? huarghh
chika Reply:
November 25th, 2009 at 1:42 pm
ye kalau tak silap.
Tapi yang ni tak sedap la.
Yang sedap kan, yang dekat dgn ukm tu. Yang jalan nak ke Semenyih. Tepi-tepi hutan tu.
zu Reply:
November 25th, 2009 at 6:14 pm
dkt2 dgn semenyih tu mmg bes…i like
November 25th, 2009 at 1:23 pm
sedapnye..waaa.perut lapar nih
chika Reply:
November 25th, 2009 at 1:26 pm
Dah lunch ke blom?
November 25th, 2009 at 1:25 pm
salam,
hi…sedapnyew…nak tanye yg choc fundue tu…kat mane2 BR (Msia) ade eh??
chika Reply:
November 25th, 2009 at 1:26 pm
Salam.
Tak. Tak semua kedai ada. Kena carik. Sebab tu la last time kitorang sampai pergi pavilion.
kiera Reply:
November 25th, 2009 at 1:28 pm
wohhh..menarik nih…kena try..
chika Reply:
November 25th, 2009 at 1:30 pm
Ye kena try :)
kiera Reply:
November 25th, 2009 at 1:33 pm
thanx chika.. =))
chika Reply:
November 25th, 2009 at 1:36 pm
sama-sama
HAHA
November 25th, 2009 at 1:33 pm
Woweee… choc. Fondue …
dapp nye…. lame x makan..
chika Reply:
November 25th, 2009 at 1:35 pm
sedap kan.
Chocolate panas.
Dengan ice cream.
yummy….
November 25th, 2009 at 1:46 pm
dalam stiap gambar..husband kamu mesti pakai kemeja…huu
chika Reply:
November 25th, 2009 at 1:52 pm
Dia memang penggemar kemeja.
November 25th, 2009 at 1:48 pm
kat van cendol tu ade jual laksa kew??yg kat jln nak gi semenyih tu..
chika Reply:
November 25th, 2009 at 1:52 pm
ha ah. ha ah. Ada.
Tahu eyh?
kiera Reply:
November 25th, 2009 at 1:56 pm
jap2x…cendol ni kat sblh petronas kot tmpt dea menapak…same kew??? huhuhu…penah mkn kat area2 tu..
zu Reply:
November 25th, 2009 at 6:15 pm
ade satu tmpt lg dkt jln sg merap…kwsn kilang…tu i mkn cendol die mmg bes…melelh habis…haha….
November 25th, 2009 at 1:50 pm
droolingnya entry ni… trus rasa teringin nak makan BR Chocolate Fondue tu..aisehh……
and yeshh, William sedap gilerrr..dahla banyak makanan dia.. ..drooling lagi..iskkkk
chika Reply:
November 25th, 2009 at 1:53 pm
Dah drool tu, apalagi …..
HAHA
November 25th, 2009 at 1:54 pm
boley ganti maria tunku sabri ni =P
chika Reply:
November 25th, 2009 at 1:55 pm
takmo la kang badan macam kena pam. HAHA
November 25th, 2009 at 1:57 pm
ya rabbi…sedapnye sumer2 yg di atas…da r lapo gaban neh…william pon sedap (yang ket tepi jalan tu kan chika??..kalo yg tu..siap boleh butakan mata la kalo ade tikus besar lalu kat tepi x bg salam…)
cherrie Reply:
November 25th, 2009 at 2:18 pm
ha ha.. btul..serius tikus dia besar tak hengat
November 25th, 2009 at 2:53 pm
aiyark,bapak besh !
nih korang qada’ makan eh, haha, anyway sedap giler, cop ,berat naik? hehe
November 25th, 2009 at 2:56 pm
chika.. balek nnt..try mkn aym penyet lak..
itu sudah mcm jd trade mark skrg..
musim ayam penyet.. eheh.. :D
November 25th, 2009 at 2:57 pm
wuaaa chika bleh wat rancangan jalan2 cari makan laaa. mcm2 mknn enak =D err sekaligus entri makanan ni rs nak pengsan lak T__T
padahal sbb baca entri lepas lunch. sengkak perot ku ;p
November 25th, 2009 at 4:04 pm
bila puan chika nk bawak akak jalan2 kat ostrolia ni? ehem ehem
yonnaism Reply:
November 26th, 2009 at 2:54 am
kakak masy suka perasan tau.bencik hahaha
Masy Reply:
November 30th, 2009 at 10:10 am
ape plaakk.. akak tanye laa hahaha
November 25th, 2009 at 4:47 pm
k.chika!!
william mmg sdp..
carbonara meatball dia marveloooussss!!
cheese byk gile3…haha..
smpai gile cheesee tu..kui3..
thumbs up!!
nk g william la mlm ni..
*jelesh x??hahaha..
November 25th, 2009 at 6:13 pm
salam…
cendol yg u mkn kat bangi tu i pn slaloo pg jgk mase study dulu…
mmg bes la…tp ade kedai bwh pokok yg lg bes kat bangi tu…
wahhhh rindunyer bangi….
November 25th, 2009 at 6:29 pm
mmg chips kfc tak sedap kat sana. tapi fillet-o-fish and apple pie mcD superb. and semestinya……. OPORTO!! owh and the pizza. banyak rindu makanan kat sana jugak sebenarnya….
November 25th, 2009 at 8:40 pm
william..makanan mmg best..ditambah bila ada lipas jalan kat kaki pn tak prasan..pastu tikus plak tunjuk brani..haha..tp i pegi jugak DULU..right now da fobia sket since my bf ilang kete kat situ awal tahun aritu…isk isk
November 25th, 2009 at 11:10 pm
pergh bab cokelat tu yang tak boleh tahan. kecur saya dan orang rumah tengok (hu3).
November 26th, 2009 at 2:57 am
weh.ais krim bulat comel tu habis semua korg 2 bantai kah??? mak haiii byk gilaaaaaaaaaa!
i mmg jakuk! serius x penah mkn mcm tu :p ngeeeee. selalu mkn ais krim dlm mangkuk tu ja lah.
nasib lah naruto masih ada keinginan makanan Malaysia. kalau tak,makan lah u keseorangan :p
william mmg terbaikkkkkkkkkkkkkkk. sampai uncle william tu pernah tegur kawan i sebab order blue cheese. dia ckp cheese tu org oversea ja mkn.org malaysia mana makan hahaha. so mmg nampak lah kebaratan makanan2 dia :D
November 26th, 2009 at 10:26 am
chika, sangat mengiurkan….ko buat ahkak kelaparan ketika ini…walaupun ahkak baru lepas breakfast….
selamat menyambut hari raya aidiladha chika… ;)
November 26th, 2009 at 1:30 pm
chika, kfc msia ni dah bwh johor corp, dats y lain sket rasanya. anyway, just for your info, kfz di kemboja juga sudah bawah johor corp makna nya halal lah. :)
chika Reply:
November 26th, 2009 at 1:40 pm
Ha ah I tahu pasal KFC Malaysia tu. Oooo kemboja pon? waaaa bila nak ambik KFC Brisbane ni? HAHA
November 27th, 2009 at 11:33 pm
yummy … salu mkn kt William dulu… and owner william tu ader kazen ker siblings dier bt tpt mkn same konsep dgn William.. SS2 tak salah.. lol tpt tu pon leh tahan… lol salu gi dgn nieja …
tapi klaw portion size… huh William terbaek… i loike !! brupppsss !! ;)
November 29th, 2009 at 9:04 am
hoho..bestnyer makan/minum cendol tuh..hurm..well kfc best yang spicy jer..yang ada2 perisa tu semua tak best…
December 2nd, 2009 at 12:29 am
Eh, apa tu William? Mana tu?
chika Reply:
December 2nd, 2009 at 7:24 am
Jullian,
its a Chinese restaurant (tepi jalan dekat PJ) tapi halal punya.
Kira macam kedai tepi jalan tapi menu dia like hotel dishes only :D
We’ll go there someday :)
But if you want the direction, I can give you. You should try
December 2nd, 2009 at 9:45 pm
ayong icecream ko 2 perhhhhhh!!!!! tip top ilebiu
December 5th, 2009 at 12:25 am
halal ke?dlm jakim pnyer website x der pn.
rndu bangi…syurga mknn dunia….sjak duk klang nih asik mendung jek…