Little Black Box

Fine. Kali ini tak akan bagi alasan TAK SEHAT sebab tak mentulis blog. HAHA. Sebenarnya semalam pergi Sydney menyaksikan Australian Idol final di Opera House. Waaaaaa best nya Chika!

Tidak best sama sekali.

Sebab tipu saja. HAHAOKAYBALINGTEPUNG sekarang.

Ada hati nak mentipu orang cakap pergi Sydney. Padahal semalam terserempak dengan seorang reader dekat surau Harbour Town. Macam berani sangat nak mentipu lagi. HAHA.

Semalam turun Harbour Town. Bukan Pearl Harbour walaupon macam ada berharap banyak sekarang saya bukan di Aussie tapi di US. Brisbane panas sangat sekarang ni macam Sizzling Mee. Macam saja. Bukan nak cakap Brisbane itu Sizzling Mee. I tak suka sizzling mee. Okay dah emo dah macam Elmo saja. Pagi-pagi menonton Elmo dan ikan emas peliharaannya Dorothy. Apa kau cakap ni Chika?

Bagi saya inhale kejap.

Lama tak turun Gold Coast. Semalam pergi juga membawa muka yang macam inilah. Yang kurang berkualiti ini tapi manis ada. Okay Chika, kami nak blah sekarang. HAHAHA tak tak tak manis. Bergurau saja. Pergi Harbour Town semata-mata sebab nak makan seafood. Harbour Seafood kan is the best berapa kali nak cakap? Okay tak pernah cakap lagi. Simpan dalam hati sekarang. Harbour Seafood is the best.Favorite husband saya. Saya? Kalau husband saya suka, saya pon suka juga. Eceh, isteri baik.

Err. Apakah dibuat lagi selain makan seafood? Kami juga membeli-belah toys. HAHA comel sekali. Bukan untuk siapa-siapa tapi untuk saya sendiri. Bukan dibuat main pon. Sengaja beli sebab memang suka toys. Selepas itu ditonton semasa gloomy. 23 tahun saja. Forgive me about that. Dan terpaling menseronokkan, semalam terjumpa Barbie’s Electronic Keyboard. Sumpah hebat sampai kami tak sabar-sabar dah nak try. Function dia sangat hebat sampai kami pon terbosan-bosan. Habis, kami berdua ini mana pandai note keyboard. Susah nak cakap betapa hebatnya Barbie’s Keyboard tersebut. Disebabkan susah nak cakap, macam biasalah kita takyah cakap dah.

Dalam surau dekat Harbour Town Shopping Centre, ditegur oleh seorang gadis Melayu.

Akak, akak ada tulis blog ke?

Err. Ada.

Saya ada baca. Akak la kan yang kawen dengan Naruto tu kan? (Okay tak tak. Dia tak sebut Naruto. I sengaja gedik)

Ha ah. (senyum)

Ramai baca. Saya dapat link akak pon dari kawan-kawan. Pass link dari New Zealand ke Australia.(lebih kurang itulah dia cakap)

Baiklah. Terharu gila. Pastu husband saya cakap ; You ni macam celebrity pulak pergi mana-mana pon ada orang kenal.

Urght. Jangan cakap macam itu, Sayang. Saya tukang goreng blog saja. Selebriti-selebriti ini saya tidak gemarlah. TIDAK GEMAR. Tapi bila ada readers tegur, saya appreciate. Kalau nampak saya, bawak-bawaklah berteguran. Jangan jadi macam ini ;

Chika, tadi kau ke kat KLCC? Pakai baju hijau. Dalam Parkson pilih bantal.Aku usha dari jauh je.

Ya Allah. Tak berapa comellah macam ni. Lain kali pergilah dekat saya. Pastu tolong sekali pilih bantal. HAHAHA gila comel. Baiklah. Sampai sini sahaja cerita macam comel ini.

.

Little Black Box itu lagu Stan. Pemenang Australian Idol. A catchy song.

Recent Entries

57 Responses to “Little Black Box”

  1. yonnaism Says:

    babe,kalau mat2 saleh nak google tajuk lagu little black box tu,pastilah dia meracau kalau tersesat masuk blog u HAHAHA

    ehh gambar takde? agaggagaa :p

    chika Reply:

    Mat Saleh tu cacat la tu boleh sampai link I. HAHA

    Gambar ada. Tapi sekali lagi alasan yg sama ; Panas. Tak larat upload gambar.

    hehe

  2. farah aminuddin Says:

    yay stan menang! hahaha :p

    chika Reply:

    lagu dia catchy la i suka.
    tapi Hayley pon cool juga.
    but she’s only 17.(so what?)

    haha

    stan got the VOICE la kan?

  3. edryna wanie Says:

    update pun.
    :)

    chika Reply:

    Ingat nak update menjelang Winter nanti. Tapi takpela. HAHA

  4. Ira Says:

    hihi..nk jd da 1st person yg comment..(^__)^
    suka barbie yea..
    k.chika da dpt mkn roti canai ke??kiki..

    chika Reply:

    Sudaaaaaah!
    Tak sabar nak makan lagi dan lagi dan lagiiii.
    Lagi best kalau dapat Asam Pedas

  5. Ira Says:

    aloo xdpt la plak..
    next time la..
    sob3..:((

    chika Reply:

    HAHA takpe cuba lagi.
    Adat pertandingan (tetiba)
    :P

  6. feez Says:

    terupdate jgk..
    hee..ingtkn chika tngah mkn sizling mee td..
    xpe..bersabar ya..
    nnt sejuk kembali la brisbane tuh..

    chika Reply:

    Lambat lagi nak sejuk :(
    Sebab pasni Summer.

    nehiiiiii

    feez Reply:

    Balek Malaysia hujan hari-hari babe..
    lg xlarat.. basuh keta free jek hari2..keke..

    TC ya..

    chika Reply:

    Rindu Malaysia

    feez Reply:

    x balek sini ke??
    tabahkan hati ya..
    xpn pujuk laa mr husband..mntak die amik cuti..hehe

    chika Reply:

    Tak. Lambat lagi balik. Takpela. Dia busy sangat. Tahun depan insyaallah balik

  7. cik ian Says:

    hehehe seronok dia
    berjalan ya…jumpa org senegara
    pun best!

    chika Reply:

    tapi banyak sangat Malay kat sini. Macam kalau terjumpa kat mana-mana tu dah tak heran dah. HAHA

  8. ciketon fazya Says:

    chika ala2 celebrity among my frens..
    maka k.fazi berangan2 jadi pengurus artis..haha

    p/s: menunggu update dihujung minggu k.fazi sampai pinjam notebook peguam nak review blog tau…[ayat2 peminat ^_^]

    chika Reply:

    Pandai kakak ni buat saya terharu pada waktu malam ni.
    T____T
    hahaha ala bukan selebriti la. Blogger biasa je macam orang lain. Tapi terima kasih banyak baca blog saya :)

  9. aini noraini Says:

    huhu..update jugak..
    cane rupe barbie electronic keyboard tu…nak tgk..nak tgk… (haha…gediks..plus ngade2 ^_^)
    chika ckp nk tukar layout…belum siap lagi eh?

    chika Reply:

    Nanti esok-esok kalau RAJIN i upload gambar dia :)
    \
    layout dah siap. tapi ada system blom siap. Lambat sikit kot baru launch

    aini noraini Reply:

    tq..hehe…
    cant wait to see new layout tuh..:)

    chika Reply:

    Coming up soon :P

  10. Lady Nass Says:

    hi chika. betul tu. first time singgah blog ni..ceria sgt! barbie electronic keyboard??? i’ll wait for your next entry ’bout that.

    chika Reply:

    insyaallah kalau rajin I buat entry tu. KALAU RAJIN tau :P

  11. nadia Says:

    menunggu layout chika yang terbaru. Sure cantik meletop kebabommm *eh, terkeluar tajuk:p*

    chika Reply:

    Err. Biasa saja. Agak ‘NOT ME’. Husband cakap layout tu tak CHIKA langsung. HAHA

  12. miss leni Says:

    salam.. hari tu u tny i fak mana kan.. saje rep lmbt2… haha.. sbb nnt u x tgk comment kat post tu.. i fst.. kos biochem.. emm… ok chika. enjoy ur life as a housewife. i pun nk jd housewife spnuh masa gak tp bf ckp xleh sbb kne tolong dia carik wit utk kawen. haha. ok merepek

    chika Reply:

    Oooo ic.
    Takpela. Carik duit, kawen. Pastu jadi housewife okek :D

  13. ~cinderella~ Says:

    sukela bace blog chika sampai cenyum sorg2 bile bace..=)..(mst org ingt aku xbtol cenymu sesorg..haha)hope chika slalu epi sbb slalu wt org laen epi ble bace blog chika..hehe.

    chika Reply:

    takpe senyum tu tanda healthy :)

    terima kasih banyak baca blog ni.

  14. haziqah Says:

    yehh..kalu i jumpe u msti i tegur u punye sbb dlm mimpi pun i teruja gila jumpa u n pastu kite borak2 (dlm mimpi la..) but i wish my dreams come true hohoo

    chika Reply:

    pelik btollah ramai sgt org mimpi jumpa I. Agaknya nanti ada rezeki nak jumpa kot. Insyaallah :)

    miss leni Reply:

    i mimpi kita bestfriend! haha.. best2..

  15. fara d Says:

    susah ni nak komen. rindu kau. tu je. haha!take care!

    chika Reply:

    miss you juga :)
    Kangaroo sehat?
    wahahah

  16. .i.b. Says:

    hehe… i suke harbour town… byk gak kedai2 baju kan…hr tu (cehh padahal dh bertahun) pegi makan spagetti… sedap~! haha…

    chika Reply:

    Bukan byk gak. Memang banyak gila. Boleh sakit jantung jalan kat situ. Tak larat. HEHE. I suka gi sana makan seafood je

  17. azeyra Says:

    hari2 tgk blog chika, finally, update gak….huuu…=)

    chika Reply:

    Haha biasanya weekend husband cuti, saya cuti jugak :P

  18. JuJu Says:

    wah kak chika ini sgt best ctenya… besh besh besh! upload gmbr ek..

    chika Reply:

    Insyaallah bila rajin baru upload gambar. Kalau tak, mmg bagi entry tekstual je la. HEHE

  19. ijat Says:

    hahaha..comel je kak chika nih..

    chika Reply:

    comel sikit je. HAHAHHAHA

  20. adeqq Says:

    hehe.. i baru je nak tanye ape kene mengena ngan tajuk entry. naseb u dah explain. hahaha..

    chika Reply:

    Takpe. Biasakan dengan keadaan camni. Mmg perangai buat tajuk lain entry lain :P

  21. puanciare Says:

    cepat lah balek m’sia nk wat2 teserempak dgn chika ;)

    chika Reply:

    Tahun depan okek. Insyaallah :D

    ciketon fazya Reply:

    balik m’sia, singgah ukm, leh terserempak ngan chika..:)

    chika Reply:

    biasanya bila balik Msia, mesti singgah UKM punya. HEHE jumpa besfren saya :)

    puanciare Reply:

    singgah umah chika terus kan senang…hehe….;)

    ciketon fazya Reply:

    huhu bagus2..dtg ukm leh bgtau, kite gi mkn kat kedai kopi kawan [byk sgt kedai mkn, ni kedai terbaru kot di bangi]

    p/s :huhu pengurus celebrity bertunggu tangga bersama UKM smpi pencen barangkali… UKM sgt syg saya sehingga tidak mahu melepaskanku bekerja di tempat lain kot.. [hoho]

  22. Ira Says:

    k.chika..
    smlm my mom msk asam pedas ikan pari..
    yummy..
    makan ngan roti canai..terangkat!!:))
    * sengaja bgtau..keh3

    chika Reply:

    Lain kali jangan bitau akak heh T__T Sbb akak dah rindu dgt asam pedas nanti rasa sengsara. HEHE

    Ira Reply:

    haha..
    xpedulikk2!!
    nak btau gak..haha..
    kih3..no la..
    nt cian mr doc kena cari ubat yg boleh ubatkan sengsara k.chikaa..
    hikhik..:PPP

  23. dayu Says:

    gi order tikat airasia balik msia
    sini tiap2 ari ujan, sejuk.. brisbane panas kan..

    *alah chika, u mmg dah masuk aktegori celebrity dah pun

Leave a Reply