Gotcha, Chika!

Phew, babe.

Almost 3 o’clock tadi saya keluarlah ke lawn nak sidai baju. Macam biasalah. Saya akan biarkan the glass sliding door open, dan cuma tutup the net one tak nak bagi flies masuk (nanti husband saya tak keruan walaupon seekor fly kecik yang tidak bermanfaat pon masuk HAHA). Saya keluar. Sarung selipar. Dan slide panel yang berjaring tu dengan agak kuat (Note : AGAK kuat). Tapi ini bukan aneh. Perangai slide pintu kuat-kuat memang perangai aku. Ini tak aneh langsung.

Yang aneh dia.

Siap jemur pakaian. Terus ke pintu nak masuk rumah. Tak sabar ni. Tak sabar ni nak naik atas menonton 500 Days Of Summer. Tiba-tiba …. (pause)

Gaaaaaaaaaaaaah!

Pintu dah terkunci dari dalam omagad!

(pause)

Disebabkan saya macam dah mati kutu (hoh kantoi ada kutu. Shut up kau KAHKAHKAH) saya dah tak tahu nak panic itu macam mana. Jadi saya standing saja depan pintu macam tugu peringatan negara. Rasa nak cry dah neh. Tak kan nak tunggu husband saya balik. Huh? Nak kena terhegeh-hegeh dekat lawn tu dua tiga jam? Mana mungkin!

Apalagi. Dengan trait Ultraman yang ada sikit dalam DNA (eceh perkasa gila) saya tak fikir banyak dah. Slowly, saya koyakkan net pintu tu. Not that I koyakkan dia like Ulraman koyakkan daging raksasa. No no no. Bukan! I koyakkan dia cantek-cantek. Very nice in straight horizontal line. HAHA bahagian ini dinamakan seni. HAHA seni mengkoyak pon dikira seni juga.

Agak-agak dah functional hasil seni mengkoyak tersebut, saya pon try masukkan tangan. Hoooorayyy muat! Terus berzikir. HAHA.

Dipendekkan cerita.

Cerita pon tamat secara happy ending. Engkau faham-fahamlah yang aku dah boleh bukak pintu tersebut. Tapi ada sikit tidak happy, net terpaksa diterkoyakkan (secara seni)

Phew. Nasib baiklah yang terkunci tersebut pintu yang berjaring tu. Boleh jugak saya mengkoyakkan jaring dia (secara seni). Buatnya yang terkunci ialah glass panel? Tak akan aku nak pecahkan glass tersebut? Fuh. Allah selamatkan kami (music on)

Terus sms husband saya.

Husband pon terus call on the spot. Dah agak dah. Mesti call sebab dia pon aneh. Macam manakah Aunty tersebut boleh terkuncikan sliding door? Macam tak logik langsung. Pastu husband mentertawakan saya. Sambil diselang selikan dengan ucapan kesian kat you kesian kat you. Baiklah T____T

Sekarang berasa kelakar. Memang tak faham macam manakah dia boleh pergi terkunci? Tapi inilah yang dinamakan takdir. Engkau tak tahu apa yang boleh dan tidak boleh berlaku pada detik akan datang.

Saya yakin anda semua faham benar bagaimanakah sliding door punya lock berfungsi. Dia bukan macam kau kena tekan-tekan ke apa. Sebab itulah ini aneh sekali. Cis tak percaya saya mengalami situasi terkunci kunci macam ini. Selama ini selalu baca pengalaman orang lain. GOTCHA, CHIKA!

Terus lesap mood nak tengok 500 Days Of Summer.

Recent Entries

34 Responses to “Gotcha, Chika!”

  1. puanciare Says:

    wuaaa alhamdulillah selamat sudah masuk umah (mesti la slamat kalo x camne nk buat entri ni =p)..

    tak apalah, yg net tu bleh ditukar nti..yg pntg orgnye slamat :)

    chika Reply:

    I ingatkan tadi, kena redha je la duduk melangut dekat lawn tu tiga jam. HAHA. Kalau dah pakai proper bertudung semua, boleh jugak keluar berjalan pergi pool ke apa menikmati kejiranan. Aih. Cuakkk tadi

    puanciare Reply:

    btol jgk tu, bleh ape chika jln2 amek udara ptg (ptg ke kt sana? huhu)…

    eh tp net tu kena betulkan segera..nti kang ada org lain plak yg try nk bukak..huhu. eh tapi i bet kejiranan sana ok kan :)

    chika Reply:

    Alhamdulillah so far kawasan ni very safe. Yang risaunya nanti takleh nak bukak sliding door. Sebab net dah koyak. Kang lalat terbang masuk. Aih…..

    Nasib baik ni pintu kat lawn. kira kat belakang. Kalau pintu depan camne? MUAHAHA

  2. Darling Says:

    ades memnag tergelak dibuatnya chika.. tapi sure panik gaks seketika.. jangan le jadi kat i.. gamaknya harus net2 tu tertanggal terus huhuhu

    chika Reply:

    Bila dah panic, mesti tahu-tahu punya nak hidup:P

  3. yonnaism Says:

    mcm dah post komen td. ade x?

    chika Reply:

    takde pon.
    tipu niiiiiiiiii.

    :P

  4. mrs k Says:

    gambo koyak takde ke?

    chika Reply:

    Tak snap picture la. Malas :D
    Oooo tak percaya heh saya terror?:P

  5. ciketon fazya Says:

    aduhai sudahla baru lepas tidak berkhasiat, ter di kunci pula…sabar…
    Allah takkan menguji Hambanya tanpa kemampuan mereka.. yah tahniah…

    chika Reply:

    Tahniah sebab terkunci ke, atau tahniah sebab apa? HAHA

    Tu la. Nasib baik MAMPU masuk dalam rumah. Kalau tak, merasalah duduk luar 3 jam.

    ciketon fazya Reply:

    tahniah sbb tak nanges… hehe.. klu kat luar tak blh nanges bawah bantal..huoohoooo

    chika Reply:

    Nak nangis kang jiran dengar kang dia pikir apa plak. Terus dia report polis. Tak pasal-pasal merasa plak I masuk lokap Brisbane. HAHA

  6. Ai Adachi Says:

    500 days of summer??

    besh sgt cter tue.jiwang ya amat!!

    chika Reply:

    I know I know. My husband dah tengok dah. Dia pon kata sweet.

    Takpe. Malam ni paksa dia tengok lagi sekali. HEHE

  7. Alamfanacinta Says:

    isk ter-saspen la plak ai tadi..hehe..~

    xpe2, naseb chika genius like ultraman..:)

    chika Reply:

    Ter-saspen eh? HAHA I ni lagila saspen tadi. Dah rasa nak baling dah bakul kain tu kasi pecah. HAHAHA

  8. feez Says:

    hehe..sib baek laa dpt msuk balek..
    kalo x.. melangut laa chika tngu husband balek..

    at last.. Alhamdulillah..

    chika Reply:

    Phew.
    Alhamdulillah. Takleh bayang sekarang masih duduk luar tunggu suami balik. Takleh bayang!!!!

    \HAHAHA

  9. ieLah~ Says:

    nanti bila dah oke sila pergi tengok 500 days of summer.
    sweet :)

    chika Reply:

    Harus tengok malam ini jugak. Husband saya pon cakap SWEET (husabnd saya dah tgk tak ajak kita T___T) hehe. Wife dia tidur, dia tengok sengsorang pastu tak habis-habis cakap sweet sweet sweet. Malam ni nak paksa dia tgk lagi sekali :D

    ieLah~ Reply:

    oke. i nak blah sekarang
    (pasrah ah tadek husband.huhuhu)

    :)

  10. PinkyLucia Says:

    kalau aku.. aku nagis dulu.. baru fkir macam mana nak buat.. lepas nangis.. comfirm aku mundar mandir dulu kat lawn.. hehe.. aku ni cepat panic.. huhu

    chika Reply:

    Nak nangis tapi takde mood nak nangis plak. Sebab mmg HATI MEMANG NAK MASUK RUMAH SANGAT. hahahaha. Terus tak jadi nak panic. Tapi selamatlah net kat pintu tu kena koyak. Kena gantilah tu nanti. HAHAHA

  11. haslina Says:

    aduhaiiii…masih bernasib baik cik puan ini…untung untung…

  12. cemut Says:

    cane la gaya nye koyak net pintu tu yer..erm kalao cemut agak nye tatau la nk wat ape..tunggu kaen kering pastu lipat je la kot kat hall tu,hahaha

  13. cik muda sara Says:

    haha, sian dan kelakar pun ada..muahaha..len kali sidai kain bawak hp sekali, emergency kes terus call 911..hikhik

  14. dyla Says:

    naseb baek berseni… klu jadi raksasa buka pintu.. lagik dalam sejarah tu

  15. Noriz Says:

    Hehehe..I used to faced the same experience jugak..masa tue pukul 12.30pm..nak anta akak yang datang umah ke kete dia..dah bye2 sume nak masuk umah balik..br pasan terkunci pintu dari dalam..nset pon tak bawak nak alert housemate yang dah tido..macam tarzan lah jugak ketuk2 pintu..pukul 1.15pm baru dpat masuk ..huhuhu..nasib baik dpt masuk jugak..

  16. kdee Says:

    hehe..lepas ni chika kena bwk kunci rumah la kalu nak gi sidai kain.hehe.

  17. imcepe Says:

    salam chika….aku tgah tension gile nie…..ape kata engko bg tips nak berhadapan dgn bos n a “few” makcik2 y mkn gaji bute pastu amek ksempatan atas position kite yang rendah nie,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

  18. hanisumayyah Says:

    Pernah terjadi satu ketika dulu pada kak wa, dahlah duduk apartment tingkat 2, bawah pulak anak sungai….tgh ampaikan baju tgkap tertutup ditiup angin kuat…mujur ada keberanian meniti dari balkoni tempat sidai baju ke tingkat dapur…memang seram tp xpandang bawahlah..dan mujur grill tingkap jenis boleh buka…tambah panic sebab anak tgh pandai merangkak ada kat dapur tengah nangis terkejut bunyi pintu tertutup dgn kuat dan akak tengah jerang air pulak tu! anyway lamaaa duluuuu ada terbaca blog ni pastu tak save add terus terlupa dgn tukar2 pc/lappy pastu ada tgk tari tirana dengar nama Chika rasa cam pernah dengar nama tuuu…tiba2 semalam jumpa blog adik semula…sukaaanya baca dan masih memabaca lagiii…

  19. anne Says:

    gosh… i’m glued to your site for hours. and your love life, really it seems to me like u’re living a fairytale life.

Leave a Reply