Nasik Lemak Nasik Lemak!

Tak tak. Tak jual. Not for sale.Tapi once broken consider sold. Apa kau merepek ni?

Macam diceritakan semalam. Sungguh kesian kat dia. Teringin karipap sampai terbuat nasik lemak. Kan dah cakap dah, I tak gebang heh. Walaupon muka saya selalu macam tak pandai masak saja, tapi jangan judge nasik lemak dengan muka saya. Muka saja macam tak pandai masak, tapi sebenarnya memang tak berapa pandai pon. HAHA. Namun demikian, manusia ini lahiriahnya memang boleh dididik. Sejak sudah tidak solo ini, saya dah pandai dah masak. Taklah macam pandai gila. Tapi macam memandai-mandai tu bolehlah.

Semalam saya telah membuat nasik lemak dengan penuh penghayatan tapi ada sikit aneh. Aneh sebab tiba-tiba saja beras telah menjadi nasik lemak. Ikan bilis telah menjadi sambal. Sekelip mata. Fuuuu sumpah laju aku masak. Macam tak boleh percaya saja. Mungkin sebab saya tak boleh tahan lama-lama duduk dalam kitchen. Pusing kepala tujuh keliling dibuatnya. Jadi saya mempaksa diri untuk masak laju-laju. Apa yang penting? Siapa cakap kerjasama siap dia. Apa yang penting ialah mempunyai rasa yang boleh dimakan. Sebab kalau memasak, tapi mempunyai rasa yang tak boleh dimakan, baik jangan masaklah. Nanti boleh membawa kepada gejala radang hati.

Bukti mana bukti? Dah tahu dah. Macam biasalah bukan? Setiap kali saya cakap saya masak, mesti ada yang mintak gambar jadi bukti. HAHAHAHAHAOHTAKPERCAYA?

DSC05098

Rebus telur bukan susah pon.
Neh kalau ada yang tanya resipi merebus telur, eloklah kita rebus orang tersebut dahulu.
HAHAHAHA.

Saya rebus dalam microwave. Senang. Pastu saya biar dia dalam situ sampailah saya ada hati nak keluarkan dia dari microwave. HAHA. Sementara itu bolehlah saya melakukan aktiviti bebas seperti racing Wii kejap (pastu kalah aku sakit hati terus blah %$#@!!@#)
DSC05099

Sambal tumis ikan bilis.

Hoooooray! Tumpang lalu, nak berlagak kejap. Rasa nak menangis keluar hingus semalam. Sebabnya, inilah kali pertama saya telah membuat semangkuk sambal tumis terpaling jadi in my life. Pastu macam biasalah. Berasa tak percaya dan disertakan dengan rasa tinggi diri.

Setiap kali masak, saya memang ada perangai yang macam comel (eceh). Iaitu, kalau 7 kali buat sambal tumis, 7 kalilah saya pakai cara yang berbeza. Hasil dia, memang berbezalah kemudiannya. Dia jadi macam ni sebab saya malas salin resipi. Nak ingat resipi apatah lagi. Jadi biasanya saya akan masak secara ingat-ingat lupa. HAHA tak kah comel? Okay tak comel T__T

DSC05101

Timun tak disertakan.
Ikan bilis goreng juga tak disertakan sebab I dah tak sabar nak get out from the kitchen.
Ayam pula hanya digoreng di dalam hati.
HAHAHAHAHA.

Suami saya balik jam 6.45pm semalam. Masuk garage saja, terus cakap ; Yang, masak nasik goreng eh?

Mentang-mentanglah saya semedang masak nasik goreng, nasik lemak pon dituduhnya nasik goreng juga T____T Kecik hati isteri. Eh tak.Kecik hati nasik lemak. Selepas itu, saya tak jawap sebab macam gedik nak buat surprise dalam bentuk nasik lemak. Anggap saja ini romantik.

Suami saya terus pergi dining table. Oh ada sambal tumis. Dia pon kelihatan gembira dalam hati macam baru semalam bernikah (ceh tetiba) Terus basuh tangan. Pastu terus ajak makan.

I buat nasik lemak.

Tadaaaa. Konon-konon surprise.

Huh? Yerr?! Nasik lemak? Huyyoooo terror.

Pastu suami saya dah excited dah terus ajak makan. Saya apalagi. Makin syok ah. Paling seronok kalau dapat tengok suami seronok dengan apa yang kita buat. Macam rasa dunia ni milik berdua orang lain macam halimunan dah. Haha over.

Kami pon makan secara sedap. Menikmati nasik lemak Aunty Chika. Lebih nyaman, sepanjang sesi dinner tersebut, saya dihujani puji-pujian atas kecemerlangan sambal tumis. Apalagi, dalam hati dah tango dah. Tapi muka masih steady macam tak bangga sangat. Padahal … HAHAHAHA.

Siapa teringin nasik lemak, pergi beli di hujung simpang kawasan masing-masing. Kalau kawasan anda takda simpang, cariklah di simpang kawasan lain. HAHA. Anda bertuah sebab boleh main order order saja di hujung simpang. Aku jugak kena bertungkus lumus masak sendiri T___T

Disebabkan semalam dah masak nasik lemak, jadi kita ambik cuti 3 hari. HAHAHA. Harini tak bercadang nak masak apa-apa. Malam ini boleh late night shopping. Boleh late night eating juga.

-Habis cerita nasik lemak-

.

.

Pagi tadi saya on Channel 9. Ada catwalk untuk summer dress. Maxi dress show. Saya pon macam seronok tengok. Tiba-tiba, keluar satu baju yang macam kenal saja. Woooa. I kan suka excited lebih. Ingat baju INI?
DSC05103

Yes baby. Model di atas tengah memperagakan maxi dress yang sama. Yang macam saya ada tu. Fine weh. I excited. Sebab baju tu baru nak featured, I dah beli dah. Going to buy moaare and moaare! Dah nak summer kan. Seronok pakai macam ini for ventilation. NATURAL VENTILATION. Haha.

Recent Entries

35 Responses to “Nasik Lemak Nasik Lemak!”

  1. Aida Says:

    Dahla lama tak makan nasi lemak (baru sebulan dua je!)..yang paling penting, haritu beli brown rice kampit besar maka bye-bye white rice. saiko kan nak makan sihat-sihat? ;p btw, model tu gunting lengan baju ke you punya tangan tukar jd kaler biru hehehe :). bestnya panasssss disanaa..

    chika Reply:

    Tak la. I pakai dengan inner :P

    Kat sini sekarang tengah tak menentu. Kejap panas gila kejap sejuk gila. Pastu ribut. Pastu ok. Apatah.

    Brown rice bukan ada rasa pelik-pelik sikit ke? (haha nampak sgt i tak suka makanan sehat) LOL

  2. fiza Says:

    wah…sodapnya nasik lomak… baru smlm mkn… :)

  3. lyana si permaisuri Says:

    Ok, I dah jogging gi beli nasi lemak. Fuuu sempat tuh terjumpa jiran sebelah. Mak aiiih handsome giler la weh. Tak jadi ah pindah cam nih.. AGAGA

  4. ciketon fazya Says:

    baru je mkn nasik lemak ♥♥ [kan mkn nasi lemak tu sarapan ruji m'sia..hehe]..

    now mata jugak sudah menggayakan mata garfield…

  5. fndrocka Says:

    SARAPAN PGI PALING SU-perb = NASI LEMAK

  6. izzahfarhana Says:

    suka maxi!,kak chika suka bl brand ap?

  7. zaida Says:

    Mcm bez ja nasik lemak makcik chika dkat ujung simpang Wishart… Bley order dlm Nurulism.com kan? hehehe..

  8. ciare Says:

    ya ampun sedapnyee nasik lemak tuu. nak buat jgk tapi suami xmkn sgt nasik lemak ni..tapi tak kira nak buat jgk demi keenakan tekak diri sendiri. huhu ~~

    wow terornye dia pakai baju yg br thegeh2 nak dimodelkan. tp mmg lawa baju tu, simple n nice :)

    tp kite xseswai pon maxi gini T__T

  9. cik kiah Says:

    part paling susah pasal nasi lemak ialah sambalnya..2 tahun kawen, baru passed with flying colors buat sambal tumis yang memenuhi citarasa suami (dlm erti kata lain yg macam mak dia buat) hihihi

    dok ober the sea memang macam tu, tiba2 pandai masak macam2 sebab bila teringin terpaksa masak sendiri

  10. axim Says:

    tak mau share kaa resepi sambal bilis??hehe

  11. jaja si ayza Says:

    whoaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….
    (panjang whoa aku)
    u r so amazing! geng aku da pandai msk..pasni blk mesia,xmasak aku dtg umah ko,siap ah!
    siap buat sambal tumis,sumpah meleleh..
    sape ckp tak reti msk,reti kan..
    ko je simpan bakat tu..huhuhuhu
    i like..i like..nasi lemak tu,aku pon tak penah buat lg..tepok..tepok..

    *alahai,kesian aku dgr tak buat karipap..tp karipap pusing mmg berpusing kalo ko buat weh..just kalo rajin,ikotla resipi i bg ok?nak senang,blk malaysia,aku bg ko mkn karipap pusing sampai kenyang*

  12. cik muda sara Says:

    sambal tumis tu macam pekat dan tidak berminyak..heee

  13. eazy Says:

    nk masak gak ar nasi lemak nnti
    tapi pagi tadi makan nasi lemak beli sedap jugak.

  14. Ahmad Naruto Says:

    Tak sabar nak balik nih…. nak pekena makan nasi lemak Chika special…. gilerr sedap telur rebus tuh… eh.. bukan… sambal tumis tuh… paling sedap di hemisfera selatan… waaa cakap luuuuuu!!!!

    chika Reply:

    Sayang, comelnyaaaaa =D
    Sayang balik sekarang I miss you :D

    Sejak bila u pandai cakap HEMISFERA SELATAN i tak penah dengar pon. hahaha comel. Nak kena? :P

    JuJu Reply:

    comel sgt korg nieh adess

  15. yati Says:

    sodapnya nasi lemak itu. Dah lah tgh lapar nih. =)

  16. izza Says:

    hehehehe… high taste! up-to-date plak tu.. i pun ske maxi dress cenggitu.. hari tu nampak polka dot maxi dress kat P&co.. RM159, meronta ronta lah hati mau membeli.. sumpah comel gila sampai sekarang I terbayang T_T

    tapi bila fikirkan tataw nak pakai nak pergi mana kat mesia ni.. nak nak lagi I skrg stay kat Kedah, leave it jer lah.. sedih T_T

    cantik u pakai maxi dress :)

  17. finie Says:

    baju tu memang sangat cantik… (dipakai oleh model ataupun chika) tapi nampak seperti agak labuh juga bila chika pakai… maybe kena pakai dgn high heel… atau chika perlu tambah ketinggian… ha ha ha… gurau aje … :p

  18. mrs. k Says:

    vangga-vangga chika melawat blog i n tinggal jejak.. ok, itu jer.. hehehe..

    masih adakah nasi lemak jual 50sen skang?

  19. Diana Sidek Says:

    Chika!!nak jugak maxi dress coz I suka sgt dgn maxi dress tp kat Msia susah nak carik yang cantik2…mmg ada hati nak tanya mana Chika dpt maxi dress yg cantik tu tp sure mmg bukan dibeli di Msia ek…hihihi!!!

  20. Yot Says:

    taniah taniah dear. heh i suka u buat entry nasik lemak. terliur dan terlapar sekejap.

  21. akmal Says:

    chika jd inspirasi kalau bab2 cooking2 ni. i yakin bila dh kawin nnt boleh cooking mcm chika jugak. so sekarang takyah belajar masak2 lagi…nak postpone tunggu kawin baru nak masak2 nasi lemak ni..sungguh ter-inspired skrg.

  22. bezahra Says:

    chika, org power2 je masak tak ikut resepi ni. betul!! selalunya akan bertambah sedap dari kali ke sekali…

    :)

  23. Cik Yaya Says:

    wahaaa..nasi lemak kalau bukan di tempat sendiri mmg lg mahal lahh chikaaa

  24. eenasuzira Says:

    eh pandai wat sambal bilis da. congrats nurul. huhu

  25. farah aminuddin Says:

    sambal nasi lemak tu mmg nampak gorgeous la chika. perghhhh takmau kongsi resepi ke T_T eheh

  26. anot Says:

    apesal aku rasa sambal tumis ko mcm sedap je?
    aku begitu berminat dengan sambal tumis kau.

    sambal tumis
    makan dengan ubi rebus.
    aku nak tepon mak aku ah mintak dia pos ubi.
    k bye!

  27. izuul haizat Says:

    nasik lemak kak yong..napak cm ngam!!!!blakang ngam x..hahhahahah

  28. izzul haizat Says:

    ngam x ngam!!!

  29. izzul haizat Says:

    setting nasik lemak cm makan kat old town cafe ja….npe xlex daun pisang yong…bru la npk 5bintang!!twing3xz…

  30. cuya Says:

    chika….lama tak jumpe….( i mean dlm blog…hehe) mcm menyelerakan je nasi lemak awak…terasa mcm nk buat nasi lemak jugak je ni…

  31. puanciare Says:

    masih ternanti2 entries terbaru puanchika :)

  32. rosealley Says:

    sedap weh nampak sambal tu, i like!!

Leave a Reply