Wedding in Putrajaya
Fu fu fuh. Bersusun entry dalam draft. Apa jadi pon, saya tekad membawa berkad (sengaja nak pakai konsonan ‘d‘. HAHA gedik) harus publish semua entry kasi kosong draft. Dengan itu, saya akan membawa anda ke sebuah lagi cerita perkahwinan. Habislah, bagai dikata. Setiap kali orang kahwin, setiap kali kami pon perasan pengantin. Taklah perasan macam nak pergi isi borang pastu bersimpuh atas bantal cantek malu-malu tunggu tok kadi ke apa. Tapi macam perasaan syok yang susah nak cakap. Disebabkan berasa syok sampai susah nak cakap, okay takyah cakap dah. Teruskan.
Reception sebelah lelaki (my BIL punya side) diadakan di Putrajaya pada 3 October. Dan pada 4 October nya, kami berdua pulang ke sarang. Heh Brisbane maksud saya. Err. Teringat kenangan kami punya reception. Selepas majlis sebelah my husband, esoknya kami terus fly ke Ostolia membawa cinta yang sarat. Apa kau cakap ni?
Warna tema mereka ialah Maroon and Red (something like that).

Jadi pengantin lelaki pakai Maroon, pengantin perempuan pakai Merah.
Fair and squarepants.
HAHA gatal kau Chika bajet pengantin.
Tak tak. I gurau gurau saja.
Phew. I pakai kebaya! I pakai kebaya! Terlalu lama takda berkebaya.Sebenarnya saya tidak minat kebaya. Sebab kebaya paling cocok bagi si langsing kalau tak cukup langsing berasa gusar saja setiap kali berkebaya. Paling saya tak berapa berkenan ialah Indonesian Kebaya. Sumpah tak minat. No wonder masa pergi Bandung I tak beli sehelai pon sebab I tak found them interesting. Jadi to playsafe, I prefer modern kurung. Tapi kakak butik baju tu pandai sangat gebang itu ini sampai akhirnya I tercuba baju tersebut dan terbeli sebab husband kata tercantik pulak. Sekali lagi, apa kau cakap ni?
Chika, keluar kau kejap! Kami nak tengok pengantin baru bukan nak tengok pengantin tak berapa nak baru kebayalah langsing lah modern kurung lah apalah %$#@!# HAHA. Fine laaaa. Di bawah ini saya sertakan gambar pengantin sebenar berpakaian sedondon (tak tahu macam mana kalau pengantin tak pakai sedondon. Macam pengantin perempuan pakai gown kuning, pengantin lelaki pakai baju melayu bertanjak berkeris berpistol merah. HAHA tak kelakar langsung) Merah menyala mereka ini. Kira kalau orang tak nampak juga pengantin, memang takda mata orang tersebut.

Merah kan merah kan?

Pelamin.
Bukan foto saya punya. BUKAN FOTO SAYA PUNYA.
Kena nyatakan jelas-jelas sebab perangai ambik foto orang tak bagi salam memang biadab.
(credit : www.quiyah.blogspot.com)
Dengan slogan ; Seronoknya naik pelamin kelepak kelepak gedebung!
Okay saya tak ada banyak pon gambar pengantin. Tapi gambar yang ‘macam pengantin’ ada sikit. Saksikan kalau nak. Kalau tak nak, tak apa. Pergi bersenam sekarang.

‘macam pengantin’ bersama ibu mertua.
Emak seragam merah huuuyooo comel.

‘macam pengantin’ terpaksa merakan foto atas bench sahaja. Sebab pelamin dalam hall bukan untuk kami T___T
Eh I always adore bila Si Dia (haha Si Dia. Tiru Majalah REMAJA) pakai songkok. Ah kau Chika, diam! Husband kau pakai apa pon kau nak adore. Takyah cakap dah.

Selamat memasuki gerbang perkahwinan.
Tak tak. Ni ucapan untuk mempelai.
Binalah Masjid dengan penuh penghayatan. Sebab ianya sebuah Ibadah :)
Engkau ingat kahwin ni suka-suka?
Tuntutan dia besar. Terlalu besar.

Sebelum anda pergi, maafkan I sebab letak gambar ini. HAHAHAHA.
Pagi tadi sebelum pergi kerja, macam biasalah Si Isteri membuat pesanan yang sama. Kira lepas 13 tahun nanti, anak-anak kami pon dah boleh hafal dah pesanan Emak kepada Bapa ini sebab setiap hari pon sama. Tak kreatif langsung Emak dia. (eceh)
Sayang jangan balik lambat
(hari-hari pon I pesan macam ini)Tak tahu lagi la Yang. Sebab harini pon macam banyak keje.
Ala :(
Sorry
(Pause kejap. Tiba-tiba dia sambung lagi) …
Sorry naik Lorry.Huh? &^%$@!##@!
(I was like … daaaa?!)Nanti i balik naik lorry.
Baiklah. Suami saya dah pandai dah cakap macam itu ; Sorry naik lorry.Mesti dia pernah dengar saya cakap macam ini. Pastu dia tiru -_-”




November 10th, 2009 at 3:03 pm
hihi.
die da pandai mengayat best,
lepas ni setiap ayat akan dibalas dgn kreatif oleh si doctor.hati hati
*kak.takde jual kasut lagi?huhu.nk wat hantaran :)
chika Reply:
November 10th, 2009 at 3:05 pm
Kasut? Dah tak larat nak jual la. Dulu ada my brother dekat sini tolong I pergi shopping. Everyday boleh shopping. Sekarang I alone weekdays. Husband tak bagi keluar kalau dia keje. So dah susah dah
November 10th, 2009 at 3:07 pm
ceeaaaa…husband u da pandai berlorry lorry skang. dia memang tiap kali pegi kenduri berbaju melayu bersongkok bersampin ke? bagus. tapi apesal baju u ol tak match color dia. lari kejap feeling penganten kepak kepak gebung gebung.
chika Reply:
November 10th, 2009 at 3:08 pm
Sebab beli last minute. Kelam kabut. Agak2 merah maroon tu kami beli je. haha
takdela setiap kali pegi wedding dia camtu. Sebabnya, dia mmg jarang gi wedding pon. HAHA.
November 10th, 2009 at 3:13 pm
sehingga hari ini masih tak abes review setiap entry blog neh..hari ni sudah ada updates.. aduhai sgt byk idea menconteng..bagus2!!!
chika Reply:
November 10th, 2009 at 3:48 pm
Fuuu nak abes review ke? HAHAHAHA/
ciketon fazya Reply:
November 10th, 2009 at 4:11 pm
baca semua tgk bermalas2an maybe blh abes dlm masa seminggu.. but between the lines [cam baca buku literature english tu] 2 bulan kot..
November 10th, 2009 at 3:16 pm
eh, curik gambar org.. :P
chika Reply:
November 10th, 2009 at 3:48 pm
Dah bagi credit dah :P
quiyah Reply:
November 10th, 2009 at 5:52 pm
haha, taula.. saje jer.. mengusik.. :P mmg betulla sape tak nampak mmg buta.. heheh..
ehem, takkan kredit jer kot? haha, just kidding.. jgn emo yer cik puan nurul..
November 10th, 2009 at 3:18 pm
haha comell betol.
:)
chika Reply:
November 10th, 2009 at 3:47 pm
siapa comel?
HAHAHAHA
edryna wanie Reply:
November 11th, 2009 at 12:58 pm
kamu berdua.
:)
November 10th, 2009 at 3:34 pm
nanti i balik naik lorry….?
hahaha..comel je
chika Reply:
November 10th, 2009 at 3:47 pm
Takleh bayang kalau kejap lagi dia balik naik lorry. HAHA
November 10th, 2009 at 3:34 pm
canteknyee dia berkebaya merah…:)
chika Reply:
November 10th, 2009 at 3:47 pm
Tapi I tak suka sangat pakai kebaya. lagi2 merah.
November 10th, 2009 at 3:41 pm
Tu dah curi dulu baru minta izin ke? HAHAHA, perbuatan yang sungguh bijak =P
Noi pun tak suka kebaya.. mana pernah pakai kebaya. maklumlah kurang langsing..ekeke (kurang, bukan TAK langsing)
chika Reply:
November 10th, 2009 at 3:46 pm
Ni bukan curik. Curik tu ambik, letak, tak bagi credit. Salah satu etika blog, mesti CREDIT benda benda yang diambik walaupon kecik. (sekarang dah serius dah plak hahaha)
November 10th, 2009 at 3:50 pm
akak nmpk cute pakai kebaya tu..
atau muka akak mmg cute..pakai apa2 pon mmg cute..alah..jelesnya…jeles..jeles…
be happy selalu ye kak chika..
November 10th, 2009 at 4:03 pm
tolong jgn naik lori smpah..korang terllau sweet xsesuai naek lori ok.hehe
chika Reply:
November 10th, 2009 at 4:09 pm
HAHAHA. Sabar je la.
November 10th, 2009 at 4:16 pm
chika nampak kurus plak pakai baju merah berbanding pakai baju putih…hehehe..
November 10th, 2009 at 4:23 pm
merah pun cantekkkk..hehe..pertama kali nak say HI kat sini…dah say HI kat FB :)
sebab sini selalu buat i rasa nak tersenyum selalu :-D
November 10th, 2009 at 9:16 pm
kombinasi warna yang cantik, merah putih!
p/s: sesuai je chika berkebaya. Mana ada tak kena.
November 10th, 2009 at 9:51 pm
kak chika..adeh..masalah la..kak chika and husband ag comel dari penggantin,,so u all dua jangan g majlis kawen,,nanti pengantin tenggelam..hehehe..sori to all pengantin..:P ermm kak chika ney comel..sampai kat dewan pekse tadi pun farah duk membandingkan kecomelan kak chika ngan lecterur saya y sedang mengandung..mesti lagi comel kak chika waktu mengandung..so to ur husband,,kurang2kan on call..nanti cepat dapat baby:Pahaksssss
November 10th, 2009 at 10:20 pm
Suka bace entry2 bout u n hubby dearest u. ^_^
so very the comel! make me smile from ear to ear. wishing hapiness to the both of u.
i’allah.
November 11th, 2009 at 12:56 am
hikhik~~ sorry naek lorry…? ;)
November 11th, 2009 at 9:53 am
lori klu lori IKEA, ok wat. jgn lori sampah sudeh ok? hehehehe
November 11th, 2009 at 12:13 pm
chika,
suka la tgk outfit masa akad nikah tu… baju warne putih tu… sgt gorgeous…
November 11th, 2009 at 12:14 pm
fewiittt..fewiittt..aku da agk,gamba pengantin lain yg ade..hahaha..very the sweet la macik..
u wore kebaya merah,ececece..
November 12th, 2009 at 10:06 am
Ceeaaa I ingat wedding Putrajaya yang you punya. You punya dah update ke belum. Belum kan.. haa update. I tunggu.. agagaga
by the way, dah review dah kat blog quiyah dulu masa awal2 dia kawin tuh. hiihihihi Merah menyala lagi membara.
Selamat Pengantin Baru Quiyah dan suami..!
November 12th, 2009 at 10:07 am
I pon dah jarang sentuh kebaya. Badan dah macam kayu balak dah lately. Hilang semua potongan. Agaga
November 13th, 2009 at 9:14 pm
hi;
Kepada sesiapa yang berminat untuk join member dibawah saya dan beli mana-mana product USANA rebate rm24 dan free salah satu item handmade jewelry saya ,sila rujuk website dibawah untuk keterangan lanjut
USANA ;selepas 5 hari bersama USANA berat saya turun 4kg dan kesihatan saya bertambah baik(sila nyatakan penyakit yang anda hadapi sekarang)-kini sudah 40 hari saya bersama USANA dan berat saya turun 10kg tanpa senaman(berat akan turun secara natural bersama program diet dan pemakanan yang sesuai ).Disamping itu juga USANA mempunyai rangkaian product untuk seluruh kesihatan kita .nyatakan penyakit anda dan saya akan advice product USANA yang sesuai
pendaftaran keahlian rm99(sesudah menjadi member anda akan diajar bagaimana membeli USANA secara online dan tidak perlu pergi ke outlet sendiri untuk mendapat barang kerana barang anda akan dihantar terus oleh HU USANA by city link ,rm4 untuk shipping seluruh malaysia tidak mengira berat pesanan anda.Saya juga akan membimbing anda untuk menjadi distributor bagi product USANA secara online khususnya)
add saya di ym anda;
usana_yatisalem
http://www.usana.riqzmiecreation.com/
http://www.riqzmiecreation.com/
December 8th, 2009 at 4:43 pm
Hi..1st time conteng kat sini.just want to say hi.sy aritu ade jgk bace blog ni, pastu agak bizi.skang ni blog chika jadik penghibur utk sy yg sgt bosan atas sbb2 tertentu.sgt fun membace smpi lupa kebosanan yg melanda.thanks!semoga Tuhan memberkati hidup u suami isteri. Sy nmpk chika mcm pregnant:) kalau betul, congrats to both of u.take care…