✿ nurulism.com ✿

shift_nuruloveme ♥♥

Wedding In Ipoh

Posted by chika under Uncategorized

Phone ringing. Terhegeh-hegeh lah makcik 23 tahun ni berlari naik tangga. Tapi disebabkan dia ringing jam 5.30 petang, terhegeh-tergedik jugalah saya menjawapnya. Sebab dah tahu dah itu mesti boyfriend I call. Aik masih punya pacar? Err. HAHA.

Yang, I balik lambat tau harini. Kerja I banyak sangat ni tak habis lagi.
Ala. (sentap)

Ala Yang. Sorry ok.
Ishk. (protes)

Okay Yang, I have to go. Kalau tak lagi lambat kang.
Ok. (Tak ok sebenarnya)

Punyalah crying in my heart. Dah siap-siap dah saya tunggu husband balik nak tengok Deal Or No Deal sama-sama. Sedih sekali. Tapi tak apalah. Tak marah pon. Tak ada jalan nak marah lagipon. Bukan husband saya suka-suka nak menghadap hospital tu. Dia pon mesti penat. Kesian.

Disebabkan mengisi waktu-waktu petang begini secara solo dianggap macam kesian saja, jadi saya akan menconteng blog untuk membazirkan waktu. Bazir sekarang. Membazirlah. Membazirlah. Time, faster please!

26 September yang lalu … KAH KAH KAH cerita macam basi tapi tak apa. Kita panas kan semula dalam ketuhar gelombang mikro. 26 September merupakan tarikh yang cantik. Iaitu hari lahir suami saya. Happy Birthday Sayang! (Biar lambat asal bergaya) Saya menghadiahkan beliau sebentuk cinta beserta sekeping kad cinta. Bukankah cinta itu lebih tinggi nilainya dari perkara duniawi yang lain? Cakap macam bagus saja HAHA. Maka pada tarikh yang sama, kami juga melangsungkan pernikahan. Whoaat? Acah saja. Mana mungkin bernikah dua kali. Terima kasih Sayang sebab Engkau Terima Nikahku dengan mas kahwin RM111 tunai. Sah. Jom dating.

Serius sekarang.

26 September 2009, my brother in-law bernikah dengan pilihannya Narquiyah Halil. Sebab itulah last time kami sama-sama balik Malaysia. Kalau tidak, belum tentu husband saya balik T__T Nikah dekat Ipoh. Kami pon tumpang sekaki perasan pengantin.

DSC01287

Pengantin sangat kan husband saya? Dengan baju melayu satin putihnya. Bersinar-sinar lagi. Over tau. Nasib baik saya pakai tudung mustard. Kalau I pakai tudung putih sekali dengan veil and crown, matilah kena bambu dengan Quiyah. HAHAHAHA. Tumpang lalu.

DSC01288

Si pucat ini macam biasalah. Sana sini merayap bawak muka terbengkalai ini. Apa nak buatlah. Memang ada satu muka saja. Kalau saya ada beberapa muka, boleh juga salin bila perlu. Suka atau tidak suka, engkau tataplah muka ini.

Bila menjejak masuk sahaja ke dalam surau (tempat upacara nikah) saya dah berasa macam over dah. Orang lain pakai baju warna warni steady saja. Kami suami isteri bukan main baju seragam putih. HAHA.

DSC01293

Ok dah nikah dah (tetiba) HAHA. Sarung cincin. Bagi kami pengantin yang tak berapa nak baru ini, kami pon buat upacara sarung cinta. HAHAHA heh gedik kau Chika. DSC01299

Selamat Pengantin Baru.
Hasrul Andry dan Nur Narquiyah.
Happily Ever After.

*boleh dating sekarang*

DSC01300

Selamat  Ulangtahun, Sayang!

DSC01303

Aih dia ini T____T
Seronoknya dapat hantaran.
Saya harap lain kali suami saya sudi memberikan saya hantaran lagi sekali. Takyah banyak dulang. 5 dulang pon cukuplah T_____T Habis esok petajng suami balik bawak dulang. HAHAHAHAHA tak kelakar langsung. Diam sekarang.

DSC01307
Kami dah kahwin dah.
(eceh bagitahu macam orang lain tak tahu saja)
Hoooooooray!
Seronok ah kahwin.
Kalau tahu macam ini punya seronok berkahwin, masa tingkatan 3 lagi dah kahwin dah.
*dengan harapan bapa skip perenggan ini bila dia semak blog saya kelak*

DSC01315

Keluarga kami.DSC01318 DSC01318-tile DSC01319

Inilah dia yang dinamakan upacara sarung cinta.

Habis majlis, kami pulang ke hotel. Dan bercinta di cafetaria macam merpati dua sejoli. Setiap kali orang bernikah, setiap kali itulah kami perasan macam pengantin. Susahlah macam ini T___T HAHAHA.

Entry habis dah.
Apa tunggu lagi?
Boleh pergi riadah sekarang.


Conteng Conteng
  1. ciare conteng,

    owh i penah tgk quiyah ni dlm blog diyanasyukormakeupartis :) hehe. tak sangka dia biras chika (biras ke beras? huhu :p)

    selamat menanti kepulangan kekandamu di sisi ya. i mau pulang ke homesweethome smbil suami membukak gate. hehe (apeedaa merepek chika xnak tau pon T___T)

  2. yonnaism conteng,

    weh lawanya baju u!!!! mcm u pulak nak menikah dengan husband haha.

    eh copp! kenapa gambar korg je banyak ni? HAHHA nak tgk gambar pengantin lahh hahhaa

  3. JuJu conteng,

    kak chika ni kelakar sgt la.. best ek kawin… jelesnye!!!! happy slaloo taw taw taw!

  4. Yot conteng,

    hahahah over tau u ols. tenggelam pengatin kat pelamin tu. sian dorang ;p tapi takpe..u ngan hubby sangat manis melekit2 taw :)

  5. kak moon conteng,

    hi sis… wawah… tetap maintain pengantin lama nih… habes tenggelam seri pengantin baru dek penangan kecomelan dan kehenseman pengantin lama.. cayalah… bak kata Uji Rashid “Semakin Hari Semakin Sayang”… err… 60-an sket…
    hahaha…

    chika Reply:

    Tak de la.
    Dah saya letak semua gambar kitorang je dlm entry ni, nampak la mcm kitorang yg over nya. HAHA. Kat mana2 majlis kawen pon, pengantin paling berseri okek.

    :P

  6. lumut conteng,

    hahaha..
    tol lah chika..
    tenggelam pengantin..
    mesti diorg nyesal jmput u ngan hubby..
    hehe…

    suke gle tgk chika nye life..
    =)

  7. saya conteng,

    asal pengantin lama pown ada seri gak??asal hah??melebihi seri pengantin lark tu..

    waaa..u’re so comel+cantik la akak…mmg encik doktor sgt beruntung dpt akak…

  8. hUmmY conteng,

    chika nmpk kurus sket + beseri2 kalah pengantin! haha! :D

  9. sara conteng,

    baru tadi I tertanya2 bila bezday hubby u, tggu entry nya tak ada pun..chika cam dengar2 je suara hari fanz u.

  10. yati conteng,

    cantik baju.. putih berseri .. i likee.. tapi betul gak tu.. chika nampak berseri.. =)

  11. Tya conteng,

    ok fine..dtg ipoh x bitau..sentap!!
    eh artis,,belog…
    tahniah dgn kes baru itu…..
    anyway….nak kawin jugak wehhhhhhhhh

  12. jaja si ayza conteng,

    wewiiittt..

  13. joegrimjow conteng,

    waghh
    nak kawen nak kawen

  14. alya conteng,

    kalo x silap BIL chika ni penah join ‘mencari cinta’ kn..kalo silap maaf yer..tp rase mcm yer r hihi..

  15. eazy conteng,

    wat a small world.
    selalu jew bace blog ur biras tu.
    hihi

  16. nihas conteng,

    salam…chika boleh buat jejak kasih-an la…ngeee…
    she is my fren la, tapi cam telah sangat lost contact lepas grad… - dia stud utm kan? kan? kan? tak per2 i p sapa dia….

  17. lyana si permaisuri conteng,

    Chika, anda sangat comel.

  18. ✿ nurulism.com ✿ » Blog Archive » Belated Birthday is another BB conteng,

    [...] menjelang 26 September yang lalu, kami berada di Ipoh. Sempena pernikahan abang ipar saya. Hari tersebut juga merupakan hari lahir suami saya. Bukan dia dilahirkan pada hari pernikahan [...]

✿ contenglah kalau nak ✿

Free Website Counters
Since 20may2005