Garage Sale

Baiklah. Dah DUA KALI dah saya kena tipu. Dulu kononnya ada seorang blogger tu dia STEWARD MAS. Kononlah. Padahal awal-awal lagi I dah agak dah. Ini kelentong neh. Mana mungkin Steward MAS English berterabur malu ah sikit. Menggunakan blog beserta gambar-gambar model ciplak, kononnya ada hati nak mengorat I. Hari-hari entry pon memuja-muji I. Chika nak dating dengan aku tak? Chika manislah. Chika comellah. Gila engkau. Tak akanlah pramugara MAS terhegeh-hegeh dengan I kot. Tak logik sangat!

Kali ini tertipu pula dengan seorang blogger yang agak rapatlah juga. Kalau hantar komen dekat nurulism.com neh, kira komen dia terbaik ah. Paling bernas macam tak boleh blah dah. Sekali, penipu rupanya. Baik-baik dengan aku kau nak apa? Sorry, I am taken. Nak mengorat aku? Ha, tengok muscle husband aku dulu. Good for nothing orang macam ini.

Amboi biasa tu dia semua nak tahu siapa siapa? Tak ada siapa-siapa. Case closed. Boring ah cakap benda macam ini. Sekarang kita cakap pasal GARAGE SALE. Haha tetiba sangat masuk pasal garage sale. Heh cukup mulia bercakap tentang jualan garaj daripada menjadi muka garaj. HAHAHAHA. Sumpah mensampahkan.

Last week kami pergi Garage Sale. Saya suka bukan tak suka garage sale ni. Tapi masalah dia, kena keluar pagi-pagi seawal jam 7 pagi. Phewww. Tercabar-cabar badan nak bersiap pagi-pagi seperti itu. Kalau masa Summer tu macam okay lagi. Sebab boleh Subuh dalam jam 6 pagi. Pastu terus bersiap. Sekarang ni subuh habis jam 4.50 pagi macam tu. Lepas solat biasanya mesti kena tidur balik. Habis pukul 4.30 pagi dah bangun aku nak buat apa? Racing Mario Wii? HAHA tak manis tak manis.

Dulu masa saya baru sampai Brisbane, saya macam tak berapa pandai nak ber-garage sale. Bila husband cakap garage sale tu boleh beli barang-barang pre-loved (eceh nak cakap pre-loved kasi nampak macam best saja) saya pon berasa ; Huh? Beli barang yang orang dah pakai? Tak mahu lah. Biasalah, I kan used to be poyo. Sekarang pon poyo juga cuma poyo dan berpatutan sikit. HAHA apsal kau ingat orang poyo tidak comel? Tetiba.

Penulis excited pergi garage sale. Tapi gaya macam nak pergi Branded Sale.
Bersyukur sekarang sebab I tak tunjuk muka terbengkalai I nanti anda semua menyesal sebab baca blog ini.
HAHA

Kalau pergi garage sale, saya selalu excited nak dapatkan barang-barang seperti toys (sometimes yang very rare and collectible yang tak boleh beli di mana-mana) atau pon books (novel SATU DOLAR SAHAJA), photo frame, atau benda-benda kelihatan antik dan menarik sikit. Kalau macam baju-baju, kasut-kasut, sarung cadar ke apa ke semua I don’t want lah. I tak biasa.

TAPI.

Garage sale minggu lepas yang kami pergi adalah memberangsangkan. Garage sale ni kira ikut nasib. Sebab kita tak tahu apa yang kita boleh dapat. Tapi last week dikira best buy la. Dapat beli seekor pony yang besar! Heh bukan pony hiduplah. Toys. Tapi sumpah besar lagi besar dari saya husband cakap. Cantik dan dalam keadaan bersih. Saya kalau nak beli barang dari Garage Sale, saya kena telek belek dia dulu. Pastikan sumpah bersih secara total. Kalau macam dah jijik-jijik I tak sanggup ambiklah.

Kami teka harga dia mungkin dalam 50 Dolar. Tiba-tiba. Jeng je jeng (Chika lain kali takyah buat penata bunyi okek) Owner tu nak jual 8 Dolar sahaja. Apalagi, I belly dance di tempat kejadian. Hoh taklah I tipu saja.Berani aku belly dance dekat situ? Kena siku dengan laki aku kang. Tergedik-gedik berjalan tak nak pakai socks pon selalu kena marah. Inikan pulak nak tergedik-gedik belly dance dapat Pony. HAHAHA okay Chika teruskan sekarang.

My little pony.
Tapi tidak little.

Sekarang dia ada bersama saya huh kadang-kadang mentakutkan saja. Rasa macam duduk berdua dalam rumah ini bersamanya. So I tak pernahlah pergi tegur-tegur dia bercakap hai ke apa sebab I ngeri. HAHA. Walaupon dia macam comel, saya cuma tengok-tengok dari jauh sahaja. Dan bila suami ada, barulah akan main-main sikit bersamanya.

Garage sale kedua.

Itu adalah hasil dari garage sale pertama yang kami pergi. Kemudiannya kami ke garage sale yang lainnya. Omagad! Sale dia besar gila. 90% yang dia jual ialah toys! Oh-mai-god. Menggelupur saya macam cacing only. Terus masuk tak bagi salam. HAHA. Saya dah gayat dah tengok barang yang dia nak jual. Barbie lah. Playhouse lah. Dressing table for kids. Books for kids. Dah lah books yang memang class gila. Macam-macam toys ada. Semuanya dalam keadaan cantik dan elok-elok. Histeria kejap. I rasa nak beli semua.

Tiba-tiba,

Husband saya tarik saya keluar. Why why? Anti-klimaks betul. Husband saya ajak balik. Sebabnya husband saya terperasan ada dog pulak dekat bawah meja. Aiseyman. Sungguh tak guna dog tersebut mengkacau saja. Kami memang tak akan beli barang kalau dah sah-sah nampak ada dog dalam rumah owner tu. Husband saya geli. Punyalah kecewa rasa nak tidur sampai 2012. HAHA tipu saja.

Dan selebihnya membeli books. Takyah tunjuklah bukan? Book saja. Takkan nak tunjuk semua dekat anda. I tak blog benda yang sipi-sipi neh. I blog benda yang I found interesting saja. Samalah macam I tak blog cerita I pergi kedai beli gula.

Garage sale memang best. Tapi kena pandai pilih tempat. Biasanya kami suka kalau dapat pergi kawasan rumah Mat Saleh yang mewah-mewah sikit. Sebab nanti dia jual barang pon yang bagus-bagus. Pastu murah. Bukan murah macam yang anda bayangkan. Tapi dia murah sampai anda takleh bayangkan kemurahannya. Macam dapat beli DVD pirate 1 dolar. HAHAHAHAHA. First time jumpa DVD pirate dekat sini T____T Oyya. Sometimes boleh beli kipas elektrik harga 2 dolar sahaja. Bukankah ini macam tak boleh blah?

Lain kali saya blog barang-barang yang saya pernah dapat dari garage sale. Tapi tak janjilah. Saya memang tak suka membina janji sebab untuk mengotakannya akan menjadi another story pula. Ini bukan janji. Maka jangan harap sangat.Tapi saya cuba blog kalau berasa macam nak blog mengenainya.

Hari ini Monday. Husband kerja. Aih satu hari saja dia cuti (semalam) Seronok gila rasa bila husband dekat rumah. Walaupon tak pergi mana, tapi dapat berkepit dan mengada-ngada satu hari suntuk merupakan waktu berkualiti paling menseronokkan. Walaupon setakat duduk tengok movie pastu main cuit-cuit macam tak ada kerja lain. Itu pon dah habis best dah. Sekarang saya dah faham dah kenapa emak saya boleh sakit hati bila bapa saya balik lambat tiga minit. HAHAHAHAHAHAHAA.

Recent Entries

22 Responses to “Garage Sale”

  1. cemut Says:

    menarik nyee garage sale..ingat ke cane la garage sale neh.upenye open table kat garage umah je ek.. khekhekeh baru tau ;/

  2. a.badri Says:

    dah lama tak gi garage sale..pony tu kalau takmau kasitau kami..I kasi 10 dollar, dah untung 2 dollar!heheh

    chika Reply:

    Ala abang badri punya offer tu kasi up la sket. Bagi 80 dolar ke. HAHAHA. Terus kitorang jual. Siap hantar :P

  3. ciare Says:

    wow comel bangat la seekor pony tu. huhu. tp betol la, kalo umah i ade seekor pony besar gabak gitu, i takkan berani2 nak ckp hai ke apa. skali dia jawab kang, pengsan masuk icu ucme plak
    teeeheee :p

  4. aNoi Says:

    Kenapa kuda itu nampak sedap untuk di bawa bersantai?

    Hehe.

    Chika, bila nk buat garage sales untuk nine west lagiiii???? ^_________^

  5. sara Says:

    comel ah pony..

  6. lumut Says:

    haha..part paling aku gelak part ur dad balik lambat 3 minit.hehe..

    garage sale memang best~=)

  7. jaja si ayza Says:

    whoa…best giler garage sale! ni aku nak bg idea kat ko neh,tp nnt la yer..
    *cute btol pony tu okek..cube ko carik,kot2 ade buttercup,atau pon elmo ataupon koala bear besar*huwaaaa,nak jugakkk*

  8. monecomel Says:

    comelnya pony tu. Duduk senyap tak buat perangai pun. Ahahaha. Dapat sekor pun jadilah. Kalau pony betul jenuh nak kasi mandi lah, kasi shampoo, kasi makanlah….

  9. yonnaism Says:

    ohh ni ka pony yang u ckp tu? HAHHA. boleh lah jadik peneman u bila husband pegi keja. agak2 boring,u buat lah operasi bedah je atas beliau :D

  10. Alamfanacinta Says:

    vavavava….pony yg hebat…comey gle ok..:)

  11. Yot Says:

    ape fungsi pony tu chika? adekah hanya untuk duduk2 saje atau boleh di bawak bermain di lawn time terbosan2 menunggu kepulangan suami tercinta? ;p

  12. Qaiyum Says:

    Kool! Kat Malaysia Nape Takde Budaya Camni Ek? Takpayahla Asik Nak Jengok Kat Lelong.com.my @ Mudah.com Je.. Hehe..

  13. Noi Says:

    Nak pony tuuuuuuuu.. nak!!
    Nak tido ngan dia! (T_T)

  14. ireen Says:

    best kan? arituh aku pon dpt 1 handbag + bag makeup + diary..all in 1 set.. cost me only 2 dolar.. bagnye stil in good condition n the rest cm xgune lg.. u cntry to look for rattan picnic bag..kdg2 dorg de jual..my fren got 1..cost her $5 je…hehehe

  15. Rara Says:

    Comelnya rara komen dr hp ke blog kakak chika. Kakak chika mst best pergi garage sale. Ada hello kitty tak? Hee

  16. kak ween Says:

    suka baju chika!
    suka baju chika!
    suka baju chika!

    suka little pony jugak!
    suka little pony jugak! :p

  17. Masy Says:

    chika, klu ade jmpe lukisan2 cantek kat garage sale tu tolong plis donk ah - belikan bagi pihak akak. klu abstrak2 tu lg bagos. takmo pic manusia or hewan dan sekutunya ye

    eh main pesan2 - duitnye mana kata chika. yaaaa nanti akak bg once kaki anda jejak kat KLIA hahaahaha

    chika Reply:

    Serius ke nak? Ada banyak je boleh dapat.
    Takde hal. Kalau tak berapa besar Chika boleh je bawak balik Malaysia.
    (jangan memain, chika sungguh sungguh ni)

    hahaha

    Masy Reply:

    serius la ni. betul2 serius ni (bygkan kakak serius. ok jgn gelak)

    nak nak nak dgn seriusnye :) eh senyum plak. ok. skali lg.

    nak nak nak dgn seriusnya ‘_’

  18. cikgu Says:

    if u go 2 garage sale yg ada anjing, beli je barang yg leh cuci….balik umah samak je ngan tanah dulu then bilas ngan air bersih 7x. I selalu gak buat macam tu…xtahan tgk brg best giler

  19. HotMaMa Says:

    huhuh suka entri ini.. kalau kat malaysia…susah benarkan org buat garage sale…pastu takut brg dijual buruk2..huhuhu

Leave a Reply